TINJAUAN GAYA PEMBELAJARAN YANG DIAMALKAN DALAM … · pemindahan maklumat dalam bilik darjah yang tersusun dan strategik. Definisi ... dibelanjakan oleh kerajaan semenjak tahun 1980
Post on 08-Mar-2019
224 Views
Preview:
Transcript
TINJAUAN GAYA PEMBELAJARAN YANG DIAMALKAN DALAM KALANGAN
PELAJAR – PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA , SKUDAI JOHOR
AHMAD ZULKHARNAIN ALIAS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : …………………
Nama Penyelia :
Tarikh : 16 APRIL 2007
TINJAUAN GAYA PEMBELAJARAN YANG DIAMALKAN DALAM
KALANGAN PELAJAR – PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN
GURU BESAR ( PKPGB ) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA , SKUDAI ,
JOHOR
AHMAD ZULKHARNAIN ALIAS
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2007
iii
Teristimewa buat,
Ayahanda dan bonda ku yang disayangi
Alias Bin Mohamad dan Hasnah Bt Salim
Nasihat dan amanat mu menjadi pedoman,
Untuk isteriku yang dicintai dan disayangi.
Siti Rapilawati Bt Ghazali
Yang sering memberi dorongan dan semangat serta kepercayaan,
Puteri dan putera ku yang dikasihi.
Siti Nur Aisyah Husna Bt Ahmad Zulkharnain
Muhammad Afiq Azfar Bin Ahmad Zulkharnain
Yang menjadi sumber ketabahan dan inspirasi,
Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan…
semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
Insya Allah…
iv
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya
penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah
ditetapkan. Di kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas buat
penyelia projek En. Yusof Boon yang telah banyak membantu dengan penuh komited
dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di
sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat rakan – rakan seperjuangan
yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam memastikan
penyelidikan ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyelidikan ini
secara langsung mahupun tidak langsung.
Semoga Allah memberkati semua.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau gaya pembelajaran yang
diamalkan dalam kalangan pelajar – pelajar yang mengikuti Program Khas
Pensiswazahan Guru Besar ( PKPGB ) UTM, Skudai, Johor. Kajian ini memfokuskan
kepada lapan persoalan kajian dimana lima persoalan kajian adalah berkaitan dengan
gaya pembelajaran auditori, visual, kinestetik, kumpulan dan sendiri. Satu persoalan
berkenaan gaya pembelajaran yang paling dominan dan dua persoalan untuk melihat
perbezaan amalan gaya pembelajaran antara jantina dan bangsa. Nilai Alpha keseluruhan
bagi soalan di dalam soal selidik ialah 0.9042 dan menunjukkan kebolehpercayaan
soalan yang tinggi. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A lima
soalan berkaitan dengan Latar Belakang Responden dan Bahagian B mengandungi 30
item berkaitan dengan lima gaya pembelajaran. Seramai 57 orang pelajar – pelajar
( PKPGB ) UTM, Skudai telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Data
dianalisis menggunakan perisisian SPSS 11.5 iaitu Statistical Package for the Social
Science yang digunakan bagi mendapatkan frekuensi, peratus, dan min yang kemudian
akan ditunjukkan dalam bentuk jadual. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan
gaya pembelajaran kumpulan adalah gaya pembelajaran yang paling dominan yang
diamalkan oleh responden dalam pembelajaran dengan purata min 4.32. Ini diikuti
dengan gaya pembelajaran kinestetik dengan purata min 4.30, seterusnya gaya
pembelajaran visual dengan purata min 3.90, gaya pembelajaran sendiri purata min 3.15
dan akhir sekali gaya pembelajaran auditori dengan purata min 3.10. Dalam kajian ini,
didapati tidak terdapat perbezaan amalan gaya pembelajaran dalam kalangan responden
sama ada mengikut jantina dan juga bangsa. Bagi analisis perbezaan jantina nilai
p= 0.153 > α 0.05 dan bagi perbezaan mengikut bangsa pula nilai p= 0.095> α 0.05.
Kajian ini mencadangkan kajian lanjutan bagi melihat pengajaran yang disampaikan
oleh pensyarah dalam proses pengajaran yang melibatkan pelajar – pelajar Program
Khas Pensiswazahan Guru ( PKPGB ) UTM, Skudai, Johor.
vi
ABSTRACT
The purpose of this descriptive study was to survey the style of studying among
students who followed Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) UTM,
Skudai, Johor. This study focused on eight enquiries where five enquiries were related to
auditory, visual, kinesthetic, group and oneself studying style. Another enquiry was
related to the most dominant studying style and two were to see the differences in
studying styles between genders and races. The acquired overall alpha value was 0.9042
and possessed high trustworthiness questions. This questionnaire contained two parts,
which were Part A; 5 question related to background of respondents and Part B
containing 30 items related to 5 studying styles. 57 PKPGB students from UTM, Skudai
were selected as respondents in this study. Data were analyzed using SPSS (Statistical
Package for the Social Science) software version 11.5 to acquire frequency, percentage
and mean that were later shown in table form. Acquired study findings showed that
group studying style was the most dominant studying style of the respondents with
average mean of 4.32. This was followed by kinesthetic studying style with average
mean of 4.30, subsequently visual studying style with average mean of 3.90, oneself
studying style with average mean of 3.15 and finally auditory studying style with
average mean of 3.10. In this study, it was discovered that there were no difference in
studying style practice among respondents whether according to gender or race. For
analysis of gender differences, the value was p = 0.153 > α 0.05 and for differences
according to race, the value was p = 0.095 > α 0.05. This research suggest a further
research to find the teaching delivery by lecturer in teaching process that involved
PKPGB UTM, Skudai, Johor.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pembelajaran adalah satu proses yang secara tradisinya ditakrifkan sebagai
pemindahan maklumat dalam bilik darjah yang tersusun dan strategik. Definisi
pembelajaran menjadi lebih dinamik dan bermakna apabila pembelajaran
memberikan penekanan yang lebih menjurus terhadap pelajaran dan kaedah serta
cara yang sesuai bagi menggalakkan proses pembelajaran di mana ianya meliputi
satu proses yang aktif secara sedar atau sebaliknya yang melibatkan penyertaan
seseorang secara menyeluruh diikuti dengan perubahan tingkah laku dari segi minat,
sikap, prestasi dan kemahiran.
Menurut Dr. Kamarudin ( 1989 ), hasrat kerajaan untuk meninggikan mutu
pendidikan telah termaktub di dalam Rancangan Malaysia Pertama ( 1996 – 1970 ).
Beliau menambah, untuk memperbaiki mutu pendidikan sebanyak RM 132 juta telah
dibelanjakan oleh kerajaan semenjak tahun 1980 hingga 1989.
Para pendidik atau pengajar lebih mengharapkan agar pelajar – pelajar yang
diajar dapat memahami isi pelajaran yang telah disampaikan, maka pelajar harus
mengaplikasikan pelbagai kaedah belajar bagi memastikan isi pelajaran tersebut
dapat difahami serta boleh diingati bagi tujuan peperiksaan. Belajar untuk
peperiksaan telah lama menular dalam kalangan pelajar – pelajar di negara ini tidak
terkecuali di pusat – pusat pengajian tinggi.
2
Mengikut Dr. Sulaiman ( 1996 ), dalam proses pembelajaran untuk mencapai
kecemerlangan akademik yang menjadi perkara pokok ialah pelajar itu sendiri.
Manakala beberapa unsur yang menggangu dan menggugat kecemerlangan diri
pelajar seperti sesuatu matlamat yang tidak jelas, tiada cita – cita, mudah
terpengaruh, tidak pandai mengurus masa, tidak minat membaca, lemah semangat
dan berfikiran negatif.
Menurut Honey dan Mumford ( 1992 ), pembelajaran telah berlaku apabila
manusia boleh mempamerkan sesuatu yang baru, sama ada dalam bentuk
pemahaman, kesedaran atau kemahiran. Dalam proses pembelajaran ini terdapat
beberapa kecenderungan yang dimiliki dan diamalkan oleh individu. Kecenderungan
ini termasuklah kecenderungan untuk melalui pengalaman mempelajari sesuatu,
kecenderungan mengimbas kembali, kecenderungan untuk membuat kesimpulan dan
kecenderungan memastikan implementasi. Kecenderungan ini adalah sebahagian
daripada proses pembelajaran yang telah dijelaskan oleh Honey dan mumford (1992)
sebagai proses sepanjang hayat umpama gelungan spring yang melingkar tanpa
penghujungnya. Tahap – tahap kecenderungan ini dapat menjelaskan bagaimana
proses sesuatu pembelajaran dapat mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang
individu.
1.2 Latar Belakang Masalah
Orang dewasa sering kali ditakrifkan berdasarkan faktor umur mereka.
Namun, umur bukanlah menjadi ukuran bagi seseorang itu untuk belajar. Oleh itu,
seseorang tidak boleh membuat paradigma sendiri bahwa seseorang individu dewasa
pada umur tertentu. Sesungguhnya selagi ilmu itu ada dan selagi hayat dikandung
badan sesiapun boleh menimba ilmu.
Menurut Knowles ( 1981 ), orang dewasa juga mempunyai keinginan untuk
bertindak ke arah kendiri apabila mereka semakin matang walaupun adakalanya
mereka bergantung kepada orang lain. Mereka juga berusaha untuk cuba menguasai
sesuatu pengetahuan atau kemahiran untuk disesuaikan dengan kehidupan.
3
Pelajar dewasa adalah individu yang mampu berfikir secara waras. Mereka
juga mampu membezakan antara perkara yang baik dan yang buruk. Selain itu,
corak pemikiran mereka adalah lebih matang berbanding dengan remaja sekali gus
melahirkan idea – idea yang bernas dan memberi keuntungan kepada mereka.
Disamping itu, setiap keputusan yang dihasilkan memberikan manfaat pada diri
mereka, masyarakat dan juga institusi. Ciri – ciri fizikal yang dapat dilihat pada
pelajar dewasa ini adalah keperluan spritual dan biologikal atau dalam erti kata lain
struktur badan mereka lebih menonjolkan kematangan. Minat mereka juga bersifat
tetap dan mempunyai corak pembelajaran yang berbeza – beza.
Antara ciri utama yang dapat dilihat tentang pelajar dewasa ini ialah mereka
sering mempelajari sesuatu melalui pengalaman yang mereka lalui. Mereka juga
sering mengaitkan pengajaran baru dengan pengalaman yang sedia ada pada mereka.
Dengan cara ini mereka dapat meningkatkan status ilmu. Sebagai contoh, mereka
turut mempelajari bidang informasi teknologi dan ini secara tidak langsung mereka
akan cuba mangaitkan dengan pengalaman yang sedia ada. Mereka juga lebih gemar
menonjolkan bakat serta inginkan penghormatan daripada masyarakat. Namun
begitu tidak dinafikan mereka juga kadang kala bergantung kepada orang lain.
Menurut Apps, W. Jerold ( 1990 ) pada keseluruhannya masalah yang
dihadapi oleh pelajar – pelajar dewasa adalah hampir serupa dengan masalah yang
dihadapi oleh pelajar lepasan sekolah, namun kadang kala pelajar dewasa
mempunyai masalah sampingan lain yang lebih istimewa dan memerlukan
kematangan spritual untuk menangganinya. Menurut beliau lagi ada dikalangan
pelajar dewasa ini yang terdiri dari pelbagai latar belakang masalah sosial dan
ekonomi, pengalaman buruk ketika di bangku sekolah dan di tempat kerja juga akan
turut terbawa – bawa dalam proses pembelajaran mereka di universiti.
Pembelajaran orang dewasa atau lebih dikenali sebagai andragogi agak sukar
didefinisikan kerana maksudnya yang agak luas dan ramai tokoh yang memberikan
pandangan yang berbeza – beza. Menurut Knowles ( 1979 ), sebelum wujudnya
andragogi, pedagogi sudah muncul. Pedagogi adalah perkataan yang diambil dari
Yunani iaitu ‛paid’ yang bermaksud ‛child’ dan ‛agogus’ bermaksud leader of.
Kemudian Knowles ( 1979 ) memberikan makna andragogi iaitu Aner bermaksud
4
man atau adult dan agogus bermaksud ‛leader of ’. Namun, Knowles ( 1979 )
mengaggap ia mempunyai makna yang berlainan dengan pembelajaran kanak –
kanak. Oleh itu andragogi adalah seni dan sains bagi membantu pembelajaran orang
dewasa. Walaupun begitu, kedua – duanya saling berkaitan antara satu sama lain.
Knowles ( 1979 ) telah menyatakan bahawa :
Saya tidak mengatakan yang pedagogi adalah untuk kanak – kanak sahaja dan andragogi adalah untuk orang dewasa, memandangkan ada beberapa andaian pedagogi realistik untuk orang dewasa dan beberapa situasi dan beberapa andaian androgogi yang sesuai untuk kanak – kanak. Dan saya tidak mengatakan pedagogi itu buruk manakala andgagogi adalah baik, setiap satunya mempunyai andaian yang munasabah.
Lindeman ( 1972 ) pula menyatakan bahawa :
... setiap orang dewasa mempunyai tanggapan yang spesifik dan menghargai segala bidang kerjaya, kebahagian, keluarga, kehidupan dan hubungan komunitinya. Subject – matter kadang kala dibawa ke dalam situasi ini dan digunakan dalam bidang kerjaya sekiranya diperlukan. Fakta dan guru merupakan peranan kedua dalam sesi pembelajaran , guru juga harus menyatakan tentang kepentingan pendidikan formal.
Tokoh – tokoh lain pula menyatakan bahawa :
Pembelajaran dewasa ( andragogi ) merupakan teknik baru dalam kaedah pembelajaran. Ia merupakan proses di mana pelajar dewasa sedar bagaimana menilai pengalaman yang diperoleh. Fakta dan informasi serta pelbagai pengetahuan yang digunakan adalah dengan tujuan menyelesaikan masalah. Dalam proses ini guru akan menggunakan fungsi – fungsi baru (Genser, 1956 ). Pembelajaran dewasa ialah satu konsep di mana aktiviti yang sengaja diadakan bagi pembangunan orang dewasa. Pembangunan di sini bermaksud peningkatan kesedaran, penambahan pengalaman dan pengetahuan. ( Paterson RWK, 1979 ). ... orang dewasa yang terlibat dengan apa sahaja kursus pembelajaran sama ada secara biasa ataupun lebih berkualiti adalah untuk meningkatkan kemahiran baru atau menambahkan kemahiran dan kelayakan yang telah dimiliki( National Advisory Council, On Adult Educations 1980 ). Oleh itu, pembelajaran adalah tidak terbatas kepada mereka yang muda
sahaja. Pembelajaran mungkin berbeza bagaimana cara seseorang itu belajar
memilih gaya yang berbeza atau tersendiri bagi mendatangkan hasil yang berharga
5
dalam diri. Jika seseorang pelajar tidak menyedari di mana letaknya kekuatan belajar
masing – masing maka mereka akan ketinggalan. Menurut Ainon dan Abdullah
( 1994 ) salah satu faktor yang mempengaruhi prestasi akademik pelajar ialah gaya
mereka belajar. Oleh itu bolehlah dikatakan gaya pembelajaran amat abstrak dan
berbeza – beza di antara individu ( Ee, 1994 ).
Gaya pembelajaran meliputi aspek – aspek personaliti, pemprosesan
maklumat, interaksi sosial, kecenderungan terhadap garis panduan, penumpuan
perhatian terhadap sesuatu yang baru, unik dan tersendiri dalam diri individu
( Gusentine dan Kein, 1996 ). Menurut Bass Jr dan Greary ( 1996 ), gaya
pembelajaran yang sesuai dan tepat adalah salah satu penentuan ke arah kecekapan
dan kejayaan menggarap ilmu yang dipelajari dengan cemerlang dan berkesan. Isu
yang utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah keberkesanan dan
kecekapan seseorang individu melalui proses tersebut.
1.3 Pernyataan Masalah
Gaya pembelajaran yang dipilih oleh seseorang pelajar seharusnya
bersesuaian dan bertepatan bagi memenuhi kehendak pelajar agar dengan pemilihan
gaya pembelajaran yang sesuai ianya akan dapat menbantu pelajar memperolehi
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Ini kerana manusia adalah berbeza
antara satu dengan yang lain dari segi mereka memproses maklumat yang mereka
terima dari persekitaran. Sesuatu aktiviti pembelajaran yang berjaya adalah
bergantung kepada kesediaan pelajar memilih operasi yang wajar, mengekalkan
operasi tersebut dan mengeluarkan sejumlah usaha ke arah matlamat yang
dikehendaki ( Mohd . Daud, 1990 ). Menurut Dewey ( 1946 ), pelajaran harus
berasaskan kepada aktiviti pelajar untuk memperkembangkan intelek, rohani, sosial
dan jasmani secara menyeluruh dan seimbang. Walaubagaimanapun, ianya masih
dipengaruhi oleh elemen – elemen atau unsur – unsur positif dalam pembelajaran.
Elemen seperti pengurusan masa yang baik akan meletakkan pelajar dalam keadaan
yang sentiasa bersedia. Kenyataan ini disokong oleh Noraini ( 1994 ) yang
menyatakan sekiranya dapat mendisiplinkan masa sehinnga tercapai matlamat yang
diinginkan, ianya dikatakan berjaya. Mengikut kajian The Open University
6
( 1975 ), terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar yang sudah berumur
ketika menuntut di universiti iaitu,
i. Mereka kurang keyakinan terhadap keupayaan mereka untuk belajar.
ii. Mereka sentiasa khuatir dan malu sekiranya hasil kerja mereka tidak boleh
menangani kerja – kerja orang lain disebabkan kerja – kerja atau tugasan
mereka selalunya tertangguh.
iii. Mereka sering berasa bersalah kerana masa bersama keluarga berkurangan
disebabkan terlalu banyak masa dihabiskan dengan buku – buku pelajaran.
iv. Mereka cepat merasa kepenatan.
Berdasarkan hasil kajian yang dibuat The Open University ini, maka pengkaji ingin
mengkaji atau meninjau apakah gaya pembelajaran yang diamalkan dalam kalangan
pelajar – pelajar yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar di
Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
i. Mengenal pasti amalan gaya pembelajaran auditori dalam kalangan pelajar
– pelajar PKPGB .
ii. Mengenal pasti amalan gaya pembelajaran visual dalam kalangan pelajar –
pelajar PKPGB .
iii. Mengenal pasti amalan gaya pembelajaran kinestetik dalam kalangan pelajar
– pelajar PKPGB .
iv. Mengenal pasti amalan gaya pembelajaran berkumpulan dalam kalangan
pelajar – pelajar PKPGB .
7
v. Mengenal pasti amalan gaya pembelajaran sendiri dalam kalangan pelajar -
pelajar PKPGB.
vi . Mengenal pasti gaya pembelajaran paling dominan yang diamalkan dalam
kalangan pelajar – pelajar PKPGB.
vii . Mengenal pasti perbezaan gaya pembelajaran di antara pelajar – pelajar lelaki
dengan pelajar – pelajar perempuan dalam kalangan pelajar PKPGB .
viii . Mengenal pasti perbezaan gaya pembelajaran mengikut bangsa dalam
kalangan pelajar – pelajar PKPGB .
1.5 Persoalan Kajian
Konsep pembelajaran dan kaedah belajar yang betul merupakan faktor yang
penting untuk menentukan kejayaan dan kecemerlangan individu dalam pelajaran.
Menurut Mohd.Yunus ( 1990 ), kaedah ini akan dapat membantu pelajar
menyelesaikan masalah pencapaian akademik supaya pelajar dapat menikmati
kejayaan cemerlang. Tegasnya kaedah pembelajaran yang baik dan betul hendaklah
dipelajari, kemudian dipraktikkan secara berterusan oleh setiap pelajar. Dengan
menggunakan kaedah seperti ini masa dan tenaga dapat dimanfaatkan secara
optimum untuk mencatatkan keputusan yang cemerlang. Oleh itu pengkaji ingin
mengetahui :
i. Adakah pelajar – pelajar PKPGB mengamalkan gaya pembelajaran auditori
dalam pembelajaran ?.
ii . Adakah pelajar – pelajar PKPGB mengamalkan gaya pembelajaran visual
dalam pembelajaran ?.
iii . Adakah pelajar – pelajar PKPGB mengamalkan gaya pembelajaran kinestetik
dalam pembelajaran ?.
8
iv . Adakah pelajar – pelajar PKPGB mengamalkan gaya pembelajaran
berkumpulan dalam pembelajaran ?.
v. Adakah pelajar – pelajar PKPGB mengamalkan gaya pembelajaran sendiri
dalam pembelajaran?.
vi . Apakah gaya pembelajaran paling dominan dalam kalangan pelajar – pelajar
PKPGB ? .
vii . Adakah terdapat perbezaan gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar –
pelajar lelaki dan pelajar – pelajar perempuan PKPGB ? .
viii. Adakah terdapat perbezaan gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar –
pelajar PKPGB mengikut bangsa ? .
top related