1. Apakah Persetujuan Bebas, Terdahulu dan Termaklum? Pengucap 1: 1 Tahukah kamu apakah hak kepada Persetujuan Bebas, 2 Terdahulu dan Termaklum? Pengucap 1: 3 Tentulah! Itulah hak komuniti kita untuk 4 dimaklumkan oleh kerajaan tentang 5 projek-projek perlombongan, petroliam, air dan sebagainya 6 yang mungkin akan diimplementasikan di dalam 7 komuniti kita. Selain itu, 8 kerajaan mempunyai kewajipan untuk mendengar dan menilai 9 pendapat kita supaya kita boleh mencapai muafakat 10 sebelum sebarang projek dilaksanakan. 11 Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cultural survival dot org slash consent [culturalsurvival.org/consent or cs.org/consent]
45
Embed
culturalsurvival.files.wordpress.com file · Web viewItulah hak komuniti kita untuk . 4 dimaklumkan oleh kerajaan tentang. 5 projek-projek perlombongan, petroliam, air dan sebagainya.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1. Apakah Persetujuan Bebas, Terdahulu dan Termaklum?
Pengucap 1: 1 Tahukah kamu apakah hak kepada Persetujuan Bebas,
2 Terdahulu dan Termaklum?
Pengucap 1: 3 Tentulah! Itulah hak komuniti kita untuk
4 dimaklumkan oleh kerajaan tentang
5 projek-projek perlombongan, petroliam, air dan sebagainya
6 yang mungkin akan diimplementasikan di dalam
7 komuniti kita. Selain itu,
8 kerajaan mempunyai kewajipan untuk mendengar dan menilai
9 pendapat kita supaya kita boleh mencapai muafakat
10 sebelum sebarang projek dilaksanakan.
11 Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cultural survival dot org slash consent[culturalsurvival.org/consent or cs.org/consent]
2. Suatu Hak Bumiputera
Pengucap 1: 1 Sejak lahir, setiap orang manusia mempunyai hak-hak tertentu
2 yang tidak boleh dibolotkan, dan sebagai Kaum Bumiputera,
3 Kita mempunyai hak kepada Persetujuan Bebas,
4 Terdahulu, dan Termaklum.
Pengucap 4: 5 Tak kira di mana negara asal kamu,
6 hak ini boleh dipakai untuk kita semua dan patut diimplementasikan
7 apabila kerajaan ingin mengeksploitasikan
8 sumber-sumber semula jadi di dalam komuniti kita,
9 terutamanya apabila projek-projek ini akan merangsangkan
10 perubahan berbahaya kepada tanah kita.
11 Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cultural survival dot org slash consent[culturalsurvival.org/consent or cs.org/consent]
3. Pastikan Syarikat-syarikat Mempunyai Akauntabiliti
Pengucap 1: 1 Setiap musim saya berasa risau tentang kekurangan
2 hasil penuaian kami; kami memang tidak mempunyai tanah yang
3 mencukupi sejak syarikat itu telah memasuki komuniti kami.
Pengucap 2: 4 Benar sekali, mereka telah mengambil alih tanah kami tanpa
5 Persetujuan Bebas, Terdahulu, dan Termaklum. Hak ini melindungi
6 kita sebagai komuniti bumiputera, dan bermandat bahawa tiada kerja
7 yang boleh dilakukan di tanah kami tanpa syarikat atau kerajaan
8 memaklumkan kita, berunding dengan kita, dan mendengar suara kita
9 dahulu. Jom kami mengambil tindakan untuk memastikan syarikat ini
10 mempunyai akauntabiliti.
11 Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cultural survival dot org slash consent[culturalsurvival.org/consent or cs.org/consent]
4. Pemimpin-pemimpin
Pengucap 1: 1 Saya merupakan Bumiputera. Saya mempunyai
2 hak kepada Persetujuan Bebas, Terdahulu, dan Termaklum, tetapi
3 kerajaan-kerajaan menggunakan banyak strategi untuk
4 mengelakkan pematuhan terhadap hak ini. Antara strategi yang
5 digunakan adalah dengan mengenal pastikan pemimpin tempatan
6 dalam komuniti kita dan meyakinkan mereka, melalui rasuah, them,
7 tawaran kerja dan janji-janji lain untuk bekerja secara eksklusif untuk
8 pihak kerajaan atau syarikat pembangunan, dan bukan bertindak
9 menjaga kepentingan komuniti luas yang diwakili oleh mereka. Oleh
10 itu, amatlah penting bahawa kita sebagai Kaum Bumiputera memilih
11 pemimpin-pemimpinyang komited dan berdedikasi menjaga kebaikan
12 kaum dan tanah kita, dan kita bekerjasama dengan erat dengan
13 pemimpin-pemimpin ini untuk maju ke hadapan bersama.
14 Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cultural survival dot org slash consent[culturalsurvival.org/consent or cs.org/consent]
5. PBB Pengisytiharan, Artikel 10
Pengucap 1: 1 Untuk Komuniti Bumiputera, hak kepada
2 Persetujuan Bebas, Terdahulu, dan Termaklum disokong oleh
3 Artikel 10, Pengisytiharan PBB atas
4 Hak-hak Kaum Bumiputera,
5 yang menyatakan bahawa kerajaan-kerajaan tidak boleh
6 menyingkirkan Komuniti Bumiputera dari tanah atau wilayah
7 mereka secara paksaan serta tidak boleh menjalankan sebarang
8 projek berknotrak di atas tanah Kaum Bumiputera tanpa
9 Persetujuan Bebas, Terdahulu, dan Termaklum mereka.
10 Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cultural survival dot org slash consent[culturalsurvival.org/consent or cs.org/consent]
6. Pengisytiharan PBB, Artikel 19
Pengucap 1: 1 (suara bergema) Artikel 19 Pengisytiharan PBB
2 ke atas Hak Kaum Bumiputera
3 menyatakan bahawa:
4 (suara biasa) kerajaan-kerajaan patut mendapat
5 consent Bebas, Terdahulu, dan Termaklum daripada
6 Kaum Bumiputera sebelum mengambil dan memakai
7 langkah-langkah undang-undang atau pentadbiran
8 yang akan memberikan kesan terhadap mereka.
9 Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cultural survival dot org slash consent[culturalsurvival.org/consent or cs.org/consent]
7. Komuniti Selamat
Pengucap 1: 1 Sebagai Kaum Bumiputera kita mempunyai hak untuk tinggal dalam
2 komuniti selamt, dan takala perubahan dijalankan di tanah kita
3 kita patut memberikan perhatian kepada Artikel 29
4 Pengisytiharan PBB atas Hak-hak Kaum Bumiputera:
5 Artikel ini mengesahkan bahawa Kaum Bumiputera
6 mesti memberikan Persetujuan Bebas, Terdahulu, dan Termaklum
7 mereka sebelum bahan-bahan berbahaya boleh disimpan atau
8 dibuangkan di atas tanah mereka.
9 Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cultural survival dot org slash consent[culturalsurvival.org/consent or cs.org/consent]
8. Projek-projek Pembangunan
Pengucap 1: 1 (bercakap melalui mikrofon) Tiada perubahan yang boleh dilakukan
2 di atas tanah kita sebelum
3 menguna pakai Artikel 32 Pengisytiharan PBB
4 atas Hak-hak Kaum Bumiputera
5 yang menesahkan bahawa kerajaan-kerajaan mesti mendapat
6 Persetujuan Bebas, Terdahulu, dan Termaklum
7 sebelum membenarkan sebarang projek pembangunan yang
8 memberikan kesan terhadap tanah dan sumber-sumber
9 Kaum Bumiputera, “terutamanya projek yang berkaitan dengan
10 pembangunan, penggunaan dan pengeksploitasian
11 mineral, air, atau sumber-sumber lain.
12 Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cultural survival dot org slash consent[culturalsurvival.org/consent or cs.org/consent]
9. Sokongan Antarabangsa
Pengucap 1: 1 Sebagai Kaum Bumiputera kita mempunyai hak untuk membuat
2 keputusan atas perubahan yang mungkin akan dijalankan di atas
3 tanah kita, sepertimana yang ditentukan dalam Pengisytiharan PBB
4 atas Hak-hak Kaum Bumiputera dan juga dalam
5 Konvensyen 169 Pertubuhan Buruh Antarabangsa dan
6 langkah-langkah antarabangsa yang lain yang mengakui
7 hak kepada Persetujuan Bebas, Terdahulu, dan Termaklum.
8 Langkah-langkah ini mengisytiharkan hak-hak kaum Bumiputera
9 dan mewajibkan kerajaan-kerajaan untuk menghormati hak ini.
10 Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cultural survival dot org slash consent[culturalsurvival.org/consent or cs.org/consent]
10. Hak Yang Tidak Boleh Dipisahkan
Pengucap 1: 1 Untuk Kaum Bumiputera, hak kepada Persetujuan Bebas,
2 Terdahulu, dan Termaklum merupakan hak asas, sedia ada,
3 dan tidak boleh dipisahkan. Hal ini bermaksud bahawa hak ini
4 merupakan unsur yang penting dan diperlukan dalam projek
5 pembangunan yang memberikan kesan terhadap kaum kita dan tidak
6 boleh ditahan daripada kita. Menurut undang-undang antarabangsa,
7 Persetujuan Bebas, Terdahulu dan Termaklum memasatikan bahawa
8 komuniti Bumiputera membuat keputusan secara bebas atas projek-
9 projek yang munkin akan memanfaatkan kita dan generaasi akan datang
10 kita, selaras denga budaya, pandangan dunia dan nilai nilai kita sendiri.
11 Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cultural survival dot org slash consent[culturalsurvival.org/consent or cs.org/consent]
11. Cukuplah Pelanggaran Hak Manusia
Kawalan: latar belakang muzik tempatan
Pengucap 1:
1 Selamat pagi!
Pengucap 2:
2 Hai, apa khabar?
Pengucap 1:
3 Khabar baik, terima kasih. Kamu ada kedengaran tentang ketibaan
4 sebuah syarikat baharu di sini? Mereka sudah mula mengupah orang
5 tempatan untuk menjalankan kerja-kerja atas sebuah projek pembinaan
6 besar di sini, dalam kampung kami.
Pengucap 2:
7 APA? Saya langsung tidak tahu… Saya tidak boleh percaya bahawa
8 kerajaan terus menabaikan hak kita kepada Persetujuan Bebas,
9 Terdahulu, dan Termaklum, yang melibatkan kita sebagai
10 Kaum Bumiputera. Mereka perlu memakumkan kita dan
11 mendengar pendapat kita tentang sama ada kita setuju atau
12 tidak kepada projek-projek ini. Terutamanya kerana
13 hak-hak ini termaktub dalam undang-undang
14 nasional dan antarabangsa.
Pengucap 1:
15 Betul sekali cakapmu. Jelasnya bahawa kerajaan tidak
16 berusaha dengan mencukupi untuk menguatkuasakan hal ini.
17 Jika kita tidak menuntut mereka menghormati hak kita kepada
18 Persetujuan Bebas, Terdahulu, dan Termaklum hak-hak dan undang-
19 undang ini hanya wujud di atas kertas yang disimpan dalam almari
20 sahaja. Syarikat-syarikat akan terus melanggar hak kita dan
21 mengambil kesempatan atas Kaum Bumiputera.
Pengucap 3:
22 Kita tidak boleh dan tidak akan membenarkan perkara ini berlaku.
23 Cukuplah pelanggaran hak-hak manusia! Jom kita bangkitlah untuk
24 mempertahankan hak-hak kita dan kesihatan Bumi!
Pencerita:
25 Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cultural survival dot org slash consent[culturalsurvival.org/consent or cs.org/consent]
12. Maksud "Bebas"
Kawalan: latar belakang muzik
Pengucap 1:
1 Hak kepada Persetujuan Bebas, Terdahulu, dan Termaklum merupakan
2 suatu hak yang sejajar untuk semua Kaum Bumiputera yang
3 menghadapi projek-projek pembangunan dalam komuniti kita.
Kawalan: rehat muzik (3 saat)
Pengucap 2:
4 Hak kepada Persetujuan Bebas, Terdahulu, dan Termaklum? Apakah
5 yang dimaksudkan oleh persetujuan yang Bebas?
Kawalan: rehat muzik (3 saat)
Pengucap 1:
6 Bahagian “Bebas” tersebut bermaksud bahawa kerajaan dilarangkan
7 daripada melakukan sebarang manipulasi pemimpin-pemimpin dan
8 ahli komuniti mengenai keputusan mereka tentang sama ada
9 sesuatu projek patut dibenarkan dalam komuniti kita.
10 Dalam sebuah proses perundingan,
11 Kaum Bumiputera tidak boleh dipaksa dengan apa jua cara pun
12 untuk mencapai sesuatu keputusan tertentu. Ini termasuk sebarang
13 ugutan secara langsung atau tidak langsung terhadap ahli komuniti.
14 keganasan, paksaan, rasuah atau paras ugut. Hanya dengan
15 memastikan bahawa perundingan mengenai projek-projek adalah
16 bebas daripada penyalahgunaaan tersebut, barulah sesebuah kerajaan
17 menghormati hak kepada persetujuan yyang betul-betulnya “Bebas”.
Pengucap 2:
18 Kita mesti menuntut bahawa hak kepada Persetujuan Bebas Terdahulu
19 dan Termaklum benar-benar Bebas.
Pencerita:
20 Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cultural survival dot org slash consent[culturalsurvival.org/consent or cs.org/consent]
13. Maksud "Terdahulu"
Kawalan : <<Bunyi-bunyi kerumunan yang sedang membuat bantahan >>
Pengucap 1:
1 Bangkitlah! Bangunglah! Tiadanya masa yang lebih sesuai lagi
2 dari sekarang untuk menuntut kerajaan mengimplementasikan
3 hak kepada Persetujuan Bebas, Terdahulu dan Termaklum yang
4 kita dijaminkan sebagai Kaum Bumiputera!
Kawalan: rehat muzik (3 saat)
Pengucap 2:
6 Sebenarnya, pernyataan tersebut memang masuk akal. Kerajaan kita
7 akan mengambil suatu langkah besar ke depan jika mereka mematuhi
8 hak kepada Persetujuan Bebas, Terdahulu dan Termaklum
9 dalam takat penuhnya. Yang hilang secara khususnya ialah
10 idea of persetujuan Terdahulu. Persetujuan yang dicapai
11 terdahulu sebelum permulaan sesebuah projek atau
12 kebenaran kerajaan adalah penting. Hal ini bermaksud kita patut
13 mempunyai masa yang mencukupi untuk seluruh komuniti
14 Bumiputera untuk mempertimbangkan sesuatu keputusan.
15 Tepat sekali! Kita mesti mempunyai maklumat yang lengkap dan
16 terperinci SEBELUM projek-projek ini bermula, supaya kita
17 boleh membuat analisis dan membuat keputusan sendiri sebagai satu
18 kaum. Bukan itu sahaja, mereka mestilah melibatkan kita
19 sebelum setiap fasa proses tersebut, contohnya pada fasa
20 peninjauan, eksploitasi, penutupan dan pembersihan
21 projek perlombongan.
Pencerita:
22 Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cultural survival dot org slash consent[culturalsurvival.org/consent or cs.org/consent]
14. Maksud "Termaklum"
Kawalan: latar belakang muzik
Pengucap 1:
1 Kamu dan saya, sebagai ahli Komuniti Bumiputera,
2 dijaminkan hak kepada Persetujuan Bebas, Terdahulu, dan
3 Termaklum.
Kawalan: rehat muzik (3 saat)
4 Hak ini merupakan hak asasi untuk pembangunan mampan sebarang
5 komuniti. Oleh itu, hak ini mesti diimplementasikan
6 sepenuhnya. Jom kita lihat apa yang dimaksudkan oleh persetujuan
7 Termaklum.
8 “Termaklum” bermaksud bahawa kita mempunyai hak untuk
9 menerima maklumat yang penuh dan lengkap mengenai sesebuah
10 projek pembangunan yang dicadangkan dalam komuniti kita.
11 Hal ini termasuklah semua maklumat tentang akibat projek-projek ini
12 terhadap alam sekitar , dan juga kesan yang didatangkan terhapap
13 kita sebagai individu dan komuniti kita. Kajian yang dijalankan
14 untuk mengumpulkan maklumat ini dikenali sebagai
15 Penilaian Dampak Alam Sekitar dan Sosial, atau
16 ESIA, yang patut dijalankan oleh badan-badan bebas
17 dan tidak berkaitan dengan syarikat terlibat. Semua
18 maklumat yang dibekalkan mestilah lengkap,
19 boleh difahami, dalam bahasa ibunda kita,
20 dan selaras dengan nilai-nilai tradisional
21 dan cara membuat keputusan kita sendiri. Tanggungjawab kita adalah
22 untuk memastikan kita benar-benar termaklum sebelum keputusan
23 yang akan memberikan kesan kepada kaum dan tanah kita dibuat.
Pencerita:
24 Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cultural survival dot org slash consent[culturalsurvival.org/consent or cs.org/consent]