JABATAN PELAJARAN SELANGOR Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4, 40604 Shah Alam, Negeri Selangor Darul Ehsan (Sila catatkan nombor rujukan apabila berurusan dengan kami) No. Telefon: 03 – 5518 6500 No. Faksimili: 03 – 5518 2133 Email: [email protected] [email protected] Laman Web: www2.moe.gov.my/jpnsel JABATAN PELAJARAN SELANGOR - TERBILANG ” 1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Rujukan kami : JPNS.SPP 700-1/1/7/3 ( 76 ) Tarikh : 15 Mac 2012 _______________________________ Melalui: Pengetua berkenaan Tuan/Puan PBS TINGKATAN 1 2012 : PENATARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) MATA PELAJARAN : Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa berdasarkan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010, telah dipersetujui supaya penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan bagi UPSR dan PMR dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning). Oleh itu, KPM akan melaksanakan penambahbaikan terhadap Sistem Pentaksiran bagi UPSR dan PMR melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). 3. Sehubungan dengan itu, satu Penataran PBS Tingkatan 1 2012 bagi mata pelajaran seperti di atas peringkat Daerah ____________________ akan diadakan seperti berikut : Tarikh : Masa : Tempat : 4. Tuan/puan diminta membawa laptop, Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, buku teks dan satu buku rujukan mata pelajaran masing-masing semasa menghadiri penataran. 5. Pihak tuan/puan layak membuat tuntutan yang berkaitan mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa menggunakan Vot seperti berikut : B41 211 221000 040105 2100. Sila bawa dokumen sokongan (salinan buku bank, slip gaji dan surat panggilan mesyuarat) untuk urusan tuntutan. 6. Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, sila hubungi Pegawai PBS PPD dari unit PBS masing-masing. Sekian, terima kasih. ”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (HJ MAHMUD BIN KARIM) Timbalan Pengarah b.p. Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Selangor