-
September - Disember Bilangan 3/2016
Bu
leti
n
JKAS
Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur
Sidang Editor :
Penasihat
Prof. Dr. Noor Ezlin Ahmad Basri
Pn. Shahrom Md. Zain
Ketua Editor
Dr. Muhamad Nazri Borhan
Editor
Nor Azura Abdullah@Ghazali
Editor Bersekutu
Dr. Wan Hanna Melini Wan Mohtar
Dr. Mohd Yazmil Md. Yatim
En. Zawawi Samba Mohamad
Jurufoto
En. Nik Mohd Asraf Nik Muhammad
Kandungan :
03 Kenaikan Pangkat dan Lantikan
04 Anugerah Bitara UKM
07 Mesyuarat Panel Penasihat Industri
05
Pertandingan PRESTIGE
09 Lawatan daripada ITB Bandung, Indonesia
11 Persaraan Kakitangan JKAS
https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=4&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjZ1ty37ojNAhVDuo8KHY46BUQQFgg0MAM&url=http%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fupak%2Findex.php%2Fms%2Fsubjek-pengajaran%2F13-jkas-ms&usg=AFQjCNHv5smvjXgUYqO5BYPwggMp7Bpprg
-
2
Antara yang menarik !!!
JKAS
-
3
KENAIKAN PANGKAT DAN LANTIKAN DI JKAS
Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim – pelantikan sebagai
ahli
Jawatankuasa Teknologi Maklumat Lembaga Jurutera Malaysia
bagi sesi 2016-2017.
Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim – lanjutan pelantikan
sebagai
ahli Jawatankuasa Permohonan Lembaga Jurutera Malaysia bagi
sesi 2016-2017
Prof. Dato’ Ir. Dr. Hassan Basri – lanjutan pelantikan sebagai
ahli
Jawatankuasa Permohonan Lembaga Jurutera Malaysia bagi sesi
2016-2017
Sr. Dr. Khairul Nizam bin Maulud – penerima watikah
pelantikan
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam dengan pangkat Leftenan
Kolenel Bersekutu Pertahanan Awam pada 27 November 2016
oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Ir. Dr. Anuar Kasa – penerima watikah pelantikan Pegawai
Angkatan Pertahanan Awam dengan pangkat Leftenan Kolenel
Bersekutu Pertahanan Awam pada 27 November 2016 oleh
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Prof. Dr. Amiruddin Ismail – sambungan lantikan sebagai
Profesor
Kontrak bagi tempoh 2 tahun mulai 21 Disember 2016 hingga 20
Disember 2018.
Su
kacit
a J
ab
ata
n K
eju
rute
raan
Aw
am
dan
Str
uktu
r m
en
gu
cap
kan
tah
nia
h k
ep
ad
a :
JKAS
-
4
Anugerah Bitara UKM 2016 (bagi Penilaian Tahun 2015) adalah satu
pengiktirafan dan
penghargaan kepada warga UKM yang telah menunjukan kecemerlangan
menyeluruh dalam
semua atau sebahagian besar dari keberhasilan strategik UKM.
Penyampaian hadiah bagi
Anugerah Bitara UKM 2016 ini telah berlangsung pada 2 Disember
2016 dan hadiah telah
disampaikan oleh Naib canselor UKM iaitu Prof. Datuk Dr. Noor
Azlan Ghazali.
Dua orang pensyarah dari JKAS iaitu Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza
Atiq Abdullah O.K. Rahmat dan Sr. Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud
telah tersenarai sebagai pemenang anugerah Bitara UKM 2016. Prof.
Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat telah memenangi hadiah
utama Anugerah Bitara Penerbitan bagi kategori buku dengan
penulisan buku beliau yang bertajuk Perancangan Pengangkutan Bandar
dan ini melayakkan Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K.
Rahmat memenangi hadiah wang tunai bernilai RM 1500 beserta sijil.
Manakala Sr. Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud pula telah memenangi
hadiah saguhati bagi kategori Anugerah Bitara Sarjana kategori
PTJ/Kumpulan dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai
sebanyak RM 1000 dan juga sijil.
Sr. Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud (kiri) dan Prof. Dato’ Ir.
Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat
(dua dari kiri) bergambar bersama Naib Canselor UKM di Anugerah
Bitara UKM 2016.
ANUGERAH BITARA UKM 2016
JKAS
-
5
Tiga orang pelajar Tahun 3 JKAS telah menyertai pertandingan
PRESTIGE 2016 anjuran Malaysian Gas Association pada 7 - 9 Oktober
2016, bertempat di Hotel Saujana, Shah Alam. Antara objektif
pertandingan ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang aspek
Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) dalam penggunaan,
pengangkutan dan aplikasi produk berasaskan gas, serta memberikan
pendedahan kepada pelajar berkenaan isu Pembangunan Lestari dalam
industri gas asli pada masa kini. Peluang pekerjaan dan pembangunan
karier dalam industri tenaga juga didedahkan kepada para peserta.
Pertandingan ini melibatkan beberapa universiti di Malaysia dan
para peserta dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada ahli
dari universiti-universiti lain. Pelajar yang menyertai
pertandingan ini ialah:
Muhammad Razali mohd Azaman
Wan Amirul Syahmi Wan Mazlan
Nur Syaqeera Misman
Kumpulan pelajar yang disertai oleh Muhammad Razali telah
berjaya merangkul tempat Pertama, manakala tempat kedua dimenangi
oleh kumpulan yang disertai oleh Wan Amirul Syahmi. Tahniah
diucapkan kepada pemenang yang berjaya mengharumkan nama JKAS.
Tahniah!
(PR
ES
TIG
E)
20
16
PERTANDINGAN ‘PRACTICAL ENVIRONMENTAL, SAFETY AND INDUSTRY
GUIDANCE FOR STUDENT ENGINEERS
(PRESTIGE) 2016’
JKAS
-
6
Tiga pelajar JKAS yang telah mengharumkan nama JKAS dalam
pertandingan
PRESTIGE 2016 anjuran Malaysian Gas Association
(PRESTIGE) 2016
JKAS
-
7
Ahli JKAS
bergambar
bersama
Profesor Adjung
dan Panel
Penasihat
Industri
MESYUARAT PANEL PENASIHAT INDUSTRI
Pada 23 November 2016, satu menyuarat bersama Profesor Adjung
dan Panel Penasihat Industri (IAP) telah diadakan bertempat di
bilik mesyuarat utama Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Tujuan
mesyuarat ini diadakan adalah untuk pembentangan kurikulum baru
bagi program Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan Awam dan mendapatkan
maklumbalas dari ahli panel terhadap struktur program tersebut.
Selain itu, perbincangan mengenai semakan semula program Sarjana
Kerja Kursus turut diadakan. Perkara-perkara lain juga turut
dibincang dalam mesyuarat tersebut seperti menjawab komen-komen
dari penilai luar JKAS dan beberapa perkara yang berkaitan dengan
JKAS.
Seramai enam orang panel IAP yang telah hadir dan Profesor
Adjung pada mesyuarat kali ini. Panel IAP terdiri daripada mereka
yang pakar dari pelbagai bidang seperti bidang kejuruteraan
struktur, kejuruteraan pengangkutan, kejuruteraan alam sekitar,
kejuruteraan
geoteknik dan kejuruteraan marin. Berikut adalah senarai ahli
panel IAP dan Profesor Adjung bagi JKAS.
Nama Tempoh Perlantikan
Dato’ Ir. Ahmad Fuad Embi (Profesor Adjung) 23/11/2016 —
22/11/2018
YBhg. Dato‘ Ir. Aziz Mustafa 01/01/2016 — 31/12/2017
Dr. Ir. Mohd Sabri Abdullah 01/01/2016 — 31/12/2017
Ir. Wan Ismail Wan Hassan 01/01/2016 — 31/12/2017
Puan Sarifah Yaacob 01/01/2016 — 31/12/2017
Ir. Abdullah Isnin 01/04/2015 — 31/03/2017
Datuk Nik Airina Nik Jaafar 01/01/2017 — 31/12/2018
Ir. Dr. Azuhan Mohamed 01/01/2017 — 31/12/2018
Prof. Dr. Ahmad Khairi Abd. Wahab 01/04/2015 — 31/03/2017
Dr. Rosli Nekmat 01/09/2015 — 31/08/2017
JKAS
-
8
JKAS
MESYUARAT IAP 2016
-
9
JKAS
LAWATAN DARIPADA ITB BANDUNG, INDONESIA
JKAS berbesar hati menerima kunjungan delegasi dari Institut
Teknologi Bandung (ITB) pada 15 Disember 2016. Rombongan ITB
terdiri dari sekumpulan pelajar sarjana di bawah kumpulan
penyelidikan kejuruteraan air dan diketuai oleh Dr Edy Anto
Soentoro, sebagai pensyarah pengiring. Lawatan mereka ke UKM adalah
salah satu siri lawatan universiti di Malaysia dan Singapura
sebagai langkah pendedahan ITB kepada universiti terkemuka di Asia
Tenggara.
Dr. Wan Hanna sebagai ketua bidang Kejuruteraan Air dan
Sekitaran, JKAS bertindak sebagai hos dan turut dihadiri oleh Dr.
Suraya Sharil. Kunjungan dimulakan dengan penerangan mengenai
potensi pengajian sarjana dan doktor falsafah di JKAS, di mana
setiap pensyarah di dalam kumpulan Air dan Sekitaran diperkenalkan.
Bidang kepakaran setiap ahli ditekankan untuk memberi gambaran
kepada delegasi ITB kekuatan penyelidikan kumpulan Air dan
Sekitaran di UKM.
Kesuntukan masa tidak membenarkan perbincangan lebih lanjut
kerana delegasi ITB harus berburu ke Universiti Malaya. Namun
begitu, mereka masih sempat melihat makmal hidrologi dan makmal
kejuruteraan sumber air dan pantai. Secara kebetulan, eksperimen
sedang dijalankan dan delegasi ITB dapat melihat secara langsung
penyelidikan yang dilakukan di UKM.
Lawatan sebegini mengeratkan hubungan UKM-ITB yang telah lama
terjalin dan diharapkan jabatan juga dapat memberikan kunjungan
balas ke ITB di masa hadapan untuk memperkukuhkan lagi jaringan
penyelidikan di rantau ASEAN.
Delegasi dari Institut Teknologi Bandung (ITB) bergambar bersama
pensyarah,
kakitangan teknikal dan pelajar siswazah Kejuruteraan Air dan
Sekitaran JKAS
-
10
JKAS
LAWATAN ITB BANDUNG
-
11
__ JKAS
Pada tahun 2016 seramai empat orang kakitangan JKAS yang bersara
dan tamat kontrak. Satu jamuan penghargaan kepada kakitangan yang
bersara dan tamat kontrak telah diadakan. Kakitangan yang diraikan
adalah:
Prof. Dr. Amiruddin Ismail—Bersara dan disambung kontrak sebagai
Profesor Kontrak.
Prof. Ir. Dr. Zamri Chik—Tamat kontrak sebagai Sarjana Tamu di
JKAS.
En. Khairul Anuar Nayan—Bersara.
Ir. Ishak Arshad—Tamat kontrak.
Jabatan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas
segala bakti dan sumbangan pensyarah-pensyarah di atas di sepanjang
perkhidmatan di UKM/JKAS ini. Selamat maju jaya kepada semua dalam
apa jua bidang yang diceburi pada masa akan datang dan semoga
dianugerahkan kesihatan yang baik sepanjang hayat.
Pada kesempatan ini juga, JKAS turut mengucapkan tahniah kepada
Prof. Dr. Amiruddin kerana telah diperbaharui perkhidmatan beliau
sebagai Profesor (Kontrak) bagi tempoh 2 tahun lagi bermula 21
Disember 2016.
Dari kiri: En. Khairul Anuar Nayan; Prof. Ir. Dr. Zamri Chik;
Prof. Dr. Noor Ezlin
(Ketua JKAS); Prof. Dr. Amiruddin Ismail; Ir. Ishak Arshad.
PERSARAAN KAKITANGAN JKAS