1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 (CONTRACT FOR SERVICE)
Kumpulan:Pelaksana
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,493.00 RM5,672.00 RM145.00
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
iii. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).
Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu tadbir (Perkeranian/
Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu tadbir (kewangan), Pemeriksa
Cap jari dan pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak
Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila
telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a.
i. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
b. had umur pelantikan:
i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 58 tahun; atau
iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 60 tahun.
Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan korporat,
perhubungan awam, aduan awam, pengurusan kewangan, perolehan bekalan,
pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat dan
pengurusan majlis rasmi.
2. PENOLONG AKAUNTAN GRED W29 (TETAP)
Kumpulan: Pelaksana
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,498.00 RM5,678.00 RM 145.00
Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c.
i. Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau
ii. Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau
iii. Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau
perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,776.08) iv. Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of
United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM2001.68).
Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan dan
Pembantu Tadbir (Kewangan) adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong
Akauntan Gred W29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan
dalam perkhidmatan dan:
a.
i. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
b. (b) had umur pelantikan:
. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
i. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 58 tahun; atau
ii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 60 tahun.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan
akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil,
penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan
tahunan.
3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
(CONTRACT FOR SERVICE)
Kumpulan: Pelaksana
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,353.00 RM4,005.00 RM100.00
Syarat Lantikan:
i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau
Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,353.00); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan
(Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,409.40); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi
(Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,465.80); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).
ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan
membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:
1. Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
2. Mengurus dan mengawal peruntukan.
3. Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
4. Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
5. Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan
pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman
kenderaan.
4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
(CONTRACT FOR SERVICE)
Kumpulan: Pelaksana
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,352.00 RM4,003.00 RM100.00
Syarat Lantikan:
i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan:
i. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu
Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan
Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19,
tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan:
a. mempunyai kelayakan di perenggan i(c) di atas; atau
b. lulus Peperiksaan Khas; dan
c. had umur pelantikan:
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang
umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang
umur persaraan paksa 58 tahun; atau
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang
umur persaraan paksa 60 tahun.
Deskripsi Tugas:
Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas
Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan
fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.
5. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19
(CONTRACT FOR SERVICE)
Kumpulan: Pelaksana
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,360.00 RM4,052.00 RM100.00
Syarat Lantikan:
i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat
Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan
dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik
dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu
denganmemuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).
dan
d. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa
bersepatu;
berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan
84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan
yang berdaftar.
ii. Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(c)(i), 1(c)(iii) atau 1(c)(iv) hendaklah
memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Membantu membuat operasi penguat kuasaan, penyediaan statistik penguat
kuasaan, menyediakan rekod operasi dan pendakwaan, terlibat dengan saksi kes-
kes pendakwaan dan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa
ke semasa.
6. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19 (CONTRACT FOR SERVICE)
Kumpulan: Pelaksana
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,377.00 RM4,052.00 RM100.00
Syarat Lantikan:
i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,377.00); atau Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,435.12); atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,493.24).
ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan
sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan
kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan
operasi sistem dalam sesebuah organisasi.
7. PEMBANTU OPERASI GRED N11 (TETAP)
Kumpulan: Pelaksana
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,216.00 RM2,983.00 RM80.00
Syarat Lantikan:
i. warganegara Malaysia;
ii. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
a. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau
b. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu
Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
[kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).
iii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan
Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat
seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran
surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan. Memandu dan
menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang
memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat.
8. PEMANDU KENDERAAN GRED H11 (CONTRACT FOR SERVICE)
Kumpulan: Pelaksana
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,218.00 RM2,939.00 RM80.00
Syarat Lantikan:
i. warganegara Malaysia;
ii. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
a. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
b. lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
dan
c. berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan
berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
Lesen D RM 1,264.15
Lesen E/E1/E2 RM 1,310.30
Lesen F/H RM 1,356.45
Lesen G/I RM 1,402.60
iii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan
Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang
memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga
kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan
bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi
oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda,
bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.