Travelog Usahawan
Post on 14-Oct-2015
97 Views
Preview:
DESCRIPTION
Transcript
1
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
2
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
SENARAI KANDUNGAN
Penghargaan 4
Pendahuluan 5
Tentang Saya 6
Hijrah Menjadi Usahawan 10
Ayah Kenapa Kita Miskin? 11
Harga Menjadi Seorang Hamba 14
Punca Bisnes Gagal 18
Kuasa Leveraj 22
Buat Duit Sambil Tidur 25
Kisah 3 Lelaki 28
Fantasi Bakal Usahawan 32
Bisnes Kereta Sewa 34
Menubuhkan Syarikat Kereta Sewa 35
Cabang Bisnes Kereta Sewa 40
Kesesuaian Lokasi Bisnes Kereta Sewa 45
Strategi Pemasaran Bisnes Kereta Sewa 1 48
7 Tip Menapis Pelanggan Kereta Sewa 52
Pelanggan Murahan 53
Pelabur Bisnes Kereta Sewa 54
Naik Taraf Syarikat 56
Strategi Pemasaran Bisnes Kereta Sewa 2 57
Kereta Sambung Bayar 59
Melindungi Perniagaan 60
Pajakan Kereta Sewa 62
Tip Mendapat Pinjaman 66
Pinjaman Untuk Blacklisted 67
Akaun Simpanan Vs Akaun Semasa 72
Kesan Pinjaman ASB 73
Pinjaman Untuk Bekerja Sendiri 74
Pinjaman ASB 76
Pinjaman Peribadi Menggunakan Syarikat 77
Teknik Pinjaman Post Dated Cheque 78
Pinjaman Peribadi RM100,000 80
3
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
Pengurusan Kewangan 82
Panduan Bebas Hutang 83
4 Langkah Bebas Masalah Kewangan 92
Buta Atau Celik Wang 98
20 Buku Kegemaran Saya 101
Pengurusan Cukai 102
Bisnet Internet 103
Buat Duit Melalui Ebook 104
Buat Duit Melalui Affiliate 106
Hartanah 109
Gaji Kecil Nak Beli Hartanah RM2.5 Juta 110
Beli 3 Rumah RM1.06 Juta Dalam Masa 5 Tahun 115
Penutup 117
Mengenai Penulis 118
4
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
PENGHARGAAN
Salam hormat, terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi
kerana dengan IzinNya saya dapat menyiapkan ebook ini. Buat isteri
tersayang Nurshirley Kamilia Abdullah, terima kasih kerana menyumbang
idea dalam penerbitan ebook ini. Kepada anakanda kesayangan Alif
Aurealis Mycah dan Arjuna Andika Kaseh, ayahanda doakan semoga
menjadi anak yang soleh. Kepada staff Green Matrix Enterprise Travel &
Tours Sdn Bhd, terima kasih kerana terus memberi sokongan kepada saya.
Saya berharap anda mendapat manfaat daripada perkongsian saya ini.
Yang benar,
WahiAbd Rashid
Website : www.wahiabdrashid.com
Email : info@wahiabdrashid.com
Facebook : www.facebook.com/wahi.rashid
5
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
PENDAHULUAN
Semenjak saya bergelar usahawan sepenuh masa, saya sering menerima
soalan-soalan mengenai perniagaan. Pada mulanya saya hanya menulis di
facebook, blogspot dan laman web. Bagi memudahkan rakan-rakan
membaca perkongsian pengalaman saya, maka saya telah mengumpulkan
semua artikel saya di dalam sebuah E-book yang bertajuk Travelog
Usahawan. Saya memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan pada
ebook ini. Walau bagaimanapun saya berharap perkongsian saya ini tetap
memberi manfaat kepada anda semua. Insya Allah.
6
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
TENTANG SAYA
Nama Saya Wahi Bin Abd Rashid. Saya di lahirkan pada tahun 1979 di
Kedah Darul Aman. Semenjak kecil keluarga saya telah berpindah ke
Pahang kerana ayah ditawarkan menjadi peneroka Felda di sana.
Kisah saya pada zaman kanak-kanak tidak banyak berbeza dengan
anak peneroka Felda yang lain. Setiap hari saya akan pergi ke sekolah dan
sekiranya cuti, saya akan membantu keluarga di ladang kelapa sawit.
Sekiranya ada kelapangan, saya akan membantu ayah menguruskan
bengkel membaiki kenderaan di rumah.
MASUK UNIVERSITI
Syukur Alhamdulillah berkat doa ibu dan ayah, saya berjaya belajar hingga
ke menara gading. Pada tahun 2002 saya berjaya menamatkan pengajian
ijazah sarjana muda di dalam bidang sains sekitaran dari Universiti
Malaysia Sabah.
Walaupun sudah memegang segulung ijazah, namun mendapatkan
pekerjaan yang sesuai merupakan satu cabaran yang besar kepada saya.
Tidak tahan menganggur terlalu lama, akhirnya saya bekerja dengan
sebuah syarikat pelancongan yang terlibat di dalam bisnes kereta sewa.
Jawatan saya tidaklah setinggi mana, boleh dikatakan saya hanya
pekerja am sahaja di syarikat berkenaan. Sayalah pencuci kereta, budak
suruhan, penjaga kaunter kereta sewa dan kadangkala menjadi pemandu
teksi sapu. Walaupun jawatan saya tidak glamor, namun entah mengapa
saya amat suka dengan kerja berkenaan.
Mungkin saya suka melaram dengan pelbagai jenis kereta syarikat ke
sana dan ke mari. Walau bagaimanapun saya berasa agak malu dengan
rakan-rakan di Universiti. Ada yang sudah menjadi pegawai kerajaan dan
ada juga yang bekerja sebagai eksekutif di syarikat swasta. Saya pula jauh
ketinggalan di belakang.
Setelah setahun bekerja dengan syarikat berkenaan, saya mengambil
keputusan menyambung pengajian di peringkat sarjana (Master) di
Universiti Malaysia Sabah. Pada tahun 2005 saya berjaya menamatkan
7
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
pengajian sarjana dan ditawarkan bekerja sebagai tutor di Universiti Putra
Malaysia Kampus Bintulu.
KERJA KERAJAAN
Buat pertama kali saya berasa seronok kerana dapat menyandang jawatan
setaraf dengan kelulusan saya. Cemburu dengan gaya hidup ranggi rakan-
rakan yang sudah bekerja lebih awal daripada saya, maka saya cuba meniru
gaya hidup mereka. Saya cuba memiliki apa yang mereka ada.
Saya tidaklah boros, tetapi saya cuba memiliki apa yang sepatutnya
saya ada. Maklumlah dah penat belajar tinggi-tinggi, mahu juga memakai
pakaian cantik, berjalan ke sana-sini, beli peralatan elektrik, perabot
rumah, gajet dan ehem ehem berkahwin.
AKIBAT BANYAK HUTANG
Sebaik menerima gaji, di dalam kepala saya sudah ada senarai barang yang
saya mahu beli. Sekiranya tidak mampu membeli secara tunai, saya akan
menggunakan kad kredit. Akibatnya lama-kelamaan hutang saya semakin
meningkat. Setiap bulan saya sentiasa runsing memikirkan duit gaji yang
semakin tidak cukup. Sampai satu tahap, saya tidak mampu membayar bil
air dan elektrik di rumah.
Kebiasaannya gaji saya habis licin setelah 2 minggu menerimanya,
bila tidak cukup duit, saya akan menggunakan kad kredit. Maka tidak
hairanlah hutang saya semakin lama-semakin banyak. Pada masa itu saya
mempunyai 4 kad kredit dengan hutang sebanyak RM18,000.
HIJRAH MENJADI USAHAWAN
Puas saya memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah tidak cukup
wang. Saya cuba bekerja lebih kuat lagi, namun ia tidak dapat
menyelesaikan masalah kewangan saya. Pada penghujung tahun 2006, saya
mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan secara sambilan.
Pada mulanya saya tidak tahu hendak berniaga apa. Saya mencuba
berbagai-bagai jenis perniagaan. Saya pernah menjual cenderamata,
pakaian berjenama tiruan, agen penjual minyak pelincir kenderaan,
perladangan kelapa sawit, gerai minuman, agen hartanah dan kereta sewa.
8
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
Walau bagaimanapun hampir ke semua perniagaan itu menemui
kegagalan.
Hutang saya juga semakin bertambah akibat kerugian dalam setiap
perniagaan yang saya ceburi. Sungguh pun begitu, saya tidak pernah
berputus asa, saya tetap meneruskan usaha demi mengubah nasib hidup
saya.
Di sebalik kegagalan semua bisnes yang saya ceburi, ada satu bisnes
yang berpotensi iaitu bisnes kereta sewa. Rupanya baru saya sedar,
peluang untuk berjaya lebih tinggi sekiranya saya melakukan sesuatu yang
saya minat dan mahir. Tanpa membuang masa saya terus fokus kepada
bisnes berkenaan.
Bermula dengan modal RM3,000 saya membeli 2 buah kereta kancil
terpakai dan mula menyewakannya. Syukur alhamdulillah perniagaan saya
mendapat sambutan. Pada tahun 2008 saya mendaftarkan sebuah syarikat
kecil bernama Green Matrix Enterprise untuk memudahkan saya
berurusan dengan pelanggan korporat.
Saya mula membangunkan perniagaan itu sedikit demi sedikit.
Syukur alhamdulillah bisnes kereta sewa saya terus mendapat sambutan.
Keuntungan daripada perniagaan saya gunakan untuk menambah bilangan
kereta sedikit demi sedikit.
Pada tahun 2011 saya sudah memiliki 70 buah kereta. Pada tahun
yang sama saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja untuk
menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan saya. Bagi
mengembangkan perniagaan ke seluruh negara, saya telah menaik taraf
syarikat kepada Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd (961710-
U).
Saya mula membuka cawangan di seluruh negara dengan
menjalinkan kerjasama dengan beberapa rakan niaga kereta sewa. Syukur
alhamdulillah perniagaan saya terus berkembang dari masa ke semasa.
BERKONGSI PENGALAMAN
Semenjak mengambil keputusan berhenti kerja dan berhijrah menjadi
usahawan sepenuh masa, saya mula menerima email daripada rakan-rakan
9
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
yang meminta saya memberi tunjuk ajar bagaimana hendak mengikut jejak
langkah saya. Pada mulanya saya berasa rendah diri, saya bukanlah ahli
perniagaan yang sudah bergelar jutawan. Saya juga tidak mempunyai
latarbelakang pendidikan di dalam bidang perniagaan. Namun, adakalanya
saya terfikir, apa salahnya sekiranya saya berkongsi pengalaman yang ada.
Mungkin sumbangan kecil saya ini dapat membantu mereka yang mahu
berhijrah menjadi usahawan.
Saya mula berkongsi pengalaman di dalam facebook, blog, menulis
buku dan memuat naik video di dalam you tube. Saya juga pernah dijemput
menjadi speaker di dalam seminar keusahawanan. Respon positif daripada
rakan-rakan, memberikan semangat kepada saya untuk terus berkongsi
pengalaman di dalam dunia perniagaan. Saya berharap usaha kecil saya ini
memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi
usahawan. Insya Allah. Teruskan membaca catatan-catatan pengalaman
saya sepanjang berhijrah menjadi usahawan.
10
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
HIJRAH MENJADI USAHAWAN
11
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
AYAH KENAPA KITA MISKIN?
Bagi mereka yang pernah hidup susah, pernahkah anda bertanya soalan di
atas kepada ayah anda? Apa perasaannya sekiranya anak-anak kita
bertanya soalan itu kepada kita pula suatu hari nanti? Saya pasti sedikit
sebanyak pasti hati kita terguris mendengarnya.
Mujurlah saya tidak tergamak bertanya soalan berkenaan kepada
ayah saya. Saya sentiasa bersyukur dengan keadaan kami. Tetapi saya sentiasa tertanya-tanya mengapa bangsa saya (Melayu) dan orang Islam di
Malaysia kebanyakannya miskin. Kenapa orang cina, yang bukan penduduk
asal tanah Melayu boleh menjadi kaya-raya di sini? Benarkah seperti yang
biasa saya dengar tentang komplot peniaga cina membunuh perniagaan
melayu?
Saya bukan hendak membangkitkan isu perkauman di sini. Saya
mahu mencari jawapan mengapa orang melayu jauh ketinggalan. Benarkah
Islam itu sinonim dengan kemiskinan?
Bagi mencari jawapan kepada soalan-soalan bodoh saya ini, maka
saya pun bertanyalah kepada ayah saya. Boleh juga buat modal berborak
kosong dengan beliau. Maklumlah saya sekarang tinggal di Sarawak, sekali-
sekala balik ke kampung di Kedah seronok juga mendengar cerita beliau.
Untuk makluman ayah saya dilahirkan pada tahun 1925 di Kedah.
Beliau pernah hidup semasa zaman penjajahan British, Jepun dan Komunis.
Walaupun sudah berusia lebih 80 tahun, kesihatannya masih dalam
keadaan baik, cuma kadangkala beliau diserang penyakit lelah.
KISAH TEBU
Menurut beliau, semasa zaman penjajahan British dahulu orang Melayu
tidak dibenarkan berniaga. Kalau orang melayu didapati berniaga di
bandar, mereka akan ditangkap. Kenapa pula orang melayu kena tangkap
ayah? tanya saya pelik. Sebab orang melayu tidak ada lesen. Lagipun orang
melayu beragama islam. Kalau boleh British tidak mahu orang Islam maju,
biarlah mereka terus kekal miskin sebagai petani dan nelayan, senang sikit
nak kawal.
Saya mula teringat tentang dasar pecah dan perintah yang diajar
dalam subjek sejarah di sekolah menengah. Mungkin betul seperti apa yang
diceritakan oleh ayah. Ini bermakna sejak dahulu lagi British sudah tahu,
12
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
untuk memastikan orang melayu terus hidup miskin, mereka mesti
dihalang daripada berniaga.
Sekiranya orang melayu hendak menjual hasil pertanian, mereka
perlu menolaknya kepada orang tengah iaitu peniaga cina. Sebagai contoh
tanaman tebu, pada masa itu orang melayu menolak sebatang tebu kepada
peniaga cina dengan harga 3 sen, manakala peniaga cina menjual tebu itu
dengan harga 7 sen.
Urusniaga ini agak berat sebelah kerana orang melayu terpaksa
menunggu beberapa bulan untuk mendapat 3 sen manakala orang cina
hanya perlu tunggu 1 hari untuk mendapat untung sebanyak 4 sen. Dasar
British ini menyebabkan orang melayu terus kekal miskin dan orang cina
semakin kaya-raya. Hmmm ada logiknya juga cerita ayah saya ni. Orang Melayu miskin kerana mereka dipaksa untuk terus hidup miskin. Mereka
tidak ada pilihan.
SELEPAS MERDEKA
Sekarang negara kita sudah merdeka, ya kita sudah merdeka lebih hampir
50 tahun. British sudah tidak ada dan semua orang boleh berniaga tidak kira, Melayu, Cina atau India. Tetapi, kenapa orang Melayu masih ramai
yang miskin? Dalam bahagian ini saya tidak bersetuju dengan pendapat
ayah saya. Menurut beliau, orang Melayu tidak maju kerana kerajaan yang
ada sekarang ini masih mengekalkan sistem British. nak berniaga mesti
kena ada lesen, kalau tak ada lesen kena saman katanya.
Pada saya itu bukan alasannya, nak buat lesen bukannya susah
sangat pun, lagi pun kosnya tidak mahal. Jadi apa sebabnya orang melayu
masih ramai yang miskin? Saya teringat petikan di dalam buku Why We
Want You to Be Rich, penulisnya Robert Kiyosaki ada memetik kata-kata
daripada Albert Einstein seperti berikut
Insanity : doing the same thing over and over again
and expecting different results
Maksudnya, kita tidak akan mendapat keputusan yang berbeza
sekiranya kita masih melakukan perkara yang sama berulang-ulang. Persoalannya apakah yang orang Melayu lakukan selama lebih 50 tahun
dan hasilnya mereka masih miskin?
Pernahkah anda menerima nasihat sebegini belajar rajin-rajin nanti
dapat masuk universiti, bila dah dapat ijazah boleh cari kerja bagus-bagus
13
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
dan hidup kamu pasti senang. Saya yakin setiap ibu-bapa akan
memberitahu perkara yang sama kepada anak-anak mereka. Saya juga
diberitahu perkara yang sama.
Sekarang lihatlah apa hasilnya. Sekiranya saya perhatikan rakan-
rakan yang sama-sama belajar di universiti dahulu, boleh saya katakan
bahawa tidak ada seorang pun yang menjadi kaya-raya selepas keluar
universiti. Masing-masing mengeluh dengan gaji yang semakin tidak cukup
akibat kenaikan kos sara hidup. Ada yang masih belum mampu membeli
rumah dan ada juga yang dibebani dengan hutang yang banyak.
Yang peliknya kita masih menyuruh anak-anak kita supaya belajar
rajin-rajin, nanti dapat masuk universiti boleh dapat kerja bagus dan hidup
kamu pasti senang. Inilah yang dikatakan kerja gila, memberitahu anak-anak kita supaya membuat benda yang sama dan berharap mereka boleh
menjadi kaya.
Amat jarang ibu-bapa yang menyuruh anak-anak mereka menjadi
ahli perniagaan. Padahal untuk keluar dari kepompong kemiskinan kita
mesti terlibat dengan perniagaan. British sudah tahu perkara ini ratusan
tahun dahulu dan sebab itu mereka menghalang nenek moyang kita menjadi usahawan. Malangnya ibu-bapa, termasuk kita sendiri meneruskan
legasi British menghalang generasi kita terlibat di dalam perniagaan.
Ramai yang beranggapan perniagaan adalah berisiko. Ianya berisiko
kerana kita tidak tahu apa-apa tentang sesuatu perniagaan itu. Sebagai
contoh, ramai yang menganggap perniagaan kereta sewa yang saya lakukan
berisiko tinggi. Tetapi pada saya risikonya rendah kerana saya tahu selok-
belok perniagaan ini. Saya telah mengambil langkah-langkah perlu untuk
mengurangkan risiko di dalam perniagaan ini. Tetapi sekiranya anda tidak
tahu apa-apa tentang perniagaan ini, risiko untuk rugi juga sangat tinggi.
Pokok pangkalnya anda mesti tahu sebelum terlibat di dalam sesuatu
perniagaan.
Jadi, sekiranya kita mahu keluar dari kepompong kemiskinan, kita
mesti berniaga. Ya kita mesti menjadi usahawan. Kita mesti memberitahu
kepada generasi seterusnya bahawa menjadi pekerja tidak akan
menjadikan mereka kaya. Mereka perlu belajar untuk menjadi usahawan.
Insya Allah suatu hari nanti kita tidak perlu ditanya Ayah kenapa kita
miskin?.
14
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
HARGA MENJADI SEORANG HAMBA
Sejak akhir-akhir ini negara agak heboh tentang isu Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ada yang minta dimansuhkan dan
ada juga yang minta diteruskan. Saya pula mempunyai pandangan yang
berbeza tentang isu ini. Sebenarnya saya bukanlah pelajar yang mendapat
pinjaman PTPTN. Semenjak mengikuti kursus matrikulasi, saya memang
ditawarkan pinjaman MARA.
Seingat saya, selepas menamatkan kursus matrikulasi, kami diberi
pilihan samada mahu memilih pinjaman MARA atau menukar kepada
pinjaman PTPTN. Pada masa itu ramai rakan-rakan yang memilih pinjaman
PTPTN. Maklumlah PTPTN menawarkan pinjaman lebih tinggi iatu RM21
ribu manakala MARA hanya memberikan RM15 ribu.
Saya pula malas hendak mengisi borang permohonan baru dan
meneruskan dengan pinjaman MARA. Kadangkala terasa menyesal pula
kerana tidak memilih PTPTN. Rakan-rakan yang mengambil PTPTN boleh
dikatakan sudah menjadi Orang Kaya Baru (OKB) di universiti, manakala
saya pula saya pula terpaksa berjimat cermat dengan duit pinjaman MARA
yang sedikit.
Setelah berjaya menamatkan pengajian, saya bersyukur kerana pihak
MARA menukar status pinjaman saya menjadi biasiswa. Sementara itu
rakan-rakan yang mengambil PTPTN terpaksa membayar pinjaman
berkenaan. Selepas 10 tahun bergraduat, saya pasti ada rakan-rakan yang
sudah habis membayar pinjaman PTPTN berkenaan dan ada yang masih
belum. Saya tidak mahu komen tentang isu ini. Saya bersetuju, sekiranya
kita berhutang kita perlu membayar balik pinjaman.
SELEPAS 10 TAHUN BERGRADUAT
Apa yang saya hendak kongsikan di sini adalah apa yang telah terjadi
kepada kami selepas 10 tahun bergraduat. Saya agak terkejut apabila
menerima banyak email dari rakan-rakan yang mahu berhenti bekerja dan
ingin menjadi usahawan.
Kebanyakannya sudah bosan dengan kerja masing-masing. Ada yang
tertekan dengan suasana tempat kerja, Ada yang dibebankan dengan
hutang yang tinggi. Ada pula yang merasakan pendapatan makan gaji
semakin tidak mencukupi dan ada juga yang tidak tahan berjauhan dengan
keluarga kerana dihantar bekerja di luar negara.
15
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
Mungkin apabila kami sudah mencecah umur 30 tahun, masing-
masing mahu kehidupan yang lebih relaks atausettle down kalau boleh
mahu bersama keluarga. Ketika ini boleh dikatakan semua rakan-rakan
saya sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Ramai yang mengeluh
kerana tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga. Maklumlah suami
isteri sibuk bekerja, waktu siang anak-anak dihantar ke nurseri. Apabila
malam, masing-masing sudah keletihan.
Saya percaya, sebagai ibu bapa kita mestilah rapat dengan anak-anak
semenjak dari kecil. Sekiranya kita membiarkan nurseri atau orang gaji
Indonesia mengambil alih tanggungjawab kita sebagai ibu bapa, tidak
mustahil suatu hari nanti mereka juga dengan selamba boleh
mencampakkan kita ke rumah orang tua-tua.
Hey dulu kamu campakkan saya ke nurseri dan biarkan bibik
menjaga saya, sekarang biar kamu pula merasa apa yang saya rasa dahulu
mungkin itu kata-kata yang mungkin kita akan dengar apabila sudah tua
nanti. Lagipun kita tidak tahu apa yang akan berlaku 30 40 tahun lagi.
Mampukah anak-anak kita menyara kita pada masa itu. Sekiranya kos sara
hidup zaman sekarang dijadikan ukuran, saya pasti anak-anak kita tidak
mampu menyara kita pada masa itu.
Sekiranya difikirkan balik, apa yang kita wariskan kepada mereka
apabila bersara nanti? kalau saya masih berterusan bekerja makan gaji,
saya mungkin tidak dapat memberikan apa-apa kepada anak saya. Mereka
mungkin terpaksa mengikut jejak langkah saya, bekerja makan gaji, terlalu
sibuk dengan kerja mereka dan akhirnya terpaksa menghantar saya ke
rumah orang tua-tua. Ohh saya tidak mahu semua itu berlaku, biarlah hari
tua saya dikelilingi oleh anak-anak dan cucu.
BERHIJRAH MENJADI USAHAWAN
Berbalik tentang cerita mengenai menjadi usahawan, saya pasti ramai
rakan-rakan yang bercita-cita mahu menjadi usahawan. Mereka mula
membayangkan kehidupan yang lebih bebas, dapat bersama keluarga dan
tidak perlu mengalami stress di pejabat lagi. Walau bagaimanapun ramai
yang tidak berani mengambil langkah ini dan tidak kurang juga yang
kecundang di tengah jalan. Menurut statistik Malaysia, 93 peratus
perniagaan ditutup dalam tempoh 3 tahun pertama. Ini bermakna daripada
10 orang yang mahu menjadi usahawan, 9 orang lagi akan dijamin
bungkus.
16
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
Hmm mengapa susah sangat hendak menjadi usahawan? Pada saya,
puncanya adalah disebabkan selama ini kita dilatih untuk menjadi pekerja,
bukannya usahawan. Sebagai bekas tenaga pengajar di universiti, saya
pernah mengajar pelajar diploma perikanan. Saya yakin tidak ramai bekas
pelajar saya menjadi usahawan dalam bidang perikanan.
Semasa di universiti mereka diajar untuk tahu segala-galanya, tetapi
tidak ada satu benda pun yang mereka betul-betul tahu. Cuba tanya
bagaimana mereka hendak mendapatkan modal perniagaan? pasti mereka
terkebil-kebil memikirkan bagaimana caranya. Saya cukup hairan mengapa
mereka diajar pelbagai subjek yang kadangkala tidak ada kaitan langsung
dengan subjek perikanan.
SEKIRANYA SAYA BOLEH KEMBALI 10 TAHUN DAHULU
Saya tidak mahu merungut tentang polisi pendidikan negara. Pada saya
lebih mudah mengubah diri sendiri, daripada mengubah dasar kerajaan.
Sekiranya saya boleh kembali 10 tahun dahulu, saya akan memberi nasihat
seperti berikut;
1. Jangan ambil pinjaman PTPTN itu, nanti kamu akan terperangkap
dengan beban hutang yang tidak berkesudahan. Kalau boleh, dapatkan
biasiswa. Kalau tidak dapat biasiswa, cubalah gunakan duit sendiri.
Kalau tidak mampu, mungkin kamu boleh berfikir tempat kamu bukan
di universiti. Ingat universiti bukan satu-satunya tempat untuk belajar.
Bill Gates, Mark Zukerberg, Tan Sri Syed Al Bukhary dan banyak lagi
billionair di dunia juga tidak masuk universiti.
2. Saya juga akan berkata kepada mereka, kalau nak belajar tak perlu
rajin-rajin sangat sebab ilmu yang kamu belajar akan memerangkap
kamu menjadi hamba selama-lamanya, suatu hari nanti kamu pasti
bosan dengan kerja kamu.
3. Tumpukan kepada kekuatan dan minat kamu, jadilah hebat di dalam
perkara yang kamu minat.
4. Belajarlah menjadi usahawan ketika di universiti sebab 10 tahun dari
sekarang kamu pasti ingin menjadi usahawan. Gunakan duit sebaik
mungkin, sementara ada peluang, pergilah berkursus, belajar tentang
ilmu keusahawanan, perakaunan, pemasaran, pengurusan kewangan,
teknologi maklumat dan sebagainya.
5. Lagi satu, berkawanlah dengan ramai ahli perniagaan, carilah mentor
yang dapat mendidik kamu menjadi usahawan. Saya percaya, sekiranya
kamu mengikut nasihat saya ini, pasti kamu tidak akan mengeluh
tentang nasib diri sekarang.
17
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
Hey Wahi, itu 10 tahun dahulu, kita bercakap tentang masa
sekarang. Nasihat kamu sudah terlambat, apa yang kami perlu lakukan
kalau nak berhijrah menjadi usahawan seperti kamu? kata seorang rakan
saya. Sabar, janganlah marah. berikut merupakan apa yang anda perlu
lakukan sekiranya hendak berhijrah menjadi usahawan;
1. Taatlah perintah Allah dan Sayangilah keluarga anda.
2. Bayarlah segala hutang anda perlahan-lahan dan berhenti membuat
hutang tidak sihat (kad kredit. pinjaman peribadi, skim ansuran
mudah).
3. Berhenti meminta nasihat percuma dari perancang kekayaan (Wealth
Planner). Jadilah perancang kewangan diri sendiri.
4. Beli buku perniagaan, belajar tentang ilmu keusahawanan. Belajar
tentang pengurusan kewangan peribadi.
5. Berkawanlah dengan ahli perniagaan yang berjaya, elakkan berkawan
dengan usahawan penglipurlara (usahawan yang mahu menjadi kaya
sekelip mata).
6. Cari seorang mentor yang dapat mendidik anda menjadi usahawan.
7. Bina perniagaan anda perlahan-lahan.
Insya Allah, anda pasti boleh menjadi usahawan yang berjaya. Saya
yakin, sekiranya kita berusaha dari awal, suatu hari nanti kita dapat
mewariskan empayar perniagaan kepada anak-anak kita. Saya berharap
kita tidak lagi perlu bimbang dihantar ke rumah orang tua-tua.
P/S : Berabis duit berpuluh ribu ringgit, buat ijazah tapi hidup susah juga.
baik belajar buat bisnes kereta sewa, cukup bulan, kutip duit, kepala tak
pening, hati pun tak sakit pendapatan Insya Allah lumayan.
18
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
PUNCA BISNES GAGAL
Memiliki perniagaan yang berjaya merupakan impian ramai orang. Walau
bagaimanapun statistik di Malaysia menunjukkan 9 daripada 10 bisnes
yang baru dimulakan akan lingkup dalam masa 3 tahun pertama.
Ramai orang telah melaluinya termasuk saya sendiri. Mengapa ini
terjadi? puncanya adalah kerana ramai yang terlepas pandang dalam aspek
yang paling penting iaitu matlamat perniagaan.
Apa Matlamat Perniagaan Anda?
Apabila seseorang itu terfikir untuk memulakan perniagaan, soalan yang
paling kerap ditanya adalah Bisnes apa yang boleh menjana keuntungan
yang lumayan? Bagi mendapatkan jawapannya, mereka akan mula
bertanya rakan sekeliling, kaum keluarga dan ada melayari internet untuk
mencari model perniagaan yang dapat memenuhi matlamat perniagaan
berkenaan.
Sebaik sahaja mereka mengenal pasti bisnes yang sesuai, maka
mereka akan berusaha untuk menjayakannya. Matlamat utama perniagaan
mereka adalah untuk menjana keuntungan sebanyak yang mungkin.
Di sinilah bermulanya kesilapan kebanyakan bakal usahawan
(termasuk saya dahulu). Memang tidak salah menetapkan matlamat
perniagaan untuk menjana keuntungan sebanyak yang mungkin. Namun
apabila kita terlalu fokus kepada keuntungan, maka biasanya kita akan
memilih bisnes secara tangkap muat.
Memilih Bisnes Secara Tangkap Muat
Maksudnya di sini, kita memilih bisnes bukan berdasarkan minat dan
kemahiran yang kita ada. Asalkan nampak boleh hasilkan keuntungan yang
tinggi, maka kita akan terjun di dalam perniagaan itu tanpa berfikir
panjang.
Contohnya suatu ketka dahulu perniagaan ikan keli di dalam kanvas
agak popular. Ramai yang tertawan dengan pulangan yang tinggi di dalam
perniagaan berkenaan. Justeru tidak hairanlah jika ramai yang cuba
menceburi perniagaan berkenaan. Akibatnya terdapat terlalu banyak
pengusaha dan bekalan ikan keli di pasaran yang menyebabkan harganya
jatuh merudum.
19
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
Keadaan ini menyebabkan ramai pengusaha ikan keli mengalami
kerugian kerana pulangannya tidak setimpal dengan kos yang dikeluarkan.
Akhirnya ramai yang berputus asa dan meninggalkan perniagaan itu begitu
sahaja.
Bagi yang masih bersemangat, mereka akan mencari peluang
perniagaan baru yang boleh memberikan keuntungan yang lebih lumayan.
Kini perniagaan sarang burung walit sedang mendapat sambutan. Ramai
yang berlumba-lumba mengusahakan perniagaan berkenaan. Kita dapat
perhatikan banyak premis komersial dan bangunan dibina untuk dijadikan
sebagai tempat penghasilan sarang burung walit.
Saya tidak pasti adakah perniagaan ini akan menerima nasib yang
sama seperti perniagaan ikan keli di dalam kanvas. Apa yang pasti, apabila terlalu ramai orang terjun di dalam sesuatu perniagaan, maka persaingan
akan meningkat dan menyebabkan harga produk akan jatuh merudum.
Hanya mereka yang fokus dan kreatif sahaja dapat bertahan di dalam
sesuatu perniagaan.
Pentingnya Minat Di Dalam Perniagaan
Turun naik di dalam perniagaan adalah perkara biasa. Adakalanya harga
naik, adakalanya harga turun. Bagi mereka yang memulakan perniagaan
berdasarkan minat dan kemahiran. Saya yakin, mereka tidak akan cepat
berputus asa. Ini kerana matlamat perniagaan mereka bukan keuntungan
semata-mata.
Mereka melakukannya kerana seronok dan puas dapat melakukan
sesuatu yang mereka minat. Mereka akan terus fokus dan lebih kreatif
mempelbagaikan produk di dalam perniagaan yang mereka ceburi. Jadi
tidak hairanlah kebanyakan usahawan yang melakukan perniagaan
berdasarkan minat dapat bertahan lebih lama berbanding mereka yang
melakukan bisnes secara tangkap muat.
Pengalaman Saya
Saya juga pernah melakukan kesilapan tangkap muat apabila terlibat di
dalam bisnes ladang kelapa sawit. Saya tertarik dengan bisnes berkenaan
setelah melihat kejayaan seorang rakan yang mengusahakan ladang kelapa
sawit seluas 70 ekar. Semangat saya semakin berkobar-kobar apabila
mendapat tahu bahawa beliau berjaya menjana pendapatan melebihi 5
angka sebulan.
20
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
Pada masa itu, matlamat perniagaan saya hanya satu, iaitu mahu
menjadi kaya sama seperti rakan saya itu. Namun, matlamat saya itu tidak
tercapai setelah menghadapi pelbagai masalah seperti kesukaran
mendapat pekerja, serangan penyakit pada pokok, kesilapan teknik
penanaman dan kenaikan kos baja dan racun.
Setelah ditimpa satu demi satu masalah, semangat saya semakin
pudar. Setelah bertungkus-lumus selama 3 tahun, akhirnya saya
mengambil keputusan untuk berhenti meneruskan perniagaan kelapa
sawit berkenaan. Keadaan mungkin akan berbeza sekiranya saya
melakukan perniagaan berdasarkan minat. Walaupun menghadapi
pelbagai masalah, saya akan terus melakukannya kerana ia memberi
kepuasan kepada diri saya.
Rakan saya itu mungkin pernah mengalami masalah seperti saya,
namun disebabkan minatnya di dalam perladangan kelapa sawit, maka dia
tetap melakukannya sehingga mencapai kejayaan. Tambahan pula, beliau
menjalankan perniagaan ladang kelapa sawit, bukan mengejar keuntungan
semata-mata. Beliau melakukannya kerana ingin membantu kaum
keluarganya meningkatkan taraf ekonomi di kampung. Mungkin sebab itu
beliau berjaya berbanding saya.
Apa Matlamat Perniagaan Yang Betul?
Saya berpendapat bakal usahawan perlu menetapkan matlamat perniagaan
mereka adalah untuk membantu memudahkan hidup orang lain. Elakkan terlalu fokus mengejar keuntungan semata-mata. Seboleh-bolehnya pilih
perniagaan berdasarkan minat dan kemahiran yang kita ada. Cara mudah
untuk mengetahui minat kita adalah dengan bertanya pada diri sendiri,
apakah perkara yang kita sanggup lakukan walaupun tidak dibayar.
Sebagai contoh, sejak dari kecil saya memang meminati bidang
permotoran. Saya tahu serba sedikit tentang penjagaan kenderaan. Saya menggunakan minat itu untuk membantu menjimatkan kos operasi
pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan kereta sewa berkualiti pada
harga yang berpatutan. Hasilnya saya berjaya menerima tempahan yang
tidak putus-putus daripada pelanggan terutamanya syarikat korporat.
Walaupun saya pernah mengalami banyak kerugian, namun saya
tidak pernah berputus asa kerana saya sangat meminati bidang perniagaan
ini. Cabaran demi cabaran membuatkan saya lebih kreatif mencipta
produk-produk perkhidmatan yang berbeza daripada syarikat kereta sewa
yang lain. Alhamdulillah perniagaan saya masih bertahan setalah hampir 8
21
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
tahun memulakannya (sejak 2006). Saya juga berjaya mengembangkan
perniagaan dengan membuka 16 cawangan secara kerjasama di bandar-
bandar utama di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Syukur
Alhamdulillah
Kesimpulan
Kesimpulannya, sebelum anda memulakan perniagaan, seboleh-bolehnya
pilihlah bidang perniagaan berdasarkan minat dan kemahiran yang anda
ada. Tanya pada diri sendiri apa yang anda sanggup lakukan walaupun
tidak dibayar. Elakkan terlalu fokus mengejar keuntungan, sebaliknya
gunakan minat dan kemahiran yang ada untuk membantu memudahkan
hidup orang lain. Insya Allah wang akan datang kemudian apabila kita
banyak memberi.
Percayalah, setiap orang dikurniakan lebih daripada satu minat dan
kemahiran, tugas kita adalah untuk mencari dan menggunakannya untuk
membantu hidup orang lain. Saya juga menyedari bahawa saya minat
menulis, merakam video dan bercakap. Saya gunakan minat dan kemahiran
itu untuk berkongsi pengalaman supaya dapat memberi sedikit panduan
kepada mereka yang berminat mahu menjadi usahawan.
Kini syukur Alhamdulillah, usaha kecil saya ini telah membuahkan
hasil. Walaupun tidak banyak, namun saya cukup gembira apabila
mendapat mesej dan email daripada rakan-rakan pembaca yang
mengucapkan terima kasih dan doa di atas usaha saya yang tidak seberapa ini. Semoga usaha kecil saya ini terus memberi manfaat kepada anda
semua. Insya Allah
22
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
KUASA LEVERAJ
Baru-baru ini saya ada pos gambar saya bersama anak bongsu saya di
facebook. Di dalam gambar berkenaan saya ada tulis bahawa saya menjaga
anak saya 100% daripada dia lahir hingga sekarang. Walaupun saya sibuk
menjaga anak, namun saya sentiasa pastikan perniagaan berjalan seperti
biasa. Pada hari tersebut saya menjana wang hampir RM1K walaupun saya
sibuk menjaga anak. Ini menunjukkan bahawa walaupun saya sibuk
menguruskan keluarga, namun ia bukan penghalang bagi saya untuk
menjalankan perniagaan. Bagi saya keluarga adalah keutamaan.
Bersama anak bongsu Arjuna Andika Kaseh
DO MORE AND MORE WITH LESS AND LESS
Bagi membolehkan saya melakukan 2 perkara yang agak mencabar, maka
saya telah menggunakan konsep Do More and More With Less and Less.
Konsep ini sebenarnya saya baca daripada buku Robert Kiyosaki iaitu
Retire Young, Retire Rich.
Menurut Robert Kiyosaki, sekiranya anda ingin menjadi kaya, maka
anda perlu banyak membantu orang. Semakin ramai yang anda bantu,
maka wang akan mula datang tanpa henti.
Walau bagaimanapun setiap manusia mempunyai batasan.
Contohnya saya hanya mempunyai 2 tangan, 2 kaki, 2 mata, 2 telinga dan 1
mulut. Sekiranya saya ingin membantu ramai orang maka, ia agak terbatas.
Justeru saya perlu belajar menggunakan leveraj.
23
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
LEVERAJ
Leveraj ini umpama suatu kuasa yang kita gunakan untuk menggandakan
keupayaan kita membantu orang lain. Laman web saya iaitu
www.wahiabdrashid.com juga merupakan satu leveraj. Kalau anda lihat
statistik laman web berkenaan, terdapat lebih 100,000 pelawat yang
memasuki laman web berkenaan. Laman web berkenaan memudahkan
saya membantu 100,000 pelawat mendapatkan maklumat yang mereka
mahu. Kalau harapkan saya nak berjumpa dengan setiap pelawat, memang
sesuatu yang mustahil.
JENIS LEVERAJ
Sebenarnya terdapat pelbagai jenis leveraj di dunia ini, contohnya;
1. Others People Money (OPM) Pinjaman bank, wang pelabur, wang
keluarga, rakan kongsi dsbnya.
2. Others People Time (OPT) Pekerja, freelance, kontraktor dsbnya
3. Partnership Joint Venture, agen dsbnya.
4. Tools Telefon bimbit, internet, kapal terbang dsbnya.
Kita perlu belajar menggunakan leveraj berkenaan untuk membolehkan
kita membantu ramai orang dengan menggunakan sumber/tenaga yang
terbatas.
AKIBAT TIDAK MAHU BELAJAR MENGGUNAKAN LEVERAJ
Biasanya orang yang belajar menggunakan leveraj, akan mendahului orang
yang bersikap ignorance (tidak ambil peduli). Contohnya orang yang
belajar menggunakan pinjaman bank dengan betul akan hidup senang
berbanding orang yang takut berhutang.
Selain itu, orang yang tidak mahu belajar menggunakan leveraj,
kebiasaannya mereka akan dipergunakan oleh orang yang pandai
menggunakan leveraj. Hidup mereka tidak akan berubah, manakala hidup
orang yang pandai menggunakan leveraj akan berubah dalam masa yang
singkat.
ILMU LEVERAJ SENTIASA BERUBAH
Ilmu leveraj ini sentiasa bergerak pantas, jika dahulu manusia hanya boleh
menggunakan kapal laut untuk bergerak dari satu benua ke benua yang
lain. Kini kita boleh menaiki kapal terbang dan sampai ke destinasi dengan
24
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
lebih pantas. Sekiranya kita masih menggunakan kapal laut, maka kita akan
ketinggalan jauh di belakang berbanding orang yang menggunakan kapal
terbang. Justeru kita perlu sentiasa mengemaskini ilmu leveraj setiap masa
agar tidak ketinggalan zaman.
KESIMPULANNYA
Sekiranya anda ingin menjadi kaya dan berjaya, maka anda perlu banyak
membantu orang. Semakin ramai yang anda bantu maka semakin murah
rezeki anda. Walau bagaimanapun manusia mempunyai batasan, justeru
anda perlu bijak menggunakan leveraj yang ada. Mereka yang tidak mahu
belajar menggunakan leveraj, tidak dapat membantu ramai orang justeru
hidup mereka juga tidak banyak berubah dan biasanya akan dipergunakan
oleh orang yang pandai menggunakan leveraj. Wallahualam.
25
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
BUAT DUIT SAMBIL TIDUR
Baru-baru ini saya berborak dengan seorang rakan. Kami pernah bekerja
bersama semasa di Universiti dahulu. Sebab stress di tempat kerja lama
maka dia berhenti kerja pada tahun 2007. Saya pula berhenti kerja pada
tahun 2011.
Sebaik berhenti kerja, dia ditawarkan menjadi pegawai di agensi
kerajaan. Saya pula terpaksa merangkak-rangkak dalam dunia perniagaan. Sekarang gaji kasarnya RM6K sebulan, saya pula boleh dapat 2
kali ganda jumlah itu ketika tidur sahaja.
Dia terkejut dan bertanya, bagaimana kau lakukan Wahi? Saya tidak
jawab sebaliknya saya tanya soalan kepadanya. Berikut merupakan dialog
perbualan di antara saya dan beliau;
Rakan : Macamana income ko boleh 2 kali ganda daripada aku, walaupun
tengah tidur?
Saya : Ko kenal Robert Kiyosaki?
Rakan : Tak kenal.
Saya : Ko kenal Azizi Ali, Chef Li, Irfan Khairi, Dr Shah Razali?
Rakan : Tak kenal, siapa diorang tu Wahi?
Saya : Masya Allah, mereka merupakan usahawan yang telah berjaya
dan banyak menulis buku tentang kewangan.
Rakan : Sorry Wahi, aku bab membaca ni malas sikit
Saya :
Kalau malas membaca, tak mungkin ko boleh lulus Degree di
Universiti dulu. Apa yang ko baca sekarang?
Rakan : Harian Metro dan majalah motor he he he..
Saya : Patutlah
Rakan : Jadi hanya sebab ko membaca buku diorang, maka ko boleh buat
duit 2 kali ganda daripada gaji aku waktu tengah tidur?
Saya : Ya, baca, kaji dan buat. Rakan : Rasa macam tak adil pula. Aku kerja setengah mati dapat RM6K,
ko tengah tidur pun boleh dapat RM12K.
Saya : Ianya bukan mudah, kena banyak membaca, mencuba dan
berkorban.
Rakan : Ok lepas ni Insya Allah aku akan mula membaca.. Saya : Buku aku ko dah baca?
Rakan : Errrr belum..
Saya : Ok jangan lupa baca buku aku juga ya..
26
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
Rakan : Ok.
PENGAJARANNYA
Mengapa saya bertanya tentang Robert Kiyosaki, Azizi Ali, Chef Li, Irfan
Khairi dan Dr Shah Razali pada rakan saya? Pada saya nama-nama
berkenaan merupakan antara ikon yang terkenal dan pakar di dalam
bidang kewangan. Bagi mereka yang rajin belajar tentang ilmu kewangan,
nama-nama tersebut memang tidak asing lagi.
Bagi yang tidak peduli tentang ilmu kewangan, kemungkinan besar
mereka tidak mengenali nama-nama tersebut. Sebab itu di dalam buku-
buku Robert Kiyosaki, beliau ada mengatakan;
Money is not evil, ignorance about money is evil
Maksudnya Wang bukan syaitan, tetapi sikap tidak ambil peduli
tentang wang adalah syaitan. Ehh betulkah translation saya ni? Macam tak
kena saja. Saya rasa apa yang dimaksudkan oleh Robert Kiyosaki adalah
Wang bukanlah punca masalah, tetapi sikap tidak ambil peduli
tentang ilmu kewangan adalah punca sebenar masalah kebanyakan
orang
Sikap rakan saya itu yang tidak mahu belajar ilmu kewangan
menyebabkan beliau tidak tahu bagaimana menggunakan wang untuk
menjana lebih banyak wang. Beliau hanya fokus bagaimana bekerja keras
untuk mendapatkan wang. Akibatnya sumber pendapatannya amat terhad
dan sering menghadapi masalah kewangan.
Walaupun beliau mempunyai pendapatan yang agak tinggi (RM6K
sebulan), namun tahap kewangannya boleh dikatakan agak tenat kerana
kebanyakan gajinya habis digunakan untuk membayar hutang sahaja. Mana
tidaknya beliau mempunyai 2 kad Kredit dengan hutang berjumlah RM40K.
Selain itu beliau membuat pinjaman peribadi berjumlah RM60K untuk
membeli motosikal berkuasa tinggi.
Beliau tidak sedar, dengan ilmu kewangan yang betul, beliau boleh menjana wang tanpa perlu bekerja keras. Itulah yang saya lakukan
semenjak tahun 2006, saya belajar membina aset yang boleh menjana
wang tanpa saya perlu bekerja. Kini syukur alhamdulillah saya mempunyai
beberapa portfolio perniagaan yang menjana wang walaupun saya tertidur.
27
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
Sungguhpun begitu, ianya bukan berlaku dalam satu malam, ianya
mengambil masa, tenaga dan wang yang banyak. Saya percaya ramai yang
tidak sanggup lakukannya kerana perkara paling sukar dilakukan setiap
individu adalah berubah. Maksud saya, ramai yang lebih suka hidup susah
dan miskin berbanding berusaha keras belajar menjadi kaya.
APA YANG PERLU ANDA BUAT
Sekiranya anda ingin mengubah nasib hidup anda, maka anda perlu
berubah. Sekiranya apa yang anda lakukan 5 tahun dahulu, tidak banyak
mengubah nasib hidup anda sekarang, maka anda perlu mengubahnya hari
ini. Perhatikan orang-orang yang berjaya, tanya apa yang mereka lakukan.
Bagi saya pula, jika dahulu saya banyak menghabiskan masa membaca puluhan tesis, journal, buku akademik, akhbar dan majalah sains
(Ketika masih kerja di universiti dahulu). Namun saya sedar, semua itu
tidak banyak membantu menjadikan saya kaya. Justeru saya mula berubah
dengan membaca buku-buku yang ditulis oleh orang berjaya seperti Robert
Kiyosaki, Azizi Ali, Chef Li, Irfan Khairi, Dr Shah Razali dan banyak lagi.
Saya cuba contohi apa yang mereka lakukan. Ternyata lama-kelamaan taraf
ekonomi saya semakin baik dari masa ke semasa.
Jadi sekiranya anda ingin mengubah hidup anda, maka anda perlu
mula membaca buku-buku yang ditulis oleh usahawan-usahawan yang
saya sebutkan sebelum ini. Percayalah tiada siapa dapat mengubah nasib
hidup anda kecuali diri anda sendiri.
28
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
KISAH 3 LELAKI
Agak lama juga saya tidak menulis, maklumlah sekarang sedang sibuk
menjaga bayi kami yang baru dilahirkan pada 25 May 2012 yang lalu. Kami
menamakan bayi berkenaan Arjuna Andika Kaseh. Sengaja beri nama yang
klasik sikit supaya nampak lain dari yang lain.
Walaupun saya banyak menyepi, namun saya sering menerima mesej
yang meminta pendapat bagaimana hendak berhijrah menjadi usahawan. Di dalam banyak-banyak mesej yang saya terima, saya tertarik dengan
kisah 3 orang lelaki. Saya akan namakan mereka sebagai lelaki A, B dan C.
Berikut merupakan sedikit latar belakang ketiga-tiga lelaki berkenaan.
LELAKI A
Lelaki A merupakan seorang pelajar di sebuah Universiti. Beliau berumur di dalam lingkungan 21 tahun. Saya agak kagum dengannya kerana
walaupun masih muda, beliau sudah mempunyai perniagaan sendiri
(bisnes kereta sewa di universiti).
Walau bagaimanapun, usaha beliau tidak mendapat sokongan ahli
keluarga. Ahli keluarganya meminta beliau berhenti berniaga, tumpukan
perhatian kepada pelajaran dan sekiranya sudah bergraduat carilah kerja yang terjamin. Beliau kecewa dengan sikap keluarganya kerana minatnya
dalam dunia perniagaan begitu mendalam. Beliau meminta saya memberi
nasihat kepadanya.
LELAKI B
Lelaki B merupakan seorang pekerja swasta di ibu Negara berumur sekitar
29 tahun. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 5
bulan. Di dalam emailnya beliau meminta saya memberi khidmat
perundingan bagaimana hendak menyelesaikan masalah hutangnya.
Berikut merupakan senarai hutangnya.
RM60K Personal Loan (Sudah hangus kerana terlibat dengan skim
cepat kaya).
RM7K - Kad Kredit
RM17K PTPTN
RM18K Kereta
Kalau nak diikutkan, jumlah hutang beliau tidaklah banyak sangat,
tetapi mungkin disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat
sekarang, membuatkan beliau sesak nafas. Setiap bulan beliau terpaksa
29
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
menggunakan kad kredit untuk mengisi minyak kereta. Beliau pening
kepala kerana hutang kad kreditnya semakin banyak. Beliau mahu saya
memberi idea, bagaimana beliau boleh menyelesaikan masalah hutangnya.
Kalau boleh beliau mahu memulakan perniagaan, tetapi beliau tidak tahu
hendak berniaga apa.
LELAKI C
Lelaki C merupakan seorang eksekutif di syarikat korporat yang berjaya.
Beliau berumur 35 tahun dengan pendapatan RM20 ribu sebulan. Isterinya
juga bekerja dengan syarikat korporat dengan pendapatan RM5 ribu
sebulan. Walaupun mereka tidak mempunyai masalah kewangan yang
serius, namun hidup mereka tertekan kerana dia dan isterinya terpaksa
berjauhan beribu-ribu batu.
Masuk kali ini sudah 2 kali dia dihantar bekerja di luar negara. Beliau
sedih apabila menyetahui bayinya pernah didera oleh pembantu rumahnya
warga Indonesia. Anak sulungnya juga lebih rapat dengan datuk dan
neneknya berbanding dirinya sendiri. Sepanjang bekerja di luar negara,
beliau hilang saat-saat gembira melihat anak-anaknya membesar di depan
mata.
Kalau boleh beliau mahu berhenti kerja dan memulakan perniagaan
sendiri. Beliau mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama
keluarganya. Masalahnya beliau tidak yakin untuk hidup dengan
pendapatan yang tidak menentu. Beliau bimbang tidak dapat membayar
segala hutang-piutangnya apabila dia berhenti kerja kelak.
APA PENYELESAIANYA?
Sekiranya dilihat di antara ketiga-tiga lelaki berkenaan, pada saya masalah
mereka sungguh ironi. Lelaki A mahu menjadi usahawan kerana minat
tetapi dihalang oleh keluarga. Lelaki B mahu menjadi usahawan kerana
merasakan wang gajinya tidak mencukupi. Lelaki C pula mahu menjadi
usahawan kerana mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarganya. Kesemua mereka mahu menjadi usahawan pada umur yang
berbeza.
Sekiranya diperhatikan dengan teliti, kisah mereka merupakan kisah
klasik lelaki di Malaysia. Sebaik tamat belajar di universiti, semua
berlumba-lumba mencari pekerjaan. Apabila sudah mendapat pekerjaan kebanyakannya terperangkap dengan beban hutang yang tinggi.
30
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
Bagi melunaskan hutang, mereka terpaksa bekerja lebih keras lagi
supaya dapat naik pangkat dan gaji. Apabila gaji mereka semakin besar,
pihak syarikat mula berfikir untuk membuang mereka bagi mengurangkan
kos syarikat. Lebih baik ambil fresh graduate daripada membayar gaji
eksekutif senior yang tinggi.
Kebiasaannya pihak syarikat akan menghantar mereka jauh dari
keluarga supaya hidup mereka tertekan. Akhirnya mereka terpaksa
berhenti kerja dan syarikat tidak perlu membayar sebarang pampasan
kerana mereka berhenti kerja secara sukarela. Itulah yang terjadi di dalam
dunia korporat sejak dari dahulu lagi.
NASIHAT SAYA
Bagi lelaki A, anda mempunyai 2 pilihan iaitu pilihan pertama bekerja
makan gaji dan kedua menjadi usahawan dan tentukan nasib sendiri.
Sekiranya anda memilih pilihan pertama nasib anda mungkin
berkesudahan seperti lelaki B dan C (last-last nak jadi usahawan juga).
Sekiranya anda memilih pilihan kedua, hanya anda sahaja yang dapat
menentukan nasib hidup anda. Pada pendapat saya peringkat umur anda
merupakan peringkat paling sesuai memulakan perniagaan. Anda masih
belum berkeluarga dan tidak perlu memikirkan apa yang akan terjadi
kepada orang di bawah tanggungan anda (anak dan isteri).
Percayalah membina perniagaan mengambil masa 3 hingga 5 tahun
untuk berjaya. Sepanjang tempoh itu anda akan menghadapi pelbagai
cabaran dan rintangan. Apakah situasi terburuk yang boleh berlaku
sekiranya perniagaan anda rugi? Paling teruk sekalipun anda seorang
sahaja yang menanggungnya. Impak kepada orang lain amat minima. Anda
boleh bangkit kembali dan bina perniagaan anda sehingga berjaya. Insya
Allah.
Bagi lelaki B, situasi anda sungguh berbeza, anda mempunyai
tanggungan seperti anak dan isteri disamping terpaksa melunaskan hutang yang ada. Nasihat saya mulakan perniagaan berdasarkan minat dan
kemahiran yang saudara ada. Mulakan secara kecil-kecilan (maksimum
modal RM5,000 sahaja). Bina perniagaan anda perlahan-lahan. Kalau boleh
carilah mentor yang mempunyai bidang perniagaan yang sama dengan
minat dan kemahiran yang anda ada. Insya Allah dengan bimbingan yang betul dan ikhlas anda pasti boleh berhijrah menjadi usahawan yang berjaya
dan hidup dengan lebih selesa.
31
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
Bagi lelaki C, anda mempunyai 2 pilihan, sekiranya anda memilih keluarga,
anda akan kehilangan kerjaya. Sekiranya anda memilih kerjaya, anda akan
kehilangan keluarga. Agak sukar memiliki kedua-duanya melainkan anda
sudah menjadi usahawan yang berjaya. Tepuk dada tanya selera, mana
yang lebih penting keluarga atau kerjaya?.
Jika saya diberi pilihan, saya tidak sanggup kehilangan keluarga. Pada
saya anak-anaklah yang akan menjaga kita ketika waktu tua nanti.
Percayalah tiada majikan yang sanggup datang menjaga kita apabila kita
sudah tua. Hanya anak-anak yang akan menjaga kita dengan penuh kasih
sayang apabila kita sudah tua. Itupun sekiranya kita melakukan perkara
yang sama ketika anak-anak kita masih kecil.
Tuhan itu maha adil, sekiranya kita tinggalkan keluarga kita, tidak mustahil suatu hari nanti keluarga kita akan meningggalkan kita. Sekiranya
kita membiarkan anak-anak kita dijaga oleh pembantu rumah atau
dihantar ke nurseri, tidak mustahil mereka juga akan mencampakkan kita
ke rumah orang tua.
32
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
FANTASI BAKAL USAHAWAN
Di dalam artikel ini saya ingin berkongsi kisah menarik yang dihantar
melalui email kepada saya. Di dalam email berkenaan penulis menyatakan
kekecewaannya kerana sukar untuk mendapatkan pinjaman perniagaan.
Untuk makluman beliau telah mencuba memohon pinjaman
berjumlah RM100,000 daripada Bank, Mara dan Tekun. Beliau mahu
memulakan bisnes francais menjual air minuman berjenama. Walau bagaimanapun permohonan ditolak kerana perniagaannya belum cukup 6
bulan.
BERMULANYA FANTASI
Di dalam buku Hijrah Menjadi Usahawan saya ada menceritakan
bagaimana seorang usahawan taska yang terpaksa mengadaikan rumah
bapanya bagi membayar balik pinjaman bernilai RM60 ribu setelah
mengalami kerugian yang teruk di dalam perniagaan itu.
Pada saya, ini adalah antara kesilapan yang sering dilakukan oleh
bakal usahawan. Pada mereka semakin besar modal yang dilaburkan, maka keuntungan juga lebih besar. Saya sering melihat ramai rakan-rakan
usahawan yang terpaksa gulung tikar, muflis dan disenarai hitam akibat
kegagalan membayar balik pinjaman perniagaan bernilai puluhan ribu dan
ada yang mencecah ratusan ribu.
Mereka tidak tahu bahawa 9/10 usahawan yang baru memulakan
perniagaan akan bungkus dalam 3 tahun pertama. Ini kerana tedapat
banyak titik buta di dalam sesuatu perniagaan. Di atas kertas, cadangan
sesuatu perniagaan memang nampak menarik, tetapi realitinya banyak
perkara yang diluar jangkaan. Saya juga pernah mengalaminya apabila
mengusahakan ladang kelapa sawit dan bisnes menyewakan jentolak.
Nasib baik saya tidak jatuh muflis.
NASIHAT SAYA
Berikut nasihat saya bagi mereka yang baru hendak memulakan
perniagaan.
1. Mulakan perniagaan berdasarkan minat dan kemahiran sendiri.
Kebanyakan usahawan yang berjaya, mereka melakukan perniagaan
berdasarkan minat dan kemahiran yang mereka ada.
33
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
2. Mulakan perniagaan dengan modal maksimum RM5,000 sahaja. Ini
kerana 9/10 usahawan yang baru memulakan perniagaan bungkus
dalam masa 3 tahun pertama. Sudah ramai wannabe usahawan
muflis/blacklist kerana gagal membayar pinjaman perniagaan.
3. Fokus perniagaan adalah membantu pelanggan, bukan mengejar
keuntungan semata-mata. Prinsip perniagaan adalah mudah, beri
dahulu dan Insya Allah wang akan datang kemudian.
4. Sentiasa perbaiki/bina sistem perniagaan. Pergi kursus, belajar dari
buku, cari mentor yang sudah berjaya (bayar mereka sekiranya perlu).
Bisnes yang mempunyai sistem yang baik adalah bisnes yang boleh
ditinggalkan dan masih boleh menjana pendapatan tanpa kehadiran
kita.
Saya berharap, kepada bakal usahawan, elakkan melakukan kesilapan yang
pernah saya dan ramai lagi lakukan. Mulakan perniagaan secara kecil-
kecilan dahulu dan kemudian membesar. Insya Allah, kejayaan pasti
muncul kepada mereka yang fokus dan bersabar.
34
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
BISNES KERETA SEWA
35
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
MENUBUHKAN SYARIKAT KERETA SEWA
Perkara pertama yang menjadi halangan bagi kebanyakan bakal usahawan
kereta sewa adalah kesukaran untuk mendapatkan lesen syarikat kereta
sewa. Seorang rakan yang mahu memulakan bisnes kereta sewa pernah
merungut kepada saya, Saya sudah semak syarat penubuhan syarikat
kereta sewa. Syaratnya begitu ketat dan kosnya sangat tinggi.
Untuk makluman anda, bagi menubuhkan sebuah syarikat kereta sewa kita perlu mempunyai sebuah syarikat Sdn Bhd (nama syarikat perlulah
bercirikan bisnes kereta sewa seperti ABC Car Rental Sdn Bhd), ada
pejabat, mendapat permit dari Kementerian Pelancongan dan mempunyai
modal berbayar RM150,000 untuk kawasan pekan kecil dan RM200,000
untuk kawasan Bandar.
Belum berniaga lagi dah kena berhabis ribuan ringgit. Bila dah
berniaga pun belum tentu untung lagi, macam-mana nak hidup kalau
macam ni katanya seperti merungut. Saya hanya tersenyum mendengar
rungutannya. Abu (bukan nama sebenar) Saya ada berita lebih buruk lagi
kata saya. Apa dia? Tanya Abu.
Untuk pengetahuan kamu, setelah kamu berjaya memiliki lesen
syarikat kereta sewa, kamu terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi.
Kamu perlu membeli kereta dan terpaksa membayar insuran di antara
RM3,000 hingga RM10,000 setahun (ikut nilai kereta). Bayangkan
sekiranya kamu memiliki 10 buah kereta sewa seperti itu. Silap haribulan,
keuntungan sewa kereta habis digunakan untuk membayar insuran sahaja.
Selain itu, setiap 6 bulan kamu terpaksa menghantar kereta tersebut
ke pusat pemeriksaan kenderaan untuk memastikan bahawa kenderaan itu
selamat untuk disewa. Itu belum masuk duit kopi yang terpaksa kamu
bayar untuk mengurangkan karenah birokrasi pihak-pihak yang terlibat.
Tak sangka, bisnes kereta sewa ni tinggi kosnya, tetapi macamana
ada sesetengah syarikat kereta sewa boleh hidup? Mesti ada caranya?
Bagaimana mereka melakukannnya? Tanya Abu bertubi-tubi kepada saya.
Wah bersemangat sungguh rakan saya ni, Ya memang ada caranya, tetapi
terpulang kepada sejauh mana keberanian kamu? Jawab saya. Macamana
tu? Tanyanya kembali.
Kamu mempunyai pilihan samada menjalankan bisnes kereta sewa
berlesen sepenuhnya ataupun secara haram Jawab saya. Bukankah berisiko
menjalankan bisnes kereta sewa secara haram? Soal Abu. Mana-mana
36
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
bisnes memang berisiko, terpulang kepada kamu. Sekiranya kamu
menjalankan bisnes kereta sewa berlesen tanpa mempunyai pelanggan
istimewa dan kabel tertentu, risiko untuk gulung tikar sangat tinggi.
Kamu akan tewas dengan pengusaha kereta sewa haram yang mampu
menawarkan harga kereta yang lebih murah.
Sekiranya kamu melakukan bisnes kereta sewa secara haram,
kenderaan kamu berisiko untuk di tahan oleh pihak berkuasa. Kamu akan
di saman dan mungkin mengalami kerugian, Wah nampaknya kedua-
duanya berisiko, lebih baik saya jual goreng pisang di pasar malam sahaja
modal kecil, risiko rendah, pulangan tinggi. Terpulang kepada kamu, saya
tidak memaksa atau menghalang kamu menceburi bisnes ini.
Mungkin sebab itu, ramai yang tidak berani menceburkan diri dalam bisnes kereta sewa. Pada saya, itu cukup bagus kerana persaingan menjadi
kurang. Bagi yang berani mengambil risiko, jika kena gayanya pulangan
bisnes ini memang sangat lumayan.
Mengurangkan Risiko Perniagaan
Lawan setiap risiko dalam perniagaan adalah ilmu pengetahuan, semakin banyak yang kita tahu tentang sesuatu perniagaan, maka risikonya dapat
dikurangkan. Tidak kira samada bisnes goreng pisang atau kereta sewa,
sekiranya kita melakukan tanpa mengetahui selok-belok bisnes berkenaan
dengan mendalam, risiko untuk rugi semakin tinggi.
Jadi sebelum memulakannya, kita perlu mengetahui selok-belok
bisnes ini. Secara umumnya terdapat 4 cara untuk mempelajari selok-belok
bisnes ini iaitu;
1. Mulakan bisnes kereta sewa secara kecil-kecilan dan belajar sendiri,
2. Minta tunjuk ajar dari pengusaha kereta sewa yang sudah berjaya atau
3. Bekerja sambil belajar dengan pengusaha kereta sewa yang sudah
berjaya atau
4. Jadi rakan kongsi pengusaha kereta sewa yang sudah berjaya.
Berdasarkan pengalaman, ramai yang memilih cara pertama, iaitu
memulakan bisnes kereta sewa secara kecil-kecilan bersendirian.
Memandangkan mereka tidak berpengalaman, maka 9/10 daripadanya
akan kecundang, hanya 1/10 sahaja yang berjaya.
Cara kedua, agak sukar dan mungkin mustahil kerana tidak ramai
pengusaha kereta sewa mahu berkongsi ilmu perniagaan mereka dengan
37
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
anda. Mana tahu, silap haribulan anda menjadi pesaing mereka. Cara ketiga
adalah dengan bekerja sambil belajar dengan syarikat kereta sewa yang
sudah berjaya. Walau bagaimanapun ramai yang tidak berpeluang untuk
bekerja dengan syarikat kereta sewa. Kebiasaannya, ia hanya terbuka
kepada ahli keluarga dan pekerja terdekat sahaja.
Cara terakhir adalah cara paling bijak, tetapi ramai yang tidak mahu
memilihnya (mungkin tidak mahu berkongsi keuntungan). Sebenarnya
sekiranya anda memilih cara keempat, anda dapat menjimatkan banyak
masa kerana tidak perlu membina sistem perniagaan yang belum tentu
berjaya. Sebaliknya anda boleh terus menggunakan sistem perniagaan
rakan kongsi anda yang terbukti berkesan memberi keuntungan. Di
samping dapat mengelak kerugian yang tidak perlu, anda dapat
menggunakan modal yang ada untuk menjana lebih banyak keuntungan.
Jadi apa cadangan kamu Wahi? Tanya Abu. Sekiranya kamu sudah
ada pengalaman, maka saya cadangkan kamu pilih cara pertama. Mulakan
secara kecil-kecilan, dan besarkan perniagaan secara perlahan-lahan.
Seperti yang saya lakukan setelah menimba pengalaman dengan syarikat
kereta sewa di Langkawi, kemudian saya memulakan secara kecil-kecilan
sehingga sekarang. Sekiranya tidak ada pengalaman, saya cadangkan kamu
memilih cara ketiga atau keempat.
Kategori Usahawan Kereta Sewa
Sebelum kamu memilih mana-mana cara, biar saya jelaskan tentang kategori usahawan kereta sewa. Secara umumnya terdapat 4 kategori
usahawan kereta sewa yang telah saya temui sepanjang 15 tahun terlibat
dalam bisnes ini iaitu;
1. Tiada Syarikat Usahawan yang berniaga sendiri dan tidak mempunyai
lesen
2. Syarikat kecil Usahawan jenis ini hanya mempunyai lesen pihak berkuasa tempatan tetapi tiada lesen dari kementerian pelancongan.
3. Syarikat Sdn Bhd Usahawan ini mempunyai lesen kementerian
pelancongan tetapi tidak semua kenderaan mereka ada permit.
4. Syarikat Sdn Bhd (syarikat besar) Terdiri daripada syarikat korporat
besar milik kerajaan atau swasta, mempunyai lesen kementerian pelancongan dan semua kenderaan mereka ada permit (juga dipanggil
kereta plat putih).
Daripada pemerhatian saya, 9/10 usahawan kereta sewa, terdiri daripada
kategori 1 hingga 3. Selebihnya tergolong dalam kategori ke 4. Sekiranya
38
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
anda menubuhkan syarikat kereta sewa mengikut syarat-syarat dalam
kategori 4, anda akan terlibat dalam persaingan perniagaan yang tidak adil.
Syarikat no 4 memiliki kelebihan kerana mempunyai pelanggan
istimewa yang dapat membayar kadar sewa pada harga yang tinggi.
Kebiasaanya, syarikat no 4 mempunyai perniagaan yang kukuh seperti
hartanah, perhotelan, perladangan, insuran, telekomunikasi dan
sebagainya. Sebahagian besar pelanggan mereka terdiri daripada anak-
anak syarikat mereka sendiri.
Berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan pelanggan mahukan
perkhidmatan kereta sewa yang murah dan servis terbaik. Jadi usahawan
yang bijak perlu memikirkan cara yang paling berkesan untuk beroperasi
pada kos yang paling minimun.
Sekadar memberi cadangan, bagi yang hendak memulakan bisnes
kereta sewa, seelok-eloknya buka saja syarikat dalam kategori 2 dan boleh
beroperasi dari rumah sahaja (jimat kos). Gunakan internet sepenuhnya
untuk mempromosi perkhidmatan anda. Apabila perniagaan anda sudah
kukuh, mungkin anda boleh naik taraf kepada syarikat dalam kategori 3.
Sementara itu, usahawan dalam kategori 1 agak sukar untuk berkembang
kerana pelanggan korporat tidak mahu berurusan dengan mereka.
Haramkah Bisnes Kereta Sewa Haram?
Jadi kamu mencadangkan saya terlibat dalam bisnes kereta sewa secara
haram? soal Abu lagi. Tidak juga, terpulang kepada kamu. Saya telah menerangkan kategori-kategori perniagaan ini, dan terpulang kepada
kamu untuk memilih kategori mana yang sesuai jawab saya dengan
tenang.
Bukankah duit kutipan sewa nanti adalah haram, kerana kita
berniaga secara haram? Tanya Abu lagi. Saya bukan pakar agama, dan saya
tidak berani mengeluarkan fatwa, tetapi saya teringat kata-kata rakan usahawan kereta sewa di Langkawi yang membuat bisnes kereta sewa
secara haram.
Katanya kamu boleh mengatakan bisnes saya haram, tetapi pada
saya, selagi saya tidak menipu orang dan melanggar hukum agama, maka
saya mengganggap hasil perniagaan saya adalah halal. Sekiranya saya di
saman, saya akan menganggap ianya adalah cukai kepada kerajaan. Abu
terdiam mendengar penjelasan saya. Saya berharap dia sudah mendapat
gambaran perniagaan dalam kategori manakah yang akan menjadi pilihan
hatinya.
39
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
Betul tu apa yang tuan Wahi katakan, kalau hendak diikutkan hukum
halal haram bisnes kita ni, banyak lagi kes-kes di luar sana yang lebih
dahsyat kita dengar. Selagi kita tak menipu orang sudah la. Kereta-kereta
saya pun bukannya semua ada permit, 30% sahaja ada permit, yang lain
semua tiada permit, tak tahan membayar insurannya komen seorang ahli
kelab usahawan kereta sewa.
40
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
CABANG BISNES KERETA SEWA
Kali ini saya hendak menghuraikan tentang cabang-cabang perniagaan
yang ada di dalam bisnes kereta sewa. Kebanyakan mesej-mesej yang saya
terima daripada rakan-rakan yang berminat untuk memulakan bisnes
kereta sewa tertumpu untuk memberikan perkhidmatan kereta sewa
kepada pelajar universiti, kolej dan maktab.
Sebenarnya bisnes kereta sewa mempunyai banyak cabang. Ia boleh
dikembangkan dengan produk-produk lain yang boleh mendatangkan
sumber pendapatan yang lumayan. Berikut merupakan cabang-cabang
perkhidmatan yang boleh dijalankan bersama-sama bisnes kereta sewa.
Sewa Kereta Pandu Sendiri
Ini merupakan produk utama dalam kebanyakan bisnes kereta sewa.
Pelanggan diberi kebenaran untuk menyewa dan memandu sendiri kereta
anda. Sebelum memberi sewa, pastikan anda manapis setiap pelanggan
anda. Seboleh-bolehnya tanya ke mana mereka hendak pergi, tujuan
menyewa kereta, tempat kerja mereka, siapa yang boleh dihubungi, alamat
tempat tinggal dan sebagainya.
Sekiranya pelanggan berkenaan teragak-agak untuk memberi
maklumat yang diminta, maka lupakan sahaja pelanggan berkenaan.
Mereka mungkin berniat tidak baik.
Apabila bertemu dengan pelanggan berisiko, Biasanya saya akan
menolak urusniaga ini dengan secara halus. Setiap kali berasa curiga saya
akan berkata boleh tuan tunggu sebentar, saya perlu periksa kereta yang
ada sekarang lima minit kemudian saya akan menghubungi pelanggan itu
dan berkata minta maaf tuan buat masa ini semua kereta habis ditempah.
Anda perlu ingat, bahawa anda tidak boleh memberi sewa kepada
sebarangan pelanggan. Mereka mungkin perompak, atau berniat mahu
mencuri alat ganti kereta anda. Jadi anda perlu bijak untuk memilih
pelanggan yang bagus dan juga berniat jahat.
Sekiranya pelanggan berkenaan lulus proses tapisan, kemudian pastikan pelanggan berkenaan mengisi borang sewa dan maklumat yang
diberikan adalah sama seperti dalam dokumen peribadi mereka. Pastikan
pelanggan berkenaan membayar sewa dan jika perlu minta mereka
meletakkan deposit sebagai cagaran. Jumlah deposit bergantung kepada
sejauh mana anda mengenali pelanggan berkenaan.
41
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
Semakin banyak maklumat yang anda tahu tentang pelanggan
berkenaan, maka jumlah deposit akan berkurang. Kebiasaannya, saya tidak
mengenakan deposit kepada pelanggan tetap (sebab saya sangat mengenali
mereka), tetapi bagi pelanggan baru jumlah deposit di antara RM400
hingga RM3,500.
Sekiranya pelanggan berkenaan cuba mengelak membayar deposit,
maka lupakan sahaja pelanggan itu. Ini menunjukkan mereka lebih
sayangkan wang mereka daripada kereta anda. Pada mereka, apa yang
akan berlaku kepada kereta anda, bukan tanggungjawab mereka. Pada saya
tidak berbaloi menyewa kereta kepada pelanggan sebegini.
Sewa Kereta Bersama Pemandu
Perkhidmatan seterusnya adalah kereta sewa bersama pemandu.
Kebiasaannya pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ini perlu
menghadiri mesyuarat, majlis perkahwinan, seminar, pameran dan
rombongan. Mereka memilih untuk menyewa kereta bersama pemandu
mungkin kerana tidak mahir selok-belok jalan di tempat tersebut. Justeru,
daripada membuang masa akibat tersesat jalan, lebih baik mereka
menyewa kereta bersama pemandu.
Kadangkala pelanggan-pelanggan yang menggunakan perkhidmatan
ini boleh jadi orang yang berpangkat dalam organisasi tertentu. Mereka
mahukan kenderaan yang bersih dan selesa setaraf dengan status mereka.
Selalunya sebelum mereka tiba ke sesuatu tempat, setiausaha mereka akan menghubungi pengusaha kereta sewa dan meminta menghantar bos
mereka ke lokasi yang telah ditetapkan.
Dengan adanya perkhidmatan ini, bos mereka tidak lagi perlu pening
kepala memandu kereta atau mencari teksi untuk menghadiri mesyuarat
atau lawatan tapak.
Cabaran Off-Road
Ada pelanggan sanggup membayar ribuan ringgit sekiranya anda sanggup
membawa mereka menjelajah hutan belantara, ladang kelapa sawit dan
getah menggunakan kenderaan pacuan empat roda atau pun motosikal
tahan lasak. Sekiranya tempat anda mempunyai trek yang sesuai, anda
boleh mencuba perniagaan ini.
Walau bagaimanapun pastikan anda mempunyai kemahiran
membaiki kenderaan. Penggunaan kenderaan secara lasak meningkatkan
42
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
risikonya untuk rosak. Anda mungkin tidak dapat menjana banyak
keuntungan sekiranya bergantung kepada bengkel membaiki kenderaan
sepenuhnya. Seperti sedia maklum, kos untuk membaiki kenderaan di
bengkel adalah tinggi berbanding membaikinya sendiri.
Sekiranya anda tidak mempunyai kemahiran membaiki kenderaan,
saya mencadangkan anda mencari rakan kongsi yang mahir tentang selok-
belok membaiki kenderaan. Untuk makluman anda, saya juga tidak mahir
tentang aspek pembaikan kenderaan. Walau bagaimanapun, saya
mempunyai rakan kongsi yang mahir tentang hal-hal berkaitan kenderaan.
Setiap kali kenderaan saya mengalami kerosakan serius, saya akan
merujuk kepadanya dahulu. Dia akan memberikan nasihat secara percuma
dan jujur kepada saya. Khidmat nasihatnya dapat menyelamatkan saya daripada ditipu oleh bengkel kenderaan yang mengenakan caj yang tidak
sepatutnya.
Homestay
Di samping memberi kemudahan kepada pelanggan menyewa kereta, anda
boleh menawarkan pakej penginapan kepada mereka. Seorang rakan pernah menceritakan bagaimana keluarganya berkongsi membeli lot-lot
tanah dan mencagarkan kepada bank. Wang pinjaman digunakan untuk
membina bilik-bilik sewa.
Hasil sewaan digunakan untuk membayar, ansuran pinjaman
berkenaan. Kini apabila kesemua pinjaman telah dilunaskan keluarganya
boleh bersenang-hati menerima duit sewa setiap bulan. Dalam masa yang
sama keluarganya juga menyediakan perkhidmatan kereta sewa.
Sekiranya anda tidak mempunyai bilik kosong yang sesuai, anda
boleh berunding dengan saudara-mara, jiran-jiran atau rakan-rakan
terdekat yang mempunyai bilik kosong di rumah mereka. Setiap kali, anda
mendapat pelanggan yang menyewa kereta, pelawa mereka untuk
menginap di homestay mereka pada harga istimewa.
Anda bukan sahaja mendapat keuntungan hasil sewa kereta, dalam
masa yang sama anda membantu orang lain menjana pendapatan
tambahan. Tren terkini menunjukkan bahawa kebanyakan pelancong
tempatan dan luar negara lebih suka menginap di homestay berbanding
hotel. Kebiasaannya tinggal di homestay bukan sahaja menjimatkan,
mereka juga dapat merasai suasana kehidupan kampung dan pinggir
bandar.
43
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
Pengangkutan Ulang-Alik
Anda boleh berunding dengan pihak hotel di tempat anda dan menawarkan
perkhidmatan pengangkutan ulang-alik dari hotel ke bandar, lapangan
terbang dan tempat-tempat menarik. Perkhidmatan ini memudahkan
penghuni hotel berkenaan untuk pergi membeli-belah ataupun ke lapangan
terbang pada kadar tambang yang lebih murah berbanding menggunakan
teksi.
Pengangkutan Anak Kapal
Kebiasaannya syarikat-syarikat carigali minyak dan perkapalan
memerlukan syarikat kereta sewa memberikan perkhidmatan seperti
mengambil dan menghantar pekerja, bekalan makanan, barangan runcit,
surat khabar dan majalah ke pelabuhan.
Wakil Agensi Pelancongan Luar
Terdapat syarikat pelancongan dari luar yang memerlukan perkhidmatan
pangangkutan untuk membawa pelanggan-pelanggan mereka ke destinasi
yang telah ditetapkan. Memandangkan mereka tidak mempunyai cawangan
di tempat tersebut, maka mereka memerlukan syarikat kereta sewa yang
boleh menjadi wakil kepada syarikat mereka.
Sewa Motosikal
Terdapat pelanggan mahu berjimat-cermat atau tidak mahu terperangkap
dengan kesesakan lalu lintas. Justeru mereka lebih suka memilih untuk
menyewa motosikal sahaja. Selain menjimatkan, mereka dapat bergerak
dengan mudah.
Sewa Basikal
Mungkin ada pelanggan yang mementingkan aspek alam sekitar, mereka
lebih suka bersiar-siar menggunakan basikal untuk ke tempat-tempat
berdekatan.
Pakej Pelancongan Khas
Anda boleh menyediakan pakej pelancongan seperti berkelah di air terjun,
membeli-belah di bandar, pergi ke tempat-tempat menarik dan sebagainya.
44
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
Van Pekerja
Anda juga boleh mengambil kontrak, membawa pekerja di kilang-kilang,
hospital swasta dan hotel.
Tempahan Hotel
Anda boleh menulis surat kepada hotel-hotel di sekitar anda dan meminta
mereka memberikan kadar sewa bilik istimewa kepada syarikat anda.
Sekiranya anda mempunyai pelanggan yang mahu menyewa kereta dan
hotel, anda boleh membantu mereka membuat tempahan terus melalui
anda. Selain mendapat keuntungan dari hasil sewa kereta, anda juga
mendapat komisen melalui tempahan bilik hotel.
45
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
KESESUAIAN LOKASI BISNES KERETA SEWA
Di dalam banyak-banyak soalan yang saya terima, saya tertarik untuk
menjawab soalan yang ditanya oleh salah seorang rakan lama. Di dalam
mesejnya, dia mengatakan bahawa sudah bosan dengan pekerjaannya. Dia
mahu memulakan perniagaan yang dapat memberi kepuasan dan
kebebasan kepada dirinya.
Buat masa sekarang dia sedang melakukan bisnes sambilan sebagai jurugambar perkahwinan. Walau bagaimanapun, pendapatan bisnes
berkenaan tidaklah besar kerana ianya bermusim. Justeru dia bercadang
untuk menambah sumber pendapatan melalui bisnes kereta sewa.
Masalahnya dia tidak pasti adakah bisnes kereta sewa sesuai dilakukan di
tempatnya.
Saya mengatakan kepadanya bahawa kejayaan dalam bisnes kereta
sewa bergantung kepada berapa banyak pelanggan yang ada di kawasan
itu. Pelanggan kereta sewa tidak sama seperti pelanggan kedai runcit.
Pelanggan kedai runcit boleh ada di mana sahaja, kerana barang keperluan
runcit diperlukan oleh semua orang. Jadi kita boleh membuka kedai runcit
samada di kampung, bandar mahupun kem pembalakan.
Berbeza dengan pelanggan kereta sewa, mereka wujud disebabkan
tarikan untuk datang ke kawasan itu. Tarikan mungkin disebabkan oleh
aktiviti pelancongan, pekerjaan, perniagaan, pendidikan dan sebagainya.
Disebabkan kesukaran untuk membawa kenderaan mereka sendiri ke
tempat berkenaan, maka mereka lebih suka menyewa kereta kerana ia
menjimatkan dari segi tenaga dan wang.
Sebagai contoh, bisnes kereta sewa di Langkawi maju kerana
terdapat jutaan pelancong berkunjung ke Pulau peranginan itu. Pelancong
yang datang memerlukan kenderaan untuk bergerak Sementara itu kos
untuk membawa kenderaan mereka sendiri mungkin lebih tinggi,
membuang masa dan tenaga. Jadi penyelesaian terbaik adalah dengan
menyewa kereta.
Sementara itu, bagi kawasan saya beroperasi, pekerjaan dalam
industri minyak dan gas asli menjadi tarikan utama mengapa ramai orang
berpusu-pusu datang ke sini. Saya tambah beruntung kerana kawasan ini
mempunyai empangan hidrolektrik terbesar di Asia iaitu Empangan Bakun.
Banyak syarikat yang terlibat dalam pembinaan empangan ini yang
memerlukan perkhidmatan kereta sewa.
46
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
Selain itu, baru-baru ini terdapat syarikat dari luar negara melabur
wang berbilion ringgit untuk membuka kilang penghasilan panel solar yang
menempatkan ribuan orang pekerja. Mereka juga memerlukan
perkhidmatan kereta sewa.
Jadi sebelum memulakan bisnes kereta sewa, kenalpasti apakah
tarikan yang membuatkan ramai orang ingin datang ke tempat anda.
Adakah ia di sebabkan pelancongan, perindustrian, pekerjaan, pendidikan
dan sebagainya. Semakin ramai orang ingin datang ke situ, maka semakin
besarlah potensi bisnes kereta sewa.
Tanda-Tanda Lokasi Yang Sesuai
Seterusnya dia bertanya lagi, Minta maaf Wahi, aku ada satu lagi soalan, macamana aku nak tau tempat itu ramai orang datang dan berpotensi
untuk buat bisnes kereta sewa. Hang (hang adalah loghat orang utara yang
bermaksud kau) tau-tau sajalah aku ni kerja makan gaji, hari-hari duduk
terperuk dalam kilang, manalah aku tau apa yang berlaku kat luar sana.
Pada saya, itu mudah sahaja, kita perlu melihat beberapa petanda
yang berlaku di sekeliling kawasan berkenaan. Berikut merupakan tanda-
tanda yang boleh membantu kita membuat keputusan untuk memilih
lokasi bisnes kereta sewa.
1. Persaingan - sekiranya ada pengusaha kereta sewa yang sudah
beroperasi di tempat itu, bermakna bisnes berkenaan memang sah ada permintaan. Bak kata peribahasa melayu kalau ada gula, mesti ada
semut maknanya sekiranya di tempat itu ada pelanggan yang mahu
menyewa kereta, maka mesti ada orang yang sudah mengusahakannya.
2. Lapangan Terbang - Kalau kawasan itu, berdekatan dengan lapangan
terbang, bermakna bisnes kereta sewa ada potensi. Semakin besar dan
canggih lapangan terbang itu, maka potensinya juga besar.
3. Hotel - sekiranya hotel-hotel di kawasan anda tumbuh macam
cendawan, bermakna ada sesuatu yang menarik minat orang datang
ke kawasan itu. Ia mungkin disebabkan tarikan pelancongan,
pekerjaan atau menjadi tempat transit.
4. Pusat Pengajian - Kewujudan pusat pengajian seperti kolej, maktab dan
universiti menyediakan pelanggan yang terdiri daripada kakitangan
dan juga pelajar di pusat pengajian tersebut.
5. Tarikan pelancongan - Sekiranya tempat anda mempunyai keunikan
yang menjadi tarikan pelancongan seperti air terjun, pantai, gua, flora
dan fauna, suasana kampung, industri desa, aktiviti pertanian dan
47
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
sebagainya. Itu bermakna tempat itu berpotensi untuk bisnes kereta
sewa.
Bisnes kereta sewa bukan setakat menyewakan kereta, ia dapat
digabungkan dengan lain-lain perkhidmatan seperti homestay, sewa
kenderaan lain seperti basikal, motosikal, Go Kart dan sebagainya
bergantung kepada kreativiti anda.
48
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
STRATEGI PEMASARAN BISNES KERETA SEWA 1
Kali ini saya ingin berkongsi kisah menarik 2 orang usahawan kereta sewa
yang saya temui baru-baru ini. Kisah mereka sangat menarik kerana kedua-
duanya sedang mengalami 2 perkara yang berbeza. Seorang sedang
mengalami zaman kemerosotan dan seorang lagi sedang meningkat naik.
Mungkin ada sesuatu yang boleh kita pelajari daripada kisah mereka.
Saya namakan mereka sebagai Usahawan A dan Usahawan B. Usahawan A
menjalankan bisnes kereta sewa di Utara manakala Usahawan B
menjalankan bisnes kereta sewa di Selatan.
USAHAWAN A
Usahawan A merupakan bekas pengurus di sebuah syarikat swasta. Akibat
tekanan di tempat kerja, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja
dan memulakan perniagaan. Salah satu perniagaan yang beliau ceburi
adalah bisnes kereta sewa.
Beliau memulakan bisnes berkenaan pada tahun 2007. Pada mulanya
bisnesnya berjalan dengan baik dan beliau berjaya memiliki sehingga 16
buah kereta sewa. Walau bagaimanapun dari tahun ke tahun,
perniagaannya semakin merosot. Keadaan kereta sewanya semakin teruk
dan ada yang terpaksa dijual bagi mengelakkan beliau menanggung lebih
banyak kerugian. Akibatnya bilangan keretanya semakin berkurangan.
Semasa saya bertemu dengannya, beliau nampak seperti berada di
dalam dilema. Beliau tidak tahu samada mahu meneruskan bisnes kereta
sewa atau kembali mencari pekerjaan. Dari perbualannya, saya mendapati
beliau banyak fokus kepada pelanggan-pelanggan yang terdiri daripada
pelajar-pelajar IPT dan individu di sekitar kawasannya. Beliau menghadapi
banyak masalah apabila berurusan dengan pelanggan berkenaan. Beliau
tidak tahu bagaimana hendak mengembangkan bisnes kereta sewanya.
Pada pendapat saya perniagaan tuan sukar berkembang sekiranya
tuan terus fokus kepada pelanggan sebegitu kata saya. Beliau agak terkejut
dan berkata Masalahnya saya tidak tahu bagaimana hendak mencari
pelanggan lain. Saya hanya tersenyum mendengar jawapan beliau. Saya
tidak akan tunjukkan caranya tetapi izinkan saya berkongsi cerita
mengenai Usahawan B jawab saya. Baik tuan, silakan pelawa beliau.
49
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
USAHAWAN B
Usahawan B merupakan seorang warganegara Singapura. Beliau
berkahwin dengan rakyat Johor dan akhirnya berpindah ke Johor.
Usahawan B tidak mempunyai pendidikan formal seperti kebanyakan
orang lain. Sejak kecil beliau dihantar belajar ilmu agama di Indonesia dan
Mesir.
Memandangkan beliau tidak ada kelulusan pendidikan formal, maka
peluangnya untuk mendapatkan pekerjaan agak terbatas. Mahu tidak
mahu, beliau perlu berniaga secara kecil-kecilan. Salah satu perniagaannya
adalah bisnes kereta sewa. Beliau memulakan bisnes berkenaan sekitar
tahun 2010 dengan bilangan kereta tidak sampai 5 unit.
Pada mulanya beliau banyak fokus kepada pelajar-pelajar di IPT dan
individu di sekitar tempatnya. Walau bagaimanapun beliau menyedari
terdapat banyak masalah apabila terlalu fokus kepada pelanggan sebegitu.
Justeru beliau mula mencari cara bagaimana untuk mendapatkan
pelanggan yang lebih berkualiti. Setelah melakukan pelbagai strategi,
beliau mendapati 4 strategi berikut banyak memberi kesan ke atas
perniagaannya.
1. Membina laman web kereta sewa dalam bahasa inggeris sepenuhnya.
2. Mempromosikan perniagaannya melalui saluran yang betul.
3. Sentiasa berpakaian kemas.
4. Memastikan kualiti perkhidmatan terbaik.
Setelah melakukan strategi berkenaan perniagaannya mula berubah.
Beliau mula mendapat tempahan daripada banyak pelanggan korporat.
Syarikatnya juga berjaya bekerjasama dengan syarikat kereta sewa
ternama seperti Orix Car Rental, Europcar dan Hertz. Dalam tempoh 2
tahun syarikatnya berjaya menambah kereta sehingga 50 unit. Beliau juga
telah menaik taraf syarikat kepada syarikat Sdn Bhd.
Pencapaiannya agak membanggakan sekiranya hendak dibandingkan
dengan pengusaha kereta sewa yang lain. Bagaimana tuan boleh berjaya
dalam masa singkat? ramai lagi pengusaha lain yang telah lama
menjalankan bisnes kereta sewa dari tuan, namun kebanyakannya sukar
berkembang seperti tuan? Tanya saya.
50
Hakcipta Terpelihara www.wahiabdrashid.com 2014
Daripada jawapannya, beliau mengatakan bahawa strategi
perniagaan pengusaha kereta sewa yang kurang sesuai menyebabkan
kebanyakan usahawan kereta sewa sukar berkembang. Apa maksud tuan
tanya saya yang kurang jelas dengan kenyataannya.
Beliau memberi contoh, katanya ada sesetengah usahawan kereta
sewa yang tidak menjaga imej perniagaan mereka. Ada yang menghantar
kereta kepada pelanggan dalam keadaan tidak mandi, memakai seluar
pendek dan sangat selekeh.
Menurut beliau Imej kita menentukan dengan siapa kita berurusan.
Sekiranya kita selekeh maka kita mungkin akan berurusan dengan
pelanggan yang mempunyai imej yang hampir sama dengan kita. Pelanggan
berkenaan mungkin mendatangkan masalah kepada kita. Betul juga
katanya bisik saya dalam hati.
Seterusnya kebiasaannya pengusaha kereta sewa suka mengiklankan
bisnes kereta sewa melalui saluran yang kurang sesuai seperti wall
peribadi facebook, poster, banner dan mengiklankan secara online dalam
portal pengiklanan seperti m
top related