Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita Konstituensi...4 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4 jualan eksport minyak sawit. Ini merupakan satu pengunaan dana awam yang tidak
Post on 22-Jan-2021
4 Views
Preview:
Transcript
This page is supported by
{INSERT COMPANY LOGO} _______________________________________________________________________________________________
Isi kandungan
1 prospek untuk 2015 3 persidangan parlimen: Bajet 2015 Kerajaan Persekutuan 4 projek-projek komuniti: program kesihatan & pembangunan
10 kerja-kerja kemasyarakatan 11-13 akaun kewangan pejabat 2014
Ucapan daripada Ahli Parlimen Anda Kepada penduduk Kelana Jaya yang dihormati, Ini merupakan surat berita keempat saya kepada penduduk Kelana Jaya. Saya bersama kakitangan pejabat saya akan terus berusaha untuk mengeluarkan satu surat berita setiap enam bulan untuk memaklumkan anda tentang aktiviti terkini pejabat Parlimen anda. 2014 merupakan tahun yang cukup mencabar untuk Malaysia. Kami telah mengalami tiga tragedi kapal terbang dan negeri-negeri di Pantai Timur teruk dilanda banjir. Mengenai perkara politik, kami telah menyaksi Akta Hasutan digunakan untuk mendiamkan pendapat berlainan. Kami juga telah melihat sandiwara yang tidak masul akal iaitu perbicaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Selain itu, kami juga perhatikan kebangkitan pandangan extremis dalam perkara yang berkaitan dengan agama dan bangsa. Di Selangor pula, perkara pertukaran MB telah juga menimbulkan masalah tersendiri. Ekonomi positif pada dua suku pertama ditenggelami oleh ekonomi yang lembap pada dua suku yang akhir. Kejatuhan harga minyak mentah secara mendadak turut menjadi satu masalah kepada ekonomi negara. Gejala rasuah dan pentadbiran yang lemah masih berleluasa dan 1MBD terus menimbulkan persoalan serius terhadap Pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak. Walaupun terdapat isu-isu mencabar seperti di atas, enam bulan yang lepas adalah amat produktif bagi saya sebagai Ahli Parlimen Kelana Jaya. Semasa di sidang Parlimen baru-baru ini, saya telah mengetuai bantahan terhadap Rang Undang-Undang Perlaburan Panel Lembaga Hasil Dalam Negari dan pada akhirnya, pindaan kontroversi itu telah ditarik balik oleh kerajaan pada bulan Oktober 2014. BN akur kepada pendapat kami dan terus membuang 95% kandungan pindaan dan sekaligus idea Panel Pelaburan digugurkan. Ini memberi kami harapan, bukti bahawa Ahli Parlimen, walaupun dari pihak pembangkang sememangnya boleh membuat perbezaan positif kepada undang-undang Malaysia. Di Dewan Parlimen pula, saya menjadi lebih yakin dan selasa dalam perbahasan dan penyampaian hujah-hujah saya. Kakitangan saya juga telah bertambah baik dalam kerja-kerja penyelidikan mereka. Ringkasnya, kami semakin maju dalam tugas utama kami, iaitu meneliti dan memajukan proses merangka undang-undang dan polisi negara. Sesi Parlimen terakhir 2014 dari 7 Oktober sehingga 27 November juga merupakan satu kejayaan kepada saya dari segi tanggungjawab dan tugas. Saya mengetuai Jawatankuasa Belanjawan Pakatan Rakyat dan juga telah menulis sebahagian besar belanjawan tersebut. Saya juga telah berbahas pelbagai polisi, termasuk kewangan, cukai pendapatan, komoditi, derivatif dan pertukaran hutang kepada ekuiti. Mengenai kerja kemasyarakatan, saya gembira kerana kami telah menyelesaikan semua projek kami di Desa Ria dalam lingkungan masa dan bajet yang telah ditentukan. Pasukan sukarelawan yang terdiri daripada Encik Leong, Encik Ho, Encik Phang dan Saudara WyHow telah berjaya memujuk penderma, jurutera, arkitek dan kontraktor untuk memperbaiki tangga dan tadika di Desa Ria. Pejabat YB Nik Nazmi turut membantu kami dengan bantuan kewangan yang cukup substantial. Kami juga telah bekerjasama dengan doktor sukarelawan, hospital dan BCWA untuk
Terbitan #4 Januari 2015
Wong Chen Kelana Jaya
Surat Berita Konstituensi
2 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4
menjayakan beberapa kem-kem perubatan di Desa Mentari, Desa Ria dan Angsana USJ 1. Di kawasan Subang Jaya, YB Hannah Yeoh terus menonjolkan kepimpinan dan keprihatinan yang baik sekali. Disebabkan oleh perkhidmatan terbaik YB Hannah Yeoh, saya mempunyai lebih ruang untuk menjadi seorang Ahli Parlimen yang lebih efektif untuk memajukan kehendak penduduk di Subang mengenai undang-undang dan polisi negara. Bagi tahun 2015, pejabat saya akan beralih fokus daripada Desa Ria ke Desa Mentari. Oleh kerana YB Nik Nazmi telah mengambil alih jawatan EXCO Pendidikan Selangor, kami akan bekerjasama dengan pejabatnya untuk cuba melaksanakan beberapa pusat tuisyen baru yang kos efektif berdasarkan model Sister Stella di Block 2 Desa Mentari. Pejabat saya juga komited untuk membantu penduduk Ladang Glenmarie, satu lagi kawasan berpendapatan rendah, untuk membaiki tadika mereka dan juga melakukan kerja-kerja pembaikpulihan dewan serbaguna di sana. Akhir sekali, harap maklum bahawa akaun tahun 2014 kami juga dilampirkan dalam surat berita ini untuk penelitian awam. Saya mengucapkan anda semua Selamat Tahun Baru 2015. Semoga anda sekeluarga sihat dan gembira sentiasa. Yang benar
Wong Chen Ahli Parlimen Kelana Jaya
Wong Chen Kelana Jaya
Surat Berita #4: Januari 2015
Editor: Wong Chen Penyumbang:
Gillian Gan, Kan Wai Min, Amir bin Hamzah, Nicholas Khoo
Pertanyaan: Emel:
gillian.wongchen@gmail.com Tel: 03-5613 7918 Faks: 03-5613 7919
Alamat: 113B (2nd floor) Jalan SS14/1 47500 Subang Jaya
Selangor
Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita Konstituen diterbitkan
oleh Pusat Khidmat P104 Kelana Jaya
Ahli Parlimen Kelana Jaya Selangor Malaysia
Surat Berita Konstituen Wong Chen Kelana Jaya adalah produk yang tidak terkawal. Informasi yang terkandung di dalam surat
berita ini adalah untuk maklumat am dan tidak
bertujuan untuk digunapakai oleh pembaca dalam membuat atau tidak membuat keputusan peribadi, perniagaan dan/atau pelaburan khusus. Sekiranya anda ingin membuat rujukan,
mengeluarkan semula atau menyesuaikan apa-apa
kandungan dalam apa-apa cara, sila dapatkan kebeneran bertulis daripada kami terlebih dahulu.
3 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4
Sesi ketiga Parlimen (7 Oktober – 27 November 2014)Sesi ketiga Parlimen merupakan sesi yang paling panjang
dan sibuk pada tahun 2014. Bajet 2015 telah
dibentangkan pada 10 Oktober 2014 dan dibahas
sehingga 25 November 2014. Selain mengemukan lima
belas soalan kepada menteri-menteri di Parlimen,
pejabat saya telah bekerjasama dengan Jawatankuasa
Belanjawan Pakatan Rakyat.
Jawatankuasa Belanjawan 2015 Pakatan
Rakyat
Pada tahun 2014, saya menjadi ahli dalam Jawatankuasa
Belanjawan 2015 Pakatan Rakyat bersama dengan YB
Rafizi Ramli, YBhg Dr Dzulkifly Ahmad dan YB Dr Ong Kian
Ming. Saya dan kakitangan pejabat saya membuat
analisis fiskal untuk Belanjawan Alternatif selama enam
minggu dan Belanjawan tersebut dilancarkan secara
rasmi pada 9 Oktober.
1: Ahli Parlimen Pakatan di Majlis Pelancaran Belanjawan
Alternatif PR di Parlimen.
2: Dari kiri: Encik Yin Shao Loong, YB Rafizi Ramli, YBhg Dr
Dzulkifly, YB Wong Chen danYB Dr Ong Kian Ming.
Pada 14 Oktober 2014, Jawatankuasa Belanjawan
Pakatan Rakyat menganjurkan Forum Belanjawan
Alternatif di Subang Jaya dan kami telah menjawab
soalan daripada lebih kurang 200 para hadirin.
Anda boleh memuat turun salinan Belanjawan Alternatif
2015 Pakatan Rakyat di www.keadilanrakyat.org.
Debat Parlimen Mengenai Bajet 2015 Kerajaan
Persekutuan
Sebagai Ahli Parlimen anda, saya telah berbahas dengan
berberapa menteri mengenai Bajet 2015 Kerajaan
Persekutuan, termasuk Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian
Kewangan dan Kementerian Perusahaan Perladangan
dan Komoditi.
Saya juga terus meneliti rundingan TPPA kerajaan
Malaysia. Pada sesi ini, saya menekankan kekurangan
ketelusan pihak kerajaan atas kegagalan mendedahkan
laporan manfaat dan kos TPPA. Pada tahun depan, saya
akan terus memantau perkembangan perundingan TPPA
dan memberi tekanan kepada kerajaan untuk
mendedahkan semua kajian dan laporan kepada semua
Ahli Parlimen dan rakyat.
3: Isu TPPA yang telah saya bangkitkan mendapat liputan di
The Sun.
Seterusnya, saya telah mengadakan beberapa sidang
akhbar membangkitkan isu potongan drastik bajet untuk
mempromosikan minyak sawit. Kerajaan menyatakan
bahawa industri ini adalah penting tetapi hanya memberi
peruntukan terlalu kecil sebanyak 0.03% daripada jumlah
4 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4
jualan eksport minyak sawit. Ini merupakan satu
pengunaan dana awam yang tidak masuk akal.
Saya juga telah mengeluarkan kenyataan akhbar
mengenai isu Cukai Keuntungan Modal, potongan subsidi
makanan asas dari pihak BN dan perakaunan kerajaan
untuk MDV dan Prasarana.
Anda boleh membaca semua kenyataan akhbar saya dan
maklumat terkini dari Parlimen di www.wongchen.com.
Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri
Kerajaan BN cuba memperkenalkan Panel Pelaburan
LHDN pada Jun 2014. Mereka kemudian menarik balik
Rang Undang-Undang tersebut selepas isu ini mendapat
perhatian nasional dan antarabangsa. Pada bulan
Oktober, saya perhatikan bahawa Rang Undang-Undang
ini akan dibentangkan semula di Parlimen dengan
struktur dan kandungan yang sama seperti draf yang
telah dibentangkan pada bulan Jun lalu.
Saya dengan segara menganjurkan sidang akhbar
mengenai isu ini. Selepas seminggu, semasa di Parlimen,
saya gembira mendapat maklumat bahawa Rang
Undang-Undang LHDN telah dipinda sekali lagi dengan
pengecualian perkara Panel Pelaburan. Ini merupakan
satu kemenangan besar kepada rakyat!
4: Di Parlimen bergambar dengan salinan pindaan Rang
Undang-Undang LHDN.
Talkimat Mengenai Akta Cukai Pendapatan
Pada awal tahun ini, saya merayu melalui Facebook
meminta bantuan pakar-pakar cukai di kawasan saya
untuk memberi input teknikal mengenai Pindaan Rang
Undang-Undang Pendapatan Cukai. Kakitangan pejabat
saya kemudiannya berjumpa dengan dua pakar cukai dari
kawasan Kelana Jaya dan berbincang mengenai implikasi
utama pindaan-pindaan tersebut.
Pada bulan November, kakitangan pejabat saya memberi
taklimat kepada Ahli Parlimen PKR dan PAS mengenai
kesan Rang Undang-Undang tersebut untuk
mengenalpasti dan berbincang tentang beberapa perkara
untuk dibahas. Saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada dua pakar cukai tersebut atas penglibatan aktif
mereka mengenai kesan-kesan rang undang-undang ini.
Projek Komuniti Pejabat saya mempunyai polisi tidak menganjurkan majlis
makan bagi perayaan-perayaan kerana ini akan menelan
perbelanjaan yang banyak. Pejabat kami lagi suka
menggunakan wang peruntukan kami yang terhad untuk
memberi bantuan kebajikan di kawasan kami. Kami juga
lebih cenderung menggunakan peruntukan yang
diberikan untuk menaiktaraf infrastruktur dan
menganjurkan aktiviti komuniti yang lebih berkesaan
kepada penduduk Kelana Jaya. Pada pendapat kami, ini
adalah lebih penting daripada majlis makan yang akan
mengkenyangkan perut seketika.
Desa Ria
Klinik Bergerak
Pada Ogos 2014, kami telah menganjurkan klinik
bergerak untuk penduduk Desa Ria. Para sukarelawan
termasuk pelajar Universiti Perubatan Moscow.
5: Stesen perubatan sementara yang ditubuhkan di Tadika Desa
Ria.
5 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4
6: Bersama sukarelawan dan kakitangan saya.
Dari pukul satu sehingga lima petang, kami telah berjaya
memberi perkhidmatan perubatan kepada 187
penduduk, 50% terdiri daripada kanak-kanak.
Ubahsuai Tangga dan Halaman
Sebelum projek dimulakan, tangga di Desa Ria adalah
dalam keadaan yang teruk sekali. Kebanyakan susur
tangga telah dicuri dan dinding diconteng. Keadaan ini
amat berbahaya kepada semua, terumatanya kanak-
kanak.
Pada awal bulan Januari 2014, kami mula mencari cara
untuk menyelesaikan masalah ini. Kami berjaya
mendapatkan perkhidmatan arkitek, jurutera dan juru
ukur bahan untuk membantu kami secara percuma. Kami
juga dapat penaja korporat untuk memberi bantuan
kewangan projek ini. Kerja bermula pada bulan Ogos
apabila kami mendapatkan jumlah yang mencukupi
untuk membaiki dua belas tangga. Jumlah dana yang
diperoleh adalah RM90,000. Projek ini telah berjaya
disiapkan dalam lingkungan masa dan bajet yang
ditetapkan.
7: Gambar tangga sebelum dan selepas pembaikian.
8: Gambar halaman sebelum dan selepas pembaikan halaman.
Pengubahsuaian Tabika Desa Ria
Tabika Desa Ria ialah sebuah tabika yang mempunyai 25
kanak-kanak miskin yang berumur empat hingga enam
tahun. Kami memerhatikan keadaan fizikal yang teruk di
tadika ini dan seterusnya, mengambil keputusan untuk
melancarkan satu projek untuk menaiktarafkan tabika
itu.
Pada bulan Ogos 2014, saya memberi tugas kepada intern
dan sukarelawan saya untuk membina sebuah
perpustakaan kecil untuk kanak-kanak sebagai fasa
pertama projek ini.
9: Kanak-kanak di perpustakaan baru di Tabika Desa Ria.
Fasa kedua bermula pada bulan September 2014 dengan
kutipan derma untuk membiayai kerja-kerja
pengubahsuaian untuk menambah baik keadaan fizikal
tabika. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pelajar-pelajar Universiti Sunway, pelajar Kolej
Taylors, Persatuan Sukarelawan Malaysia dan beberapa
penderma lain. Kami berjaya mengumpul dana sebanyak
6 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4
RM15,000 bagi pemasangan dua kipas pengudaraan,
jubin baru, kerja paip dan kerja cat. Tabika ini akan dibuka
semula pada bulan Januari 2015.
10: Wakil Universiti Sunway menyerahkan cek kepada Tabika.
11: Pelajar Kolej Taylor’s memberi sumbangan mereka kepada
Tabika.
12: Kerja pembaikian jubin di Tabika pada bulan Disember.
13: Kipas baru yang dipasang di Tabika
Saringan Pemeriksaan Kanser Payu Dara
Percuma di USJ 1 Kami telah menganjurkan pemeriksaan kanser payudara
yang kedua dengan kerjasama Persatuan Kebajikan
Kanser Payudara (BCWA) pada 29 November 2014 bagi
penduduk rumah pangsa USJ 1 Angsana. Penganjur
bersama adalah wakil-wakil Masjid Al-Irsyad di USJ 1 di
mana acara diadakan. Kami telah memeriksa sejumlah
100 orang wanita. Pada tahun depan, kami berancang
melancarkan empat lagi program yang sama,
terutamanya di kawasan miskin dan sederhana Kelana
Jaya.
14: Penduduk menunggu giliran mereka di Masjid Al-Irsyad.
Kes-kes Kebajikan Dari bulan Mei ke Jun 2014, pejabat kami telah proses
hampir 300 kes kebajikan. Pejabat kami mengutamakan
kes kebajikan ibu tunggal, keperluan pendidikan, orang
kurang upaya (OKU) dan juga kos-kos perubatan.
7 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4
Pejabat kami juga menerima sokongan daripada
golongan penderma dari Kelana Jaya. Saya memang amat
berterima kasih kepada mereka yang telah menjawab
permintaan kami untuk menolong keluarga-keluarga
yang termiskin di Kelana Jaya. Berikut adalah beberapa
keluarga yang telah diberi bantuan dari pejabat saya
melalui golongan penderma murah hati:
Encik Nasir datang ke pejabat saya untuk mendapatkan
bantuan untuk membayar deposit RM 2,000 untuk
kelayakan anaknya ke Universiti Utara Malaysia. Anak
perempuan beliau merupakan anak pertama daripada
enam adik-beradik yang layak ke universiti. Sepasang
penderma dari USJ telah menawar untuk menderma
separuh daripada deposit itu setelah saya melancar
rayuan melalui Facebook untuk Encik Nasir. Anak
perempuannya akan belajar di UUM dalam kursus
kewangan dan berjanji untuk memaklumkan penderma
keputusan akademik beliau.
15: Bersama keluarga Encik Nasir.
Ibu kepada seorang budak bernama Rishi adalah seorang
ibu tunggal dengan tiga anak yang masih bersekolah.
Walaupun beliau tidak sihat, beliau terus kerja untuk
menampung keluarganya dengan pendapatan
bulanannya sebanyak RM 600. Beliau datang ke pejabat
kami dengan anak sulungnya Rishi dengan tujuan untuk
meminta bantuan kewangan supaya anaknya boleh
membeli sebuah laptop. Rishi ialah seorang pelajar pintar
dan cemerlang. Oleh sebab peruntukan saya telah habis,
saya menghubungi seorang bekas penderma dari Sunway
University dan bertanya jika beliau tahu mana-mana
pelajar yang mempunyai laptop lama yang masih boleh
digunakan. Beberapa minggu kemudian, Rishi menerima
laptop daripada seorang penderma bernama Ron Lew.
Rishi memberitahu kami bahawa beliau akan belajar
bersungguh-sungguh untuk memenuhi impiannya untuk
menjadi seorang jurutera aeronautik.
16: Bersama Rishi dan ibunya.
Yatesh ialah seorang budak lelaki pesakit jantung yang
berusia sembilan tahun. Saya bertemu dengan beliau dan
keluarganya di Klinik Kesihatan Bergerak yang telah
dianjurkan oleh pejabat saya di Desa Ria. Walaupun
Yatesh telah menjalani pembedahan pada tahun 2007,
beliau masih dalam keaadan pemulihan. Beliau
dinasihatkan supaya mengambil multivitamin dan saya
diberitahu bahawa keluarganya tidak mampu untuk
membelinya. Pada masa itu, bapanya baru sahaja hilang
kerja sebagai pemandu van dan ibunya seorang suri
rumah menjaga lima kanak-kanak. Memandangkan
peruntukan kebajikan saya telah habis, saya meminta
bantuan dari penderma masyarakat Kelana Jaya.
Beberapa minggu kemudian, kami menerima satu dozen
botol multivitamin daripada seorang penderma. Ibu
Yatesh amat berterima kasih untuk menerima
sumbangan itu.
17: Yatesh bersama keluarganya dengan multivitamin yang
telah didermakan.
Ustaz Mutalib meminta bantuan kewangan dari pejabat
kami untuk menyokong kos perubatan isterinya. Beliau
mempunyai empat anak yang berusia bawah 12 tahun
dan mendapat gaji bulanan sebanyak RM 1,300. Isterinya
8 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4
tidak sihat dan tidak dapat menjaga anak-anak mereka.
Pejabat saya telah berjaya memberi sumbangan RM1,000
kepada beliau daripada dana CSR yang telah ditubuhkan
oleh rakan universiti saya, Encik Ng.
18: Kakitangan saya bersama Ustaz Mutalib dan keluarganya.
Sesi Dialog Sesi dialog merupakan peluang penduduk untuk
mengetahui apa yang telah berlaku semasa Parlimen
bersidang. Segala rang undang-undang dan isu-isu
perbahasan dilaporkan oleh saya semasa sesi dialog
tersebut. Lebih penting adalah sesi ini memberi peluang
kepada penduduk untuk bertanya soalan kepada saya
tentang perkara-perkara Parlimen.
Dari bulan Julai hingga Disember 2014, saya berjaya
menjalankan dua dialog masyarakat - satu di Ladang
Glenmarie dan satu lagi di Kampung Lindungan.
Dialog Ladang Glenmarie telah diadakan pada bulan
September 2014. Kami telah membentangkan jawapan
rasmi kerajaan Selangor kepada soalan status tanah yang
telah dikemukan pada awal tahun ini. Sesi soal jawab juga
telah diadakan dan kami telah menerima maklum balas
dari komuniti.
19: Di Sesi Dialog Glenmarie.
Pada Disember 2014, saya telah mengadakan dialog
masyarakat di Masjid Al-Islamiah di Kampung Lindungan.
Sesi itu dihadiri oleh kira-kira 150 orang penduduk dan
kami telah menjawab lebih kurang 30 soalan tentang
ekonomi dan juga masalah komuniti.
20: Bersama wakil-wakil Masjid Al-Islamiah di Kampung
Lindungan.
Majlis Makan Bersama YB Wong Chen Setiap tahun, pejabat saya mempunyai sasaran
mengumpul RM40,000 untuk menjalankan pejabat kami.
Kami memperolehi peruntukan RM50,000 setahun bagi
kos pentadbiran dari kerajaan Selangor dan ini memang
tidak mencukupi. Sebagai Ahli Parlimen Kelana Jaya, saya
tidak memperolehi apa-apa peruntukan dari kerajaan
Persekutuan.
Kos pejabat saya adalah lebih kurang RM10,000 hingga
RM11,000 sebulan. Untuk menjaminkan ketelusan, satu
salinan akaun kewangan tahunan saya disertakan dalam
surat berita ini.
Pada suku tahun 2014 yang akhir, kami telah
mengumpulkan dermaan dana hampir RM19,000.
9 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4
Terima kasih kepada penganjur, sukarelawan, dan segala
penderma yang terlibat dalam majlis makan tersebut.
21: Mendengari soalan dari penderma di Majlis Makan Malam
pejabat saya.
Intern-intern Pejabat kami bertuah mendapat intern-intern hebat yang
membantu kami dalam kerja kemasyarakatan dan juga
penyelidikan dasar polisi negara. Berikut adalah profil
intern-intern kami dari Julai hingga Disember 2014.
Liang Jia Hui berkerja dengan kami pada cuti semester
Julai ke Ogos, selepas tahun pertama di Universiti Heriot-
Watt, Edinburgh, Scotland. Sebagai intern, Jia Hui
membuat penyelidikan statistik mengenai 1MDB dan
GST. Dia juga bantu dengan Portal Aduan & Nasihat
Pendidikan Tinggi (HEAP) Keadilan.
22: Liang Jia Hui dengan Wong Chen di Parlimen.
Leong Hui Wen sedang belajar ilmu perubatan di UK.
Beliau bekerja dengan kami selama sebulan semasa cuti
semester beliau. Beliau menyumbang masa dan amat
berguna membuat tugas pentadbiran pejabat saya.
Liew Min Xiang sedang belajar Ekonomi di Universiti
Birmingham, England. Dia bekerja dengan Pegawai
Penyelidikan saya bagi dasar pemerolehan awam di
Malaysia dan luar negara. Dia juga menulis ulasan bagi
kertas dasar mengenai sistem pemerolehan negera serta
terlibat dalam projek masyarakat yang lain.
Loo Ying Ning bekerja dengan kami sepanjang dua bulan.
Beliau berpendapat bahawa tempoh internship beliau
adalah amat istimewa kerana beliau dapat bersama
dengan golongan mahasiswa yang pintar dan berpontensi
untuk memastikan kejayaan dan kemakmuran Malaysia.
Beliau sedang belajar di Brickfields Asia College (BAC)
untuk mendapat Sijil Amalan Undang-Undang (CLP).
23: Loo Ying Ning dengan Wong Chen di Parlimen.
10 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4
Wui Liem Gan ialah seorang siswazah undang-undang
yang bekerja di pejabat kami sepanjang dua bulan antara
Oktober hingga November. Beliau bersama Ying Ning dan
kakitangan pejabat, telah menolong menghasilkan
belanjawan alternatif Pakatan Rakyat. Beliau
berpendapat bahawa beliau telah mendapat banyak
dorongan mengenai ekonomi dan dasar negara semasa
internship beliau. Wui Liem berpegang bahawa di dalam
bidang politik, semua perlu bergabung untuk memberi
perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
24: Kakitangan pejabat and Intern-intern bersama YB Rafizi
Ramli di Parlimen.
25: Wai Min di pejabat kami di Kelana Jaya.
Kan Wai Min ialah seorang pelajar tahun pertama di
Universiti Monash Malaysia. Beliau telah bermula sebagai
intern pada bulan November 2014. Skop internship beliau
termasuk membuat penyelidikan mengenai beberapa
polisi negara, menyiapkan surat berita ini, dan
penyelidikan dasar-dasar awam.
Gambar-gambar bersama Masyarakat
terkini
26: YB Hannah Yeoh dan Wong Chen di Perayaan Tanglung
SS15.
11 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4
27: Kakitangan saya dan MBPJ mengambil tindakan terhadap
aduan penduduk PJS10.
28: YB Wong Chen, YB Nik Nazmi, penduduk, dan ahli majlis
MBPJ Halimey dengan sukarelawan dari Deloitte.
29: Bersama YB Hannah Yeoh di Kempen Anti-Dengi SS17.
30: Bersama ahli majlis MBPJ Halimey di Pameran
Perdagangan Mikro Makanan Halal SS5.
31: Di gotong-royong PJS10 bersama wakil-wakil MBPJ.
32: Bersama sukarelawan pelajar perubatan dari Universiti
Moscow di Desa Ria selepas Klinik Kesihatan Bergerak.
12 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4
Akaun Kewangan Pejabat
Balance Sheet as at 31/12/2014
Total
Assets
Steel Cabinet 960.00
Fixtures & Fittings 5,597.10
Office Equipment 1,168.00
Cash in Hand 1,113.55
Cash at Bank 5,635.13
Total Assets 14,473.78
Liabilities
Amount Owing to Wong Chen 40,873.90
Total Liabilities 40,873.90
Net Assets (26,400.12)
Equity
Balance b/f (20,927.71)
Net Surplus as of Dec 2014 (5,472.41)
Balance as of 30th June (26,400.12)
Diff 0.00
13 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4
Income Statement
Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec Total
Income
Bank Interest Received
3.18 1.37 3.55 7.28 5.61 8.48 8.11 8.30 4.73 6.51 13.84 0.00 70.96
State Government Allocation
0.00 6,550.50 7,093.10
7,672.35
(1,855.40)
19,155.80
8,564.05
2,819.60
0.00 0.00 0.00 0.00 50,000.00
Donation 0.00 0.00 8,900.00
14,350.00
2,300.00
0.00 2,847.00
2,600.00
0.00 36,274.40
12,402.00
2,000.00
81,673.40
MBPJ Deposit Refund
0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00
Claim from Land Office Program
Pemeriksaan Kanser Payu Dara
Desa Mentari
0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 3,989.95
0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 3,989.95
Total Income 131,744.36
Expenses
Cheque Book Stamp duty
0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 (15.00) 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 (15.00)
Rental (1,300.00)
(1,300.00
)
(1,300.00)
(1,300.00)
(1,300.00)
(1,300.00)
(1,329.10)
(1,300.00)
(1,300.00)
(1,300.00)
(1,300.00)
(1,300.00)
(15,629.10)
Salary (4,000.00)
0.00 (8,000.00)
(4,500.00)
(4,000.00)
(4,000.00)
(4,500.00)
(6,000.00)
(4,000.00)
(4,000.00)
(10,137.60)
(4,000.00)
(57,137.60)
Office supplies 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 (291.77) 0.00 (291.77)
Utility (535.20)
(459.90) (503.25)
(648.25)
(523.05)
(559.20)
(564.60)
(633.25)
(602.75)
(762.70)
(588.70) 0.00 (6,380.85)
Contractor work 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00
Socso (156.10)
0.00 (136.60)
(68.30) 19.50 (68.30) (164.80)
(102.45)
(68.30) (68.30) (78.05) (68.30) (960.00)
14 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4
KWSP (1,480.00)
0.00 (1,040.00)
(520.00)
440.00 (520.00)
(1,545.00)
(780.00)
(520.00)
(520.00)
(740.00) 440.00 (6,785.00)
Office staff expenses
(410.80)
0.00 (806.70)
(346.50)
(258.10)
(401.15)
(258.15)
(524.45)
(377.45)
(436.80)
(333.40) (308.55)
(4,462.05)
Loan w/off 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 (2,000.00)
0.00 (2,000.00)
Petty Cash expenses
(1,669.95)
0.00 (1,515.05)
0.00 (2,505.05)
0.00 (2,704.40)
0.00 (181.00)
0.00 (2,245.20)
0.00 (10,820.65)
Printing costs 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 (139.60)
0.00 0.00 (139.60)
Sewerage 0.00 (173.90) 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 (29.10) 0.00 (203.00)
Event expenses 0.00 0.00 (1,250.00)
(6,796.20)
0.00 0.00 (4,849.95)
0.00 0.00 0.00 (19,496.00)
0.00 (32,392.15)
Total Expense (137,216.77)
Net Surplus (5,472.41)
15 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4
top related