Top Banner
0301 - 0400 0301: Bagai ayam mengeram telur. Makna: Peri keelokan, merah muka seseorang. Peribahasa ini adalah sama dengan peribahasa bernombor 300. Oleh itu saya tidak menghuraikannya. 0302: Bagai ayam naik ke surau. Makna: Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa- apa.ÜjÜŒ Sama erti: Bagai bertandang ke rumah janda. Contoh: sudah hampir dua jam Encik Abu berbual dengan Encik Ramli, tetapi belum ada tanda-tanda encik Ramli hendak mempelawanya minum. Sehinggalah ia membuat keputusan untuk balik, secawan air pun tidak dihidangkan. Keadaan yang dialami oleh Encik Abu bagai ayam naik ke surau. 0303: Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi. Makna: Seseorang yang bercakap tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan. Sama erti: 1. Membasahkan garam sendiri. 2.Buah kedempung, di luar berisi di dalam kosong. Contoh: Sentiasa memberi nasihat dan cadangan, tetapi dia sendiri tidak amalkan hinggakan keadaan kehidupan keluarganya tidak sempurna. Caranya ini bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi.
35

0301-400peribahasa

Dec 21, 2015

Download

Documents

Pushpa Rani

bahasa malaysia
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: 0301-400peribahasa

0301 - 04000301: Bagai ayam mengeram telur. Makna: Peri keelokan, merah muka seseorang. Peribahasa ini adalah sama dengan peribahasa bernombor 300.  Olehitu saya tidak menghuraikannya.  0302: Bagai ayam naik ke surau. Makna: Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.ÜjÜŒSama erti: Bagai bertandang ke rumah janda. Contoh: sudah hampir dua jam Encik Abu berbual dengan EncikRamli, tetapi belum ada tanda-tanda encik Ramli hendakmempelawanya minum.  Sehinggalah ia membuat keputusan untukbalik, secawan air pun tidak dihidangkan.  Keadaan yang dialamioleh Encik Abu bagai ayam naik ke surau.  0303: Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekorbergelimang tahi. Makna: Seseorang yang bercakap tinggi tetapi keluarganya dalamkemelaratan. Sama erti: 1.  Membasahkan garam sendiri.  2.Buah kedempung, diluar berisi di dalam kosong.          Contoh: Sentiasa memberi nasihat dan cadangan, tetapi dia sendiritidak amalkan hinggakan keadaan kehidupan keluarganya tidaksempurna.  Caranya ini bagai ayam si tombong, kokokberderai-derai, ekor bergelimang tahi.        0304: Bagai ayam yang terkecundang. Makna: Sangat ketakutan. Sama erti: 1.  Malu berani, mati takut.  2.  Pelandok di cerangrimba.   Dalam ketakutan dan gelisah.  3.  Jiwa bergantung dihujung rambut.  4.  Bagai kambing dalam biduk. Contoh: Keadaan Seman bagai ayam kecundang kerana ia jugaterlibat dalam kes pengedaran dadah di kampung tersebut.  Iaberasa takut kerana polis sedang  membuat penyiasatan pada kestersebut.    

Page 2: 0301-400peribahasa

  0305: Bagai bajak wangkang makan diangkat. Makna: Orang yang gemar dipuji. Sama erti: 1.  Ditanam tebu di telinga,  berkembang bunga raya dimuka.  2.  Lemak manis pada dialah, pahit  maung pada orang. Contoh: Semua kerja yang telah dilakukan oleh  beliau, pasti akandiheboh-hebohkan kepada semua rakan-  rakannya.  Tindakannyasupaya ia mendapat pujian.   Sikapnya bagai bajak wangkang makandiangkat.   0306: Bagai balak terendam.ÜjÜŒMakna: Orang gemuk yang malas bergerak. Sama erti: 1.  Seperti badak berendam.  2. Seperti sumpit abuditegakkan.  3.  Bagai sumpit dientakkan. Contoh: Banyak tugasan yang belum disiapkan  oleh Tina kerana diaasyik tidur sahaja bila di dalam  bilik.  Badannya yang gemuk danmalas ini  menjadikan ia  digelar bagai balak terendam.        0307: Bagai belacan dikerat dua : yang pergi busuk,  yang tinggalanyir. Makna: Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua belah  pihak. Sama erti: Contoh: Ahmad dan Aminah telah lama bercinta  dan mereka telahbersetuju untuk berkahwin.  Malangnya  hajat mereka tidakdipersetujui oleh ibubapa mereka.  Ini  menyebabkan mereka lariuntuk pergi berkahwin di tempat  lain.  Tindakan mereka bagaibelacan dikerat dua; yang  pergi busuk yang tinggal anyir.   0308: Bagai beliung dengan asahan. Makna: Tidak pernah berpisah. Sama erti: 1.  Seperti belangkas.  2.  Bagai dakwat dengankertas. Contoh: Sejak dari tahun pertama, mereka  sentiasa bersama-sama

Page 3: 0301-400peribahasa

ada ke kuliah atau untuk membuat  tugasan.  Keadaan mereka bagaibeliung dengan asahan.   0309: Bagai belut digetir (= diketil) ekornya. Makna: Cepat sekali. Sama erti: 1.  Pantasnya seperti kilat.  2.  Berabu.  3.  Bakcetus api.   4.  Bagai pucuk (enau) dilancarkan (= diluncurkan). Contoh: Pertandingan acara berlari semuanya  dibolot oleh Ali.Kepantasa lariannya bagai belut  digetir.   0310: Bagai belut diregang. Makna: Tinggi dan kurus.ÜjÜŒSama erti: Cicak kobeng. Contoh: Pasukan B berjaya berjaya di dalam  pertandingan bolakeranjang kerana terdapat seorang  pemain yangtinggi dan sentiasaberjaya memasukkan gol.   Keadaan fizikalnya bagai belutdiregang.        0311: Bagai berkain tiga hasta. Makna: Serba tak cukup (miskin). Sama erti: 1.  Berkain tak cukup seblit  pinggang.  2.  Berkayuhsampan bocor.  3.  Kain dibakar tiada berbau.  4.  Sudah dahagasampai pula telaga  kering.  5. Teranggit-anggit seperti rumputdi pintu.  6.  Tertelentang berisi air,  tertiarap berisi tanah.7.  Telentang berbumbungkan langit,  meniarap berlantaikan tanah. Contoh: Sejak kematian suaminya, mak limah  terpaksa bekerjakeras untuk menyara makan minum anaknya  yang ramai.  Keadaanhidupnya sekarang bagai berkain tiga  hasta.   0312: Bagai bersahabat dengan ular. Makna: Berkawan dnegna orang yang jahat. Sama erti:

Page 4: 0301-400peribahasa

 Contoh: Ali sudah pandai balik lewat malam dan  sudah pandaimelawan nasihat ibubapanya.  Sikapnya mula  beruabah sejak iaberkawan dengan orang-orang di persimpangan kedai itu.  PergualanAli ini bagai  bersahabat dengan ular, kerana perangai yang jahatitu  dapat mempengaruhinya.   0313: Bagai berseru di padang pasir. Makna: Seruan yang tidak diendahkan orang. Sama erti: Seperti memekik di tengah padang  luas. Contoh: Walaupun telah beberapa kali wakil  rakyat itu memintasupaya penduduk di kawasan perumahan  itu bersatu untuk menjagakeharmonian, tetapi tidak ada  kata sepakat dan tidak dipedulikansahaja.  Seruannya  bagai berseru di padang pasir.                0314: Bagai bersumur di tepi rawa.ÜjÜŒMakna: Orang yang selalu cemburu. Sama erti: Contoh: Isteri Encik Ali sentiasa berada di  rumah sahaja.  Iatidak dibenarkan keluar oleh suaminya.   Sikap suaminya bagaibersumur di tepi rawa.   0315: Bagai bertanak di kuali. Makna: Terlalu murah hati hingga binasa kerananya. Sama erti: 1.  Seperti pelita, membakar diri,  menyalankan orang.2.  Seperti lilin membakar diri.  3.  Memerah kain basahan orang.4.  Mengairi sawah orang. Contoh: Keadaannya bagai bertanak di kuali,  kerana habis wangnyatelah digelapkan oleh wakil syarikat  yang kononnya hendakmeminjam.  Rupa-rupanya ia telah  menipu.   0316: Bagai bertandang ke rumah janda. Makna: Bertemu ke rumah orang yang tidak menjamu apa-apa.

Page 5: 0301-400peribahasa

 Sama erti: Bagai ayam naik ke surau (No. 302).   Oleh itu sayatidak akan menghuraikannya lagi sebab sama. Contoh:   0317: Bagai bertemu  (= makan) buah si malakamo :  dimakan matibapak, tidak dimakan mati ibu. Makna: Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit;  dalamkeadaan yang serba salah. Sama erti: 1.  Bagai memegang buah kepantangan  beruk : ditelanmati emak, diluah mati bapa.  2.  Seperti Quran buruk : dibacatak boleh dipersebarang dosa.  3.  Digenggam takut mati,dilepaskan takut terbang.  4.  Dikatakan mati emak, tak  dikatamati bapak.  5.  Lalu hangus, surat layu, Contoh: Keputusan yang terpaksa dibuat oleh  Suzi bagai bertemubuah malakoma, dimakan mati bapak,  tidak dimakan mati ibu,kerana ia akan melibatkan masa  depan dirinya dan nasihkeluarganya.      ÜjÜŒ0318: Bagai bertepuk sebelah tangan. Makna: Cinta kasih yang tidak berbalas. Sama erti:  1. Bertepuk sebelah tangan,  bersiul sambil menganga.2.  Tepuk sebelah tangan tak akan  berbunyi. Contoh: Gadis yang cantik itu telah menyebabkan  ramai oranglelaki yang cuba mendekatinya tapi sedikit  pun tidak dilayan.Akibatnya mereka bagai bertepuk  sebelah tangan.   0319: Bagai buruk kena ipuh. Makna: Mengeliat-geliut (kerana kesakitan). Sma erti:  1.  Cengkeling  bagai ular kena palu.  2.  Bagaicacing kepanasan. Contoh: Mat mengidap penyakit  gastrik.   Sekiranya dia tersilapmakan, penyakit akan datang  menyebabkan ia tidak  dapatmenahannya  dan keadaannya  bagai beruk kena ipuh.     

Page 6: 0301-400peribahasa

  0320: Bagai berumah di tepi tebing. Makna: Selalu dalam kekuatiran. Sama erti: 1.  Bagai telur di hujung tanduk.  2.  Menanti lakipulang maling. Contoh: Malim berasa kuatir kerana anaknya  sudah dua hari tidakpulang ke rumah.  Semua kerjanya  tidak menjadi kerana kuatirbagai berumah di tepi rawa.        0321: Bagai besi dengan penamban. Makna: Orang lemah di bawah kuasa orang kuat. Sama erti: 1.  Bagai kayu lempung, ditebuk kumbangtembus-menembus.  2.  Kalau langit hendak menimpa  bumi, bolehkahditahan dengan  telunjuk.  3.  Seperti tepung di tanganpengadun. Contoh: Pada zaman penjajahan Jepun, semua  orang takut dengancara pemerentahan mereka.  Keadaan ini  bagai besi denganpenamban. ÜjÜŒ0322: Bagai biawak mengulangi bangkai. Makna: Lelaki yang suka pergi ke tempat orang jahat. Sama erti: 1. Seperti anjingh mengulangi  bangkai. 2. Lalatlangau  mengerumuni  bangkai. Contoh:   0323: Bagai buah keras di dalam sekul. Makna: Bercakap dalam keadaan tergopoh-gapah. Sama erti: 1.  Seperti bertih direndang.  2.Menggerutu sbagaibuluh diperun. Contoh: Sejak dari tadi Min tidak berhenti-  henti becakap.Cakapnya yang tergopoh-gopoh bagai buah  keras di dalam sekulamat sukar difahami.

Page 7: 0301-400peribahasa

   0324: Bagai budak menyapu ingus. Makna: Beroleh malu dalam sesuatu majlis. Sama erti: 1.  Laksana  kedidi : di mana pantaitercunggit-cunggit.  2.  Seperti cicak makan kapur. Contoh: Ada tetamu yang tersinggong tangan  Aminah, menyebabkancawan yang dipegangnya terjatuh  semasa majlis jamuan itudiadakan.  Walaupun bukan salah  dirinya tetapi ia rasa sangatmalu bagai budak menyapu  ingus.      0325: Bagai bulan empat belas. Makna: Kecantikan wajah seorang wanita. Sama erti: 1.  Seperti emas baru disepuh.  2. Bagai janda barubangun tidur.   3.  Serupa bulan penuh. 4.  Serupa burak.5.  Seperti kelopak pandan. Contoh: Semua pakaian yang digayakan olehnya  kelihatan sangatmenarik.  Bukan sahaja kerana rekabentuk  itu yang menarik tetapikerana kecantikan wajahnya bagai  bulan empat belas.   0326: Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan.ÜjÜŒMakna: Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana  hendakberjalan. Sama erti: 1.  Seperti penjajap berpaling  hendak hilir.2.  Bagai cacing gila. Contoh: Hampir dua jam aminah bersolek, bila ia  hendak pergiberjalan.  Kecantikannya selalu mendapat  perhatian di luar.Dirinya bagai bulan penuh mengambang  di kaki awan.                                             0327: Bagai buntal kembung. Makna: Bodoh dan sombong. Sama erti: 1.  Beriak tanda dalam, bergoncang  tanda tak penuh.2. Bagai tagar di Pulau Sembilan. 

Page 8: 0301-400peribahasa

 Contoh: Mak Limah selalu bersungut kerana  anaknya selalu membuatsilap semasa kiraan dalam  perniagaan.  Bila diajar tidak diambilpeduli.  Perangai  anaknya bagai buntal kembung.                             0328: Bagai bunyi cempedak jatuh. Makna: Bunyi jatuh yang sangat kuat. Sama erti:             Contoh: Mak Timah terpijak kulit pisang yang  dibuang olehcucunya menyebabkan ia terjatuh.  Badannya  yang besarmenyebabkan bunyi jatuhnya sangat kuat bagai  bunyi cempedakjatuh.          0329:  Bagai bunyi orang dikoyak harimau. Makna: Berteriak-teriak dan melolong dengan kuat. Sama erti: 1.  Berjerit-jerit seperti kucing biang.  2.  Sepertikuang memekik di  puncak gunung.  3.Bagai halilintar membelahbumi.     Contoh: Zaiton sentiasa berhati-hati dalam  membuat kerja-kerjarumah supaya emaknya tidak marah.  ia  berasa malu sekiranyadimarahi oleh emaknya yang  mempunyai suara terlalu kuat bagaibunyi orang dikoyak  harimau.  ÜjÜŒ0330: Bagai bunyi perempuan di air. Makna: Ramai (= riuh) sekali. Sama erti: 1.  Bagai keling karam.   2.  Bagai ombak purus. Contoh: Bagai bunyi perempuan di air, apabila  keluarga EncikSeman berkumpul pada hujung minggu.  Anak  cucunya yang ramaimenjadikan rumahnya sangat bising.   0331: Bagai bunyi siamang kenyang. Makna: Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapatkesenangan.

Page 9: 0301-400peribahasa

 Sama erti  1.  Seperti gadis jolong bersubang,  bujang jolongberkeris.  2.  Seperti si buta mendapat  tongkat, dipukulkan butatuli. Contoh: Che Mat selalu menghebab-hebahkan  bagaimana caranya iaberoleh kesengan sekarang ini.   Sikapnya bagai siamang kenyang.   0332: Bagai cacing gila. Makna: Perempuan yang suka berpergian, bertandang dan sebagainya. Sama erti: Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan. Contoh: Ali berang bila orang mengatakan isterinya bagai cacinggila.  Dia mesti bertindak tegas  terhadap sikap isterinya yangsuka bertandang ke rumah  orang.        0333: Bagai cacing kena air panas. Makna: Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu  danlain-lain). Sama erti: 1.  Bagai kucing hendak beranak.  2. Terloncat-loncatbagai ulat  pinang.  3. Seperti kucing  di atas  titian. 4.  Kera kena belacan. Contoh: Berita kemalangan yang menimpa  keluarganya menyebabkandia tidak dapat berbuat apa-apa.   Keadaannya bagai cacing kenaair panas, hingga terpaksa  orang lain memujuknya supayabersabar.                                          ÜjÜŒ0334: Bagai cembul dapat tutupnya. Makna: Sangat sesuai. Sama erti: 1.  Bagai dulang dengan tudung  saji.  2.  Sepertitelap dengan tutupnya.  3.  Bagai kunyit dengan kapur.  4.  Bagaipinang dibelah dua.  5.  Bagai lepat dengan daun.  6. Bersuabeliung dengan sangkal. Contoh: Kata orang bagai cembul dengan tutupnya  kepada pasanganpengantin itu kerana sama-sama bijak dan  cantik.  

Page 10: 0301-400peribahasa

 0335: Bagai dakwat dengan kertas. Makna: Tidak pernah bercerai; sangat cocok. Sama erti: 1.  Bagai isi dengan kuku.  2.  Bagai beliung denganasahan.  3.  Diuji sama merah, ditahil sama  berat.  4.  Laksanaterung bertunang ikan  kering.  5.  Seperti belangkas. Contoh: Kebanyak pelajar menggelar mereka bagai  dakwat dengankertas kerana mereka sentiasa bersama sejak  dari tahun pertamahingga ke tahun keempat.    0336: Bagai dekan di bawah pangkal buluh. Makna: Pandai menyembunyikan rahsia.                                   Sama erti: 1.  Telan batu.  2. Memakan habis-habis, menyuruhilang.  3.  Membuhul jangan membuku,  mengulas jangan mengesan.4.  Menyuruk hilang-hilang, memakan  habis-habis. Contoh: Setelah seminggu kes pembunuhan itu  berlaku, barulahmasyarakat di Segamat mengetahui bahasa  Zain juga terlibat dalamkes itu.  Sikap selama-lamanya  ini bagai dekan di bawah pangkalbuluh.   0337: Bagai denai gajah lalu. Makna: Pekerjaan atau kejadian benar yang payah hendakdisembunyikan. Sama erti: 1.  Kalau tak ada angin, pohon tak  akan bergoyong.2.  Bagai kelip-kelip terbang  malam.  3.  Seperti ditempuh gajahlalu.  4.  Mana busuk yang tidak berbau. Contoh: Kejayaan Encik Amin mencipta kaki palsu  untuk anaknyaÜjÜtelah diketahui di seluruh negeri.   Walaupun ia tinggal di luarbandar tetapi kejayaannya  bagai denai gajah lalu.   0338: Bagai diikat dengan sehasta tali. Makna: Dalam keadaan yang sangat terbatas. 

Page 11: 0301-400peribahasa

Sama erti: 1.  Seluas dada tuma.  2.  Seperti ikan dalam belat. Contoh: Undang-undang yang dikenakan kepada  sekolah pemulihanakhlak itu sangat ketat.  Ini  menyebabkan penghuninya merasapergerakan mereka sangat  terbatas bagai diikat dengan sehastatali.   0339: Bagai diiris dengan sembilu. Makna: Pedih sekali rasa hatinya. Sama erti: 1.  Seperti pedang bermata dua.  2.  Kena parangbermata dua.  3.  Tertarung kaki boleh diinai,  tertarung hatisusah ubatnya. Contoh: Hati mak Temah bagai diiris dengan  sembilu, apabilamendengar sindiran dari orang kampung  kerana perbuatan jahatanaknya.   0340: Bagai dirahap kain basah. Makna: Dingin sejuk sekujur badan kerana mendengar kabar  beritaatau melihat kejadian yang sedih dan ngeri. Sama erti: Contoh: Kemalangan ngeri yang berlaku di depan  mata Zainmenyebabkan ia terkejut dan terus pengsan.   Situasi yangdialaminya bagai dirahap kain basah.  0341: Bagai ditembak putus tunggal. Makna: Dialahkan oleh orang yang bodoh. Sama erti: Dientak ulu luncung. Contoh: Bagai ditembak putus tunggal, apabila  ia kalah dalamperdebatan itu.  Sedangkan ia seorang  pegawai yang bijak, tetapitidak tahu mempraktikkan  sesuatu, manakala orang kampung yangbodoh tahu  membuatnya.Üj[1]ÜŒ   0342: Bagai diurap dengan daun katung-katung. 

Page 12: 0301-400peribahasa

Makna: Sangat marah. Sama erti: 1.  Rasa pedih cuping telinga.  2.  Panas hati. Contoh: Bagai diurap dengan daun katung-katung  apabila didituduh mencuri.  Oleh itu dia berusaha untuk  membuktikankebenaran yang di tidak mencuri.         0343: Makna: Sama erti: Contoh:    0344: Bagai duri dalam daging. Makna: Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan  hati. Sama erti: Contoh: Bagai duri dalam daging pada diri Encik  Seman sekiranyakakitangan syarikatnya tidak bekerja  dengan betul-betul.Keadaan ini amat diperhatikan supaya  ia tidak mengalami kerugiandalam perniagaannya.   0345: Bagai emak mandul baru beranak. Makna: Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu  amat. Sama erti: 1. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek. 2.  Seperti labah-labah sayang kepada telurnya.  3.  Sepertigerup dengan sisir.  4.  Selapik seketiduran, sebantal sekalunghulu.  5.  Kasih sepantun tulisan pinggan. Contoh: Permohonan untuk mendapatkan anak  angkat telah berjaya.Puan Aminah terlalu gembira bagai  emak mandul  baru beranaksahaja tingkahlakunya.          ÜjÜŒ 0346: Bagai hempedu lekat di hati.

Page 13: 0301-400peribahasa

 Makna: Sangat karib (tentang orang yang bersahabat atauberkasih-kasihan). Sama erti: 1.  Seperti keroncor dengan  belangkas.  2.  Sepertiapi dengan asap.  3.  Sebagai aur dengan tebing.  4.  Berjarakserasa hilang,  bercerai serasa mati. Contoh: Sejak mereka bertunang, keadaan mereka  bagai hempedulekat di hati kerana tidak pernah berpisah.   0347: Bagai enau  dalam belukar, melepaskan pucuk  masing-masing. Makna: Tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan. Sama erti: 1.  Siapa lu, siap gua.  2.  Nafsu, nafsi. Contoh: Ali selalu tidak mahu memberi pendapat  semasa dalamperbincangan sekiranya sama masalah yang  wujud.  Apa yang iatahu akan disimpannya.  Sikapnya  bagai enau dalam belukarmelepaskan pucuk masing-masing.       0348: Bagai gadis jolong menumbuk. Makna: Rajin dan bersungguh-sungguh. Sama erti: 1.  Bagai semut penghimpun melukut.   2.  Sepertianai-anai makan kayu.  3.  Lurah diturun, bukit didaki.  4.Cepat kaki ringan tangan.  5.  Ringan tulang. Contoh: Cuma tinggal dua bulan sahaja lagi  untuk menghadapipeperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.   Masa yang sudah singkatini telah dipenuhi dengan  mengulangkaji pelajarannyabersungguh-sungguh dan pergi  ke kelas tambahan.  Aktivitiseharian dan kerjanya bagai  gadis jolong menumbuk.        0349: Bagai gagak menggonggong telur. Makna:  Sama erti: 1. Perempuan hodoh berpakaian bagus.  2. Tunggul itukalau dipakaikan elok  juga.  3. Laksana dara baru bangun tidur. Contoh: Walaupun majlis  itu diadakan untuk  pegawai tetapi

Page 14: 0301-400peribahasa

didapati ada perempuan yang bagaikan gagak  gonggong telur.Üj[1]ÜŒ  0350: Bagai galah dijual. Makna: Terlalu miskin. Sama erti: 1. Seperti  kain buruk dibakar tak berbau.  2. Dudukdengan sukatan. Contoh: Kami sungguh bersimpati dengan mereka  yang hidup bagaigalah dijual tetapi elok sekiranya  mereka membuang tabiat yangburuk itu sebelum diberi  bantuan.   0351: Bagai galah di tengah arus. Makna: Selalu berkeluh kesah. Sama erti: 1. Seperti kodok ditimpa kemarau.  2. Seperti air didalam kolam. Contoh: Kesempitan hidup menyebabkan mereka bagai galah di tengaharus dan tidak berkesempatan  langsung untuk bersuara menentangpihak yang berkuasa.    0352: Bagai gelegar buluh. Makna: Bercakap besar. Sama erti: 1. Laksana meriam buluh.  2. Seperti  ilmu padi hampa,makin lama makin mencongak.  3. Seperti ular menyusur akar tiadahilang bisanya. Contoh: Biar pun ia telah diberi amaran oleh  pihak polis tetapisuaranya masih lantang bagai gelegar  buluh.   0353: Makna: Sama erti: Contoh:

Page 15: 0301-400peribahasa

   0354: Bagai geluk tinggal di air.ÜjÜŒMakna: Orang yang melarat hanya harapkan bantuan orang  lain. Sama erti:  Sauk air mandikan diri. Contoh: Negara lain patut memberi bantuan kepada penduduk Afrikayang hidup bagai geluk tinggal di air setelah dilanda kemaraupanjang.   0355: Bagai gembala diberi keris. Makna: Pemberian yang tidak berfaedah. Sama erti:  Seperti kera dicampak bunga. Contoh: Pemerintahan kejam yang diberi bantuan oleh kuasa besarsangat merugikan bagai gembala diberi keris kerana ia gagalmemberi kemudahan kepada rakyat.   0356: Bagai getah dibawa ke semak. Makna: Perkara yang semakin kusut dan sukar diselesaikan. Sama erti: Seperti kain kasa di atas duri. Contoh: Sengketa di Indo-China telah menjadi rumit bagai getahdibawa ke semak kerana campur tangan kuasa-kuasa besar.   0357: Bagai gulai lengkitang. Makna: Hendak menghilangkan kejahatan dirinya, tetapi kebaikanyang ada padanya hilang. Sama erti: Sembahyang mencari akal, rukuk mencari kira-kira. Contoh: Usahanya untuk membersihkan diri berakhir bagai gulailengkitang apabila kebaikan yang dilakukannya dianggap oleh orangramai sebagai muslihat mencari simpati.   

Page 16: 0301-400peribahasa

0358: Bagai hantu makan dedak. Makna: Bersungut dengan tak tentu sebabnya. Sama erti:  1. Seperti anjing mengunyah tulang.  2. Seperti muraicabut ekor.ÜjÜŒContoh: Regim Bortha yang telah kehilangan sokongan negara majutelah merungut bagai hantu makan dedak apabila mengalamikesulitan ekonomi.   0359: Bagai harimau beranak muda. Makna: Orang perempuan yang terlalu bengis. Sama erti: Seperti harimau lepas tangkap. Contoh:  Bagai harimau beranak muda itu telah menyebabkan iamenghadapi kesukaran untuk bersuami.   0460: Bagai haruan di dalam tuar. Makna: Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah. Sama erti:  Seperti kura-kura terlentang.         Contoh: Semenjak kebelakangan ini kehidupannya bagai haruan didalam tuar akibat perbuatannya yang mendorong anaknyameninggalkan dia.   0461: Bagai ikan lampam diolak jamban. Makna: Anak yang subur tumbuhnya, lekas besar dan tinggi. Sama erti: 1.  Seperti birah tumbuh di tepi lesung.  2.  Kuruskering seperti bayang, siapapun tidak menaruh sayang. Contoh: Walaupun hidupnya miskin, anak peliharaannya sihat bagaiikan lampam diolak jamban dan mempunyai kepintaran seperti anakorang lain.    0362: Bagai elak bercerai dengan benang.

Page 17: 0301-400peribahasa

 Makna: Bercerai untuk selama-lamanya. Sama erti: 1. Berpatah arang berkerat rotan.  2. Seperti isidengan kuku. Contoh: Setelah kematian ibunya, Abu dan Ali telah membawa dirimasing-masing dan perpisahan itu bagai  elak bercerai denganbenang.ÜjÜŒ 0363: Bagai inai dengan kuku. Makna: Hubungan sangat karib. Sama erti: 1.  Bagai isi dengan kuku.  2.  Seperti gerup dengansisir.  3.  Bagai elak bercerai dengan benang. Contoh: Biarpun mereka berdua baru sahaja bertemu tetapi hubunganmereka rapat bagai inai dengan kuku.   0364: Bagai itik pulang petang. Makna: Berjalan lambat dan lembam. Sama erti: 1. Lenggang lenggok bagai cupak  hanyut.  2. Sepertilipas kudung. Contoh: Badannya yang berisi dan gebu itu menyebabkan perempuanmuda itu berjalan bagai itik pulang petang.   0365: Bagai jampuk kesiangan hari. Makna: Kebingungan, termenung-menung. Sama erti: 1. Seperti rusa masuk kampung.  2. Seperti kera dapatpisang.         Contoh: Ia tidak sepatutnya kebingungan bagai jampuk kesianganhari sewaktu menerima keputusan peperiksaan yang mengecewakan itukerana ia tidak  berusaha bersungguh sebelum peperiksaantersebut.   0366: Bagai jawi belang puntung: didulukan ia menyepak,

Page 18: 0301-400peribahasa

dikemudiankan ia menanduk. Makna: Orang bodoh yang sukar diajak berunding. Sama erti: 1. Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanyadisondol.  2. Aku alah, engkau tak menang.  3. Bagai jawi ditarikkeluar. Contoh: Ketua Kampung Paya menghadapi masalah apabila berundingdengan anak buahnya yang dianggap bagai jawi belang puntung:didulukan ia menyepak, dikemudiankan ia menanduk. ÜjÜŒ0367: Bagai jawi ditarik keluar. Makna: Menurut dengan tidak membantah. Sama erti: 1. Laksana lembu kisi, galak sahaja  tak melawan.2. Umpama memerah nyiur, santan  diambil, ampas dibuang. Contoh: Cikgu Ali tidak menghadapi masalah  untuk menasihatimuridnya di darjah tiga kerana mereka  bagai jawi ditarik keluar.   0368: Bagai jawi makan, dimamah dahulu baru ditelan. Makna: Tiap perkara itu dirunding masak-masak sebelum          dikerjakan. Sama erti: 1.  Sepuluh kali ukur sekali kerat.  2.  Walau adaumpan belum tentu ada ikan. Contoh: Usaha Persatuan Pendidikan untuk mengadakan simposiummengenai KBSM sangat dialu-alukan dan untuk menjamin kejayaan iaperlu penelitian seperti kata orang bagai jawi makan, dimamahdahulu baru ditelan.   0369: Bagai jawi terkurung siang. Makna:  Sangat gelisah kerana tidak bebas. Sama erti: 1. Seperti kucing di atas titian.  2. Seperti kumbangputus tali. Contoh: Ramai penghuni asrama itu gelisah bagai jawi terkurungsiang kerana mereka dilarang keluar pada waktu malam. 

Page 19: 0301-400peribahasa

   0370:  Bagai jelongak kerbau rampung. Makna: Orang hodoh yang sombong, tak sedar dirinya          dibodohi orang. Sama erti: 1. Buruk tak tahu akan hinanya.  2. Seperti sangkancil. Contoh: Mereka tidak ubah bagai jelongak kerbau rampung, biarpuntelah dinasihati tetapi sikapnya tidak berubah.  ÜjÜŒ0371: Bagai kacang direbus satu. Makna: Melonjak kegirangan kerana mendapat untung. Sama erti: 1. Sebagai kera mendapat pisang.  2. Pasang pelitadilanggar tikus. Contoh: Penyokong pasukan negara kita melonjak kegirangan bagaikacang direbus satu apabila pasukan  negara berjaya menewaskanpasukan lawan.   0372: Bagai kacang direndang. Makna: Bunyi suara yang tak putus-putus. Sama erti: 1. Kecek bagai bunyi merendang kacang.  2. Sepertibertih direndang.  3. Seperti tabuhan di dalam tukil. Contoh: Apabila pihak musuh melepaskan tembakan  maka berlakulahpertempuran sengit dan bunyi senapang  bagaikan kacang direndang.   0373: Makna: Sama erti: Contoh:   

Page 20: 0301-400peribahasa

0374: Bagai kambing di dalam biduk. Makna: Sangat ketakutan. Sama erti: 1. Seperti kambing dengan harimau.  2. Bagai tikusnampak kucing.  3. Umpama orang memelihara dirinya  di dalamlebah. Contoh: Pak Ali ketakutan bagai kambing di  dalam biduk apabiladisergah oleh askar Jepun yang  lengkap bersenjata.   0375: Makna: Sama erti:ÜjÜŒContoh:   0376: Bagai kambing dihalau ke air. Makna: Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan. Sama erti: 1.  Kambing di parak panjang  janggutnya, hati engganbanyak  jawabnya.  2.  Pipit pekak makan berhujan.  3. Abu     tetap berdegil bagai   kambing dihalau ke air,  walaupun dipaksaoleh anggota  tentera yang berkawal di  kawasan itu.  4.  Tingkahlaku seperti anak-anak.  5.  Akal sebagai makan nasi lecek.  6.Katak hendak jadi lembu. Contoh: Walaupun mereka telah sampai ke pusat  pengajian tinggitetapi ada setengah daripada mereka yang  menunjukkan tingkahlakubagai kambing harga dua kupang.   0377: Makna: Sama erti: Contoh:   0378:

Page 21: 0301-400peribahasa

 Makna: Sama erti: Contoh:   0379: Makna: Sama erti: Contoh:   0380: Bagai kambing menanduk bukit, tanduk patah  bukit takruntuh.ÜjÜŒMakna: Pekerjaan yang sia-sia dan mendatangkan kerugian. Sama erti: 1. Seperti anjing menyalak bukit.  2. Sepertilayang-layang menentang angin. 3. Sedikit tekun lama-lama menjadibukit. Contoh: Dia telah beberapa kali diberi nasihat  supaya janganmengganggu peniaga kecil itu kerana  perbuatannya itu bagaikambing menanduk bukit, tanduk  patah bukit tak runtuh.  0381: Bagai kapak naik cerana. Makna: Tak cukup alat untuk kerjakan sesuatu. Sama erti: 1.  Seperti kapak naik pemidangan.  2.  Sampan adapengayuh tiada.  3.  Usul-usul, asal-asal, asal  janganditinggalkan. Contoh: Kerja itu telah dirancang dengan baik  tetapi oleh keranakekurangan alat telah menjadikan ia  bagai kapak naik cerana.   0382: Bagai kayu lampung, ditebuk kumbang tebus-  menebus. Makna: Orang lemah mudah dianiaya oleh orang berkuasa. Sama erti: 1. Seperti gajah masuk kampung.  2. Seekor cacing

Page 22: 0301-400peribahasa

menelan naga. Contoh: Tidak ada faedahnya menentang mereka kerana kita bagaikayu lampung, ditebuk kumbang tebus-menebus, ditambah pula kitatidak bersatu di dalam menjalankan sesuatu tindakan.   0383: Makna: Sama erti: Contoh:   0384: Bagai kelip terbang malam. Makna: Rahsia yang tidak dapat disembunyikan. Sama erti: 1. Bangkai gajah bolehkan ditutup  dengan nyiru.2. Biar pecah di perut jangan pecah  di mulut.ÜjÜŒContoh: Perbuatannya hendak menyembunyikan  rahsia itu sia-siasahaja kerana perkara seperti itu  bagai kelip-kelip terbangmalam dan tidak perlu  disembunyikan.   0385: Bagai keluang bebar petang. Makna: Ramai berkerumun, suka hidup beramai-ramai. Sama erti: 1. Seperti semut dengan gula.  2. Bagai enau dibelukar. Contoh:  Sikap anak-anak muda yang suka  berkerumun apabila  adapesta tidak ubah bagai keluang  bebar petang walaupun pesta itudiadakan di tempat yang  jauh.   0386: Bagai kena sentung pelali. Makna: Gadis yang tidak mahu bersuami. Sama erti: Sayang bunga layu di pohon. Contoh: Usaha Razali untuk mengahwini gadis itu  sia-sia sahaja

Page 23: 0301-400peribahasa

kerana gadis itu bagai kena sentung pelali  setelah gagal didalam percintaan yang pertama.   0387: Bagai kera diberi kaca. Makna: Mendapat sesuatu yang tidak dapat digunakan. Sama erti: 1. Memberi cermin kepada kera.  2. Bagai si kudungberoleh cincin. Contoh: Sia-sia membina Balai Raya di setengah  kampung yangpenduduknya sangat mundur kerana pemberian  tersebut bagai keradiberi cincin.  0388: Bagai kerakap tumbuh di batu. Makna: Hidup di dalam kemelaratan. Sama erti:  Runcing telunjuk palit sambal lada. Contoh: Kehidupan orang-orang pelarian  Kampuchea bagai kerakaptumbuh di batu selepas tempat  perlindungan mereka diserang olehtentera Vietnam  beberapa kali. ÜjÜŒ0389: Bagai kerbau runcing tanduk. Makna: Orang yang sudah terkenal kejahatannya. Sama erti: 1. Runcing tanduk bongkah kening.  2. Adakah buayamenolak bangkai? Contoh: Walaupun saya telah mengetahui tentang  kejahatannyabagai kerbau runcing tanduk tetapi saya  masih yakin ia bolehmenjadi orang yang baik sekiranya  ada orang yang mahu mamahamijiwanya.   0390: Bagai kerbau terkejut oleh gong. Makna: Sama erti: 1. Tercengang-cengang kehairanan.  2. Seperti rusamasuk kampung.  3. Bagai kucing lepas senja. Contoh: Apabila tiba di Kuala Lumpur, orang tua  itu

Page 24: 0301-400peribahasa

tercengang-cengang bagai kerbau terkejut oleh gong  keranaberlaku perubahan yang pesat terhadap bandar Kuala  Lumpur.   0391: Makna: Sama erti: Contoh:   0392: Bagai kinantan hilang taji. Makna:          Sama erti: 1.  Tiada berharga lagi.  2.  Santan ke pasu ampas punke  tanah. Contoh: Setelah didakwa dan didapati bersalah  oleh mahkamah AhliYang Berhurmat itu bagai kinatan  hilang taji kerana orang ramaitelah tidak percayakan dia  lagi.   0393: Bagai kuau mengigal. Makna: Kehebatan rupa seseorang.ÜjÜŒSama erti: 1.  Seperti merak mengigal.  2.  Seperti emas barudisepuh. Contoh: Orang ramai terpesona melihat rupanya yang bagai kuaumengigal hingga suasana yang riuh rendah  bertukar menjadi senyapdan sunyi.   0394: Bagai kucing dengan panggang. Makna:  Perkara yang menimbulkan sesuatu hal yang tidak baikkalau didekatkan. Sama erti: 1. Bagai api dengan rabuk. 2. Umpama minyak setitik,di laut  sekalipun timbul juga.. Contoh: Awak telah menjadikan mereka bagai  kucing denganpanggang kerana budak lelaki itu sudah  terkenal dengan perbuatan

Page 25: 0301-400peribahasa

maksiat dan pantang jumpa budak  perempuan.   0395: Bagai kucing dibawakan lidi. Makna: Sangat ketakutan. Sama erti: 1. Seperti kucing dibawakan penyapu.  2. Bagai kambingdengan harimau.  3. Umpama orang pelihara dirinya di  dalamsarang lebah. Contoh: Dia telah banyak kali buat kesalahan  hinggakan takutbagaikan kucing dibawakan lidi apabila  bertemu dengan polis.   0396: Bagai kucing kehilangan anak. Makna: Kehilangan akal, bingung. Sama erti: Seperti kucing di atas titian. Contoh: Selepas kematian anaknya yang dikasihi,  ia seolah-olahjadi orang hilang akal dan kebingungan  bagai kucing kehilangananak.   0397: Bagai kucing lepas senja. Makna: Sama erti: 1. Sukar dicari, merasa senang.  2. Seperti kijangÜjÜlepas ke rimba. Contoh: Sudah dua hari saya mencari dia tetapi  tidak berjayakerana di Kuala Lumpur ini dia suka merayau  bagai kucing lepassenja.   0398: Makna: Sama erti: Contoh: 

Page 26: 0301-400peribahasa

  0399: Bagai kucing menjemput api. Makna: Yang tidak dikehendaki tidak tercapai, alat yangdigunakan untuk capai maksud itu pula hilang. Sama erti: Lepas putih hitam tidak dapat. Contoh: Bapanya telah banyak menghabiskan wang  untuk membiayaipelajarannya di luar negeri tetapi usaha  bapanya itu bagaikucing menjemput api;  wang habis  pelajaran anak tidak berhasil.   0400: Bagai kucing takut akan balur. Makna: Lelaki yang takut kepada perempuan. Sama erti: 1. Misai bertaring bagai panglima, sebulan sekali takbunuh orang.  2. Jangan berkemudi di haluan. Contoh: Di kedai kopi dialah pandai dan handal  tetapi di rumahtakut kepada isteri bagai kucing takut  akan balur.Posted in Peribahasa |

2 Responses

1. amirah Says:

September 8th, 2009 at 8:22 am

apew maksud bagai telur di hujung tanduk

2. profabdullah Says:

September 8th, 2009 at 11:53 am

Dear Amirah,

Makna “telur di hujung tanduk” ialah “Orang yang berada dalam keadaan yang sangat

sukar atau bahaya.”

Page 27: 0301-400peribahasa

Orang yang ditahan oleh pengganas itu berada dalam keadaan bahaya. Mereka boleh

dibunuh bila-bila sahaja. Nyawa mereka sperti di hujung tanduk.