-
facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini [email protected]
www.dapmalaysia.orgJUN 2014
POLITIK ORANG GASAR
Kemenangan Ramkarpal di Bukit Gelugor
Umno main api perkauman,mudarat perpaduan
Kalah tipis di Teluk Intan, Dyana tak putus asa> 4 > 2
& 3 > 5
l Ancam bakar Ibu Pejabat DAPl Merusuh di DUN Pulau Pinangl
Tendang pintu Pejabat DAP Kuantan
l Tiga hari, tiga rusuhan, tiada tindakan diambill Hala ekzos ke
muka Dyana Sofya
EDISI
BM
Foto: Malaysiakini
-
2JUN 2014
EDISI BAHASA MALAYSIA
Oleh AEDI ASRI
Politik samseng – nampaknya itulah jawapan Umno BN terhadap
‘politik baru’ anjuran Pakatan Rakyat.Sejak Pakatan lahir dan
seterusnya men-
tadbir beberapa negeri pada tahun 2008, rakyat diperkenalkan
kepada alternatif bagi Umno-BN, di mana perdebatan sihat dan tadbir
urus baik menjadi amalan dan tujuan.
Namun, Umno-BN enggan menyahut cabaran itu dan memperbaiki diri,
sebalik- nya mereka memilih untuk bereaksi secara agresif – berubah
menjadi samseng. Dalam kehangatan kempen Pilihanraya Umum ke-13,
ceramah-ceramah Pakatan diganggu dan hadirin ditakut-takutkan.
Beberapa kali bas Jelajah Merdeka Rakyat milik PKR dirosakkan.
Awal tahun ini, samseng-samseng berter-usan menyasarkan kaum
lain, mengancam hubungan baik sesama rakyat Malaysia. Mereka seakan
berangan-angan untuk meng- ulang kembali tragedi 13 Mei.
Bersekongkol bersama mereka adalah badan-badan yang tidak
habis-habis menya-lahgunakan nama Melayu dan Islam, seperti Ikatan
Muslimin Malaysia (ISMA) dan Perka-sa.
Terbaru, lebih 50 ahli Pemuda Umno, diketuai Ketua Pemuda
Wilayah Persekutu-an Razlan Rafi, mencetuskan kekacauan di hadapan
ibu pejabat DAP, merosakkan pa-pan tanda parti dan mengugut untuk
mem-bakar bangunan itu.
Kita tidak pasti sampai bila budaya sam-seng ini akan diamalkan
memandangkan pihak berwajib setakat ini seperti berat hati untuk
mengambil tindakan tegas. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin
sendiri enggan meminta maaf atas kebiadaban ahli-ahli sayap Umno
itu, menunjukkan tiada kes-ungguhan di pihak Umno untuk
memban-teras perbuatan tidak beradab melibatkan ahli-ahlinya.
Ancaman berterusan politik samseng Umno-BN
Awal tahun ini, samseng-samseng berterusan
menyasarkan kaum lain, mengancam hubungan
baik sesama rakyat Malaysia. Mereka seakan
berangan-angan untuk mengulang kembali
tragedi 13 Mei. Bersekongkol bersama mereka
adalah badan-badan yang tidak habis-habis
menyalahgunakan nama Melayu dan Islam, seperti
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Perkasa.
22 MEI - Lebih 50 ahli Pemuda Umno diketuai Ketua Pemu-da
Wilayah Persekutuan Razlan Rafi mencetuskan kek-acauan dan
provokasi di hadapan ibu pejabat DAP, Jalan Pudu. Mereka merosakkan
papan tanda parti dan mengu-gut untuk membakar bangunan.
23 MEI - Insiden hampir sama berlaku di pejabat DAP Kuantan.
Sekumpulan pemuda yang membawa sepanduk Umno membaling telur ke
arah pejabat, dan menendang pintu masuk sehingga bengkok.
21 MEI - Calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud dihalau
daripada bertemu pengundi di tapak pasar malam di Kampung Padang
Tembak. Dua pemuda BN mendekati pasukan kempen dan menjerit “Nyah
dari kampung ini.” Mereka juga telah menakut-nakutkan pasukan
kempen.
21 MEI - Sekumpulan samseng Umno dan Perkasa mer-empuh pagar
utama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan menyerbu masuk
ke dalam dewan ketika DUN
sedang bersidang. Ini kejadian merempuh Dewan yang pertama dalam
sejarah Malaysia.
6 FEBRUARI - Perikatan NGO yang memakai nama ‘Majlis Jemaah NGO
Islam Malaysia’ secara terbuka menawarkan ganjaran RM500 kepada
sesiapa yang menampar Ahli Par-limen Seputeh Teresa Kok.
18 JANUARI - Dalam satu demonstrasi di Seberang Jaya, Pulau,
Umno Pulau Pinang membakar sentimen trage-di 13 Mei 1969. Turut
menyertai demonstrasi itu adalah pimpinan Umno negeri itu, seperti
Datuk Reezal Merican (Ahli Parlimen Kepala Batas), Setiausaha Umno
negeri Da-tuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Pemuda Rafizal Rahim.
Pembabitan dalam demonstrasi yang memaparkan sepan-duk provokasi
bertulis “Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi… Mahu lagi
kaa?” menyebabkan ADUN DAP RSN Rayer menyelar ketiga-tiga mereka
sebagai “cela-ka-celaka Umno.”
1 2
3
4
5
6
RENTETAN PROVOKASI TERHADAP DAP
1
2
3
4
5
6
UTAMA
-
3JUN 2014
EDISI BAHASA MALAYSIA
Oleh SAKMONGKOL AK47 SAYA harap orang Melayu tidak menden-gar
cakap Umno. Parti itu mahu kita bertelagah sesama sendiri. Cina
lawan Melayu. Mereka? Mereka boleh dikatakan sentia-sa berniaga
dengan rakan-rakan mereka yang berketurunan Cina, mereka pergi
bercuti dengan rakan-rakan Cina dan per-gi char kuat (berurut)
dengan kawan-ka-wan Cina. Ibrahim Ali, kepala pelampau Melayu,
berketurunan Cina. Kawan-ka-wan paling rapat kebanyakan ahli
politik Umno juga Cina.
Bolehkah kawan-kawan Cina mereka itu tidur malam dalam keadaan
seku-tu-sekutu mereka asyik menghasut orang Melayu untuk membelasah
Cina. Apakah orang Melayu perlu bergolok, berparang dengan Cina
yang juga menggunakan senjata yang sama? Atau apakah Cina dan
Melayu yang kaya akan menjual senjata kepada puak-puak yang
berkelahi nanti? Kita saling berbunuhan, mereka pergi membeli-belah
di Riviera.
Sedangkan kita diperingatkan supaya jangan sama sekali percaya
dan berkawan dengan Cina. Mengapa? Satu-satunya tu-
juan ialah supaya kita terus berkelahi dan mereka pula boleh
terus memegang kuasa. Dengan kuasa, mereka menjarah dan merompak
khazanah negara hingga licin. Tahun depan, setelah kita tidak lagi
mempunyai wang kerana mereka berbe-lanja seperti orang gila,
antaranya untuk membina sangkar berharga RM25 juta buat beruang
Panda, kita yang dipaksa membayar GST.
Ya, kita faham apa itu GST. Ia adalah salah satu cara sah untuk
memeras lebih
banyak wang daripada kita. Kata bidalan Cina, “memerah darah
daripada batu.”
Memang tiada tujuan lain. Akhirnya kita yang akan menderita
kalau kita menden-gar kata-kata yang keluar dari otak udang
pemimpin-pemimpin Umno. Kalau Cina pemilik lori sayur enggan
menghantar sayur-sayuran ke Selayang, kita tidak akan mendapat
sayur. Begitu juga kalau mereka enggan menghantar ikan, dag-ing dan
lain-lain, semuanya tidak akan dapat kita makan. Kalau Giants,
Tesco,
dan pasaraya-pasaraya milik orang Cina tidak dibuka, Melayu
takkan dapat mem-beli barang makanan. Kalau kilang-kilang Cina
ditutup, banyak orang Melayu akan hilang kerja.
Jadi, kita orang Melayu perlu berfikir sebelum meloncat ke dalam
api. Umno bermain bara, yang terbakar negara.
*Sakmongkol AK47 adalah nama pena Datuk Mohd Ariff Sabri, Ahli
Parlimen DAP Raub, Pahang.
Umno bermain bara, yang terbakar negara
Oleh IZMIL AMRI
KITA faham kemarahan ka-wan-kawan dalam Umno. Hati mereka
terguris, jiwa mereka meronta-ronta. Kalimat ‘cela-ka’ yang
dihamburkan pastinya mendatangkan marah. ‘Celaka’ bukan bahasa yang
baik, ma-lah kasar sekali. Sama kasarn-ya seperti kalimat-kalimat
lain yang boleh mengundang kema-rahan.
“Cina makan babi”, “paria”, “anak haram”, “bangsat” dan beberapa
kalimat lain sama juga maqamnya dengan kalimat “celaka”. Semua ini
merupa-kan kumpulan perkataan yang berfungsi menaikkan tekanan
darah dan menggoncang kesa-baran.
Namun peliknya ketika kali-mat celaka disebut oleh Adun Seri
Delima, RSN Rayer dalam
sidang DUN Pulau Pinang; tidak ada seorang pun Adun Umno yang
bangkit membantah.
Rayer dalam satu perba-hasannya meluahkan kema-rahannya terhadap
pemimp-in-pemimpin Umno yang ikut serta dalam satu demonstrasi di
Pulau Pinang awal tahun ini bagi membantah ‘flashmob kangkung’ yang
dilakukan oleh ADUN Machang Bubuk PKR Lee Khai Loon.
Perhimpunan yang disertai pemimpin-pemimpin Umno tersebut
mempamerkan beber-apa sepanduk bersifat perkau-man antaranya
termasuklah yang berbunyi “Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969
ter-jadi. Mau lagi ka?”
Rayer menyifatkan hal itu se-bagai tindakan yang mengkh-ianati
rakyat Malaysia. Beliau lalu menyumpah, “Celaka, cela-ka ini.
Celaka, celaka Umno ini”
yang disebutnya juga sebagai kurang ajar dan biadab kerana suka
membakar api perkauman dan sentimen 13 Mei. Rayer be-gitu marah
sekali dengan sikap pemimpin Umno yang nampa-knya beriya-iya sekali
mahukan peristiwa hitam 13 Mei berulang kembali.
Anehnya, Rayer kemudian menuding jari ke arah blok pem-bangkang
DUN Pulau Pinang dan mencabar Adun Umno su-paya memberi respons
tentang hal yang dibangkitkannya itu.
“Siapa berani jawab? Siapa berani bangun?” sergah Rayer. Tapi,
tiada seorang pun yang bangkit membantah, apatah lagi menjawab
pertanyaan Rayer itu.
Sebelum mengakhiri baha-gian berkenaan daripada teks ucapannya,
Rayer sekali lagi membentak Adun-Adun Umno atas sikap rasis dan
kedahagaan
mereka terhadap pergeseran kaum; dan sekali lagi beliau menyebut
“Celaka mereka!” sambil merujuk kepada pem-impin Umno yang suka
memain-kan api perkauman.
Lima kali Rayer sebut “cela-ka” terhadap sikap Umno yang sukakan
politik perkauman. Ti-ada seorang pun daripada 11 Adun Umno yang
terguris hati dan bangkit menentang ka-ta-kata Rayer. Hanya esoknya
barulah gerombolan samseng mereka merempuh DUN Pulau Pinang,
diikuti rusuhan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan di ibu pejabat DAP
di Kuala Lum-pur, dan kemudian rusuhan di pejabat DAP Kuantan.
Jadi kenapa Adun Umno diam? Apakah mereka mengiyakan tuduhan
Rayer? Atau mereka sibuk main Candy Crush di tele-fon pintar
masing-masing?
Lima kali ‘celaka’, kenapa Adun Umno diam?
UTAMA
Satu-satunya tujuan ialah supaya kita terus berkelahi dan mereka
pula boleh terus memegang kuasa. Dengan kuasa, mereka menjarah dan
merompak khazanah negara hingga licin.
Siapa berani jawab? Siapa berani bangun?” sergah Rayer. Tapi,
tiada seorang pun yang bangkit membantah, apatah lagi menjawab
pertanyaan Rayer itu.
PAPAN tanda DAP dirosakkan samseng Umno baru-baru ini.
-
4JUN 2014
EDISI BAHASA MALAYSIA
Selepas menang selesa dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit
Ge-lugor, Ramkarpal Singh terus me- mulakan khidmat dengan
menan-gani pelbagai isu yang dibangkitkan oleh warga Bukit Gelugor.
Pasu-kan beliau telah dibentuk untuk berkhidmat dan membantu para
penduduk yang tidak sabar untuk bertemu wakil rakyat mereka yang
baru.
Beliau belum benar-benar pu-lih daripada kemalangan sewaktu
berkempen di Bukit Gelugor. Ma-lah, waktu untuk beliau berkabung
atas pemergian bapanya juga begi-tu sempit. Setelah menang di Bukit
Gelugor pula, beliau langsung turun membantu kempen Dyana Sofya di
Teluk Intan.
Setakat ini saja beliau telah mengambil langkah untuk
mem-perbaiki keadaan lalu-lintas di Bukit Gelugor dengan rancangan
pembi-naan jalanraya bernilai RM300 juta dari Bandar Baru Air Itam
ke Relau.
Menurut Ram, jalanraya itu akan menjadi laluan alternatif bagi
pen-duduk Paya Terubong yang kini bergantung pada hanya satu jalan,
iaitu Jalan Paya Terubong, untuk ke Bukit Jambul. Jalanraya baru
ini dijangka akan mengurangkan kes-esakan lalu-lintas setelah siap
pada tahun 2017 nanti.
Selain jalanraya, Ram juga akan berusaha meningkatkan kemuda-han
pasar basah di Bukit Gelugor, mewujudkan kawasan riadah dan
memperbaiki program perumahan dan pembangunan.
Selain itu, tentunya di Parlimen nanti beliau diharap akan
menerus-kan perjuangan bapanya memper-tahankan perlembagaan negara.
Pun begitu beliau tidak berniat un-tuk ‘mengambil tempat’ tokoh
poli-tik DAP itu atau menjadi ‘jelmaan semula’ sang Harimau
Jelutong.
“Mustahil untuk menggantikan se-seorang yang begitu istimewa,”
ka-tanya dengan nada penuh bangga.
Bukit Gelugor adalah sebuah ka-wasan parlimen baru yang terhasil
setelah persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat. Ram kenal
betul dengan kawasan itu
kerana sering hadir bersama-sama mendiang ayahnya melawat
kawa-san dan mendengar keluh-kesah rakyat.
Menurut beliau, kawasan Parli-men Bukit Gelugor sekarang
meli-puti serpihan kawasan parlimen Jelutong yang disandang
mendiang Karpal sejak Ram lahir pada tahun 1978 sehingga 21 tahun
kemudian, pada tahun 1999.
Anak muda ini mempunyai wawa-san yang pelbagai untuk golongan
muda yang disifatkannya sebagai pewaris negara yang mesti menjaga
keluhuran perlembagaan.
Memandangkan Bukit Gelugor terpecah kepada tiga kawasan De-wan
Undangan Negeri (Air Itam, Seri Delima dan Paya Terubong) yang
di-menangi oleh DAP, agak mudah un-tuk menyusun program dan
aktiviti yang boleh memberi manfaat kepa-da anak muda supaya mereka
ber-sedia mendepani cabaran semasa.
Ram melihat isu-isu perkauman dan ekonomi yang sedang merunc-ing
sebagai hal besar yang perlu di-tangani secara serius oleh Pakatan
Rakyat kerana bakal memberi kesan kepada masa depan anak muda.
“Ada satu trend di kalangan anak muda sekarang yang menyebabkan
mereka begitu mahukan peruba-han, dan saya rasa trend ini akan
kekal sehingga PRU ke-14,” kata be-liau penuh yakin.
Apabila ditanya apa yang mem-buat beliau begitu yakin, Ram
sedikit tertawa dan berkata baha-wa memang dalam politik segala-
nya mungkin. Namun beliau nekad akan berusaha untuk memastikan
sokongan anak muda dan kehendak mereka kepada perubahan,
teru-tamanya dalam keadaan semasa, terus membuak.
Beliau mengangkat sumpah se-bagai ahli Parlimen pada 9 Jun lalu.
Setelah sekian banyak hakim dan pasukan pendakwa yang digasakn-ya,
Ram pastinya tidak punya ban-yak masalah untuk bangun berdiri dan
berhujah tentang hak dan nilai-nilai yang diperjuangkan semua yang
berjuang bersama DAP sejak sekian lama.
Ramkarpal mula berkhidmat
UTAMA
-
5JUN 2014
EDISI BAHASA MALAYSIA
Oleh ALIFF FIKRI
Jumaat 29 Mei, jam 5.30 petang, dua hari terakhir pengundian,
saya me- neruskan kerja melapor dengan mengi-kuti kempen Dyana
Sofya bersama pimpinan DAP lainnya seperti Setiausaha Agung Lim
Guan Eng, Setiausaha Publisiti Tony Pua dan ADUN Pasir Pinji Howard
Lee di Pasar Malam Taman Ros.
Walaupun cuaca agak mendung, sam-butan terhadap Dyana dan DAP
begitu meriah sekali. Semua peniaga dan pe- ngunjung tidak
melepaskan peluang un-tuk beramah mesra serta bergambar. Dyana juga
berkesempatan mempelajari cara membuat ‘Corn Cup’ dari seorang
peniaga.
Jam 6 petang, Dyana dijadualkan un-tuk melancarkan bukunya yang
berjudul Dyana Sofya: Di Sini Bermula di gelang-gang bola keranjang
awam bersebela-han tapak pasar malam. Tiba-tiba hujan turun begitu
lebat, saya terpaksa melar-ikan diri mencari tempat berteduh dan
melihat pelancaran buku dari jauh.
Hujan lebat nyata tidak menghalang Dyana melancarkan bukunya dan
pen-duduk setempat untuk hadir. Melan-carkan buku, mungkin bagi
sesetengah orang tidak mendatangkan apa-apa. Namun, pada saya, ia
satu lagi langkah cukup signifikan kerana sebulan lalu kerajaan
melalui Kementerian Dalam Negeri telah menyekat pembangunan intelek
rakyat dengan mengharamkan karya terjemahan beberapa buah buku
dengan alasan “memudaratkan ketenter-aman awam.”
Saya teringat, sejarah mencatat ban-yak peristiwa pengharaman
buku oleh pemerintahan zalim yang takut minda rakyatnya akan
berkembang.
Pada 31 Januari 1931, di Hunan, China, misalnya, Gabenor Jeneral
Ho Cien telah melarang buku Alice in Wonderland ker-ana
menggambarkan haiwan-haiwan boleh bercakap, ini dikhuatirkan akan
membuatkan anak-anak menganggap manusia setara dengan haiwan.
Selain Nazi, rejim Franco di Sepanyol juga melakukan hal yang
sama pada tahun 1939. Pendokong-pendokong Franco telah membakar
perpustakaan Pompeu Fabra sambil berteriak penuh bangga kalimat
“Abajo la inteligencia!” (Matilah para pemikir!)
Lalu, tindakan terbaru kerajaan Ba-risan Nasional itu membuatkan
saya ter-tanya-tanya, tidakkah langkah penghar-aman buku atas
alasan menjaga rakyat itu dengan langkah rejim di China dan
Sepanyol itu?
Hujan makin lebat, acara terpaksa di- singkatkan dan dilancar
semula dalam sesi malamnya di tapak bazar Ramadhan OCBC Bank.
30 Mei, hari akhir kempen, sesi walk-about di Taman Teluk Intan
kali ini mendapat sambutan cukup luar biasa, rata-rata penduduk
yang datang me-nemui kami menyatakan bahawa ke-menangan adalah
pasti.
Selesai makan tengahari, saya menuju ke lokasi biasa, Pusat
Operasi DAP. Kali ini, Guan Eng sekali lagi menyeru pen-duduk
membuat pilihan tepat dengan memberikan kemenangan pada Dyana untuk
membuka era baru politik Malay-sia.
“Saya berharap pengundi tidak menyokong perkauman sebaliknya
menyokong politik kemalaysiaan. DAP melihat Dyana bukan sekadar
Melayu tapi anak Malaysia,” katanya.
Malamnya, sekitar jam 8 malam, ceramah Grand Finale di OCBC Bank
mencatat rekod kehadiran begitu besar sekali – 20 ribu orang
(hampir separuh daripada 60,620 pengundi Teluk Intan) membanjiri
tapak ceramah. Hadirin melimpah ke jalanraya. Keadaan ini
membuatkan rata-rata penceramah op-timis bahawa kemenangan akan
diraih walaupun berdepan dengan bermacam taktik kotor seperti
pemberian hamper, memberi ‘ricecooker’, mesin basuh, bertindak
samseng mengacau kempen, menyerang, menconteng papan tanda calon
dan lainnya.
Hari pengundian, 31 Mei, malang un-tuk DAP. Walaupun mendapat
sambu-tan begitu meriah – kata Lim Kit Siang, sambutan sebegini
tidak pernah berlaku dalam sejarah Teluk Intan – tapi Dyana tewas
kepada calon BN, Mah Siew Keong dengan majoriti hanya 238 undi
akibat peratusan keluar mengundi yang seka-dar 67.4 peratus.
Harapan warga Teluk Intan untuk mendapat wakil rakyat wanita
Melayu pertama dari DAP tidak kesampaian, kerana kehilangan lebih
7,000 undi yang kebanyakannya dari kalangan pengun-di luar yang
dimenangi mendiang Seah Leong Peng dalam PRU lalu.
Menurut Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, pengundi luar tidak
pulang untuk mengundi kerana terlalu yakin Dyana pasti menang tanpa
undi mereka, selain kerana kurangnya semangat ‘ubah’ untuk menarik
mereka pulang.
Apa pun, memetik kata Dyana “Ini bu-kan penamat Dyana Sofya.”
Perjuangan ke arah “memalaysiakan” Malaysia ber-jalan terus.
Catatan Teluk Intan: Ini bukan penamat Dyana Sofya
UTAMA
-
6JUN 2014
EDISI BAHASA MALAYSIA
Cara berfikir yang teratur adalah tenaga penarik yang utama pada
manusia. kata-kata yang keluar dari li-dah ialah dorongan dari
jalan fikiran. Kata-kata dan perbuatan iaitu bukti, adakah beres
berfikir atau tidak. Seni sendiri yang bersumber pada kehalusan
perasaan sekali tidaklah dapat diciptakan, kalau fikiran tidak
beres.
Dari adukan dan campuran warna dapat diketahui orang bagaimana
perasaan pelukis. Oleh sebab itu adalah beber-apa lukisan, patung
dan syair yang telah bertahun-tahun usianya, masih amat dalam
pengaruhnya.
Lukisan-lukisan di istana Paus di Vatican, dipandang orang
sebagai raksasa seni, yang hampir tak ada tolok bandingnya sampai
beberapa keturunan. Lukisan Rembrandt menye-babkan bangsa Belanda,
tempat dia dilahirkan, dapat men-gangkat muka dihadapan dunia dan
berkata: “Rembrandt kami punya!”
Thomas Caryle mengatakan: “India pada suatu ketika akan terlepas
dari tangan kita, tetapi Shakespeare tidak. Jika orang menyuruhkan
daku memilih di antara dua, iaitu mempertahankan bahasa Shakespeare
atau memperta-hankan kedaulatan atas India, tentu akan saya pilih
yang pertama. Shakespeare adalah daulat raja yang lebih tinggi,
yang menguasai seluruh bahasa Inggeris, baik di tanah Ing-geris
asli baik pun di seberang lautan.”
Meskipun demikian pula, muzik itu tak akan terjelma ka-lau tidak
dibantu oleh fikiran yang sihat, walau pun isinya sangat halus.
Kalau hendak melihat bangsa-bangsa Eropah yang telah tinggi
pendidikannya, termenung dan lupa diri, satu detik pun tidak boleh
kedengaran di lantai, lihatlah ke-tika mereka itu mendengarkan
muzik Beethoven, Mozart atau Bach.
Fikiran dan perasaan mesti sejalan.Salah kita kalau kita
menyangka bahawa dengan mem-
pelajari undang-undang dan teori muzik saja, atau menga-kui
suatu teori susunan syair, kita telah menjadi ahli muzik atau ali
syair. Undang-undang hanya sebagai dasar. Sebagai kami di surau
dahulu mempelajari ilmu alat, supaya kami kelak dapat berjalan
sendiri dalam menyelami rahsia ba-hasa Arab dengan fikiran sendiri.
Walau pun dua pelu- kis sama-sama tegak di tepi sebuah ngarai dan
sama-sama melihat keindahan alam dan sama-sama memindahkan dia ke
atas kertas, kalau kelak hasil keduanya diperhatikan, akan
nampaklah juga perbezaannya. Sebab mereka itu me-mandang dengan
teropongnya masing-masing.
Kita pelajari undang-undang seni, kita masuki sekolahnya
yang tinggi, kita turuti dengan segala percubaan yang tia-da
mengenal bosan. Dan kita pun insaf, tidak ada ahli seni yang tidak
terpengaruh oleh ahli seni yang lain. Kita meniru dan kita
membandingkan, tetapi kita tidak boleh menjadi bayang-bayang dari
kesenian peribadi yang mempengaruhi kita itu, melainkan kita pupuk
pertumbuhan jiwa kita sendi-ri. Dengan itulah kita menjadi ahli
seni yang besar!
Pada keyakinan saya, fikiran dan jiwa seni seseorang seniman
atau pujangga yang besar adalah tumbuh di atas tanah watannya yang
dihisapnya, sehingga sebagai orang Inggeris berhak berkata:
“Shakespeare itu kami punya!”
Dan orang German berhak berkata: “Goethe itu kami yang punya.”
Maka bangsa Indonesia pada suatu waktu tentu boleh pula berkata “Si
Anu kami yang punya.”
Dan itu adalah berasal dari jiwa yang besar!Bukannya di dalam
kota yang ramai, di tempat ken-
deraan bersilang-siur dan hiruk-piruk yang menulikan teli-nga
saja, tempat mencari jiwa seni bangsa. Selamilah jiwa mereka itu,
ketahuilah kesukaan dan kebenciannya; teru-tama di tanah air kita
yang bermasyarakat berbagai ragam ini. Ada yang telah terpesona
oleh muzik Beethoven, dan ada yang masih tergila-gila oleh suara
gamelan. Ada yang telah makan dengan memakai senduk dan garfu, pun
ada yang masih makan anjing! Ada yang telah mengatur paka-ian
pesta, pakaian malam, pakaian sore, dan ada pula yang masih
bertelanjang.
Mendidik bukanlah memaksa!Roh yang akan meningkat besar nampak
alamatnya pada
kecintaan akan alam dan keindahan serta kepercayaan ke-pada
Tuhan.
- Pribadi, 1962
Pengenalan oleh TARMIZI ANWAR
“Jika ayah bercerai dengan ibumu, dengan siapakah engkau akan
tinggal?”
Pertanyaan itu telah merobek perasaan seorang anak kecil yang
dahagakan kasih sayang dan masih belum
mengerti perjuangan hidup.
Rajuknya membawa kepada anggapan orang ramai bahawa tiadalah
lagi akan erti masa depan baginya.
Akibat ini, beliau pernah berkelahi sehingga pahanya ditusuk
dengan pisau hingga tembus, mula berkena-
lan dengan tempat memacu kuda serta berjinak-jinak dengan tempat
orang berjudi dan menyabung ayam.
Di sebalik lara ini, difahaminya akan erti perjuangan. Gelap
menjadi terang, durjana kepada bijaksana
dan Hamka (Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah) kemudiannya
muncul sebagai tokoh besar agama
dan sastera Nusantara.
Selama 73 tahun hayatnya, Buya Hamka telah men-garang sekitar
118 buah buku agama, sastera, politik
dan falsafah.
Petikan yang dimuatkan di halaman ini diambil daripada
Pribadi.
Pada keyakinan saya, fikiran dan jiwa seni seseorang seniman
atau pujangga yang besar adalah tumbuh di atas tanah watannya yang
dihisapnya, sehingga sebagai orang Inggeris berhak berkata:
“Shakespeare itu kami punya!”
BUDAYA
Hamka: Ulama, filasuf & sasterawan Nusantara
-
7JUN 2014
EDISI BAHASA MALAYSIA
Nama:
_________________________________________________________________
Alamat Emel:
_______________________________________________________________________________________________
Alamat:
___________________________________________________________________________________________________
Perhatian:Semua cek hendaklah dipalang dan dibayar atas nama :
Genta Media Sdn BhdAnda juga boleh membayar terus ke dalam akaun
kami di Public Bank 3159 1216 32Sila fakskan bank-in-slip kepada
kami.Untuk sebarang pertanyaan, Sila hubungi 03-9281 8105
Sila kirim tempahan anda ke:Tingkat 2, Blok A, Wisma Wenworth
KL, Jalan Yew, Off Jalan Pudu, 55100, KL.Tel: 03-9281 8105 Faks:
03-9281 8104 Emel: [email protected]
Semak untuk langgani. Sertai senarai mel kami jika
anda ingin menerima maklumat terkini mengenai buku-buku baru
kami, dan tawaran istimewa.
( )
No. Telefon: _________________________
02 03 04 05 0607
08 09 10 11 1312
www.gentamedia.com
Membeli-belah dalam talian Aktiviti akan datang
Petikan PDF percuma
No. Barangan Harga(RM)
KTT Jumlah(RM)
01 Tsunami Cina: retorik atau realiti? / Lim Hong Siang
15.00
02Kluang mencatat sejarah, mencetus impian (DVD)
/ Genta Media 15.00
03 Kalender kreatif: komuniti Kluang impian 25.00
04Jangan kelentong lagi kita semua orang Malaysia /
Kee Thuan Chye 39.90
05 Kenangan perjuangan PRU 13 Kluang 15.00
06 Putrajaya milik siapa / Liew Chin Tong 10.00
07 Karpal Singh: pantang undur / Melissa Loovi 20.00
08 Hak untuk berbeza pendapat / Ooi Kee Beng 20.00
09 Malaysia milik kita bersama / Wan Hamidi Hamid 15.00
10Dari penjara ke tampuk kuasa: Lim Guan Eng / Wan
Hamidi Hamid20.00
11 Yes, Jom Ubah / Wong Ho Leng 8.00
12JBajet: Bagaimana kerajaan membelanjakan wang
kita / Teh Chi Chang20.00
13 1 Black Malaysia / DAP 15.00
14 Membongkar Rahsia DAP / Roketkini.com 9.90
**BAYARAN POS (RM5 / RM10)Peninsular Malaysia RM5 Sarawak &
Sabah RM10
Jumlah
“Ternyata buku ini memberi kita kesempatan untuk menjengah
sedalamnya gelora dan cita-cita masyarakat Cina sepanjang lima
dekad di negara ini. Kita sebenarnya – khususnya orang Melayu –
tidak terasa denyut minda dan debar kalbu masyarakat Cina yang
sebenar. Buku ini membuka peluang itu.”
- A. Samad Said, Sasterawan Negara
TSUNAMI CINA: RETORIK ATAU REALITI
Kini Di PasaranRM15
Kehabisan Stok?gentamedia.com gentamedia
l Pesan kedai buku untuk mengisi stokl Hubungi kami: 03-9281
8105
Buku juga boleh didapati di:
01
14
Oleh MUHAMMAD NAZREEN
Penyajak Bertolt Brecht pernah menyebut: Jika kita tak fikir
pasal politik, politik tetap me-mikirkan kita!
Senang cerita, hendak atau tidak, kita tak boleh lepas dari
politik. Politik tetap berperanan dalam kehidupan kita. Orang
me-nolak untuk ambil tahu tentang politik, sebenarnya dengan cara
itu mereka sendiri mengambil sikap politik.
Namun, politik di tahap ung-gulnya adalah seni yang segala
mungkin. Orang berpikir (intelek- tual) barangkali gagal menahan
godaan untuk berpolitik. Mereka beranggapan bahawa politik ada-lah
segala-galanya dan “the end justifies the means.”
Politik, dalam cita-cita ahli falsa-
fah Greek Plato, wajar dit-erajui oleh orang yang ber-pikir dan
orang yang ada keinginan untuk berfal-safah. Plato mengutara-kan
konsep ‘philosopher king’ atau orang berpikir sebagai pemimpin.
Intelektual yang baik tidak terlepas untuk membicarakan politik.
Menurut Edward Said, pemihakan terhadap golon-gan tertindas hanya
berlaku apa-bila intelektual ambil tahu untuk terlibat politik.
Sikap pemihakan oleh inte- lektual yang berpolitik, bukan
se-mestinya baik. Ada kalanya, mere-ka memilih sikap songsang.
Intel-ektual boleh jadi penindas, jika tidak sebaliknya memilih
untuk melawan penindasan. Sesetengah
‘orang berpik-ir’ ada kegilaan tersendiri.
Dalam syara-han Reith Lec-ture, anjuran BBC, pada tahun 1994,
Edward Said ada menyebut tentang makalah ‘Treason of The
Intellectual’ oleh Julien Benda. Makal-ah ini mengingatkan
k i t a akan bahaya orang intelektual yang di saat agungn-ya
memilih untuk bersama keja-hatan.
Edward Said, dalam syarahan yang sama memberi contoh ten-tang
manipulasi golongan pemikir dalam pentadbiran yang zalim. Dia
memetik peranan Milton Friedman dan ‘Chicago Boys’ di se-
balik kudeta di Chile tahun 1953 ; serta penglibatan Henry
Kissinger, bekas setiausaha Amerika Syari-kat, sepanjang perang
dingin.
Ulasan buku kali ini bertumpu kepada hasil karya Mark Lilla, The
Reckless Mind – Intellectuals in Politics yang meneliti pemikiran
beberapa intelektual yang ber-pengaruh dalam lapangan sains sosial
dan falsafah moden dan pada masa yang sama berkom-promi dengan
rejim diktator.
Hal ini amat ironis menurut Lilla. Intelektual, selain
mengem-bangkan wacana tentang idea, secara tak langsung menyumbang
ke arah pengukuhan tirani.
Dalam buku tersebut, Lilla ber-mula dengan pertanyaan falsafah
Plato di dalam ‘Lure of Syracruse’ yang berkisar tentang orang
ber-pikir dan godaan politik. Politik
dianggap persuasif, mendorong orang falsafah mendekatinya.
Lilla menceritakan perjalanan sejarah pemikir seperti Alexan-dre
Kojeve, Michel Foucault, Mar-tin Heidegger dan Carl Schmitt. Mereka
adalah intelektual yang mempunyai kecenderungan un-tuk berlaku
songsang.
Heidegger dan Schmitt misaln-ya adalah intelektual penting abad
ke-19. Tetapi simpati mereka ter-hadap perjuangan Nazisme tidak ada
batasnya.
Buku ini adalah ‘ruang terbalik’ buat intelektual dan politik.
Lilla meneroka di sebalik kegelapan orang berpikir dalam dunia
poli-tik. Politik bukan sahaja alat un-tuk mencapai keadilan,
tetapi di tahap bahayanya adalah sebaha-gian daripada ancaman
terhadap keadilan itu sendiri.
Politik dan orang berfikirUlasan buku
-
8JUN 2014
EDISI BAHASA MALAYSIA
Nama (seperti dalam IC) :Jantina : Pekerjaan :No IC :Alamat
:
Tel (H/O) : (HP):Emel :
Butir Peribadi
Cek Kiriman Wang Pos No Slip Bank Masuk
Cawangan Bank:
Jumlah Bayaran: RM
Kad Kredit
Nama atas Kad Kredit:
Visa Master Bank Pengeluaran Kad :
Negara Pengeluaran Kad:
Jumlah Bayaran: RM No. Kad Kredit:
Tandatangan Pemegang Kad: _______________________
Saya ingin membuat langganan secara automatik. (Hanya untuk
pengguna kad kredit)
Saya sudah baca, faham dan setuju dengan semua Syarat.
Butir Bayaran
Syarat-syarat: * Jangan menghantar tempahan dengan WANG TUNAI.
Borang langganan akan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja
* Dengan ini, saya membenarkan bank yang dilantik oleh Genta
Media untuk mendebitkan akaun kad kredit saya untuk langganan
ini.
12 isu (RM12) 24 isu (RM 24) * termasuk bayaran pos
Jenis Langganan Baru Membaharui No Ahli : ____________
Sila bayar atas nama ‘Genta Media Sdn Bhd’ Bank: Public Bank
Berhad No. Bank Akaun: 3159 1216 32
BORANG LANGGANAN THE ROCKET (EDISI BM)
Sila hantarkan borang langganan kepada alamat berikut:Genta
Media Sdn BhdBlok A, Tingkat 2, Wisma Wenworth KL, Jalan Yew Off
Jalan Pudu, 55100, Kuala Lumpur. Tel: 03-9281 8105 Faks: 03-9281
8104 Emel: [email protected]
Terbitan: DAP Malaysia, Ibu Pejabat Kebangsaan, Jalan Yew Off
Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur. Tel: +603-9200 5000 Faks: +603-9200
7000
The Rocket Edisi Bahasa Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri
Pulau Pinang, yang telah memberi sumbangan bahan bertulis dan
bergambar.
Oleh IZMIL AMRI
Hutang negara kini berada pada ta-hap 53.8% daripada KDNK,
sekadar kurang 1.2% daripada kadar hutang yang dibenarkan
undang-undang. Bererti nisbah hutang negara kepada KDNK sudah lebih
daripada separuh.
Negara yang ekonominya sedemikian rupa boleh dibandingkan dengan
rakyat- nya yang siang malam membanting tulang bekerja hanya untuk
membayar hutang-hutang kereta, rumah dan sebagainya. Kata pepatah
moden, “Gaji, dari bank kau datang, kepada bank kau kembali.”
Dalam keadaan ekonomi sedemikian, Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak membuat keputusan untuk menubuhkan 1Malaysia
Development Berhad, sejajar dengan penjenamaan semua benda den-gan
kalimat 1Malaysia. 1MDB disebut se-bagai makhluk hybrid antara dana
keka-yaan negara dan syarikat pelaburan swasta.
Di seluruh dunia, dana kekayaan negara seperti 1MDB dimulakan
dalam keadaan sesebuah negara itu tidak mempunyai ban-yak hutang.
Ia ditubuhkan dengan dana daripada belanjawan lebihan dan selalu-
nya apabila sesebuah negara itu bergan-tung kepada eksport barang
mentah sep-erti minyak.
Kini, 1MDB pula dibebani hutang bernilai lebih RM30 bilion dan
sebahagian dari-padanya dijamin oleh Kerajaan Malaysia.
1MDB pada mulanya wujud sebagai Terengganu Investment Authority
dan ia kini mempunyai hanya tiga bidang niaga, iaitu Tun Razak
Exchange, Bandar Malaysia dan penjanaan kuasa elektrik.
Dua daripada operasi 1MDB itu boleh dilihat oleh mereka yang
selalu mengguna-kan lebuhraya Sungai Besi menuju ke pusat bandar.
Satunya belum nampak rupa di lapangan terbang TUDM di Sungai Besi
itu,
disebut dalam laman web 1MDB sebagai Bandar Malaysia, manakala
satu lagi letak-nya berhampiran Bulatan Pandan mengha-la ke pusat
bandar – kawasan yang berpa-gar tetapi kosong yang mulanya
dipanggil KL International Financial District tetapi kini diberi
nama Tun Razak Exchange.
Dua tapak tanah ini menjadi pengeras kepada pinjaman dan hutang
ditanggung 1MDB yang sehingga kini mempunyai liabil-iti lebih USD13
bilion dan sekadar mampu menghasilkan sekitar RM860 juta daripada
operasi tahunan yang tidak pun cukup un-tuk menampung faedah
pinjaman USD1.62 bilion. Reuters melaporkan bahawa 1MDB sepatutnya
rugi RM1.85 bilion, namun dise-lamatkan oleh penilaian semula
hartanah-nya yang bernilai RM2.7 bilion.
KLIFD atau Tun Razak Exchange adalah sebuah rancangan
pembangunan hartan-ah seluas 34.4 hektar secara usahasama antara
1MDB dan Mubadala Development Company, sebuah syarikat berpusat di
Abu
Dhabi. Upacara pecah tanah Razak Exchange ini
telah dijadualkan lebih empat tahun lalu. Jemputan ke majlis
gilang-gemilang yang bakal dirasmikan Najib Razak dan Syeikh
Mohammed bin Zayed Al-Nahyan, putera mahkota Abu Dhabi, disampaikan
kepa-da beberapa orang kenamaan dan pihak media. Namun pada
saat-saat akhir majlis pecah tanah tersebut, pihak media
dimak-lumkan bahawa acara tersebut dibatalkan, tanpa sebarang
alasan. Yang tinggal seka-rang hanyalah pagarnya sahaja.
Dalam jangkamasa sama juga 1MDB turut menandatangani usahasama
pem-bangunan hartanah bersama Qatar Invest-ment bagi tapak yang
kini merupakan lap-angan terbang TUDM di Sungai Besi. Tanah milik
kerajaan seluas 196 hektar itu akan dipindahkan ‘dari tangan kanan
ke tangan kiri’ dan akan digunakan untuk pembangu-nan bercampur
demi meningkatkan nilai hartanah terbabit.
Semua ini bunyinya hebat dan indah se-kali sehinggalah kita
mempertimbangkan masalah kewangan yang sedang dihadapi syarikat
pelaburan negara ini.
Dalam sidang Parlimen Oktober tahun lalu, Perdana Menteri gagal
menjawab so-alan yang diutarakan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng
tentang status jaminan ker-ajaan terhadap pinjaman-pinjaman 1MDB
yang sehingga takat tersebut berjumlah lebih RM38 bilion. Najib
sekadar menjawab bahawa kerajaan tidak menjamin keseluru-han
pinjaman 1MDB, tetapi cuba RM5 bil-ion sahaja.
Syarikat ini kemudiannya dilaporkan ber-jaya memperolehi
penangguhan terhadap pinjaman sementaranya dari Maybank Investment
Bank sebanyak RM6.1 bilion sementara ia mengaturkan tawaran
per-mulaan awam (IPO) bagi mengumpulkan dana bagi aset janakuasanya
untuk mem-
bayar hutang-hutang berkenaan. Pinjaman Maybank tersebut kini
harus dilangsaikan menjelang November 2014.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua giat mendedahkan
beberapa aktiviti kerajaan yang nampaknya cuba memberi nyawa kepada
syarikat milik penuh ker-ajaan yang menanggung hutang sebesar
gunung ini. Antara aktiviti tersebut ter-masuklah penganugerahan
tender loji janakuasa tenaga solar yang bakal menye-diakan elektrik
untuk dibeli oleh Tenaga Nasional Berhad dan seterusnya disalur-kan
kepada rakyat yang akhirnya terpaksa menanggung bil elektrik lebih
tinggi demi memastikan 1MDB mampu membayar hutangnya.
Yang menjadi kerunsingan kita setakat ini ialah perihal syarikat
ini yang meski kelihatan seperti sebuah syarikat swasta, sebenarnya
adalah syarikat milik penuh kerajaan. Setelah itu, meski pun
kerajaan menjamin hanya sebahagian kecil daripada hutangnya yang
menggunung, persoalan yang lebih penting ialah siapa pula yang
menjamin hutang-hutangnya yang lain itu, dan bila pula 1MDB akan
mampu melang-saikan kesemua hutang-hutangnya?
Adakah rakyat Malaysia akhirnya akan terpaksa menjadi pak
sanggup untuk mem-bantu melangsaikan hutang-hutang ini secara
berjemaah melalui perbelanjaan sehari-hari dan cukai GST yang bakal
dilak-sanakan tahun depan?
Umum tahu bahawa sebuah kerajaan yang kaya tidak perlu
mengenakan ber-macam-macam cukai ke atas rakyat, manakala kerajaan
yang tidak cukup duit akan giat mencukai rakyat demi mengisi
kelompangan dalam pengurusan kewan-gannya yang gagal.
Gali lubang, tutup lubang. Cumanya lubang 1MDB ini barangkali
tidak akan per-nah mampu dikambus lagi.
1MDB: Rakyat bakal jadi pak sanggup?Meski pun kerajaan menjamin
hanya sebahagian kecil daripada hutangnya yang menggunung,
persoalan yang lebih penting ialah siapa pula yang menjamin
hutang-hutangnya yang lain itu, dan bila pula 1MDB akan mampu
melangsaikan kesemua hutang-hutangnya?
UTAMA
Dicetak oleh: