KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM PISN2103
TAJUK 4 : PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
SINOPSIS
HASIL PEMBELAJARAN
TAJUK 4PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
Hasil Pembelajaran:
4.1 Konsep pengujian, pengukuran, penilaian
dan pentaksiran Penilaian memainkan peranan yang penting dalam
Kehidupan kita . Contohnya sebelum anda dianugerah Diploma
Perguruan, anda akan diuji dan dinilai dari aspek teori dan amali.
Tahukah anda apa yang dimaksudkan pengujian, pengukuran dan
penilaian. Pengujian
Merujuk kepada teknik untuk mendapatkan maklumt tentang
perubahan tingkahlaku seseorang indiividu . Ia terdiri dari satu
set soalan atau tugasan yang berkehendakkan murid memberi satu set
tindakbalas. Ujian merupakan alat pengukuran. Pengujian bertujuan
:
Mengesan pencapaian hasil pembelajaran
Mengesan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai
Mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid
Pengukuran
Suatu proses menentukan kuantiti atau takat pembelajaran murid
dan keberkesanan pengajaran guru. Guru mungkin menggunakan alat
pengukuran yang digunakan oleh guru mungkin terdiri daripada ujian,
soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala.
Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitaif dan tidak
termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan. Tujuan
pengukuran: Mengesan hasi-hasil pembelajaran
Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi
kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dalam aspek-aspek
pembelajaran yang lain
Mengesan jenis-jenis masalah yang dihadapi oleh murid-murid
Bagi mendapatkan maklumat untuk
Bimbingan
Kecekapan guru
Rekod prestasi dan profil murid
PenilaianPenilaian ditakrifkan sebagai proses mentaksir
perubahan tingkahlaku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif.
Ia melibatkan proses menentu , mendapat dan memberikan maklumat
yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan
selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian adalah suatu
sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul
maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil
tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. Tujuan
penilaianPenilaian dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang
kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang
keberkesanan pengajaran guru. Melalui penilaian, guru dapat :
mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
lebih awal dari semasa ke semasa;
mengetahui keberkesanan pengajarannya;
merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan
menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.
Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat
membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal
pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak
terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah
menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan
susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan
kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian
cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat.Pentaksiran
Pentaksiran merupakan Satu proses mendapatkan maklumat dan
seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses
pendidikan Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan
berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran
merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks
pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang
pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga
Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam
bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk
memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan
institusi pentaksiran.4.2 Penilaian Formatif dan SumatifTerdapat
dua jenis penilaian di sekolah iaitu penilaian formatif dan
penilaian sumatif:
Penilaian FormatifPenilaian formatif melibatkan penggunaan ujian
untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah mereka mencapai hasil
pembelajaran tentang satu bahagian pengajaran yang terhad, misalnya
satu unit pelajaran atau satu bab di dalam buku teks. Keputusan
yang diperoleh digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan
bukanlah untuk memberikan gred atau kedudukan di dalam kelas.
Objektif ujian formatif ialah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan
pembelajaran murid-murid. Dengan itu kaedah dan isi pelajaran boleh
disediakan. Sekiranya terdapat sejumlah besar murid-murid gagal
dalam sesuatu unit pelajaran, unit itu akan diajar semula dengan
kaedah yang sesuai seperti kaedah kumpulan. Pencapaian murid akan
dicatat dalam laporan prestasi dan maklumat ini akan membantu guru
merancang akitivit-aktiviti pemulihan serta mengubah strategi
pengajarannya jika perlu. Contoh-contoh penilaian formatif ialah
seperti lembaran kerja dan ujian bulanan.
Penilaian sumatifPenilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian
pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang
membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan
seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian dirancang
dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan
murid yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian
berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang
sewajarnya jika perlu. Penilaian boleh menilai kemajuan murid dalam
pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara
berpusat. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM
dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi
maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. PKS dan
penilaian berpusat saling melengkapi dalam sistem penilaian.
Merancang penilaian. Dalam pelaksanaan penilaian, guru perlu
menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, kaedah penilaian
dan instrumen penilaian yang perlu digunakan. Penggunaan Jadual
Penentuan Ujian (JPU) boleh membantu guru membina soalan mengikut
hasil pembelajaran yang ditentukan. Dengan bantuan JPU guru dapat
merangkakan tajuk/kemahiran yang hendak diuji dan peringkatnya
dalam taksonomi kognitif Bloom. Bilangan serta peratus soalan untuk
setiap peringkat kognitif juga ditunjukkan dalam jadual penentuan
ini. Untuk sesuatu tajuk dan peringkat taksonomi, hasil
pembelajaran murid dicatatkan secara spesifik. Penentuan hasil
pembelajaran ataupun aras-aras kemahiran bergantung kepada:
mata pelajaran
tajuk-tajuk yang dinilai
peringkat kebolehan murid yang dinilai
wajaran aras kesukaran: mudah, sederhana, sukar
Guru perlu meneliti dan memahami kandungan setiap tajuk dalam
sukatan pelajaran. Bilangan peratus soalan bagi sesuatu tajuk perlu
ditunjukkan.
Bidang dan Bentuk PenilaianBidang pembelajaran yang diuji dalam
Pendidikan Islam meliputi :
Penguasaan ilmu
Penguasaan kemahiran
Penghayatan dan amalan
Hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan
menggunakan kaedah:
Pemerhatian
Lisan
PenulisanPemilihan kaedah penilaian bergantung kepada:
hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.Kaedah-kaedah ini
boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk
mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenai
kebolehan, perkembangan dan kemajuan murid.
Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk :Mengesan
serta-merta
- mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta
dalam
pengajaran harian
- tidak memerlukan instrumen yang khusus.
Mengesan kemajuan
- mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa
pembelajaran
- perlu dirancang secara individu atau kumpulan
- menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran
kerja, ujian bertulisMengesan pencapaian
- mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada
akhir program
- perlu dirancang secara individu
- dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar,
ujian bertulis dan ujian lisan
Penilaian secara pemerhatian Digunakan untuk menilai aspek-aspek
yang sukar dikesan melalui kaedah lisan
dan penulisan seperti:
sikap
perlakuan/amalan
amali
kemahiran manipulatif
kemahiran bersosial
kemahiran belajar
kemahiran kinestetik
kemahiran literasi komputer
kemahiran mereka ciptaPemerhatian proses dan hasil kerja murid
seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus
membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu
kemahiran.
Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan
gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah
lisan dan penulisan.
Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala
kadar.
Penilaian secara lisan.
Digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi
antara:
- murid dengan guru
- murid dengan murid
- murid dengan bahan pembelajaran
Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:
- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kefasihan menghafaz
- sebutan dalam berbahasa
- kecekapan mencongak
- gaya persembahan
- pertuturan dan sikap
Instrumen Penilaian LisanKemahiran lisan boleh dinilai melalui
aktiviti seperti yang berikut:
- bacaan kuat
- syarahan
- perbahasan
- bercerita
- perbincangan
- hafazan
- temu bual
- soal jawab
- nyanyian
- deklamasi sajak
- mendengar dan memberi respon secara lisanPenilaian lisan
membolehkan guru :- mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam
kemahiran mendengar dan bertutur
secara gramatis.
- mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan
kefahaman murid.
- mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan
menghafaz.
- mengesan kelancaran dalam sebutan.
- mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.
Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan, ia merangkumi
soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk
lisan. Dalam menyediakan instrumen tersebut guru perlu
memastikan:
- soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas
dan mudah difahami.
- aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
- pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah
digunakan untuk
merangsang murid berfikir.
- aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.
Penilaian secara penulisan. Penilaian secara penulisan
melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil
penulisan murid seperti yang berikut:
- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.
Instrumen Penilaian PenulisanDigunakan untuk mengesan kemahiran
bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran
seperti yang berikut:
- kemahiran menulis
- menyusun idea
- penggunaan tanda baca
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi
- mentafsir
- menilaiDalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara
yang berikut mestilah diambil kira:
- soalan menepati kemahiran yang akan diuji
- bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
- bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan
- aras kesukaran soalan dipelbagaikan
- skema pemarkahan disediakanSoalan yang digunakan dalam
penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah:
- soalan subjektif
- soalan objektif
Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif
peringkat rendah dan peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat
dapat menilai peningkatan tahap pemikiran murid. Soalan peringkat
rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan pengetahuan asas
murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh merangsang murid
untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami secara
kritis dan kreatif.Contoh perkataan atau frasa untuk membuat
penilaianAras Kemahiran Domain
Kognitif
Cadangan frasa atau perkataan untuk menilai domain /
perlakuan
Mengetahui
Menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta-fakta spesifik,
istilah, kaedah atau prosedur, konsep asas dan prinsip- Mengingati
kembali
- Mentakrif
- Memerihal
- Mengenal pasti
- Melabel
- Menyenarai
- Melakar
- Memadan
- Menama
- Menyatakan
- Melukis
- Menulis
Memahami
Menguji kebolehan calon untuk memahami, menterjemah dan
menginterpretasi fakta, konsep dan prinsip.
- Menterjemahkan bahan atau idea
daripada satu bentuk ke bentuk lain;
- mentafsir bahan atau idea;
- merangkakan trend masa depan
- mengubah
- menganggar
- menerangkan
- memberi contoh
- mengukur
- menyukat
- menentukan
- menukar
- membanding dan membeza
- menambah
- meramalkan
- membuat inferens
- menghubungkait
- mencirikan
- mengelas
Mengaplikasi
Menguji lebolehan calon menggunakan konsep, prinsip, hukum atau
fakta asas.
- menggunakan bahan atau idea dalam
situasi yang baru dan konkrit:
- mengira
- menunjuk cara
- mengubahsuai
- menghitung
- menjana idea
- menjelaskan dengan contoh
Menganalisis
Menguji kebolehan calon untuk mencerakinkan idea-idea besar
kepada bahagian-bahagian kecil, membuat perbandingan dan
menghuraikan perhubungan. - mengasingkan maklumat kepada
komponen-komponennya untuk
memahami struktur organisasinya dan
perhubungan antara komponen.
- mencerakin
- menjelaskan melalui contoh
- memilih
- mengasingkan
- membuat andaian
- menghuraikan
- mengawal pembolehubah
- membuat urutan
- menyusun mengikut keutamaan
- menggunakan perhubungan ruang dan
masa
- membuat kesimpulan
- menyelesaikan masalah
Mensintesis
Menguji kebolehan calon untuk mengabungkan idea-idea kecil,
mentafsir dan membuat suatu rumusan.
- menggabungkan
komponen-komponennya untuk
menghasilkan keseluruhan idea atau
struktur yang baru dan kreatif.
- menggabungkan
- merancang
- meringkaskan
- membina
- merangkakan
- berkomunikasi
- mengeksperimen
- menganologi
- mereka cipta
- mengkonsepsikan
- membuat gambaran mental
- mendefinisikan secara operasi
- membuat hipotesis- mereka bentuk
Menilai
Menguji kebolehan calon untuk membuat pertimbangan nilai bagi
sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah.- menilai idea/bahan
maklumat/kaedah
berdasarkan criteria yang spesifik untuk
tujuan yang tertentu.
- menaksir
- mengkritik
- mentafsir
- mewajarkan
- mengesan kecondongan
- membuat keputusan
- menyokong
4.3 Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Jadual Spesifikasi Ujian dikenali juga dengan nama Test Blue
Print atau Test Specification. JSU merupakan satu matrik yang
terdiri dua paksi kandungan (paksi menegak) dengan paksi aras
kemahiran ( paksi melintang ). Dalam ruangan aras kemahiran pula
dicatatkan objektif pengajaran yang biasanya disesuaikan dengan
taksonomi objektif pendidikan. Secara am objektif pengajaran
dinyatakan dalam kurikulum pelajaran dan secara khusus terdapat
dalam sukatan pelajaran sesuatu mata pelajaran berkenaan. Tiap-tiap
pelajaran mempunyai penekanan aras kemahiran yang berbeza sesuai
dengan objektif mata pelajaran berkenaan.
Secara ringkas perkara-perkara yang boleh didapati daripada
sesuatu JSU adalah seperti berikut:
i. Kandungan ujian : topik-topik
ii. Aras kemahiran: taksonomi objektif pendidikan
iii. Pemberatan dalam peratus pada kandungan dan aras kemahiran:
panjang masa mengajar dan kepentingan.
iv. Bentuk atau format ujian: objektif, esei, amali, kerja
kursus dan lain-lain.
v. Bilangan item: mengikut bentuk ujian, kandungan dan aras
kemahiran.
vi. Kepayahan item: dalam lingkungan 20% hingga 80%
Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)i. Mengelakkan ujian
dibina secara sembarangan.
ii. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
iii. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras kemahiran
kepada guru yang mengajar dan menggubal ujian.
iv. Memastikan terdapat perseimbangan antara topic-topik dengan
aras-aras kemahiran yang diuji (terdapat sebaran aras kemahiran
yang sesuai).
v. Menjadi panduan membentuk format ujian.
vi. Menjadi panduan membentuk soalan.
vii. Menstabilkan taraf ujian yang sama pada masa hadapan.
viii. Membolehkan ujian yang sama dibina oleh kumpulan lain.
ix. Membolehkan perbandingan dengan ujin yang lain.
x. Menstabilkan taraf dan aras kepayahan ujian dari semasa ke
semasa.
Komponen Utama Dalam Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
i. Paksi Kandungan: Dalam paksi kandungan dicatatkan bahan yang
diajar. Bahan-bahan itu boleh dicatatkan secara ringkas atau secara
topik demi topic seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran.
Boleh juga dibuat secara ringkas dan am yang mana sukatan
dibahagigkan kepada skop-skop yang luas seperti dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam dibahagikan kepada Tilawah Al-Quran,
Aqidah, Ibadah, Sirah dan Akhlak. Pembahagian begini hanya sesuai
untuk menghasilkan rumusan dan kurang memberi faedah kepada guru
dan penggubal soalan.
ii. Paksi Aras Kemahiran: Dalam paksi ini mengandungi objektif
pengajaran yang merupakan perubahan tingkah laku dan
kemahiran-kemahiran yang diharapkan pada tiap-tiap topic dalam
paksi kandungan. Model yang digunkan ialah taksonomi pendidikan
iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.
iii. Paksi Pemberatan: Pemberatan adalah penekanan yang patut
diberikan kepada tiap-tiap topic dan kemahiran. Untuk ujian bilik
darjah pemberatan bolehlah didasarkan kepada rasa penting terhadap
sesuatu topic atau tajuk yang diajar pada sesuatu ketika. Untuk
sesuatu ujian yang lebih luas penggunaannya, pemberatan tentulah
berdasarkan kepada keluasan isi pelajaran dan panjang waktu yang
diperuntukkan kepadanya. Proses pemberatan boleh dibahagikan kepada
beberapa peringkat:
Menukarkan pemberatan waktu kepada peratus dan dicatatkan di
hujung paksi tersebut.
Membahagikan peratus itu kepada bentuk soalan yang sesuai
objektif atau esei.
Menyelaraskan bentuk soalan, bilangan soalan dengan aras
kemahiran.
iv. Kepayahan soalan: Secara kuantitatif kepayahan soalan adalah
dimaksudkan peratus calon yang boleh menjawab dengan betul pada
sesuatu soalan. Semakin besar peratus semakin mudahlah sesuatu
soalan itu. Untuk ujian pencapaian bersifat rujukan norma, min
kepayahan ujian sebaik-baiknya ialah 50%. Walaupun begitu soalan
yang mudah dan sukar harus juga dimasukkan ke dalam ujian. Soalan
mudah iaitu lebih kurang 70% daripada calon boleh menjawabnya,
boleh menjadi motivasi kepada calon-calon yang lemah. Soalan yang
sukar pula lebih kurang 30% daripada calon dapat menjawabnya,
boleha menjadi pencabar kepada calon-calon yang bijak. Perbanyakkan
soalan beraras kepayahan sederhana antara 40% hingga 60%. Terdapat
kajian menunjukkan soalan-soalan beraras kepayahan sederhana boleh
menambah sisihan lazim dan memberi kesan kepada kebolehpercayaan
ujian.
Langkah Menyediakan JSU
Langkah 1: Kaji objektif ujian dan sukatan pelajaran berkenaan.
Fahamkan falsafah, objektif, topik-topik dan cadangan penilaian
yang juga menyebutkan kerja kursus serta kerja amali.
Sebaik-baiknya kerja kursus dan amali tidak berulang secara tepat
dalam ujian/peperiksaan.
Langkah 2: Tentukan format ujian/peperiksaan iaitu dari segi
tempoh ujian, jenis soalan, bahagian, bilangan soalan peruntukan
masa bagi setiap bahagian, pemberatan markah.
Buat rumusan format seperti contoh berikut:
Rumusan FormatMata Pelajaran:Pendidikan Islam
Panjang Masa
:2 jam
Bentuk
:Objektif dan esei
Markah
:100
PerkaraObjektifEsei
Masa1 jam1 jam
Markah4060
Bilangan soalan403
Markah 1 soalan120
Masa bagi setiap soalan1.5 minit20 minit
Langkah 3: Senaraikan tajuk/topik yang hendak diuji dan masa
kuliah yang diperuntukkan bagi setiap tajuk.
Carta aliran proses menyediakan JSU:
Contoh JSU
Mata Pelajaran: Pendidikan Islam
Tajuk: Solat Lima WaktuKandunganAras Kemahiran
Jumlah
%
PengetahuanKefahamanAplikasiAnalisisSintesisPenilaian
MSdSMSdSMSdSMSdSMSdSMSdS
Pengertian
Bilangan Waktu
Rukun
Hikmah
Jumlah
%
( M = Mudah, Sd = Sederhana, S = Sukar )
Nota: Tidak semua peringkat hasil pembelajaran dan aras
kemahiran
Mesti diuji dalam sesuatu penilaian/ujian. Aras kemahiran
boleh
diubahsuai kepada mudah dan sukar.Pembinaan Item
Objektif:
Penggubal perlu mengetahui falsafah dan objektif penilaian
secara keseluruhan selain memahami dengan jelas objektif pengajaran
dan pembelajaran yang berkaitan dengan soalan yang hendak
digubal.
Sukatan Pelajaran, Format dan JPU:
Soalan yang digubal mestilah berdasarkan sukatan pelajaran ,
format dan JPU bagi mata pelajaran yang berkaitan. Tujuannya ialah
supaya kertas soalan yang dihasilkan mempunyai keesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi.
Kata kerja:
Gunakan kata kerja yang menepati aras taksonomi seperti telah
diterangkan di atas.
Bahasa:
a. Gunakan bahasa yang mudah difahami iaitu jelas dan tepat dari
segi kehendak soalan.
b. Pastikan penggunaa tatabahasa dan struktur ayat yang
betul.
c. Tinggalkan perkataan/ayat yang kabur dan mengelirukan
d. Hanya istilah daripada Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja yang
diberi keutamaan. Sekiranya terdapat istilah lain, pastikan ia
diguna pakai oleh Kementerian Pendidikan.
Contoh: inferens.
e. Tandakan istilah bahasa asing yang digunakan dengan pembuka
kata dan penutup kata .:
Contoh: Idgham.
4.4Bentuk Pentaksiran dan Penilaian
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang
bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif
(emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah. PBS mentaksir
bidang akademik dan bukan akademik.
SHAPE \* MERGEFORMAT
Komponen PBS
PP Dirancang, dibina dan dilapor oleh Lembaga Peperiksaan tetapi
ditadbir,diperiksa dan direkod oleh pihak sekolah
PS Dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor
oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi
luar. Pentaksiran Sekolah dilaksana dalam bentuk pentaksiran
formatif dan sumatif.
PAJSK Dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kapasiti dan
potensi jasmani, sukan, kokurikulum yang di kawal dan
kokurikulum
Ppsi Dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat
untukmmengukur kebolehan semulajadi, kemahiran berfikir,kemahiran
menyelesaikan masalah, minat , kecenderungan, sikap dan personaliti
murid.
Ciri PBS
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KEBAT)
PENGENALAN Pemikiran Aras Tinggi (KBAT/HOT) merupakan salah satu
komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
KBAT merupakan aras yang paling tinggi dalam hieraki proses
kognitif. Ianya berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru,
menyimpan dan memeri, menyusun, serta mengaitkannya dengan
pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan maklumat itu untuk
mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit. Bereiter
& Scardamalia (1987) dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi,
pelajar perlu dilatih mengambil bahagian dalam menentukan objektif,
mewujudkan wacana, menentukan tindakan motivasi, analitik dan
inferens yang dinamakan literasi tinggi (highliteracy).
MODEL/KERANGKA KBAT
1) Menggunakan tahap pemikiran secara maksimum untuk menghadapi
cabaran
2) Interpretasi, analisis, dan manipulasi maklumat
3) Bersifat kritikal terhadap maklumat,idea, dan pendapat.
4) Membuat kesimpulan, inferens, dan generalisasi.
5) Komunikasi berkesan, membuat jangkaan, penyelesaian masalah,
menilai idea, memberikan pendapat, dan membuat pemilihan, dan
keputusanMODEL TAKSONOMI BLOOM (1956) menerangkan penggunaan soalan
mempunyai kaitan secara langsung dengan KBAT. Bertepatan dengan
pendapat Postman (1979:140) all our knowledge results from
questions, which is another way of saying that question-asking is
our most important intellestual tool. Corak penyoalan menggunakan
soalan aras rendah adalah merbahaya kepada penjaan pemikiran aras
tinggi kerana KBAT hanya boleh digembelingkan melalui soalan aras
tinggi (Bloom, 1956, 1994., Kissock dan Iyortsuun, 1982). Taksonomi
Bloom telah mengkategorikan kemahiran berfikir mengikut aras
tertentu yang dikenali sebagai level of thought processes.Tiga
jenis KBAT yang penting:
a) Menjana menjanakan alternatif, dan kombinasi idea
b) Menjelaskan idea menjelaskan idea dan menganalisis alasan
c) Menilai kemusabahan idea Menilai maklumat asas, menilai
inferensi (kegunaan bukti), dan menilai inferensi ( deduksi)
Pendekatakan mengajar KBAT ialah 1) Mengajar KBAT dalam konteks
secara langsung di luar kurikulum. 2) Mengajar berfikir menggunakan
kaedah yang menggalakkan berfikir dalam konteks kurikulum 3)
Penyebatian menyusun semula pengajaran untuk mengajar KBAT secara
eksplisit
Strategi yang boleh digunakan dalam penggunaan KBAT ialah
seperti: 1) Soalan terbuka 2) Teknik Penyoalan 3) Perbincangan 4)
Metakognisi 5) Pengurusan Grafik 6) Kaedah Penyelesaian masalah
KESIMPULAN Penggunaan strategi dan teknik yang pelbagai mampu
melahirkan pelajar berfikiran KBAT. Penglibatan pelajar secara
langsung di dalam bilik darjah secara tidak langsung akan
melahirkan pelajar yang bersifat kritis dan kreatif. Penggunaan dan
pemilihan metadologi P&P yang sesuai boleh menimbulkan minat
serta membangkitkan motivasi pelajar sekaligus dapat meningkatkan
kefahaman dan kemahiran mereka
4.5 Pembinaan Item
a. Item Objektif.Item ini dipanggil sedemikian kerana pemeriksa
yang lain akan memberikan markah yang sama apabila memeriksa kertas
jawapan objektif yang sama. Jawapan bagi ujian berbentuk objektif
adalah pendek. Didapati lebih sesuai menguji kebolehan calon di
aras kognitif yang rendah iaitu pengetahuan, kefahaman dan
aplikasi. Pemarkahan adalah objektif ,cepat, mudah dan jitu.
Sebaliknya ujian berbentuk item objektif gagal menguji kebolehan
calon untuk memilih, menyusun dan menyatukan idea. Walaubagaimana
pun kajian menunjukkan jika item objektif digubal dengan teliti
boleh juga menguji kebolehan calon di aras kognitif tinggi.
Contoh-contoh item objektif adalah seperti berikut:
i. Item jawapan pendek.
Siapakah nama ibu Nabi Muhammad s.a.w. ?
____________________________________
ii. Item melengkapkan.
Rukun Iman mempunyai __________ perkara.
iii. Item benar-salah.
Tandakan ( ) bagi kenyataan yang benar dan (X) bagi kenyataan
yang salah.
(a) Rukun Islam empat perkara ( )
(b) Rukun Iman enam perkara ( )
iv. Item padanan.
Nabi Muhammad Taurat
Nabi Musa Al-Quran
v. Item Aneka pilihan.
Tahun Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan dikenali dengan nama tahun
______
(a) Rusa
(b) Harimau
(c) Kuda(d) Gajah
Kelebihan Item Objektif
1. Dapat meliputi semua bidang mata pelajaran dengan luas.
2. Dapat menguji aras kognitif di peringkat pengethuan,
kefahaman dan aplikasi dengan berkesan.
3. Masa yang diperlukan untuk menjawab dan memeriksa adalah
ringkas.
4. Objektifnya aras tinggi. Jawapan yang sama akan diberikan
markah yang sama walaupun diperiksa oleh pemeriks yang
berlainan.
5. Item ujian boleh dinyatakan dalam bahasa yang mudah.
6. Unsur emosi pemeriksa tidak akan mempengaruhi pemarkahan.
7. Kebolehpercayaan keputusan adalah tinggi kerana banyak soalan
boleh disediakan.Kelemahan Item Objektif1. Pembinaannya memerlukan
lebih tenaga, masa dan perbelanjaan.
2. Tidak dapat menguji kebolehan calon pada aras kognitif yang
tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian.
3. Gagal menguji kebolehan calon untuk menyusun dan menghuraikan
idea-idea.
4. Mungkin menggalakkan calon-calon meneka jawapan.
5. Calon boleh berlatih menjawab soalan-soalan objektif bagi
tahun-tahun lalu boleh meningkatkan taraf pencapaian.
b. Item Subjektif.
Item subjektif terdiri daripada soalan yang memerlukan calon
memberi jawapan secara lisan atau bertulis. Jawapan calon mungkin
bebas atau terhad. Sekiranya bebas, jawapan itu adalah dalam bentuk
esei dan sekiranya terhad ia mungkin merupakan satu ayat sahaja
(struktur). Bertujuan menguji kebolehan pelajar pada aras
kefahaman, aplikasi dan jika digubal dengan teliti boleh menguji
aras yang lebih tinggi. Berdasarkan kepada jawapan calon, item
subjektif boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
i. Jawapan terhad (struktur).
Jenis soalan ini menghadkan isi dan bentuk jawapan seseorang
calon. Jawapan yang diberikan hanya merupakan satu ayat atau satu
frasa sahaja.
Contoh:
Tulis rukun-rukun Iman di ruangan berikut mengikut urutan.
1. __________________________________________
2. __________________________________________
3. __________________________________________
4. __________________________________________
5. __________________________________________
ii. Jawapan tidak terhad (esei).
Jenis soalan ini membenarkan calon memilih, mengatur, dan
membentangkan jawapan yang difikirkan sesuai.
Contoh:
Terangkan peranan ibadat haji dalam menyatukan umat Islam.
Kelebihan Item Subjektif1. Mudah untuk dibina dan ditadbir
2. Boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran
3. Merupakan cara untuk mengetahui sejauh mana seorang calon
dapat menerangkan idea-ideanya.
4. Calon-calon dapat diuji kebolehan untuk menyususn,
menganalisis dan membuat sintesis idea-idea meraka.
5. Peluang untuk meneka jawapan adalah kurang.
6. Menggalakkan calon menyediakan diri menghadapi ujian dengan
meneka kepada kemahiran menyusun dan membuat sintesis isi
jawapan.
7. Peluang untuk menipu atau meniru jawapan dikurangkan.
8. Dapat mengukuh hasil pembelajaran yang kompleks.
Kelemahan Item Subjektif1. Unsur subjektif semasa pemarkahan
akan mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
2. Hanya dapat meliputi bidang yang terhad kerana bilangan esei
terbatas.
3. Pemarkahan mengambil tenaga dan masa yang panjang.
4. Pemarkahan ujian esei mungkin dipengaruhi oleh factor-faktor
yang kurang relevan yang panjang atau pendek.
5. Pemarkahan juga dipengaruhi oleh bentuk emosi pemeriksa,
keadaan fizikalnya dan masa yang telah digunakan untuk memeriksa
kertas jawapan.
6. Kesan halo mungkin dapat memainkan peranan. Markah yang
tinggi bagi soalan pertama mungkin mempengaruhi markah bagi
soalan-soalan seterusnya.
1. Jelaskan jenis-jenis penilaian beserta dengan contoh yang
sesuai.
2. Huraikan kepentingan Jadual Penentuan Ujian (JPU).
3. Mengapakah penilaian penting?4. Bina item soalan objektif dan
soalan subjektif meliputi bidang al-Quran,
Ulum Syariah dan Akhlak Islamiah.
5. Nyatakan perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian
sumatif.6. Bandingbeza antara Item Objektif dan Subjektif.
Kursus ini membincangkan konsep Penilaian, pengukuran, pengujian
dan pentaksiran serta bentuk penilaian. Ia juga membincangkan
pembinaan JSU dan bentuk pentaksiran dan penilaian beserta
pembinaan item..
Di akhir topik ini, pelajar dapat : .
Mengenal pasti dan memahami tentang konsep pentaksiran dan
penilaian
Mengenal pasti dan membanding beza antara formatif dan
sumatif
Mengenal pasti dan membina Jadual Spesifikasi Ujian.
Memahami cara pembinaan item objektif dan subjektif serta
perbezaan keduanya.
KANDUNGAN TAJUK 4:
4.1 Definisi konsep:
Pengujian.
Pengukuran.
Penilaian.
Pentaksiran
4.2 Penilaian Formatif dan Sumatif
4.3 Pembinaan Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU)
4.4 Bentuk pentaksiran dan
penilaian:
PBS
KEBAT
4.5 Pembinaan Item:
Item objektif
Item subjektif
Pilih tajuk yang hendak dinilai.
Tentukan Hasil Pembelajaran.
Tentukan bilangan soalan mengikut aras.
Tulis bilangan soalan dalam petak berkenaan.
Semak jumlah dan peratus semua soalan dalam lajur menegak dan
mendatar.
Pentaksiran
Berasaskan Sekolah
Akademik
Bukan Akademik
Pentaksiran Pusat (PP)
Pentaksiran Psikometrik (Ppsi)
Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kurikulum (PAJSK)
Pentaksiran Sekolah (PS)
Holistik
Fleksibel
Sepadu
CIRI PBS
Sebahagian daripada proses P&P
Merujuk Standard
Seimbang
JENIS ITEM
OBJEKTIF
SUBJEKTIF
Selepas membaca nota , selesaikan tugasan di bawah !
EMBED Unknown
Tahniah !
Kerana berjaya menyempurnakan tugasan anda.
SELAMAT MAJU JAYA !
PAGE 79