INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) 805 PELAKSANAAN KONSEP HAMLAH AL-QURAN DARI PERSPEKTIF IBADAH: KAJIAN DI MA’AHAD TAHFIZ SWASTA DI NEGERI SEMBILAN DR. ZAINORA DAUD zainora@kuis,edu,my SHAHARUDDIN SAAD MUHAMMAD FAIRUZ A.ADI NURFATIHAH MOHD DZAHIR MOHD MAHFUZ JAAFAR Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ABSTRAK Pelaksanaan konsep Hamlah al-Quran dari perspektif ibadah merupakan satu tuntutan yang perlu dititikberatkan oleh setiap Huffaz. Status Huffaz yang diiktiraf sebagai Hamlah al-Quran wajib memelihara semua kewajipan yang telah diperintahkan dalam al-Quran dengann menjauhi segala laranganNya. Ciri-ciri Hamlah al-Quran ini telah diaplikasi bermula al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w sebagai Sayyidul Huffaz dan diterapkan amalannya sehingga zaman sahabat, tabi’in dan masa kini. Kajian ini dilakukan di Ma’ahad Tahfiz swasta terpilih di Negeri Sembilan yang melibatkan 80 orang pelajar sebagai responden kajian. Objekjtif kajian ini untuk mengenalpasti konsep Hamlah al-Quran serta mengkaji pelaksanaan konsep Hamlah al-Quran dari perspektif ibadah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan pengedaran borang soal selidik sebagai metod pengumpulan data. Instrumen pengutipan data telah diubahsuai oleh pengkaji dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan skor peratus. Dapatan kajian menunjukkan seramai 12.5% terpaksa solat fardhu, 3.75% tidak solat awal waktu, 7.5% tidak segera ke masjid untuk solat berjemaah, 19.5% tidak suka bangun tahajud, 6.25% tidak suka berpuasa sunat, 21.25% tidak muraja’ah ayat -ayat hafazan selepas waktu solat, 11.25% tidak percaya amalan zikir boleh menenangkan jiwa, 3.75% tidak suka amalan sedekah, 3.75% tidak berpegang kepada kewajipan aurat, 12.5% ikhtilat antara ajnabi, 12.5% tiada kaitan antara maksiat dengan hafazan al-Quran, 1.25% tiada kaitan pembentukan peribadi dengan pemakanan halal dan 1.25% percaya tiada kaitan pemeliharaan ayat hafazan dengan hubungan dengan Allah. Kajian ini amat signifkan dilakukan di dalam memelihara imej para Hamlah al-Quran di dalam bidang tahfiz al-Quran, secara tidak langsung untuk melahirkan remaja Hafiz yang benar-benar menjadi generasi al-Qur’an sebagai pewaris ummah. Kata kunci: Hamlah al-Quran, Huffaz, Ibadah, Ma’ahad Tahfiz, Ikhtilat. 1. Pengenalan Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Saidina Muhammad s.a.w. dengan perantaraan malaikat Jibril dalam bentuk tujuh huruf secara lafaz dan makna yang dihafaz dan ditulis dalam mashaf Uthmani dan dinaqalkan secara mutawatir dan membacanya dikira ibadat seta dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas (Qabah 1999). Rasulullah diiktiraf sebagai Sayyidul Huffaz yang merintis bidang tahfiz al-Quran kerana terlibat dengan proses talaqqi daripada malaikat Jibril. Al-Shabuni, 1980 menyatakan bahawa Rasulullah sangat komited menghafaz al-Quran sehingga kedua-dua kakinya bengkak disebabkan banyak melakukan qiamullail dengan membaca al-Quran di dalam solat 1062
21
Embed
1062 PELAKSANAAN KONSEP HAMLAH AL-QURAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1062... · · 2016-06-26international conference on aqidah, dakwah and syariah 2016 (irsyad
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
805
PELAKSANAAN KONSEP HAMLAH AL-QURAN DARI PERSPEKTIF IBADAH:
KAJIAN DI MA’AHAD TAHFIZ SWASTA
DI NEGERI SEMBILAN
DR. ZAINORA DAUD
zainora@kuis,edu,my
SHAHARUDDIN SAAD
MUHAMMAD FAIRUZ A.ADI
NURFATIHAH MOHD DZAHIR
MOHD MAHFUZ JAAFAR
Akademi Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Pelaksanaan konsep Hamlah al-Quran dari perspektif ibadah merupakan satu tuntutan yang perlu
dititikberatkan oleh setiap Huffaz. Status Huffaz yang diiktiraf sebagai Hamlah al-Quran wajib memelihara
semua kewajipan yang telah diperintahkan dalam al-Quran dengann menjauhi segala laranganNya. Ciri-ciri
Hamlah al-Quran ini telah diaplikasi bermula al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w sebagai Sayyidul
Huffaz dan diterapkan amalannya sehingga zaman sahabat, tabi’in dan masa kini. Kajian ini dilakukan di
Ma’ahad Tahfiz swasta terpilih di Negeri Sembilan yang melibatkan 80 orang pelajar sebagai responden
kajian. Objekjtif kajian ini untuk mengenalpasti konsep Hamlah al-Quran serta mengkaji pelaksanaan konsep
Hamlah al-Quran dari perspektif ibadah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan
pengedaran borang soal selidik sebagai metod pengumpulan data. Instrumen pengutipan data telah diubahsuai
oleh pengkaji dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Data kajian telah dianalisis secara
deskriptif menggunakan skor peratus. Dapatan kajian menunjukkan seramai 12.5% terpaksa solat fardhu,
3.75% tidak solat awal waktu, 7.5% tidak segera ke masjid untuk solat berjemaah, 19.5% tidak suka bangun
tahajud, 6.25% tidak suka berpuasa sunat, 21.25% tidak muraja’ah ayat-ayat hafazan selepas waktu solat,
11.25% tidak percaya amalan zikir boleh menenangkan jiwa, 3.75% tidak suka amalan sedekah, 3.75% tidak
berpegang kepada kewajipan aurat, 12.5% ikhtilat antara ajnabi, 12.5% tiada kaitan antara maksiat dengan
hafazan al-Quran, 1.25% tiada kaitan pembentukan peribadi dengan pemakanan halal dan 1.25% percaya
tiada kaitan pemeliharaan ayat hafazan dengan hubungan dengan Allah. Kajian ini amat signifkan dilakukan di
dalam memelihara imej para Hamlah al-Quran di dalam bidang tahfiz al-Quran, secara tidak langsung untuk
melahirkan remaja Hafiz yang benar-benar menjadi generasi al-Qur’an sebagai pewaris ummah.
Kata kunci: Hamlah al-Quran, Huffaz, Ibadah, Ma’ahad Tahfiz, Ikhtilat.
1. Pengenalan
Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Saidina Muhammad s.a.w. dengan
perantaraan malaikat Jibril dalam bentuk tujuh huruf secara lafaz dan makna yang dihafaz
dan ditulis dalam mashaf Uthmani dan dinaqalkan secara mutawatir dan membacanya dikira
ibadat seta dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas (Qabah 1999).
Rasulullah diiktiraf sebagai Sayyidul Huffaz yang merintis bidang tahfiz al-Quran kerana
terlibat dengan proses talaqqi daripada malaikat Jibril. Al-Shabuni, 1980 menyatakan bahawa
Rasulullah sangat komited menghafaz al-Quran sehingga kedua-dua kakinya bengkak
disebabkan banyak melakukan qiamullail dengan membaca al-Quran di dalam solat
1062
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
806
sepanjang malam sebagaimana firman Allah dalam ayat 1-4, surah al-Muzzammil. Para
sahabat juga berlumba-lumba untuk menghafaz, mempelajari serta mengajarkan al-Quran
kepada keluarga mereka.Pengajian tahfiz al-Quran berkembang sejak penurunan wahyu
kepada Rasulullah s.a.w, zaman sahabat, tabi’in dan berkembang sehingga ke hari ini.
Aktiviti-aktiviti pengajaran yang dilaksanakan rumah al-Arqam, rumah baginda s.aw
sehingga di masjid. (al-Abrashi, 1976). Bermula daripada masjid, rumah individu, istana-
istana khalifah dan rumah-rumah pembesar yang menjadi tempat perkembangan al-Quran
selepas kedatangan Islam. Di Tanah Melayu kelas al-Quran telah wujud bermula di rumah-
rumah guru, sekolah-sekolah pondok sehingga dalam sistem pendidikan sekolah Islam
(Mohd Yusuf Ahmad, 2005) dan semakin berkembang sehingga lahir institusi tahfiz kerajaan
dan swasta.
2. Latar belakang
Pusat Pendidikan As-Sai’diyyah adalah lanjutan daripada sebuah sekolah agama rakyat
yang ditubuhkan pada tahun 1985. Ia pada mulanya dinamakan Darul Falah sebelum dikenali
sebagai Sekolah Rendah Islam As-Sai’diyyah (SRIAS). Penubuhan SRIAS adalah bagi
merealisasikan hasrat sekumpulan ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka dididik dengan
konsep pendidikan Islam yang bersepadu. Ia bermula hanya dengan sebuah kelas yang
mengandungi tidak sampai 10 orang murid dan seorang guru di rumah salah seorang
pengasas SRIAS di Golf Height, Seremban. Pada tahun 1992, selepas beberapa kali
berpindah, SRIAS telah membina bangunan sementara di atas sebidang tapak yang disewa
dari Sekolah Agama Rakyat Ampangan, Gedung Lalang. Akhirnya pada tahun 1999, selepas
14 tahun ditubuhkan, SRIAS berjaya membina bangunannya sendiri di atas sebidang tanah
wakaf di Taman Rashidah Utama, Jalan Senawang – Paroi, Seremban Negeri Sembilan. (Al-
Quran Tahfiz As-Sai’diyyah. 2012)
Pada tahun 2000, Ma’ahad Tahfiz Al-Quran As-Sai’diyyah (MTAS) ditubuhkan
dengan pendaftaran pelajar seramai 10 orang dan tahun berikutnya lebih 15 orang dan
sehingga kini jumlah pelajar meningkat sehingga 300 orang. Ramai daripada alumnai MTAS
menyambung pengajian di Darul Quran dan juga luar Negara seperti Mesir, Jordan, Syria,
UK dan Morocco serta tidak lupa juga di institusi pengajian di Malaysia seperti KUIS,
UITM, UPM, USIM, KUIN dan banyak lagi. Seiring dengan objektifnya untuk melahirkan
pelajar professional yang menghafaz dan menghayati al-Quran, MTAS menjunjung misi
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
807
untuk mendidik dan membentuk generasi al-Quran bertakwa yang ikhlas, berilmu, beramal,
berakhlak mulia dan berketrampilan, melalui system pendidikan integrasi dan holistic
berasaskan pengurusan berkualiti serta berperanan sebagai khalifah di muka bumi. MTAS
membuka pengambilan seramai 50 orang setahun dari tingkatan 1 sehingga 5, dengan
melaksanakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (Aliran Sains Tulen dan Sastera)
dan kelas tahfiz al-Quran. Unik daripada Al-Quran Tahfiz lain, MTAS mempunyai
kemudahan pembelajaran yang lengkap dan sentiasa ditambahbaik. Dua blok Pentadbiran
lengkap, satu blok bangunan kelas, satu blok khas untuk kelas tasmik al-Quran, dua blok dua
tingkat bangunan asrama bagi pelajar lelaki, tiga buah asrama rumah bangle bagi pelajar
perempuan, Makmal ICT, Dewan Makan dan Kantin memberi keselesaan kepada guru-guru
dan murid-murid. Sehingga 2016, sudah 300 lebih orang pelajar yang belajar di sini. Asas
yang mesti ada pada diri setiap pelajar dan pengajar di sini ialah ikhlas. Pendekatan yang
digunakan pula ialah secara berhikmah, pelaksanaan ukhuwah, tarbiyah serta berlandaskan
al-Quran dan as-Sunnah. (Ibid, 2012)
Pengertian Hamlah diambil dariada perkataan Himla ialah mengangkat al-Quran dan
selain daripadanya seperti ilmu atau boleh juga diterjemahkan sebagai penghafaz al-Quran
(T.p, 1995). Hamalal al-Quran didefinisikan sebagai penghafaz al-Quran (Husin Al-Habsyi.
1990 dan Zakiah Abdul Hamid, 2004)
Menurut Imam Nawawi pula ia menyatakan hamlah al-Quran ialah pembawa al-
Quran. Beliau juga menjelaskan hamlah al-Quran ialah adab-adab seorang penghafaz al-
Quran terhadap al-Quran yang mana bagaimana seorang hafiz al-Quran menjaga etika dan
akhlak ketika bersama-sama al-Quran.Adab seorang pelajar sebagai seorang penuntut ilmu
termasuklah adab menjalani hal-hal yang menyibukkan sehingga tidak boleh fokus perhatian
untuk belajar, kecuali hal yang mesti dilakukan kerana keperluan. Hendaklah dia
membersihkan hati dari kotoran-kotoran dosa supaya boleh menerima al-Quran, menghafaz
dan memanfaatkannya. Tujuannya ialah menjaga dan melindungi al-Quran dari kebatilan,
kepalsuan dan pengubahan tidak lain supaya hujah Allah s.w.t akan tetap (Mahyudin Abi
Zakaria Yahya Syarofin Nawawi, 1999).
Konsep Hamlah al-Quran dari perspektif ibadah boleh dilihat daripada cara
Rasulullah s.a.w. beribadah menunaikan solat di malam hari sehingga bengkak kaki.
Rasulullah s.a.w. telah berjaya mentarbiyyah dan membina para sahabat sebagai generasi al-
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
808
Quran, yang benar-benar faham tentang al-Quran sehingga sanggup berkorban kerana Allah.
Ada di antara mereka sanggup mengorbankan jiwa dan raga lantas gugur syahid sebagai
syuhada’. Sebahagiannya pula, setiap inci tubuh badan mereka dipenuhi dengan luka-luka
kesan libasan pedang, sebahagiannya sanggup menyerahkan harta benda mereka untuk Allah.
Ada yang kehilangan ahli keluarga tersayang. Namun mereka tidak pernah merasa rugi
dengan kehilangan semua itu, malah mereka sanggup berjuang dan berjihad semata-mata
mempertahankan aqidah dan membela agama Allah s.w.t. (Abd al-Fattah al-Qadi, 2001).
3. Permasalahan Kajian
Seorang penghafaz al-Quran hendaklah menyediakan diri supaya dapat membersihkan jiwa
kerana ia amat penting bagi seorang pelajar. Ilmu pengetahuan di dalam Islam merupakan
suatu cahaya dari Allah s.w.t. dan keberkatan dariNya untuk kebaikan diri sendiri dan orang
lain. Hati seorang penghafaz al-Quran hendaklah bersih dari sifat-sifat mazmumah iaitu sifat-
sifat yang tercela seperti pemarah, dengki, menurut hawa nafsu, khianat, takbur, bongkak dan
lain-lain. Hati yang bersih adalah rumah bagi ilmu, bukan minda atau otak kerana segala
proses kefahaman dan ilmiah akan berpatah balik dan tersimpan di hati. Dari sinilah akan
wujud perwatakan berdasarkan kefahaman ilmu yang ada (Abd Salam Yusof, 2013).
Tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah boleh dilihat dalam kehidupan pelajar tahfiz
kerana pelajar tahfiz termasuk golongan mukallifin yang tidak boleh lari dari bebanan Allah
s.w.t.. Oleh itu ia bertanggungjawab bagi melaksanakan tuntutan tersebut. Fardhu ain
baginya terbahagi kepada tiga:
i. Hubungan dengan Allah s.w.t. iaitu melaksanakan tuntutan Allah s.w.t. seperti solat,
puasa dan lain-lain. Meninggalkan larangan Allah s.w.t. seperti maksiat dan
seumpamanya.
ii. Hubungan dengan diri sendiri iaitu menjaga kesihatan, menunaikan amanah sebagai
pelajar iaitu menuntut ilmu, menjaga nyawa dan lain-lain.
iii. Hubungan sesama manusia iaitu menghormati guru-guru, ibu bapa, kawan-kawan,
jiran dan seumpamanya. Hendaklah patuhi peraturan sekolah (Abdul Salam Yusof.
2003.)
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
809
Dalam menyatakan adab tentang hamlah al-Quran ini, pelajar perlu bergaul atau
bercampur dengan golongan penghafaz al-Quran yang lain supaya dapat berada di dalam
suasana huffaz serta tiada suasana negatif yang mengganggu serta dapat memperbaiki mutu
hafazan pelajar itu sendiri (Al-Sharbayni 2004), dan ia telah dikuatkan dengan hujah oleh
Imam al-Ghazali jiwa yang suci ibarat permata yang belum dibentuk. Jika dibesarkan dengan
akhlak yang baik atau buruk, maka begitulah pembentukannya. Oleh itu beliau menegaskan
bahawa anak-anak yang yang sedang membesar perlu diberi kesempatan untuk bergaul
dengan orang yang berakhlak mulia (Abdul Salam Haji Yusof, 2003).
Di samping itu juga, secara umumnya pelajar tahfiz seharusnya mempunyai adab
yang tinggi dan akhlak yang terpuji khususnya di hadapan guru. Ini adalah kerana, adab yang
tinggi dan akhlak yang terpuji merupakan asas taufiq dan kejayaan pelajar di dalam menuntut
ilmu terutamanya bagi penghafaz al-Quran. (Mohd Farouq 2008)
Selain itu, meninggalkan perkara-perkara maksiat, makruhah dan syubhah menjadi
adab umum dan perkara asas dalam menghafaz al-Quran kerana al-Quran merupakan kitab
Allah yang suci yang tidak boleh dicemari dengan jiwa yang melakukan maksiat (Abu
Najihat 2002, Al-Syarbayni 2004 dan Abu al-Fida’ 2006).
Azmil Hashim, 2014 menyatakan bahawa aspek adab perlu dimurnikan dan
diperkukuhkan serta dijadikan amalan seharian oleh pelajar. Adab-adab ini perlu dijadikan
budaya dalam gaya pembelajaran tahfiz al-Quran di institusi pendidikan tahfiz. Adab-adab
dalam pembelajaran tahfiz sentiasa ikhlas, sentiasa memelihara wudhu‟ , membaca doa
hafazan, menghadap qiblat, menjauhi maksiat, makruhat dan syubhat, menjaga pemakanan
halal, menjaga pemakanan berkhasiat, bersabar, bergaul dengan golongan huffaz, menjaga
solat berjemaah, menghormati guru dan memperbanyakkan amalan sunat perlu dijadikan
amalan seharian dalam gaya pembelajaran tahfiz al-Quran. Terdapat hubungan yang sangat
signifikan antara adab-adab pembelajaran tahfiz dan pencapaian hafazan pelajar.
Penekanan aspek akhlak sangat dititikberatkan di mana-mana pusat tahfiz al-Quran di
mana pentarbiyahan sering dilakukan oleh tenaga pengajar dari masa ke semasa untuk
mendidik para pelajar supaya memiliki akhlak yang baik. Para pelajar sentiasa dinasihati
supaya memiliki akhlak yang baik meskipun sesetengah daripada mereka adalah pelajar-
pelajar yang cerdik serta cepat menghafaz al-Quran tetapi jika tidak memiliki akhlak yang
baik, mereka tidak akan suka pergi ke masjid, tidak suka membaca al-Quran, sebaliknya
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
810
mereka lebih suka menghabiskan masa dengan hal yang sia-sia maka lama-kelamaan hafazan
mereka akan luput dan hilang. Begitu juga dengan pelajar yang sudah tamat pengajian
dinasihatkan supaya hidup dalam suasana amalan keagamaan untuk menjamin al-Quran yang
dihafaz sentiasa kekal dalam ingatan (Erzani b. Hussin, 2005). Tempat kebiasaan dibesarkan
mesti sesuai dengan akhlak yang ingin kepadanya. Apa yang perlu ada ialah kaedah tertentu
dalam proses pendidikan seperti nasihat, latihan (riadah) dan kebiasaan atau kaedah
kelaziman. Kaedah nasihat penting dalam proses pembentukan akhlak. Al-Quran diturunkan
sebagai rujukan umat Islam dan untuk menasihati manusia agar mencapai ketenangan dan
kebahagiaan dalam kehidupan (Ibid, 2005).
Kajian ini bertujuan untuk untuk mengenalpasti konsep Hamlah al-Quran serta
mengkaji pelaksanaan konsep Hamlah al-Quran dari perspektif ibadah di Ma’ahad Tahfiz as-
Sa’idiyyah di Negeri Sembilan.
4. Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah tinjauan yang menggunakan satu set soal selidik
iaitu Skala Konsep Hamlah al-Quran dari perspektif Ibadah. Tujuannya untuk mendapatkan
maklumat daripada sumber yang berbeza-beza menggunakan alat ukur yang berlainan
(Wiersma 2000; Gay dan Airasian 2000). Menurut Kerlinger (1973) soal selidik adalah
merupakan salah satu cara untuk mendapatkan jawapan kepada soalan penyelidikan. Babbie
(2001) pula berpendapat soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas dan boleh dirangka
dengan mudah tanpa kehadiran penyelidik. Situasi ini memberi ruang yang agak selesa,
tenang dan telus kepada responden untuk menjawab soalan.
Pengkaji telah memilih Ma’ahad Tahfiz Swasta di Negeri Sembilan iaitu Ma’ahad
Tahfiz As-Sa’idiyyah (MTAS) sebagai tempat kajian kerana mempunyai subjek dan data
yang mampu menjawab persoalan kajian serta tujuan kajian. Neuman (2006), Marohaini
Yusof (2004) dan Sidek Mohd. Noah (2002) mencadangkan empat faktor untuk
ditimbangkan dalam pemilihan tapak atau lokasi kajian; kaya dengan data, unfamiliarity,
sesuai dan mempunyai rangkaian sosial yang baik. Populasi kajian ini adalah terdiri daripada
pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima yang mengikuti pengajian Tahfiz al-Quran
secara sepenuh masa.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
811
Kaedah persampelan yang digunakan bagi memilih sampel dalam kajian ini adalah
kaedah persampelan secara rawak. Kaedah ini digunakan bagi memastikan setiap ahli
mempunyai peluang yang sama bagi mewakili populasi dalam kajian ini (Ary et al. 1996).
Melalui kaedah ini juga pengkaji berupaya melakukan inferens secara statistik daripada
sampel kepada populasi kajian (Berenson & Levine 1992). Dalam kajian ini, pemilihan
jumlah sampel ini mengambil kira pandangan yang dikemukakan oleh Krejcie & Morgan
(1970), Cochran’s Formula (1977) dan Uma Sekaran (2003) berkenaan bilangan dan formula
pemilihan sampel serta mendapati jumlah sampel yang telah dipilih adalah yang terbesar.
Secara umumnya, kajian ini akan dikumpulkan dengan menggunakan kaedah
pengumpulan data secara kuantitatif. Instrumen yang dibentuk bagi mengumpulkan data
yang diperlukan ialah melalui pengedaran soal selidik yang telah dibina oleh sekumpulan
penyelidik. Set soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian; Bahagian A: Latar
belakang responden. Bahagian B: Maklumat tentang Konsep Hamlah al-Quran dari perspektif
Ibadah. Konstruk ini digunakan untuk mengukur elemen konsep Hamlah al-Quran dari
perspektif Ibadah.
Instrumen kajian telah dibina oleh sekumpulan pakar dalam bidang masing-masing
yang kemudiannya diuji melalui ujian rintis kepada sekumpulan belia Islam seramai 10
orang. Instrumen kajian ini juga mendapat kesahan daripada panel rujukan pakar. Sebanyak
80 soal selidik telah diedarkan kepada responden kajian rintis. Data yang dikumpulkan
daripada 10 orang sampel rintis diproses dua kali untuk menentukan kebolehpercayaan dan
kesahan instrumen yang digunakan.
5. Dapatan Kajian
Kajian ini melaporkan dapatan kajian yang bertujuan untuk mengenalpasti konsep Hamlah al-
Qur’an serta mengkaji pelaksanaan konsep Hamlah al-Qur’an dari perspektif ibadah di
Ma’ahad Tahfiz as-Saidiyyah di Negeri Sembilan. Peserta kajian rintis yang dipilih secara
rawak adalah seramai 80 orang. Analisis deskriptif peratusan digunakan untuk menerangkan
profil responden kajian. Mana kala analisis deskriptif peratus digunakan bagi mengenal pasti
tahap kefahaman dan penghayatan Huffaz terhadap Konsep Hamlah al-Quran dari perspektif
Ibadah peserta kajian.
5.1 Latar Belakang Demografi Kajian
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
812
Kajian profil dilakukan kepada 80 orang huffaz yang belajar di Ma’ahad Tahfiz as-Sai’diyyah
di Negeri Sembilan (sila rujuk jadual 1 hingga jadual 5) bagi mengenalpasti profil responden
kajian.
Jadual 1 Profil sampel mengikut jantina dan tingkatan
Tingkatan Empat Tingkatan Lima
Jantina Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan
Lelaki 28 70 18 45
Perempuan 12 30 22 55
Sumber: Soal Selidik
Dari segi jantina jadual di atas menunjukkan seramai 28 orang responden (70.0%) dalam
kajian ini adalah pelajar lelaki, manakala seramai 12 orang (30.0%) pula adalah terdiri
daripada pelajar perempuan dalam tingkatan 4. Manakala bagi tingkatan 5 pula menunjukkan
seramai 18 orang (45.0%) adalah pelajar lelaki berbanding 22 orang (55.0%) adalah pelajar
perempuan. Ini menunjukkan jumlah responden lelaki melebihi jumlah responden perempuan
dalam kajian ini. Dari segi umur menunjukkan keseimbangan antara umur 16 tahun dan 17
tahun kerana soal selidik hanya diedarkan kalangan pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5
disebabkan mereka merupakan pelajar senior yang telah lama terlibat dengan proses p&p
hafazan al-Quran.
Jadual 2 Profil sampel mengikut Pendorong Responden Untuk Mengambil Bidang Tahfiz
Al-Quran
TINGKATAN
4
Pendorong Lelaki % Perempuan %
Ibu bapa 14 35 7 17.5
Diri Sendiri 11 27.5 5 12.5
Kawan 3 7.5 - -
Lain-lain - 0 - -
TINGKATAN
5
Ibu bapa 4 10 12 30
Diri Sendiri 12 30 10 25
Kawan 1 2.5 - -
Lain-lain 1 2.5 - -
Sumber: Soal selidik
Manakala jadual 2 menunjukkan bahawa pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5, pendorong
utama untuk mengambil bidang tahfiz kebanyakannya daripada diri sendiri responden iaitu
seramai 23 orang (57.5%) bagi lelaki. Manakala bagi pelajar peremuan seramai 19 orang
(47.5%) bersetuju ibu bapa menjadi pendorong utama untuk memilih bidang tahfiz al-Quran.
dorongan diri sendiri. Faktor kawan-kawan dan di sendiri, hanya pelajar lelaki tingkatan 4
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
813
iaitu 3 orang (7.5%) bersetuju kawan-kawan berbanding tingkatan 5 serama seorang (2.5%)
Faktor lain-lain, hanya pelajar lelaki tingkatan % bersetuju seramai seorang (2.5%).
Jadual 3 Profil sampel mengikut Jumlah juz yang telah dihafaz
Juz Bilangan pelajar Peratus %
1-5 28 35
6-10 15 18.75
11-15 8 10
16-20 9 11.25
21-25 6 7.5
26-30 14 17.5
Jumlah 80 100
Sumber: Soal Selidik
Jadual 3 menunjukkan bahawa jumlah responden yang telah menghafaz 1-5 juz ialah seramai
28 orang mewakili 35 peratus. Pelajar yang telah menghafaz 10 juz ialah seramai 15 orang
iaitu 18.75 peratus. Seramai 8 orang pelajar yang telah menghafaz 15 juz iaitu bersamaan 10
peratus. 9 orang pelajar telah menghafaz 20 juz iaitu 11.25 peratus. Seramai 6 orang pelajar
yang telah menghafaz 25 juz iaitu 7.5 peratus manakala pelajar yang telah tamat menghafaz
keseluruhan al-Quran ialah seramai 14 orang yang mewakili 17.5 peratus.
Jadual 4 Profil sample mengikut Jumlah juz yang telah dihafaz
Juz Bilangan pelajar Peratus %
1-5 28 35
6-10 15 18.75
11-15 8 10
16-20 9 11.25
21-25 6 7.5
26-30 14 17.5
Jumlah 80 100
Sumber: Soal Selidik
Jadual 4 menunjukkan bahawa jumlah responden yang telah menghafaz 1-5 juz ialah seramai
28 orang mewakili 35 peratus. Pelajar yang telah menghafaz 10 juz ialah seramai 15 orang
iaitu 18.75 peratus. Seramai 8 orang pelajar yang telah menghafaz 15 juz iaitu bersamaan 10
peratus. 9 orang pelajar telah menghafaz 20 juz iaitu 11.25 peratus. Seramai 6 orang pelajar
yang telah menghafaz 25 juz iaitu 7.5 peratus manakala pelajar yang telah tamat menghafaz
keseluruhan al-Quran ialah seramai 14 orang yang mewakili 17.5 peratus.
Jadual 5 Profil sample mengikut Mula menghafaz
Pernah % Tidak Pernah %
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
814
48 60 32 40
Sumber: Soal Selidik
Jadual 4.4 menunjukkan bahawa seramai 48 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang pernah
menghafaz sebelum memasuki MTAS. Manakala seramai 32 orang pelajar MTAS yang tidak
pernah menghafaz sebelum memasuki MTAS.
Hasil dapatan profil responden menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih dominan
berbanding dengan pelajar perempuan tetapi terdapat sedikit perbezaan jantina antara pelajar
lelaki tingkatan 4 yang lebih ramai berbanding dengan pelajar perempuan tingkatan 5 lebih
dominan. Manakala dari aspek faktor-faktor pendorong utama minat memilih bidang hafazan
al-Quran ialah diri sendiri dan ibu bapa juga mendapat peratus kedua tertinggi. Ini
berdasarkan faktor umur responden yang masih lagi berada di bawah tanggungjawab ibu
bapa. Aspek jumlah ayat-ayat yang telah dihafaz menunjukkan majoriti responden kalangan
pelajar tingkatan 4 dan 5 masih menghafaz 5 juz. Ini menunjukkan pelajar masih mencari dan
mungkin faktor baru mula menghafaz sehingga mereka sukar untuk menghafaz al-Quran
dengan lebih cepat. Ini disokong dengan hasil dapatan menunjukkan bahawa punca utama
jumlah hafazan yang sedikit disebabkan mereka tidak pernah menghafaz al-Quran sebelum
memasuki MTAS menyebabkan mereka kurang mahir dan tidak berpengalaman dalam
kaedah hafazan al-Quran.
5.2 Konsep Hamlah al-Quran Dari Perspektif Ibadah
Konsep Hamlah al-Quran dari perspektif ibadah menunjukkan sebanyak 16 item yang
merangkumi aspek-aspek ibadat iaitu solat, puasa, aurat, muraja’ah al-Quran, amalan zikir,