1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan guru berperanan sebagai perancang, pengurus dan pelaksana yang mana perlu berpandukan prinsip pengurusan yang sistematik. Pengurusan yang sistematik melibatkan beberapa proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan. Pengajaran pula adalah proses penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebar isi pelajaran, ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara berkesan. Manakala, pembelajaran pula menurut Choong Lean Keow (2011), adalah perubahan tingkah laku seseorang akibat perolehan ilmu, kemahiran atau amalan hasil proses pendidikan. Maka dapatlah difahami, pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah proses untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan dan menyampaikan isi pelajaran, menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dan membuat tindakan susulan berdasarkan penilaian yang telah dibuat termasuk membuat penambahbaikan. Tugasan Budaya dan Pembelajaran ini memerlukan seorang guru untuk memahami tugasnya sebagai seorang ‘pengurus’ dalam membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Kamus Dewan Edisi Baru (1989), definisi persekitaran merujuk kepada keadaan di sekeliling atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang seseorang atau sesuatu. Bilik darjah pula secara amnya adalah bilik- bilik di sekolah yang menjadi tempat untuk murid –murid belajar dan guru mengajar. Kemudian, dapatlah difahami secara umum bahawa mesra budaya ialah cara atau gaya hidup pelbagai masyarakat dan bangsa yang selesa, kondusif dan selamat. Justeru, gurulah menjadi tonggak utama dalam membina suasana bilik darjah yang damai dan tenteram untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang adil dan tidak bias antara murid yang berbeza latar belakang dari segi kaum, jantina, agama dan keperluan sekeliling serta mengambil kira kepelbagaian budaya yang boleh meransang murid menjadi peka kepada budaya org lain, saling menghormati dan dapat bergaul mesra tanpa mengira perbezaan yang ada pada diri mereka. 1
21
Embed
1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan …docshare04.docshare.tips/files/26018/260185210.pdf · Sebagai contoh, dalam format terkini ... muzik, stesen matematik, sudut bacaan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 PENGENALAN
Salhah Abdullah (2006) menyatakan guru berperanan sebagai
perancang, pengurus dan pelaksana yang mana perlu berpandukan prinsip
pengurusan yang sistematik. Pengurusan yang sistematik melibatkan
beberapa proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat
tindakan susulan termasuk penambahbaikan. Pengajaran pula adalah proses
penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu yang meliputi aktiviti
perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan
tujuan menyebar isi pelajaran, ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada
pelajar-pelajar dengan cara berkesan. Manakala, pembelajaran pula menurut Choong Lean Keow (2011),
adalah perubahan tingkah laku seseorang akibat perolehan ilmu, kemahiran
atau amalan hasil proses pendidikan. Maka dapatlah difahami, pengurusan
pengajaran dan pembelajaran adalah proses untuk merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan dan menyampaikan isi pelajaran,
menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dan
membuat tindakan susulan berdasarkan penilaian yang telah dibuat
termasuk membuat penambahbaikan.Tugasan Budaya dan Pembelajaran ini memerlukan seorang guru untuk
memahami tugasnya sebagai seorang ‘pengurus’ dalam membina
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Kamus Dewan Edisi Baru
(1989), definisi persekitaran merujuk kepada keadaan di sekeliling atau
keadaan yang menjadi seperti latar belakang seseorang atau sesuatu. Bilik
darjah pula secara amnya adalah bilik- bilik di sekolah yang menjadi tempat
untuk murid –murid belajar dan guru mengajar. Kemudian, dapatlah difahami
secara umum bahawa mesra budaya ialah cara atau gaya hidup pelbagai
masyarakat dan bangsa yang selesa, kondusif dan selamat. Justeru, gurulah
menjadi tonggak utama dalam membina suasana bilik darjah yang damai dan
tenteram untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang adil dan
tidak bias antara murid yang berbeza latar belakang dari segi kaum, jantina,
agama dan keperluan sekeliling serta mengambil kira kepelbagaian budaya
yang boleh meransang murid menjadi peka kepada budaya org lain, saling
menghormati dan dapat bergaul mesra tanpa mengira perbezaan yang ada
pada diri mereka.
1
2.0 ESEI : PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (INDIVIDU)
2.1 Kepelbagaian Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Shahabuddin Hashim dan Noor Miza Abdul Rahman (2014)
merujuk kepada Dick dan Reiser (1989), menyatakan bahawa
pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang
menyeronokkan. Oleh yang demikian, perancangan pengajaran yang
dilakukan oleh guru mestilah menggunakan kaedah, strategi dan
teknik yang berkesan supaya sesuai dengan budaya murid, mudah
difahami oleh para pelajar dan menyeronokkan. Salhah Abdullah
(2009), yang merujuk kepada Armstrong (1994) pula menyatakan teori
kecerdasan pelbagai mencadangkan bahawa tiada satu set strategi
atau aktiviti yang terbaik untuk semua pelajar. Semua pelajar
mempunyai perbezaan kecenderungan dalam tujuh kecerdasan
pelbagai, jadi mana-mana aktiviti pembelajaran berkemungkinan
berkesan kepada satu kumpulan dan kurang berkesan kepada
kumpulan lain. Berdasarkan penyataan tersebut, guru perlu sentiasa
mengambil kira kepelbagaian kecerdasan ini dalam merancang dan
mengurus aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar semua murid
menerima peluang pembelajaran yang sama serta guru boleh
mewujudkan suasana mesra budaya itu melalui amalan pedagogi.
Antaranya ialah :
2.1.1 Pembelajaran kontekstual Pembelajaran kontekstual iaitu guru mengaitkan bahan
pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang
sebenar. Misalnya, dalam subjek pendidikan Islam, guru boleh
mengaitkan adab terhadap orang yang lebih tua dengan budaya
Melayu seperti adab melintas di hadapan orang tua dan
bersalaman dengan orang tua.
2.1.2 Pembelajaran kolaboratif dan koperatif
2
Pembelajaran kolaboratif dan koperatif boleh dilakukan di
mana guru melaksanakan aktiviti berkumpulan seperti
perbincangan dan melaksanakan sesuatu tugasan secara
bersama-sama yang mana ahli kumpulan terdiri dari pelbagai
etnik. Contohnya murid- murid Cina, India, dan Melayu
digabungkan dalam satu kumpulan tempat duduk atau dalam
aktiviti. Dengan itu, murid- murid ini boleh berkomunikasi dan
berinteraksi sesama mereka dan mewujudkan suasana mesra
antara mereka kerana apabila mereka bercakap, pasti mereka
akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
perantaraan. Ini akan dapat mengelakkan salah faham antara
murid- murid dan menambahkan lagi kemahiran berbahasa
Melayu dalam kalangan murid yang tidak berbangsa Melayu.
2.1.3 Aktiviti pembelajaran sambil bermainMain merupakan budaya bagi golongan kanak- kanak. Ia
juga satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik
perhatian murid- murid. Oleh itu, guru boleh gunakan kaedah ini
dalam mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dan pada masa yang sama boleh menyelitkan unsur budaya
pelbagai kaum umpamanya dalam subjek Matematik, guru boleh
menggunakan permainan batu seremban untuk mengajar murid
mengira.
2.1.4 Aktiviti pembelajaran berasaskan teknologi maklumat
Seterusnya, guru seharusnya peka dengan keperluan
semasa yang menuntut supaya guru menggunakan teknologi
maklumat iaitu ICT dalam pengajaran dan pembelajaran seperti
menggunakan CD interaktif, menggunakan internet untuk
mencari bahan pembelajaran, memaparkan gabungan audio
visual, bahan grafik menggunakan slaid powerpoint dan
sebagainya.
2.2 BahanPengajaran dan Pembelajaran
3
Penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
mestilah dirancang dengan sebaiknya kerana ia sangat penting untuk
membantu guru menerangkan konsep abstrak yang sukar kepada para
murid, membantu murid memahami isi pelajaran dengan lebih cepat
serta menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dengan adanya
bahan-bahan tersebut. Antara bahan yang sesuai digunakan dalam
mewujudkan mesra budaya ialah ;
2.2.1 Bahan maujud Bahan maujud terdiri daripada realia awet dan realia asli.
Sebagai contoh, dalam format terkini Rancangan Pengajaran
Harian Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) terdapat fasa
persediaan iaitu pemerhatian yang mana guru membawa bahan
maujud untuk menarik minat murid bagi memulakan tajuk
pelajaran misalnya dalam guru mengajar adab makan dan
minum dengan membawa makanan tradisional masyarakat
Melayu, India dan Cina.
2.2.2 Bahan visual tayang 2D dan bahan audio visual
Guru juga boleh menggunakan bahan visual tayang 2D
iaitu slaid powerpoint untuk menunjukkan sesuatu gambar rajah
serta boleh menggunakan bahan audio visual seperti video dan
televisyen untuk menayangkan sesuatu peristiwa contohnya
situasi hari perayaan orang Melayu, Cina atau India dengan lebih
jelas. Jelasnya, penggunaan kedua-dua bahan ini amat efektif
digunakan dalam bilik darjah agar murid tidak berasa bosan dan
dapat mewujudkan persekitaran yang mesra budaya.
2.2.3 Bahan cetak
Seterusnya, bahan pengajaran dan pembelajaran yang
masih relevan dan sesuai sepanjang zaman adalah bahan cetak
di mana guru dapat menyediakannya dengan mudah seperti kad
bergambar, peta minda, akhbar, majalah, kad imbasan, risalah
4
dan sebagainya. Misalnya, guru boleh mencetak peta minda
yang mengandungi tatacara perkahwinan pelbagai budaya
untuk diberikan kepada semua murid.
2.3 Pengurusan Bilik Darjah
Mengikut salah satu Model pengurusan disiplin iaitu model
disiplin Asertif Canter, guru mempunyai hak untuk mengajar tanpa
gangguan manakala hak murid ialah untuk belajar dalam persekitaran
kondusif. Justeru, guru perlu memastikan pengurusan bilik darjah
berada dalam keadaan yang mesra budaya serta menyediakan
persekitaran pembelajaran yang positif dan kondusif.
2.3.1 Fizikal bilik darjah Menurut Noriati A. Rashid et. al (2014), susun atur bilik
darjah melibatkan kerusi meja tempat duduk murid yang mana
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya akan wujud apabila
murid ditempatkan di tempat duduk yang dikelilingi oleh rakan-
rakan pelbagai etnik. Sehubungan dengan itu, guru mestilah
memberi perhatian yang positif dan adil terhadap semua murid
yang berada di dalam bilik darjah dengan menyusun tempat
duduk murid mengikut keperluan yang relevan. Secara tidak
langsung juga, kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu
kumpulan akan dapat diwujudkan serta memupuk satu suasana
mesra budaya. Guru juga boleh mewujudkan sudut mata pelajaran
seperti seni, muzik, stesen matematik, sudut bacaan yang
dipenuhi buku-buku cerita dan kata-kata motivasi. Lebih penting
lagi, aspek fizikal bilik darjah yang perlu guru ambil berat adalah
aspek keselamatan yang mana guru perlulah membuat
peraturan kelas supaya dapat mengawal dan mencorak tingkah
laku yang positif dan mencegah perlakuan yang tidak diingini.
Benarlah menurut Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki
Miskon (2012), mengatakan bahawa bilik darjah yang
mempunyai peralatan asas yang lengkap akan melahirkan
pembudayaan bilik darjah yang kondusif dan hasilnya akan
5
terjelma suasana yang harmonis, ceria dan semangat kepada
murid dan guru untuk mengajar dan belajar.
2.3.2 Persekitaran sosioemosi.
Guru sebagai seorang ‘pengurus’ bilik darjah, guru
perlulah berusaha mengurus emosi murid agar sentiasa stabil
dan boleh meneruskan aktiviti pembelajaran tanpa ada
pergaduhan. Antara caranya ialah guru boleh memberikan
motivasi seperti kata-kata pujian, galakan dan penghargaan
yang sesuai. Guru juga perlu membentuk hubungan yang positif
antara guru dan murid selain guru mengambil berat dan
berkepimpinan demokrasi dengan semua murid.
2.3.3 Hubungan antara kelompok etnik
Noriati A. Rashid et. al (2014) juga menyatakan bahawa
sekolah dan kelas menjadi tempat pertemuan, pergaulan juga
tempat kanak-kanak dari pelbagai etnik belajar mengenali satu
sama lain. Maka, guru mestilah menjadi individu yang pertama
menghayati kepentingan hubungan etnik dalam memastikan
murid-muridnya mengalami suasana persekitaran bilik darjah
yang mesra budaya. Antara cara yang boleh dilaksanakan
adalah pertama, guru menjadi contoh teladan dengan
menunjukkan kasih sayang dengan semua muridnya.
Seterusnya, guru seharusnya menggalakkan murid berkongsi
pengetahuan dan idea serta guru perlu membina rasa
menghargai perbezaan budaya dan amalan hidup masyarakat
berbilang etnik.
2.3.4 Mewujudkan peraturan bersama yang dijadikan budaya.
6
Peraturan yang dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh
murid secara konsisten akan menjadi budaya. Sebagai contoh,
guru membuat peraturan bahawa murid mesti memberi salam
kepada guru apabila guru masuk ke kelas dan bersalaman
dengan guru apabila tamat sesi persekolahan. Selain itu, guru
dan murid menetapkan budaya bertepuk tangan apabila rakan
mereka dapat menjawab soalan sebagai tanda penghargaan
kerana berani mencuba sekali gus memberi suntikan bersaing
secara sihat dalam pembelajaran mereka. Contoh yang lain,
peraturan dendaan yang melibatkan semua murid seperti ada
murid yang berbuat bising, maka murid- murid lain juga akan
sama- sama didenda. Kesannya, disiplin murid akan dapat
dikawal dan dapat memupuk kesatupaduan dalam kalangan
pelajar.
2.4 Penaksiran Dan Penilaian Prestasi Pelajar
Penaksiran merupakan suatu proses untuk mendapatkan
maklumat seterusnya membuat penilaian tentang produk sesuatu
proses pendidikan. Untuk memperoleh maklumat, kita mestilah
membuat penilaian secara tersusun agar kita dapat mengambil
tindakan dengan betul. Seterusnya prestasi bermaksud pencapaian
atau hasil yang telah diperolehi. Justeru, penaksiran dan penilaian
prestasi pelajar bermakna suatu pengujian dan pengukuran yang
memperlihatkan kemajuan atau kejayaan murid dalam jangka masa
tertentu. Dari konteks penilaian prestasi pelajar berasaskan budaya
pula, guru mestilah mengambil kira kepelbagaian budaya murid dalam
mengumpul maklumat dan membuat keputusan.
2.4.1 Penilaian Formatif
Penilaian Formatif ialah satu jenis ujian formal atau tak
formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid
di dalam kelas di mana guru dapat membaiki kelemahan dengan
kadar segera. Ianya juga boleh dilaksanakan secara individu,
kumpulan atau menyeluruh. Antara bentuknya ialah pertama,
7
ujian tidak formal iaitu pemerhatian dan sesi soal jawab.
Contohnya ialah murid-murid diberi tugasan membuat kolaj,
poster, bercerita dan sebagainya yang mana penaksiran ini
dapat dinilai secara berterusan oleh guru. Bentuk formatif kedua
ialah ujian formal iaitu ujian bulanan yang melibatkan ujian
kertas pensel dalam masa yang singkat. Kesannya, penilaian
bentuk ini akan dapat menjadikan suasana bilik darjah menjadi
aktif, mesra dan harmonis kerana murid dapat menyesuaikan
diri dengan gaya pembelajaran masing-masing.
2.4.2 Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif pula adalah penilaian yang dijalankan
pada akhir tahun atau pada akhir semester. Tujuannya supaya
dapat guru dapat mengesan pencapaian murid berdasarkan apa yang
telah dipelajari oleh murid dalam beberapa unit tajuk pembelajaran. Ujian
ini dijalankan dalam beberapa waktu berdasarkan ketetapan jadual
secara individu mengikut kelas. Penilaian ini juga memberikan nilai
yang akan membezakan pencapaian seorang murid dengan
murid lain.
Penilaian sumatif ini juga dilaksanakan secara berpusat
antaranya bagi murid sekolah rendah iaitu Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) yang biasanya dikendalikan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia. Keputusan penilaian secara
berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di
seluruh negara. Seterusnya, bagi penilaian sumatif yang
berasaskan budaya perlulah mengambil kira bahasa yang
digunakan dan jenis item ujian.
2.4.3 Penilaian Mesra Budaya.
Terdapat empat jenis penilaian yang lebih khusus kepada
penilaian yang mesra budaya. Pertama, penaksiran penilaian
pemerhatian harian tingkah laku pembelajaran dan sosial murid
iaitu guru dapat memerhati perubahan tingkah laku murid.
8
Umpamanya, selepas guru menjalankan pengajaran adab
bercakap dengan rakan, murid-murid tersebut diperhatikan
menggunakan senarai semak atau catatan.
Keduanya, penilaian portfolio iaitu satu kaedah yang
digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti
pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang tertentu
melalui pembelajaran yang didokumentasikan. Melalui penilaian
ini, guru, murid dan ahli keluarga dapat mengetahui kebolehan
mereka dan bidang manakah yang perlu ditambah baik.
Ketiganya, penilaian penulisan jurnal yang mana penilaian
jenis ini dapat memberi peluang kepada murid untuk meluahkan
pemahaman mereka mengenai pelbagai konteks budaya.
Contohnya, guru menjalankan aktiviti membaca buku di
perpustakaan kemudian murid diminta untuk mencatat
pandangan peribadi mereka tentang watak-watak yang telah
mereka baca dan berkongsi dengan rakan-rakan mereka.
Penilaian terakhir ialah penilaian berasaskan projek iaitu
penilaian jenis ini dapat mengembangkan kebolehan dan
pengalaman murid. Murid dapat meneroka topik yang diminati
berasaskan pelbagai budaya. Penilaian ini dapat dilakukan oleh
guru sama ada murid menulis laporan, melaksanakan
persembahan lisan atau mencipta lukisan.
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH - KUMPULAN)
.س.س.ر ك رنخغن فغاجرن هارين تاهون دوا
إسلمية)اخل ق: فنديديقن اسل م (مات فلرجرن.1
9
امانه2: تاهون كلس.2 /2014افريل 4ه/1435 خير رجمادال4: / هاري يختار.3