IPG PERLIS
NOOR AZLIANA BT KHAZALI PPG SCE B SEM 5
1.0 PENDAHULUAN
SEJARAH adalah intipati ketamadunan atau peradaban. Melalui
sejarah, kita sedar mengenai kewujudan atau keberadaan identiti
sesebuah negara, masyarakat, kebudayaan dan manusia. Dalam bahasa
mudah, sejarah memperkatakan hakikat asal-usul. Secara filosofis
sejarah cuba menjawab persoalan siapakah kita atau siapakah
manusia.
Menolak sejarah atau meremehkan sejarah bermakna mempersenda
kewujudan manusia, masyarakat dan negara. Melalui sejarah negara
mampu melahirkan warganegara berjiwa besar yang yakin dengan
asal-usul dan tamadun serta kekal dengan identiti. Cadangan
mewajibkan mata pelajaran Sejarah di semua peringkat persekolahan
sudah lama dikemukakan. Ia dibangkitkan oleh Timbalan Presiden
UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin (2010).
Kurikulum mata pelajaran Sejarah telah mengalami perubahan yang
pesat sejak zaman penjajah sehinggalah negara mencapai kemerdekaan.
Peranan dan kepentingan Sejarah dalam memenuhi aspirasi dan hasrat
negara tidak dapat dinafikan. Ini terbukti apabila mata pelajaran
ini dijadikan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua
murid di sekolah menengah pada tahun 1989 apabila KBSM
dilaksanakan. Semakan kurikulum pada tahun 2000 telah memberi
keutamaan kepada Sejarah tempatan yang ditulis dari perspektif
penulis tempatan.Di sekolah, terdapat pihak yang beranggapan mata
pelajaran Sejarah tidak memberi apa-apa kelebihan dalam kerjaya dan
masa depan pelajar. Soalan 'mahu kerja apa jika mendalami bidang
sejarah' sering dibangkitkan.
Ini menyebabkan subjek Sains dan Teknologi, Ekonomi, Perakaunan
dan Perdagangan lebih menarik minat para pelajar dalam merangka
masa depan dan kerjaya masing-masing. Bukan sahaja Sejarah, subjek
Kesusasteraan Melayu juga menghadapi nasib yang sama kerana
dikatakan tidak memiliki nilai ekonomi. Tanggapan sedemikian
menggambarkan jiwa manusia yang kontang. Semuanya diukur dari sudut
material.
2.0 LATAR BELAKANG KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAHLatar
belakang kurikulum Sejarah di Malaysia :
Secara kronologinya, pendidikan Sejarah melalui beberapa tahap
perubahan mengikut zaman, iaitu Zaman Pemerintahan British
(1900-1957), Zaman Selepas Merdeka (1957-1979), Pendidikan Sejarah
dalam KBSR dan KBSM (1980-2002), Pendidikan Sejarah dalam Kurikulum
Baru Sekolah Rendah KBSR (2003-2013) dan yang terbaru Pendidikan
Sejarah dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR (2014).
Subjek sejarah telah diajar di sekolah-sekolah Melayu semenjak
zaman penjajahan British lagi. Namun, pendidikan Sejarah ini
dilaksanakan bertujuan bagi memenuhi kepentingan dan matlamat
kolonialisme British. Kurikulum Sejarah adalah berbeza mengikut
jenis-jenis sekolah yang berlandaskan kaum atau sekolah-sekolah
vernakular yang mempunyai kurikulum yang tersendiri.
Pada zaman selepas merdeka sebelum pengenalan KBSR dan KBSM,
pendidikan Sejarah masih tidak mempunyai banyak perubahan
berbanding dengan zaman sebelumnya. Ini kerana isi kandungan
kurikulum Sejarah masih lagi mengikat Sejarah Tanah Melayu dari
persepsi Barat. Proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah tidak
menyumbang kepada pembentukan masyarakat Malaysia yang bersatu padu
dan mempunyai nilai-nilai kewarganegaraan yang sewajarnya. Umumnya,
kandungan sukatan pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah dan
menengah pada zaman awal selepas merdeka masih bersifat
western-centric dan tidak jelas falsafah dan matlamat
perlaksanannya.Pada tahun 1918, matapelajaran Tawarikh telah
diperkenalkan dalam kursus latihan perguruan di Maktab Perguruan
Perempuan Melayu Melaka dengan tujuan untuk memenuhi keperluan
guru-guru Sejarah terlatih untuk mengajar matapelajaran tersebut di
sekolah-sekolah Melayu.Tawarikh bermaksud sejarah. Isi kandungan
pelajaran Tawarikh meliputi sejarah Tanah Melayu sehingga
terbentuknya Malaysia, sejarah Negara Indonesia, Filipina, Siam,
China, dan beberapa Negara Asia yang lain. Sekitar tahun 1950an,
wujud desakan agar kurikulum Sejarah ditulis mengikut kaca mata
tempatan. Ini secara jelas dinyatakan oleh Aminuddin Baki (1953)
yang menggariskan dua prinsip asas yang harus wujud dalam kurikulum
Sejarah di sekolah-sekolah di Tanah Melayu, iaitu: Pengajaran dan
pembelajaran Sejarah harus diberi penekanan kepada situasi di
Malaya. Tumpuan perlu diberi kepada sejarah sosial dan ekonomi
negara untuk menunjukkan wujudnya kebergantungan kepada budaya
antara masyarakat berbilang kaum di Malaya.
Penekanan kepada Sejarah Malaya dalam konteks hubungannya dengan
negara-negara serantau asia dan dunia. Ini bertujuan memberi
kesedaran kepada pelajar terhadap sumbangan negara terhadap
peradaban dunia .
Kemerdekaan negara pada tahun 1957, telah membawa perubahan
kepada kurikulum yang sedia ada. Hasil Laporan Rahman Talib pada
tahun 1960, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyusun semula
sukatan pelajaran Sejarah Darjah 4 hingga ke Tingkatan 3. Hanya
tahun 1967 buat pertama kalinya kurikulum Sejarah telah diajar
menggunakan sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Dekad awal 1970an, beberapa cendekiawan, budayawan dan sejarawan
tempatan mula melahirkan ketidakpuasan hati mereka terhadap
kandungan kurikulum Sejarah yang dilihat lebih berpaksikan barat.
Berikutannya beberapa Kongres dan Forum dilaksanakan seperti
Seminar Sejarah Malaysia 1 dan II yang diadakan pada tahun 1973 dan
1974 (Siti Zainun Mat 1988). Implikasinya wujud cadangan agar
Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan kurikulum Sejarah yang
lebih bersifat Malaysian Centric. Susulan dengan cadangan ini satu
dokumen kurikulum yang bertajuk Sukatan Pelajaran Sejarah Sekolah
Rendah dan Sekolah Menengah Rendah (KPM, 1978) telah dihasilkan.
Ini merupakan kurikulum Sejarah yang pertama yang dihasilkan dalam
erti kata kurikulum yang sebenar dan mula dilaksanakan pada tahun
1978. Maka, subjek Sejarah Malaysia pun secara rasminya diajar di
sekolah-sekolah rendah di Malaysia. Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 telah membawa dimensi baru
kepada kurikulum Sejarah. Sejarah terus kekal diajar di
sekolah-sekolah dan dijadikan mata pelajaran wajib dan dijadikan
sebagai salah satu subjek teras dalam pelaksanaan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.
Unsur-unsur pendidikan Sejarah digunakan sebagai isi kandungan
Bahasa Malaysia melalui penyerapan. Oleh kerana KBSR Tahap Satu
mementingkan kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira
(3M), maka pelbagai jenis bidang pengetahuan diserapkan dalam
pembelajaran bahasa sebagai memupuk kemahiran asas 3M tersebut.
Penyerapan ialah penyatuan isi pengetahuan daripada satu mata
pelajaran dengan kemahiran-kemahiran dalam mata pelajaran lain.
Melalui pembelajaran bahasa, murid dapat pengetahuan tentang
sejarah disamping menguasai kemahiran asas bahasa.Manakala pada
Tahap Dua, pendidikan bertujuan untuk pengukuhan dan penggunaan
kemahiran itu bagi mempelajari berbagai-bagai bidang ilmu. Tiga
komponen diberikan penekanan, iaitu Kemahiran Asas, Kemanusiaan dan
Persekitaran, dan Kesenian dan Rekreasi. Pendidikan Sejarah telah
diterapkan dalam Komponen Kemanusiaan dan Persekitaran di bawah
mata pelajaran Alam dan Manusia. Antara isi pelajaran Alam dan
Manusia ialah sejarah kebudayaan, adat resam, perlembagaan,
pembangunan negara, perusahaan dan pengangkutan. Pembelajaran Alam
dan Manusia ini menggunakan pendekatan integrasi yang menggabungkan
berbagai-bagai bidang pengetahuan menjadi satu kesatuan yang
menyeluruh.KBSR diperkenalkan pada tahun 1982 (percubaan) di 305
buah sekolah terpilih di seluruh negara dan pada tahun 1983 ia
dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah. Isu yang berbangkit dalam
KBSR adalah apabila pembentang menerangkan mengenai latar belakang
KBSR di mana pada tahun 1994, terdapat perubahan pada subjek Alam
dan Manusia di mana subjek ini adalah gabungan antara Sejarah,
Geografi dan Sains. Satu permasalahan yang berlaku bilamana subjek
ini digabungkan ialah apabila pelajar berada di peringkat sekolah
menengah, mereka agak lemah dalam matapelajaran Sains. Akibat
daripada kelemahan pelajar dalam subjek Sains ini, hasrat kerajaan
untuk mendapatkan nisbah 60:40 ( Sains : Sastera) untuk pelajar
yang mengambil aliran Sains dan Sastera di tingkatan empat tidak
akan tercapai. Oleh yang demikian, perubahan di lakukan pada tahun
1994 dengan memecahkan subjek Alam dan Manusia ini kepada dua
subjek yang berlainan iaitu Sains dan Kajian Tempatan.Pada tahun
2003, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah dipinda dan dinamakan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) bertujuan untuk
melahirkan murid-murid berperibadi seimbang dan harmonis dari segi
intelek, emosi, rohani dan jasmani selaras dengan hasrat falsafah
pendidikan negara. Dengan itu berlaku perubahan dalam pendekatan
pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Mata pelajaran Sejarah telah
dipisahkan daripada mata pelajaran Sains, Ilmu Kesihatan, Sivik dan
Hal-Ehwal Tempatan. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi telah
digabung menjadi mata pelajaran bersepadu yang dikenali sebagai
Kajian Tempatan (KT). Mata pelajaran ini merangkumi bidang
kemanusiaan dan kemasyarakatan yang membicarakan dan mengkaji
interaksi manusia dengan maniusia dan manusia dengan alam
persekitarannya. Tujuan mata pelajaran Kajian Tempatan ini ialah
untuk membentuk rakyat Malaysia yang bersatu, hidup dalam
masyarakat yang mempunyai nilai moral dan etika yang utuh,
mengamalkan demokrasi, penyayang, progresif, sejahtera serta
bersemangat patriotik.Keistimewaan Kajian Tempatan terletak pada
aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajarannya yang banyak
melibatkan pelajar-pelajar. Ia mempunyai hubungan yang rapat dengan
kajian terhadap latar belakang sejarah diri masing-masing.
Walaubagaimanapun, mata pelajaran ini tidak dimasukkan dalam
komponen mata pelajaran yang dinilai dalam peperiksaan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Ini memberi implikasi terhadap
pemberatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Pada
dasarnya, kurikulum mata pelajaran Sejarah dalam KBSR telah
mengalami banyak perubahan. Falsafah, matlamat dan objektif
pendidikan Sejarah telah dinyatakan dengan jelas dan terperinci
sebagaimana yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian
Sukatan Pelajaran Sejarah bagi sekolah rendah. Hasrat untuk
menerapkan unsur-unsur perpaduan kaum dan nilai-nilai
kewarganegaraan juga telah dinyatakan dengan jelas.Aspek terpenting
dalam memperkasa subjek Sejarah adalah penyusunan kembali
kurikulumnya. Justeru itu, Sejarah menjadi mata pelajaran wajib
lulus bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013
dan dilaksanakan sebagai mata pelajaran teras mengikut Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahun berikutnya. Sejarah dijadikan
mata pelajaran teras mengikut KSSR mulai 2014, berbanding elemennya
diajar melalui subjek Kajian Tempatan di sekolah rendah pada ketika
ini. KSSR dilaksanakan dari Tahun Empat mulai tahun depan, diikuti
Tahun Lima dan seterusnya sehingga lengkap satu pusingan pada 2016.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri
Muhyiddin Yassin, berkata, Kurikulum baru ini adalah penambahbaikan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). KSSR akan memberi penekanan
kepada pendekatan secara hands-on
learning, di samping keupayaan berbahasa, pembelajaran
berasaskan projek dan pelbagai jenis pembelajaran yang
menyeronokkan, katanya.
Sebagai kesimpulannya, rentetan kurikulum mata pelajaran Sejarah
itu sendiri semakin diperbaiki dari masa ke masa dengan mengambil
kira pelbagai faktor yang telah dikenalpasti. Sebagai rakyat
Malaysia yang prihatin, kita perlu sedar betapa pentingnya
pengetahuan sejarah kepada rakyat Malaysia. Tanpa pengetahuan
sejarah terutamanya mengenai pembentukan negara kita yang bermula
dengan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, akan lahirlah
warganegara tanpa jati diri. Sejarah akan menilai kita dengan apa
yang kita bina dan bukan dengan apa yang kita runtuhkan.3.0
HUBUNGKAIT KURIKULUM SEJARAH DENGAN NILAI DAN UNSUR
PATRIOTISMEDewasa ini, kita sering dipersoalkan tentang pemupukan
semula semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk di
negara ini. Saranan ini memang wajar memandangkan generasi muda
khususnya pelajar tidak lagi bersemangat patriotik seperti generasi
sebelum merdeka. Semangat patriotik sangat penting untuk membina
jati yang kental dan kuat agar dapat mewujudkan perpaduan nasional.
Antara langkah yang boleh dijalankan untuk memupuk semangat
patriotik dalam kalangan pelajar adalah dengan mengajar mata
pelajaran Sejarah di sekolah.Hal ini demikian kerana dengan adanya
mata pelajaran Sejarah, semangat patriotik dapat disebarkan secara
menyeluruh dengan lebih mendalam mengenai sejarah negara kita.
Sebagai contoh, pelajar dapat mengetahui peristiwa-peristiwa
penting semasa negara hendak mencapai kemerdekaan dan menyelami
pelbagai kesengsaraan yang dialami oleh pejuang-pejuang negara
dalam usahauntuk mencapai kemerdekaan.Sehubungan itu, dengan
mempelajari mata pelajaran Sejarah, pelajar juga dapat mengenali
dengan lebih mendalam tentang tokoh-tokoh terkemuka yang telah
banyak berjasa kepada negara. Hal ini akan membangkitkan semangat
untuk menghargai jasa-jasa yang telah ditaburkan.Aspek ini dapat
dilihat dalam diri pelajar seperti pelajar akan mempunyai semangat
yang lebih kental dan tidak mudah goyah dalam menegakkan sesuatu
perkara demikeadilan negara.Oleh itu, mempelajari mata pelajaran
Sejarah amat penting bagi melahirkan pelajar yang berjiwa patriotik
dan mempunyai semangat cinta akan tanah air.Dengan ini, semangat
patriotik dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar untuk
mempertahankan kebebasan yang telah kita perolehi pada hari ini
apabila mengetahui betapa tingginya nilai kemerdekaan sesebuah
negara. Bak kata pepatah Melayu, 'tak kenal, maka tak cinta'.
Melalui isi kandungan mata pelajaran Sejarah, guru boleh memupuk
semangat patriotik dan menimbulkan perasaan bangga tentang sejarah
negara. Misalnya semasa guru mengajar tentang Kesultanan Melayu
Melaka, pelajar dapat mengkaji bagaimana empayar Melaka menjadi
gemilang dengan kedudukan ekonomi yang mantap, sistem pentadbiran
yang cekap dan teratur, keselamatan yang terjamin dan dasar luar
yang bijak pada abad ke-15 dan ke-16. Ketika itu, pengajian islam
dan kesusasteraan berkembang.
Dijangkakan mata pelajaran Sejarah dapat menolong pelajar
memperkembangkan dan memperkayakan ilmu pengetahuan serta dapat
membantu mereka membuat keputusan yang rasional. Tujuan mata
pelajaran ini, antara lainnya ialah untuk membentuk rakyat Malaysia
yang bersatu, hidup dalam masyarakat yang mempunyai nilai, moral
dan etika yang utuh, mengamalkan demokrasi, penyayang, progresif,
sejahtera serta bersemangat patriotik.Selain itu, matlamat
pendidikan Sejarah ini ialah untuk memupuk semangat kesetiaan
kepada negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia yang
hidup berbilang kaum, melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah
tanahair. Melalui pemahaman dan penghayatan subjek Sejarah ini,
nilai-nilai kewarganegaraan yang hendak dipupuk ialah perasaan
bangga sebagai rakyat Malaysia, semangat setianegara, disiplin,
patriotisme, perasaan ingin berusaha dengan bersungguh-sungguh dan
produktif. Seterusnya, matlamat dan tujuan mempelajari Sejarah
telah ditentukan dengan jelas dan terperinci, berasaskan metlamat
Falsafah Pendidikan Negara. Perincian kurikulum dan sukatan
pelajaran telah dinyatakan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah.
Matlamat pengajaran dan pembelajaran Sejarah bukan hanya untuk
pemerolehan ilmu semata-mata, tetapi lebih penting lagi adalah
untuk melahirkan pelajar yang dapat menguasai fakta dan isi
pelajaran dengan baik di samping mengasah kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif. Peranan dan fungsi mata pelajaran Sejarah dalam
melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan mempunyai
nilai-nilai kewarganegaraan yang baik turut diberi keutamaan dalam
kurikulum Sejarah yang baru ini.
Dengan mempelajari subjek Sejarah juga dapat melahirkan pelajar
yang mempunyai kesedaran, kepekaan dan semangat ingin
mempertahankan kedaulatan bangsa. Mempelajari dan mengkaji sejarah
memungkinkan kita mengetahui sebab mengapa sesuatu itu berlaku pada
masa lalu dan mengapa ia tidak harus diulangi pada masa kini dan
akan datang. Contohnya, sejarah kejadian 13 Mei 1969 banyak
mendedahkan faktor ideologi, pertentangan ras, kemelut
sosio-ekonomi, pemahaman budaya dan konflik politik yang
menyebabkan muafakat hilang dan terjadinya rusuhan kaum.
Kesimpulannya, mengapa kita perlu belajar sejarah? Sejarah di sini
bukan sahaja sejarah negara, tetapi juga sejarah-sejarah lain
seperti sejarah keluarga, tempat, dan lain-lain perkara. Segala
yang ada di sekeliling kita bermula dari sejarah. Sejarah itu
penting, dan ada beberapa sebab mengapa kita perlu belajar dan
memahami sejarah, iaitu;
PERTAMA : Sejarah membantu kita mengenali asal-usul sesuatu
perkara. Mengetahui dari mana dia, peristiwa atau sesuatu benda itu
datang penting kerana ia memberi kita satu keyakinan kerana kita
tahu mengapa, di mana dan siapa yang melakukannya. Kita tidak akan
mudah percaya kepada kata-kata, hasutan orang lain jika kita tahu
dan faham sebab-musabab (sejarah) sesuatu perkara itu.
KEDUA : Sejarah dapat mengelakkan diri kita kita daripada
melakukan kesilapan, terutamanya kesilapan yang bodoh. Sudah
tercatat dalam SEJARAH bahawa banyak kesilapan manusia berlaku
kerana tidak mengambil iktibar daripada SEJARAH terdahulu. Begitu
juga diri kita, ada yang tidak mengambil iktibar dari sesuatu
peristiwa yang telah berlaku, terutamanya peristiwa yang kurang
enak dan menyayat hati. KETIGA : Sejarah membantu kita bertindak
secara bijak dan berfikir secara kritikal dan kreatif. Perlu
diingatkan sejarah itu tidak terbatas kepada ruang lingkup ketika
peristiwa yang disebutkan itu berlaku, sejarah adalah rantaian
peristiwa yang berterusan dan berkembang. Maka adalah salah untuk
kita katakan sejarah itu bersifat statik.Pada pendapat saya, semua
pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu bagi meningkatkan
kualiti dan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.
Sebagai guru, kita dapat menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam
kalangan pelajar. Semangat cinta akan negara perlu dipupuk dalam
sanubari rakyat jelata sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Kita juga perlu lengkapkan diri
dengan ilmu-ilmu tawarikh agar nilai sejarah kita tidak luput
ditelan zaman.Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia dengan
menjadi panduan dan iktibar kepada kita untuk memperbaiki kesilapan
masa lalu bagi membolehkan kita mencipta kejayaan yang lebih
gemilang. Tanpa belajar daripada kesalahan dan kesilapan masa lalu,
kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja
merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga,
masyarakat dan negara mahupun bangsa. Lantaran itu, pengajaran mata
pelajaran Sejarah dianggap sebagai satu wadah bagi menyuntik
semangat kebangsaan ini. 4.0 REFLEKSI
Bila disebut sahaja perkataan SEJARAH, mungkin ramai yang akan
mengeluh dan mula memikirkan persepsi-persepsi kurang enak. Bukan
menjadi satu rahsia, subjek sejarah yang diajar di sekolah
merupakan antara subjek yang paling kurang diminati oleh kebanyakan
pelajar. Pelbagai alasan diberikan, yang tipikal adalah seperti
susah, banyak yang perlu diingat, tidak minat, dan lain-lain alasan
yang menghalalkan mereka untuk mengelak daripada mempelajari subjek
ini. Saya amat yakin, kekuatan guru sejarah teramatlah penting
untuk mengimbangi faktor luaran yang kurang menyokong subjek ini.
Dengan kekuatan tersebut, isi kandungan sejarah yang diajar menjadi
menarik dan hebat.Walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran
kesibukan menjalankan tugas seharian, akhirnya tugasan projek
SJH3103 : Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah ini dapat saya siapkan
dengan baik. Alhamdulillah. Semasa melaksanakan tugasan projek ini,
saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri
saya sebagai seorang guru. Semasa mengumpul maklumat berkaitan
tugasan ini, saya telah mendalami betapa pentingnya generasi masa
kini untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah. Tujuannya untuk
menimbulkan kesedaran jati diri supaya generasi muda menginsafi,
memahami dan menghayati sejarah supaya kesayangan kepada negara
terbina.Secara peribadinya, saya sangat bersetuju dengan langkah
kerajaan melalui Kementerian Pelajaran yang mewajibkan subjek
Sejarah menjadi salah satu mata pelajaran yang wajib lulus. Ia
merupakan satu langkah yang bijak dan saya amat mengalu-alukan
langkah ini. Memang benar, sejak isu ini dibangkitkan, ramai yang
telah memberikan komen, kritikan yang menyokong malah ada yang
membantah cadangan ini. Namun, tanpa mempelajari sejarah seseorang
itu mungkin tidak akan bersikap patriotik dan tidak sayangkan
negara tanah tumpah darahnya ini.Kenyataan Menteri Pelajaran, Tan
Sri Muhyiddin Yasin untuk memperkasa subjek Sejarah amat tepat
sekali. Sejarah dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat
cintakan negara. Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari
sejarah tanahair dan dengan itu akan lahirlah rasa bangga terhadap
negara dan bangsa. Tanpa semangat ini, maruah negara kita boleh
tercalar apabila lahirnya warganegara yang sanggup mengadai dan
menjual maruah negara. Semangat patriotisme timbul apabila kita
mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa dan negara kita, serta
mempunyai pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita. Namun
begitu, ramai generasi muda hari ini hanya mempelajari sejarah
semata-mata untuk lulus di dalam peperiksaan sama ada di peringkat
sekolah mahu pun di universiti. Malangnya mereka gagal untuk
memahami kepentingan mata pelajaran sejarah dan terhasil rakyat
Malaysia yang buta sejarah negara sendiri.Bila generasi hari ini
mengkaji dan memahami sejarah Malaysia, mereka memiliki rasa
kepunyaan dan kebanggaan terhadap negara ini kerana mereka bukan
sahaja diberikan kefahaman mengenai permulaan negara ini, cabaran
yang dihadapi, cabaran sejarah Melaka yang menjadi landasan sejarah
Malaysia, muafakat pemimpin berbilang kaum dalam mencapai
kemerdekaan, prinsip-prinsip dan hikmah di sebalik terbinanya
Perlembagaan Malaysia, tolak ansur yang terjadi sehingga Malaysia
mencapai ke tahap negara yang sedang maju seperti hari ini.Negara
kita didiami oleh rakyat berbilang kaum, dengan kaum terbesar
Melayu, Cina, dan India. Kepelbagaian kaum dengan anutan agama yang
berbeza dan corak budaya seharian yang berlainan tidak menjadi
masalah untuk berkomunikasi, saling mengerti, bertolak ansur, dan
berdaya saing untuk memaknakan kemerdekaan tanah air. Pengertian
yang diperoleh menerusi mata pelajaranSejarah menjadikan mereka
dapat mengelakkan rasa rendah diri bagi menghadapi cabaran
globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini agar tidak
tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan
pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat
Malaysia tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bergerak
seiring sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia yang berfikir
dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju.
Meminati mata pelajaran Sejarah kelihatan tiada nilai ekonomi
tetapi besar peranannya dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum
dan mewujudkan jati diri dalam kalangan kita semua. Justeru, mampu
menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan maju dalam segenap
bidang serta disegani oleh seluruh dunia. Di kesempatan ini juga
saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Puan Zaiton Bt Mat Non yang telah banyak
membantu saya dalam memberi tunjuk ajar bagi menyiapkan tugasan
ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek
berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.
Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus ini telah memberikan
banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai
profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya
menjadi seorang guru yang berkualiti.Sekian, terima kasih.
5.0
RUJUKANhttp://ibnismail.wordpress.com/2008/10/28/kementerian-perlu-kaji-keberkesanan-subjek-sejarah-di-sekolah-rendah/http://hanputra.blogspot.com/2011/01/mewajibkan-mata-pelajaran-sejarah.htmlhttp://studentsrepo.um.edu.my/730/5/BAB4.pdfhttp://yazid83.blogspot.com/2010/08/refleksi-3-seminar-isu-isu-pendidikan.htmlhttp://feldatrolakselatan.blogspot.com/2010/08/antara-tarawih-dan-tawarikh.htmlhttp://naimqlate.blogspot.com/2010/11/subjek-sejarah-dan-propaganda.htmlhttp://www.ukm.my/fpendidikan/images/download/10.77-88%20Usulan%20Ahamad,%20A.%20Razak%20&%20Anuar.pdfhttp://selamilmu.blogspot.com/2012/03/penulisan-cara-cara-memupuk-semangat.htmlhttp://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/01/bab-9-dasar-kurikulum-item-baru.html
HYPERLINK
"http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=images&cd=&cad=rja&docid=ZtiiVM3U0wjbUM&tbnid=Fv0_yDSOjweTvM:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%2Fbluesriders.blogspot.com%2F2011%2F05%2Fbuku-sejarah-malaysia-darjah-enam.html&ei=wPobUoCoEMLUrQek44GYBg&bvm=bv.51156542,d.bmk&psig=AFQjCNGBFU3g56eqAy6bMDcg0WN6Jbm1Mw&ust=1377651627196415"
INCLUDEPICTURE
"https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRAIZxgcc89HAtbWH0yM2diVkOhtHVxwey8wOVhs1gH0AIGxpr-7g"
\* MERGEFORMATINET
Gambar 2 : Buku Teks Sejarah
Malaysia Darjah 6
HYPERLINK
"http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=images&cd=&cad=rja&docid=ZTU25NmCQ_7IrM&tbnid=x8OidjRwLcd9AM:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%2Fwww.dawama.com%2FKajian-Tempatan-Tahun-4%2Fq%3Fpid%3D181%26doit%3Dorder&ei=lx4dUsXvE6idiAeu5ID4Dw&bvm=bv.51156542,d.bmk&psig=AFQjCNFVtkN8h32sIUP8Ab9pzR-66M7I5A&ust=1377651907947010"
INCLUDEPICTURE
"http://www.dawama.com/store/pic/dawama/item/BT2306.jpg" \*
MERGEFORMATINET
Gambar 4 : Buku Teks Kajian
Tempatan Tahun 4
Kajian Tempatan
2003 - 2013
Sejarah (KSSR)
2014
Alam dan Manusia
1980
Gambar 1 : Buku Tawarikh
Sekolah Rendah Malaysia
Sejarah Malaysia
1973
Tawarikh
1918
HYPERLINK
"http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=images&cd=&cad=rja&docid=LpLK735bJJu_vM&tbnid=2DMkSkYuSszxmM:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%2Fdanauilmu.net%2Fupsi%2Fbilik2%2Fbm%2FA2.2-8.html&ei=H_sbUpSqF4eSrgeuqYHABw&bvm=bv.51156542,d.bmk&psig=AFQjCNEndznxeCaVirfkT6HGzK9tRpkuPQ&ust=1377651832049148"
INCLUDEPICTURE
"http://danauilmu.net/upsi/bilik2/graphics/buku_teks/alam%20dan%20manusia%20tahun%205.jpg"
\* MERGEFORMATINET
Gambar 3 : Buku Teks Alam dan Manusia Tahun 5
SJH 3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH (PENSYARAH : PN.
ZAITON BT MAT NON)Page 1