1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Dakwah adalah berkembang dan perkembangan ini secara tidak langsung juga membawa kepada perkembangan komponen-komponen dakwah, sumbangan, cabaran-cabaran dan kumpulan sasar yang dihadapi. Dewasa ini cabaran dakwah berkembang berlipat kali ganda mengikut perkembangan dunia kerana didukung kemajuan teknologi maklumat, penyebaran informasi, pemberitaan, media komunikasi, teknologi kejuruteraan, ilmu pengetahuan, budaya dan berbagai lagi aspek dalam kehidupan manusia. Dakwah merupakan kombinasi daripada beberapa komponen seperti pendakwah, sasaran, isi kandungan, medium, persembahan, manhaj, uslub dan wasilah. 1 Sehubungan itu, studi dan kajian yang menyeluruh mengenai komponen-komponen dakwah adalah penting dalam mempersembahkan dakwah berkesan. Dakwah adalah bertujuan untuk merubah dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain. 2 Perubahan yang dibawa oleh dakwah adalah perubahan yang besar kerana berkait dengan tingkah laku dan tindakan manusia secara berterusan. Perubahan tersebut mempunyai relevansi bukan sahaja bagi kehidupan manusia di akhirat bahkan juga kehidupan di dunia. 1 ‘Abd al-Karim Zaidan, Usul al-Da‘wah (Beirut Lubnan: Al-Risalah Publisher, 2000), 5 2 ‘Abd al-‘Aziz Mohd. Zin, et. al, Dakwah Islam di Malaysia ( Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 2006), 39
174
Embed
1.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/5139/16/SUMBANGAN_ABDUL_RAHMAN_YA'KUB_DALAM... · landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang beriman. Perkembangan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Dakwah adalah berkembang dan perkembangan ini secara tidak langsung
juga membawa kepada perkembangan komponen-komponen dakwah,
sumbangan, cabaran-cabaran dan kumpulan sasar yang dihadapi. Dewasa ini
cabaran dakwah berkembang berlipat kali ganda mengikut perkembangan dunia
kerana didukung kemajuan teknologi maklumat, penyebaran informasi,
pemberitaan, media komunikasi, teknologi kejuruteraan, ilmu pengetahuan,
budaya dan berbagai lagi aspek dalam kehidupan manusia.
Dakwah merupakan kombinasi daripada beberapa komponen seperti
pendakwah, sasaran, isi kandungan, medium, persembahan, manhaj, uslub dan
wasilah.1 Sehubungan itu, studi dan kajian yang menyeluruh mengenai
komponen-komponen dakwah adalah penting dalam mempersembahkan
dakwah berkesan.
Dakwah adalah bertujuan untuk merubah dari suatu keadaan kepada
keadaan yang lain.2 Perubahan yang dibawa oleh dakwah adalah perubahan
yang besar kerana berkait dengan tingkah laku dan tindakan manusia secara
berterusan. Perubahan tersebut mempunyai relevansi bukan sahaja bagi
kehidupan manusia di akhirat bahkan juga kehidupan di dunia.
1 ‘Abd al-Karim Zaidan, Usul al-Da‘wah (Beirut Lubnan: Al-Risalah Publisher, 2000), 5 2 ‘Abd al-‘Aziz Mohd. Zin, et. al, Dakwah Islam di Malaysia ( Kuala Lumpur: Penerbitan
Universiti Malaya, 2006), 39
2
Dalam hubungkait dengan Negeri Sarawak, dakwah telah menyumbang
kepada perubahan seperti kenyataan di atas. Terdapat tulisan menyebut bahawa
bumi Sarawak pernah menjadi kediaman manusia tanpa agama dan primitif.
Namun begitu, dakwah yang dilakukan sejak sekian lama telah mengubah
keadaan ini dan Sarawak menjadi bumi yang dihuni oleh kaum Muslimin.3
Perubahan inilah yang menarik perhatian penulis untuk mengenal pasti
asas-asas yang menyumbang kepada perubahan ini berteraskan peta dakwah
dengan memberi fokus kepada pelaku dakwah yang terbabit.
1.2 Latar belakang
Pengaruh agama Islam berkembang ke serata dunia melalui dakwah Nabi
Muhammad SAW dan diteruskan oleh generasi yang hidup selepas itu. Dakwah
telah memulihkan aspek ibadah, keyakinan dan akhlak manusia kepada
landasan yang benar dan akhirnya bumi dimakmurkan oleh orang-orang yang
beriman.
Perkembangan Islam di Alam Melayu melalui peranan dan dakwah yang
dilakukan oleh saudagar dan pedagang dari Semenanjung Tanah Arab dan
India. Mereka adalah pelaku dakwah atau yang disebut dengan agent of change
membawa penduduk tempatan yang kafir menjadi pengikut agama Islam.
Disamping berdakwah, para pedagang dan saudagar menunjukkan penampilan
3 Habid’s Buhigiba Bin Muhammad Bustamam, “Perkembangan Islam di Sarawak 1945-1991”
(Latihan Ilmiah Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Dan Kemasyarakatan Universiti Kebangsaan
Malaysia, 1994/95), xiv
3
yang molek dan budi pekerti yang luhur, amanah, jujur, bertimbang rasa dan
bertanggungjawab menjadikan masyarakat tempatan menyenangi mereka.4
Sebagaimana dakwah yang berlaku di Alam Melayu, ia juga berlaku di
Sarawak. Sarawak yang pada asalnya sebuah jajahan Kesultanan Brunei
mendapat sentuhan-sentuhan dakwah daripada para pembesar Kesultanan
Brunei.5 Setelah itu, langkah dakwah tersekat-sekat kerana diketepikan oleh
James Brooke yang menjadi Rajah Of Sarawak yang juga membawa misi
Kristian di Sarawak.6 Pola dan dasar pentadbiran James Brooke itu telah
diteruskan oleh pengganti-pengganti berikutnya dari kalangan ahli keluarga
beliau seperti Charles Anthony Brooke dan kemudian anaknya Charles Vyner
Brooke dan kluarga ini telah menjajah Sarawak selama seratus tahun iaitu dari
1840 hngga 1940.
Usaha dakwah di Sarawak diteruskan oleh kalangan agamawan tempatan
dari zaman ke zaman walaupun mereka berdepan dengan kesukaran. Usaha
dakwah ini telah menjadikan orang-orang Islam mampu mengekalkan jati diri
mereka sebagai Muslim walaupun terpaksa menghadapi cabaran yang hebat
daripada perubahan cara hidup masyarakat ketika itu yang ala Barat dan
tentangan kuat dari pentadbiran Brooke yang menghalang dakwah daripada
berkembang maju.
4 Op. Cit., Mohd. Zin, 40 5 Awang Hasmadi Awang Mois dan Sanib Said, ed., Masyarakat Melayu Sarawak (Kuching:
Yayasan Budaya Melayu Sarawak, 1998), 31-32 6 Azhar Bin Ahmad, “Masyarakat Bidayuh Di Bahagian Pertama Sarawak : Satu Kajian
Mengenai Proses PengIslaman Dan Amalan Ajaran Islam Di Kalangan Mereka” (Latihan
Ilmiah Jabatan Usuluddin Dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan
Malaysia, 1987/88), 22-23
4
Pada tahun 70 hingga 80-an, individu yang banyak menyumbang dalam
dakwah Islam di Sarawak adalah Abdul Rahman bin Ya’kub. Tokoh ini
membawa pembangunan dalam aspek agama yang dicapai pada era pentadbiran
beliau. Walaupun tokoh ini bukan berkelulusan agama secara formal, tetapi
beliau melibatkan diri dan menggerakkan kerja-kerja dakwah. Tokoh ini telah
mengetuai mengasas dan menubuhkan sebuah organisasi dakwah untuk
melebarkan lagi capaian dan pencapaian dalam dakwah di Sarawak. Selain itu,
tokoh ini yang juga menjawat jawatan Ketua Menteri Sarawak dan dengan
bidang kuasa yang ada, tokoh ini mengatur langkah dan strategi untuk
memperkukuhkan survival umat Islam dan dakwah di Sarawak.7
Dalam melaksana dan menggerakkan dakwah, tokoh ini berdepan dengan
berbagai bentuk halangan dan cabaran. Di antara cabaran adalah dalam bentuk
pengaruh dan budaya serong dari Barat yang menjadi amalan orang Islam
ketika itu kerana telah dibudayakan oleh penjajah Rajah Brooke. Dalam aspek
pendidikan pula, penjajah menggunakan pendekatan yang sangat halus agar
tiada anak tempatan yang berpelajaran tinggi.
Menurut Fathi Duet, Kerajaan Brooke menghalang orang Melayu Islam
daripada mencapai tahap pendidikan yang tinggi dengan secara halus. Penuntut
Melayu Islam akan ditawarkan jawatan dan pekerjaan sebagai kakitangan
kerajaan sejurus menamatkan pelajaran mereka. Oleh sebab itu, mereka tidak
berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana
disibukkan dengan kerja dan akhirnya mereka menjadi selesa dengan pekerjaan
7 Fathi Duet (Setiausaha Agung Ke-2 BINA) dalam temubual dengan penulis pada 24
September 2013
5
yang ada dan bergantung sepenuhnya kepada Brooke dalam urusan pentadbiran
negeri.8
Tokoh ini juga menghadapi cabaran dari aspek taburan suku bangsa atau
etnik yang berbeza di Sarawak. Mereka selesa hidup tanpa agama atau mewarisi
agama nenek moyang yang cenderung mempercayai unsur mistik dan syirik
terhadap Allah. Selain itu, cabaran juga dalam bentuk muka bumi Sarawak
yang begitu luas dan berbukit bukau sedangkan kemudahan yang ada sangat
terbatas.9
Itulah halangan dan cabaran besar yang dihadapi oleh tokoh ini dalam
menggerakkan dakwah di Sarawak. Mampukah beliau melepasi cabaran-
cabaran ini dan berjaya menyumbang untuk dakwah? Bagaimanakah cara
beliau menyampaikan dakwah kepada kumpulan sasar yang beragam itu? Inilah
persoalan-persoalan yang menjadi asas dan objektif kajian ini.
1.3 Penyataan Masalah
Tanggungjawab menyampaikan dakwah pada asalnya tugas para nabi dan
rasul yang kemudian diwarisi oleh generasi berikutnya dari kalangan orang
soleh. Dakwah digerakkan bagi mengajak manusia yang ingkar untuk beriman
kepada Allah. Dakwah juga adalah dalam rangka menyebarkan rahmat ke
seluruh alam. Setelah ketiadaan para nabi dan rasul, tugas dakwah digalas oleh
setiap orang Islam tanpa mengira apa pun kedudukannya dalam masyarakat.10
8 Ibid. 9 Abdul Rahman Fadzail (Temenggong dan Pengerusi HIKMAH Cawangan Miri), dalam
temubual dengan penulis pada 14 Julai 2013 10 Yusuf al-Qaradawi, Thaqafah al-Da‘yah (Beirut: Mua’asasah al-Risalah, 1978), 5-6
6
Surah Ali ‘Imran ayat 104 memberi ilustrasi bahawa kerja dakwah
diamanahkan kepada orang Islam melalui sekelompok di antara mereka
hendaklah melakukan dakwah. Seterusnya di dalam surah al-Saff ayat 4 pula
menggambarkan kerja dakwah dilakukan melalui organisasi yang tersusun baik
seperti sebuah susunan yang membentuk bangunan. Kerja dakwah adalah kerja
berkelompok dan bukannya seorang diri. Penulis pasti bahawa ayat-ayat di atas
menjadi inspirasi kepada tokoh ini dalam membina gerakan dakwah baru di
Sarawak dengan mengasas organisasi dakwah.
Tokoh ini mengambil langkah menggalas tanggungjawab dakwah ini dan
melakukannya dengan gigih dan secara bijaksana supaya dapat mencapai hasil
yang baik. Tokoh ini mempelajari pengalaman dari sejarah yang berlaku
mengenai muslihat jahat penjajah dan nasib agama Islam dan umatnya tidak
boleh dibiarkan begitu sahaja tetapi sebaliknya mesti dirubah.
Tokoh ini menggariskan berbagai langkah dan strategi seperti
menubuhkan sebuah organisasi yang akan digunakan sebagai jentera dakwah.
Langkah ini telah membawa kepada pengIslaman beramai-ramai golongan non-
Muslim dari etnik seperti Iban, Bidayuh, Cina, Melanau, Kelabit, Penan,
Kenyah berlaku melalui dakwah yang digerakkan oleh tokoh ini.11
Sejauh manakah kebenaran catatan ini dan apakah langkah-langkah yang
telah diambil oleh tokoh ini yang menjadi sumbangan besar dalam dakwah di
Sarawak, perlu diketengahkan. Oleh itu kajian ini cuba mengenali sumbangan
tersebut berdasarkan objektif-objektif berikut.
11 Jawatankuasa Penyelidikan Sejarah Penerbitan dan Penerangan Perayaan 10 Tahun Angkatan
Nahdatul Islam Bersatu (B.I.N.A), Sepuluh Tahun BINA 1969-1979 (Singapore: Koon Wah
Lithographer, t.t.), 35-37
7
1.4 Objektif
Menerusi kajian ini penulis menggariskan dua objektif untuk dicapai dan
mengungkap berkenaan sumbangan dakwah serta perkara-perkara yang
berkaitan dengannya seperti berikut ;
1. Mengenal pasti profil eksklusif Abdul Rahman bin Ya’kub sebagai
penyumbang kepada kerja dakwah di Sarawak
2. Mengenal pasti sumbangan dakwah tokoh ini dalam gerakan dakwah
di Sarawak dan landasan menginstitusikan dakwah melalui Organisasi
BINA.
1.5 Skop Kajian:
Skop kajian adalah sumbangan tokoh ini dalam dakwah di Sarawak dan
penulis membahaginya kepada dua bahagian. Yang pertama adalah kajian
terhadap latar-belakang tokoh ini dengan menelusuri profil eksklusif beliau
sebagai subjek kajian. Bahagian kedua adalah berkenaan sumbangan tokoh ini
dalam dakwah di Sarawak yang membawa kepada penginstitusian dakwah
dalam rangka meluaskan capaian dan jangkauan dakwah yang lebih besar
Secara khusus kajian ini dibataskan pada perkara-perkara berikut ;
1. Bidang Kajian: Kajian ini meneliti sumbangan dakwah oleh tokoh ini.
2. Subjek Kajian: Kajian ini membataskan skop kajian kepada dua iaitu profil
eksklusif tokoh ini dan sumbangan beliau dalam dakwah di Sarawak. Terdapat
sumbangan yang paling utama oleh tokoh ini yang akan dimuatkan penulis
dalam kajian ini.
8
3. Lokaliti Kajian: Kajian ini menghadkan rangkuman lokaliti Negeri Sarawak
sahaja.
1.6 Kepentingan Kajian
Secara umumnya, penulis menghasratkan hasil kajian ini dapat meningkatkan
lagi koleksi kutub khanah karya ilmiah terutamanya dalam bidang sumbangan
dakwah. Kajian ini juga mempunyai nilai tambah kepada penulis kerana
meluaskan pengetahuan serta penguasaan dalam bidang sains kemasyarakatan
yang berkembang dari zaman ke zaman. Secara khususnya, penulis
berpendapat kajian ini amat penting dan signifikan berdasarkan pertimbangan
berikut:
1.6.1 Kajian ini akan mengenalpasti tokoh ini dengan lebih dekat
menerusi profil eksklusif beliau. Walaupun tokoh ini mempunyai
kelulusan sekular tetapi beliau tidak memandang ringan aspek agama
dan umat Islam bahkan mengambil bahagian dengan aktif sekali dalam
dakwah di Sarawak. Apakah yang menjadi pendorong kepada tokoh ini
melibatkan diri dalam dakwah sedangkan tugas itu bukanlah
tanggungjawab hakiki beliau? Inilah kepentingan kajian ini untuk
memerihalkan perkara tersebut supaya dapat diketahui oleh umum
mengenainya dan menjadi panduan. memperkenalkan tokoh ini dengan
lebih mendalam menerusi profil eksklusif beliau sebagai penyumbang
dalam dakwah di Sarawak. Umumnya, masyarakat Sarawak mengenali
tokoh ini sebagai seorang politikus di atas kejayaan dalam dunia
9
politik. Namun begitu, tokoh ini juga membawa pembangunan dan
kemajuan aspek dakwah dan umat Islam di Sarawak.
1.6.2 Kajian ini akan meninjau tentang sumbangan tokoh ini dalam
dakwah di Sarawak terutama dakwah kepada golongan non-Muslim di
kawasan pedalaman. Fakta mendapati berlaku pengIslaman terhadap
golongan ini dalam jumlah yang besar dan menunjukkan konsistensi
dalam tempoh waktu yang panjang. Kenapa perlu berdakwah kepada
golongan non-Muslim ini sedangkan keadaan umat Islam sendiri
begitu parah dengan budaya hidup ala Barat? Bukankan beliau telah
mencapai prestasi yang maksima apabila berjaya menjadi Ketua
Menteri Sarawak? Sudah pasti ada alasan yang besar menurut tokoh ini
dalam langkah-langkah yang telah diambil oleh beliau.
1.6.3 Kajian ini juga akan cuba mengupas sumbangan yang paling
utama oleh tokoh ini dalam dakwah di Sarawak. Sumbangan ini telah
membantu melebarkan capaian dan pencapaian dakwah dan
sumbangan ini juga menjadi dimensi gerakan dakwah menjadi lebih
dinamik dan berwibawa. Sekiranya dilihat dari sejarah dakwah
Sarawak sememangnya telah ada pihak yang melakukan usaha
mengembangkan agama Islam sebelum beliau. Kajian ini akan
menjelaskan strategi yang diambil oleh tokoh ini yang membawa
kepada kejayaan dakwah beliau.
10
1.7 Definisi tajuk
Sumbangan : Sesuatu yang diberikan sebagai bantuan, pemberian
sebagai bantuan, bantuan, sokongan.12 Apa-apa yang diberikan sebagai bantuan
atau sebagai sokongan.13
Abdul Rahman Ya’kub: Dilahirkan di Kampung Jepak Bintulu pada
tahun 1928. Beliau adalah mantan presiden BINA dan mantan Ketua Menteri
Sarawak dari tahun 1970 hingga 1981. Beliau mengetuai kerja dakwah di
Sarawak terutamanya bersama organisasi dakwah yang ditubuhkan pada tahun
1968. Sumbangan beliau dalam kerja dakwah di Sarawak adalah sebuah fakta
dan dijadikan perkara utama kajian ini. Tokoh ini meninggal dunia pada 10
Januari 2015 di Kucing.
Dakwah: Penyebaran agama Islam.14 Dakwah Islamiyyah sebagai
panggilan ke jalan Allah.15
Sarawak : Adalah sebuah negeri yang terdapat di Pulau Borneo
bersebelahan dengan Sabah dan Brunei di utara dan Indonesia yang memanjang
ke seluruh tanah Sarawak di bahagian selatan. Secara geografinya keluasan
muka bumi Sarawak adalah 124,449.5 kilometer persegi.16 Sarawak
mempunyai penduduk seramai 2,471,140 orang dengan pecahan mengikut etnik
14 Ibid., dicapai 11 Jun 2014 15 Op.Cit, Zaidan (1982), Dasar-dasar Ilmu Da’wah (1), terj. H.M. Asywadi Syukri LC, Kuala
Lumpur: Dewan Pustaka Islam, h. 1. Pemahaman ini dikaitkan dengan maksud ayat al-
Qur’an, iaitu: “Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku
mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata”. Surah Yusuf, ayat 108. 16 Buku Tahunan Perangkaan Sarawak 2012, (Kuching: Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri
dalam bidang politik, sejarah Sarawak dan perkembangan Islam di Sarawak.
Keempat-empat fokus ini boleh dihuraikan sebagaimana berikut:
Dalam fokus pertama yang mengaitkan profil subjek kajian boleh dirujuk
dalam 2 tulisan utama iaitu H.M Tuah Iskandar (1999), Abdul Rahman Ya’kub
Kancil Sarawak, merupakan sebuah biografi tokoh ini yang menceritakan
sejarah beliau dari kecil sehingga menjadi Ketua Menteri Sarawak pada tahun
1970. Buku ini memaparkan kecekalan tokoh ini dalam menuntut ilmu
pengetahuan walaupun dibelenggu oleh kemiskinan keluarga dan dihimpit
kesengsaraan hidup. Selain itu halangan yang dihadapi oleh beliau dalam
perjuangannya untuk belajar sangat mencabar seperti suasana tegang semasa
kemasukan Tentera Jepun di Sarawak yang memberi tekanan kepada penduduk
setempat terpaksa berpindah randah bagi menyelamatkan diri dari keganasan
tentera Jepun. Selain itu dan terdapat juga unsur pelecehan terhadap hak beliau
untuk mendapat peluang belajar oleh orang Islam sendiri yang tidak senang
dengan beliau.
Cabaran yang dialami oleh beliau berterusan semasa beliau menuntut
di London dalam bentuk penyakit apendik yang serius, migrane, penyakit rindu
kepada keluarga, tetapi segalanya dapat diatasi dengan bantuan Allah dan usaha
beliau yang gigih.18
Karia Bin Haji Rahmat dalam Kertas Projek jabatan Usuluddin Universiti
Malaya tahun 1994, “Pemerintahan Negeri Sarawak Zaman Datuk Patinggi
Haji Abdul Rahman Ya’kub: Satu Analisa Dari Perspektif Islam”,
18 Abdul Rahman Ya’kub (Mantan Ketua Menteri, mantan TYT Yang Dipertua Negeri
Sarawak dan Mantan Presiden BINA), dalam temubual dengan penulis pada 6 Julai 2011
13
memfokuskan pentadbiran yang diterapkan oleh tokoh ini yang berciri dan
berasaskan Islam. Tulisan ini juga memaparkan riwayat ringkas beliau, kerjaya
politik dan kejayaan dasar pentadbiran yang beliau terapkan di Sarawak
sehingga mencapai kejayaan. Beliau telah berjaya memujuk dan mengadakan
perjanjian dengan ketua sayap militer komunis Sarawak iaitu Bong Kee Chok
dengan Perjanjian Seri Aman yang telah membawa kepada penyerahan diri
seramai 482 orang anggota pengganas komunis pada tahun 1974 dan kemudian
menamatkan perjuangan komunis di Sarawak. Tokoh ini juga berjaya
meredakan keadaan tegang di antara parti-parti politik dan menyatupadukan
etnik-etnik di Sarawak. Walaupun tidak sempurna, kejayaan ini boleh dianggap
sebagai besar dalam kancah politik dan perpaduan negeri Sarawak.
Penulis merangkumkan aspek profil eksklusif subjek kajian di dalam bab
yang ketiga. Dengan rangkuman ini, penulis dapat mengetengahkan perihal
subjek kajian dengan teperinci dalam membina gambaran mengenai tokoh ini
yang mempunyai sifat-sifat yang tinggi bagi melakar kejayaan di Sarawak.
Dalam memerihalkan penglibatan subjek kajian dalam aspek politik,
dapat dilihat melalui tulisan Suhaimi Mokhtar (1981), Putera Kenyalang
Satu Dekad Penuh Cabaran, menceritakan pencapaian tokoh ini sebagai
Ketua Menteri Sarawak yang ketiga bermula pada 7 Julai 1970 hingga tahun
1981. Buku ini bukan sahaja memaparkan penglibatan beliau dalam politik,
malah dalam aspek keselamatan, pendidikan, pembangunan ekonomi,
pembangunan spiritual dan sebagainya. Tokoh ini telah mencurahkan khidmat
bersama kerajaan pusat selama tujuh tahun dan pengalaman ini amat membantu
14
beliau dalam mentadbir negeri Sarawak sebagai Ketua Menteri. Disamping itu
hubungan yang baik tokoh ini dengan kerajaan pusat pula melicinkan usaha
pembangunan di Sarawak dan peruntukan disalur dengan lancar dan besar.
Sebelum itu, hubungan Sarawak dengan Kerajaan Pusat tidak harmoni di bawah
prntadbiran dua ketua menteri sebelum tokoh ini.
Begitu juga dengan tulisan James Ritchie (1987), Sarawak Kemenangan
Bermaruah, memaparkan berkenaan konflik dalam politik yang berlaku di
Sarawak pada tahun 1987. Konflik ini telah menyebabkan Dewan Undangan
Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan lebih awal untuk diserahkan kepada rakyat
Negeri Sarawak bagi menentukan kerajaan baru yang akan memerintah. Ketua
Menteri ketika itu, iaitu Abdul Taib Mahmud menghadapi cubaan sebuah
komplot untuk menjatuhkan beliau oleh empat orang menteri serta beberapa
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lain. Komplot berkenaan diketuai
oleh tokoh ini yang merupakan bapa saudaranya sendiri. Konflik ini juga
dikenali dengan nama Ming Court merujuk kepada sebuah hotel di Kuala
Lumpur yang djadikan pusat gerakan komplot tersebut.
Konflik itu berakhir pada tarikh 15-16 April 1987 dengan pilihanraya
DUN dan akhirya Abdul Taib Mahmud mendapat kemenangan besar dan
menjawat jawatan Ketua Menteri Sarawak buat kali ketiga berturut-turut.
Dalam pilihanraya tersebut juga menyaksikan Abdul Rahman Ya’kub kalah
oleh lawannya dari parti kerajaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Matu
Daro.
15
Aspek ini juga dimuatkan di dalam bab ketiga kajian sebagai aspek yang
berhubung kait dengan subjek kajian. Melalui paparan ini memperlihatkan
ketulenan tokoh ini dalam bidang politik.
Aspek yang ketiga iaitu pra merdeka Sarawak dipaparkan oleh
Muhammad Rakawi Yusuf (1890-1936), Hikayat Sarawak ditransliterasikan
dengan pengenalan oleh Nordi Ahcie, memaparkan sejarah Negeri Sarawak
semasa di bawah naungan Kesultanan Brunei. Buku ini juga menyentuh etnik-
etnik asal yang mendiami pulau Borneo dan pekerjaan mereka yang disifatkan
oleh James Brooke sebagai lanun, perompak dan berunsurkan kanibalisme.
Buku ini merupakan kritikan secara halus penulis terhadap buku History Of
Sarawak. History Of Sarawak ditulis dua orang penulis Barat yang diupah oleh
James Brooke dan gambaran mereka terhadap Sarawak dan penduduk pulau
Borneo adalah tidak objektif tetapi sebaliknya negatif berdasarkan pengalaman
peribadi James Brooke sendiri dan juga atas kepentingan tertentu. Namun
begitu, menurut Rakawi, gambaran tersebut tidaklah sepenuhnya tepat kerana
sebagai pendatang, maklumat yang diperolehi oleh James Brooke bukannya
maklumat yang komprihensif dan sudah tentu mempunyai motif tertentu.
Mohammad Hasbie Sualaiman (1989), Perjuangan Anti-Cession
Sarawak, memaparkan perjuangan tokoh-tokoh Melayu seperti Datuk
Patinggi Abang Haji Abdillah bin Datuk Bandar Kassim,19 Tuan Haji Abdul
19 Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah bin Datuk Bandar Kassim,
D.P., D.S.B., D.B., D.M., C.S.S., keturunan Raja Jarum dari Jawa, pemimpin perjuangan
Anti-Cession yang berwibawa dan gigih hingga ke akhir hayatnya.
16
Rahman bin Haji Kassim,20 Encik Mohd. Rakawi Yusuf,21 Rosli Dhobie22
dan banyak lagi nama-nama lain yang menentang penyerahan Negeri Sarawak
kepada Kolonial Inggeris oleh keluarga Brooke. Pergerakan dan perjuangan
mereka dibawah payung pertubuhan yang dinamakan Persatuan Kebangsaan
Melayu Sarawak (PKMS). Dari kalangan wanita yang turut terlibat dalam
PKMS adalah seperti Pn. Lily Eberweine,23 Datuk Ajibah Abol,24 dan Datuk
Hafsah Haji Harun.25
Walaupun perjuangan PKMS adalah berasaskan semangat Melayu atau
kebangsaan, namun mereka sentiasa berdamping dengan para ulama yang
ada ketika itu seperti Datuk Imam Abang Haji Morshidi bin Abang Nuruddin
(1877-1939) dan Imam Haji Daud Abdul Ghani. Para ulama ini sentiasa
memberi bimbingan dan panduan kepada pejuang PKMS. Daripada apa yang
20 Berasal dari Perlembang Sumatera, Beliau bersama dengan Encik Mohd. Rakawi Yusuf dan
Encik Johari Anang telah mengasaskan penerbitan FAJAR SARAWAK dalam awal tahun
1930. Beliau dikenali sebagai seorang ahli usahawan Melayu yang disegani. Beliau adalah
pemilik Sarawak Printing Company dan menerbitkan buku-buku Encik Mohd. Rakawi
Yusuf seperti Hikayat Sarawak dan novel Melati Sarawak. Selepas kematian Encik Rakawi
Yusuf, beliau menyambung usaha sehingga tertubuhnya PKMS pada 10 Oktober 1939. 21 Pengasas Persatuan Kekangsaan Melayu Sarawak (PKMS) pada tahun 1939. Pengarang
novel Melati Sarawak dan Hikayat Sarawak. Beliau juga pengasas akhbar pertama iaitu
FAJAR SARAWAK dan menjawat Kounselor bagi Majlis Perbandaran Kuching tahun
1934-1936. 22 Pemuda yang telah membunuh Duncan Stewat, Gabenor Inggeris Kedua. Beliau adalah ahli
Kumpulan Rukun 13 P.P.M di Sibu yang menentang penyerahan Sarawak kepada Inggeris.
Beliau ditangkap pada bulan Disember 1949 di Sibu dan seterusnya menjalani hukuman
mati. 23 Individu yang memimpin Kaum Ibu PKMS dilahirkan pada 11 Julai 1900. Berkhidmat di
pejabat Telekom pada tahun 1927-1929. Kemudian menjadi Guru Besar di Sekolah
Perempuan Permaisuri. Pada 1 Julai 1947 beliau meletak jawatan dan bergiat dalam gerakan
Anti-Cession dan berkhidmat dalam PKMA hingga akhir hayatnya pada 1 April 1980. 24 Lahir pada tahun 1921 merupakan pemimpin kaum wanita PKMS yang sangat dedikasi.
Beliau berperanan penting dalam penubuhan parti BERJASA pada tahun 1961. Pernah
menang dalam pilihanraya dan juga pernah menjawat Menteri Kebajikan Am Negeri
Sarawak. Beliau meninggal dunia pada tahun 1976. Beliau adalah pemimpin Anti-Cession
paling berani. 25 Beliau meneruskan perjuangan PKMS dalam sayap wanita. Beliau mengganti YB Ajibah
Abol sebagai Ketua Kaum Ibu PKMS dan Menteri Kebajikan Am Negeri Sarawak. Beliau
juga pernah menjawat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
17
ditunjukkan oleh para pejuang PKMS bahawa mereka memiliki kefahaman
agama yang baik sentiasa komited dengan penampilan bersongkok atau
berkopiah bagi lelaki dan kaum wanitanya memakai tudung kepala.26
Md. Amin Haji Abdul Rahman (2003), “Sejarah dan Perkembangan Islam
di Sarawak Sebelum Merdeka”, dalam Prosiding Nadwah Ulama Nusantara
II Sumbangan Ulama dan Tokoh Agama Borneo, Farid Mat Zain et al (eds.)
(Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003),
menyentuh tentang peranan Kerajaan Islam Brunei dalam penyebaran Islam di
Sarawak sebelum Merdeka dalam Malaysia 1963. Tulisan ini juga menyentuh
cabaran yang dihadapi oleh ulama Islam dalam menyebarkan dakwah yang
datangnya dari Gabenor-gabenor Inggeris yang berkuasa ketika itu.
Zulkiple Abdul Ghani dan Juanda Jaya (2003), “Peranan Tokoh Agama
Dalam Mengorganisasikan Dakwah di Sarawak Sebelum Merdeka”, dalam
Prosiding Nadwah Ulama Nusantara II Sumbangan Ulama dan Tokoh Agama
Borneo, Farid Mat Zain et al (eds.) (Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2003), memaparkan perjuangan dan penentangan oleh
kalangan ulama, masyarakat peribumi dan awam terhadap pemerintahan
Keluarga Brooke melibatkan pertumpahan darah. Kemudian dibentangkan
juga beberapa organisasi awal yang ditubuh oleh masyarakat ketika itu
walaupun maklumat tentang organisasi dan mereka yang terlibat tidak dapat
disahkan dengan pasti. Pertubuhan seperti Pertubuhan Darul Ihsan ditubuhkan
26 Azhar Ahmad, “Masyarakat Bidayuh Di Bahagian Pertama Sarawak:Satu Kajian Mengenai
Proses PengIslaman Dan Amalan Ajaran Islam Di Kalangan Mereka” (Latihan Ilmiah
Jabatan Usuluddin Dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan
Malaysia,1987/88), 100
18
pada tahun 1914 dan Pertubuhan Darul Ikhwan tahun 1915. Kemudian
pertubuhan-pertubuhan yang lain juga ditubuhkan seperti Majis Islam Sarawak
(MIS), Madrasah al-Murshidiyah, PERKIS 9 Disember 1957, BINA 1968.
Muda @ Abdul Rahman dan Farah Salwani Ismail (2003), “Peranan
Ulama Sarawak dalam Pembangunan Pendidikan Islam di Sarawak”, dalam
Prosiding Nadwah Ulama Nusantara II Sumbangan Ulama dan Tokoh Agama
Borneo, Farid Mat Zain et al (eds.) (Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2003), menyentuh peranan para ulama dalam
perkembangan pendidikan di Sarawak. Tokoh seperti Hakim Keramat adalah
individu yang bertanggungjawab pada peringkat awal dakwah di Sarawak.
Beliau mempunyai anak-anak yang juga merupakan ulama dan banyak
membantu beliau dalam memberi sumbangan dalam dakwah dan pendidikan di
Sarawak. Tulisan ini juga memaparkan peranan Abang Morshidi (1877-1939)
dalam penubuhan al-Madrasah al-Murshidiyah, Jalan Gambir Kuching (tahun
1917). Beliau juga terlibat dalam penubuhan Sekolah Kajang untuk pelajar-
pelajar perempuan bersama-sama dengan Abang Abdilah dan Abang Bolhasan
Daud. Abang Morshidi juga terlibat dalam penubuhan Majlis Islam Sarawak
(MIS).
Dengan paparan aspek pra merdeka menampakkan keadaan Negeri
Sarawak yang dipengaruhi oleh budaya Barat dan keadaan umat Islam yang
bangun menentang penjajah. Aspek ini dimuatkan penulis dalam bab keempat.
Seterusnya pasca merdeka dalam memerihalkan perkembangan agama
Islam penulis merujuk kepada tulisan-tulisan seperti Putit Matzen (2003),
19
“Perkembangan Islam di Sarawak dan Majlis Islam Sarawak”, membincangkan
tentang Islam semasa jajahan Kerajaan Brunei kemudian saingan daripada
James Brooke yang berhasrat menubuhkan Church Of England yang
melaksanakan berbagai dakyah, menggubal undang-undang masyarakat
Islam, melantik orang Islam dalam jawatan pentadbiran semata-mata untuk
membujuk mereka agar tidak memberontak. Kemudian dijelaskan
perkembangan Islam menerusi tiga period.
Period pertama adalah dari tahun 1963 hingga tahun 1970 yang
menggambarkan perkembangan biasa seperti pembangunan masjid dan surau
melalui geran Kerajaan Persekutuan. Fasa kedua ialah antara tahun 1970
dan 1981 iaitu fasa tokoh ini menjadi Ketua Menteri Sarawak. Pada peringkat
awal, tokoh ini tidak banyak melakukan perubahan kerana fokus utama adalah
melawan ancaman perjuangan komunis. Pada tahun 1975, perubahan terjadi
dalam struktur Majlis Islam Sarawak apabila kerajaan memberi fokus utama
pembangunan setelah ancaman komunis semakin reda. Pertambahan kakitangan
dari lapan orang menjadi 14 orang dan sehingga tahun 1981 bertambah
seramai 102 orang. Dari segi peruntukan kewangan bertambah dari
40,000.00 ringgit kepada 235,400.00 ringgit.
Usaha dakwah bertambah kuat apabila organisasi bukan kerajaan
iaitu Angkatan Nahdatul Islam Bersatu (BINA) pimpinan tokoh ini,
ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1969. Kemudian BINA dikenali dengan
Harakah Islamiyah (HIKMAH) dan menjadi nadi utama pergerakan
dakwah negeri Sarawak.
20
Fasa ketiga pula adalah pada tahun 1981 dan sehingga sekarang.
Seterusnya diterangkan juga penubuhan Majlis Islam Sarawak (MIS) yang
berperanan mengurus hal ehwal orang Islam hingga ke sekarang. Dalam
tulisan ini juga ada menyebut peranan BINA/HIKMAH dalam dakwah kepada
golongan non-muslim secara umum.
Kipli Haji Yassin dalam desertasi sarjana beliau tahun 2005 yang berjudul
“Datuk Haji Abdul Kadir Hassan:Pemikiran dan Sumbangannya Dalam
Perkembangan Islam di Kuching, Sarawak”, menyentuh bagaimana usaha
yang dilakukan oleh Datu Mufti Abdul Kadir Hassan dalam perkembangan
Islam di Kuching. Selain itu beliau juga menyentuh penubuhan Majlis
Islam Sarawak (MIS) dan pengurusan kutipan zakat dan Tabung Baitulmal
Sarawak (TBS) yang sekarang mengendalikan kutipan zakat di Negeri
Sarawak dengan imej serta pengurusan koperat.
Berdasarkan ulasan-ulasan karya lepas mengenai subjek kajian,
penulis mendapati bahawa belum ada kajian dalam aspek sumbangan
dakwah oleh tokoh ini di Sarawak. Di atas rasional ini, penulis akan
melakukan penerokaan secara menyeluruh aspek sumbangan dakwah oleh
beliau.
1.9 Metodologi Penyelidikan
Kajian ini adalah kajian deskriptif27 iaitu sebuah huraian dan
memberikan gambaran yang berlaku melibatkan subjek kajian. Bagi
mendapatkan dan menganalisa data, penulis menggunakan dua kaedah
27 Op. Cit, Kamus Am, entri “deskriptif”, 234
21
utama iaitu pengumpulan dan penganalisaan data melalui tinjauan
keperpustakaan daripada tulisan-tulisan seperti buku, jurnal, tesis, majalah,
laman sesawang dan sumber-sumber lain yang berkaitan. Data juga diperolehi
melalui sesi temubual dengan subjek kajian dan mereka yang dekat serta
mengenali beliau dalam rangka mendapatkan fakta yang berkaitan dengan
kajian. Bagi menganalisa data pula penulis menggunakan metode-metode
berikut;
1.9.1 Metode Induktif
Dalam kajian ini penulis menggunakan metode induktif dengan
memecahkan masalah kajian secara terperinci sepanjang kajian. Pada
peringkat awal, masalah kajian tidak begitu jelas tetapi menjadi
semakin jelas pada akhir kajian.28 Dalam memerihalkan sumbangan
tokoh ini, penulis mengangkat data-data yang khusus seperti latar
belakang, pendidikan, kerjaya dan politik tokoh ini dan
menghubungkannya dengan sumbangan dakwah beliau. Akhir sekali
sumbangan dakwah tokoh ini menjadi panduan umum dalam gerakan
dakwah pada masa akan datang.
1.9.2 Metode Deduktif
Bagi merungkai dan menghasilkan asas kajian, penulis
menggunakan metode deduktif. Konsep-konsep, teori, dan metode
28 Idris Awang, Penyelidikan Ilmiah Amalan Dalam Pengajian Islam (Shah Alam: Kamil &
Shakir Sdn. Bhd., 2009), 23
22
umum dakwah dijadikan elemen-elemen bagi membina teori kajian.29
Bagi tujuan itu, penulis merujuk tulisan tokoh-tokoh dakwah dan
pendapat mereka tentang dakwah dan digabung jalin bagi
menghasilkan dan memperkukuhkan teori kajian.
1.9.3 Metode Historis
Kajian historis atau sejarah adalah untuk bertujuan menjelas
atau menjelaskan kembali suatu peristiwa sejarah dari sudut
tertentu.30 Penulis menggunakan metode ini terutama sekali dalam
membincangkan sejarah dan perkembangan Islam di Sarawak sejak
dari zaman Kesultanan Brunei, Pemerintahan James Brooke dan pasca
merdeka. Daripada susur galur sejarah tersebut maka, terbentang
dengan luas kesinambungan sejarah dan perkembangan dakwah yang
berlaku di Sarawak.
1.9.4 Metode Komparatif
Kajian komparatif atau perbandingan adalah untuk
mengenalpasti persamaan dan perbezaan antara dua entiti atau lebih
bagi mencapai sesuatu tujuan dan maksud.31 Metode ini digunakan
penulis dalam mengungkapkan perbandingan-perbandingan
perkembangan dakwah di Sarawak dari zaman-zaman yang telah
disebutkan di atas. Sememangnya terdapat beberapa perbandingan
yang perlu diketengahkan dalam kajian ini dan ianya berkait rapat
dengan peredaran masa dan perkembangan ilmu pengetahuan manusia.
29 Ibid 30 Ibid., 27 31 Ibid., 30
23
1.10 Penutup
Melalui kajian ini, penulis berharap dapat mengungkap sumbangan-
sumbangan tokoh ini dalam dakwah di Sarawak. Dengan cara ini penulis
merakamkan sebuah penghargaan kepada tokoh ini kerana setiap sumbangan itu
adalah sejarah dalam dakwah di Sarawak yang perlu diketahui umum.
24
BAB 2 DAKWAH ISLAMIAH
2.1 Pendahuluan
Bab ini membincangkan tentang dakwah Islamiah melalui definisi-
definisi secara bahasa dan istilah bagi menampakkan dakwah dengan mendasar
dan jelas. Bab ini juga membincangkan golongan yang sepatutnya memikul
tanggungjawab dakwah ini sehingga menghasilkan pandangan yang terang di
bahu siapakah dakwah ini dipikulkan sebenarnya. Seterusnya menyentuh pula
berkenaan metode, asas-asas, medium dan yang terakhir penulis juga akan
menyentuh institusi dakwah. Bab ini merupakan bab terpenting kerana menjadi
landasan teori kajian ini.
2.2 Pengertian Dakwah
Dari sudut bahasa, kalimat dakwah berasal daripada lafaz perkataan
bahasa Arab iaitu, “ يـدعـودعـى دعـوة ”. Perkataan “ دعـوة “ adalah
istilah yang dikembangkan dari kalimat “ دعـى “ yang bermaksud meminta
tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil dan
menyeru.32
D‘a, da‘wan, wa da‘watan, menuntut dengan sesuatu untuk hadir atau
mendekat.33
32 Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab (Lubnan, t.t.), 2: 257-261 33 Ibrahim Unais et al., al-Mu‘jam al-Wasit (cet. ke-2, Tehran-Iran, t.t., 1972), 1:286
25
Di dalam Ensiklopedia Islam menyebut makna dakwah adalah setiap
usaha dan aktiviti yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang
untuk beriman dan taat kepada Allah S.W.T selari dengan ruang lingkup
akidah, syariat dan akhlak Islamiah.34
Perkataan dakwah berasal dari kalimat Arab da‘a yad‘u yang
bermaksud seruan, panggilan, imbauan, undangan atau jemputan.35 Menurut
‘Abd al-‘Aziz ialah meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput,
mengajak, memanggil, menyeru dan melaung.36
Jum‘ah Amin mengertikan dakwah adalah sebagai al-nida’ yang
bermaksud memanggil. Juga sebagai menyeru atau mendorong pada sesuatu.
Seterusnya beliau melanjutkan bahawa dakwah ialah usaha sama ada dengan
perkataan atau perbuatan untuk menarik manusia ke sesuatu mazhab atau
agama.37
Taufik al-Wa’iy menyatakan bahawa dakwah merupakan sebuah upaya
merubah atau menjaga sasaran dakwah untuk berpihak kepada pendakwah
melalui ucapan dan perbuatan.38
Daripada apa yang dikemukakan di atas menunjukkan maksud dakwah
dari pengertian bahasa adalah merujuk kepada usaha mengajak atau menyeru
ke suatu arah dan ianya semata-mata menyeru. Dengan pengertian bahasa ini,
34 Van Hoeve, Ensiklopedia Islam (cet. ke-3, Jakarta: PT Ichtiar Baru,1994), 1: 280 35 Wan Muhammad Bin Wan Muhammad Ali, Pedoman Da‘wah Islamiyyah (Kuala Lumpur:
Dewan Pustaka Fajar,1985), 2 36 ‘Abd al-‘Aziz Mohd. Zin, Pengantar Dakwah Islamiah (Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti
Malaya,1997), 1 37 Jum‘ah Amin ‘Abd al-‘Aziz, Al-Da‘wah, Qawa‘d wa Usul, terj. Abdul Salam Masykur (Solo:
Gema Islami Press,1997), 22-23 38 Taufik al-Wa’iy, Dakwah Ke Jalan Allah Muatan, Sarana dan Tujuan, terj. Muhith M. Ishaq
(Jakarta: Robbani Press, 2010), 12
26
makna dakwah sangat umum tanpa arah dan halatuju yang teperinci. Oleh yang
demikian kita melihat ada istilah seruan untuk berjimat cermat, seruan untuk
berwaspada daripada penipuan jual beli maya. Terdapat juga istilah undangan
ke majlis persandingan, akikah, jemputan merasmikan majlis dan berbagai lagi.
Istilah-istilah ini adalah benar dalam pengertian dakwah secara bahasa yang
bermaksud seruan, jemputan dan undangan.
Dari sudut istilah pula, ‘Abd al-Karim Zaidan menyatakan bahawa
dakwah adalah menyeru kepada agama Allah S.W.T iaitu agama Islam.39
Dakwah adalah ajakan atau seruan membawa umat manusia kepada jalan yang
benar.40 Dakwah adalah mengajak orang lain untuk meyakini dan
mengamalkan aqidah dan syariat Islam yang terlebih dahulu diyakini dan
diamalkan oleh pendakwah sendiri.41
‘Abd al-‘Aziz menyatakan dakwah ialah usaha yang dilakukan oleh
seseorang atau kumpulan dengan pendekatan tertentu untuk membawa manusia
kepada keredhaan Allah S.W.T.42 Ia juga merupakan tanggungjawab bersama
setiap individu dan merupakan seruan yang menuntut manusia menerima
kebajikan manusia, menghormati nilai kemanusiaan dan menghayati
kesempurnaan tuntutan naluri manusia.43
Dari hujah-hujah dan pendapat di atas dapat dirumuskan bahawa
dakwah adalah usaha mengajak dan menyeru manusia kepada agama Islam,
39 Op. Cit, Zaidan, 5 40 Hamka, Tafsir al-Azhar (Jakarta: Pustaka Panjimas, jilid 13-14, 1983), 321 41 A. Hasjmy, Dustur Da‘wah Menurut Al-quran (Jakarta: Penerbit Bulan Bintang, 1974),
28 42 Op.Cit, Mohd. Zin, Pengantar Dakwah, 2 43 Berhanuddin Abdullah, “Pengurusan Dakwah Dalam Menangani Gejala Sosial,” dalam
Dakwah dan Perubahan Sosial, Md. Sham et al. (Kuala Lumpur: Utusan Publication
& Distributors Sdn. Bhd., 2000), 143
27
mengubah kebatilan kepada kebenaran, keingkaran kepada ketaatan keluar dari
kegelapan kesesatan untuk menuju cahaya Islam yang terang benderang secara
zahir atau pun batin. Pengertian menurut istilah ini membezakan dakwah
Islamiah daripada dakwah-dakwah secara bahasa seperti yang dinyatakan di
atas. Dakwah Islamiah pula berbeza daripada dakwah-dakwah yang lainnya
kerana ia menyeru, mengajak dan menjemput manusia kepada agama Allah
SWT bukan agama lain.
Daripada apa yang disaksikan dalam kenyataan sekarang ini, terdapat
ajakan dan seruan kepada berbagai keyakinan dan aliran seperti ajakan kepada
semangat nasionalisme, seruan kepada agama Kristian, seruan kepada aliran
menyimpang seperti Rasul Melayu, Tuhan Harun, Kerajaan Langit Ayah Pin
dan sebagainya adalah berbeza daripada dakwah Islamiah. Dakwah-dakwah ini
membawa manusia kepada kesesatan sedangkan dakwah Islamiah membawa
manusia kepada Allah SWT dan merupakan dakwah yang benar.
Dengan ini, pengertian dakwah menurut Istilah menjadikan mudah
untuk memahami dakwah dan mudah pula untuk melaksanakannya. Seterusnya
penulis akan menyentuh beberapa sub-judul tentang keperluan dakwah bagi
manusia dan pihak yang sepatutnya memikul tugas dakwah ini. Pada hemat
penulis keseluruhan sub-judul ini akan membentuk gambaran tentang
keutamaan dakwah dan penglibatan setiap Muslimin dan Muslimat dalam
dakwah yang memiliki signifikan yang tersendiri.
28
2.3 Dakwah Sebuah Keperluan Bagi Manusia
Dakwah merupakan misi utama Allah S.W.T mengutus para nabi dan
rasul kepada seluruh manusia. Pada hakikatnya manusia sangat memerlukan
dakwah kerana dakwah mengembalikan penyembahan manusia kepada haluan
yang betul iaitu kepada agama Allah S.W.T sahaja sebagaimana yang sabit dari
ayat 56 Surah al-Zariat mengenai penciptaan jin dan manusia untuk
menyembah Allah.44
Dari paparan perjalanan hidup manusia, berlaku penyimpangan dari
kebenaran terutamanya setelah kewafatan nabi mereka. Perkara ini
menyebabkan tidak ada pihak yang mengingatkan mereka tentang
tanggungjawab agama, hukum hakam dan akhlak mulia, akhirnya kehidupan
mereka tersasar dari kebenaran. Oleh yang demikian ketika penyimpangan
tersebut berada pada kemuncaknya, Allah mengutus nabi atau rasul untuk
menyeru mereka supaya kembali kepada agama Allah yang fitrah.45
Tradisi penyimpangan yang berlaku pada zaman silam berlanjutan dan
merebak ke zaman yang berikutnya tetapi berbeza dari segi pola dan corak.
Penyimpangan tersebut adalah bersesuaian mengikut zaman dan tempat ianya
berlaku.
Dalam kehidupan zaman sekarang menyaksikan manusia telah
mengalami perubahan dari kesolehan menjadi pelaku maksiat. Tidak sedikit
dari kalangan umat Islam sekarang ini mengamalkan corak hidup yang
bertentangan dengan ajaran Islam bahkan ada yang meninggalkan
44 M. Natsir, Fiqhud Dakwah, ed.ke-2 (Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd, 1982), 29 45 Jasim Bin Muhammad Muhalhil Al-Yasin, Li al-Du‘at Faqat Da‘kwah Ikhwan (Kuwait: Darul
Al-Dakwah, 1986), 9
29
tanggungjawab agama sama sekali. Perkara ini perlu dubah tetapi tidak ada
kesanggupan dari kalangan manusia untuk melakukan perubahan terhadap
mereka melainkan para pendakwah. Dakwah dan pendakwah diperlukan untuk
menghentikan keadaan ini dan mengembalikan kesolehan.
Dakwah perlu disampaikan secara tepat dengan keperluan kumpulan
sasar kerana akan berjaya membawa perubahan pada mereka. Maka, di atas
rasional ini menunjukkan dakwah adalah penting agi manusia dan mesti
digerakkan.46
Begitu jelas sekali bahawa kedudukan dakwah dalam kehidupan umat
Islam adalah penting lebih-lebih lagi umat yang tidak sempat melihat wajah
nabi mereka dan mendapat bimbingan secara langsung daripada beliau. Secara
analogi, dakwah boleh diibarat sebuah terapi dalam membawa umat Islam
kepada kehidupan selari kehendak Allah S.W.T setelah berlakunya
penyimpangan.
Dakwah Islamiah adalah panggilan ke jalan Allah merupakan salah satu
tuntutan agama yang mesti dilaksanakan oleh setiap orang Islam.47 Tuntutan
agama ini mengandungi keutamaan disebabkan dakwah merupakan satu
keperluan bagi manusia seluruhnya bukan semata-mata atas kepentingan
akhirat, tetapi juga atas kepentingan di dunia ini.48
Seterusnya penulis menyentuh berkenaan golongan yang sepatutnya
membawa dan memikul tanggungjawab dakwah pada era setelah kewafatan
para utusan Allah S.W.T dari kalangan nabi dan rasul.
Tokoh ini hampir-hampir menemui ajal ketika menjadi penunjuk jalan
kepada tentera Jepun untuk pergi ke satu kawasan yang beliau sendiri tidak
pernah sampai. Pada pertengahan jalan mereka terserempak dengan Pak Mud
iaitu bapa saudara sebelah ibunya lalu menyertai mereka. Apabila Pak Mud
mendapati keadaan semakin sukar, beliau menyuruh tokoh ini melarikan diri
kerana kemungkinan mereka akan dibunuh memandangkan perjalanan mereka
telah tersasar dan tidak akan sampai ke tempat yang dituju. Ketika mereka
berehat dari keletihan tokoh ini mengambil kesempatan lari meninggalkan
kumpulan tersebut tanpa diketahui oleh tentera Jepun.130
Satu peristiwa yang menyentuh hati tokoh ini terjadi ketika tentera Jepun
mendera abangnya Abdul Rauf yang tidak pergi bekerja kerana kurang sihat,
namun alasan itu tidak dapat diterima oleh tentera Jepun. Penderaan itu
dilakukan di hadapan tokoh ini sendiri dan beliau amat sedih dan kecewa
menyaksikan peristiwa tersebut. Semenjak hari itu tertanam rasa tidak senang
beliau terhadap tentera Jepun sehingga meninggalkan bahasa Jepun. Beliau
kesal dengan tindakannya itu tetapi sebagai manusia beliau juga mempunyai
alasan untuk menyukai atau membenci sesuatu.131
Keperitan hidup menjadikan Abdul Rahman berani dan sanggup
menghadapi risiko. Beliau bersama ayahnya ke laut yang berombak dan sungai
yang berjeram serta merbahaya mengambil guano132 di Gua Niah untuk dijual.
Mengharungi air sungai yang deras dan terdapat jeram, beting dengan kapal
130 Op. Cit, Iskandar, 65-68 131 Op. Cit, Abdul Rahman Ya’kub, temubual 132 Guano: Tahi Kelawar sudah kering yang digunakan sebagai baja. Dewan bahasa Dan
Pustaka (1981), Kamus Dewan Edisi Baru, Kuala Lumpur, Kementerian Pendidikan
Malaysia, h. 380
69
injin disel amat merbahaya tetapi terpaksa diredah untuk kesinambungan hidup.
Semua itu menjadi guru dan pengalaman berguna kepada Abdul Rahman dalam
sejarah hidupnya.133
Pada usia kanak-kanak, Abdul Rahman mempunyai minat seperti kanak-
kanak yang lain dan beliau adalah seorang yang berbakat dan serba boleh. Di
antaranya beliau amat gemar bermain bola sepak disamping jenis-jenis sukan
yang lain.
...Rahman Ya’kub was very active in sports during his school
days, especially football (soccer). In the later years of his life
he also enjoyed playing golf. Rahman is a very religious man
and loves reading religious books on Islam. He even conduct
free-religious classes for the public after leaving active
politics in 1985...134
3.3 Pendidikan
Hasrat dan keinginan tokoh ini untuk menuntut ilmu berputik sejak dari
kecil lagi dan terus mekar seakan-akan tidak pernah pudar apatah lagi hilang.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi di Miri. Walaupun
tidak membawa peralatan belajar yang mencukupi, beliau tetap gembira dapat
ke sekolah. Perjalanan suka duka persekolahan beliau sangat berliku dan
mencabar sehingga beberapa kali tergendala disebabkan kemiskinan dan juga
perkara yang lain seperti ketegangan yang berlaku semasa tercetusnya Perang
Dunia Kedua.135
133 Op.Cit, Iskandar, 71-74 134 http://en.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahman_Ya%E2%80%99kub, dicapai 24 Jun 2011 135 Karia Bin Haji Rahmat, “Pemerintahan Negeri Sarawak Zaman Datuk Patinggi Haji Abdul
Rahman Ya’kub: Satu Analisa Dari Perspektif Islam” (Kertas Projek, Fakulti Syariah
tiada apa yang boleh diketengahkan dalam kajian ini berkaitan penglibatan
tersebut. Tokoh ini kini menikmati segala usaha dan pencapaian yang telah
diraih puluhan tahun lalu dan melapangkan banyak waktunya di kediaman
beliau di Sri Bahagia Petra Jaya Kuching.
3.8 Meninggal Dunia
Kesihatan tokoh ini sering terganggu dan dimasukkan ke Hospital Pakar
Normah di Petra jaya Kuching. Nama hospital berkenaan adalah sempena nama
isteri berliau yang pertama iaitu Toh Puan Normah. Tokoh ini menghembus
nafas terakhir beliau pada jam 9.30 malam tarikh 10 Januari 2015 dipangkuan
keluarga beliau tercinta. Jenazah beliau disembahyangkan di masjid Jamek
Negeri Sarawak oleh ribuan umat Islam. Jasad tokoh yang gemilang ini
disemadikan di tanah perkuburan Islam Samariang, Kuching.
Rajah 3.3 : Berita Kematian Abdul Rahman Ya’kub
Sumber : Borneo Post bertarikh 10 Januari 2015
85
Rajah 3.4 : Majlis Sembahyang Jenazah Abdul Rahman Ya’kub di Masjid
Jamek Negeri Sarawak
Sumber : Borneo Post bertarikh 11 Januari 2015
3.9 Kesimpulan
Dari awal bab ini telah diketengahkan latar belakang tokoh ini sebagai
subjek kajian. Beliau merupakan seorang yang baik, cekal, bijak dan tabah
menempuh segala keadaan dalam mengejar cita-cita. Tokoh ini mula dikenali
dan dihormati di kalangan penduduk negeri Sarawak melalui kejayaan dan
kemajuan yang dibawa dari masa ke semasa.
Selain daripada sumbangan kepada pembangunan negeri Sarawak secara
umumnya, beliau juga menyumbang dalam dakwah di Sarawak. Beliau
mengetuai penubuhan organisasi dakwah terbesar di Sarawak iaitu BINA.
Seterusnya penulis akan membincangkan sumbangan beliau dalam dakwah di
Sarawak.
86
BAB 4 SUMBANGAN ABDUL RAHMAN YA’KUB DALAM
DAKWAH DI SARAWAK
4.1 Pendahuluan
Dakwah adalah kerja yang besar dan untuk menggerakkanya memerlukan
banyak tenaga yang terlibat dan bekerja secara berpasukan. Dakwah bukanlah
kerja yang dapat dilakukan secara individu kerana sasaran yang hendak dicapai
adalah besar.
Menurut Rozhan Othman tugas dakwah memerlukan usaha yang serius,
dan tersusun rapi, memerlukan kesungguhan, istiqamah, perancangan serta
pengurusan yang mantap. Tugas dakwah tidak akan mencapai prestasi yang
maksima sekiranya dilakukan secara separuh masa atau menjadikan ia hobi
ketika waktu lapang atau kerja yang dilakukan seminggu sekali atau suatu
usaha pada ketika mata telah mengantuk.166
Bab ini akan membincangkan mengenai organisasi dakwah dengan
nukilan-nukilan ayat al-Qur’an dan hadits sebagai asas. Bab ini juga
membincangkan perbandingan di antara kerja dakwah yang dilakukan secara
individu dengan secara organisasi. Perbincangan mengenai perkara ini
mempunyai relevensi penting dalam memerihalkan sumbangan tokoh ini
melakukan transformasi gerakan dakwah di Sarawak daripada secara individu
oleh kalangan agamawan kepada gerakan berstruktur dan tersusun rapi.
166 Rozhan Othman, Pengurusan Dakwah, (Bangi Selangor Darus Ehsan: Ummah Media Sdn.
Bhd., 1990), 11
87
Sebelum meneruskan perbincangan mengenai organisasi dakwah, penulis
terlebih dahulu mengemukakan sejarah ringkas negeri Sarawak sebagai
pengantar dan bagi menampakkan keutamaan kenapa anjakan dakwah perlu
dilakukan di Sarawak. Sejarah sentiasa menjadi elemen terpenting dalam
perjalanan sesebuah tamadun kerana ia menyebutkan asal muasal tamadun
tersebut. Merujuk kepada Ibn Khaldun;
...Sejarah akan membuat kita faham akan hal ehwal sesuatu
bangsa yang terdahulu kerana ia tercermin melalui perilaku
mereka. Melalui sejarah kita dapat mengetahui biografi para
nabi, sesebuah kerajaan dan dasar-dasar raja-rajanya. Ia
membolehkan sesiapa yang berminat menteladani contoh-
contoh sejarah sebagaimana dalam bidang agama dan
perkara-perkara duniawi...167
Penulis membahagikan sejarah Sarawak kepada tiga fasa iaitu Sarawak
Lama, Pra-Merdeka dan Pasca Merdeka.
4.2 Sarawak Lama
Sarawak adalah negeri yang terletak di bahagian timur Malaysia
dipisahkan oleh Laut Cina Selatan, iaitu di bahagian utara Pulau Borneo. Pulau
Borneo merangkumi tiga buah negara yang berjiran iaitu Malaysia, Indonesia
dan Brunei Dar al-Salam. Pulau Borneo yang dikenali sekarang pada asalnya
telah wujud dari sekian lama dengan sebutan Brunei. Lama kelamaan sebutan
tersebut bertukar menjadi Borneo di sekitar abad ke 17M. Sama ada perubahan
sebutan itu berlaku dengan sendiri ataupun merupakan sebuah perancangan
167 Dewan Bahasa dan Pustaka, Muqadimah Ibn Khaldun, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992), xix
88
pihak tertentu yang berusaha menghilangkan nilai-nilai keIslaman Kesultanan
Brunei terhadap Borneo, adalah sesuatu yang belum dapat dipastikan.168
Pada zaman kegemilangan Kesultanan Brunei, Sarawak adalah
sebahagian daripada jajahan Kesultanan Brunei yang luas menganjur dari
Tanjung Datu (Sarawak) di selatan hingga ke Manila (Filipina) di utara. Secara
tidak langsung pengaruh dan nilai-nilai Kesultanan Brunei tersebar ke seluruh
empayar yang dijajah termasuk aspek agama. Oleh yang demikian
perkembangan Islam di Sarawak berkait rapat dengan peranan para pembesar
Kesultanan Brunei dalam rangka menyahut tanggungjawab dakwah yang suci
dan ketaatan mematuhi titah istana.
Perkembangan Islam di Brunei serta wilayah jajahannya begitu maju
terutamanya semasa zaman pemerintahan Sultan Brunei III iaitu Sultan Ali
Bilfakih.169 Beliau bertanggungjawab terhadap penyebaran Islam di Brunei
melalui pedagang-pedagang Arab dan juga melalui perkahwinan silang di
antara pedagang asing dengan wanita tempatan.170
168 Izziah Suryani Arshad et al., “Borneo Sebelum Penjajahan Barat: Kajian dari Sudut
Penguasaan Politik” dalam Prosiding Nadwah Ulama Nusantara II Sumbangan Ulama dan
Tokoh Agama Borneo, Farid Mat Zain et al (eds.) (Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2003), 322. 169 Sultan Ali Bilfakih : Sebelum menjadi sultan beliau dikenali dengan nama Syarif Ali. Sultan
Sharif Ali ibnu Sharif Ajlan (1425-1432) naik takhta pada TM 1425 bagi menggantikan
mertua baginda, Sultan Ahmad yang tidak mempunyai waris (putera). Baginda dijunjung
untuk menjadi sultan atas persetujuan pembesar-pembesar negara dan rakyat
Brunei. Baginda keturunan Arab, berasal dari Taif. ‘Pedang Si Bongkok’ yang dibawa
baginda bersama ke Brunei itu membuktikan baginda pernah menjadi Amir Makkah iaitu
Al–Amir Sharif Ali bin Sharif Ajlan bin Sharif Rumaithah bin Sharif Muhammad Abu
Numaie Al-Awwal, mempunyai jurai keturunan daripada Nabi Muhammad SAW melalui
cucunda baginda, Sayidina Hasan. Memandangkan jasa dan kearifan baginda menyebarkan
ajaran Islam maka baginda dijodohkan oleh Sultan Ahmad dengan puteri baginda, Puteri
Ratna Kesuma. Baginda lindung (mangkat) pada TM 1432 dan digantikan oleh putera
baginda, Pengiran Muda Besar Sulaiman –
http://www.history-centre.gov.bn/sultanbrunei.htm , dicapai 10 Oktober 2012 170 Md. Amin Haji Abdul Rahman (2003), “Sejarah dan Perkembangan Islam di Sarawak
Sebelum Merdeka”, dalam Prosiding Nadwah Ulama Nusantara II Sumbangan Ulama dan
Semememangnya Kesultanan Brunei merupakan kerajaan yang luas,
berdaulat dan perkasa ketika itu. Bagi memastikah pentadbiran jajahan tersebut
berjalan dengan baik, pihak istana melantik wakil-wakil istana yang digelar
“pengiran” untuk mentadbir dan mengurus di kawasan-kawasan jajahan.
Hasil mahsul yang diperolehi dari tempat-tempat berkenaan akan
disumbangkan kepada pihak sultan pada kadar yang tertentu dan juga untuk
kegunaan setempat. Sejak sekian lama keadaan pemerintahan Kesultanan
Brunei berjalan dengan baik, aman serta tiada masalah sehinggalah berlaku
keonaran yang berpunca dari salah seorang wakil yang bernama Pengeran
Indera Mahkota. Beliau menindas masyarakat setempat dan memaksa mereka
bekerja kuat untuk mendapat keuntungan peribadi beliau. Masyarakat yang
tidak tahan dengan keadaan tersebut akhirnya bangun memberontak melawan
beliau.171
Kekacauan yang pada peringkat awalnya hanyalah diibaratkan riak-riak
air di tasik akhirnya menjadi badai di lautan luas dan tidak terkawal lagi.
Pengeran Muda Hashim yang ketika itu menjadi Wakil di Sarawak172 telah
diamanahkan untuk menangani Pengeran Indera Mahkota tetapi kurang berjaya.
Tokoh Agama Borneo, Farid Mat Zain et al (eds.) (Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2003), 434-436
171 Muhammad Rakawi Yusuf (1890-1936), Hikayat Sarawak, ditransliterasikan dengan
pengenalan oleh Nordi Ahcie (Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 2011), 74-75 172 Sarawak yang dimaksudkan ketika itu hanyalah sekitar Bandar Kuching sekarang – Abdul
Razak Abdul Kadir, “Sejarah Dan Perkembangan Majlis Islam Sarawak Dalam Pendidikan
Dan Zakat (1955-1991” (tesis kedoktoran Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011), 30
90
Pada tahun 1839 James Brooke173 datang ke Sarawak kerana menjadi
utusan kerajaan British menghantar hadiah kepada Pengeran Muda Hashim
yang telah berjasa menolong kapal kerajaan British yang karam di Kuala
Sungai Sarawak.174 Setahun kemudian, beliau datang sekali lagi ke Sarawak
dan telah membuka ruang kepada Pengeran Muda Hashim mengadakan pakatan
dengan James Brooke bagi menentang Pengeran Indera Mahkota. James
Brooke menetapkan syarat yang lumayan dan menguntungkan dirinya dalam
misi menghalau Pengeran Indera Mahkota akhirnya berjaya dan diberi kuasa di
kawasan-kawasan yang berjaya ditakluki bersama Pengeran Muda Hashim.
173 James Brooke dilahirkan di Banares, pada 29 April 1803 di India. Ketika itu bapanya sedang
berkhidmat dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris. Pada usia dua belas tahun ia dihantar
bersekolah di England. Semasa beliau belajar secara kebetulannya pelajaran itu telah
diwartakan sebagai satu pengukuran pangkat dalam tentera Bengal bagi tahun 1819.
Selepas tamat pengajian James Brooke juga telah berkhidmat dengan cemerlang dalam
Perang Inggeris-Belanda Pertama dan pada awal tahun 1825, ia mendapat cedera parah lalu
dihantar pulang ke negeri asal.
Apabila bapa James Brooke meninggal dunia, beliau meninggalkan wang sebanyak 30,000
paun kepada anaknya James Brooke. Pada mulanya ia tidak tahu apa yang harus dibuat
dengan wang sebanyak itu, namun pada bulan Mac 1836, James Brooke membeli sebuah
kapal layar yang bernama Royalist dengan muatan 142 tan dan dilengkapi dengan senjata.
Kemudiannya beliau belayar ke timur dan sampai ke Singapura pada tahun 1938 dan
diminta oleh Gabenor George Borham untuk ke Kuching bagi meyampaikan ucapan terima
kasih kepada Pengeran Muda Hasyim kerana membantu kapal Inggeris yang terdampar di
pantai Sarawak.Tujuan utama Brooke belayar ke timur kerana untuk membuat penyiasatan
saintifik. Beliau juga amat meminati Sir Stamford Raffles dan ia yakin pengunduran
Syarikat Hindia Timur dari Jawa adalah satu kesilapan besar. James Brooke sampai ke
Sarawak pada 15 ogos 1839 dan berlabuh di Sungai Sarawak dan bertentangan dengan
rumah Pengeran Muda Hasyim. Ini adalah pertemuan kali pertama James dengan Pengeran
Muda Hasyim dan lalu memberikan hadiah dan surat ucapan terima kasih kepada Pengeran
Muda Hasyim yang dikirim olehgabenor dan dewan perniagaan singapura atas jasa baik
beliau menolong kelasi-kelasi kapal Inggeris yang karam di perairan Sarawak. Mereka juga
menjalinkan hubungan persahabatan sejak pertemuan pertama tersebut.
http://bizniz87.wordpress.com/2009/04/10/sejarah-sarawak/ , dicapai 10 Oktober 12 174 Azhar Bin Ahmad, “Masyarakat Bidayuh Di Bahagian Pertama Sarawak : Satu Kajian
Mengenai Proses Pengislaman Dan Amalan Ajaran Islam Di Kalangan Mereka” (Latihan
Ilmiah, Jabatan Usuluddin Dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan
Setelah itu James Brooke mengatur strategi yang penuh dengan muslihat
sehinggalah beliau menguasai sebahagian besar tanah Sarawak.175
Empayar Kesultanan Brunei yang luas akhirnya jatuh satu demi satu ke
tangan James Brooke dan begitu juga kepada pengganti beliau iaitu Charles
Anthony Brooke.176
4.3 Sarawak Pada Fasa Pra Merdeka
Zaman pemerintahan James Brooke di Sarawak mengisi lipatan sejarah
tersendiri negeri Sarawak. Berbagai tulisan dan bingkisan sejarah telah terpahat
tentang Bumi Kenyalang berkaitan Rajah Brooke dari kisah suka dan dukanya.
James Brooke pernah menyatakan penduduk asal Pulau Borneo adalah lanun
175 Putit Matzen, “Perkembangan Islam di Sarawak Dan Majlis Islam Sarawak dalam Prosiding
Nadwah Ulama Nusantara II Sumbangan Ulama dan Tokoh Agama Borneo, Farid Mat Zain
et al (eds.) (Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003), 722 176 Charles Brooke anak saudara kepada James Brooke dan memerintah Sarawak hampir 48
tahun. Beliau dilantik menjadi Raja Sarawak kedua pada 3 ogos 1868 dan mengangkat
sumpah pada 11 Okterber 1868.Beliau seorang yang permurah tetapi berpendirian
tegas.Charles juga dianggap seorang yang berfikiran terbuka, cergas dan menggunakan
kewarasan politik dalam pentadbiran.Tugas utama Charles ialah untuk menyusun
pentadbiran memastikan kerajaan tidak banyak berhutang seperti zaman bapa saudaranya.
Beliau juga menjalankan dasar berjimat cermat dalam permerintahannya.
Sarawak dibahagikan kepada tiga bahagian, setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen
(Eropah) dengan dibantu oleh seorang Penolong Residen dan Pegawai Daerah. Bagi
pentadbiran anak negeri, ketua-ketua tempatan orang Melayu, Cina dan Dayak terus
dikekalkan. Ketua-ketua ini dilantik oleh Residen. Masalah-masalah dalam masyarakat akan
dikendalikan oleh ketua masyarakat masing-masing. Kadang kala raja sendiri terpaksa
campur tangan apabila masalah yang timbul melibatkan antara dua kaum atau lebih.
Charles Brooke juga membawa masuk mubaligh-mubaligh Kristian yang bermazhab Roman
Katolik. Tugas mubaligh adalah untuk mengkristiankan penduduk tempatan terutamanya
pendudk yang masih mengamalkan agama animisme. Selain itu,beliau mewujudkan
sekolah-sekolah dan beberapa kemudahan yang lain.
Dalam perkara ini, beliau memang bersikap sebagai seorang yang imperialis. Charles tidak
begitu berminat untuk menambahkan kekayaan Negara tetapi beliau lebih cenderung untuk
meluaskan jajahan Sarawak. Charles menjalankan dasar perluasan kuasa ke arah utara ini
iaitu bermula sejak zaman Raja Putih pertama lagi dan disambung oleh Charles Brooke.
Beliau telah meminta daerah Baram daripada Sultan Brunei pada awal tahun 1868, sebagai
gantinya baginda akan mendapat bayaran yang sewajarnya setiap tahun. Selain itu, Charles
juga merancang hendak menambah kawasan pantai Sarawak supaya menjadi seratus batu
James Brooke berhasrat menubuhkan misi ‘Church of England’ di bumi
Sarawak dan hasilnya, dalam tahun 1847, Borneo Church Mission (BCM) telah
ditubuhkan. Tidak cukup dengan itu, beliau seterusnya membawa para
mubaligh Kristian seperti Reverend Francis McDougall serta pembantunya
William Bodham Wright bagi menyebarkan ajaran Kristian di Sarawak. Pada
zaman pemerintahan Brooke, Islam kurang mendapat perhatian, oleh itu
perkembangan Islam terganggu kerana kekangan dan halangan dari James
Brooke tetapi sebaliknya ajaran Kristian mendapat tempat istimewa dan
berkembang dengan cepat hasil dari galakan dan sokongan yang diberikan oleh
Brooke kepada para mubaligh Kristian.
Sungguhpun usaha dan rencana yang diatur oleh James Brooke untuk
menghalang kerja mengembangkan agama Islam menggunakan berbagai cara
dan menyeluruh, tetapi tidak mampu menyekat sepenuhnya perkembangan
agama Islam yang dilakukan oleh ulama dan guru-guru agama atau golongan
agamawan. Lebih-lebih lagi disebabkan Islam telah bertapak lebih dahulu dan
kukuh sebelum kedatangan James Brooke ke Sarawak.181
Secara umum layanan Pentadbiran Brooke kelihatan lebih cenderung
membantu usaha para mubaligh Kristian berbanding umat Islam. Pentadbiran
Brooke ada menyalurkan peruntukan kewangan kepada badan Islam tetapi
jumlah yang diberikan adalah sedikit. Peruntukan tersebut tidak mencukupi
untuk digunakan bagi keseluruhan negeri Sarawak yang begitu luas. Begitu
juga bidang kusasa yang diberikan kepada badan itu juga terhad. Dari segi
181 Op.Cit, Matzen,722.
95
jumlah kakitangan yang bertugas juga adalah sedikit sehingga sukar untuk
menggalas tanggungjawab yang banyak.
Seorang pegawai Brooke menyebut bahawa sebelum kedatangan Brooke
ke Sarawak, pendidikan agama Islam memang sudah diajar di kalangan orang
Melayu. Mereka adalah kaum Bumiputera terawal yang mempunyai sistem
pendidikan yang dikendalikan di surau-surau atau di rumah-rumah Ketua
Kampung dan dikelola oleh guru agama. Usaha tersebut telah memberi harapan
kepada umat Islam apabila telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh ulama seperti
Datuk Hakim Abang Haji Abdul Rahman (1829-1890). Beliau banyak
menyumbang kepada kerja-kerja dakwah di Sarawak.182 Beliau juga dikenali
dengan nama Datuk Hakim Keramat.
Secara umumnya bolehlah dikatakan bahawa usaha dan kesungguhan
para ulama dan guru agama yang mengembangkan agama Islam di Sarawak
tidak sia-sia, bahkan telah mencapai kejayaan. Kemudian usaha tersebut
diteruskan oleh cerdikpandai yang datang kemudian seperti Syiekh Othman Bin
Abdul Wahab, Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Datuk Imam Morshidi
(1877-1939),183 Datuk Hakim Abang Haji Mohideen.184 Datu Mufti Haji Abdul
Kadir Hassan (1928-1988) melanjutkan usaha mereka.185
182 Zulkiple Abdul Ghani et al., “Peranan Tokoh Agama dalam Mengorganisasikan Dakwah di
Sarawak Sbelum Merdeka”, dalam, Prosiding Nadwah Ulama Nusantara II Sumbangan
Ulama dan Tokoh Agama Borneo, Farid Mat Zain et al (eds.) (Bangi: Fakulti Pengajian
Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003),644 183 Merupakan salah seorang murid kepada Sheikh Othman bin Abdul Wahab dan juga
berpeluang melanjutkan pelajaran ke Masjidil Haram di Mekah. Beliau bertanggungjawab
mengubah kaedah pembelajaran daripada belajar di rumah-rumah guru berpindah ke
bangunan sekolah. Beliau merupakan perintis sehingga tertubuhnya al-Madrasah al-Islamiah
yang dulunya dikenali sebagai Al-Madrasatul Morshidiah. Dari sekolah tersebut lahirlah
tokoh-tokoh seperti Datuk Mufti Negeri Sarawak, Datuk Haji Abdul Kadir bin Hassan,
Ustaz Mohd. Mortadza Haji Daud, Ustaz Awang Pon Awang Sibon dan lain-lain lagi.
Selanjutnya beliau merintis jalan yang akhirnya membawa kepada penubuhan Majlis Islam
96
Pada 1 Mei 1955, Kerajaan Kolonial Inggeris telah menubuhkan Majlis
Islam Sarawak (MIS) menggantikan sebuah badan yang ditubuhkan zaman
pemerintahan Keluarga Brooke iaitu Balai Datu (Datu’s Court). Majlis Islam
Sarawak (MIS) berperanan dalam mentadbir dan mengurus masyarakat Islam
termasuk dalam bidang pembangunan insan.
Penjajahan Brooke telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap
umat Islam di Sarawak. Umat Islam ketika itu hanyut dalam perkara yang
bercanggah dengan ajaran agama terutamanya di kalangan generasi muda. Ada
dari kalangan mereka mempertikaikan kewujudan Allah SWT. Mereka juga
memandang rendah terhadap Islam dan menyatakan bahawa agama Islam
adalah ketinggalan dan tidak membawa kemajuan.186
Perkembangan Islam di Sarawak bertambah rancak dan meningkat
terutamanya pada era seterusnya setelah merdeka membentuk Malaysia187 dan
penulis membincangkannya pada tulisan seterusnya.
4.4 Sarawak Pada Fasa Pasca Merdeka
Sarawak merdeka bersama Pembentukan Malaysia pada 16 September
1963. Oleh itu sebuah badan pemerintahan negeri telah dibentuk bagi
Sarawak. Beliau mengajak tokoh-tokoh lain yang ada ketika itu seperti Mufti Abang Haji
Nawawi yang terkenal dalam bidang fekah, Al-Quran dan Tawarikh, Tuan haji Bahauddin
seorang ahli dalam bidang fekah, Abang Haji Julaihi seorang ahli falaq dan Tuan Haji
Salleh Arif yang menguasai ilmu Al-Quran, fekah dan umum. BINA, h. 103 184 Merupakan seorang pendidik mengajar secara sambilan dan juga seorang pegawai tetapi
mempunyai ilmu agama yang meluas sehingga dilantik menjadi Datuk Hakim-BINA h. 104 185 Abdul Kadir Hassan, Pondokhabib.wordpress.com/2010/03/05/datuk-abdul-kadir-hassan ,
dicapai 13/September/2011 186 Op.Cit, B.I.N.A, 18 187 Abdul Razak Abdul Kadir, “Sejarah Dan Perkembangan Majlis Islam Sarawak Dalam
Pendidikan Dan Zakat (1955-1991)”, (tesis kedoktoran, Jabatan Sejarah Dan Tamadun
Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011), 30-40
97
menjalankan tugas mentadbir dan membangun Negeri Sarawak. Berbagai
pembangunan telah berlaku sama ada dari sudut infrastruktur, pembangunan
bandar, pembangunan luar bandar, pembangunan ekonomi, pendidikan dan
termasuk pembangunan insan.
Sarawak telah mempunyai lima (5) orang Ketua Menteri iaitu yang
pertama adalah Stephen Kalong Ningkan (1920-1997) dari tarikh 22 Julai
1963 hingga September 1966, yang kedua adalah Tawi Sli (lahir 1934) dari
tahun 1966-1970, yang ketiga adalah Abdul Rahman bin Ya’kub (1928-2015)
dari 1970-1981, yang keempat adalah Abdul Taib bin Mahmud dari tahun 1981
hingga 2014 dan yang kelima adalah Adenan bin Satem.
Kepimpinan Abdul Rahman bin Ya’kub sebagai Ketua Menteri Sarawak
amat menyerlah berbanding dua ketua menteri sebelum beliau. Tokoh ini
berjaya membawa keamanan, perpaduan masyarakat, pembangunan dan
kemajuan fizikal Negeri Sarawak sebagaimana telah dibincangkan pada bab
yang ketiga kajian ini. Tokoh ini mendapati umat Islam menerima
pembangunan fizikal yang dibawa dengan baik tetapi beliau bimbang apabila
melihat keadaan umat Islam yang masih ketinggalan dan rendah kesedaran
agama mereka.
Umat Islam ketika itu kurang mengindahkan tanggungjawab agama dan
terdapat di kalangan pegawai-pegawai kerajaan yang mengamalkan kehidupan
ala Barat dengan pesta-pesta dansa, minum arak secara terbuka, berfoya-foya
dan pergaulan bebas.188
188 Abdul Rahman Fadzail (Temenggong dan Pengerusi HIKMAH Miri), dalam temubual
dengan penulis pada 14 Julai 2013
98
Lantaran itu, tokoh ini telah berusaha membawa pembangunan insan
kepada penduduk Sarawak terutamanya di kalangan umat Islam yang telah
berubah jati diri mereka menjadi pemuja Barat. Bagi tujuan itu, tokoh ini telah
melakukan berbagai usaha dan langkah bagi mencapai matlamat pembangunan
insan tersebut. Di antara langkah yang diambil oleh tokoh ini, yang terpenting
sekali adalah menubuh organisasi dakwah iaitu BINA. Tujuan tokoh ini di
sebalik penubuhan organisasi tersebut adalah sebagai medium untuk membawa
perubahan yang drastik, komprehensif dan meluas terhadap umat Islam. Penulis
akan membincangkan mengenai perkara ini selanjutnya tetapi sebelum itu
penulis membincangkan mengenai organisasi dakwah bagi menampakkan
pentinynya organisasi ini bagi tujuan dakwah
4.5 Organisasi Dakwah
Sebagaimana telah disebut sebelum ini organisasi adalah susunan
personel dalam sebuah struktur yang rapi dengan pembahagian peranan dan
tugas untuk mencapai matlamat yang telah dirancang sebelumnya.
Pendekatan organisasi ini sangat membantu tercapainya matlamat dakwah
yang besar dan dapat meringankan beban yang berat melalui pembahagian
tugas dan peranan kepada personel-personel yang terlibat. Pendekatan secara
organisasi juga mampu mengelak daripada tersasar daripada tujuan asal
kerana ujudnya perancangan rapi dan pemantauan aktif pada
pelaksanaannya.
99
Penulis yakin bahawa kerja dakwah adalah kerja secara organisasi atau
berjemaah berasaskan hujah-hujah berikut;
a) Berdasarkan ayat-ayat al-Qura’an:-
i. Surah Ali ‘Imran (3) ayat 104 :
يىأمرو ة يىدعونى إلى الىي وى لتىكن منكم أم ونى نى وى هى ي ىن عروف وى بالمىر وىأولىئكى هم المفلحونى عىن المنكى
“Hendaklah ada dari kalangan kamu satu umat yang menyeru
kepada ma‘ruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka
itulah golongan yang berjaya”. Dalam ayat ini Allah menyebut
perlunya sebuah golongan atau sekelompok manusia yang
menggerakkan kerja menyeru kepada yang ma‘ruf dan
mencegah dari perbuatan mungkar iaitu dakwah. Seruan
tersebut adalah dalam bentuk jama‘ لتىكن منكم iaitu kolektif وى