3.0 KEMAHIRAN BERTUTUR Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan (artikulator) manusia. Ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa. Kemahiran bertutur berlaku di peringkat produksi. Ia bukan dicipta oleh pelajar tetapi ditiru dan diajuk. Oleh kerana itu, model-model yang diperdengarkan haruslah model-model yang baik yang membolehkan pelajar-pelajar bertutur secara berkesan. 3.1 KONSEP BERTUTUR Pertuturan adalah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Proses pertuturan berlaku di peringkat produksi. la berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya. Individu banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya. Kemahiran bertutur dipengaruhi aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina. Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain. 32 Objektif Kemahiran Bertutur
29
Embed
unisimghazali.weebly.comunisimghazali.weebly.com/uploads/6/4/7/2/6472625/... · Web viewPenggunaan unsur ini agak lebih ketara dalam Bahasa Inggeris dan Arab. Jeda (persendian): Unsur
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
3.0 KEMAHIRAN BERTUTUR
Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan
daripada alat-alat sebutan (artikulator) manusia. Ia merupakan kemahiran
berinteraksi dalam suasana berbahasa. Kemahiran bertutur berlaku di
peringkat produksi. Ia bukan dicipta oleh pelajar tetapi ditiru dan diajuk.
Oleh kerana itu, model-model yang diperdengarkan haruslah model-
model yang baik yang membolehkan pelajar-pelajar bertutur secara
berkesan.
3.1 KONSEP BERTUTUR
Pertuturan adalah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.
Proses pertuturan berlaku di peringkat produksi. la berlaku setelah si
penutur itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang
didengarnya. Individu banyak belajar bertutur melalui pengalaman
daripada kecerdasan otaknya. Kemahiran bertutur dipengaruhi aspek
fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina. Pertuturan yang baik boleh
dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur,
intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.
32
33
Objektif Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan syarahan. Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan murid boleh bertutur dengan betul dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat dengan tepat.
Pengajaran Dan Pembelajaran Bertutur Haruslah Membolehkan Murid:
Menyebut dengan jelas
Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi
Menunjukkan arah
Bertemu ramah
Memberikan penerangan dan memberi alasan
Membina soalan untuk mencari maklumat
Bertukar-tukar pendapat dan maklumat
Melaporkan peristiwa dan member sesuatu huraian dengan tepat
Bertutur secara bertatasusila
Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi
3.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUTURAN
Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pertuturan iaitu :-
a) Faktor Kecerdasan: Ini bermaksud kecerdasan otak yang
dihubungkan dengan kemampuan menghasilkan bahasa.
b) Faktor Kesihatan: Ini bermaksud jika seseorang kanak-kanak itu
mendapat sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa
mereka akan terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan
sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap.
c) Faktor Fizikal: Pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ
vokal manusia. Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak
atau tidak lagi berfungsi maka sudah pasti kanak-kanak itu tidak
boleh bertutur dengan baik.
d) Faktor Alam Sekeliling: Biasanya faktor taraf sosioekonomi dan
perhubungan keluarga boleh mempengaruhi perkembangan
bahasa kanak-kanak.
e) Faktor Jantina: Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan didapati
kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-
kanak lelaki. Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak-
kanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan
mereka berlaku lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki.
Faktor Dwibahasa: Kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur
lebih baik berbanding dengan kanak-kanak dwibahasa. Ini
34
3.3 ASPEK-ASPEK PERTUTURAN
Ada beberapa aspek penting yang harus diberi perhatian dalam
kemahiran bertutur. Antaranya ialah sebutan, tekanan, mora, jeda,
intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran dan laras bahasa.
i. Sebutan: Dari segi sebutan, murid-murid diajar mengenal huruf dan
bunyi-bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan
ayat-ayat. Ini bertujuan melatih mereka menyebut sesuatu dengan
tepat dan jelas. Mereka juga harus menyebut dengan betul
mengikut bunyi, ejaan dan makna.
ii. Tekanan: Tekanan adalah cara menyebut perkataan, rangkai kata
atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat
tertentu. Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan ia
bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu
pengucapan.
iii. Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek adalah kadar
sesuatu bunyi itu dilafazkan. Konsepnya sama dengan 'harakat'
dalam bahasa Arab. Unsur ini biasanya tidak jelas dalam Bahasa
Melayu dan kalau ada pun ia tidak membezakan makna.
Penggunaan unsur ini agak lebih ketara dalam Bahasa Inggeris dan
Arab.
iv. Jeda (persendian): Unsur ini disebut juga sebagai persendian. la
digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti
perkataan, rangkai kata, atau ayat-ayat. Dalam sesebuah ayat yang
diucapkan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Unsur ini
boleh membawa makna yang berbeza jika ia digunakan.
35
v. Intonasi: Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau
menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. la kadangkala
disebut sebagai nada suara. Intonasi ayat dalam bahasa Melayu
biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang
dituturkan. la boleh menaik, menurun, boleh mendatar dan
sebagainya. Ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik di
akhir ayat manakala ayat penyata pula mempunyai intonasi yang
menurun.
vi. Nada: Nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun
sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata itu diucapkan. Dalam
bidang muzik, kita dapati ada lapan nada iaitu Do, Re, Mi, Fa, So,
La, Ti, dan Do. Setiap nada ini mewakili satu suku kata. Dalam
bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik. Kewujudannya lebih
ketara dalam Bahasa Cina.
vii. Tatabahasa: Tatabahasa adalah satu sistem, peraturan atau
undang-undang menggabungkan kata untuk membentuk ayat.
Peraturan-peraturan ini mempunyai kaedah dan formula tertentu. la
terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam
bahasa pertuturan, walaupun lumrahnya aspek tatabahasa tidak
begitu dipentingkan tetapi untuk memperolehi kebiasaan bertutur
atau bercakap dengan baik dan berkesan aspek ini haruslah
ditekankan.
viii. Kelancaran: Kelancaran bermaksud murid-murid boleh bertutur
atau bercakap dengan baik, kemas dan teratur. Waktu bercakap
mereka tidak menghadapi sebarang masalah dan tiada gangguan
semasa percakapan itu berlangsung.
36
ix. Kefasihan: Kefasihan bererti murid-murid boleh bercakap bukan
sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur dan lancar tetapi mereka
juga boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dan ayat-
ayat yang dituturkan itu secara jelas dan tepat. Mereka boleh
bercakap seperti seorang penutur jati yang terpelajar.
x. Laras bahasa: Laras bahasa dalam konteks ini ialah murid-murid
boleh menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai konteks,
suasana dan situasi yang sesuai. Tujuannya ialah supaya murid-
murid boleh menggunakan bahasa itu untuk tujuan-tujuan
berkomunikasi secara berkesan.
f) disebabkan oleh gangguan-gangguan bahasa ibunda (pertama).
3.4 PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR
PERINGKAT AWALa) Melafazkan pengucapan bertatasusila.
b) Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar.
c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat .
d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi.
e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu.
f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
g) Memberi arahan.
h) Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan
sebagainya.
i) Membuat ayat-ayat daripada gambar-gambar.
PERINGKAT PERTENGAHANa) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar.
37
b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar
bersiri.
c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa.
d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu.
e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan peribadi
seseorang, masa bersekolah, persekitaran, di rumah dan
sebagainya.
f) Membaca iklan dan peraturan-peraturan.
g) Memberi ucapan pendek dan mudah.
h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah.
i) Memberi komen secara mudah.
j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara
mudah.
PERINGKAT MAJU
a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek,
permainan, proses dan sebagainya.
b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa
menggunakannya.
c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog.
d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat.
e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan.
f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat.
g) Memberi ceramah dan syarahan (yang disediakan).
h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum,
perbincangan, seminar dan lain-lain.
i) Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan.
j) Mendeklamasi puisi.
k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan.
l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.
38
3. 5 Pemilihan Bahan Kemahiran Bertutur
Guru boleh memilih alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan kriteria yang berikut;
a) Bahan yang sedia ada
b) Kesesuaian dengan objektif pengajaran
c) Keberkesanannya.
Alat atau bahan bantuan mengajar boleh dibahagikan kepada tujuh
kategori iaitu;
a) Guru, Murid dan Bilik darjahGerak laku guru dan murid boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya
untuk membantu
Proses pengajaran dan pembelajaran, misalnya;
i. Guru menaikkan dan menurunkan tangan kanan atau
menggerakan kepala bagi menunjukkan perbezaan intonasi
dalam pertuturan.
ii. Guru menunjukkan cara membunyikan sesuatu sebutan
iii. Guru menggunakan papan tulisuntuk mencatat perkataan
atau frasa yang perlu digunakan oleh murid apabila bertutur.
b) Objek SebenarObjek yang biasa digunakan sehari-hari boleh dijadikan alat dan
bahan pengajaran yang berkesan, untuk membolehkan murid;
i. Mengaitkan konsep dengan bunyi, contohnya, bunyi
pelbagai kenderaan, mergastua dan air dengan
menggunakan alat audio seperti radio dan pita rakaman.
39
ii. Mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang
berlaku. Contohnya, pertuturan sekumpulan manusia di
stesen bas berbeza dengan pertuturan di pasar. Contoh ini
boleh ditunjukkan atau didengar melalui alat audio dan visual
seperti television, video, filem dan transperansi.
iii. Bahan sebenar seperti tiket bas, menu, butang baju pelbagai
warna dan saiz, buku, majalah, kalendar dan borang adalah
bahan yang boleh digunakan secara kreatif sebagai bahan
bertutur.
c) GambarGuru digalakkan mempunyai fail untuk menyimpan gambar yang
boleh digunakan dalam pengjaran dan pembelajaran bertutur.
Sama ada gambar tunggal atau gambar bersiri boleh digunakan
sebagai bahan rangsangan untuk murid-murid bercerita, berlakon,
berpuisi dan berdialog. Gambar-gambar yang digunakan hendaklah
sesuai dari segisaiz, terang dan jelas.
3.6 AKTIVITI-AKTIVITI BERTUTUR
Aktiviti lisan seperti perbualan, dialog, lakonan, wawancara, temu-
ramah atau temubual dan lain-lain seumpamanya adalah bentuk-bentuk
aktiviti yang membolehkan murid-murid mengamalkan atau menggunakan
bahasa dalam bidang komunikasi yang paling dekat dengan situasi
kehidupan sehari-hari.
Latihan sebutan, penggunaan tatabahasa dan ciri-ciri prosodi dapat
dipraktikkan. Aktiviti-aktiviti di atas bolehlah dijadikan rangsangan atau
model aktiviti lisan sebagai aktiviti lanjutan di dalam kelas.
40
1. Aktiviti Perbualan
Guru menjalankan aktiviti perbualan sebaik-baiknya berdasarkan
sesuatu tajuk. Kemungkinan tidak semua murid akan dapat peluang
berbual dengan guru tersebut, oleh kerana itu bolehlah guru menyusun
atau meminta murid-murid sendiri memilih kawannya.
Dalam masa perbincangan dengan guru, tidak semestinya murid itu
sendiri yang menceritakan hal dirinya atau keluarganya atau lain-lain
mengikut tajuk yang telah ditetapkan tetapi murid yang dilawan berbual itu
akan menceritakan semula apa yang telah diceritakan oleh rakan
bualannya itu.
Ketika murid bercerita atau selesai bercerita, guru menyusun strategi: -
1. Guru menyenaraikan isi-isi yang telah disebutkan oleh murid-murid
dalam perbualan itu.
2. Pilih satu daripada isi penting yang terdapat dalam senarai itu
untuk dibincangkan dengan secara lebih mendalam. Sebaiknya
guru merancang tajuk dan jika tajuk itu tidak disebut oleh murid,
guru bolehlah kemukakan soalan yang boleh menerbitkan tajuk
yang dirancangkan itu.
Contoh:
Tajuk: Pekerjaan bapa saya sebagai Ketua Pejabat Pos
i. Kemukakan beberapa soalan yang boleh menerbitkan hal-hal yang
berkaitan dengannya. Misalnya, gelaran atau panggilan kepada
pekerja di bahagian-bahagian tertentu seperti posman, kerani,
penjual setem, juruwang, penerima bungkusan dan lain-lain lagi.
41
ii. Guru siapkan juga benda-benda yang diperlukan ada di pejabat pos
seperti setem, bungkusan-bungkusan, surat, gam, buku simpanan
wang, borang telegram dan sebagainya.
iii. Guru boleh membina sebuah pejabat pos olok-olok di dalam kelas:
Letakkan semua label di kaunter-kaunter yang berkenaan,
seperti setem, telegram, bungkusan dan lain-lain.
Letakkan murid sebagai pekerja di tiap-tiap kaunter.
Tetapkan murid-murid yang akan memegang peranan sebagai
pembeli, penghantar surat, penghantar bungkusan dan
sebagainya.
Tetapkan perbualan-perbualan yang dikehendaki misalnya: -
Minta beli setem.
Bertanyakan harga setem.
Minta borang telegram.
Hendak menyimpan wang.
Hendak mengeluarkan wang dan sebagainya.
iv. Perkenalkan barang-barang yang hendak digunakan itu seperti
setem dengan harga-harganya (misalnya 5 sen, 10 sen, 20 sen, 75
sen, $1.00) dan seterusnya setakat yang sesuai dengan
pengetahuan membilang dan mengenal angka yang telah sedia
ada pada murid-murid.
v. Bincangkan bentuk dan ragam ayat yang hendak digunakan.
vi. Daftarkan di papan hitam atau kad imbasan perkataan-perkataan
yang diperlukan dalam aktiviti yang akan dijalankan.
42
vii. Mengadakan latihan menggunakan ayat-ayat yang hendak
digunakan di dalam aktiviti itu.
viii. Menggunakan ayat-ayat di atas dalam situasi sebenar di pejabat
pos tadi.
ix. Minta tiap-tiap orang murid yang telah mengambil bahagian tadi
menceritakan semula apa yang telah dibuatnya di pejabat pas
sebentar tadi.
x. Guru boleh bersaal jawab dengan murid-murid lain yang mengambil
bahagian tentang apa yang telah dilakukan oleh rakan-rakan
mereka sebentar tadi.
xi. Guru boleh menyediakan dialog pendek sebagai rangsangan
pelajaran lisan untuk aktiviti selanjutnya.
Aktiviti lisan seperti ini boleh juga dijalankan dengan menggunakan
tajuk-tajuk seperti pasar, kedai makan, kedai buah-buahan, kedai buku
dan kedai runcit.
2. Aktiviti Bercerita
Dalam pengajaran lisan, bercerita memainkan peranan yang penting,
bukan sahaja di kalangan kanak-kanak malah juga di kalangan orang-
orang dewasa.
o OBJEKTIF BERCERITA
43
a) Menyuburkan daya imaginasi kanak-kanak:
Kanak-kanak boleh secara imaginasi memasuki alam cerita
tersebut dan menggambarkan seolah-olah mereka yang
terlibat. Misalnya, menjadi angkasawan, gergasi dan haiwan.
b) Membina rasa hati:
Dalam cerita sering didapati watak-wataknya menemui
kejayaan atau mengalami bahaya-bahaya yang menyebabkan
penderitaan. Keadaan ini dapat membantu dalam
perkembangan emosi kanak-kanak. Sikap mereka terhadap
manusia, pendapat-pendapat, perkara-perkara dan lain-lain
dalam kehidupan secara am boleh diubah dengan cara guru
membawa mereka kepada tema cerita itu.
c) Menyuburkan akal dan kecerdasan murid-murid:
Semasa cerita disampaikan, minat dan rasa hairan murid-murid
dibangkitkan. Mereka digalakkan menyoal, mengemukakan
pandangan dan memberi komen terhadap peristiwa dan watak-
watak dalam cerita tersebut. Aktiviti ini boleh diikuti dengan
perbincangan selanjutnya.
d) Menggalakkan perkembangan bahasa murid-murid:
Dengan cara memperkenalkan perkataan-perkataan baru, ayat,
peribahasa, teka-teki dan sebagainya perbendaharaan kata
murid-murid boleh diperluaskan.
e) Asas untuk pendidikan agama:
Ada sesetengah cerita mempunyai pengajaran atau contoh
yang baik. Melalui cerita-cerita seperti ini, terutama cerita-cerita
yang mengandungi pendidikan moral dan akhlak, tingkah laku
dan sikap yang baik akan dapat disemai di kalangan murid-
murid.
44
o PRINSIP-PRINSIP BERCERITA
Cerita harus mempunyai tema yang sesuai dan bermakna cerita dari segi
tema atau jalan cerita, bahasa dan lain-lain hendaklah bersesuaian
dengan umur, latar belakang dan pengalaman murid-murid.
a) Cerita harus menggunakan bahasa yang sesuai. lni bermaksud
bahasa perlulah mudah, tepat dan jelas serta tidak mengandungi
perkataan atau rangkai kata yang boleh mengelirukan. Perkataan
atau rangkai kata yang mengandungi beberapa pengertian harus
juga dielakkan.
b) Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik. Episod tersusun
dan ada kesudahan. Semasa menyampaikannya, guru perlu
menggunakan aneka gaya, menggunakan gerak isyarat,
pergerakan, pernyataan, menggunakan cakap ajuk, lakonan dan
sebagainya.
c) Penglibatan murid-murid sepenuhnya adalah juga penting. Libatkan
intelek, emosi dan kadang-kadang fizikal murid semasa sesi
bercerita. lni diikuti dengan aktiviti-aktiviti sebagai gerakerja
lanjutan.
o KEMAHIRAN BERCERITA
Berbagai-bagai kemahiran digunakan dalam kemahiran bercerita.
Kemahiran-kemahiran ini boleh dikumpulkan kepada dua komponen
iaitu :-
a) Komponen struktur.
b) Komponen penyampaian.
45
Komponen Struktur
- Komponen struktur ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu :-
Permulaan
Pembentukan
Penutup
i. PERMULAAN
a) Guru harus menarik perhatian murid dan keadaan ini sebaik-
baiknya dapat dikekalkan sehingga ke akhir sesuatu pembelajaran.
Keadaan ini selalunya boleh didapati melalui penggunaan gerak
isyarat yang sesuai, pernyataan muka, gambar, perhubungan
penglihatan, media dan sebagainya.
b) Guru harus menunjukkan minat dan kecenderungannya untuk
membentuk satu perhubungan yang baik dengan kelas.
ii. PEMBENTUKAN
a) Bahasa yang sesuai:
Bahasa yang digunakan mestilah mudah, sesuai supaya maksud
cerita dapat disampaikan dan difahami. Penggunaan cakap ajuk
di tempat-tempat yang boleh menambahkan kesan dan
menjadikan pendengar-pendengar memberi lebih banyak
perhatian kepada cerita hendaklah selalu diadakan. Perkataan-
perkataan dan rangkai kata yang kabur patut dielakkan dan jika
ada perkara-perkara baru, ia patut digambarkan sarna ada me-
lalui lisan atau dengan cara menggunakan gambar.
46
b) Kelancaran pertuturan:
Ini penting untuk perkembangan cerita yang licin.
Kefahaman murid-murid akan lebih baik dan berkesan.
c) Suara guru:
Cerita akan menjadi lebih menarik dan boleh
berbentuk hiburan jika ada perubahan-perubahan dalam suara
guru. Ini ditegaskan dari segi nada, intonasi, ketinggian, kekuatan
dan sebagainya. Ini biasanya berlaku pada tempat-tempat yang
sesuai, secocok dengan peristiwa-peristiwa dalam cerita itu.
d) Gerak-geri dan pernyataan yang sesuai:
Gerak isyarat dan pernyataan yang sesuai dan bermakna
membantu menerangkan atau menyampaikan maksud atau
kandungan sesebuah cerita. la juga membangkitkan minat dan
memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid.
e) Rangsangan yang tepat:
Semasa bercerita rangsangan yang berbeza boleh digunakan untuk
mengarahkan minat dan perhatian murid kepada cerita
keseluruhannya; misalnya, media yang sesuai digunakan, soalan-
soalan boleh dikemukakan, atau cadangan-cadangan dan
pendapat muridmurid di mana-mana yang sesuai boleh diterima
dan disesuaikan dengan cerita.
f) Aturan perkembangan cerita:
Peringkat-peringkat atau bahagian-bahagian cerita yang
membentuk keseluruhan cerita mesti dalam susunan 'dahulu-
kemudian'.
g) Penjelasan tema cerita:
Ini harus dibentuk dengan baik supaya pendengar-
47
pendengar boleh membincangkan plot cerita, watak-watak utama
dan dapat membuat gambaran mengenai moral cerita tersebut.
h) Penglibatan murid-murid:
Semasa membentuk cerita, murid-murid boleh
terlibat sama secara efektif, kognitif dan kadang-kadang fizikal.
Mereka boleh terlibat secara lisan, atau dengan melakukan
sesuatu, atau memberi pandangan dan pendapat atau
sebagainya.
iii. PENUTUP
a) Cerita mempunyai kesudahan: Ini perlu untuk memenuhi objektif
guru.
b) Penyediaan gerak kerja atau aktiviti lanjutan. Pelbagai bentuk
aktiviti boleh mengikut sesi bercerita. Murid-murid boleh dilibatkan
dalam perbincangan, lakonan, ekspresi, bersoal jawab dan
sebagainya.
Komponen Penyampaian
Komponen penyampaian ini bertujuan untuk menyampaikan cerita dengan
lebih berkesan lagi, pelbagai kemahiran boleh digunakan oleh guru.
Di antaranya ialah:
i. Penggunaan bahasa:
a) Bahasa mestilah jelas. Perkataan yang sesuai adalah
mustahak. Bahasa juga harus mudah, elakkan perkataan
dan rangkai kata yang kabur. Kata-kata penghubung
digunakan untuk membantu dalam perkembangan cerita.
48
b) Suara: Jelas dan terdapat perubahan dalam nada dan
intonasi. Ini mustahak kerana ia boleh menjadikan cerita
lebih hidup, menarik, bermakna dan dramatis.
ii. Keceriaan guru:
a) Penggunaan gerak isyarat/pernyataan: Pergerakan yang
bermakna dapat membentuk minat dan kefahaman yang
lebih. la dapat menyampaikan maksud yang sebenar.
b) Penggunaan pergerakan: Perhatian dapat dibuat dengan
pencerita bergerak tetapi dia harus pasti yang per-
gerakannya mempunyai tujuan dan bersesuaian pula untuk
membentuk kesan yang diper1ukan.
iii. Penglibatan murid-murid:
a) Pergerakan murid: Semasa sesi bercerita, murid-murid boleh
dipanggil untuk melakonkan sesuatu babak, situasi atau
peristiwa dalam cerita. Pergerakan yang bertujuan itu
membantu dalam pembentukan cerita dan dapat
mengurangkan rasa bosan. Secara tidak langsung ia
menambah penglibatan murid-murid.
b) Jawapan murid-murid: Ini menjadi maklumat balik terhadap
cerita si pencerita. Dengan maklumat ini, guru dapat
menyediakan gerak laju yang sesuai dan mengubah
ceritanya di tempat tertentu.
iv. Penggunaan alat bantuan:
a) Media alat pandang-dengar: Media pandang-dengar yang
dipilih mestilah berkaitan dengan situasi cerita dan
digunakan untuk membangkitkan minat serta memberi
kefahaman yang lebih baik kepada murid-murid.
b) Contoh-contoh: Contoh-contoh yang sesuai boleh menolong
49
murid-murid meluaskan lagi kefahaman mereka serta
berpeluang menikmati cerita itu sepenuhnya.
v. Peneguhan:
a) Lisan: Pencerita boleh menggunakan ulangan di mana-mana
yang perlu. Idea murid-murid, kata-kata galakan serta komen
mereka perlu diberi perhatian dan ini penting dari segi
peneguhan kognitif dan efektif.
b) Pernyataan gerak isyarat: Gerak-geri, pernyataan muka dan
badan, jika digunakan dengan betul, akan membantu
menjadikan cerita lebih jelas, hidup dan bermakna.
vi. Perkembangan cerita:
a) Langkah: Harus ada gerak laju yang sesuai semasa ber-
cerita. lni bergantung kepada bagaimana ia disampaikan;
dengan perkataan lain, ia mengikuti satu corak atau aturan
yang sesuai untuk mengembangkan cerita.
b) Perkaitan: Peringkat-peringkat tertentu dalam cerita dikaitkan
dalam cara yang lain. Kata penghubung yang betul
penggunaannya, akan memastikan tidak ada sekatan dalam
aliran cerita.
c) Hentian: Ini memberi peluang kepada murid-murid untuk
mendengar secara imaginatif memikirkan masalah dan isu-
isu yang disampaikan.
o DASAR PEMILIHAN CERITA
a) Cerita-cerita yang dipilih hendaklah sesuai dengan pengalaman,
latar belakang, peringkat umur, kebolehan otak, kecenderungan
dan minat kanak-kanak.
50
b) Cerita-cerita itu harus menggunakan bahasa yang baik, mudah
dan tidak berbelit-belit serta betul pula tatabahasanya.
c) Isi atau tema cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pen-
didikan, terutama dari segi pendidikan akhlak dan budi pekerti.
d) Cerita yang dipilih itu sebaik-baiknya biarlah daripada cerita-cerita
yang boleh dijadikan bahan lakonan atau kerja bertulis.
e) Plot cerita seharusnya menarik dan mudah difaham.
f) Cerita-cerita yang dipilih itu juga semestinya tidak menyinggung
mana-mana agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan.
g) Cerita-cerita juga tidak seharusnya rnenyentuh dasar kerajaan
atau bertentangan dengan dasar tersebut.
h) Cerita harus ada unsur-unsur perpaduan kebangsaan.
o CARA MENJALANKAN PELAJARAN CERITA
i. Guru rnenerangkan terlebih dahulu perkataan atau rangkai kata
yang susah yang hendak digunakan dan rnenerangkan juga
perkara-perkara yang menjadi latar belakang cerita itu
ii. Setelah rnengumpulkan murid-murid di hadapan darjah, guru terus
becerita sambil rnenunjukkan gambar-gambar atau alat bantu
mengajar yang lain untuk menguatkan lagi perhatian dan
kefahaman mereka.
51
iii. Setelah selesai bercerita, guru bolehlah rnengemukakan soalan--
soalan. Guru bolehlah rnenyoal isi cerita dan murid-murid juga
boleh menyoal.
iv. Pelajaran akan lebih rnenarik jika kanak-kanak diminta rne-
lakonkannya jika sesuai dengan masa dan keadaan.
3. Aktiviti Lakonan
Lakonan bukan sahaja dapat melatih kanak-kanak bertutur dengan baik
malah dapat juga rnendorongkan rnereka beraksi dengan gerak-geri yang
bersahaja. Jenis lakonan yang boleh digunakan ialah:-
Lakonan Bisu.
Lakonan Berkait.
Lakonan Berseni Kata dan Menggunakan Pergerakan.
Lakonan Menggunakan Patung.
1. LAKONAN BISU
Lakonan ini hanya menggunakan pergerakan anggota tanpa ber-
kata apa-apa. Dengan berpandukan gerak-geri pelakonnya, murid-murid
lain diminta meneka apakah yang dibuat oleh pelakon itu. Dalam hal ini,
murid-murid akan sentiasa berfikir dan memerhatikan dengan teliti
perhubungan pergerakan itu.
Murid-murid yang berlakon itu pula berpeluang memikirkan sesuatu
yang hendak dilakonkannya dan menghubungkannya pula dengan
52
sesuatu kejadian itu. Lakonan jenis ini adalah satu cara untuk melepaskan
tenaga yang berlebihan atau melepaskan emosi yang meluap-Iuap di
kalangan mereka.
Guru bolehlah terlebih dahulu berunding dengan murid-murid yang
akan mengambil bahagian dan meminta mereka melakonkannya. Murid-
murid lain diminta memerhatikan setiap pergerakan yang dilakonkan oleh