TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN …angkasa.coop/.../MEI/Mesy.-Agung-Konsortium-Ikan-Temerloh---240517.pdf · penglibatan koperasi di dalam sektor akuakultur khususnya dalam
Post on 08-Sep-2019
20 Views
Preview:
Transcript
1
TEKS UCAPAN
PRESIDEN ANGKASA
PERASMIAN MESYUARAT
KONSORTIUM KOPERASI TERNAKAN
IKAN NEGERI PAHANG BERHAD
2
PADA 24 MEI 2017, JPAN PAHANG
ZON 2, TEMERLOH PAHANG
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi
Ta’alla Wabarakatuh,
3
Salam Sejahtera
Salam 1 Malaysia
Salam 1Koperasi
Barisan Kepimpinan Anggota
Lembaga dan Jawatankuasa Audit
Dalaman Konsortium
4
Salutasi
1. Yg Berusaha, pengerusi J/K
Perhubungan ANGKASA negeri
Pahang Zon 2, Tn. Hj Mansor Ab
Rahman
5
2. Yg Berusaha, Pengerusi Konsortium
Koperasi Ternakan Ikan Negeri
Pahang Berhad, Tn. Hj Md Nor Yatim
3. Yg Berusaha, En. Syukur B. Abdullah
Penolong Pengarah SKM Wilayah
Temerloh Pahang.
6
4. Ahli – ahli J/Kuasa Perhubungan
ANGKASA Negeri Pahang Zon 2
5. Yg Berusaha ALK Konsortium
Koperasi Ternakan Ikan Negeri
Pahang Berhad
7
6. Yg Berusaha, En. Hasnan Mustapha
Pengurus Besar Bahagian
Perladangan, Pertanian dan Industri
Asas Tani
8
7. Yg Berusaha, En. Muhammad Zuhid
Jamaludin Pengurus Sektor Pertanian
& Industri Asas Tani
Tuan -Tuan dan Puan-Puan Koperasi
Ahli-Ahli Konsortium Yang Dihormati
Sekalian.
9
1. Syukur alhamdulillah ke hadrat
Allah Subhanawa Ta’ala kerana
diberi kesempatan untuk kita
mengadakan Mesyuarat Agung
Konsortium Koperasi Ternakan Ikan
Negeri Pahang Berhad.
10
2. Tahniah saya ucapkan kepada
Anggota Lembaga dan koperasi-
koperasi ahli konsortium yang
berjaya menjalankan
tanggungjawab ini.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
11
3. Industri akuakultur telah
berkembang pesat di Malaysia
sebagai sumber pengeluaran
makanan. Koperasi tidak terkecuali
terlibat secara langsung dalam
projek akuakultur untuk menambah
12
serta mempelbagaikan pendapatan
koperasi.
4. Selaras dengan matlamat yang
digariskan di bawah “National Key
Economic Area” (NKEA), ANGKASA
berusaha meningkatkan
13
penglibatan koperasi di dalam sektor
akuakultur khususnya dalam
penternakan ikan air tawar.
ANGKASA telah berjaya
menggabungkan pengusaha-
pengusaha anggota dan koperasi-
koperasi pengusaha ikan patin di
14
sekitar Temerloh di bawah Konsortium
ini yang telah didaftarkan pada
disember 2014.
5. Konsortium ditubuhkan bertujuan
untuk memperkasakan penternakan
ikan patin melalui koperasi;
15
menghapuskan orang tengah;
menjadikan koperasi sebagai wadah
bagi menyalurkan pinjaman kepada
pengusaha ternakan ikan patin; dan
membantu Kerajaan dalam
memaksimakan pencapaian
matlamat di bawah NKEA.
16
6. Konsortium Koperasi Ternakan Ikan
Patin, satu program berimpak tinggi
yang dibangunkan ANGKASA tetapi
mesti digerakkan koperasi secara
berdikari dengan mengambil
manfaat dan kemudahaan yang
disediakan agensi-agensi lain.
17
7. Alhamdulilah saya berbangga
dengan pencapaian Konsortium
yang kini mempunyai keahlian terdiri
daripada 7 buah koperasi. Data
penternak anggota konsortium
berjumlah 120 orang dengan 1,500
buah sangkar ikan. Kita ingin melihat
18
lebih banyak lagi koperasi menyertai
konsortium ini di masa hadapan. Ini
bagi memastikan koperasi boleh
mengeluarkan ikan air tawar
khususnya patin dalam skala yang
lebih besar bagi memenuhi
permintaan masyarakat Malaysia
19
yang gemarkan ikan patin yang
semakin meningkat.
8. Selain itu, ikan patin diakui
mempunyai khasiat, kaya dengan
lemak ikan baik yang membantu
mempertingkatkan lagi kesihatan
20
Kardiovaskular (jantung dan
pembuluh darah) di samping
meningkatkan kadar kolestrol baik
dalam darah. Selain sebagai sumber
protin yang tinggi kepada
masyarakat.
21
9. Saya juga berbangga
mengetahui sekarang ini, Konsortium
mempunyai pusat untuk
pengumpulan dan jualan ikan di
Taman Desa Bukit Semantan,
Temerloh dan menyertai projek
ternakan udang secara
22
berkelompok di Mersing, Johor.
Malah lebih membanggakan lagi,
Konsortium juga telah menjalinkan
usahasama dengan PPK Lubuk Batu,
Jitra, Kedah dalam pengedaran
makanan ikan. Saya juga
difahamkan konsortium bakal
23
menjalankan projek ternakan ikan
sangkar yang dimiliki sepenuhnya
oleh pihak konsortium.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
24
10. Untuk lebih berjaya Konsortium
harus merebut peluang yang
dihasratkan kerajaan menjelang
2020 yang mensasarkan
pengeluaran ikan air tawar sebanyak
67,307 tan metrik dan mewujudkan
peluang pekerjaan sebanyak 2,036
25
berbanding pengeluaran semasa
sebanyak 8,493 tan metrik sehingga
Ogos 2016 yang masih jauh daripada
mencukupi (Laporan Ekonomi
2016/2017).
26
11. Bagi mencapai matlamat ini
banyak kemudahan disediakan oleh
kerajaan melalui agensi-agensi
perikanan seperti Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia, Jab
Perikanan dan lain-lain agensi yang
berkaitan. Koperasi juga berpeluang
27
mendapat perkhidmatan yang
ditawarkan itu seperti peruntukan
geran, pinjaman, latihan teknikal dan
kemudahan infrastruktur .
12. Saya menyarankan konsortium
boleh mengadakan site visit untuk
28
melihat kejayaan penternakan ikan
sangkar yang dilakukan Kerajaan di
Lahad Datu, Sabah, Tasik
Temenggur, Perak dan Kota Tinggi
Johor.
29
13. Konsortium perlu mempunyai
inisiatif dan usaha sendiri untuk
mencari peluang-peluang baru di
persekitaran sendiri yang mempunyai
nilai komersial yang boleh
menambahkan pendapatan dalam
30
masa yang sama diperlukan
anggota-anggota.
14. ANGKASA sebagai peneraju
sektor, akan terus berusaha mencari
jalan untuk membantu
membangunkan perniagaan
31
Konsortium koperasi. Sehingga kini
ANGKASA telah memperuntukkan
sejumlah Rm 2.5 Juta kepada 3 buah
Konsortium dalam bentuk pinjaman
Al-Qardhul Hasan.
32
15. Kejayaan gerakan koperasi tidak
dijayakan oleh sebuah koperasi
tetapi oleh seluruh koperasi di negara
ini. Kejayaan akan tercapai apabila
kita bekerjasama dan bersatu.
33
16. Akhir sekali, saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan terima kasih di atas
jemputan ini. Saya dengan lafaz
Bismillahirrahmanirahim, merasmikan
Mesyuarat Agung Konsortium
top related