TUGASAN ATAS TALIAN
Arahan: Anda diminta untuk menjawab mana-mana DUA(2) tugasan
dalam Bahagian A dan mana-mana DUA(2) tugasan dalam Bahagian B.
Bahagian A
Tugasan 1 : Pendekatan Sosio Saintifik
1. Sediakan satu rancangan pengajaran dan pembelajaran (Sama ada
tajuk Tingkatan Satu atau Tingkatan Dua) dengan mengaitkannya
kepada isu-isu sosial semasa mengikut format yang berikut.
Anda boleh memilih model RPH seperti di Lampiran 1, Lampiran 2
atau Lampiran 3.
Format dan contoh penulisan:
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
Mata pelajaran: Sains
Kelas:
Masa :
Bab/ Tajuk: Nutrisi
Isu Sosio-Saintifik / Konteks: Obesiti
Senario Masalah: Isu-isu semasa dalam konteksnya seperti dalam
keratan akhbar, video(Print screen dan ringkasan), dapatan data,
artikel dan sertakan URLnya.
Pendekatan:
Tema:
Bidang Pembelajaran:
Objektif Pembelajaran:
Hasil Pembelajaran: (Selain daripada hasil pembelajaran dalam
HSP, guru perlu menambah beberapa hasil pembelajaran berasaskan
KBAT seperti mengaplikasi, menganalisis, menilai, mereka cipta dan
sebagainya.)
Pengetahuan sedia ada:
KBAT:
Sikap Saintifik dan Nilai murni
:
Sumber Pengajaran dan Pembelajaran(1) Rujukan:
(2) Alat:
(3) Bahan:
MODEL RPH YANG DIPILIH DARIPADA LAMPIRAN 1, LAMPIRAN 2 ATAU
LAMPIRAN 3 -
Tugasan 2 : Pendekatan IBSE
2. Dengan menggunakan pendekatan Inquiry-Based Science Education
(IBSE), sediakan SATU rancangan pengajaran dan pembelajaran untuk
Tingkatan Satu atau Tingkatan Dua mengikut format yang berikut.
Pilih SATU daripada pendekatan yang berikut.a. Inkuiri terbimbing
(Guided inquiry)b. Inkuiri terbuka (Open inquiry)c. Inkuiri
berstruktur (Structured inquiry)d. Inkuiri pengesahan (Confirmation
inquiry)
Anda boleh memilih model RPH seperti di Lampiran 1, Lampiran 2
atau Lampiran 3.
Format dan contoh penulisan:
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
Mata pelajaran: Sains
Kelas:
Masa :
Bab/ Tajuk:
Isu Sosio-Saintifik / Konteks:
Senario Masalah: Isu-isu semasa dalam konteksnya seperti dalam
keratan akhbar, video(Print screen dan ringkasan), dapatan data,
artikel dan sertakan URLnya.
Pendekatan: inkuiri terbimbing / inkuiri terbuka
Tema:
Bidang Pembelajaran:
Objektif Pembelajaran:
Hasil Pembelajaran: (Selain daripada hasil pembelajaran dalam
HSP, guru perlu menambah beberapa hasil pembelajaran berasaskan
KBAT seperti mengaplikasi, menganalisis, menilai, mereka cipta dan
sebagainya.)
Pengetahuan sedia ada:
KBAT:
Sikap Saintifik dan Nilai murni:
Sumber Pengajaran dan Pembelajaran(1) Rujukan:
(2) Alat:
(3) Bahan:
MODEL RPH YANG DIPILIH DARIPADA LAMPIRAN 1, LAMPIRAN 2 ATAU
LAMPIRAN 3 -
Tugasan 3 : THINKING MAPS
3.Sediakan SATU rancangan pengajaran dan pembelajaran dengan
mengaplikasikan Peta Pemikiran mengikut sukatan pelajaran Sains
Tingkatan Satu atau Tingkatan Dua berdasarkan format yang
berikut.
Anda boleh memilih model RPH seperti di Lampiran 1, Lampiran 2
atau Lampiran 3.
Format dan contoh penulisan:
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
Mata pelajaran: Sains
Kelas:
Masa :
Bab/ Tajuk:
Isu Sosio-Saintifik / Konteks:
Jenis peta pemikiran: peta bulatan / peta dakap dsb
Pendekatan: inkuiri/SSA
Tema:
Bidang Pembelajaran:
Objektif Pembelajaran:
Hasil Pembelajaran: (Selain daripada hasil pembelajaran dalam
HSP, guru perlu menambah beberapa hasil pembelajaran berasaskan
KBAT seperti mengaplikasi, menganalisis, menilai, mereka cipta dan
sebagainya.)
Pengetahuan sedia ada:
KBAT:
Sikap Saintifik dan Nilai murni:
Sumber Pengajaran dan Pembelajaran(1) Rujukan:
(2) Alat:
(3) Bahan:
MODEL RPH YANG DIPILIH DARIPADA LAMPIRAN 1, LAMPIRAN 2 ATAU
LAMPIRAN 3 -
BAHAGIAN B
Tugasan 4 : Pembinaan Soalan KBAT
4.Sediakan soalan-soalan yang berbentuk KBAT mengikut sukatan
pelajaran Sains Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua. Sila sediakan
rubrik/skema jawapan bagi setiap soalan yang anda bina.
(a) Tingkatan Satu :(i)1 Soalan Objektif (Mesti Aplikasi/
Analisis)(ii)1 Soalan Struktur (Bermula dengan aras rendah ke aras
tinggi, misalnya : Pengetahuan/Pemahaman ke aras Aplikasi/
Analisis/ Menilai/ Mencipta)
(a) Tingkatan Dua:(i)1 Soalan Objektif (Mesti Aplikasi/
Analisis)(ii)1 Soalan Struktur (Bermula dengan aras rendah ke aras
tinggi, misalnya : Pengetahuan/Pemahaman ke aras Aplikasi/
Analisis/ Menilai/ Mencipta)
Format:
Untuk Soalan ObjektifTingkatan:Tajuk:Subtopik:Konstruk:
(Aplikasi/ Analisis/ Menilai/ Mencipta)Aras Kesukaran : (Rendah/
Sederhana/ Tinggi)Soalan: Jawapan:
Untuk Soalan StrukturTingkatan:Tajuk:Subtopik:Soalan: *Konstruk
dan Aras Kesukaran ditulis di hujung setiap soalan. Konstruk:
(Aplikasi/ Analisis/ Menilai/ Mencipta)Aras Kesukaran : (Rendah/
Sederhana/ Tinggi) Rubrik: (Jelaskan setiap markah dengan
teliti)
Tugasan 5 : Pembinaan Item
5. Baca dan fahamkan artikel yang berikut. Jawab soalan- soalan
yang diberikan. Tragedi Nuklear Fukushima Tarikh 11 March 2011,
14:46 ( waktu tempatan (WT) Jepun), gempa berukuran 8.9 skala
richter berlaku pada kedudukan 100km utara perairan Jepun,
keseluruhan operasi 6 reaktor Fukushima lumpuh serta merta dan
proses penjanaan tenaga yang sedang berlaku waktu itu berhenti
secara automatik.Walaupun proses tindakbalas nuklear berjaya
dihentikan, bahan bakar berbentuk rod Uranium Oksida telah pun
berada di dalam reaktor dan belum sempat dikeluarkan!. Dalam pada
itu haba bersuhu tinggi (>1000 Celcius) kesan dari tindakbalas
sebelumnya masih terwujud di dalam reaktor.Dalam standad operasi,
apabila berlaku bencana, semua reaktor nuklear akan berhenti
beroperasi secara automatik dan agen/sistem pendingin akan terus
beroperasi bagi mengstabilkan suhu reaktornya. Inilah yang sedang
berlaku kepada reaktor Fukushima.Pada masa ini, sistem pendingin
menjalankan tugas untuk mengawal suhu reaktor tersebut. Setelah
kehilangan bekalan elektrik dari luar, pusat janakuasa nuklear
Fukushima bergantung sepenuhnya kepada 13 generator diesel untuk
menggerakkan sistem pendinginnya.
Janakuasa Nuklear Fukushima mengguna reaktor jenis BWR (Boiling
Water Reactor)Sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak sampai setengah jam
generator beroperasi, tsunami berketinggian 14 meter pula membadai
Fukushima. Tsunami yang turut membanjiri kawasan reaktor, telah
menyebabkan 12 generator gagal beroperasi dan diburukkan lagi oleh
kerosakan lintar pintas pada sistem pendawaian/elektrik reaktor.
Pada pukul 15:42 WT, kesemua bekalan tenaga dari generator sudah
tidak lagi berfungsi dan seluruh stesen reaktor kini mengalami
kegagalan bekalan tenaga elektrik (Total Blackout).Sejurus selepas
kegagalan sistem generator dikesan, sistem kecemasan tenaga dari
bateri dihidupkan untuk terus membekalkan elektrik kepada sistem
pendinginnya. Dikatakan sistem kecemasan tenaga dari bateri ini,
mampu membekalkan tenaga selama 12 jam. Tapi Sistem Pemantauan
(monitoring system) tidak dapat digunakan kerana kerosakan lintar
pintas tadi. Oleh itu pihak pengurusan reaktor tidak dapat
memastikan secara tepat jangka masa sebenar tenaga bateri tersebut
mampu bertahan untuk terus menghidupkan generator. Tanpa sistem
pemerhatian, pihak pengurusan juga tidak dapat mengenalpasti tahap
kerosakan yang dihadapi akibat tsunami. Buat masa ini tiada siapa
dapat menentukan dan menjamin tahap keselamatan pusat janakuasa
tersebut.Oleh itu TEPCO (Tokyo Electric Power Company) yang
bertanggungjawab menguruskan pusat janakuasa ini sudah sedia maklum
akan situasi yang dihadapi dan segera melaporkan kepada pihak
berkuasa. Hanya pada jam 19:30 WT, Perdana Menteri Naoto Kan
mengumumkan "Kecemasan Nuklear" dan mengarahkan penduduk sekitar
segera mengosongkan kawasan lingkungan radius 20km persegi dari
reaktor nuklear Fukushima.Sementara itu di dalam reaktor, tindak
balas penyejukan antara air dan haba dari bahan bakar rod Uranium
Oksida sedang berlaku. Aktiviti tindak balas ini telah menghasilkan
sejumlah besar gas hidrogen yang telah meningkatkan tekanan
udara/gas di dalam setiap reaktor-reaktor. Pada 12 March, bagi
mengurangkan tekanan gas yang semakin meninggkat, TEPCO telah
bertindak melepaskan kuantiti kecil gas secara manual dari reaktor
1 dan 2 ke udara. Gas yang dibebaskan mengandungi radioaktif yang
masih di bawah paras selamat dan tidak membahayakan manusia.Pada 13
March, dalam kesibukan proses mengawal tekanan gas reaktor sedang
dilakukan, letupan dilaporkan telah meletus pada reaktor 1. Pada 14
March, reaktor 3 pula meletup. Keesokannya 15 March, reaktor 2
mengalami nasib yang serupa. Reaktor 4 pula dilihat terbakar dan
pihak berkuasa bertungkus lumus untuk mengawal kebakaran tersebut.
Tiada kerosakan nyata pada reaktor 5 dan 6 kerana 2 reaktor ini
telah ditutup terlebih dahulu untuk diselenggara.Insiden ini telah
menyebabkan 37 cedera dan 2 dibawa ke hospital. Beberapa siri
letupan ini dipercayai berlaku disebabkan tekanan gas hidrogen yang
terlalu tinggi terperangkap di dalam reaktor. Kebiasaannya gas
hidrogen akan dibawa keluar melalui sistem ekzos reaktor. Tapi
disebabkan lintar pintas dan kegagalan bekalan elektrik, sistem
ekzos tersebut tidak dapat digunakan langsung.Berikutan dari
letupan tersebut, bahan radioaktif terbebas ke udara Fukushima
sehingga merebak ke Korea Selatan, Iceland, China, Amerika dan
Switzerland. Menurut sebuah agensi di Amerika, EPA (Agensi
Perlindungan Alam Sekitar) dapati peningkatan elemen radioaktif di
sekitar Amerika. Bahan radioaktif seperti Iodine-131, Cesium-134,
and Cesium-137 dikesan wujud pada air minuman dan susu. Namun tahap
radioaktif yang dikesan hanya pada skalar kecil. Sehingga kini
Kerajaan Jepun dan pemerhati antarabangsa IAEA (Agensi Tenaga Atom
Antarabangsa) masih memantau situasi di Fukushima.Sumber
:http://www.jurnalmalaysia.com/index.php/topik/7-nuklear-tenaga-penjana-atau-pemusnah
SOALANBerdasarkan rencana di atas jawab soalan-soalan yang
berikut:1. Bina sekurang-kurangnya TIGA (3) peta pemikiran yang
sesuai.
1. Bina TIGA (3) jenis soalan berserta rubrik jawapan yang dapat
menggalakkan aras pemikiran yang berbeza (domain kognitif).
Item-item yang dibina haruslah berunsurkan KBAT dan mirip kepada
soalan TIMSS atau PISA.
Tugasan 6 : Pembinaan Item
6. Baca dan fahamkan rencana yang berikut. Jawab soalan yang
diberikan.RENCANA : FUNGSI DUA DALAM SATU SMART UNTUK KERETA DAN
BANJIRSudah 24 bulan Terowong SMART membuka lebuh rayanya kepada
orang ramai. Ketika ramai yang kini menjadi pengguna setianya,
masih ada yang kurang memahami dwi fungsi terowong ini. Pengurus
Besar SMART Mohd Fuad Kamal Ariffin bercakap kepada BERNAMA
mengenainya.
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Betty (bukan nama sebenar)
begitu teruja mahu mencuba sebuah jalan baru di Kuala Lumpur -
jalan pintas untuk keluar ke selatan ibu kota, jauh daripada
kesesakan lalu lintas.Dia sedang memandu lancar apabila tiba-tiba
perasaan panik mencengkam kerana dia merasakan berada di
tengah-tengah jalan yang tiada penghujungnya!Tangkas dia mendail
nombor kecemasan - 1-300-88-7188 - menggunakan telefon bimbitnya
untuk meminta bantuan.Pasukan peronda bermotosikal datang
membantunya dan mengiringi Betty keluar dari SMART - ya, singkatan
nama bagi Stormwater Management and Road Tunnel, yang berfungsi dua
dalam satu, menjadi terowong kenderaan dan terowong air.Secara
puratanya seseorang pemandu tidak harus berada di dalam terowong
ini lebih daripada lima minit ketika memandu dalam bukan waktu
puncak pada kelajuan 60km sejam, kata Mohd Fuad Kamal Ariffin,
Pengurus Besar SMART, semasa menceritakan insiden yang berlaku dua
tahun lalu ketika SMART baru saja dibuka kepada orang ramai.Insiden
ini merupakan satu daripada beberapa kejadian yang berlaku dalam
beberapa bulan pertama selepas pembukaan pada 14 Mei 2007 terowong
pelbagai guna yang terpanjang di dunia ini, yang mengandungi lebuh
raya kenderaan dua dek kira-kira 3 km panjang dan terowong air
banjir sepanjang 9.7 km.Hari ini lebih daripada 33,000 pemandu
menggunakan SMART setiap hari. Ia dibina untuk melencongkan air
banjir dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dan
kedua-duanya boleh berfungsi secara serentak.Mohd Fuad berkata
memang menjadi prosedur standard operasi (SOP) SMART bagi pasukan
perondanya untuk sampai ke tempat yang memerlukan bantuan dalam
masa lima minit, di mana jua sepanjang lebuh raya ini, dan pihak
pengurusan tidak pernah gagal dalam mematuhi prosedur itu selama
ini.Terowong kenderaan ini memberikan laluan alternatif kepada
pemandu dari selatan -- Lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban, Lebuh
raya Persekutuan, Besraya dan Lebuh raya Timur-Barat -- untuk masuk
dan keluar ke pusat bandar raya.Tujuannya ialah bagi mengurangkan
kesesakan lalu lintas dari selatan bandar raya ke pusat ibu kota,
mengurangkan masa perjalanan mengikut laluan di situ daripada
kira-kira 45 minit kepada 15 hingga 20 minit semasa waktu puncak,
kata Mohd Fuad.Terowong air banjir pula dibina untuk mengurangkan
kira-kira 45 peratus banjir di pusat bandar raya yang menjejaskan
kawasan Masjid Jamek, Lebuh Ampang dan Jalan Melaka.
KEUTAMAAN 5KPasukan SMART Ronda, yang merupakan sebahagian
daripada usaha pengurusan untuk memberikan jaminan keselamatan dan
keselesaan pemandu yang menggunakan lebuh raya ini, membuat rondaan
24 jam untuk memberikan bantuan pada bila-bila masa yang
diperlukan.
"Kami menekankan kepada 5K dalam operasi kami -- kecekapan,
keselamatan, keselesaan, kualiti dan keuntungan -- dalam memastikan
pemandu merasa selamat, selesa dan yakin memandu di dalam terowong
ini," kata Mohd Fuad.Pusat Kawalan Lebuh raya itu, yang merupakan
nadi operasi, dikendalikan 24 jam oleh pengawal trafik terlatih
bagi memastikan aliran lancar lalu lintas di sepanjang terowong
SMART. Mereka memantau terowong ini melalui CCTV yang membolehkan
mereka melihat keseluruhan laluan kenderaan ini.Mohd Fuad berkata
SMART ERT, pasukan kecemasan tunggu sedia 24 jamnya, bekerjasama
rapat dengan polis, hospital serta jabatan bomba dan penyelamat dan
memberi respons segera kepada sebarang insiden kecemasan dan
kemalangan yang berlaku di dalam terowong."Satu lagi fakta yang
tidak diketahui ramai ialah terowong SMART kami menyediakan liputan
siaran radio dan telefon bimbit tanpa gangguan. Pemandu dan
penumpang boleh terus mendengar stesen radio kegemaran mereka dan
membuat serta menerima panggilan daripada telefon bimbit mereka
semasa di bawah tanah," katanya.SMART juga menyediakan sistem mesej
berubah-ubah untuk memberikan pemandu maklumat terkini mengenai
arahan lalu lintas dan mesej membantu mereka mengelakkan sebarang
ketidakselesaan atau insiden dan secara umumnya bagi melancarkan
aliran trafik.Pintu masuk dan keluar lebuh raya SMART terletak di
Jalan Sungai Besi berhampiran pangkalan udara Tentera Diraja Udara
Malaysia (TUDM), di Jalan Tun Razak dekat bulatan Kampung Pandan
bersebelahan RHB Bank dan di Jalan Sultan Ismail di persimpangan
lampu trafik Hotel Park Royal, bersebelahan Berjaya Times
Square.Lima belas pintu kecemasan boleh didapati pada jarak 250
meter setiap satu di dalam terowong ini, dan terdapat enam syaf
keluar ke bahagian permukaan. Telefon kecemasan atau SOS tersedia
di semua pintu keluar.LIMA MINIT DI DALAM TEROWONGMohd Fuad berkata
secara purata seseorang pemandu itu tidak boleh memandu lebih
daripada lima minit di dalam terowong semasa bukan waktu puncak
pada kelajuan 60km sejam bagi memastikan tidak berlaku kesesakan di
bawah tanah.Jika barisan panjang lalu lintas melebihi dua pertiga
daripada laluan terowong ini, kenderaan lain akan dihalang
memasukinya untuk membolehkan mereka yang berada di dalam, bergerak
keluar dengan mudah, jelas beliau.Katanya atas sebab keselamatan,
hanya kereta, MPV dan SUV yang tidak melebihi ketinggian dua meter
dibenarkan memasuki terowong ini, sambil berkata SMART telah
mengadakan beberapa latihan kecemasan dengan Majlis Keselamatan
Negara mengenai langah-langkah keselamatan yang patut diambil dalam
sebarang kejadian yang tidak dingini, termasuk mengendalikan
kenderaan yang membawa bahan mudah terbakar di bawah tanah.
Sebagai lebuh raya pertama dengan dwi fungsi dan terowong air
banjir terpanjang di Asia Tenggara dan yang kedua terpanjang di
Asia, penyelenggaraan, termasuk kebersihan, memang paling
diutamakan."Semuanya penting bagi kami...daripada sekecil-kecil
mentol lampu hinggalah kepada operasi laluan air dan pencegahan
banjir," katanya sambil menjelaskan bahawa ia satu tugas 24 jam
seminggu yang memerlukan pemerhatian rapi.PENYENGGARAAN YANG
BAIKPenyelenggaraan yang baik juga penting untuk menjamin
keselamatan terowong kenderaan ini. Seperti yang ditegaskan Mohd
Fuad, soalan biasa yan diajukan di awal permulaan operasinya ialah
apakah terowong ini benar-benar selamat.Pemeriksaan berkala
terhadap beberapa ciri unik terowong ini sentiasa dilakukan,
sebagai contoh pemeriksaan setiap minggu terhadap pintu kawalan
automatik banjir, pintu penghalang air dihujung kedua-dua terowong
kenderaanraya di dalam bahagian terowong air.
Pintu ini akan menukar sistem terowong kenderaan menjadi
terowong air untuk melencongkan air banjir dari lembangan dan
takungan simpanan air ke dalam Sungai Kerayong dan kemudian kembali
ke Sungai Klang.Pintu masuk dan keluar terowong lebuh raya
kenderaan ini turut mempunyai ciri tambahan pintu keluli kawalan
banjir yang berfungsi menggunakan sistem hidrolik."Kami akan
memeriksa pintu-pintu ini setiap bulan memandangkan jika berlaku
banjir dan pintu jalan ini tidak berfungsi, kami tidak boleh
menggerakkan sistem banjir dan air akan melimpah. Pintu jalan ini
memisahkan di antara kawasan kering dan basah di dalam terowong,"
katanya.Satu lagi komponen yang sentiasa diperiksa,
sekurang-kurangnya dua kali seminggu, ialah pintu penahan air yang
menuju ke bahagian peralatan SMART. Pada hari-hari biasa, pintu ini
digunakan sebagai laluan pintas pada jarak 250 meter setiap
satu.Laluan ini bertindak sebagai jalan keluar ketika kecemasan
tetapi semasa banjir, pintu-pintu ini ditutup rapat, kata Mohd
Fuad. Bagi kerja penyelenggaraan yang melibatkan keseluruhan sistem
utama terowong SMART ini, termasuk pemeriksaan perisian, terowong
ini perlu ditutup dari pukul 11 malam hingga 6 pagi.Bagi memastikan
kebersihan terowong pula, SMART menyumberluar perkhidmatannya
kepada Alam Flora yang telah merekacipta alat pembersih jalan
khusus untuk terowong ini. Operasi pembersihan dilakukan di sebelah
malam bagi memastikan gangguan yang minimum terhadap lalu
lintas.Mohd Fuad berkata terowong SMART juga dilengkapi dengan syaf
pengalihan udara atau laluan keluar, masing-masing pada jarak satu
kilometer di dalam terowong kenderaan dan bagi melindungi sistem
ini semasa banjir, sistem ini mempunyai beberapa syaf yang setiap
satu memilik ekzos dan injektor udara bersih.Reka bentuk ini
membolehkan kipas yang terletak di luar terowong SMART untuk
mewujudkan aliran memanjang di dalam terowong di antara syaf, yang
membolehkan udara di dalam terowong sentiasa diperbaharui, dan bagi
membolehkan wasap disedut keluar. Ciri ini juga membolehkan asap
dikawal jika berlaku kebakaran.Mohd Fuad berkata bagi memastikan
sistem SMART dan operasinya di tahap yang terbaik, pemantuan juga
dilakukan oleh dua agensi -- Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)."Penunjuk Pencapaian Utama saya
bagi lebuh raya SMART ialah ia harus berada pada kedudukan lima
teratas dalam kalangan 23 lebuh raya yang dikendalikan LLM,
terutama di Lembah Klang," katanya.JPS, dari satu segi, memberi
tumpuan kepada cara SMART mengendalikan masalah banjir dan setakat
ini, menurut Mohd Fuad, SMART berjaya mencegah tujuh banjir besar
berlaku di bandar raya dan berjaya menyalurkan air banjir ke kolam
simpanan Kampung Berembang ke Sungai Kerayong, sebanyak 22 kali
tahun lepas.KENAPA MASIH BERLAKU BANJIRBagaimanapun semasa banjir
besar berlaku pada 3 Mac di ibu kota, peranan SMART tidak dapat
dielakkan dipersoal orang ramai.Mohd Fuad menjelaskan bahawa banjir
kilat itu berlaku semasa sebahagian besar hujan lebat yang turun
tertumpu di kawasan tadahan Sungai Batu dan Sungai Gombak dan ribut
petir itu menyebabkan air Sungai Batu tidak dapat dibendung dan
melimpah ke beberapa kawasan rendah seperti di sekitar Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC).Kedua-dua sungai itu bukan di dalam
kawasan tadahan sistem terowong SMART, katanya.
Tetapi pada hari itu, sistem SMART berjaya menyalurkan sejumlah
700,000 meter padu air banjir di kolam Kampung Berembang ke kolam
takungan Taman Desa melalui terowong ini. Hasilnya, air sungai di
kawasan sekitar stesen LRT Masjid Jamek LRT tidak melimpah.
Mohd Fuad berkata peranan SMART dalam menebat banjir di kawasan
itu berjaya atas tiga mod utama operasi berdasarkan aras air dan
kadar alir di pertembungan Sungai Klang/Sungai Ampang dan status
operasi terowong lebuh raya.Dalam mod pertama, semasa cuaca baik
atau hujan tidak lebat, tiada air banjir dilencongkan ke dalam
sistem SMART.Mod kedua dilancarkan apabila berlaku hujan sederhana.
Air banjir akan disalur masuk ke dalam terowong pintas di bahagian
bawah terowong ini semasa terowong kenderaan masih dibuka kepada
lalu lintas.Terowong ini akan hanya ditutup apabila mod ketiga
beroperasi. Bagaimanapun masa yang memadai diberikan untuk
membolehkan kenderaan terakhir di dalam terowong keluar sebelum
pintu auotomatik penahan air dibuka untuk memberi laluan kepada air
banjir.Terowong kenderaan akan dibuka semula kepada lalu lintas
dalam masa 48 jam selepas penutupannya dalam keadaan yang bersih
dan semua berada pada kedudukan asalnya.
LANGKAH SETERUSNYADua tahun selepas beroperasi, SMART, menurut
Mohd Fuad sedang menimbangkan untuk mengurangkan kekerapan
penutupan terowong ini walaupun Mod 3 diisyaratkan beroperasi
tetapi usaha mengelakkan banjir dan keselamatan pemandu masih
diutamakan."Kami akan meneliti data (kadar hujan dan air) dan
berbincang dengan JPS. Kami percaya ia boleh dilakukan. Sebagai
contoh, hujan lebat di Ampang akan menggerakkan Mod 3 untuk
beroperasi tetapi jika pusat bandar ketika itu masih kering, kita
boleh mengelakkan penutupan," katanya.Orang ramai, terutama
komuniti perniagaan di sekitar Masjid Jamek dan kawasan berdekatan,
paling mendapat manfaat daripada kewujudan terowong SMART ini dan
mereka sudah lama tidak bersungut bagaimana banjir menjejaskan dan
merosakkan perniagaan mereka.Jika SMART boleh mengurangkan isyarat
Mod 3 bagi penutupan terowong ini, tetapi pada masa yang sama,
melakukan tebatan banjir, memastikan terowong kenderaan selamat
untuk digunakan dan memastikan perjalanan lalu lintas tidak
terganggu, orang rami akan lebih menghargainya, kata Mohd Fuad.--
BERNAMASumber diperoleh daripada
http://web10.bernama.com/kpdnhep/v2/index.php?lang=my&sid=featuresdetail&id=413503SOALANBerdasarkan
rencana di atas jawab soalan-soalan yang berikut:1. Bina
sekurang-kurangnya TIGA (3) peta pemikiran yang sesuai.
1. Bina TIGA (3) jenis soalan berserta rubrik jawapan yang dapat
menggalakkan aras pemikiran yang berbeza (domain kognitif).
Item-item yang dibina haruslah berunsurkan KBAT dan mirip kepada
soalan TIMSS atau PISA.
Tugasan 7 : Pembinaan Item
7. Tonton dan fahamkan video yang bertajuk Quran dan
Sains-Kejadian Unta.
Sumber : http://www.youtube.com/watch?v=j9Ajs_nDFqY
SOALAN:Berdasarkan video di atas jawab soalan-soalan yang
berikut:1. Bina sekurang-kurangnya TIGA (3) peta pemikiran yang
sesuai.
2. Bina TIGA (3) jenis soalan berserta rubrik jawapan yang dapat
menggalakkan aras pemikiran yang berbeza (domain kognitif).
Item-item yang dibina haruslah berunsurkan KBAT dan mirip kepada
soalan TIMSS atau PISA.
LAMPIRAN 1
Model rancangan pengajaran dan pembelajaran oleh Needham
Fasa/ Langkah/ MasaAktiviti Pengajaran dan
PembelajaranKomunikasi dan Nota
Orientasi
( minit)
(Wajib ada cadangan soalan KBAT bagi setiap fasa dan jangkaan
jawapannya)
Pencetusan idea
( minit)
Penstrukturan semula idea
( minit)
Aplikasi
( minit)
Refleksi
( minit)
LAMPIRAN 2
Model RPH Kitar Pembelajaran 5E
Fasa/ Langkah/ MasaAktiviti Pengajaran dan
PembelajaranKomunikasi dan Nota
Engage
( minit)
(Wajib ada cadangan soalan KBAT bagi setiap fasa dan jangkaan
jawapannya)
Explore
( minit)
Explain
( minit)
Elaborate
( minit)
Evaluate
( minit)
LAMPIRAN 3
Model rancangan pengajaran dan pembelajaran 3 fasa
Fasa/ Langkah/ MasaAktiviti Pengajaran dan
PembelajaranKomunikasi dan Nota
Fasa 1- Permulaan
(Cetusan idea)
( minit)
(Wajib ada cadangan soalan KBAT bagi setiap fasa dan jangkaan
jawapannya)
Fasa 2 - Perkembangan
(Penstrukturan dan aplikasi idea)
( minit)
Fasa 3- Penutup
(Refleksi)
( minit)