1 1. PENGENALAN 1.1 Pengenalan Mengenai Agensi Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang Darul Makmur yang diketuai oleh Pegarah JBA Pahang mula beroperasi pada 1 Januari 1993 setelah berpecah daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang di bawah peruntukan Enakmen Bekalan Air Negeri Pahang 1982 serta merupakan agensi Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur. Struktur bahagian yang beroperasi adalah seperti berikut :- i. Pengeluaran ii. Agihan iii. Pembangunan iv. Kewangan & Kewangan v. Pengurusan Hasil vi. Pentadbiran & Sumber Manusia vii. Khidmat Perlanggan viii. Korporat ix. Mekanikal x. Elektrikal xi. Kontrak & Ukur Bahan Jabatan ini adalah merupakan Organisasi Membekal Air Bersih dalam memenuhi kepuasan pelanggan dari segi membekal air bersih kepada pengguna. Mengutip hasil bekalan air dan penguatkuasaan bagi kerajaan Negeri termasuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan. “Air Penjana Pembangunan ” merupakan tema yang menyeluruh di mana air adalah sumber untuk pembangunan insan dan industri bagi Negeri Pahang Darul Makmur. Inovasi ini dihasilkan oleh Bahagian Agihan yang berfungsi mengawasi dan menjalankan Aktiviti Penyelanggaraan, Operasi Sistem Agihan termasuk Kawalan Air tidak berhasil (NRW) . Dalam proses membekal air yang konsisten dari segi kuantiti dan kualiti serta aktiviti proses kerja penyelenggaraan sistem agihan yang efisyen bagi memenuhi kepuasan pelanggan.
34
Embed
1. PENGENALAN - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/259-titis-adp-turdimet.pdf · Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Pahang tahun 2011 di ketuai oleh ... Proses kerja
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
1. PENGENALAN
1.1 Pengenalan Mengenai Agensi
Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang Darul Makmur yang diketuai oleh
Pegarah JBA Pahang mula beroperasi pada 1 Januari 1993 setelah
berpecah daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang di bawah
peruntukan Enakmen Bekalan Air Negeri Pahang 1982 serta merupakan
agensi Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.
Struktur bahagian yang beroperasi adalah seperti berikut :-
i. Pengeluaran
ii. Agihan
iii. Pembangunan
iv. Kewangan & Kewangan
v. Pengurusan Hasil
vi. Pentadbiran & Sumber Manusia
vii. Khidmat Perlanggan
viii. Korporat
ix. Mekanikal
x. Elektrikal
xi. Kontrak & Ukur Bahan
Jabatan ini adalah merupakan Organisasi Membekal Air Bersih dalam
memenuhi kepuasan pelanggan dari segi membekal air bersih kepada
pengguna. Mengutip hasil bekalan air dan penguatkuasaan bagi
kerajaan Negeri termasuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan.
“Air Penjana Pembangunan ” merupakan tema yang menyeluruh
di mana air adalah sumber untuk pembangunan insan dan industri bagi
Negeri Pahang Darul Makmur.
Inovasi ini dihasilkan oleh Bahagian Agihan yang berfungsi mengawasi
dan menjalankan Aktiviti Penyelanggaraan, Operasi Sistem Agihan
termasuk Kawalan Air tidak berhasil (NRW) . Dalam proses membekal air
yang konsisten dari segi kuantiti dan kualiti serta aktiviti proses kerja
penyelenggaraan sistem agihan yang efisyen bagi memenuhi kepuasan
pelanggan.
2
Kumpulan Inovasi Dan Kreatif ditubuhkan pada 12 Julai 2008 dianggotai
7 orang ahli kumpulan TITIS 08, terdiri daripada kakitangan sokongan
bertugas di beberapa bahagian di JBA Daerah Kuantan, Pahang Darul
Makmur.
Dari kesanambungan aktiviti projek tersebut 4 orang ahli kumpulan TITIS 08
telah dipilih untuk mewakili Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang ke
Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Pahang tahun 2011 di ketuai oleh
Encik Ahmad Azam bin Mohamed Juruteknik J22 Bahagian Agihan Ibu
Pejabat JBA Negeri Pahang.
Ahli – ahli kumpulan dipilih seperti berikut :-
i. Ahmad Azam bin Mohamed - Bahagian Agihan IPJBA Pahang
ii. Rahimi bin Ramli - Bahagian Pengeluaran JBA Ktn
iii. Md. Rasidi bin Ibrahin - Bahagian Agihan JBA Ktn
iv. Mohamed Faidzi bin Mohd Sitah - Bahagian Pengurusan Hasil
JBA Ktn
v. Kamaruddin bin Sudin - Bahagian Pengurusan Hasil JBA Ktn
Kumpulan ini berperanan sebagai satu Pasukan Kerja yang terdapat di
dalam Struktur Pengurusan Kualiti dan berfungsi untuk membuat kajian
terperinci dengan menggunakan teknik-teknik dan alat penyelesaian
masalah / penambaikan secara bersistematik berkualiti, semasa
menjalankan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah yang dihadapi.
Logo Kumpulan TITIS 08
Motto Kumpulan : GERAK KERJA BERINOVATIF DAN KREATIF
3
Etika Kumpulan:
i. Kebolehan serta bijak menyelesai masalah dalam kumpulan.
ii. Mempunyai daya pemikiran kreatif dan inovatif.
iii. Semangat dedikasi bekerja secara berkumpulan.
iv. Amanah serta jujur dan intergeriti dalam melaksanakan
tugas.
v. Menepati, menghargai masa dan janji.
vi. Berdisiplin dan berhemah tinggi
vii. Kos kerja yang seminima mungkin
Objektif Dan Matlamat Kumpulan:
i. Memberi komitmen dan pandangan yang jujur ke arah
kebaikan
ii. Meningkatkan daya pemikiran kreatif dan inovatif
iii. Meningkatkan ilmu pengetahuan dan pembelajaran baru
kepada kumpulan.
iv. Berpadu tenaga di dalam meningkatkan kecemerlangan
produktiviti Jabatan.
v. Meningkatkan nilai dan mutu kerja bagi menepati Piagam
Pelanggan.
vi. Kesedaran tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan,
jabatan pejabat dan Negara.
vii. Meningkatkan kecemerlangan dan keupayaan kumpulan
yang berdaya saing.
4
Carta Ahli Kumpulan TITIS 08
AHMAD AZAM MOHAMED
JURUTEKNIK AGIHAN
IBU PEJABAT JBA PAHANG
RAHIMI RAMLI
JURUTEKNIK
PENGELUARAN
JBA KUANTAN
MOHD FAUDZI MOHD SITAH
KETUA PEMBACA METER
BHG PENGURUSAN HASIL
JBA KUANTAN
KAMARUDIN SUDIN
TUKANG K 3 (UPK)
BHG PENGURUSAN HASIL
JBA KUANTAN
MD. RASIDI IBRAHIM
TUKANG K 3
BHG AGIHAN
JBA KUANTAN
5
Dari proses pemilihan masalah yang telah dibuat menggunakan Carta
Analisa Faedah didapati masalah yang paling kritikal ialah Kelewatan
pengisian dan pengiraan air ke dalam tangki air lori tangki semasa
bekalan air terputus untuk diselesaikan oleh kumpulan. Hasil dari kajian
yang telah dijalankan ke atas masalah paling kritikal maka lahirlah
cadangan penyelesaian menggunapakai Inovasi TITIS ADP TERDIMET bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Inovasi ini juga perlu direalisasikan kerana ianya berkaitan dengan :-
i. Piagam Pelanggan Jabatan dari segi :
i. Pelanggan akan diberi layanan yang mesra dan saksama
ii. Notis kepada catuan atau pun gangguan berjadual akan
dimaklumkan 3 hari sebelum
iii. Kerosakan paip (yang menyebabkan gangguan bekalan)
yang bersaiz dari 200mm akan dibaiki dalam tempoh 1 hari
manakala yang bersaiz melebihi 200mm dibaiki dalam
masa 24 jam.
( Piagam Pelanggan Jabatan seperti di lampiran A )
ii. Misi
i. Mengurus sistem bekalan air dengan menggunakan
amalan-amalan terbaik
ii. Menjadikan NRW (Penurunan) sebagai pengukur
kecekapan operasi
( Misi Jabatan seperti di lampiran B )
iii. Visi
MENJADI PENYEDIA PERKHIDMATAN
BEKALAN AIR BERTARAF DUNIA
( Visi Jabatan seperti di lampiran C )
6
iv. Manual Prosedur Kerja :
Proses kerja : Aktiviti proses pengisian air ke dalam tangki air lori tangki
dari segi :
i. Tukang Kadar - Mengawal aliran /tekanan air
melalui sluice valve.
- Aktiviti kerja penyelenggaraan.
pembaikan ke atas komponen peralatan
penyaluran bekalan air .
ii. Pembaca Meter - Menjalankan proses kerja pengiraan
bekalan air.
- Mengukur paras air dalam tangki.
- Mengukur luas tangki.
Mengira isipadu air dalam tangki.
( Manual Prosedur Kerja seperti dilampiran D1,D2 )
iii. Garis Panduan Pengauditan Air Tidak Berhasil (NRW) Jabatan Audit
Negara Malaysia Bab B Air Tidak Berhasil ( Non-Revenue Water).
B4.2.2 Penggunaan Yang Tidak Dibilkan.
Terdapat dua (2) komponen penggunaan yang tidak dapat
dibilkan.
B4.2.2.2 Penggunaan Tanpa Meter Yang Tidak Dibilkan
Kategori ini lazimnya untuk penggunaan pili bomba bagi tujuan
latihan dan memadam kebakaran termasuk kerja flushing iaitu
pembersihan sesalur secara berkala dan pembersihan selepas
pembaikan paip pecah. Kuantiti air yang digunakan bergantung
kepada aliran alir dan tempoh masa penggunaan. Kuantiti
penggunaan air ini diukur menggunakan formula yang ditetapkan
tetapi tidak dikenakan caj.
( Pekara B42.2 seperti dilampiran E)
7
1.2 Pengenalan Mengenai Inovasi
1.2.1 Penerangan Projek Inovasi Yang Dihasilkan
Ianya adalah berdasarkan setelah penemuan lima sebab utama yang
kritikal kepada masalah Kelewatan pengisian dan pengiraan air di dalam
tangki air lori tangki yang telah dianalisa menggunapakai Analisa Sebab
Akibat berasaskan rerifikasi sebab-sebab dan Konsep Pareto 80 : 20.
Rajah Isihawa III (Rajah Sebab Akibat)
Sebab-sebab yang telah ditentukan iaitu :
i. Adaptor bocor - Faktor alat / mesin
ii. Seal rosak (pelapit getah) - Faktor alat / mesin
iii. Ukuran muatan - Faktor manuasia
iv. Kawal sluice valve - Faktor manusia
v. Tangki berbeza - Faktor persekitaran
Hasil dari sesi percambahan fikiran ( brainstorming ) yang telah dijalankan
oleh ahli-ahli kumpulan bagi mendapatkan cadangan penyelesaian
terbaik keatas lima sebab utama yang kritikal kepada masalah
berpandukan lembaran semakan, anggaran kos dan masa, rajah pokok
matrik dan rajah perhubungan/ relation diagram didapati Inovasi TITIS
ADP TURDIMET adalah merupakan cadangan penyelesian terbaik dan
amat praktikal untuk digunapakai.
ALAT/MESIN MANUSIA
PERSEKITARAN
Kelewatan
pengisian
dan pengiraan
air didalam
tangki air
lori tangki
Seal rosak
Adaptor
bocor
Ukur
muatan
Tangki
berbeza
Kawal
sluice
valve
8
1.2.2 Ciri-ciri Projek Inovasi
Inovasi TITIS ADP TURDIMET adalah merupakan rekabentuk peralatan
terdiri daripada gabungan beberapa komponen peralatan (alat ganti ),
ada dipasaran tempatan dan selalu digunapakai oleh jabatan.
Komponen peralatan ditempah khas di bengkel tempatan yang mana
ianya boleh digunapakai/dikendalikan dengan senang, mudah dan
efisyen oleh pekerja tidak mahir.
Komponen peralatan siap dikimpal serta dipasang
KOMPONEN-KOMPONEN PERALATAN
Komponen peralatan
ganti ada
dipasaran
Komponen peralatan
ganti ada
dipasaran
TITIS ADP TURDIMET
Komponen peralatan
ditempah khas
di bengkel kejuruteraan
tempatan
Komponen peralatan
ditempah khas
di bengkel kejuruteraan
tempatan
Komponen peralatan
dibeli dipasaran
Komponen peralatan ditempah
khas dibengkel kejuruteraan
tempatan
9
1.2.3 Objektif Projek Inovasi
Berdasarkan kepada % anggaran pengurangan dari jumlah purata masa
sebab-sebab utama yang kritikal kepada masalah yang boleh
dikurangkan oleh ahli kumpulan.
Jadual Anggaran Pengurangan Jumlah Purata Masa Sebab-Sebab
Utama Yang Kritikal.
Sebab-Sebab
Jumlah Purata
Masa
(minit)
% anggaran
Penguran
gan Ahli
Kumpulan
Jumlah
Pengurang
an
(Minit)
1. Tangki berbeza 7.87 20% 1.57
2. Seal rosak 7.73 100% 7.73
3. Kawal sluice valve 7.50 50% 3.75
4. Ukur muatan 7.33 20% 3.67
5. Adaptor bocor 1.20 100% 1.20
Jumlah 31.63 17.92
Dari jadual anggaran pengurangan jumlah purata masa sebab-sebab
utama yang kritikal. Kumpulan telah menetapkan sasaran dan objektif
projek adalah berdasarkan jumlah purata masa yang boleh dikurangkan
untuk menyelesaikan Kelewatan pengisian dan pengiraan air didalam
tangki air lori tangki.
“UNTUK MEMPERCEPATKAN PENGISIAN DAN
PENGIRAAN AIR DIDALAM TANGKI AIR LORI TANGKI
DARI 31.63 MINIT KEPADA 17.92 MINIT”
10
1.2.4 Tempoh Perlaksanaan Inovasi
Bermula dari cadangan penyelesaian sehinggalah berakhir kepada
ujicuba kedua selama 7½ bulan iaitu :
Minggu kedua Ogos 2008 hingga akhir Mac 2009
1.2.5 Lokasi Perlaksanaan Inovasi Dan Maklumat-maklumat Lain Yang
Berkaitan.
Ibu Pejabat Ibu Pejabat,
` Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang
Bandar Indera Mahkota
25582 KUANTAN.
Kumpulan / Jabatan Perlaksanaan Inovasi.
Kumpulan TITIS 08,
Pejabat Jurutera Daerah,
Jabatan Bekalan Air Kuantan,
KM. 2, Jalan Sungai Lembing,
25200 KUANTAN.
Tapak Ujicuba Perlaksanaan Inovasi
Taman Bandar Indera Mahkota,
Kuantan
11
2. SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN
2.1 Perbandingan Mengenai Kaedah/Sistem Yang Digunakan
Ciri-ciri
Sebelum Inovasi
Ciri-ciri
Selepas Inivasi
1. Adaptor selalu
bocor dan
pembaikan segera
perlu dilakukan.
1. Female thread
adaptor c/w
handle tidak bocor
dan pembaikan
segera tiada.
2. Perlu mengukur
tangki air lori tangki
bagi penentuan
pengiraan isipadu
bekalan air yang
dibekalkan.
2. Tidak perlu
mengukur tangki
air lori tangki dan
semua penentuan
pengiraan bekalan
air melalui meter.
3. Pengawalan
aliran air sukar
dikawal melalui
sluice valve pili
bomba sediada.
3. Pengawalan
aliran air mudah
dengan
menggunakan
Landing valve.
4. Kekerapan
berlakunya
limpahan
pembaziran air
semasa pengisian
air kedalam tangki
air lori tangki.
4. Tiada lagi
berlaku limpahan
pembaziran air
semasa pengisian
air ke dalam tangki
air lori tangki.
5. Data-data maklumat pengiraan
bekalan air pada borang
berasaskan pengiraan formula
isipadu.
( seperti dilampiran F. )
5. Data-data maklumat pengiraan
bekalan air pada borang
berasaskan pengiraan bacaan
meter.
( seperti dilampiran G. )
12
Masalah-masalah Yang Dihadapi
1. Adaptor pili bomba yang digunapakai
untuk menyalurkan air dari pili bomba ke
dalam tangki air lori tangki sering bocor
dan rosak.
2. Aktiviti proses mengenalpasti kerosakan
adaptor semasa membuka sluice valve
menyebabkan pekerja basah dan tidak
selesa untuk meneruskan tugas.
3. Kerja penyelenggaraan pembaikan
segera perlu dilakukan ke atas kerosakan
komponen peralatan yang digunapakai.
4. Rekabentuk tangki air lori tangki berbeza,
terdapat bentuk bujur (eliptical) dan
bulatan (silinder). Ukuran paksi tinggi, paksi
lebar dan panjang berbeza,
menyebabkan kelewatan pengiraan
bekalan air (M3) di dalam tangki air lori
tangki.
5. Tiga orang Tukang Kadar/Pekerja Awam
diperlukan untuk untuk mengukur saiz
tangki air lori tangki iaitu ukuran paksi
tinggi, paksi lebar, panjang dan paras air
dalam tangki air bagi setiap lori tangki air.
13
2.3 Carta Aliran Kerja Sebelum dan Selepas Inovasi Dihasilkan dan
Makluamat-maklumat Lain Yang Berkaitan
( seperti dilampiran H. )
3. KRITERIA PENILAIAN
Idea
Cetusan idea rekacipta inovasi ini adalah dari ahli kumpulan TITIS 08 yang
berpengalaman dan mahir dalam tugas harian yang berkaitan dengan
inovasi yang dihasilkan di jabatan.
3.1 Kreativiti
Dalam merialisasikan projek inovasi merekacipta rekabentuk TITIS ADP
TURDIMET konsep asas rekabentuk dicadangkan oleh ahli kumpulan iaitu :
3.1.1 Kaedah Penggunaan Bulk Meter.
i. Ianya ada dijual dipasaran tempatan dalam
berbagai saiz dan jenama
ii. Bulk meter mudah dibaca dengan tepat
iii. Kos penyelenggaraan pembaikan kurang /
rendah
Kumpulan mencadangkan penggunaan bulk meter yang dipraktikkan
di kawasan permis taman perumahan atau kompleks bangunan dan
premis Industri mengikut spesifikasi jabatan sediada dalam proses kerja
penentuan atau pengiraan melalui bacaan pada bulk meter.
Spesifikasi jabatan sediada perlu dipatuhi ?
a. Pemaju Taman Perumahan atau Kompleks Bangunan
Jumlah kuantiti bekalan air keseluruhan yang hendak
dibekalkan.
Jumlah tempoh masa penggunaan bekalan air yang
diperlukan.
b. Jurutera Perunding ( Consultant )
14
Pemeriksaan data penentuan bagi saiz Bulk Meter berasaskan
data jumlah kuantiti dan tempoh masa bekalan air dari
pemaju.
c. Syarikat Pembekal Bulk Meter
Membuat penentuan saiz bulk meter berasaskan daripada
laporan pemeriksaan penentuan dan pengesahan yang
disediakan oleh Jurutera Perunding ( Consultant ).
d. Jabatan Bekalan Air.
Melakukan pemeriksaan dan pemantauan pemasangan bulk
meter di tapak kerja.
3.1.2 Kaedah Sambungan Bebenang ( Threads system joint )
i. Pemasangannya adalah mudah dan
senang.
ii. Tidak mudah bocor semasa
penggunaan dan kerja
penyelenggaraan tiada.
iii. Kos penyelenggaraan pembaikan
kurang / rendah.
Cadangan kedua adalah merupakan kaedah pemasangan meter air
(volumetric cold water meter) di permis perumahan atau kompleks
bangunan yang mana komponen peralatan (end fitting) pada stand
meter.
3.1.3 Rasionalnya penggunaan konsep asas rekabentuk yang
dicadangkan ?
i. 50mm.dia nipple pili bomba sediada juga
menggunakan kaedah sambungan
bebenang (thread system joint).
15
ii. Peralatan penyambungan adaptor yang
menggunakan kaedah sambungan
bebenang (thread system joint) boleh
dibuat dipasaran tempatan.
iii. Muatan bekalan air (M3) secara manual
melalui bacaan bulk meter adalah mudah
dan tepat serta efektif.
Hasil Inovasi ( Output )
Kualiti peralatan yang direkabentuk akan melalui proses ujicuba dan
penambahbaikan semasa percubaan supaya terus digunapakai tanpa
perlu diubahsuai oleh agensi lain dalam menjalankan aktiviti
perkhidmatan berasaskan sumber bekalan air.
3.2 Tahap Perlaksanaan
3.2.1 Langkah-langkah membuat komponen peralatan Inovasi TITIS
ADP TURDIMET
i. Sediakan pelan rekabentuk peralatan penyambung
(adaptor) dan sistem pemasangan peralatan ( No. Pelan
10/TITIS/08/01/JBA/PHG )
ii. Dalam penentuan kesesuaian saiz bulk-meter untuk
digunapakai berdasarkan khidmat nasihat oleh ahli
kumpulan TITIS 08. Perbincangan dengan Jurutera Operasi
JBA Daerah Kuantan dan Bahagian Pembekalan Stor JBA
untuk memilih bulk meter yang sesuai untuk digunapakai
iaitu GKM Helix Woltmann cold water meters 50mm.
(Ringkasan Data Kajiselidik seperti di lampiran I dan Brouser GKM Helix
Woltmann cold water meters di lampiran J 1,2,3,4 & 5 )