Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 1 i) LATAR BELAKANG MPAG Majlis Daerah Alor Gajah telah disusun semula mengikut Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) mulai daripada 1 Julai 1978 dan telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah pada 1 Mei, 2003. Dengan penyusunan semula ini, kawasan operasi Majlis Perbandaran Alor Gajah meliputi seluruh kawasan daerah Alor Gajah seluas 673.4 km persegi. Mengikut Data Asas Melaka 2014 anggaran penduduk dalam kawasan Majlis berjumlah 173,407 orang yang juga merupakan pelanggan kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah. Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Alor Gajah bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan perbandaran serta membangunkan kemudahan infrastruktur dan sosial bagi penduduk Alor Gajah dengan memaksimumkan segala usaha untuk membangunkan daerah bagi mencapai kemajuan dan kemakmuran. 1. PENGENALAN
28
Embed
1. PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1389-sistem-permohonan... · Memproses dan membuat keputusan pelan bangunan ... Jabatan ini bertanggungjawab
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 1
i) LATAR BELAKANG MPAG
Majlis Daerah Alor Gajah telah disusun semula mengikut Akta Kerajaan
Tempatan, 1976 (Akta 171) mulai daripada 1 Julai 1978 dan telah dinaiktaraf
kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah pada 1 Mei, 2003.
Dengan penyusunan semula ini, kawasan operasi Majlis Perbandaran Alor Gajah
meliputi seluruh kawasan daerah Alor Gajah seluas 673.4 km persegi. Mengikut
Data Asas Melaka 2014 anggaran penduduk dalam kawasan Majlis berjumlah
173,407 orang yang juga merupakan pelanggan kepada Majlis Perbandaran Alor
Gajah.
Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Alor Gajah
bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan perbandaran serta
membangunkan kemudahan infrastruktur dan sosial bagi penduduk Alor Gajah
dengan memaksimumkan segala usaha untuk membangunkan daerah bagi
mencapai kemajuan dan kemakmuran.
1. PENGENALAN
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 2
1. VISI, MISI DAN OBJEKTIF
Bagi memastikan Majlis Perbandaran Alor Gajah memberi perkhidmatan
perbandaran yang terbaik kepada warganya dan membangun selaras
dengan pengisytiharan Melaka sebagai Negeri Maju, Majlis Perbandaran
Alor Gajah telah menetapkan visi, misi dan objektif seperti berikut:-
“Meningkatkan Tahap Kemampanan Kualiti Hidup Melalui
Perkhidmatan Dan Pengurusan Perbandaran Yang Inovatif Dan
Responsif”
c) Objektif Strategik
i) Memperkasakan tadbir urus bagi mempertingkatkan
kecemerlangan organisasi.
ii) Memperkukuhkan kapasiti dan keupayaan organisasi bagi
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan.
iii) Memantapkan pengurusan perbandaran bagi meningkatkan
kualiti hidup masyarakat.
iv) Memantapkan kolaborasi strategik bagi mempertingkatkan
kualiti perkhidmatan.
d) Slogan”ALOR GAJAH DINAMIK-PROGRESIF-HOLISTIK”
2. PERJAWATAN
MPAG mempunyai seramai 337 pegawai dan kakitangan yang
terbahagi kepada empat (4) unit dan dua belas (12) jabatan seperti
di Rajah 1.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 3
Rajah 1- CARTA ORGANISASI MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 4
3. PIAGAM PELANGGANBagi memperkasakan lagi sistem penyampaian perkhidmatan,
piagam pelanggan Majlis Perbandaran Alor Gajah telah dibentuk
berteraskan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggannya
seperti di Rajah 2.
Rajah 2 - PIAGAM PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Bil Piagam Pelanggan Tempoh
1. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan tambahan danubah suai rumah teres
14 hari
2. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan tambahankediaman dan bukan kediaman
14 hari
3. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan bangunansesebuah
14 hari
4. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan bangunanperumahan / bangunan selain kediaman melalui Mesyuarat JawatankuasaSetempat (OSC)
37 hari
5. Memproses dan membuat keputusan pelan bangunan industri / bengkel 37 hari
6. Memproses dan membuat keputusan permohonan Permit SementaraBangunan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)
14 hari
7. Memberi ulasan permohonan perancangan pembangunan sepertipermohonan tanah kerajaan, permohonan rumah sesebuah, pecahsempadan dan pecah bahagian
14 hari
8. Memproses dan membuat ulasan permohonan Kebenaran Merancang diperingkat J/K Pusat Setempat
14 hari
9. Memproses dan memberi ulasan permohonan Kebenaran Merancang dibawah subseksyen 124A dan 204D, Kanun Tanah Negara melaluiMesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC)
57 hari
10. Memberi perkhidmatan pengeluaran bil cukai taksiran 2 kali setahun(15 Jan &15 Julai
setiap tahun)11. Memproses permohonan pindah milik pegangan berkadar 14 hari
12. Pengeluaran surat tawaran sewa selepas keputusan temuduga gerai 30 hari
13. Memproses dan membuat keputusan permohonan lesen premisperniagaan
14 hari
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 5
Bil Piagam Pelanggan Tempoh
14. Memproses dan membuat keputusan permohonan lesen premisperniagaan tidak berisiko
15 minit
15. Memproses dan membuat keputusan permohonan kelulusan pelankejuruteraan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)
57 hari
16. Memproses dan membuat keputusan permohonan kelulusan pelanlandskap melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)
57 hari
17. Memproses bayaran 10 hari
18. Memberi maklumbalas aduan awam 7 hari
19. Pemotongan rumput dibawah seliaan MPAG 2 kali sebulan
Piagam Pelanggan dipamerkan di Lobi MPAG
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 6
4. PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi
Maklumat dan dianggotai seramai lapan (8) orang kakitangan yang
terbahagi kepada dua (2) bahagian:-
Bahagian Sistem Aplikasi dan Multimedia
Bahagian Rangkaian dan Keselamatan ICT
Jabatan ini bertanggungjawab untuk merancang Pelan Strategik
Pembangunan ICT MPAG dan daerah Alor Gajah bagi setiap tempoh
lima (5) tahun, membangun dan menyelenggara sistem-sistem
berkomputer dan rangkaian bagi keseluruhan MPAG supaya sentiasa
boleh digunakan.
Pembangunan sistem-sistem berkomputer dilaksanakan secara
berperingkat mengikut keperluan dan peredaran semasa serta
digalakkan dibangunkan secara dalaman. Selain itu, Jabatan Teknologi
Maklumat juga menyediakan perkhidmatan infrastruktur teknologi
maklumat yang sesuai, mencukupi dan terkini bagi menyokong operasi-
operasi di peringkat pengurusan MPAG.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 7
ii) PENGENALAN MENGENAI INOVASIInovasi yang dihasilkan adalah Sistem Permohonan Papan Iklan Online (e-Iklan).
Sistem ini dibangunkan pada November 2014 dan akan digunakan oleh Jabatan
Pelesenan bagi permohonan kelulusan papan iklan.
Tarikh Mula Dilaksanakan:-Sistem ini digunakan sepenuhnya mulai 1 Mac 2015.
Objektif Dilaksanakan:-Objektif pembangunan sistem ini adalah untuk memudahkan proses
permohonan papan iklan yang sebelum ini dibuat secara manual menggunakan
borang. Dengan ini ia akan dapat menjimatkan masa oleh permohon kerana
tidak perlu datang ke MPAG berulang kali. Selain itu, permohonan juga boleh
dilakukan dimana sahaja yang mempunyai rangkaian internet.
Ciri-ciri Inovasi:-Sistem Permohonan Papan Iklan Online (e-Iklan) membantu MPAG membuat
kawalan dan pemantauan terhadap papan-papan iklan yang dimohon
mempunyai kelulusan serta mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Sistem e-
Iklan juga dapat memudahkan perniaga untuk mempromosikan produk mereka
dengan hanya membuat permohonan secara atas talian berbanding sebelum ini
perniaga perlu mengisi borang di kaunter MPAG.
Kelebihan dan keistimewaan Sistem e-Iklan adalah seperti berikut:-
Sistem ini dibangunkan sepenuhnya secara inhouse
Maklumat peribadi pemohon yang diisi sekali sahaja bagi tujuan
permohonan kelulusan iklan pada masa akan datang.
Borang permohonan atas talian.
Senarai semak permohonan.
Sistem akan menjana pelbagai laporan untuk kegunaan pemantauan.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 8
Permohonan lesen iklan dilaksanakan oleh Jabatan Pelesenan dimana pemohon perlu
membuat permohonan di MPAG dengan mengisi borang secara manual di Kaunter
Pelesenan. Disamping itu juga, Jabatan Pelesenan sentiasa berhadapan dengan
permasalahan dalam melaksanakan lesen iklan secara manual.
Antara permasalahan yang dihadapi sebelum sistem ini digunakan adalah:-
1. Papan iklan dipaparkan melebihi tempoh yang dibenarkan.
2. Papan iklan yang tiada kelulusan dari pihak MPAG.
3. Pemantauan yang tidak sistematik.
4. Pertindihan papan iklan dilokasi yang sama.
Kelebihan di dalam Sistem e-Iklan
Maklumat kekosongan tanpa pergi ke lokasi.
Maklumat papan iklan yang tempoh tamat kurang dari 7 hari.
Hanya perlu mengisi sekali sahaja maklumat permohon.
Dilengkapi dengan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar kepada
pemohon selepas mendapat kelulusan.
Menu penambahan lokasi bagi kerangka.
Penetapan Kadar bayaran.
2. SEBELUM DAN SELEPAS
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 9
3.1 KREATIVITI
Sistem ini dibangunkan sepenuhnya secara in-house di mana ia adalah hasil
kreativiti dan usahasama anggota Jabatan Pelesenan dan Teknologi Maklumat
serta dibangunkan berdasarkan proses permohonan iklan secara manual yang
dilakukan sebelum ini.
Banyak kemudahan yang terdapat di dalam Sistem e-Iklan yang dapat
membantu Jabatan Pelesenan bagi membuat proses permohonan papan iklan.
Dengan adanya sistem ini, proses permohonan akan lebih tersusun dan
sistematik supaya kelulusan akan dapat dikeluarkan dalam tempoh masa yang
singkat. Selain itu, pelaporan juga dapat dikeluarkan secara automatik dan
menjimatkan masa berbanding sebelum ini secara manual.
Antaramuka Grafik dan kelebihan yang terdapat dalam Sistem e-Iklan ialah :-
Mempunyai ciri-ciri keselamatan dengan mempunyai log masuk dan log
keluar
3. KRITERIA PENILAIAN
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 10
Senarai Menu yang user-friendly.
Paparan Kerangka
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 11
Borang Butiran Pengguna
Paparan Permohonan Papan Iklan
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 12
Semakan pemohonan
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 13
Paparan penambahan bandar, pekan dan lokasi
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 14
Paparan kemaskini ukuran
Paparan kemaskini kadar
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 15
Paparan kerangka yang telah disewa
Paparan kerangka yang telah disewa tempoh tamat kurang 7 hari
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 16
Paparan laporan kelulusan permohonan
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 17
3.2 TAHAP PELAKSANAAN
Sistem e-Iklan ini mula dibangunkan pada November 2014 dan akan digunakan
sepenuhnya pada Mac 2015.
.
3.3 REPLICABILITY
Sistem e-Iklan boleh terus dilaksanakan dan berpotensi untuk diperluaskan
kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan kerana berfungsi untuk memantau
papan iklan yang di mohon supaya sentiasa mematuhi tempoh masa yang
ditetapkan serta mendapat kelulusan adalah sama di mana-mana Pihak
Berkuasa Tempatan.
Sistem e-Iklan adalah satu aplikasi web yang boleh beroperasi dengan baik
menggunakan Google Chrome dan Mozilla Firefox dan boleh diakses secara
intranet dan online. Perisian Sumber terbuka yang digunakan bagi pembangunan
Sistem e-Iklan adalah :-
Bahasa Pengaturcaraan : Hypertext Preprocessor (PHP)
Pangkalan data : Ms SQL Server 2008
PhpMyAdmin digunakan bagi menguruskan pangkalan dataMySQL
Pengubahsuaian boleh dibuat sendiri oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang
mempunyai pengetahuan dalam pembangunan sistem aplikasi dan tidak
melibatkan kos.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 18
3.4 EFISIEN (KECEKAPAN)
a) PENJIMATAN MASA
Inovasi ini telah menjimatkan masa bagi penyediaan laporan kelulusan
bagi setiap permohonan.
Anggaran masa bagi menyediakan laporan kelulusan permohonan secara
manual ialah 20minit.
Anggaran masa bagi menyediakan laporan kelulusan permohonan Melalui
sistem e-iklan ialah 1minit.
Jumlah penjimatan masa = 20 minit - 1 minit= 19 minit (untuk 1 permohonan)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 19
b) PENJIMATAN KOS
Dengan pelaksanaan inovasi ini Majlis telah dapat menjimatkan kos
dari segi pembelian sistem aplikasi.
Penjimatan Pembelian Sistem Aplikasi:-
Anggaran Sistem e-Iklan = RM 30,000.00
Emolumen bagi 1 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
= 96 (Hari Bekerja) x 8 (Jam Bekerja)
= 768 Jam
= RM 11.51 (1 Jam) x 384 (tempoh pembangunan
e-Iklan)
= RM 8,839.68
Jumlah Penjimatan Pembelian Sistem Aplikasi = RM 21,160.32
Disamping memberi penjimatan kepada Majlis, sistem ini juga memberi
penjimatan kepada kos permohonan pemohon. Pemohon tidak perlu
berulang alik ke pejabat dan tidak perlu ke lapangan untuk mencari lokasi
yang bersesuaian untuk pemasangan iklan.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 20
c) TINGKATKAN PRODUKTIVITI
Dibangunkan secara dalaman menggunakan perisian PHP dan pangkalan
data MySQL di mana ia boleh dimuat turun secara percuma tanpa
melibatkan kos perisian.
Pengiraan bagi jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh pemohon secara
automatik.
Pengesahan bagi kelulusan akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas
(SMS) kepada pemohon.
Surat kelulusan akan dikeluarkan secara automatik.
Tiada penindihan permohonan pada lokasi yang sama
Mengalakkan lagi peniaga membuat permohonan kerana boleh membuat
permohonan dimana sahaja.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 21
d) MUDAH DIGUNAKAN (USER-FRIENDLY)
Sistem e-Iklan adalah satu aplikasi web yang boleh beroperasi dengan baik
menggunakan Google Chrome dan Mozilla Firefox dan ia boleh diakses
secara intranet dan online.
Antaramuka grafik yang mesra pengguna dan mudah digunakan.
Penggunaan menu yang senang difahami oleh pengguna. Selain itu menu
juga disusun dengan kemas dan teratur dengan tujuan pengguna dapat
mnggunakan tanpa bantuan user manual.
Capaian data yang cepat, tepat dan semasa
Paparan dan pengiraan masa adalah cepat dan tepat. Ini dapat
mengurangkan kesalah pengiraan sekiranya dilakukan secara manual.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 22
Capaian data yang cepat, tepat dan semasa
Mendapat maklumat harga dan lokasi kekosongan kerangka tanpa perlu
ke lokasi sebenar. Ini menjimatkan masa pemohon untuk
mendapatkan maklumat.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 23
3.5 SIGNIFIKAN
Pengenalan inovasi ini telah memberi impak dan faedah kepada
organisasi seperti berikut :-
a. Memudahkan pengguna untuk membuat permohonan dan proses
permohonan yang lebih sistematik tanpa melibatkan proses manual oleh
Jabatan Pelesenan.
b. Pemantauan yang konsisten dan berkesan melalui Sistem e-Iklan.
c. Pelaporan lengkap dan disediakan dalam tempoh yang ditetapkan secara
sistematik
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 24
3.6 KOMITMEN
i) Kewangan
Bagi menggalakan pemikiran dan penghasilan produk / perkhidmatan
yang berinovatif bagi pegawai dan kakitangan, pihak Majlis telah
memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM50,000.00 bagi tujuan
melaksanakan program-program berkaitan inovasi.
ii) Pengurusan Sumber Manusia
Pihak Majlis sentiasa memastikan setiap anggota Majlis mempunyai
kemahiran dan pengetahuan yang tinggi bagi memberikan perkhidmatan
yang berkualiti dan berinovasi dalam meningkatkan imej Majlis di mata
masyarakat. Kursus, taklimat dan bengkel berkaitan inovasi yang telah
dihadiri oleh pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Alor Gajah pada tahun
2014 adalah seperti berikut:-
Kursus Pelaksanaan 5S Hijau bersama SIRIM Kursus Juruaudit Dalaman 5S bersama MPC
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 25
Bil. Kursus/Bengkel/Taklimat Tarikh
1. Kursus Pengenalan Pelaksanaan KIK bersama
Majlis Perbandaran Kuantan
10 Mac 2014
2. Bengkel Kajian Semula Pelan Strategik 2010-2015 7-8 Mac 2014
3. Kursus Pelaksanaan 5S Hijau bersama SIRIM 12 Mac 2014
4. Kursus Juruaudit Dalaman 5S bersama MPC 14 Mac 2014
5. Kursus Pemantapan Audit Dalaman Untuk Juruaudit
MS ISO 9001:2008
1 April 2014
6. Bengkel KIK Siri 1 bersama Jabatan Ketua Menteri
Melaka
24-25 April 2015
7. Bengkel KIK Siri 2 bersama Jabatan Ketua Menteri
Melaka
21-22 Mei 2014
8. Konvensyen Team Excellent (ICC) Peringkat
Wilayah Selatan Tahun 2014
11-12 Jun 2014
9. Bengkel KIK Siri 3 bersama Jabatan Ketua Menteri
Melaka
13-14 Ogos 2014
10. Bengkel KIK Siri 4 bersama Jabatan Ketua Menteri
Melaka
18-19 Ogos 2014
11. Bengkel KIK MPAG 26-27 Ogos 2014
12. Konvensyen KIK Peringkat Negeri Melaka Tahun
2014
9 Oktober 2014
13. Klinik KIK 1 (Kumpulan O2) 15 Oktober 2014
14. Klinik KIK 2 (Kumpulan O2) 1 November 2014
15. Konvensyen Team Excellent (ICC) Peringkat
Kebangsaan Tahun 2014
26 November 2014
16. Konvensyen KIK Sektor Awam Peringkat
Kebangsaan Tahun 2014
1 Disember 2014
17. Bengkel Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2015 15-16 Disember 2014
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 26
iii) Insentif
Sebagai penghargaan kepada usaha penghasilan inovasi, pelbagai
insentif dan galakan diberi kepada warga kerja MPAG. Antaranya adalah
kemudahan lawatan penandarasan ke Jabatan / Agensi luar yang
mempunyai keistimewaan pengurusan kualiti, penyediaan sijil
penghargaan, serta insentif dalam bentuk wang tunai yang diberikan
kepada warga kerja yang memenangi pertandingan-pertandingan yang
dianjurkan secara dalaman. Di antara hadiah dalam bentuk wang tunai
adalah seperti berikut : -
Anugerah Inovasi Majlis Perbandaran Alor GajahTempat pertama : RM500
Tempat kedua : RM400
Tempat ketiga : RM300
Tempat keempat : RM200
Tempat kelima : RM100
Bank InovasiInovasi Terpilih : RM100
Zon 5S TerbaikTempat pertama : RM500
Tempat kedua : RM400
Tempat ketiga : RM300
Tempat keempat : RM200
Tempat kelima : RM100
Workstation TerbaikTempat pertama : RM100
Tempat kedua : RM100
Tempat ketiga : RM100
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 27
Amalan Pejabat HijauTempat pertama : RM300
Tempat kedua : RM200
Tempat ketiga : RM100
Hadiah-Hadiah ini disampaikan semasa Majlis Makan Malam Tahunan
MPAG dan Perhimpunan Pagi bagi menggalakkan dan mempertingkatkan
momentum untuk terus berinovasi.
iv) Penghargaan
MPAG mengiktiraf setiap idea dan inovasi yang dihasilkan oleh
anggotanya dengan pemberian sijil penghargaan dan wang tunai,
keutamaan mengikuti lawatan penanda arasan ke agensi terbaik dan turut
menggalakkan Ketua Jabatan mengambilkira penilaian di dalam Laporan
Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) anggota serta penilaian anggota
terbaik bulanan.
v) Peralatan
Bagi memudahcara inovasi yang telah dihasilkan, MPAG tiada halangan
untuk menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan oleh pegawai
MPAG seperti pinjaman komputer riba, penggunaan kenderaan pejabat di
samping membenarkan pembelian peralatan berkaitan inovasi di bawah
peruntukan masing-masing.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2015 (ict) 28
1. Sistem ini dibangunkan sepenuhnya secara in-house hasil daripada perkongsian
idea kreatif dan inovatif daripada Jabatan Pelsesenan dan Jabatan Teknologi
Maklumat, MPAG.
2. Sistem ini boleh dijadikan sumber rujukan dan digunakan oleh mana-mana
agensi .
3. Penjimatan kos kerajaan dari segi pembelian sistem aplikasi.
4. Penjimatan masa dari segi penyediaan laporan kerana pengiraan bayaran dikira
secara automatik oleh sistem.
5. Menjurus ke arah Green IT di mana :-
i. Pemberitahuan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) digunapakai
ii. Maklumat terperinci disimpan di dalam sistem dan boleh dipanggil pada
bila-bila masa
6. Meningkatkan produktiviti kerja dan penambahbaikan proses kerja menggunakan