1 1.0 PENGENALAN Latihan kecergasan fizikal dalam acara olahraga berperanan menyediakan asas- asas penting dalam semua pergerakan dan kemahiran. Walaupun berlari nampak mudah dan semulajadi tetapi kepantasan berlari dengan berkesan memerlukan teknik yang perlu dilatih (Zamerchili, 1977). Manakala ujian merupakan suatu instrumen yang digunakan untuk mendapat maklumat atlet. Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal. Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat atlet sebelum, semasa, dan selepas pengajaran. Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang . pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian. Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran. Menurut Ahmad Hashim (2004), menyatakan prosedur sebelum sesuatu ujian ialah perancangan yang dilakukan sebelum melaksanakan ujian yang sebenar. Ia dilakukan bertujuan bagi menjamin bahawa segala persediaan ujian adalah mencukupi dan diharapkan bahawa pentadbiran ujian tersebut akan berjalan dengan lancar. Manakala melalui ujian pasca prosedurnya melibatkan analisis data ujian membuat penilaian dan menyimpan rekod pencapaian ujian secara individu dan berkumpulan. Semua skor ujian perlu di analisis dengan menggunakan teknik statistik yang bersesuaian dengan tujuan ujian. Segala data dan juga maklumat yang bakal diperoleh akan diproses, dianalisa dan dihuraikan dalam bentuk min, sisihan piawai, dan juga melalui ujian t-test.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
1.0 PENGENALAN
Latihan kecergasan fizikal dalam acara olahraga berperanan menyediakan asas-
asas penting dalam semua pergerakan dan kemahiran. Walaupun berlari nampak
mudah dan semulajadi tetapi kepantasan berlari dengan berkesan memerlukan
teknik yang perlu dilatih (Zamerchili, 1977).
Manakala ujian merupakan suatu instrumen yang digunakan untuk mendapat
maklumat atlet. Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau
lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak
atau rekod anekdotal.
Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang
digunakan untuk mendapatkan maklumat atlet sebelum, semasa, dan selepas
pengajaran. Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang
ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang . pengukuran juga boleh ditakrifkan
sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian. Manakala penilaian
merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang
dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.
Menurut Ahmad Hashim (2004), menyatakan prosedur sebelum sesuatu ujian
ialah perancangan yang dilakukan sebelum melaksanakan ujian yang sebenar. Ia
dilakukan bertujuan bagi menjamin bahawa segala persediaan ujian adalah
mencukupi dan diharapkan bahawa pentadbiran ujian tersebut akan berjalan
dengan lancar. Manakala melalui ujian pasca prosedurnya melibatkan analisis data
ujian membuat penilaian dan menyimpan rekod pencapaian ujian secara individu
dan berkumpulan. Semua skor ujian perlu di analisis dengan menggunakan teknik
statistik yang bersesuaian dengan tujuan ujian. Segala data dan juga maklumat
yang bakal diperoleh akan diproses, dianalisa dan dihuraikan dalam bentuk min,
sisihan piawai, dan juga melalui ujian t-test.
2
Menurut Bompa (1999) latihan yang bersistematik dengan menggunakan
pendekatan yang terbaik mampu meningkatkan prestasi seseorang atlet olahraga.
Sesuatu program latihan perlu merangkumi factor-faktor asas latihan iaitu
persediaan taktikal, teknikal dan persediaan psikologi. Perkara yang penting dalam
menghasilkan program latihan olahraga yang berkesan ialah kefahaman jurulatih
tentang persediaan fizikal iaitu penggunaan cirri-ciri komponen latihan dan bentuk-
bentuk latihan khusus dan prinsip-prinsip latihan mengikut peringkat-peringkat
latihan.
3
2.0 KOMPONEN UJIAN KECERGASAN BERASASKAN LAKUAN MOTOR
(KEPANTASAN)
2.1 Pengenalan komponen ujian (Kepantasan)
Mengikut Verdusi (1980), masa reaksi digunakan untuk mengukur kepantasan
ibu jari dan jari telunjuk bertindak balas kepada pembaris yang dijatuhkan. Kesahan
konstruk digunakan oleh penyelidik lampau bagi memilih masa reaksi. Nilai
kebolehpercayaan ujian yang pernah dilaporkan oleh Jonson & Nelson (1979) ialah
0.89 dan diperolehi melalui kaedah uji dan ulang uji. Masa reaksi ialah masa yang
diambil untuk bertindak balas kepada sesuatu rangsangan. Kepantasan dan masa
reaksi adalah elemen penting untuk kejayaan prestasi kecergasan motor dalam
kebanyakkan kemahiran sukan. Fulton dan Hubbat (1975), melaporkan bahawa
kepantasan dan masa reaksi kanak-kanak lelaki dan perempuan meningkat secara
signifikan dengan umur.
4
2.2 Penglibatan Otot
Analisis pergerakan berlari dari aspek otot
Pergerakan berlari meliputi dua keadaan dimana apabila kaki bersentuhan
dengan tanah ( fasa penujuan) dan satu lagi apabila kaki tidak
bersentuhan dengan tanah (fasa pemulihan). Kedua-dua tindakan ini
menggunakan otot-otot utama.Antara-otot utama yang digunakan dalam
berlari termasuklah:
Quadriceps femoris yang terdiri daripada
o Vastus medialis
o Vastus lateralis
Hamstring yang terdiri daripada
o Semitendinosus dan semimembranosus
o Biceps femoris
Maximus gluteus
Gastrocnemius
Soleus
Selain itu, terdapat otot penyokong. Otot penyokong dalam pergerakan
berlari ialah bisep. Otot di bahagian lengan digunakan untuk memutar
lengan dan melentur siku. Pergerakan berlari ini lebih cekap apabila siku
dibengkokkan, maka bisep menyokong pergerakan larian.
5
Gambarajah : Otot pada pandangan anterior
Gambarajah : Otot pada pandangan posterior.
Vastus medialis
Vastus lateralis
semimembranosus
Semitendinosus
Biseps femoris
biseps
Gluteus Maximus
Gastrocnimius
Soleus
6
Gambarajah : Otot – otot utama yang terlibat
BICEPS TRICEPS
HAMSTRING
GASTROKNEMIUS RECTUS
ABDOMINUS
QUADRICEPS
7
2.3 Kajian Literatur Berkaitan Bateri Ujian
Pengukuran dan penilaian boleh mengukur kelemahan atau kekuatan
sesuatu program yang telah dijalankan. Ia biasanya bertujuan untuk pembaikan
(Carroll, 1984). Oleh itu, hasil kajian diharapkan dapat membantu guru
menentukan perancangan dan strategi yang betul bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia boleh menolong
jurulatih mengesan dan memperbaiki kelemahan program masing- masing.
Melalui kajian ini juga akan dapat mendedahkan pengetahuan baru kepada
guruguru tentang tatacara pentadbiran ujian yang betul dan bersistematik serta
memberi pendedahan tentang pengumpulan dan pemprosesan data
menggunakan komputer dan seterusnya menilai keupayaan pelajar. Hasil kajian
ini nanti diharapkan akan dapat digunakan di sekolah-sekolah dan juga insititusi-
institusi lain.Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap prestasi Kecergasan
Fizikal Berasaskan Lakuan Motor iaitu Kepantasan bagi murid tahun 4 Dinamik
SK Jalan Enam.
Kajian yang dibuat oleh Powel & Howe (1939) ke atas atlit badminton
sekolah di sesebuah sekolah telah memperolehi nilai kesahan antara 0.63
hingga 0.77 bagi ujian lari pecut 30 meter. Ini menunjukkan bahawa,setiap ujian
yang dilakukan mempunyai kesahan yang tinggi dan signifikan. Kajian ini telah
disokong oleh hasil dapatan kajian McCloy (1940) dan Humiston (1942)
menunjukkan bahawa di antara komponen ujian yang sesuai diguna bagi
mengukur kecergasan motor ialah kepantasan, kuasa dan koordinasi.
Pengukuran tahap prestasi kecergasan motor memerlukan prosedur ujian
yang jelas dan mudah difahami oleh penguji. Selain daripada mengenalpasti
ujian yang dapat mengukur komponen kecergasan, perhatian harus diberikan
kepada nilai kesahan serta kebolehpercayaan ujian.keberkesanan mengukur
prestasi kecergasan motor adalah bergantung kepada jenis dan kesahan ujian
yang dipilih. Dapatan yang hamper sama juga diperolehi melalui ujian melontar
8
bola keranjang, lari pecut enam saat, melantun bola keranjang ke dinding serta
lompat jauh berdiri yang terdapat dalam bateri ujian kecergasan motor Scott
Motor Ability Test for high School Girls.Kajian yang dilakukan oleh Powel & Howe
(1939) dan Scott (1939) adalah tidak menyeluruh dan hanya mengambil kira
faktor kuasa, kekuatan, kepantasan dan koordinasi sebagai ciri kecergasan
motor. Walaubagaimanapun kajian mereka telah dapat memberi satu gambaran
awal tentang prosedur menentukan kesahan kriteria ujian dan menghasilkan
ujian yang dapat mewakili bateri ujian kecergasan motor.
Hasil kajian yang dilakukan oleh McCloy (1940) berjaya menghasilkan
sepuluh elemen kecergasan iaitu kekuatan otot, tenaga dinamik, keupayaan