Tutorial Minggu 8

Post on 23-Dec-2015

253 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

ANATOMI PISMP

Transcript

TUTORIAL MINGGU 8 :SISTEM ENDOKRINA

(ENDOCRINE SYSTEMS)

Soalan tutorial :a) Lukiskan peta minda dan senaraikan

bahagian kelenjar beserta hormon yang dirembeskan.

b) Nyatakan kesan kelebihan dan kekurangannya. Disediakan oleh :

AinanFatin

Sistem saraf dan sistem endokrin memainkan peranan penting dalam mengawal sistem tubuh.

Sistem endokrin ini melibatkan kelenjar-kelenjar tertentu yg menghasilkan hormon yg berfungsi mengawal sistem tubuh.

Hormon yg dilepaskan akn menyerap terus ke dlm darah dan dibawa oleh sistem pengaliran darah ke seluruh tubuh badan (tanpa salur).

Kelenjar-kelenjar endokrin yang terdapat di dalam sistem tubuh terdiri daripada :

1) kelenjar pituitari2) Tiroid3) Paratiroid4) Adrenal5) Pineal6) Timus.

Manakala sel endokrin yang berkumpul di dalam organ tubuh badan adalah seperti :

1) Pankreas2) Ovari3) Testis4) Buah pinggang5) Limpa6) Plasenta7) Otot jantung.

Kelenjar endokrin dibezakan sebagai berikut :

1.    Kelenjar yang bekerja sepanjang hayat. Contoh: kelenjar yang digunakan dalam metabolisme tubuh.

2.    Kelenjar yang dimulai pada mulai masa tertentu. Contoh: kelenjar kelamin.

3.    Kelenjar yang bekerjanya sampai masa tertentu. Contoh: corpus luteum untuk membentuk hormon progesteron.

BAHAGIAN UTAMA KELENJAR BAGI SISTEM

ENDOKRINA Terdapat 7 kelenjar utama dalam tubuh

badan manusia yang berupaya merembes hormon-hormon tertentu :

1) Kelenjar Pituitari2) Kelenjar Pineal3) Kelenjar Tiroid dan Paratirod4) Kalenjar Timus5) Kalenjar Adrinal / Suprarenal6) Pankreas7) Kalenjar Gonad (testis/ovari)

BAHAGIAN KELENJAR

HORMON YANG DIREMBESKAN

FUNGSI DAN CIRI-CIRI HORMON

Hormon yang dihasilkan oleh sistem endokrin mempunyai kesan yang banyak dan berbeza-beza. Walaupun begitu, terdapat empat fungsi utama yang dilakukan oleh hormon:

(a) Menolong mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur kandungan kimia dan isi padunya di dalam tubuh badan.

(b) Membantu tubuh dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan jangkitan, trauma, stres, pendehidratan, kebuluran, pendarahan dan perubahan suhu yang melampau.

(c) Memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh.

(d) Memainkan peranan dalam pembentukan gamet, persenyawaan, pemakanan kepada embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanan kepada anak yang baru lahir.

Hormon-hormon yang dirembeskan pada tisu perantara bertindak ke atas sel-sel sasaran di merata tubuh.

Sistem endokrin mempunyai kesan yang perlahan tetapi berpanjangan dan lebih merata.

Sel-sel sistem endokrin bertugas dengan mensintesis dan merembeskan hormon.

1) Kelenjar Pituitari –

a) juga dikenali sbg kelenjar hipofisis yg terletak dibawah hipotalamus.

b) Kelenjar ini merupakan kelenjar utama/master kerana menentukan rembesan kelenjar endokrin yang lain.

c) Kelenjar kecil berbentuk spt kacang peas dgn diameter lebih kurang 1cm.

d) Memiliki dua bahagian iaitu lobus anterior dan lobus posterior.

e) Terletak di dasar otak besar (sella turcica/sphenoid bone) yg disambung ke hipotalamus.

HORMON YANG DIREMBESKAN KELENJAR PITUITARI

2) Kelenjar Pineal

a) Terletak di bahagian otakb) Menghasilkan hormon melatonin –

cahaya

c) Merangsang sel saraf SUPRACHIASMATIC (SCN)

d) Berfungsi menurun/menaik suhu badan

e) Melatonin + hypothalmic - melewatkan masa baligh

3) Kelenjar Tiroid Dan Paratairod

a) Terletak di leher berhampiran dengan rawan cricoid (Adam’s apple) / leher

b) Berperanan dalam proses metabolisma badan

c) Berbentuk seperti rama-rama(huruf H)

d)Terletak di bahagian hadapan (di sebelah larink di atas trakea)

e) Saiznya – 2 inci.

f) Intermedite lobe berada di antara mulut dengan tulang hyoid

g) Kaya dengan darah (4 – 5 liter/jam)

h) Kelenjar tiroid memiliki dua lobus, tiap lobus berada di sisi trakea, tepat berada di bawah laring atau kantung suara.  

i) Kelenjar tiroid memproduksi hormon tiroksin dan kalsitonin. Hormon kalsitonin berfungsi mengurangi kadar kalsium darah.

j) Manakala kelenjar paratiroid terdapat di permukaan posterior dari kenjar tiroid.  k) Kelenjar paratiroid mensekresikan hormon paratiroid atau paratohormon.  Hormon paratiroid berfungsi untuk meningkatkan kadar kalsium darah.

HORMON YANG DIREMBESKAN KELENJAR TIROID

4) Kelenjar Adrenal

1) Terletak di hujung (atas) buah pinggang

2) Setiap kelenjar - Cortex (bahagian kulit) dan Medulla (bahagian dalam)

3) Cortex merembes 3 kumpulan corticoid: Mineralocorticoids (M-Cs) Glucocorticoids (G-Cs) Sex hormones (androgens & estrogens)

4) Medulla merembes 2 kumpulan hormon Epinephrine Neopinephrine

5) Epinephrine (adrenalin) perangsang denyutan jantung

6) Adrenal medulla berkait rapat dengan sistem saraf symphathetic

HORMON YANG DIREMBESKAN KELENJAR ADRENAL

5) Pankreas1) Terletak di belakang perut

2) Tugasnya = EXORINE & ENDOKRINE

EXOCRINE - Pancreatic juice (glukagon)

ENDOKRINE - insulin (Sel B - Islet of Langerhans)

3) Pankreas mensekresikan hormon glukagon dan insulin. Hormon glukagon berfungsi menaikkan kadar gula darah, sebaliknya, hormon insulin berfungsi menurunkan kadar gula darah.

4) Pankreas juga berfungsi sebagai kelenjar eksokrin iaitu dengan merembeskan enzim pencernaan.

HORMON YANG DIREMBESKAN PANKREAS

6) Kelenjar Timus

a) Terletak di bawah tulang sternum

b) Besar sewaktu lahir dan akan hilang bila dewasa

c) Hormon utama yang dihasilkan – thymosin

d) Membantu sel limphoid menghasilkan sel-t

e) Kelenjar timus berfungsi untuk membentuk hormon thymosin yang berperan dalam sistem imun (kekebalan).

7) Kelenjar Gonad

a) Kelenjar gonad untuk lelaki dan perempuan adalah seperti berikut :

PENYAKIT DARIPADA HORMON

1) Diabetes Mellitus (Kencing manis) (hormon daripada kelenjar pankreas)

Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja.

Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja.

Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

Diabetes jenis kedua (II) boleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan.

Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, ianya boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

2) Tiroid (hormon daripada kelenjar tiroid)Kelenjar tiroid di bahagian depan leher mengeluarkan hormon dan antara hormon terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3) yang mengawal kadar metabolisme badan. 

Namun, pengeluaran hormon tiroid yang terlebih (hyperthyroidism) atau kurang (hypothyroidism) menyebabkan terjadinya tiroid

Banyak faktor menjadi punca penyakit tiroid. Antaranya ialah kekurangan iodin dalam makanan yang perlu bagi penghasilan hormon tiroid.

Sel tiroid satu-satunya sel dalam tubuh manusia yang dapat menyerap iodin daripada makanan yang dicerna. Kelenjar tiroid akan membesar dalam usaha menambah pengeluaran hormon.

Bengkak disebabkan gangguan autoimun yang membawa kepada pengeluaran berlebihan daripada kelenjar tiroid. Hormon yang keliru menyerang pertahanan tubuh diri sendiri. 

Punca tiroid: 

Kekurangan iodin (biasanya berlaku di kalangan penduduk Himalaya) 

Kehamilan - Ini kerana keperluan hormon lebih banyak diperlukan untuk ibu dan anak. Tiroid ini bersifat sementara dan hilang selepas kelahiran 

Goitrogen - elak memakan makanan mentah seperti sayur kubis serta bayam kerana meningkatkan risiko mendapat tiroid 

Radiasi - misalnya letupan nuklear di Russia menyebabkan ramai penduduk mendapat kanser tiroid. Pemeriksaan sinaran-X boleh mengesan tiroid 

Genetik  Autoimmune Graves Disease 

Gejala hyperthyroidism (terlebih hormon tiroid): 

bengkak di leher  degupan jantung yang cepat  cepat marah  cepat berpeluh  tidak tahan cuaca panas  tangan bergetar  kitaran haid tidak teratur  sentiasa gelisah  penurunan berat badan  rambut gugur  masalah sukar tidur (insomnia)  bengkak di sekeliling mata  kelopak mata tertarik ke dalam hingga menampakkan mata

putih di bahagian atas  cirit-birit  tubuh badan lemah  osteoporosis 

Gejala hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid) : 

kurang tenaga  rasa sejuk  denyutan jantung perlahan  kemurungan  berat badan bertambah  kurang daya ingatan  kulit kering  rambut gugur  sembelit  beguk  nafsu seks turun  suara serak

SEKIAN, TERIMA KASIH

top related