KANDUNGAN
KANDUNGAN
No.Isi KandunganMuka surat
Isi Kandungan
1.0Pengenalan1
2.0Latar Belakang murid 2-3
2.1Perbezaan Pencapaian Akedemik Penggal ke-24
3.0Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian murid5
3.1 faktor endogen (baka)5
3.1.1 kesihatan pelajar5
3.1.2 pemakanan6
3.1.3 faktor eksogen (persekitaran)7
3.2 faktor baka8
3.3 faktor persekitaran9
3.4 faktor yang mempengaruhi pembelajaran10
3.4.1 kecderdasan10
3.4.2 ingatan dan lupaan11
4.0Langkah-langkah yang boleh diambil guru untuk pelajar
lemah12
4.1Mengadakan aktiviti simulasi dan main peranan12
4.2Menubuhkan kumpulan bimbingan rakan sebaya13
4.3 Menempatkan pelajar tersebut duduk bersama pelajar
beakademik
baik14
4.4 Menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang
menarik14
5.0Kesimpulan15
6.0Lampiran-keputusan Pelajar A Dan Pelajar B 201316-17
Rujukan18
HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN1.0Pengenalan
Menurut Alfred Binet,Theodore dan Guiford (Borich &
Tombari,1997),kecerdasan adalah diwarisi dan tidak dapat
dipertingkatkan melalui pengajaran.Manakala Howard Gardner et
al(1996)pula tidak bersetuju dengan pendapat mereka.Beliau
berpendapat bahawa kecerdasan yang diwarisi boleh dipertingkatkan
melaui proses pembelajaran serta menyediakan persekitaran yang
kondusif membolehkan pembelajaran yang berkesan berlaku.
Helen Bee(1995) pula mengatakan sahsiah adalah diwarisi daripada
ibu atau bapa melalui baka.Menurut beliau,tret personaliti adalah
diwarisi daripada ibu bapa dan ia berkekalan pada individu
sepanjang hayatnya.Kajian Loehlin,1992,Plomin,1994
dalam(Shaffer,1999)mengatakan sebahagian besar dimensi personality
adalah mewarisi baka.Contohnya,seseorang yang berpersonaliti
ekstrovert lebih suka bersosial dan selalu menunjukkan
kegembiraannya jika dibandingkan dengan yang berpesonaliti
introvert yang suka berseorangan,pemalu dan kurang selesa bergaul
dengan orang ramai.
Dalam tugasan ini,satu kajian telah dijalankan ke atas dua orang
murid sekolah rendah.Seorang murid berakademik baik,manakala
seorang lagi berakademik lemah.Tugasan ini mengkaji sejauh manakah
factor-faktor tertentu mempengaruhi pencapaian akademik kedua-dua
orang murid tersebut berpandukan teori-teori Psikologi Pendidikan
dan disokong dengan kajian-kajian yang dijalankan.,
Berikut adalah latar belakang dua orang pelajar yang dipilih
untuk menjalankan kajian ini.
2.0Latar belakang dua orang murid sekolah rendah yang dipilih
untuk kajian.
2.1 Perbezaan Pencapaian Akedemik Penggal ke-2
Mata pelajaran /
Nama MuridPang Yong JunPhang Kok Chiang
Bahasa Cina
(Kefahaman)74% (B)27% (D)
Bahasa Cina(Penulisan)81.6% (A)32% (D)
Bahasa Malaysia(Kefahaman)78 % (B)30% ( D)
Bahasa Malaysia(Penulisan)82.8% (A)26% (D)
Bahasa Inggeris 86.6% (A)17.6% (E)
Matematik94% (A)19.4% (E)
Sains 88.2% (A)22.4% (D)
3.0Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik3.1Faktor
Endogen (Baka)
(Buss&Plomin,1997)mengatakan bahawa individu akan mewarisi
sifat fizikal ibu bapanya seperti ketinggian, bentuk badan, warna
kulit, warna mata, warna rambut,temperamen dan sebagainya.Ini
menunjukkan bahawa faktor Endogen memainkan peranan yang penting
dalam perkembangan manusia,terutamanya dari segi pencapaian
akademik pelajar.
3.1.1Kesihatan pelajar
Jika dikaji dari segi kedatangan pelajar ke sekolah,didapati
pelajar A jarang ponteng atau tidak menghadiri kelas manakala
pelajar B sering tidak hadir.Selepas ditanya ,pelajar B memberitahu
guru bahawa dia telah jatuh sakit , pelajar B menghidap menyakit
Ashma sejak kecil.
Ketidakhadirannya menyebabkan dia tidak dapat mengikut pelajaran
yang disampaikan oleh guru.Setelah dikaji dengan mendalam lagi,
didapati pula murid ini berasal dari keluarga miskin. Dia mempunyai
enam orang adik-beradik. Bapanya bekerjar sebagai buruh kasar,
tetapi kerjanya tidak tentu, kebanyakan masa dia mengganggur di
rumah. Ibunya mengatakan bahawa semasa dia mengandung,dia kurang
makan makanan yang seimbang.Tambahan pula,ibunya mengidap penyakit
darah tinggi.Kesihatan ibu yang kurang cergas akan diwarisi oleh
anaknya.
Menurut Shryock(1991),ibu yang mengandung mesti menjaga
kesihatannya dengan memakan makanan yang seimbang.Selain
itu,penggunaan gula dan garam harus dikurangkan untuk mengelakkan
penyakit kencing manis,darah tinggi dan preaklamsia.Ibu yang sihat
akan melahirkan bayi yang sihat.Kesemua faktor ini akan
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar tersebut.
3.1.2Pemakanan
Pelajar B biasanya tidak bersarapan ke sekolah manakala pelajar
A pergi ke sekolah lepas bersarapan.. Didapati Pelajar B tidak
dapat menumpukan perhatian dan tidak berdaya semasa sesi kelas
dijalankan jika dibandingkan dengan pelajar A.Pelajar B sentiasa
mengantuk semasa aktiviti-aktiviti kelas diadakan.Dia tidak mahu
menyertai kegiatan kumpulan.
Pemakanan yang seimbang dan cukup dapat membekalkan keperluan
seharian manusia untuk menjalankan aktiviti harian dan membantu
kanak-kanak memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna. Zat
makanan yang tidak mencukupi akan menyebabkan tumbesaran terbantut
dan kadar perkembangan otak lambat.
3.1.3Faktor Eksogen (Persekitaran)
Rahil dan Habibah(2002)yang memetik pernyataan Penteori
behaviorisme,Watson(1878-1958),iaitu:
Give me a dozen healthy infants,well-formed,and in my own
special world to bring them up in and Ill guarantee to take any one
at random and train him to become any type of specialist I might
select-doctor,lawyer,artist,merchant,chief ,and yes,even beggarman
and thief,regardless of his
talents,penchants,tendencies,abilities,vocations and race of his
ancestors
Menurut Rahil &Habibah(2002),persekitaran merupakan segala
rangsangan yang mempengaruhi perkembangan individu.Coon(2000)pula
mengatakan persekitaran ialahThe sum of all external conditions
affecting development,especially the effects of learning.
(a) Keluarga
Menurut Baumrind(1995), otoritatif merupakan cara asuhan yang
paling efektif,iaitu memberi kebebasan kepada anak untuk berkembang
tetapi meletak batasan untuk diikuti.Sebenarnya,ibu bapa
mempengarhi pembentukan sahsiah anak-anak mereka.Menerusi temubual
dengan pelajar B,saya mendapati keluarganya tidak menitikberatkan
pelajarannya.Selalunya saya mendapati pelajar tersebut tidak
menyiapkan kerja rumahnya pada masa yang ditentukan.
Menurutnya,ibubapanya sibuk membuat kerja,tiada masa menemani
dia atau memberi tunjuk ajar kepada dia. Lagipun ibu bapanya tidak
berpendidikan tinggi .Ibu bapa yang kurang prihatin terhadap
pelajaran anak-anak menyebabkan anak-anak hilang panduan pada
hakikatnya,umur ini memerlukan tunjuk ajar daripada keluarganya.
Pelajar B hanya bergantung kepada kakak sulung yang belajar di
tingkatan 3 untuk membimbing pelajarannya pada masa lapang ( kakak
sulungnya kerja sebagai pembantu kedai selepas masa persekolahan,
hanya balik lepas pukul 9 malam.)
Manakala ibu bapa pelajar A pula sangat mementingkan
pelajarannya,selalu merujuk kepada guru perkembangan yang terkini
berkenaan dengan anaknya. Mereka juga membimbing anaknya di rumah
setiap malam dan menghantar Pelajar A ke pusat tuisyen. Ini jauh
berbeza dengan kelakuan yang ditunjukkan oleh ibu bapa pelajar
B.
Kanak-kanak yang diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan
mengalami perkembangan potensi,tingkah laku dan emosi dengan
sempurna.
(b) Tempat tinggal
Didapati jarak tempat tinggal pelajar B dengan sekolah lebih
kurang 6 km. Pelajar B hendak menaiki bas sekolah ke sekolah dan
begitu juga semasa pulang. Tempat tinggal juga merupakan salah satu
faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia daripada segi
pembelajaran dan gaya kehidupannya.
Pada kebiasaannya,individu yang tinggal di kawasan bandar lebih
beroptimistik ,terbuka fikirannya dan bercita cita melanjutkan
pelajarannya ke luar negeri jika dibandingkan dengan individu yang
tinggal di kawasan luar Bandar.Pelajar B tinggal di kawasan RPR di
mana penduduk kawasan itu dari golongan pendapatan rendah dan
kurang mengambilberat pengajaran anak-anak mereka.
Manakala pelajar A pula tinggal di kawasan perumahan mewah.
Ibu-bapanya guru sekolah menengah. Mereka lebih mementingkan
pencapaian akedemik jika dibandingkan dengan pelajar B.Mereka
mempunyai pengangkutan sendiri untuk menghantar anak-anak mereka ke
sekolah dan kelas tuisyen. Pelajar B yang berasal dari keluarga
miskin tidak mempunyai kenderaan sendiri dan keluarganya pun tidak
mampu menghantarkannya ke kelas tuisyen.Ini merupakan salah satu
faktor yang menyebabkan pelajar B berakademik lemah.
3.2 Faktor Baka
Menurut Borich dan Tombari(1997),perbezaan individu
ialahIndividual diffences are the variations we observe among
members of any group in a particular characteristic,such as
temperament,energy level,friendship patterns and parent-child
attachement.
Daripada definisi di atas,jelas mengatakan bahawa perbezaan
individu adalah variasi yang boleh diperhatikan daripada ciri-ciri
tertentu seseorang individu seperti temperaman,tahap tenaga,pola
persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anaknya.
Didapati pelajar B mudah marah,tidak tabah,stail pertuturan yang
kurang bersopan-santun dan pemalu. Sebenarnya,temperaman merupakan
tret personality,emosionaliti dan pola tingkah laku yang sebahagian
besarnya diwarisi daripada ibu bapanya.
Selain itu,didapati pelajar B kurang bertenaga ,berastamina atau
mudah penat semasa kegiatan sukan dijalankan.Ini bermaksud tahap
tenaga pelajar ini agak rendah daripada pelajar lain.Faktornya
mungkin disebabkan oleh tahap tenaga yang diwarisi oleh ibu bapa
rendah.
Di samping itu,didapati pelajar B mempunyai pola persahabatan
pencilan,iaitu dia tidak memilih sesiapa sebagai sahabatnya dan
orang lain pula tidak ada memilihnya sebagai sahabat.
Dia tidak suka bermain dan tidak berinteraksi dengan orang lain
atau tidak aktif di dalam ko-kurikulum atau kesenian.Ini mungkin
disebabkan oleh pola yang diwarisi ibu bapanya.Semasa saya bertemu
dengan bapa pelajar B,didapati bapanya tidak bertegur sapa dengan
saya walaupun saya mengucapkan selamat pagi dengannya.Ini
menunjukkan pola persahabatan ibu bapa telah mempengaruhi
anaknya.
Manakala pelajar A pula,dia mempunyai sepasang ibu bapa yang
menitikberatkan pelajarannya bahkan tatasusilanya dipentingkan
juga.Ibu bapanya akan menegur sapa dengan guru dengan senyuman yang
mesra.Ini telah mempengaruhi pola persahabatan anaknya.Anaknya
iaitu pelajar A suka berinteraksi dengan kawan lain,aktif dalam
ko-kurikulum.Oleh itu,dia mempunyai lebih ramai kawan jika
dibandingkan dengan pelajar B. Pelajar A merupakan Johan
pertandingan Ping Pong dan tempat Ke-3 pertandingan Bahasa Inggeris
pada tahun 2013.3.3 Faktor Persekitaran
Faktor persekitaran juga merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan seseorang
individu.Menurut Papalia (2001),persekitaran adalah perkara bukan
genetik yang banyak mempengaruhi seseorang individu.
Ini jelas dilihat melalui pelajar B.Didapati pelajar B kurang
mesra dengan kedua ibu bapanya.Bentuk asuhan keluarganya berbentuk
abaikan iaitu tiada penglibatan keluarga.Ibu bapanya sibuk dengan
hal lain manakala anaknya diabaikan.Mereka langsung tidak sedar
akan kelakuan anaknya di sekolah atau di rumah.Mereka sentiasa
tidak peka terhadap kehidupan anaknya iaitu bertindak permisif.
Bentuk asuhan begini telah menyebabkan anak mereka kurang kemahiran
bersosial dengan orang lain.Kebebasan yang diberi tiada batasan
sehingga tidak bermotivasi untuk belajar.
Manakala pelajar A pula mempunyai sepasang ibu bapa yang
menitikberatkan pelajarannya .Mereka selalu mesra dengan anak
mereka.Mereka sentiasa berkomunikasi secara lisan dengan anak
mereka.Mereka menggalakkan anak-anak mereka berdikari,memberi
keyakinan kepada anak mereka di samping memberi sedikit kawalan
tentang tingkah laku anak-anak. Mereka juga menitikberatkan
perkembangan anaknya secara menyeluruh seperti mengajar anak mereka
mematuhi peraturan ,berdisiplin dan sebagainya.
Didapati pelajar A sentiasa menunjukkan personaliti yang positif
,bersosial baik dengan kawan lain dan mempunyai harga diri yang
baik.Faktor yang positif ini telah mempengaruhi pencapaian pelajar
A sehingga mencapai akademik yang cemerlang.
3.4 Faktor yang mempengaruhi pembelajaran
Didapati pelajar B tidak berminat tentang apa yang disampaikan
oleh guru. Kadang-kala,dia diam berseorangan atau tidak menunjukkan
minat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan.Ini mungkin
disebabkan oleh gaya pengajaran guru yang kurang menarik dan
membosankan.Selain itu,isi kandungan yang disampaikan oleh guru
mungkin kurang sesuai dengan tahap pertumbuhan dan
perkembangannya.
3.4.1Kecerdasan
Menurut Piaget(1950),kecerdasan adalah kebolehan individu
berfikir atau menaakul dalam usahanya untuk menyesuaikan diri
dengan persekitaran.Didapati pelajar B mempunyai kecerdasan
logic-matematik kerana dia mempunyai pencapaian yang tertinggi
antara semua subjek yang dipelajarinya.Ini mungkin disebabkan dia
mahir memanipulasikan nombor dan pengiraan.Dia berkeupaya
menyatakan sesuatu secara deduktif atau induktif serta mampu
menggunakan corak-corak abstrak dan perhubungannya.
Selain itu,didapati pelajar B kurang mempunyai kecerdasan
bahasa-linguistik.Ini jelas dilihat daripada pencapaian akademiknya
yang bermarkah rendah seperti matapelajaran Bahasa Malaysia,Bahasa
Cina dan Bahasa Inggeris.Inimungkin disebabkan kekurangan membaca.
Kita mesti memupukkan tabiat membaca sejak kecil .Menerusi sikap
suka membaca, pengetahuan kita akan bertambah dengan penambahan
kosa kata yang dipelajari. Pelajar B ini berakademik rendah dalam
matapelajaran bahasanya mungkin disebabkan keluarganya tidak mampu
membeli buku bacaan,kamus dan sebagai untuknya. Tambahan
pula,keluarganya tidak menitikberatkan pelajarannya.
Manakala pelajar A pula,dia banyak membaca suratkhabar, buku
cerita, majalah dan sebagainya. Semasa mengalami kesulitan atau
kesusahan, ibu bapanya akan menolongnya atau mencari akal untuk
menyelesaikannya. Weshler(1975)mengatakan kecerdasan adalah
kebolehan seseorang memahami alam sekitarnya,dirinya dan kepakaran
yang dimilikinya untuk membantunya menghadapi cabaran hidup.
3.4.2 Ingatan dan lupaan
Ingatan merupakan maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka
panjang.Sebenarnya,maklumat ini boleh dikeluarkan semula jika
dikehendaki yang melibatkan proses pengkodan,penyimpanan dan
pengeluaran(Melton,1963,dalam Roediger III,ms262).Menurut
beliau,pengkodan merupakan proses mendapatkan maklumat manakala
penyimpanan pula ialah proses menyimpan maklumat dan terbentuknya
memory trace.Pengeluaran pula merupakan pengeluaran dan penggunaan
maklumat dalam simpanan otaknya.
Lupaan pula merujuk kepada kegagalan seseorang untuk
mengingatkan sesuatu yang pernah dalam memorynya. Menurut
Slavin(1997), kegagalan mengingatkan sesuatu mungkin disebabkan
maklumat belum sempat diproses dan disimpan dalam ingatan jangka
panjang.
Pelajar B berakademik rendah mungkin disebabkan keusangan.
Maklumat yang didapati hilang atau lupa disebabkan peredaran masa,
kurang membuat ulangkaji dan sebagainya.Selain itu,minat terhadap
matapelajaran tersebut juga akan mempengaruhi
pencapaiannya.Misalnya,pelajar biasanya akan mengingati fakta dalam
jangka masa yang panjang bagi matapelajaran yang mereka minati.
4.0.Langkah-langkah yang boleh diambil guru untuk pelajar yang
lemahSaya akan mencalonkan pelajar B untuk menyertai program RMT di
sekolah kerana di bawah Rancangan makanan yang dilancarkan oleh
kerajaan untuk murid dari keluarga miskin, diharap pelajar dapat
makan makanan yang seimbang.Dengan adanya badan yang sihat ,pelajar
B dapat mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru
4.1 Mengadakan aktiviti simulasi dan main peranan
Menurut Borich dan Tombari(1997),Pendekatan pembelajaran
konstruktivisme menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina
kefahaman terhadap pelajaran yang dipelajarinya dengan mewujudkan
jaringan dan hubungan antara fakta dan ideanya.Dalam hal
ini,pelajar hendaklah memainkan peranan yang aktif untuk memahami
terhadap pelajaran yang dipelajarinya.
Saya sebagai guru pelajar B akan memberi peluang dan mengalakkan
pelajar tersebut mengemukakan pandangannya tentang sesuatu topik
yang telah dipelajari atau berkongsi persepsi dengan
kawan-kawannya. Selain itu,saya juga akan mengadakan aktiviti
simulasi dan main peranan untuk mengalakkan pelajar B mengambil
bahagian untuk memberi peluang kepada dia menubuhkan keyakinan
terhadap dia sendiri dan mendorong dia terus belajar.
Menurut Woolfolk(1998),Constructivist perpectives-View that
emphasizes the active role of the learner in building understanding
and making sense of information.Dari pernyataan atas,jelas bahawa
mengikut teori pembelajaran konstraktivisme,pelajar perlu mengambil
bahagian dengan aktif dalam usaha memahami dan memberi makna kepada
maklumat yang dipelajari.Seterusnya,menghubungkannya dengan
maklumat terdahulu yang telah diasimilasinya,dan menjadikan
maklumat tersebut miliknya dengan membina kefahaman atau membuat
interpretasi ke atas maklumat tersebut(Cheek,1992)Selain itu,saya
juga akan melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar.Reka bentuk
pengajaran bermodel ASSURE akan diaplikasikan seperti memilih
kaedah dan media yang sesuai dengan tahap pelajar B.Selain
itu,pelajar B juga digalakkan merenung kembali setiap pelajaran
yang dipelajari dengan membuat latihan berbentuk latih tubi,
memintanya menghubungkaitkan idea asal dengan idea yang baru
dipelajari.
4.2 Menubuhkan kumpulan bimbingan rakan sebaya
Pengaruh Persekitaran yang negatif dari ibu
bapa,keluarga,masyarakat atau media massa yang tidak peka dan
prihatin menyebabkan pelajar B tidak dapat menumpukan perhatian
terhadap pelajarannya.Berkaitan dengan persoalan ini,saya sebagai
gurunya akan kenal pasti dahulu punca masalah berkenaan.Lepas
itu,saya akan menganalisis tingkah laku yang negatif serta cuba
memahami secara mendalam faktor-faktor yang menyebabkan persoalan
itu..
Seterusnya,saya akan mengadakan sesi bimbingan untuk menimbulkan
kesedaran bahawa tingkah laku agresif tidak
menguntungkan.Seterusnya, saya akan menumbuhkan bimbingan rakan
sebaya dan mewujudkan persekitaran kelas yang mengukuhkan tingkah
laku positif seperti menggunakan pelajar-pelajar yang popular untuk
menunjukkan tingkah laku model untuk membantu pelajar B
menyelesaikan kesulitan-kesulitan yang dihadapi olehnya.
Saya akan membentukkan kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada
pelajar yang pandai dan pelajar yang lemah supaya pelajar lemah
seperti pelajar B dapat meniru tingkah laku pelajar yang pandai,
dan seterusnya meningkatkan pencapaiannya.
Menurut Skinner(1953),gerak balas boleh diperkuatkan atau
dihapuskan,jika diberikan peneguhan sebaik saja gerak balas
ditunjukkan.Peneguhan positif akan digunakan kepada pelajar B jika
tingkah laku yang positif ditunjukkan.Peneguhan positif ini
merupakan ganjaran untuk memotivasikan pelajar B setelah dia
melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan.Ganjaran yang
diberikan boleh berbentuk ,kepujian, hadiah,tepukan,senyuman dan
sebagainya.
Bagi pelajar B,saya mengambil keputusan memberikan cop kepadanya
sebagai ganjaran.Sebaliknya,saya akan tolakkan copnya jika dia
melakukan kesalahan.Cop yang dikumpul sampai bilangan yang
ditetapkan akan diberi hadiah.
4. 3 Menempatkan pelajar tersebut duduk bersama pelajar
berakademik baik
Menurut teori Bandura(1963),pembelajaran melalui pemerhatian
merupakan pembentukan asas tingkah laku manusia.Melalui pemerhatian
terhadap proses dan hasil perubahan tingkah laku orang
lain,individu tersebut secara tidak langsungnya akan mempelajari
tingkah laku tersebut.Proses tiruan melalui proses elisitasi timbul
apabila melihat perlakuan orang lain.Contohnya,apabila pelajar B
melihat pelajar lain yang berakademik baik mendapat pujian atau
hadiah,lalu timbul keinginan dalam dirinya untuk mendapatkan
prestasi yang baik.
Saya akan menempatkan pelajar B duduk bersama pelajar yang
berakademik baik.Melalui proses peniruan,diharap pelajar B dapat
memerhatikan pelajar berakademik baik , dari segi cara atau gaya
belajar , sikap semasa guru menyampaikan pelajaran dan sebagainya
.Saya berharap palajar B akan cuba meniru perlakuan model tersebut.
Lepas itu,pelajar tersebut akan menyimpan kelakuan atau
langkah-langkah yang dibuat oleh model itu ke dalam
ingatannya.Pelajar itu akan melakukan tingkah laku yang ditiru itu
pada situasi yang sesuai.Sekiranya,tingkah laku yang diperlihatkan
itu menerima peneguhan positif daripada orang lain,peniruan itu
akan mengulangi.
4. 4 Menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang
menarik
Mengenai Pelajar B yang berakademik lemah,dan mempunyai kendiri
yang rendah,saya akan menyediakan satu sistem pembelajaran yang
bermula daripada peringkat asas iaitu dari mudah ke rumit.Ini dapat
memastikan pelajar tersebut menguasai kemahiran yang disampaikan
oleh guru dan tidak ketinggalan
Untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, saya
akan merancangkan pengajaran saya dengan meliputi lapan fasa
pengajaran yang berinteraksi dengan lapan fasa pembelajaran.
Pada permulaannya, saya akan mengaktifkan motivasi,lepas
itu,saya akan memberitahu muri-murid berkenaan objektif
pembelajaran hari tersebut.Saya akan menayangkan visual atau gambar
untuk menarik perhatian murid.Seterusnya,saya akan menolong murid
meransang ingatan mereka.
Di samping itu,saya akan menyediakan panduan pelajaran dan
menyampaikan isi kandungan pelajaran hari tersebut. Lepas itu,saya
akan menolong murid membuat peyimpanan. Saya akan menolong murid B
mengingati isi pelajaran yang disampaikan oleh cikgu ke dalam
otaknya .
5.0 Kesimpulan
Berdasarkan tugasan yang telah saya siapkan ini,saya lebih
berpendapat bahawa pencapaian akademik seseorang baik atau lemah
dipengaruhi oleh faktor persekitaran iaitu faktor eksogen.
Menurut NAEYC(National Association For the Education of young
Children),perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh
persekitaran yang melingkungi rumah dan sekolah iaitu perkaitan ibu
bapa dengan rumah,guru dengan sekolah.Ini jelas menunjukkan bahawa
faktor persekitaran memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan manusia.Contohnya,walaupun seseorang individu membawa
baka yang kurang cerdas daripada ibu bapanya tetapi dia mempunyai
keadaan yang mendorong perkembangannya seperti mempunyai guru yang
bertanggungjawab,rakan yang suka maju,iklim bilik darjah yang
kondusif akan mendorong individu tersebut terus maju jika dia
berusaha bersungguh-sungguh dan mendapat bantuan daripada rakan
sebaya semasa mengalami kesulitan.
Selain itu,guru juga haruslah membuat persediaan mengajar yang
mencukupi seperti menyediakan bahan yang berlainan dan sesuai
dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan murid-murid untuk
menyeronokan dan menarik minat murid-murid.
6.0 Lampiran-keputusan Pelajar A Dan Pelajar B 2013Pelajar A
Pelajar B
Rujukan
Bandura , A. (1986 ) . Social foudations of thought and action :
A social cognitive theory .
Englewoods Cliffs , NJ : Prentice Hall .
Berk , E. L. (1989 ). Child development , Boston : Allyn &
Bacon .
Ee Ah Meng.(1996).Psikologi Pendidikan 1: psikologi perkembangan
(semester 1).Shah
Alam.Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Kamarudin Hj. Husin.(1993).Pedagogi 3.Penggunaan psikologi dalam
bilik darjah.Petaling
Jaya:Longman Malaysia.
Mahmood Nazar Mohamed.(1990).Pengantar psikologi satu pengenalan
asas kepada jiwa dantingkah laku manusia, Kuala Lumpur.Dewan Bahasa
Pustaka.
Sang M.S.(2001).Psikologi Pendidikan untuk kursus Diploma
Perguruan Semester1.Selangor.Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Slavin,R.E.(1997).Educational psychology,Theory and Practice.5th
ed.Boston:Allyn and bacon.
Sharifah Alwiah Alsagoff.(1987).Psikologi pendidikan 1.Longman
Malaysia Sdn Bhd.
Biodata Murid A
Nama:Pang Yong Jun
Jantina:Lelaki
Tarikh Lahir:10-05-2002
Tempat Lahir:Kuching
Umur:11 tahun
Darjah:5
Keturunan:Cina
Agama:Buddha
Ketinggian:149 cm
Berat Badan:46kg
Alamat rumah:No.313,Lorong 10B,Taman Paradise,Batu 9 ,Jalan
Penrissen
Bilangan adik beradik: 4 orang (4 orang lelaki)
Anak keberapa:Ketiga
Jarak rumah dan sekolah:2 km
Kenderaan ke sekolah:Kenderaan sendiri
Kelakuan:A
Pekerjaan Bapa:Guru Matematik Tambahan sekolah menengah
Pekerjaan Ibu: Guru Bahasa Melayu sekolah menengah
Kesihatan:Baik
Bahasa Pertuturan di rumah:(i)Mandarin (ii)Bahasa Inggeris
Kehadiran :195/195 hari
Biodata Murid B
1.Nama:Phang Kok Chiang
2.Jantina:Lelaki
3.Tarikh Lahir:25-11 -2002
4.Tempat Lahir:Kuching
5.Umur:11 tahun
6.Darjah:5
7.Keturunan:Cina
8.Agama:Buddha
9.Ketinggian:137 cm
10.Berat Badan:35 kg
11.Alamat rumah:No.56, Lorong 13B RPR Jalan Landeh , Kuching
12. Bilangan adik beradik: 6 orang (5 orang perempuan dan
seorang lelaki)
13.Anak keberapa:Ke-lima
14.Jarak rumah dan sekolah:6 km
15.Kenderaan ke sekolah:Bas sekolah
16.Kelakuan:B
17.Pekerjaan Bapa:Buruh kasar (tidak tentu)
18. Pekerjaan Ibu: Suri rumah tangga
19esihatan:Ashma
20.Bahasa Pertuturan di rumah:(i)Hakka (ii)Mandarin
21. Kehadiran :185/195 hari
- 19 -