-
PULAU PINANG, 5 Oktober 2016 – Bukit Bendera, salah satu tarikan
pelancongan berkonsepkan alamsemulajadi di negeri ini berpeluang
tinggi diiktiraf sebagai Rizab Biosfera Pertubuhan Pendidikan,
Sainsdan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).
Ia berikutan usaha sekumpulan penyelidik Universiti Sains
Malaysia (USM) dengan kerjasama TheHabitat Penang Hills, Penang
Hills Corp, Jabatan Perhutanan Negeri dan beberapa agensi lain
yangkomited mengumpul data untuk penyediaan dosir bagi dikemukakan
kepada pihak UNESCO.
Saintis Pusat Pengajian Sains Kajihayat merangkap Pengarah Pusat
Inkubasi USM, Profesor Dr. SitiAzizah Mohd Noor berkata, Bukit
Bendera yang memiliki puncak tertinggi di Western Hills iaitu
833meter dari aras laut mempunyai keunikan biodiversiti yang amat
penting untuk dipelihara.
(https://news.usm.my)
Berita Mutakhir
search...
BUKIT BENDERA BERPOTENSI DIIKTIRAF RIZABBIOSFERA UNESCO05OCT
https://news.usm.my/
-
“Inisiatif pemuliharaan dan pemeliharaan biodiversiti ini perlu
diberi perhatian sewajarnya kerana iadilihat semakin terancam impak
dari aktiviti sosio-ekonomi manusia termasuk pertanian,
pembangunandan sebagainya.
“Bukit Bendera mempunyai kepelbagaian spesis tumbuhan dan
haiwan, antara yang unik adalah spesisorkid hutan dan pokok-pokok
konifer. Pun begitu orkid misalnya, dilihat semakin berkurangan
ataspelbagai faktor termasuk dipetik secara tidak terkawal untuk
pelbagai tujuan,” katanya.
Justeru katanya, pewartaan dalam Rizab Biosfera UNESCO
membolehkan kegiatan ekonomi berjalanseiring dengan inisiatif
pemeliharaan bagi mengekalkan biodiversiti, selain menambah data
saintifikterhadap spesis-spesis unik lain yang berpotensi
ditemui.
Beliau berkata demikian ketika sidang media sempena penganjuran
simposium The Launch: CanopyScience & Forest Conservation in
Penang di sini hari ini yang dirasmikan oleh Dekan Pusat
PengajianSains Kajihayat, Profesor Dr. Amirul Al-Ashraf
Balakrishnan Abdullah.
Yang turut hadir ialah Pengarah The Habitat Penang Hills, Reza
Cockrell.
-
Kerjasama berkenaan turut mendapat perhatian dari rakan saintis
terkemuka termasuk dari AmerikaSyarikat (USA), Australia dan Hong
Kong yang bersetuju membantu dalam pelbagai aspek
khususnyapenyediaan data saintifik dan perkongsian kepakaran.
Pembentang ucaptama yang dibawakan khas dari California Academy
of Sciences, USA, Profesor Dr.Margaret D. Lowman berkata, beliau
teruja dan komited berkongsi pengalamannya untuk menjadikanBukit
Bendera sebagai pusat penyelidikan kanopi bertaraf
antarabangsa.
Pakar ekologi kanopi yang telah banyak terlibat dalam penyediaan
laluan kanopi di serata dunia itumenegaskan, kanopi hutan adalah
sebahagian besar kawasan yang belum diterokai dan mempunyairahsia
alam tersendiri.
-
“Justeru, melalui rangkaian strategik ini memberi peluang
keemasan untuk kami di peringkat saintismenemukan pelbagai perkara
baharu yang dapat membantu dalam usaha memelihara hutan
hujankhususnya Bukit Bendera yang sangat cantik, unik dan
istimewa,” katanya.
Teks: Marziana Mohamed Alias / Foto: Mohd Fairus Md. Isa
Share This
Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public
Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains
Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected]
(mailto:[email protected])
Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia
(http://www.usm.my)
Client Feedback / Comments
(http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal.
Hakcipta Terpelihara USM 2015
http://del.icio.us/post?v=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4272-bukit-bendera-berpotensi-diiktiraf-rizab-biosfera-unesco&title=USM%20News%20Portal%20-%20BUKIT%20BENDERA%20BERPOTENSI%20DIIKTIRAF%20RIZAB%20BIOSFERA%20UNESCOhttps://digg.com/submit?phase=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4272-bukit-bendera-berpotensi-diiktiraf-rizab-biosfera-unesco&title=USM%20News%20Portal%20-%20BUKIT%20BENDERA%20BERPOTENSI%20DIIKTIRAF%20RIZAB%20BIOSFERA%20UNESCOhttps://www.facebook.com/dialog/share?app_id=925945534114813&display=popup&href=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4272-bukit-bendera-berpotensi-diiktiraf-rizab-biosfera-unesco&redirect_uri=https://news.usm.my/media/coalaweb/modules/generic/html/popup-close.htmlhttps://plus.google.com/share?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4272-bukit-bendera-berpotensi-diiktiraf-rizab-biosfera-unesco&title=USM%20News%20Portal%20-%20BUKIT%20BENDERA%20BERPOTENSI%20DIIKTIRAF%20RIZAB%20BIOSFERA%20UNESCOhttps://www.stumbleupon.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4272-bukit-bendera-berpotensi-diiktiraf-rizab-biosfera-unesco&title=USM%20News%20Portal%20-%20BUKIT%20BENDERA%20BERPOTENSI%20DIIKTIRAF%20RIZAB%20BIOSFERA%20UNESCOhttps://twitter.com/intent/tweet?text=USM%20News%20Portal%20-%20BUKIT%20BENDERA%20BERPOTENSI%20DIIKTIRAF%20RIZAB%20BIOSFERA%20UNESCO&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4272-bukit-bendera-berpotensi-diiktiraf-rizab-biosfera-unescohttps://www.linkedin.com/shareArticle?mini=true&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4272-bukit-bendera-berpotensi-diiktiraf-rizab-biosfera-unesco&title=USM%20News%20Portal%20-%20BUKIT%20BENDERA%20BERPOTENSI%20DIIKTIRAF%20RIZAB%20BIOSFERA%20UNESCOhttp://reddit.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4272-bukit-bendera-berpotensi-diiktiraf-rizab-biosfera-unesco&title=USM%20News%20Portal%20-%20BUKIT%20BENDERA%20BERPOTENSI%20DIIKTIRAF%20RIZAB%20BIOSFERA%20UNESCOhttps://www.newsvine.com/_tools/seed?popoff=0&u=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4272-bukit-bendera-berpotensi-diiktiraf-rizab-biosfera-unesco&title=USM%20News%20Portal%20-%20BUKIT%20BENDERA%20BERPOTENSI%20DIIKTIRAF%20RIZAB%20BIOSFERA%20UNESCOmailto:?subject=USM%20News%20Portal%20-%20BUKIT%20BENDERA%20BERPOTENSI%20DIIKTIRAF%20RIZAB%20BIOSFERA%20UNESCO&body=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4272-bukit-bendera-berpotensi-diiktiraf-rizab-biosfera-unescomailto:[email protected]://www.usm.my/http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp