Aktiviti kanak-kanak yang murah & bagus untuk perkembangan
minda!Ok topik hari ni agak kemak-makan sikit. Orang bujang mesti
boring baca. Tapi kalau bujang yang kuat berangan, boleh la baca
sambil berangan anak ada kat sebelah. Scaryyyy~~ ;DOk sebenarnya
since aku publish entry pasal Child Psychiatrist tu kan, ramai
parents yang email aku dan share pengalaman masing-masing buat
assessment dengan Child Psychiatrist. Rupanya ramai jugak parents
yang dah pernah bawak anak jumpa Child Psychiatrist kan. Aku ingat
aku sorang je. -___-Well, ramai yang beranggapan bahawa anak-anak
yang perlu jumpa Psychiatrist ni, mesti anak yang terencat
otak,anak ada masalah mental, anak autism, anak asik kena rasuk,
etc. Kamonnn.. TAK SEMESTINYA.Macam kita. Kita jumpa gynecologist
sebab nak beranak je ke? Tak semestinya kan. Period tak teratur pun
jumpa gynae. Asik sakit perut pon jumpa gynae. Saje-saje nak cari
jodoh pon jumpa gynae.So sama macam child psychiatrist. Bawak anak
jumpa psychiatrist tak semestinya anak kau gila. -_____-Sebenarnya,
semua parents yang ada anak 12 bulan dan keatas, sangat disarankan
bawak anak masing-masing jumpa Child Psychiatrist. Untuk apa??
Supaya parents lebih mengenali behaviour anak. Supaya parents tahu
cara yang betul untuk handle behaviour-behaviour tertentu. Contoh,
anak kuat jerit, nak buat camane. Anak takut strangers, nak buat
camane. Anak terlalu manja, nak buat camane. Anak lembap, nak buat
camane. Anak lambat cakap, nak buat camane.Kat sana ialah tempat
terbaik untuk parents belajar mengenali anak masing-masing dan tahu
mana salah silap SEBELUM TERLAMBAT. Dan supaya perkembangan fizikal
dan mental anak dapat diransang dengan baik. Dan parents bukan
sekadar memperbodohkan anak dengan gajet semata. Amboi kasarrrr
ayatnya. -___-Biasalah kita sekarang dah terlalu moden. Sampai otak
jadi sempit dan tak kreatif bila fikir soal anak.Bila anak bosan,
nah ipad. Bila anak nak perhatian, nah ipad. Nanti esok-esok kau
dah tua, kau lapar, anak suapkan ipad dalam mulut kau. Ok kasar
lagi. Maafkan saya. -..-Bagi parents yang dah pernah hantar anak
buat assessment dengan Child Psychiatrist, mereka tahu betapa
banyakkkkk aktiviti yang boleh dilakukan bersama untuk merangsang
fizikal dan minda anak. So hari ni aku nak share beberapa aktiviti
tersebut. Dan semua aktiviti ni bukan saje based on experience aku
sendiri, tapi jugak dari pengalaman parents lain yang sudi
berkongsi untuk manfaat bersama. Siapa kata aku mereka-reka cerita,
korang siap. Aku jentik tahi lalat tu kang.;DKalau diikutkan memang
terlalu banyak aktiviti untuk meransang minda anak-anak yang
diguna-pakai oleh Child Psychiatrist dalam assessment mereka. Tapi
kat sini, aku senaraikan beberapa sahaja, yang aku rasakan murah,
mudah dan semua orang boleh praktikkan dengan anak masing-masing di
rumah.Ok jom kita tengok satu-satu.1) Ring Tower / Tower Blocks /
Cup Tower.Apa-apa sahaja aktivti berkenaan membuat tower adalah
bagus. Macam Haikal, kitorang beli ring tower je. Senang.Cuma susun
yang besar bawah, kecik atas. Dan supaya dia boleh kenal saiz
mengikut turutan yang betul.
Dari aktiviti ni, anak akan dapat recognize saiz dan belajar
camane nak buat tower yang seimbang.Selain ring tower, korang jugak
boleh guna barang yang dah ada kat rumah macam cawan plastik atau
mangkuk plastik untuk buat tower.
Besar bawah, kecik atas. Suruh anak susun camtu.Pastu bayangkan
iklan anmum, sel-sel otak sedang berhubung. ;D2) Colour SortingOk
untuk aktiviti ni, korang boleh guna apa sahaja benda yang
berwarna.Dan suruh anak asingkan mengikut warna yang sama.Macam
Haikal, selalunya aku guna tiga benda.a) Fruit Fork.
b) Fur Balls
c) Batang Aiskrim
Seperti yang kita semua tahu, bermain dengan warna adalah cara
paling baik untuk merangsang minda anak.Aku pon tak tahu nak
explain secara scientific. Tapi aku boleh tengok sendiri dari
perangai Haikal.Kalau bermain dengan benda berwarna, dia nampak
excited dan bersemangat.Dia tak cepat bosan dan happy je masa
bermain.Dan menurut doktor, warna bagus untuk stimulate mata
anak-anak jugak. =)Aku tak guna benda yang sama setiap hari untuk
aktiviti sorting colours ni,sebab Haikal akan bosan bila tengok
benda yang sama hari-hari.So kita tukar-tukar.Hari ni batang
aiskrim, esok fur balls, lusa fruit fork, dan sebagainya.Aktiviti
ni tak terbatas untuk barang-barang tertentu sahaja.Asalkan barang
tu berwarna, boleh guna.Sudu ke, sepit baju ke, pensil warna ke,
kertas warna ke, stokin ke. -___-3) Sorting beadsAktiviti ni agak
merbahaya dan wajib ada orang dewasa yang monitor.Sebab ia
melibatkan beads/manik.Aktiviti ni aku dapat tahu dari mak saudara
aku. Dia nurse.Dan dia jugak pernah bawak anak jumpa Child
Psychiatrist,dan ini salah satu aktiviti yang anak dia buat semasa
assessment.Aktiviti ni mudah je. Korang hanya perlukan manik
berbagai warna dan jenis.Butang baju pon boleh.Longgokkan
banyak-banyak dalam pinggan.Dan suruh anak asingkan mengikut jenis
atau warna.Dah macam babak nak cari bakal isteri dalam cerita
p.ramlee pulak. Kahkah.
Kenapa guna manik?Sebab benda kecik-kecik ni boleh stimulate
fine motor skills anak dan latih anak untuk lebih fokus.So nanti
penglihatan dan pemikiran dia tajam, pergerakan tangan dia lebih
lancar.InsyaAllah bila besar nanti pandai melukis dan tulisan
cantik.Macam iolls.*muntah*;D4) Shape SortingMasa Haikal baby dulu,
kitorang ada beli shape sorter yang macam ni.
Branded dan mahal.Berlagak habis la masa tu. Bahah.Tapi
percayalah cakap aku. Tak worth it langsung korang beli shape
sorter yang mahal-mahal camni.Dah la mahal, pastu blocks dia tak
banyak.Macam yang aku beli ni, blocks dia dalam 18 ketul je.Umur
belum setahun Haikal dah boleh buat tak sampai 2 minit.Sekarang dia
siap dah boleh masukkan shape tu dari dalam ke luar. -____-Lagi
satu yang aku tak suka, kegunaan dia tak pelbagai. Boleh guna
sebagai shape sorter sahaja.Boring. Dan membazir.Nasib baik ada
sorang ibu yang share tentang shape sorter yang lebih
berbaloi.Katanya, kat Mr.DIY ada jual wooden blocks (100 ketul),
harga cuma RM40.Ada tiga kegunaan pulak tu:
Shape sorter.
Boleh buat castle atau tower.
Dan boleh buat Domino jugak!Lebihhhhh berbaloi dari beli shape
sorter yang mahal tapi tah hape-hape itu. -..-Jadi Haikal pon boleh
main lebih lama dan tak bosan dengan satu aktiviti sahaja.Selain
boleh rangsang otak dalam mengenal pasti shapes,benda ni jugak
boleh enhance kreativiti anak dalam construct castle dan susun
domino.Oh selain tu, korang jugak boleh suruh anak sort colours
menggunakan wooden blocks ni.Kan dia ada banyak warna tu.Sangat
beronok-ronok bukan?5) Penyepit baju.Masa buat assessment dengan
Dr. Sherine, Haikal ada buat aktiviti ni.Guna sepit baju.
Tak payah yang fancy-fancy camni pon takpe.Sepit baju mydin pon
boleh guna. =)Korang boleh latih anak tekan sepit baju tu dan sepit
di tepi bekas seperti ini..
Selain merangsang otak, aktiviti ni sangat bagus untuk motor
skills, sensory skills, dan melatih anak mengawal tangannya.Memula
memang payah. Sampai herot-herot mulut Haikal nak picit penyepit tu
kahkah.Tapi lama-lama dia semakin terrer.Makin laju dia buat. =)6)
Fur sticks & Penapis Sayur.Bahah.Kenapa penapis sayur perlu
terlibat sama dalam hal ni. -___-
Fur sticks ni aku simpan sejak zaman anak dara lagi.Aku dulu
memang suka buat arts. Macam buat kad mothers day ke hape
kan.Biasalah anak dara mana ada kerja lain. Nak tolong mak kemas
rumah, malas. -..-Korang boleh cari Fur Sticks ni di mana-mana
kedai stationaries. Mesti ada punya.Apa yang korang perlu buat
ialah, potong fur sticks tu pendek-pendekdan suruh anak masukkan
dalam lubang penapis sayur.
Aktiviti ni pun bagus untuk latih anak lebih fokus dan stimulate
fine motor skills.Selalunya aku suruh Haikal cucuk dan susun
mengikut warna fur sticks tu.Aktiviti ni memang fun sebab boleh
menguji tahap kesabaran anak korang jugak.7) Hair bands, lidi dan
penapis sayur.Ye, masih menggunakan penapis sayur. -___-
Tapi kali ni kita guna penapis sayur berlainan dari yang
tadi.Supaya blog readers tahu kat rumah iolls ada banyak penapis.
Kahkah!Ok tentang hair bands, semua mak-mak mesti ada hairbands
bukan?Takkan la kau memasak dengan rambut lion king segala.Macam
aku, memang suka standby hair bands banyak-banyak kat rumah.Sebab
hairbands ni, hobi dia menghilangkan diri selalu.Sebelum mandi elok
je letak atas meja, tetiba habis mandi ting! Hilang. -..-So kalau
travel ke apa, aku memang standby banyak hairbands dalam
wallet.Kang kalau hairbands hilang atau hari tu kuat berpeluh so
hairband berbau hapak nak pengsan bila bau kahkah.So lebih senang
bila ada banyak spare.Jadi sementara hair bands yang belum diguna
masih banyak,boleh lah guna untuk buat aktiviti bersama
Haikal.Jangan bagi anak main yang dah hapak pulak ye. Rosak saraf
hidung budak tu. ;D
Aktiviti ni senang saje. Anak cuma perlu tarik hairbands dan
masukkan dalam lidi mengikut warna.Tapi aktiviti ni cukup bagus
untuk fizikal dan mental anak.Sebab?Sama macam aktviti lain, dapat
enhance sensory and fine motor skills.Latih pergerakan tangan.
Latih anak fokus. Latih anak sabar. =)8) Count the sea-shells.Ok
budak-budak memang cepat belajar mengira bila ada objek dan bukan
sekadar menulis di atas kertas.Korang boleh guna apa-apa barang
yang senang dikira.Macam Haikal, kitorang guna sea-shells.
Korang boleh je kutip mana-mana kalau rumah kat tepi pantai
kan.Tapi boleh jugak guna benda-benda lain macam batu sungai ke
kan.Eh semua benda pon boleh guna kottt. Nak kira je pon kan.
-..-Dalam aktiviti ni, Haikal perlu letak bilangan sea-shells
mengikut nombor yang diletakkan kat sebelah pinggan.Macam ni..
Kalau anak korang dah besar sikit, boleh guna kaedah yang sama
untuk ajar maths macam plus minus dan sebagainya.9) Bolts &
NutsOk yang ni pon salah satu aktiviti yang Haikal buat masa
assessment dengan Dr.Sherine tempoh hari.Bolts and Nuts ni korang
boleh beli kat mana-mana. Cari yang murah sudah.Aku beli kat
Mr.DIY. Memang murah.Tapi tak ingat dah berapa. -___-
Benda ni dia berbeza mengikut warna, bentuk dan saiz.So bolt dan
nut tu kena matching dalam 3 perkara itu (warna, bentuk,
saiz).Kalau tak match, memang tak masuk.Oh aktiviti ni paaaaaling
aku suka.Sebab Haikal kena genius sikit nak main benda ni.Selalu
dia main benda senang-senanggg je kan.Yang ni susah, padan muka
dia. ;D
Tapi lama-lama, pon Haikal boleh buat.Tak pandang pun rilek je
dia buat. -___-Aktiviti ni bagus.Selain mencabar minda, sebab kena
matching banyak warna, bentuk dan saiz,ia juga dapat melatih fine
motor skills dan hand movement.Ingat, apa-apa aktiviti yang
merangsang pergerakan fizikal (pulas, picit, tekan, tolak, tarik,
lompat, lari, merangkak, berguling etc), juga akan merangsang motor
skills dan brain development!Sekali lagi bayangkan iklan anmum,
sel-sel otak sedang berhubung.10) Melukis
Walaupon aktiviti melukis ni nampak remeh,ataupon nampak macam
tak best sebab parents tak pandai lukis,sila tahu bahawa permikiran
dan imaginasi budak tak terbatas kepada sesuatu gambarajah
sahaja.Lukislah apa saje dan suruh anak imitate lukisan
korang.Cantik ke tak cantik tu balakang kira.Masa ni la korang nak
latih anak pegang pen, pensil warna, crayon dan sebagainya.Kajian
mengatakan, anak yang SUKA melukis mempunyai pemikiran yang lebih
kreatif.Dan tahap keterbukaannya dalam membuat keputusan adalah
lebih luas.Hamboi.Dia kata anak yang SUKA melukis ye, dia tak kata
anak yang PANDAI melukis.So pandai tak pandai melukis, itu belakang
kira.Yang penting, jadikan aktiviti melukis tu sebagai hobi atau
rutin harian.
Jangan kata parents tak pandai lukis, so taknak buat aktiviti
melukis dengan anak.Rugi.Lukislah apa saje. Dan suruh anak
imitate.Walau sekadar bulatan atau garisan.Ataupon buat camni.Kita
lukis sesuatu bentuk (bulat, square, line, oval, etc.) dan suruh
anak sambung lukisan tersebut.Pepandai dia la nak sambung dan
menjadikan apa-apa yang dia nak.Memang la buruk hazabedah lukisan
dia. Bahah.Tapi kita tak tahu apa yang sedang bermain di fikiran
dia.Jadi biar dia lukis, biar dia explore. =)
Ok ni aku saje nak share.Hari tu aku jumpa crayon blocks ni. Pun
dekat Mr. DIY.Crayon blocks ni sangat berguna. Bila Haikal dah
bosan melukis, dia boleh buat tower. =)
Macam-macam mainan budak-budak sekarang.Crayon blocks lah apa
semua lah. -____-Helloooo mama dulu lukis pakai arang je tau.Ok
tipu. ;D11) ABC 123 Blocks.Macam yang aku cakap sebelum ni, warna
dan appearance permainan tu memainkan peranan penting dalam menarik
minat anak-anak.Kalau sekadar tulis ABC 123 di atas kertas, mungkin
diorang akan cepat bosan.So korang boleh try guna blocks.Kat
mana-mana pon ada benda ni. Aku beli kat giant tak silap.
Sebelum umur 2 tahun, Haikal dah boleh hafal dan recognize
setiap huruf A-Z dan nombor 1-10.Amazing? Memang.In fact, blocks
adalah lebih powerful dari flash cards.Tak percaya korang boleh
cuba.12) Car track.Tak payah beli car track yang bertingkat-tingkat
yang mahal tu.Cuma guna masking tape berwarna, dan tampal kat
lantai dan design lah ikut suka korang.Dan amik segala mainan cars
yang anak korang ada, dan suruh dia gerakkan car tu di atas
track.
Aktiviti ni pon bagus untuk fine motor skills selain melatih
anak untuk lebih fokus.Selain bajet yang murah, sebab korang hanya
perlukan masking tape sahaja,korang jugak boleh ubah design track
tu kepada design yang lebih susah dari minggu ke minggu.Supaya
aktiviti ni jadi lebih mencabar, dan otak anak korang dirangsang
dengan lebih baik.13) Shoot the ball.Ok ni last.Aku pon dah penat
taip. -______-Shoot the ball jugak adalah salah satu aktiviti
Haikal semasa assessment tempoh hari.Just baling bola dalam
jaring.Main bola jaring la senang cakap. -..-Kebaikan aktiviti ni
lebih kurang macam memanah.Dapat latih anak lebih fokus, precise
dan concise dalam hidup.Macam yang kita tahu, aktiviti memanah
adalah sunnah nabi.Tapi pada umur ini, Haikal belum sesuai untuk
buat aktiviti memanah.So untuk melatih ke arah itu, boleh buat
aktiviti ni dulu (baling bola dalam jaring).Dan bila dah besar
sikit, boleh ajar dia main dart, dan seterusnya ajar
memanah.Gitu.
Note untuk parents: Jangan lupa letak bakul bawah jaring supaya
korang tak lecak ketiak kejar bola sana sini. -___-Aktiviti ni
korang kena lakukan secara berperingkat.Buat paras rendah dulu.
Biarkan dia masukkan ball tu dengan senang lenang.Benda ni penting
untuk build dia punya self-esteem sebelum memulakan cabaran yang
lebih susah.So bila dia kompiden habis masukkan ball dalam jaring
tu, baru letak paras yang lebih tinggi.Kalau boleh paras yang
memerlukan anak tu melompat atau mengjingkitkan kaki.Pergerakan
macam ni bagus untuk fizikal especially kekuatan muscle dan tulang
dia.Dan ofkos untuk otak jugak. =)Ok dah.Habis jugak entry ni.
Hahaha.Panjang betul lah hai. Terhakis dah jari aku ni haa.Harap
korang sama-sama dapat manfaat lah.Tak delah sia-sia sangat jari
aku terhakis ni haaa.. -___-Oh lagi satu, mohon jangan tanya aku
aktiviti sekian-sekian sesuai untuk umur berapa.Aku tak boleh
jawab.Sebab lain budak, lain tahap dia.Macam Haikal, dia dua tahun.
Tapi doktor kata pemikiran dia sama macam budak lima tahun.Aku tak
tahu la nak rasa apa. Bersyukur ada, gerun pon ada.Nasib doktor tu
tak kata macam umur 25.Boleh aku start carikan jodoh untuk dia.
-____-So sepatutnya, parents tu sendiri tahu tahap potensi dan
kebolehan anak.Jangan takut untuk dedahkan benda baru kepada anak
pada umur berapa-berapa pun.Lagi awal lagi bagus kan.Yang penting
keselamatan kena utamakan.Kalau anak suka masuk barang dalam mulut,
dalam hidung, kena awas lebih.Dan sebenarnya kita sebagai parents
pon kena berfikiran kreatif dalam membuat aktiviti bersama
anak.Kalau penat bekerja sekalipon, ada banyak aktiviti mudah yang
tak perlu keluar peluh pon.Jangan malas dan jangan harapkan ipad
semata.
p/s: Sorry kalau entry ni macam poyo, berlagak, atau kembang
hidung ke apa. Sekelumit pon aku tak berniat begitu.Apa yang aku
tahu, benda baik, benda bermanfaat, kita kena share. Itu saje.