Edisi 1/2014 Terbitan Jan - April 2014 • Utusan KAMPUSEdisi
1/2014 Terbitan Jan - April 2014 • Utusan KAMPUS Komuniti
UMSKomuniti UMS 1110
AHAD, 30 Mac – Kelab Rakan Masjid Universiti Malaysia Sabah
(UMS) telah mengadakan Konvensyen Fiqh Borneo buat pertama kali di
sini untuk mendedahkan kepada masyarakat terutamanya kepada
mahasiswa dan mahasiswi UMS tentang cabang ilmu fiqh Islam iaitu
Fiqh Ibadah, Fiqh Munakahat dan Fiqh Perubatan.
Konvensyen ini diadakan di Dewan Kuliah Pusat 1, UMS.
Penceramah-penceramah terkenal seperti Dr. Awisul Islah Ghazali,
Ustaz Ahmad Fahmi serta Ustazah Syadiya Abbas diundang sebagai
panel untuk menerangkan lebih lanjut berhubung dengan fiqh-fiqh
Islam tersebut.
Terdapat tiga slot dalam konvensyen ini. Slot pertama adalah
KHAMIS, 20 MAC – Universiti Malaysia Sabah (UMS) tampil dengan
pendekatan baharu melalui usaha mendekatkan pelajarnya dengan
budaya ilmu. Program Budaya Ilmu 2014 yang telah dianjurkan oleh
Perpustakaan UMS baru-baru ini jelas menampakkan keprihatinan pihak
UMS dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu.
Program Bicara Buku anjuran perpustakaan UMS ini telah
dirasmikan oleh Dr. Ramzah Dambul, pensyarah di Sekolah Sains
Sosial (SSS). Program ini merupakan salah satu slot ceramah yang
dimuatkan dalam susunan aktiviti Program Budaya Ilmu 2014 yang
berlangsung selama tiga hari.
“Program ini diadakan untuk memberi pendedahan lanjut
Konvensyen Fiqh Borneo Julung Kali di UMS
Pendedahan Terhadap Seni Penulisan
berkaitan dengan Fiqh Perubatan yang dikendalikan oleh Dr.
Awisul Islah Ghazali. Beliau merupakan Pengerusi Pertubuhan Amal
Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) merangkap Pakar Perunding
Bius, ICU dan Sakit Kronik, Hospital Queen Elizabeth 1. Beliau
membincangkan tentang perubatan moden dan Islam.
Slot kedua merupakan Fiqh Ibadah yang dibimbing oleh Ustaz Ahmad
Fahmi yang membincangkan syurga solat. Beliau berkelulusan Syariah,
Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau menunjukkan secara terperinci
cara pergerakan dalam solat dengan melakukan demonstrasi secara
langsung di hadapan penonton.
Slot terakhir adalah berkenaan Fiqh Munakahat yang diterangkan
oleh Ustazah Syadiya Abbas. Beliau merupakan Pengacara Fiqh Wanita
di TV3. Fiqh ini membincangkan khusus tentang munakahat iaitu
membina cinta di alam rumah tangga. Slot ini sedikit sebanyak
menerangkan cara dan kepentingan untuk membina cinta selepas
mendirikan rumah tangga.
Penampilan istimewa Imam Muda Naim iaitu Imam Muda musim ketiga
dalam slot khas turut menyerikan lagi suasana Konvensyen Fiqh
Borneo ini.
RABU, 21 MAC – Majlis Perasmian Pesta Buku dan Pelancaran Buku
2014 diadakan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada
tahun ini bersempena dengan sambutan ke-20 tahun UMS.
Wakil ucapan aluan Yang Berbahagia. Prof. Datuk Dr Mohd. Harun
Abdullah iaitu Puan Dayang Rukiah Ag. Amit yang merupakan Ketua
Pustakawan Perpustakaan UMS merangkap Pengerusi Bersama Pesta Buku
UMS 2014 mengucapkan syabas kepada Koperasi UMS Berhad,
Perpustakaan UMS dan Penerbit UMS kerana telah berjaya menganjurkan
Pesta Buku UMS pada tahun ini.
Menurut beliau, pada hari ini masyarakat mempunyai pelbagai
alternatif untuk mendapatkan maklumat dan ilmu pengetahuan
lebih-lebih lagi dengan kehadiran teknologi maklumat, misalnya buku
yang boleh diperoleh dalam bentuk e-book, jurnal dalam bentuk
e-jurnal dan akhbar elektronik.
Sementara itu, maklumat-maklumat lain juga boleh diperolehi
tersedia menerusi laman web dan blog. Walau bagaimanapun, buku
fizikal masih tetap menjadi pilihan utama masyarakat.
Namun, sesetengah individu menganggap aktiviti membaca
AHAD, 30 MAC - Seramai 38 pelajar telah mengikuti program “Kem
Kepimpinan Motivasi Towards 1st Leader” bertemakan “Pemimpin
Proaktif Pemacu Kecemerlangan” yang dianjurkan oleh barisan ahli
Kelab Pembimbing Rakan Siswa UMS.
Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada sifat
kepimpinan dan motivasi diri para pelajar sekolah menengah yang
terdiri daripada Pengawas Sekolah, Ketua Kelas, Pengawas Pusat
Sumber, Pembimbing Rakan Siswa dan para pelajar yang mempunyai
potensi menjadi pemimpin yang berkaliber.
Para pelajar turut didedahkan dengan cara pengendalian tugas
yang pelbagai melalui latihan dalam kumpulan serta pelbagai
aktiviti untuk menilai
buku sebagai aktiviti yang membosankan. Mereka tidak menyedari
bahawa buku adalah wadah penting dalam membentuk kebebasan manusia
berfikir dan berupaya mengangkat martabat manusia ke tahap yang
lebih tinggi. Inilah yang dimaksudkan dengan modal insan berminda
kelas pertama.
Dengan membaca, kita dapat mengasah fikiran dan mencambah idea.
Maklumat yang diperoleh dapat meningkatkan pengetahuan atau ilmu,
seterusnya memantapkan pemahaman terhadap kehidupan serta membuka
minda untuk berfikir secara kritis dan kreatif.
“Saya menyeru kepada para pelajar agar memanfaatkan pameran yang
dianjurkan bermula dari 17 Mac sehingga 23 Mac 2014 untuk membeli
buku mahupun jurnal. Gunakanlah Baucar Buku bernilai RM 250 yang
diberikan oleh Kerajaan Malaysia secara berhemah dengan membeli
bahan bacaan yang diperlukan dalam pembelajaran,” katanya.
Beliau berharap agar pesta buku kali ini berjaya mencapai
matlamatnya di samping membantu UMS menyemarakkan budaya membaca
dan penyebaran ilmu.
Buku Sangat Berpengaruh Dalam Kehidupan Manusia
Membentuk Kepimpinan Dalam Diri Pelajar
potensi mental, fizikal dan emosi para peserta supaya lebih
bersedia dalam apa jua keadaan.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah slot-slot motivasi seperti
“Redah IQ”, “Gempur Berjaya”, “Leader Corner”, “Eksplorace”,
aktiviti malam dan kemuncaknya mendaki puncak Universiti Malaysia
Sabah (UMS).
Dalam program ini, pelbagai aktiviti perkongsian dilakukan
bersama para peserta. Hal ini kerana, sifat dan kepimpinan yang ada
pada seorang mahasiswa dan ahli Pembimbing Rakan Siswa akan lebih
mudah didekati oleh para pelajar sekolah menengah yang mengikuti
kem kepimpinan ini. Penutupan program ini dirasmikan oleh En. Alwi
dari bahagian Kebajikan Pelajar.
SABTU, 10 MEI - Satu bengkel IT telah dianjurkan oleh Persatuan
Mahasiswa Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (PMSSMP) untuk
mendedahkan penggunaan perisian IT kepada pelajar Sekolah Sains
Makanan dan Pemakanan (SSMP) serta melahirkan siswazah bermotivasi
dan berinovasi yang menguasai kemahiran IT, yang
berlangsung di bilik tutorial 8, SSMP.
Bengkel tersebut turut menjemput pelajar dari Sekolah Sains
Sosial, Isaac Yip, dari Program Komunikasi, untuk memperkenalkan
penggunaan dan kegunaan perisian ‘Sony Vegas’ kepada pelajar
SSMP.
PMSSMP Anjur Bengkel Teknik Penyuntingan Video
Perisian ‘Sony Vegas’ merupakan perisian penyuntingan video yang
amat berguna dan seronok digunakan untuk menyunting video, dan ini
dapat membantu pelajar dalam tugasan-tugasan pembikinan video dalam
kursus-kursus yang tertentu, misalnya kursus bahasa yang memerlukan
pelajar membuat satu video sebagai projek akhir nanti, kata Isaac
Yip.
Terdapat 40 pelajar SSMP dari tahun satu dan dua menyertai
bengkel ini dan bengkel ini berlangsung pada jam 8 pagi sehingga 4
petang.
Pengarah projek bengkel ini, Ng Kok Ong amat bangga dengan
perlaksanaan projek ini atas maklum balas peserta yang amat positif
ini.
“Ramai peserta amat gembira kerana mereka dapat mempelajari
sesuatu yang baru hari ini,” kata Ng, “ ini telah memberi satu
peluang kepada peserta untuk memiliki satu kemahiran tambahan dan
berguna untuk masa depan mereka.”
Konvensyen Fiqh Borneo yang berlangsung di Dewan Kuliah Pusat
1.
oleh: Badaria Bahar
Program Derma Darah dan Amal Jariah kali ke-4 oleh: Anita Pedro
Alonen
JUMAAT, 14 MAC – Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan
kerjasama Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah telah menganjurkan
Program Derma Darah dan Amal Jariah buat kali ke-4.
Program ini berlangsung selama tiga hari, bermula 12 hingga 14
Mac 2014, bertempat di Masjid UMS daripada jam 9 pagi hingga jam
4.30 petang.
Matlamat program ini dianjurkan untuk menggalakkan orang bukan
Muslim datang berkunjung ke Masjid UMS, menurut Ustazah Ainah
selaku ketua penyelaras program tersebut.
Jelasnya, terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan seperti
pemeriksaan kesihatan percuma, cabutan penderma bertuah, pameran,
gerai jualan, dan klinik Al Fatihah sebagai satu kaedah menarik
pengunjung datang.
Menurutnya lagi, jumlah keseluruhan penderma selama tiga hari
program berlangsung adalah, seramai 225 orang penderma. Pada hari
ketiga program tersebut, Naib Canselor Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun
Abdullah berkesempatan melawat di lokasi program diadakan.
kepada pelajar mengenai teknik dalam penulisan sesebuah buku
serta perkongsian pengalaman daripada penceramah jemputan pada hari
tersebut,” kata Dr. Ramzah Dambul.
“Ilmu perlulah seiring dengan disiplin barulah matlamat akan
tercapai dan acuan yang elok sudah pasti akan membuahkan hasil yang
baik,” katanya ketika berkongsi pengalaman pada majlis
tersebut.
Beliau tidak pernah menyangka hasil daripada minat menulis yang
hanya untuk memenuhi masa lapang semasa menuntut di universiti
dahulu membuahkan impak yang besar kepada dirinya hari ini apabila
beliau telah berjaya menerbitkan buku hasil tulisannya sendiri.
oleh: Norfadila Binti Zuha
Dr. Ramzah Dambul ketika berucap dalam Program Bicara Buku di
Perpustakaan UMS
oleh: Maslinda binti Haris
Aktiviti yang dijalankan di Dewan Kuliah Pusat UMS
oleh: Maslinda binti Haris
Suasana sesi pelajaran penggunaan perisian ‘Sony Vegas’ yang
dbimbing oleh Isaac Yip.
oleh: Isaac Yip
Beliau berharap dengan adanya penganjuran program sebegini pada
masa akan datang menjadikan pelajar lebih matang dan cenderung
untuk mencorakkan halatuju setelah menamatkan pengajian mereka di
universiti nanti.
In D’Heart Juarai Festival Kesenian Islam oleh: Leolerry
Lajius
KHAMIS, 27 Mac- Festival kesenian Islam Peringkat Bandaraya Kota
Kinabalu yang telah diadakan di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu
menyaksikan kumpulan Nasyid Universiti Malaysia Sabah (UMS), iaitu
kumpulan In D’Heart merangkul gelaran Juara Kategori Pertandingan
Nasyid.
“Saya dan ahli kumpulan sangat berminat dalam kesenian nasyid.
Disamping itu, ia melibatkan penyampaian dakwah secara berkesan,
justeru dapat mengangkat nama UMS di peringkat yang lebih tinggi
dalam industri nasyid tanah air”, ujar saudara Mohd Mujahid Halpi
yang menjadi penggerak utama bagi kumpulan In D’Heart.
“Kami cemburu dengan IPTA lain yang mana kelengkapan nasyid
cukup sempurna. In Sya Allah, semoga ada pihak berwajib menyedari
bakat dan kelebihan yang ada pada Mahasiswa UMS dalam arena nasyid.
Kejuaraan kami pada hari ini didorong oleh kekuatan vocal dan
komitmen ahli kumpulan. Disamping itu, Unit Kebudayaan Hal Ehwal
Pelajar juga banyak memberi nasihat dan dorongan. Begitu juga
dengan saudara Mohamad Juhar Harun selaku Pengerusi Kelab In
D’Heart dan saudara Fandy Sanizan Jurup (Presiden Majlis Perwakilan
Pelajar bagi sesi 2013/2014) dalam membantu mengatur langkah dan
keperluan kami sebelum, semasa dan selepas bertanding”, tambahnya
lagi.
Latar belakang kumpulan Kelab Nasyid In D’Heart ini ditubuhkan
pada tahun 2012 dengan kekuatan seramai enam orang dibawah seliaan
sepenuhnya Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013. Selain itu,
kumpulan ini aktif membuat persembahan secara terbuka dalam
mana-mana majlis seperti Tamu Gadang dan sebaginya. Pencapaian
tertinggi kelab ini adalah Juara Pertandingan Nasyid Tradisi
Festival Kesenian Islam Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2014.