IBSE-CONTOH AMALI SAINS INKUIRI PENGESAHAN FIZIK2015
Tajuk : Mengkaji hubungan arus elektrik dan beza keupayaanHasil
Pembelajaran : Mereka bentuk ekperimen untuk menentukan hubungan
arus elektrik
dan beza keupayaan
Buktikan bahawa arus yang mengalir di dalam litar adalah
dipengaruhi oleh beza
keupayaan.Bahan dan Radas : Sel kering dan pemegang, wayar
penyambung, ammeter ( 0 1.0 A), voltmeter (0 5.0 V), pembaris
setengah meter, reostat, dawai konstantan (swg 24) 20 cm panjang
dan kertas graf.
A. Anda dikehendaki menjalankan eksperimen berdasarkan bahan dan
radas serta langkah-langkah seperti berikut :1. Bina litar yang
lengkap seperti rajah di bawah.
2. Laraskan reostat sehingga mendapat bacaan ammeter I0 = 0.5 A
kemudian catatkan bacaan voltmeter V03. Ulangi langkah 2 dengan
nilai I = 1.0 A. 1.5 A, 2.0 A dan 2.5 A 4. Rekodkan nilai nilai I
dan V dalam Jadual.5. Plotkan graf beza keupayaan melawan arus pada
kertas graf yang disediakan.6. Cari kecerunan graf beza keupayaan,
V melawan arus, I.
B. Berdasarkan eksperimen yang telah anda jalankan, tuliskan
laporan eksperimen yang mengandungi perkara-perkara berikut :
1)Tujuan
2)Penyataan Masalah
3)Hipotesis
4)Pembolehubah
a)Manipulasi
b)Bergerakbalas
c)Dimalarkan
5)Prosedur eksperimen
6)Penjadualan data
7)Plot graf bar
8)Analisis data
9)Kesimpulan
C. Rajah A menunjukkan Ahmad sedang mandi pada suatu pagi yang
sangat sejuk. Selepas pemanas dihidupkan beberapa ketika, dia masih
terasa sejuk. Rajah B menunjukkan Ahmad tidak lagi merasa sejuk
selepas tombol kawalan suhu pada pemanas diputarkan. Justifikasikan
fenomena ini.
Rajah A Rajah BMATA PELAJARAN FIZIK
CONTOH : INKUIRI PENGESAHAN
Pengaliran arus elektrik di dalam satu litar dipengaruhi oleh
beza keupayaan dan rintangan. Kadar pengaliran arus dipengaruhi
oleh beza keupayaan.
42