-
5/25/2018 USM News Portal - PROFESION JURURAWAT PERLU
DITINGKATKAN
https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5781-profesion-jururawat-perlu-ditingkatkan
1/3
USM, KUBANG KERIAN, 15 Mei 2018 - Tanggal 12 Mei setiap tahun
merupakan Sambutan HariJururawat Sedunia bagi menghargai jasa,
pengorbanan dan komitmen tinggi jururawat yangbertungkus-lumus
siang dan malam dalam memberi perkhidmatan kepada pesakit.
Ketua Penyelia Jururawat Hospital Universiti Sains Malaysia
(USM), Raudzah Haji Mohd Ariffin berkata,Hari Jururawat pada tahun
ini disambut dengan tema, 'A Voice to Lead, Health is a Human
Right'(Suara ke arah kepimpinan, setiap manusia berhak mendapatkan
rawatan terbaik).
"Jururawat merupakan agen dalam menyampaikan maklumat atau ilmu
kesihatan secara terus kepadapesakit dalam merubah sikap pesakit
menjaga kesihatan dengan cara yang lebih berkualiti.
(https://news.usm.my)
Berita Mutakhir
search...
PROFESION JURURAWAT PERLU DITINGKATKAN17MAY
https://news.usm.my/
-
5/25/2018 USM News Portal - PROFESION JURURAWAT PERLU
DITINGKATKAN
https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5781-profesion-jururawat-perlu-ditingkatkan
2/3
"Tanpa mengira lokasi, sempadan atau tempat, perawatan kesihatan
sepatutnya boleh dicapai olehsemua pesakit dan kita sebagai
jururawat perlu mempermudahkan semua urusan untuk mencapaimatlamat
tersebut," katanya ketika ditemuramah selepas Majlis Sambutan Hari
Jururawat PeringkatHospital USM.
Menurut Raudzah, hala tuju jururawat di Hospital USM adalah
untuk memastikan semua 1,500 orangjururawat di sini mampu memiliki
ijazah pertama agar dapat meningkatkan lagi perkhidmatan
denganlebih cemerlang.
"Pengetahuan, kemahiran dan sikap (knowledge, skill and
attitude) merupakan perkara penting yangperlu ada dalam diri setiap
jururawat bagi membolehkan perawatan pesakit diberikan dengan
carayang terbaik dan penuh dengan keiklasan.
"Ini penting dalam mendepani cabaran masa kini kerana pesakit
kini lebih bermaklumat selain ledakanrevolusi industri 4.0 yang
mungkin mengurangkan jumlah tenaga kerja manusia namun perlu
diingatsatu perkara yang tiada pada robot ialah 'caring' dan ini
hanya ada pada manusia, oleh itu kita perlutunjukkan yang jururawat
masih diperlukan dalam apa era sekalipun," ujarnya lagi.
Raudzah yang berpengalaman selama 31 tahun dalam bidang
kejururawatan turut bersetuju jururawatadalah wira yang tidak
didendang.
"Tidak ramai yang tahu berkenaan sambutan hari jururawat berbeza
dengan sambutan hari guru,namun ini bukanlah perkara yang
mematahkan semangat malah jururawat tetap mampu untuk
terusmenjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi
demi memastikan nasib pesakitterbela," jelasnya.
-
5/25/2018 USM News Portal - PROFESION JURURAWAT PERLU
DITINGKATKAN
https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5781-profesion-jururawat-perlu-ditingkatkan
3/3
Raudzah turut menasihatkan agar semua jururawat perlu ada niat
yang betul dan rasa tanggungjawabdalam diri, bekerja dari hati ke
hati, letakkan diri kita sebagai pesakit kerana daripada situlah
kita sedarapa yang pesakit inginkan dan faktor-faktor tersebut juga
yang telah membawa beliau ke tahap dimana beliau berada
sekarang.
Teks/Foto: Mohd Hafiz Ya'acob
Share This
Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public
Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains
Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected]
(mailto:[email protected])
Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia
(http://www.usm.my)
Client Feedback / Comments
(http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal.
Hakcipta Terpelihara USM 2015
http://del.icio.us/post?v=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5781-profesion-jururawat-perlu-ditingkatkan&title=USM%20News%20Portal%20-%20PROFESION%20JURURAWAT%20PERLU%20DITINGKATKANhttps://digg.com/submit?phase=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5781-profesion-jururawat-perlu-ditingkatkan&title=USM%20News%20Portal%20-%20PROFESION%20JURURAWAT%20PERLU%20DITINGKATKANhttps://www.facebook.com/dialog/share?app_id=925945534114813&display=popup&href=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5781-profesion-jururawat-perlu-ditingkatkan&redirect_uri=https://news.usm.my/media/coalaweb/modules/generic/html/popup-close.htmlhttps://plus.google.com/share?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5781-profesion-jururawat-perlu-ditingkatkan&title=USM%20News%20Portal%20-%20PROFESION%20JURURAWAT%20PERLU%20DITINGKATKANhttps://www.stumbleupon.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5781-profesion-jururawat-perlu-ditingkatkan&title=USM%20News%20Portal%20-%20PROFESION%20JURURAWAT%20PERLU%20DITINGKATKANhttps://twitter.com/intent/tweet?text=USM%20News%20Portal%20-%20PROFESION%20JURURAWAT%20PERLU%20DITINGKATKAN&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5781-profesion-jururawat-perlu-ditingkatkanhttps://www.linkedin.com/shareArticle?mini=true&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5781-profesion-jururawat-perlu-ditingkatkan&title=USM%20News%20Portal%20-%20PROFESION%20JURURAWAT%20PERLU%20DITINGKATKANhttp://reddit.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5781-profesion-jururawat-perlu-ditingkatkan&title=USM%20News%20Portal%20-%20PROFESION%20JURURAWAT%20PERLU%20DITINGKATKANhttps://www.newsvine.com/_tools/seed?popoff=0&u=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5781-profesion-jururawat-perlu-ditingkatkan&title=USM%20News%20Portal%20-%20PROFESION%20JURURAWAT%20PERLU%20DITINGKATKANmailto:?subject=USM%20News%20Portal%20-%20PROFESION%20JURURAWAT%20PERLU%20DITINGKATKAN&body=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5781-profesion-jururawat-perlu-ditingkatkanmailto:[email protected]://www.usm.my/http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp