Thesis Projek Akhir Multimedia
Post on 20-Jan-2016
396 Views
Preview:
DESCRIPTION
Transcript
BAB 1
PENGENALAN
1.0 PENGENALAN LAMAN WEB
Pada zaman sekarang yang sudah moden dengan kehidupan harian yang
dipengaruhi dengan teknologi maklumat dan multimedia seperti melayari laman
sosial untuk mengetahui berita – berita invidu yang dikenali maka tidak asing lagi
1
penggunaan laman web sebagai kaedah penyebaran maklumat paling berkesan
pada masa kini.
Laman web merupakan sebuah dokumen daripada gabungan beberapa halaman
web yang mengandungi elemen – elemen multimedia dan diperbuat daripada kod –
kod HTML, CSS atau Javascript. Ianya boleh diakses melalui talian internet dengan
menggunakan pelayar web seperti Mozilla Firefox yang membolehkan laman web
tersebut dilayari melalui HTTP. Setiap laman web mempunyai identity unik iaitu URL
laman web itu sendiri yang penting bagi tujuan pautan dan navigasi.
Laman web terdiri daripada dua kategori iaitu laman web statik dan interaktif/dinamik.
Laman web statik hanya berfungi untuk tujuan memaparkan maklumat semata –
mata tanpa sebarang interaksi antara laman web dengan pengguna, walhal laman
web interaktif berfungsi sebaliknya dan lebih menarik lagi, kini laman web yang
interaktif serta bermultimedia dikatakan lebih efisien dalam menjana interaksi antara
pengguna lantas dapat memaparkan maklumat dengan lebih berkesan. Antara jenis
laman web termasuk laman web peribadi, laman web pendidikan, laman web
kerajaan dan laman web koperat.
Secara lazimnya laman web interaktif boleh dikarang dari mula dengan
menggunakan perisian seperti Adobe Dreamweaver dimana mempunyai fungsi
mengarang dan mengubahsuai kod aturcara HTML. Selain itu, perisian seperti
Adobe Flash dan Webstudio juga boleh digunakan bagi membina laman web.
2
1.1 PENGENALAN PROJEK
Fesyen ialah satu istilah am untuk gaya yang popular atau trend terkini terutamanya
dalam segi pakaian, kasut, aksesori dan juga penindikan badan di mana apa yang
dipakai itu menjadi kegemaran serta ikutan ramai orang dan hal itu boleh berubah
mengikut masa atau musim tertentu. Justeru itu, fesyen juga merujuk kepada trend
yang tersendiri dan sering boleh dilihat dalam gaya pemakaian dan tingkah laki
pemakai iatu tidak kira lelaki atau perempuan berbilang kaum dalam pelbagai umur.
Fesyen juga merujuk kepada ciptaan terbaru para pereka fesyen. Berbeza dengan
masa dahulu dimana fesyen dianggap feminin, kini fesyen juga boleh dianggap
maskulin kerana kebanyakkan pereka fesyen dan pemakai berjantina lelaki contoh
seperti pereka fesyen terkemuka tanah air iaitu Dato’ Jimmy Choo.
Laman web yang dibina ialah sebuah laman web interaktif bermaklumat fesyen Jihan
Halim. Sedikit biografi tentang Jihan Halim yakni individu yang dikaji ialah beliau
seorang perempuan yang berumur 21 tahun yang telah belajar di luar negara untuk
belajar tentang bidang fesyen dari zaman sekolah dan kini beliau telah mendapat
beberapa kejayaan seperti pernah muncul di surat khabar, memasuki fashion show
antarabangsa dan mempunyai jaringan rekaan yang dicipta sendiri.
Laman web ini memaparkan biografi Jihan Halim, rekaan – rekaan yang telah dicipta
oleh beliau, portfolio termasuk lakaran idea, bagaimana untuk menghubungi beliau
bagi tujuan perniagaan dan berkerjasama dan acara atau aktiviti yang telah disertai
oleh beliau.
3
1.2 PERNYATAAN MASALAH
Atas kajian yang dibuat, didapati bahawa terdapat beberapa masalah yang
membawa pembinaan laman web interaktif ini dan bagi menyelesaikan serta
memperbaiki masalah yang tertera berikut bagi mencapai objektif projek.
1. Sukar mengetahui rekaan – rekaan terbaru yang dicipta.
Atas dasar Jihan Halim tidak menjual hasil rekaan beliau maka beliau tidak
mempromosikannya. Pengguna perlu menghubungi beliau sendiri atau di
bertanyakan di laman sosial untuk mengetahui rekaan terbaru yang dicipta
atau ingin bekerjasama dengan beliau.
2. Pereka (Jihan Halim) tiada kepakaran dalam membuat laman web
interaktif sebenar.
Jihan Halim hanya mempunyai kepakaran dalam bidangnya sahaja iaitu
bidang fesyen, maka tiada kepakaran dalam membuat laman web interaktif
yang sebenar dengan mengarang dan membina dari kasar dan awal. Ini juga
sebab mengapa maklumat yang dipaparkan tidak memenuhi kehendak
pengguna dengan tepat.
4
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian projek ialah seperti berikut :
1. Mempromosikan rekaan - rekaan kepada para pengguna dengan
cepat dan mudah.
Dengan penggunaan internet yang meluas dalam kehidupan seharian,
para pengguna boleh melayari laman web ini untuk mencari maklumat
yang diingini pada bila – bila masa tidak kira tempat. Tujuan ini juga untuk
memaparkan maklumat dan informasi dengan mencukupi dan tepat serta
mempromosikan rekaan – rekaan yang dicipta.
2. Menghasilkan laman web yang menarik.
Akibat ketiadaan kepakaran dari pereka, maka objektif pembangunan
laman web ini ialah untuk menyediakan sebuah laman web interaktif yang
diingini oleh pereka dari segi antaramuka, navigasi, tema warna dan
konsep laman web. Pembangunan laman web ini juga bertujuan menarik
perhatian pengunjung yang melawati laman web interaktif ini dengan
temanya yang serasi dengan konsep fesyen.
5
1.4 SKOP KAJIAN
1.4.1 Skop Perisian
Laman web interaktif dibina menggunakan perisian berikut :
Pembangunan laman web interaktif ini menggunakan dua perisian utama
iaitu yang pertama, Adobe Flash yang digunakan sebagai perisian utama
kerana perisian ini kami gunakan pelbagai script dari ActionScript 2.0
untuk mengarang animation dan efek. Tambahan lagi, butang, layout dan
pergerakan di dalam laman web telah didibina menggunakan perisian ini.
Perisian utama yang kedua merupakan perisian yang boleh digunapakai
untuk mengarang dan mengubahsuai kod aturcara HTML dan Javascript
iaitu perisian Adobe Dreamweaver. Perisian ini penting bagi laman web
interaktif kami untuk membina sebuah tapak bagi memuatkan kesemua
elemen multimedia yang telah dikarang.
Selain itu, penggunaan perisian Adobe Photoshop untuk tujuan
mengarang dan menyunting elemen grafik.
6
1.4.2 Skop Pengguna
Skop pengguna yang disasarkan adalah seperti berikut :
Terdapat tiga golongan pengguna yang menggunakan laman web
interaktif ini iaitu yang pertama merupakan golongan profesional iaitu para
pereka fesyen yang lain dalam lingkungan umur 30 hingga 55 tahun.
Golongan ini yang menggunakan laman web kami sebagai medium untuk
menghubungi Jihan Halim dan melihat koleksi – koleksi rekaan melalui
gambar – gambar yang diletakkan di dalam laman web ini.
Pengguna sasaran kedua pula ialah golongan remaja dimana mereka
merupakan para pelajar universiti yang berumur dalam lingkungan 18
hingga 25 tahun yang belajar dalam bidang perekaan fesyen. Golongan
ini mengunjungi laman web interaktif ini untuk melihat kandungan
mengikut minat mereka..
Pengguna sasaran seterusnya merupakan golongan dewasa wanita yang
berumur dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun, dimana mereka
mengunjungi laman web interaktif ini untuk melihat fesyen dan pakaian
yang sesuai dipakai oleh mereka di dalam rumah mahupun di luar.
7
1.4.3 Skop Kandungan
Isi kandungan yang terdapat di dalam laman web ini selain daripada
elemen yang digunakan iaitu elemen teks, grafik dan animasi, kandungan
yang terdapat di dalam laman web ini ialah yang pertama menu utama
dimana diletakkan navigasi dan montaj gambar bergerak. Kemudian ke
sub menu yang mengandungi About Me yang mengandungi maklumat
tentang biografi Jihan Halim. Halaman Collection pula memaparkan
rekaan yang dibuat mengikut gaya formal dan casual, portfolio Jihan
Halim yang menunjukkan lakaran idea fesyen beliau serta gambar rekaan
seperti bag dan kasut. Halaman Contact memberi kaedah bagaimana
untuk menghubungi beliau samaada di laman sosial atau peribadi dan
menu terakhir ialah halaman Event yang memaparkan kerja beliau di
pentas peragaan dan studio serta media dimana beliau terlibat di majalah
atau artikel.
8
1.5 KEPENTINGAN PROJEK
Kepentingan laman web interaktif ini akan ialah untuk membantu pengguna
mendapatkan maklumat dengan mudah iaitu memudahkan para pengguna seperti
para pelajar jurusan pereka fesyen dan remaja lain yang ingin mengetahui fesyen
wanita terkini. Apa yang cuba dijelaskan ialah laman web membantu pengguna untuk
mencari maklumat dengan cepat dan fleksibel.
Selain itu, laman web interaktif kami membolehkan Jihan Halim dipromosikan di
industri fesyen agar dikenali pereka fesyen serta ejen – ejen fesyen yang lain
disamping menyediakan satu halaman untuk memaparkan portfolio Jihan Halim yang
sarat dengan lakaran dan rekaan – rekaan yang dicipta oleh beliau.
9
BAB 2
ULASAN KARYA
2.1 PENGENALAN
Di dalam bab ini, setelah membuat kaji selidik di dalam internet dan di dalam majalah
untuk mencari artikel – artikel tentang laman – laman web yang mempunyai kaitan
relevan dalam bidang fesyen wanita merumuskan tiga contoh laman web dimana
kumpulan akan diterangkan tentang pengenalan singkat, fungsi utama, kelebihan
yang cuba dimotifkan, kelemahan yang wujud dan contoh antaramuka serta
10
perkaitan atau kesamaan tentang ketiga – tiga laman web yang dikaji dengan laman
web yang dibangunkan. Justeru semua hal yang disebut, terbitnya idea untuk
membina laman web ini daripada gabungan pengiktibaran daripada fungsi,
pengolahan munasabah kelebihan dan menipiskan kebarangkalian membuat
kelemahan sama seperti ketiga – tiga laman web yang dikaji.
2.2 KAJIAN APLIKASI SEDIA ADA
2.2.1 CONTOH APLIKASI PERTAMA
Laman Web Awal Jihan Halim
Rajah 2.1 : Antaramuka Halaman Internship Laman Web Awal Jihan Halim
11
Contoh laman web pertama ini merupakan laman web awal yang dibuat oleh Jihan
Halim, sebuah laman web yang dibuat pada perkhidmatan membuat laman web
secara percuma atas talian bernama Wix. Ia mempunayi iklan Wix di beberapa
tempat yang menjadikan laman web ini kurang menyenangkan dan agak berat untuk
dilayari.
Fungsi utama laman web ini adalah penayangan portfolio, beberapa kerja perekaan
seperti aksesori, dress dan skirt, ilustrasi lakaran fesyen seperti lakaran dress dan
kasut dan maklumat tentang Jihan Halim seperti bidang akedemik dan kerjasama
dengan beberapa pereka yang lain.
Kelebihan laman ini ialah ianya mempunyai maklumat ringkas yang berpatutan serasi
dengan konsep portfolio hanya mempunyai lima halaman, secara kesimpulan ianya
mudah difahami.
Kelemahan laman web ini pula, yang pertama, ianya berat untuk dilayari kerana
menggunakan pembuat laman web atas talian bernama Wix. Kedua, terdapat
beberapa iklan atau pop-up Wix yang kurang menyenangkan. Yang terakhir, terdapat
hanya dua warna yang digunakan iaitu warna hitam untuk latar belakang dimana
membuatkan laman web terlalu gelap dan warna putih untuk teks yang digunakan
hanya sedikit di dalam laman web ini.
12
2.2.2 CONTOH APLIKASI KEDUA
MimpiKita
Rajah 2.2 :Antaramuka Halaman Utama MimpiKita
Contoh laman web kedua pula ialah laman web fesyen MimpiKita, ia merupakan
laman web fesyen yang menumpukan jaringan rekaan pakaian wanita seperti baju
kurung, baju batik dan terutamanya baju yang dipakai semasa perayaan Hari Raya
Aidilfitri. Laman web ini dimiliki oleh 3 adik beradik perempuan yang bertempat di
Bandar Sunway, Subang Jaya.
Laman web ini berfungsi untuk memaparkan jaringan rekaan – rekaan aksesori
fesyen yang telah dicipta, menunjukkan koleksi terbaru, media yang menampilkan
rekaan pereka dan perkara lain yang dibuat oleh pereka seperti hiasan rumah dan
design suasana sesuatu perkahwinan.
13
Kelebihan laman web ini yang diterapkan di dalam laman web interaktif ialah
rekaletak menu utamanya butang – butang navigasi yang berlainan saiz kotak –
kotaknya di bahagian tengah halaman. Mengapa ? kerana kami boleh menerapkan
efek hover di kotak – kotak navigasi tersebut ke dalam laman web interaktif Jihan
Halim.
Kelemahan yang ditemui di dalam laman web ini ialah sebilangan halaman
navigasinya mempunyai elemen atau item dari halaman yang lain seperti contoh
halaman medie mempunyai kandungan sama dengan halaman inspiration.
2.2.3 CONTOH APLIKASI KETIGA
Jovian Mandagie
Rajah 2.3 : Antaramuka Halaman Utama Jovian
14
Contoh laman web ketiga merupakan laman web fesyen milik seorang pereka fesyen
dari Malaysia bernama Jovian Mandagie yang mempunyai cawangan butik
fesyennya di beberapa lokasi dalam tanah air seperti di Shah Alam, Pulau Pinang
dan Kuala Lumpur. Antara rekaan yang telah dibuat kebanyakkannya bertema Asia
seperti baju kurung dan baju batik.
Antara fungsi yang cuba diterapkan oleh laman web ini ialah seperti kebanyakkan
laman web fesyen, ia memaparkan jaringan rekaan yang telah dibuat melalui model
yang memakai rekaan, cawangan butik, video tentang rekaan yang dibuat dan aktiviti
di pentas peragaan.
Kelebihan yang ditemui menarik tentang laman web ini ialah salah satunya, navigasi
yang berada pada sebelah kanan pada laman utama yang diterangi dengan montaj
gambar vintaj.
Kelemahan yang didapati pada laman web ini butang penunjuk arah ke kiri dan
kanan nampak tidak sesuai dengan rekabentuk halaman, ruangan hakcipta terlalu ke
atas dan hampir tidak kelihatan dan navigasi yang agak ke tengah halaman.
15
2.2.4 CONTOH APLIKASI KEEMPAT
PU3
Rajah 2.4 : Antaramuka Halaman Collection PU3
Contoh laman web pertama ini ialah laman web PU3 yang bermaksud Puteri milik
tiga orang pereka fesyen tanah air bernama Raja Noora Ashikin dan 2 anak
perempuannya yang memulakan pada tahun 2004 bertempat di Damansara.
Fungsi laman web ini ialah untuk memaparkan lokasi butik, nombor telefon, emel,
biografi tentang PU3 dan koleksi – koleksi rekaan yang telah dibuat termasuk koleksi
Hari Raya.
Kelebihan laman web ini ialah ianya mempunyai ruangan navigasi halaman yang
menarik kerana mempunyai butang laman sosial dan logo PU3 disertakan sekali di
16
ruangan navigasi tersebut. Navigasi teks itu juga mempunyai efek cakaran pensel
apabila dihover dan diklik.
Kelemahan laman web ini pula ialah sebilangan halaman tiada isi kandungan
langsung.
2.2.5 CONTOH APLIKASI KELIMA
Jimmy Choo
Rajah 2.5 : Antaramuka Halaman Utama Jimmy Choo
17
Contoh laman web kelima pula ialah laman web milik Dato’ Jimmy Choo nama
sebenar Choo Yeang Keat, juga seorang pereka fesyen tanah air yang lahir dan
bertempat di Pulau Pinang. Jimmy Choo terkenal dengan rekaan kasut buatan
tangan yang berkualiti tinggi serta dipakai oleh pelbagai selebriti.
Laman web ini berfungsi memaparkan rekaan utama Jimmy Choo iaitu kasut buatan
tangan berkualiti tinggi, lokasi cawangan – cawangan butik di serata dunia, majalah
mini, halaman hubungi kami, halaman pertolongan kepada pengguna, paparan polisi
syarikat dan jaringan koleksi rekaan yang lain seperti beg tangan, aksesori serta
hadiah.
Kelebihan laman web ini yang ingin dicontohi ialah ruangan paparan gambar yang
mempunyai navigasi kiri dan kanan serta logo teks yang menunjukkan nama pereka
sahaja.
Kelemahan di dalam laman web ini ialah ianya terlalu cerah menggunakan warna
putih yang terlalu banyak serta kegunaan white space/ruang kosong di bahagian kiri
dan kanan halaman yang kerap.
18
2.3 PERKAITAN DENGAN APLIKASI YANG DIBANGUNKAN
Dengan lima – lima contoh laman web fesyen yang diambil sebagai rujukan, kami
dapat membuat perkaitan dan perbandingan diantara kelima – lima laman web
tersebut dengan laman web interaktif fesyen kami. Kami mendapati tiga daripada
lima laman web tersebut menggunakan tema warna yang suram dimana laman web
fesyen cenderung memilih tema warna yang suram kerana warna hitam itu elegan,
tetapi kami bercadang untuk membuat kelainan dengan memilih tema warna yang
kurang suram dan tidak terlalu cerah seperti warna biru turquoise dan warna putih
untuk laman web kami. Selain itu kami juga akan menapis kelemahan justeru
menerapkan beberapa kelebihan yang ada pada kelima – lima laman web tersebut.
Pada contoh laman web pertama iaitu laman web awal Jihan Halim kami akan
mencontohi gaya maklumat yang berpatutan dan mudah difahami. Contoh laman
web kedua memberi konsep kotak navigasi interaktif yang mempunyai efek lain
apabila dihover yang kami akan terapkan konsep tersebut pada laman utama kami.
Ketiga, kami akan mengilhamkan idea navigasi teks dan logo serta nama pereka
yang diletakkan pada bahagian kiri halaman web pada contoh aplikasi ketiga kerana
navigasi nampak teratur, kemas dan mudah difahami lantas lebih menarik dengan
montaj berefek vintaj. Di laman web keempat, kami akan contohi ruangan
navigasinya dan pada laman web kelima, kami akan contohi ruangan paparan
gambar berserta navigasi kekiri dan kanan.
19
BAB 3
METADOLOGI PEMBANGUNAN
3.1 PENGENALAN
Bagi merekabentuk sesebuah pembangunan laman web, sebuah model rekabentuk
diperlukan untuk dijadikan sebagai panduan untuk proses pembangunan yang lebih
terancang dan sistematik. Antara model – model rekabentuk yang sering digunakan
untuk membangun laman web ialah Addie, Assure dan Hanaffin & Peck. Ketiga – tiga
model rekabentuk ini sesuai bagi proses pembangunan sesebuah laman web selain
mencapai objektif untuk menepati keperluan pengguna. Tambahan lagi, model –
model ini akan membantu para pembangun sepanjang proses pembangunan.
20
3.2 METADOLOGI YANG AKAN DIGUNAKAN
Metodologi yang digunakan sebagai panduan untuk proses pembangunan yang lebih
terancang dan sistematik ialah model Hanaffin & Peck. Dalam proses pembangunan
laman web ini, model Hanaffin & Peck yang direka pada tahun 1998 ini dipilih kerana
penilaian dari pengguna memudahkan sebarang perubahan untuk memperbaiki
laman web dibuat selain memenuhi keperluan pemilik laman web dan para
penggunanya. Model Hanaffin & Peck terdiri daripada tiga fasa iaitu fasa analisa
keperluan, fasa rekabentuk dan fasa pembangunan dan perlaksanaan. Proses
penilaian dijalankan bagi membasmi kelemahan dan untuk membuat
pengubahsuaian yang sesuai.
Rajah 3.1 : Gambar rajah model Hanaffin & Peck
21
Fasa 1Analisa Keperluan
Fasa 2Rekabentuk
Fasa 3Pembangunan
dan Perlaksanaan
Penilaian
dan
Pengulangan
3.3 FASA PEMBANGUNAN SISTEM
3.3.1 Perancangan
Pada fasa ini, dalam proses membangunkan sebuah laman web interaktif untuk klien
iaitu Jihan Halim dimana beliau merupakan sebuah pereka fesyen, Carta Gantt ini
telah dibuat bagi memantau serta membuat rujukan bagi memastikan perjalanan
projek pembangunan laman web ini dari awal hingga tamat pembangunan berjalan
seperti apa yang sudah dirancang.
Rajah 3.2 : Carta Gantt 01
22
23
Rajah 3.3 : Carta Gantt 02
3.3.2 Analisa Keperluan
Di dalam fasa ini, terdapat temubual, pemerhatian di studio dan kajian projek atas
tujuan analisis kajian serta bagi mendapatkan data dan maklumat untuk digunakan
dalam proses pembangunan laman web interaktif Jihan Halim. Berikut merupakan
apa yang diperolehi.
1. Analisis
Kami telah membuat penilaian terhadap ciri – ciri kumpulan sasaran untuk
menentukan jantina, umur, lokasi pengguna, bangsa, pelayar web pilihan
pengguna, kepuasan pengguna mencari maklumat dan tujuan melayari laman
web ini.
Berikut merupakan keputusan yang diperolehi daripada para pengguna yang
terdiri daripada 10 orang responden ;
40%
60%
Jantina
LelakiPerempuan
Rajah 3.4 : Jumlah peratusan jantina
24
Peratusan perempuan lebih tinggi dari lelaki iaitu 60% berbalas 40% menunjukkan
laman web fesyen sebegini lebih kerap dilayari oleh kaum perempuan.
20%
40%
30%
10%
Umur
15 Tahun - 20 Tahun21 Tahun - 30 Tahun31 Tahun - 40 Tahun41 Tahun keatas
Rajah 3.5 : Jumlah peratusan umur
Berdasarkan faktor umur di atas, golongan yang berumur 21 hingga 30 tahun lebih
kerap melayari laman web berjenis fesyen dengan peratusan 40% di depan golongan
remaja yang berumur lingkungan 15 tahun hingga 20 tahun berperatusan 20% dan
peratusan 30% milik pengguna berumur 31 hingga 40 tahun manakala yang berumur
41 tahun ke atas sebanyak 10%.
25
20%
30%
40%
10%
Lokasi
Shah AlamPetaling JayaKuala LumpurKlang
Rajah 3.6 : Jumlah peratusan lokasi
Tujuan analisis lokasi ini ialah kerana ingin mendapatkan peratusan tempat
pengguna. Didapati tempat pertama dengan 40% milik kawasan Kuala Lumpur
kerana di Bangsar Kuala Lumpur merupakan tempat Jihan Halim dan di Kuala
Lumpur juga merupakan kawasan terpadat.
70%
20%
10%
Bangsa
MelayuCinaIndia
Rajah 3.7 : Jumlah peratusan bangsa
26
Oleh kerana pakaian berfesyen sesuai dipakai oleh semua lapisan masyarakat, maka
ketiga – tiga bangsa utama di Malaysia sesuai melayari laman web ini.
40%
50%
10%
Pelayar web pilihan pengguna
Mozilla FirefoxGoogle ChromeInternet Explorer
Rajah 3.8 : Jumlah peratusan pelayar web pilihan pengguna
Mengikut majoriti, sudah tidak asing lagi bahawa pelayar web Google Chrome yang
berperatusan 50% adalah pelayar web yang sering digunakan untuk melayari laman
web. Mozilla Firefox dengan 40% dan Internet Explorer dengan 10%.
27
100%
Kepuasan pengguna mencari mak-lumat
YaTidak
Rajah 3.9 : Jumlah peratusan kepuasan pengguna mencari maklumat
Sudah afdhal dengan teknologi masa kini lantas tidak hairan bahawa laman web ini
boleh membantu dalam pencarian maklumat yang diingini.
30%
40%
20%
10%
Tujuan melayari laman web ini
Pencarian maklumatMelihat fesyen terkiniIngin bekerjasama dengan Jihan HalimLain - lain
Rajah 3.10 : Jumlah peratusan tujuan melayari laman web ini
28
Terdapat beberapa sebab mengapakah pengguna yang dikaji selidik melayari laman
web, iaitu kerana 40% ingin melihat fesyen terkini, 30% ingin mencari maklumat yang
diingini, 20% ingin bekerjasama dengan Jihan Halim dan 10% untuk lain – lain
sebab.
2. Temubual
Kami telah menemubual Jihan Halim untuk mendapatkan beberapa
maklumat, berikut merupakan apa yang didapati daripada temubual tersebut ;
Jihan halim telah memperkenalkan diri beliau sebagai anak ketiga daripada
lima adik beradik serta beliau berkata jika ingin berhubung dengan beliau
bolah emelkan ke halimjihan@gmail.com. Jihan Halim mula meminati bidang
fesyen semenjak beliau 15 tahun lagi. Bila ditanya apakah jenis kain atau
tekstil yang sering digunakan untuk rekaan, Jihan Halim menwajab bahawa
beliau menggunakan kain jenis Silk, Chiffon , Lace dan Thai Silk.
Selain itu, warna yang beliau ingin lihat dalam laman web ini merupakan
warna hitam, putih, merah, cyan dan pastel. Selain baju dan kasut, beliau
juga mereka bag dan barang kemas tetapi beliau tidak bercadang untuk
menjual hasil rekaan yang direka. Jihan Halim juga menyatakan teknik rekaan
atau proses kerja dalam sesuatu rekaan iaitu beliau bermula dengan sketch -
technical design - paper pattern – sewing – fitting – alterations – finishing –
done.
29
Tambahan lagi, Jihan Halim berkata beliau mendapat sumber idea dan ilham
rekaan daripada membaca buku – buku lama, melihat gelagat orang dan
daripada berita terkini. Terdapat lebih kurang 10 orang per minggu
pengunjung yang mengunjng ke laman sosial dan laman web awal Jihan
Halim atas dasar fesyen. Jihan Halim juga mempunyai kepakaran lain seperti
fotografi, make up, styling, menulis untuk majalah, pengurus acara dan DJ.
Rancangan masa depan Jihan Halim ialah untuk turut serta dalam satu
‘fashion group’ iaitu dalam beberapa kumpulan kecil di bawah satu jenama
besar.
3. Pemerhatian
Kami juga dapat memerhatikan Jihan Halim sedang membuat kerjanya.
Rajah 3.11 : Pemerhatian proses kerja
30
3.3.3 Rekabentuk
Pada fasa ini pula, setelah mencurahkan idea dan pendapat, proses pembangunan
dimulakan dengan melakarkan idea yang diperolehi dengan tiga jenis lakaran iaitu
lakaran kasar atau thumbnail, lakaran komprehensif dan lakaran semi komprehensif.
Setelah selesai proses lakaran ketiga – tiga jenis lakaran tersebut, beralih pula untuk
membuat carta alir bagi mengetahui skrin – skrin yang terlibat dan kaitan antara
setiap skrin dengan skrin yang lain dan papan cerita untuk mengetahui rekaletak
elemen yang ingin dimuatkan dalam setiap halaman web. Proses seterusnya adalah
untuk mengaplikasikan semua itu menjadi rekebentuk antaramuka setiap halaman
web, dalam proses dan fasa ini juga proses mengadaptasikan kesemua elemen
multimedia yang terbabit seperti teks, grafik dan audio mengikut kehendak pemilik
laman web dan sesuai dengan kehendak pengguna selain menentukan konsep
warna dan butang navigasi yang digunapakai.
Kaji selidik dijalankan juga pada fasa ini bagi mengetahui reaksi pengguna terhadap
rekabentuk laman web pada fasa ini.
31
50%
40%
10%
Warna yang digunakan
Sangat SetujuSetujuTidak SetujuSangat Tidak Setuju
Rajah 3.12 : Peratusan warna yang digunakan
Berdasarkan rajah diatas, 10% daripadanya mewakili 1 orang memilih tidak setuju
terhadap warna yang digunakan. 40% responden memilih setuju menakala 50%
responden sangat setuju terhadap warna yang digunakan dalam pembangunan
laman web ini.
40%
30%
20%
10%
Butang Navigasi
Sangat SetujuSetujuTidak SetujuSangat Tidak Setuju
Rajah 3.13 : Peratusan butang navigasi
32
Manakala untuk penggunaan butang navigasi pula, hanya 10% memilih sangat tidak
setuju manakala 20% memilih tidak setuju. 30% daripada responden setuju dan
majoriti 40% daripada responden sangat setuju dengan perletakkan serta kegunaan
butang navigasi.
30%
50%
10%
10%
Elemen multimedia
Sangat SetujuSetujuTidak SetujuSangat Tidak Setuju
Rajah 3.14 : Peratusan elemen multimedia yang digunakan
Melalui soal selidik, 50% iaitu seramai 5 orang daripada 10 orang responden setuju
dengan kesesuaian elemen multimedia yang diletakkan di dalam laman web Jihan
Halim. 30% sangat setuju dan kedua – dua tidak setuju serta sangat tidak setuju
seramai 10%.
33
70%
30%
Teks yang digunakan
Sangat SetujuSetujuTidak SetujuSangat Tidak Setuju
Rajah 3.15 : Peratusan teks yang digunakan
Berdasarkan rajah 3.15, terdapat hanya dua persetujuan dikalangan responden iaitu
70% sangat setuju dan hanya 30% setuju terhadap elemen teks yang digunakan di
dalam laman web Jihan Halim.
60%
30%
10%
Tema dan konsep
Sangat SetujuSetujuTidak SetujuSangat Tidak Setuju
Rajah 3.16 : Peratusan tema dan konsep
34
Berdasarkan rajah di atas, para responden seramai 10% tidak setuju, 30% setuju dan
60% sangat setuju dengan tema dan konsep fesyen yang sesuai dengan laman web
Jihan Halim.
3.3.4 Pembangunan dan Perlaksanaan
Fasa ini merupakan proses permulaan penghasilan pembangunan laman web
interaktif yakni merujuk kepada proses penghasilan aplikasi ke bentuk yang lebih
praktikal. Di dalam fasa ini dikumpulkan dan digabungkan kesemua elemen yang
sudah dikarang dan diubahsuai untuk dimuatkan dalam beberapa perisian
pengarangan laman web, dimana penggunaan perisian seperti Adobe Flash dan
Adobe Dreamweaver digunakan bagi mengarang kod aturcara dan merekabentuk
halaman web menggunakan elemen – elemen multimedia. Selain itu, digunakan juga
perisian – perisian menyunting dalam proses pembangunan seperti Adobe
Photoshop dan Adobe Illustrator.
Di dalam fasa ini, sebanyak 10 responden telah menjawab borang soal selidik ini
bagi mendapatkan maklumbalas.
35
50%50%
Mesra Pengguna
Sangat SetujuSetujuTidak SetujuSangat Tidak Setuju
Rajah 3.17 : Peratusan mesra pengguna
Berdasarkan rajah diatas, terbahgi dua sama rata antara setuju dan sangat setuju
dengan 50% masing – masing. Mereka bersetuju bahawa laman web ini mesra
pengguna disamping selesa ketika melayarinya.
50%
30%
20%
Pemahaman Pengguna
Sangat SetujuSetujuTidak SetujuSangat Tidak Setuju
Rajah 3.18 : Peratusan pemahaman pengguna
36
Seperti rajah di atas, 50% daripada para responden memilih sangat setuju bermakna
laman web ini mudah difahami dan ringkas digunakan. Seramai 30% pengguna pula
setuju dan 20% tidak setuju.
60%
30%
10%
Kepuasan Pengguna
Sangat SetujuSetujuTidak SetujuSangat Tidak Setuju
Rajah 3.19 : Peratusan kepuasan pengguna
Berdasarkan rajah 3.19, seramai 10% daripada 100% responden tidak setuju dan
tidak seberapa puas hati terhadap laman web ini. Seramai 30% pula setuju dan
berpuas hati manakala 60% sangat setuju dan berpuas hati terhadap apa yang
laman web ini dapat tawarkan.
37
50%
40%
10%
Prestasi Keseluruhan
Sangat SetujuSetujuTidak SetujuSangat Tidak Setuju
Rajah 3.20 : Peratusan prestasi keseluruhan
Mengikut kategori prestasi keseluruhan laman web ini, seramai 10% tidak setuju dan
menganggap laman web ini masih boleh diperbaiki. 40% setuju manakala 50%
daripada para responden sangat setuju dengan prestasi keseluruhan laman web ini
termasuk segala elemen, pengalaman melayari laman web Jihan Halim dan tema
serta konsep yang digunakan.
38
3.3.5 Implementasi
Pada fasa implementasi ini, ialah proses penggabungan kesemua elemen yang
telibat dan siap dikarang dan disunting di dalam fasa pembangunan dan
perlaksanaan berserta navigasi pada setiap halaman web untuk diuji bagi melihat
sama ada laman web ini berjalan seperti apa yang dirancangkan. Setelah tamat sesi
pengujian, sesi penilaian dijalankan terhadap pemilik laman web serta para
pengguna untuk memastikan laman web memenuhi kehendak.
3.3.6 Penilaian dan Pengulangan
Dalam proses penilaian dan pengulangan, kedua – dua maklum balas dari klien iaitu
Jihan Halim dan pengguna sebagai respondan digunakan sebagai penduan untuk
memperbaiki laman web interaktif ini agar tampak lebih efesien dan mesra
pengguna. Proses ini diperlukan bagi menghasilkan output yang lebih baik.
39
BAB 4
REKABENTUK
4.1 PENGENALAN
Di dalam bab ini, akan diterangkan hasil kerja yang telah dilaksanakan sepanjang
proses rekabentuk antaramuka halaman web. Setelah perbincangan idea, proses
rekabentuk dimulakan dengan lakaran thumbnail dan lakaran kasar yang membawa
ke lakaran semi komprehensif/komprehensif setelah beberapa pembetulan dan
lontaran idea. Dengan lakaran – lakaran tersebut, satu carta alir dibina bagi
menerangkan perkaitan antara halaman serta papan cerita bagi menerangkan
rekaletak dan elemen – elemen multimedia dan butang navigasi yang terbabit dalam
sesuatu halaman itu.
40
4.2 REKABENTUK APLIKASI
4.2.1 Lakaran Idea
4.2.1.1 Lakaran Thumbnail
Rajah 4.1 : Lakaran Thumbnail Halaman Contact
Rajah di atas menunjukkan lakaran thumbnail bagi halaman Contact, rajah ini juga
menunjukkan lakaran bagi ikon laman sosial Linked, Twitter dan Facebook.
Rajah 4.2 : Lakaran Thumbnail Menu Utama
Rajah di atas menunjukkan lakaran thumbnail menu utama iaitu halaman pertama.
41
Rajah 4.3 : Lakaran Thumbnail Halaman About Me
Rajah 4.3 menunjukkan lakaran thumbnail bagi halaman About Me, di sini ingin
menampilkan bahawa halaman ini mempunyai dua kolum bagi membahagikan
gambar dan teks.
Rajah 4.4 : Lakaran Thumbnail Halaman Portfolio
Rajah di atas menunjukkan lakaran thumbnail bagi halaman Portfolio dimana
terdapat beberapa rekaletak gambar kecil dan gambar besar / utama.
42
Rajah 4.5 : Lakaran Thumbnail Halaman Collection
Seperti ditunjukkan oleh rajah di atas, lakaran thumbnail bagi halaman Collection
ingin memaparkan rekaletak gambar diantara bahagian footer dan header halaman.
43
4.2.1.1 Lakaran Semi - Komprehensif
Rajah 4.6 : Lakaran Semi Komprehensif Montaj
Seperti ditunjukkan oleh rajah 4.6 di atas, ini merupakan lakaran semi komprehensif
bagi montaj halaman web ini.
44
Rajah 4.7 : Lakaran Semi Komprehensif Menu Utama
Rajah di atas menunjukkan lakaran semi komprehensif bagi halaman menu utama
yang mempunyai kotak – kotak sebagai kotak navigasi.
Rajah 4.8 : Lakaran Semi Komprehensif Halaman About Me
45
Rajah di atas menunjukkan lakaran semi komprehensif bagi halaman About Me yang
mempunyai ruangan gambar di sebelah kiri dibahagikan dengan divider dan
bahagian teks di bahagian kanan.
46
Rajah 4.9 : Lakaran Semi Komprehensif Halaman Portfolio
Rajah 4.9 menunjukkan lakaran semi komprehensif bagi halaman Portfolio, lakaran
ini ingin menampilkan susunatur gambar – gambar kecil di sebelah kanan manakala
gambar besar di sebelah kiri.
47
Rajah 4.10 : Lakaran Semi Komprehensif Halaman Collections
Rajah 4.0 menunjukkan lakaran semi komprehensif bagi halaman Collection, apa
yang terdapat di lakaran ini ialah susunan dua gambar berserta dua anak panah.
48
4.2.2 Carta Alir
Rajah 4.11 : Carta Alir
49
4.2.3 Papan Cerita
Rajah 4.12 :Papan Cerita Menu Utama
50
Tajuk Projek : LAMAN WEB INTERAKTIF FESYEN JIHAN HALIM No Papan Cerita : 1
Jenis Projek : LAMAN UTAMA Tarikh : 18 / 11 / 2013
Pentas Arahan Pengarangan
BG : SETIAP 3 SAAT IMEJ AKAN BERTUKAR
Arahan Grafik
BG : IMEJ AKAN BERTUKAR
G1 : LOGO “JIHAN HALIM” SEBAGAI HYPERLINK
Text
T1 : TEKS “SUMMER 2014’
BG
G1
T1
Rajah 4.13 :Papan Cerita Antaramuka
51
Tajuk Projek : LAMAN WEB INTERAKTIF FESYEN JIHAN HALIM No Papan Cerita : 2
Jenis Projek : HALAMAN ANTARAMUKA Tarikh : 18 / 11 / 2013
Pentas Arahan Pengarangan
N1 : TEKS BUTTON AKAN KELUAR SUB MENU APABILA DIKLIK
N2 : TEKS BUTTON AKAN KELUAR SUB MENU APABILA DIKLIK
N3 : TEKS BUTTON AKAN KELUAR SUB MENU APABILA DIKLIK
N4 : TEKS BUTTON AKAN KELUAR SUB MENU APABILA DIKLIK
N5 : TEKS BUTTON AKAN KELUAR SUB MENU APABILA DIKLIK
Arahan Grafik
BG : WARNA PUTIH
G1 : LOGO “JIHAN HALIM”
B1 : BUTANG NAVIGASI
B2 : BUTANG NAVIGASI
B3 : BUTANG NAVIGASI
B4 : BUTANG NAVIGASI
S1 : BUTANG LAMAN SOSIAL LINKED
S2 : BUTANG LAMAN SOSIAL TWITTER
S3 : BUTANG LAMAN SOSIAL FACEBOOK
Text
N1 : MENGGUNAKAN TEKS BERFONT CF FASHION SEBAGAI NAVIGASI
N2 : MENGGUNAKAN TEKS BERFONT CF FASHION SEBAGAI NAVIGASI
N3 : MENGGUNAKAN TEKS BERFONT CF FASHION SEBAGAI NAVIGASI
N4 & N5 : MENGGUNAKAN TEKS BERFONT CF FASHION SEBAGAI NAVIGASI
G1
N1 N2 N3 N4 N5
S2 S3 S4S1
G2B1 B2
B4B3
Rajah 4.14 :Papan Cerita Halaman Collection
52
Tajuk Projek : LAMAN WEB INTERAKTIF FESYEN JIHAN HALIM No Papan Cerita : 3
Jenis Projek : HALAMAN COLLECTION Tarikh : 18 / 11 / 2013
Pentas Arahan Pengarangan
N1, N2, N3, N4, N5 : SETIAP TEKS BUTTON AKAN KELUAR SUB MENU APABILA DIKLIK
B1 : IMEJ G1 BERTUKAR KE GAMBAR SETERUSNYA BILA DIKLIK
B2 : IMEJ G2 BERTUKAR KE GAMBAR SETERUSNYA BILA DIKLIK
Arahan Grafik
BG : WARNA PUTIH
G1 : LOGO “JIHAN HALIM”
G2 : GAMBAR BAJU
G3 : GAMBAR BAJU
B1 : BUTANG NAVIGASI
B2 : BUTANG NAVIGASI
B3 : BUTANG NAVIGASI
B4 : BUTANG NAVIGASI
S1 : BUTANG LAMAN SOSIAL LINKED
S2 : BUTANG LAMAN SOSIAL TWITTER
S3 : BUTANG LAMAN SOSIAL FACEBOOK
Text
N1 : MENGGUNAKAN TEKS BERFONT CF FASHION SEBAGAI NAVIGASI
N2 : MENGGUNAKAN TEKS BERFONT CF FASHION SEBAGAI NAVIGASI
N3 : MENGGUNAKAN TEKS BERFONT CF FASHION SEBAGAI NAVIGASI
N4 & N5 : MENGGUNAKAN TEKS BERFONT CF FASHION SEBAGAI NAVIGASI
G1
N1 N2 N3 N4 N5
S2 S3 S4S1
G2 G3B2 B1
Rajah 4.15 :Papan Cerita About Me
53
Tajuk Projek : LAMAN WEB INTERAKTIF FESYEN JIHAN HALIM No Papan Cerita : 4
Jenis Projek : HALAMAN ABOUT ME Tarikh : 18 / 11 / 2013
Pentas Arahan Pengarangan
N1 : TEKS BUTTON AKAN KELUAR SUB MENU APABILA DIKLIK
N2 : TEKS BUTTON AKAN KELUAR SUB MENU APABILA DIKLIK
N3 : TEKS BUTTON AKAN KELUAR SUB MENU APABILA DIKLIK
N4 : TEKS BUTTON AKAN KELUAR SUB MENU APABILA DIKLIK
N5 : TEKS BUTTON AKAN KELUAR SUB MENU APABILA DIKLIK
Arahan Grafik
BG : WARNA PUTIH
G1 : LOGO “JIHAN HALIM”
G2 : GAMBAR PRODUK
B1 : BUTANG NAVIGASI
B2 : BUTANG NAVIGASI
B3 : BUTANG NAVIGASI
B4 : BUTANG NAVIGASI
S1 : BUTANG LAMAN SOSIAL LINKED
S2 : BUTANG LAMAN SOSIAL TWITTER
S3 : BUTANG LAMAN SOSIAL FACEBOOK
Text
N1 : MENGGUNAKAN TEKS BERFONT CF FASHION SEBAGAI NAVIGASI
N2 : MENGGUNAKAN TEKS BERFONT CF FASHION SEBAGAI NAVIGASI
N3 : MENGGUNAKAN TEKS BERFONT CF FASHION SEBAGAI NAVIGASI
N4 & N5 : MENGGUNAKAN TEKS BERFONT CF FASHION SEBAGAI NAVIGASI T1 : RUANGAN ABOUT ME
G1
N1 N2 N3 N4 N5
S2 S3 S4S1
G2 T1
Rajah 4.16 :Papan Cerita Halaman Portfolio
54
Tajuk Projek : LAMAN WEB INTERAKTIF FESYEN JIHAN HALIM No Papan Cerita : 5
Jenis Projek : HALAMAN PORTFOLIO Tarikh : 18 / 11 / 2013
Pentas Arahan Pengarangan
N1 : TEKS BUTTON AKAN KELUAR SUB MENU APABILA DIKLIK
N2 : TEKS BUTTON AKAN KELUAR SUB MENU APABILA DIKLIK
N3 : TEKS BUTTON AKAN KELUAR SUB MENU APABILA DIKLIK
N4 : TEKS BUTTON AKAN KELUAR SUB MENU APABILA DIKLIK
N5 : TEKS BUTTON AKAN KELUAR SUB MENU APABILA DIKLIK
Arahan Grafik
BG : WARNA PUTIH
G1 : LOGO “JIHAN HALIM”
G2 : GAMBAR LAKARAN
G3, G4, G5, G6 : GAMBAR PORTFOLIO
B1, B2, B3, B4 : BUTANG NAVIGASI
S1 : BUTANG LAMAN SOSIAL LINKED
S2 : BUTANG LAMAN SOSIAL TWITTER
S3 : BUTANG LAMAN SOSIAL FACEBOOK
Text
N1 : MENGGUNAKAN TEKS BERFONT CF FASHION SEBAGAI NAVIGASI
N2 : MENGGUNAKAN TEKS BERFONT CF FASHION SEBAGAI NAVIGASI
N3 : MENGGUNAKAN TEKS BERFONT CF FASHION SEBAGAI NAVIGASI
N4 & N5 : MENGGUNAKAN TEKS BERFONT CF FASHION SEBAGAI NAVIGASI T1 : TEKS “PORTFOLIO”
G1
N1 N2 N3 N4 N5
S2 S3 S4S1
G2
T1
G4G3
G6G5
4.2.4 Rekabentuk Antaramuka
Rajah 4.17 : Antaramuka Montaj
Rajah diatas merupakan antaramuka awal montaj yang dicipta, gambar yang
dipaparkan berubah ke gambar yang lain selang tiga saat.
55
Rajah 4.18 : Antaramuka Menu Utama
Rajah 4.18 merupakan antaramuka awal menu utama yang dicipta, terdapat kotak -
kotak navigasi yang akan ke halaman yang dilabelkan pada kotak tersebut. Apabila
dihover pada kotak itu, gambar di kotak tersebut akan bergerak. Ruangan hakcipta
berada di sebelah kiri bawah halaman manakala ruangan ikon laman sosial berada di
bahagian kanan bawah halaman. Gambar latarbelakang berwarna putih kelabu dan
logo teks Jihan Halim di tengah atas halaman.
56
Rajah 4.19 : Antaramuka Halaman About Me
Rajah diatas merupakan antaramuka wal halaman About Me, gambar berada di
sebelah kiri divider manakala ruangan teks di sebelah kanan.
57
Rajah 4.20 : Antaramuka Halaman Collections
Rajah 4.20 merupakan antaramuka awal halaman Collections, terdapat dua gambar
yang dipaparkan pada bahagian tengah halaman yang latarbelakangnya berwarna
kelabu cair dan anak panah kiri dan kanan akan memaparkan gambar – gambar
selanjutnya.
58
Rajah 4.21 : Antaramuka Halaman Portfolio
Rajah di atas menunjukkan antaramuka awal halaman Portfolio dimana susunan
gambar – gambar pilihan di sebelah kanan divider manakala gambar yang dipilih di
sebelah kiri.
4.2.5 Konsep Warna Dan Rekabentuk
Setelah mengetahui warna yang sesuai untuk sebuah laman web bertemakan fesyen
dan rekaan Jihan Halim, konsep warna yang tampak serasi dengan tema fesyen
telah dipilih. Tema warna yang dipilih bernama Pastel.
Rajah 4.22 : Tema
59
4.2.6 Elemen Multimedia Dan Butang Navigasi
Laman web interaktif merupakan satu medium yang sesuai untuk memuatkan
elemen multimedia. Untuk diletakkan di dalam laman web interaktif ini, elemen –
elemen multimedia berikut telah dipilih;
4.2.6.1 Elemen Multimedia
1. Teks
Teks yang mempunyai font tertentu digunakan pada bahagian seperti
maklumat, slogan dan navigasi.
2. Imej
Secara kelaziman laman web fesyen, gambar rekaan, imej lakaran dan
hasil kerja pereka dipaparkan.
3. Animasi
Pada bahagian menu utama, montaj beberapa rekaan – rekaan telah
dipaparkan dalam bentuk slaid gambar pada tengah halaman menu
utama.
4. Audio
Audio yang terdapat di dalam elemen video menjadikan lebih difahami
pengguna.
5. Video
Video yang diletakkan di dalam laman web ini menjadikan lebih menarik.
60
4.2.6.2 Butang Navigasi
Bagi tujuan navigasi dari satu halaman ke halaman yang lain, laman web
interaktif Jihan Halim ini tidak menggunakan butang atau kotak tetapi
menggunakan teks berfont bagi menyerlahkan konsep fesyen berelegen.
Antara font yang digunakan ialah ;
CF Fashion – GLAMOROUS,
BOLD & EDGY
Coco – GLAMOROUS,
BOLD & EDGY
61
BAB 5
KEPUTUSAN
5.1 PENGENALAN
Penghasilan rekabentuk laman web ini ialah untuk mempromosikan Jihan Halim
serta menyediakan sebuah laman web bagi Jihan Halim dapat memaparkan rekaan –
rekaan yang dicipta oleh beliau selain menyatakan biografi dan cara bagaimana
hendak menghubungi beliau. Pelbagai elemen multimedia yang dimasukkan dapat
menarik perhatian pengguna untuk mengunjungi laman web yang dihasilkan.
62
5.2 HASIL KEPUTUSAN
Index
Rajah 5.1 : Halaman Index
Merupakan halaman antaramuka pertama pengguna akan temui apabila memasuki
ke laman web Jihan Halim. Elemen multimedia yang terdapat di dalam halaman ini
ialah animasi dimana selang setiap tiga saat, gambar dilatarbelakang akan bertukar.
63
About Me
Rajah 5.2 : Halaman About Me
Pada halaman ini dipaparkan gambar dan biografi ringkas tentang Jihan Halim
seperti akademik dan kerja yang pernah dibuat. Terdapat juga video Jihan Halim
sedang menghadiri Fashion Show. Butang navigasi boleh didapati dengan
menghoverkan mouse di sebelah kiri halaman iaitu di bahagian bar berwarna peach.
64
Portfolio
Rajah 5.3 : Halaman Portfolio
Halaman ini bertujuan untuk dijadikan halaman bagi Jihan Halim memaparkan
gambar – gambar koleksi rekaan bagi tujuan paparan atas talian beliau. Para
pengguna boleh memilih koleksi gambar dengan menekan pada gambar yang dipilih
dan gambar tersebut dibesarkan. Butang navigasi boleh didapati dengan
menghoverkan mouse di sebelah kiri halaman iaitu di bahagian bar berwarna peach.
65
Event
Rajah 5.4 : Halaman Event
Pada halaman ini terdapat kalendar dan ruangan Twitter bagi pengguna mengetahui
perkembangan Jihan Halim. Di ruangan kalendar, pengguna boleh mengetahui jika
Jihan Halim ada meletakkan sesuatu peristiwa atau aktiviti yang disertanya. Butang
navigasi boleh didapati dengan menghoverkan mouse di sebelah kiri halaman iaitu di
bahagian bar berwarna peach.
66
Contact
Rajah 5.5 : Halaman Contact
Merupakan halaman untuk memaparkan bagaimana ingin menghubungi Jihan Halim.
Terdapat nombor telefon, emel dan ruang untuk pengguna menghantar pesanan bagi
para pengguna sebagai kaedah berkomunikasi serta mengikuti perkembangan Jihan
Halim. Butang navigasi boleh didapati dengan menghoverkan mouse di sebelah kiri
halaman iaitu di bahagian bar berwarna peach.
67
Collection
Rajah 5.6 : Halaman Collection
Berbeza dengan halaman Portfolio, halaman Collection merupakan halaman untuk
memaparkan jaringan rekaan yang direka oleh Jihan Halim. Pengguna boleh klik di
anak panah kiri dan kanan untuk melihat rekaan seterusnya. Pada setiap rekaan,
penerangan ringkas diletakkan pada bersebelahan rekaan tersebut. Butang navigasi
boleh didapati dengan menghoverkan mouse di sebelah kiri halaman iaitu di
bahagian bar berwarna peach.
68
BAB 6
KESIMPULAN
6.1 KESIMPULAN
Rumusannya, segala maklumat dan data yang diperolehi mencukupi dan sesuai
untuk dimuatkan ke dalam laman web interaktif Jihan Halim ini. Dari permulaan
kajian iaitu proses mengumpul maklumat dan data, Jihan Halim sangat membantu
serta memberi kerjasama yang ikhlas dalam kajian terhadapnya seperti menemubual
dan melihat hasil kerjanya. Pembangunan laman web ini telah menerapkan kelebihan
dan menapis kelemahan melalui contoh laman web yang dikaji serta menepati
objektif bagi memperbaiki laman web interaktif ini dan berjaya menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Proses kerja pembangunan telah diikuti satu persatu melalui
69
rujukan perjalanan projek daripada carta gantt dan model yang dipilih. Lantas,
beberapa aspek seperti masa dan kos berjalan seperti apa yang dirancang dan
ditetapkan.
Selain itu, didapati beberapa elemen seperti fungsi, elemen multimedia yang
digunakan dan rekaletak rekabentuk laman web interaktif bertema fesyen yang lazim
digunakan memudahkan untuk mengenalpasti bagaimana untuk melakar idea dan
mengetahui isi kandungan apa yang sesuai dimuatkan dalam sesuatu halaman.
Tambahan lagi, konsep yang digunakan di dalam laman web ini sesuai dengan tema
fesyen.
Justeru itu, kami bercadang untuk membuat menambahbaikkan terhadap laman web
interaktif kami seperti meletakkan lagi rekaan yang direka oleh Jihan Halim dan
menukar cara paparan rekaan tersebut.
70
6.2 RUJUKAN
Buku
Anne-Marie Concepcion. 2001. Hour Design Book. Professional website design from
start to finish. PTPL Shah Alam Library.
Halaman Web
Adobe. 2013. Create Your Own Kuler Theme. Diakses pada 16 Oktober 2013.
https://kuler.adobe.com/create/color-wheel/
Prezi. 2013. Hannaffin & Pack. Diakses pada 8 Oktober 2013.
http://prezi.com/yv40eqt3ghjp/hannafin-and-peck/
The Butcher & The Crow. 2013. Fashion Website. Diakses pada 4 Oktober 2013.
http://www.thebutcherandthecrow.com
W3School. 2013. HTML Tutorial. Diakses pada 3 Oktober 2013.
http://www.w3schools.com/html/
71
Lampiran A : Borang Permohonan Menjalankan Kajian
72
Lampiran B : Jenis kain
73
Lampiran C : Borang Kaji Selidik Analisa Keperluan 1
74
Lampiran D : Borang Kaji Selidik Analisa Keperluan 2
75
Lampiran E : Borang Kaji Selidik Rekabentuk
76
Lampiran F : Borang Kaji Selidik Pembangunan dan Perlaksanaan
77
top related