TAKRIF KOMUNIKASI
Post on 15-Feb-2016
44 Views
Preview:
DESCRIPTION
Transcript
TAKRIF KOMUNIKASIKomunikasi menurut
1.WOODS (2001) ialah suatu PROSES YANG SISTEMATIK yang melibatkan seseorang
berinteraksi mengunakan SIMBOL TERTENTU untuk membentuk dan mengintepretasikan
MAKNA.
PROSES - sesuatu yang berlaku secara berterusan dan sentiasa mengalami perubahan
SISTEMATIK – bermaksud komunikasi berlaku dalam system yang berkait rapat
SIMBOLIK - melibatkan simbol sama ada abstrak, arbituari atau kabur
MAKNA -dilihat menerusi simbol yang disampaikan yang terdiri dari dua tahap iaitu
KANDUNGAN MAKNA & HUBUNGAN MAKNA antara komunikator dan
mesej
2.VERDEBER & VERDEBER (2002)
Suatu PROSES MEMBENTUK DAN BERKONGSI MAKNA yang melibatkan :
a. KOMUNIKATOR
b. KONTEKS
c. MESEJ
d. SALURAN
e. GANGGUAN (NOISE)
f. MAKLUMBALAS
3. GAMBLE & GAMBLE
Suatu PROSES PEMINDAHAN MAKNA yang berlaku secara SENGAJA atau TIDAK
SENGAJA
- Bergantung kepada penerima yang menginterpretasikan proses tersebut sebagai
MESEJ atau KESAN kepada PERLAKUAN
4. TRENHOLM (2001)
GABUNGAN KONSEP untuk melihat bagaimana MANUSIA MENGGUNAKAN SIMBOL
(yang berbentuk perkataan) untuk membentuk KESAMAAN MAKSUD
5. HYBELS & WEAVER (2001)
PROSES PERKONGSIAN IDEA, MAKLUMAT dan PERASAAN
- Apa sahaja yang memberi makna terhadap mesej adalah dianggap sebagai
KOMUNIKASI
KEPENTINGAN KOMUNIKASI1. KEHIDUPAN PERIBADI
Komunikasi sangat penting sebagai suatu INTERAKSI antara DUA INSAN,
HUBUNGAN PERSAHABATAN mahupun dalam hubungan KEKELUARGAAN
2. PENINGKATAN KERJAYA
Kemahiran berkomunikasi juga penting sebagai asas untuk meningkatkan pencapaian
dalam bidang kerjaya.
3. ETIKA DALAM KOMUNIKASI
Di samping itu, etika dalam komunikasi perlu dijaga terutama dalam bentuk moral dan
akhlak agar komunikasi yang terjalin tidak lari daripada landasan yang betul, sebaliknya akan
mengakibatkan huru hara dan putusnya hubungan antara komunikator.
4. ADAPTASI DALAM MASYARAKAT PELBAGAI BUDAYA
Komunikasi juga penting sebagai suatu jalinan perhubungan antara msyarakat pelbagai
budaya. Komunikasi yang betul akan dapat menjalinkan hubungan yang baik dan menjaga
keharmonian masyarakat majmuk
5. KESAN PERUBAHAN TEKNOLOGI DAN HUBUNGAN
Perubahan dan perkembangan teknologi turut sama mengubah bentuk perhubungan dan
cara komunikasi sesama insan. Oleh yang demikian, cara berkomunikasi sesama insan juga harus
diselarikan dengan perubahan teknologi sebagai langkah mengekalkan hubungan baik sesama
insan.
UNSUR-UNSUR DALAM PROSES KOMUNIKASI
1. SUMBERSumber ialah orang yang MENG”ENKOD” MESEJ dalam proses membentuk dan
menyampaikan mesej
Keberkesanan SUMBER bergantung kepada perkara-perkara di bawah:
- a. Kemahiran Komunikasi
- b. Sikap
- c. Tahap Pengetahuan
- d. Kedudukannya dalam masyarakat / sosio budaya
2. PENERIMAPenerima ialah SASARAN SESUATU MESEJ yang disampaikan oleh sumber
3. MESEJMAKSUD yang terkandung dalam perkataan atau simbol yang digunakan oleh sumber
untuk menyampaikan sesuatu MAKSUD.
Ciri2 utama mesej:
a. KOD MESEJ sama ada BAHASA atau SIMBOL
b. ISI @ KANDUNGAN MESEJ – mesti jelas dan difahami
c. PENGOLAHAN MESEJ – Kalau pengolahannya baik, maka mesej dapat diterima.
4. SALURANALAT atau PERANTARA antara SUMBER dan PENERIMA sama ada :
a. Media
b.Komunikasi bersemuka
c. Mesej bukan lisan
5. GANGGUANSebarang bentuk HALANGAN yang berlaku dalam proses komunikasi sama ada :
a. Fizikal
b. Fisio – psikologi
c. Gangguan mental
6. MAKLUM BALAS
-RESPON penerima terhadap utusan daripada sumber
7. RANGKA RUJUKPENGALAMAN / PENGETAHUAN sedia ada berkaitan tajuk yang menjadi topic
komunikasi
Perbezaan tahap rangka rujuk yang ada pada sumber dan penerima akan mendatangkan
kesan terhadap komunikasi yang dijalankan antara kedua-duanya.
FUNGSI KOMUNIKASI
1. MENYUMBANG ILMU
a. Interaksi antara Guru dan Pelajar
b. Interaksi yang melibatkan pemindahan ilmu
c. Media massa – TVIQ, National Geographic
2. MENGUKUH PROSES SOSIALISAS
Komunikasi akan membantu proses penyesuaian diri seseorang individu dengan
persekitaran dan masyarakat
3. MENGHIBUR
Proses komunikasi juga mampu menjadi hiburan kepada orang yang berkomunikasi,
seperti berbual, komunikasi dengan media massa seperti TV, Video
4. MEMBERITAHU
Komunikasi juga bertujuan menyampaikan maklumat, sama ada secara bersemuka,
melalui media massa mahupun melalui papan tanda yang terdapat di jalan raya.
5. MEMBUJUK
Termasuk iklan, kempen dan propaganda untuk mebgubah sikap dan pandangan audien
terhadap sesuatu perkara
6. MELAHIRKAN KESEPAKATAN
Komunikasi yang baik akan berfungsi sebagai penyatu masyarakat dan melahirkan
kesepakatan yang akan mengharmonikan kehidupan.
KOMUNIKASI POLITIK (POLITICAL COMMUNICATION)
1.POLITIK ( ROBERT DAHL)
- Satu bentuk HUBUNGAN MANUSIA yang melibatkan KUASA dan PENGARUH
AUTORITI
2. KOMUNIKASI
- Pemindahan makna yang menggunakan simbol-simbol tertentu untuk membuatkan orang lain
mengambil perhatian
3. TUJUAN KOMUNIKASI POLITIK
- Untuk empengaruhi SASARAN walau dengan apa cara sekalipun
4. BAGAIMANA UNTUK MENGIMPLEMENTASIKAN KOMUNIKASI POLITIK INI
SEBAGAI KOMUNIKASI DAKWAH?
- Seorang da’ie yang menguasai Fiqh Dakwah belum tentu dapat menguasai teknik
komunikasi yang berkesan.
- Oleh itu, seorang da’ie perlu menguasai komunikasi untuk menyampaikan dakwah
secara berkesan dengan MENGAJAK kearah KEBAIKAN walau dengan apa cara sekalipun,
sebagaimana yang dilakukan dalam komunikasi politik.
- Antara cara untuk mengadaptasikan komunikasi politik kepada komunikasi dakwah
ialah :
1.PASTIKAN KEBERKESANAN MEDIUM / WASILAH YANG DIGUNAKAN untuk
menyampaikan dakwah dengan menggunakan semua medium yang ada seperti facebook,
whatsapps, twitter, banner dan flyers.
2. MENGKAJI FENOMENA SOSIAL DARI PERSPEKTIF DAKWAH
- Contoh ; Kenapa ramai yang tolak hudud ?
-kerana ramai yang tak ke masjid dan tidak mendapat maklumat yang betul. Oleh
itu, langkah pertama ialah dengan mengajak orang ramai ke masjid.
3.SENTIASA MENGKAJI KEBERKESANAN DAKWAH YANG DISAMPAIKAN
- Islam menetapkan panduan berdakwah tetapi Islam tidak rigid dalam metod
dakwah yang disampaikan. Oleh itu para da’ie perlu kreatif dalam mencari metod-metod
yang sesuai dengan kehendak masyarakat , selagi mana tidak bertentangan dengan
syarak.
- Dakwah memerlukan orang yang bersifat pemimpin, bukan orang yang hanya mampu
dipimpin. Oleh itu, seorang da’ie perlu pandai menguruskan diri seterusnya mampu
untuk memimpin dan menguruskan masyarakat di sekelilingnya.
- Daie juga perlu memahami sikap manusia seterusnya mengunakan uslub yang sesuai
dengan keadaan mereka. Di samping itu, perlu bijak menggunakan ilmu akal untuk
menarik manusia kearah Islam.
KOMUNIKASI ISLAM
Komunikasi Islam ialah proses bagaimana seseorang pendakwah berfungsi sebagai komunikator,
berkongsi pengalaman dan maklumat dengan pendengar.
Ia perlu berteraskan kepada prinsip-prinsip berikut :
1. MENGENALPASTI BERITA yang didengari atau yang ingin disampaikan itu BENAR atau
TIDAK dengan cara TABAYYUN
فتبينوا بنبأ فاسق جاء ان ءامنوا الذين ايها ياa. Cari bukti dokumen atau testimony perkara yang terlibat
b. Cari saksi – lebih ramai orang yang tahu atau lebih berkredibiliti sesuatu sumber
adalah lebih terbukti kebenarannya.
-seperti ilmu perawi hadith – suatu cara yang baik untuk diaplikasikan dalam
komunikasi masa kini.
c. Internal validity / penjelasan akal
- sesuatu perkara itu boleh dipertimbangkan juga dengan akal selain daripada
dalil naqli.
d. Cari penjelasan –
- kadang-kadang kebenaran nampak buruk dan yang buruk nampak seperti baik
sebagaimana kisah seorang lelaki yang bertanya kepada Ibn Umar tentang beberapa kegagalan
Saiyidina Uthman :
- Lari dari perang Uhud
- Tak ikut perang Badar
- Tak ikut baiah Ridhwan
- Setelah diberi penjelasan, maka terbukti kebenaran dan lelaki tersebut berpuas hati
dengan penjelasan yang diberikan.
2. MENGELAKKAN BERBICARA HAL YANG TIDAK MEMBAWA FAEDAH
معرضون اللغو عن هم والذينAntara prinsip komunikasi Islam ialah mengelakkan daripada membicarakan hal-hal yang
tidak mebawa faedah. Antaranya membicarakan tentang hal-hal keduaniaan yang keterlaluan
seperti perkembangan hiburan tanahair yang melalaikan, terlalu banyak gelak ketawa dan topic-
topik yang tidak memberi sumbangan terhadap perkembangan dakwah Islamiyah, sesuai dengan
jiwa seorang daie.
Selain itu, seorang daie yang baik juga sentiasa mengelakkan perbalahan dan perdebatan
yang berpanjangan yang tidak membawa apa-apa makna dan hanya untuk kepentingan dirinya
sahaja. Dalam perbalahan seperti ini, lebih baik ia berdiam diri daripada bertegang urat untuk
mempertahankan maruah dirinya sendiri, bukan kebenaran yang sepatutnya dipertahankan.
3. MENYAMPAIKAN SESUATU YANG MEMBAWA FAEDAH, AMAL KEBAJIKAN,
AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR, DAN MEMPERBAIKI HUBUNGAN ANTARA
MANUSIA
الناس بين اصالح او معروف او بصدقة امر من اال نجوهم من كثير في خير ال
4. ELAKKAN PEMBERITAAN YANG BERAT SEBELAH (BIAS) DAN BERITA YANG
KURANG BEROBJEKTIF
-manusia cenderung untuk melaporkan yang baik terhadap orang yang mereka suka dan
sebaliknya.
- langkah yang perlu diambil ialah melaporkan sesuatu dengan berobjektif iaitu :
a. melaporkan yang dilihat sahaja
b. tanpa pertimbangan emosi
c. tanpa pendapat sendiri
d. tanpa nilai peribadi
e. tidak menyebelahi mana-mana pihak
REVERSE PSYCHOLOGY
DEFINISI
Salah satu TEKNIK DESAKAN yang MENYOKONG suatu KEYAKINAN atau PERILAKU
yang BERTENTANGAN dengan yang DIINGINKAN
- Dengan harapan untuk mendorong kumpulan sasaran melakukan apa yang
dimaksudkan iaitu yang DISEBALIK APA YANG DISYORKAN
-Ia adalah hasil daripada sifat manusia yang tidak suka dengan arahan kerana mudah merasa
terkongkong. Perkataan JANGAN lebih suka untuk dilanggar daripada dipatuhi.
KEBERKESANAN
- Ia adalah berdasarkan tabiat manusia yang biasanya bertindak NEGATIF terhadap
PUJUKAN / SURUHAN
- Cara paling berkesan untuk mendorong mad’u melakukan sesuatu terutamanya
mereka yang suka dicabar. Ia adalah satu cabaran secara tidak langsung.
STRATEGI
1. EXCLUDES INSTEAD OF INCLUDES
- Sindiran untuk seseorang atau segolongan sahaja
- Contoh.. -Orang yang macam ni bukan ada di sini.. tapi ada di afrika sana..
- Panjat lagi tinggi-tinggi.. panjat.
- Tuan-tuan jangan bayangkan..
2. YOU CANT HAVE IT
- Ayat yang digunakan seperti buat-buat merajuk/ tak mahu
- Contoh.. - Tak pa lah.. saya ni bukan penting sangat pun..
3. SCARCITY (MENAKUT-NAKUTKAN)
- Tak da orang tua pun masuk syurga
- Banjir besar yang melanda ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Adakah ini tanda
kiamat semakin hampir?
4. BEING PRESUMPTUOUS (MEMBUAT ANDAIAN YANG MENGEJUTKAN)
- Cara Rasulullah s.a.w – Bagaimana aku khabarkan kepada kamu di sebalik bukit itu ada
suatu kaum yang akan datang menyerang?
5. YOU ARE NOT INTERESTED ( PURA-PURA TAK NAK)
- Kalau kamu bising ustaz tak nak ceritalah..
6. JEALOUSY (BANGKITKAN RASA CEMBURU)
- Rupanya kampong sebelah lebih ramai kehadirannya dari kampung ini.
- Tunjuk macam dah tak minat dan dekati orang lain.
Strategi-strategi ini dapat digunakan dalam dakwah
- Elakkan guna perkataan jangan, haram, tak boleh
- Ustaz Azhar Idrus – Pendekatan BOLEH – Boleh tak nak pakai tudung tapi kena
pakai baldilah..
PERSUASIVE COMMUNICATION ( KOMUNIKASI MENDESAK)
PROPAGANDA (PROPER AGENDA)
DEFINISI 1
MAKLUMAT, IDEA, DESAS DESUS ATAU KHABAR ANGIN YANG SENGAJA
DISEBARLUASKAN UNTUK MEMBANTU @ MERUGIKAN SESORANG INDIVIDU,
KUMPULAN, GERAKAN, INSTITUSI ATAU BANGSA
Ia lebih kepada pendekatan EMOSI, bukan INTELEK
DEFINISI 2
USAHA YANG BERPERANCANGAN DAN SISTEMATIK UNTUK MEMBENTUK
PERSEPSI DAN MEMANIPULASI PEMIKIRAN DAN PERILAKU SECARA LANGSUNG
UNTUK MENCAPAI MATLAMAT YANG DIKEHENDAKI
TUJUAN PROPAGANDA
1. Mengubah / menguatkan keyakinan dan sikap audiens
2. Mendorong audien melakukan / memiliki tingkah laku yang diharapkan
MATLAMAT PROPAGANDA (S. WILSON)
Tiga sasaran utama :
1. KOGNITIF / PEMIKIRAN
- Ubah kepercayaan individu terhadap sesuatu objek / masalah iaitu
-sifat, interpretasi, definisi, jangkaan dan lain-lain.
2. SIKAP
-Ubah sikap individu dalam menilai sesuatu objek
- Kategori objek dari negative ke positif dan sebaliknya
3. TINGKAH LAKU
- Ubah tingkah laku dalam tindakbalas terhadap sesuatu objek atau masalah
KEBERKESANAN PROPAGANDA
Propaganda yang dibawa akan membawa kesan kerana tiga faktor berikut :
1. Ia mempunyai kredibiliti.
2. Daya penarik
3. Kekuasaan
ELEMEN-ELEMEN PROPAGANDA
1. EVIDENCE – Bukti atau fakta yang menyokong maksud sebenar propaganda
2. ARGUMENT – DAkwaan yang menyokong untuk menyimpulkan sesuatu perkara yang
membawa kepada tindakan
3. KONKLUSI – Tindakan yang dikehendaki iaitu apa-apa yang diharapkan dari audien
TEKNIK – TEKNIK PROPAGANDA
1. NAME CALLING – Mengaitkan individu @ idea dengan simbol yang negatif dan
mengharapka audien menolak berdasarkan simbol negatif itu, bukan berdasarkan bukti yang ada
- contoh ISLAM = TERRORIS
- Degil macam babi
2. TESTIMONIAL
Gunakan selebriti untuk promosi barang sedangkan selebriti yang menjadi duta pun tidak
menggunakan barang tersebut
- Dato’ Siti Bahiyah Mahmud – produk Imtiyaz penapis air
3. FEAR – KETAKUTAN YANG MENDALAM
Ancaman berlakunya kacau bilau, bencana, huru hara
- DAP – Racist
- PAS – Potong tangan
- DAkwah – tak solat – ancaman kubur – ustaz Abdullah Khairi
4. GLITTERING GENERALITIES
Berusaha untuk membuat audiens setuju tanpa usul periksa dengan menggunakan
perkataan yang BOMBASTIK, tetapi belum tentu benar
- GST – menambah pendapatan Negara
- ISLAM HADHARI
- SATU MALAYSIA
5. BANDWAGON
Menggunakan slogan-slogan yang menunjukkan seolah-olah semua orang sudah
menyertai kempen tersebut, sedangkan tidak berlaku sedemikian
- Semua orang sudah buat, jadilah sebag=hagian daripada mereka
- Berbelanjalah di mana rakyat Malaysia berbelanja – GIANT
- Dakwah – Semua artis-artis muda sudah bertudung.. yang tinggal artis-artis tua.. anda
bila lagi?
6. LOGICAL FALLACIES
Membuat suatu kesimpulan berdasarkan logic akal walaupun sebenarnya ia adalah salah
- Semua agama adalah sama kerana semuanya menyeru ke arah kebaikan.
7. PLAIN FOLKS APPEAL
Membayangkan diri sebagai pemimpin berjiwa rakyat.
- Juara Rakyat (UMNO – BN)
- Pas For All
8. TRANSFER
Mengalih pandangan audien pada item tertentu dalam cara yang sama mereka melihat
item tersebut
- Teknik Politik / Perang
o simbol bendera putih / doa / salib
o Kes kepala babi di Melaka- nyanyi lagu negaraku..
9. CARD STACKING
Meletakkan maklumat yang Positif sahaja terhadap sesuatu idea / cadangan
Maklumat buruk disembunyikan dan didiamkan
- Kelebihan GST- Membandingkan harga minyak dengan Negara yang mahal- Biasanya dilakukan oleh media arus perdana
10. HUMOR
Menggunakan kartun, lawak jenaka untuk menghilangkan keresahan audien dan cenderung ke arah positif.
- Iklan kartun GST di media massa dan iklan-iklan di kenderaan awam-
11. EUPHEMISM
Menggunakan Istilah yang lebih lembut untuk sesuatu yang kasar dan sebaliknya
- Tidak dibenarkan masuk kecuali dengan urusan- Terima kasih kerana tidak merokok
12. SEX APPEAL
Menggunakan tarikan seksual untuk mempengaruhi audien
- Eksploitasi wanita dalam iklan
6 CARA MEMPENGARUHI
1. RECIPROCITY
- Manusia berkecenderungan membalas budi orang yang berbuat baik kepadanya’
- Antara cara mempengaruhi manusia ialah dengan menggula-gulakan sasaran dengan
JANJI KEBENDAAN untuk mendapatkan balasan
- Sebagai contoh – Pemberian bantuan yang dikaitkan dengan pengekalan kuasa sesebuah parti politik dalam pilihanraya.
- Jika tuan-tuan dan puan-puan menyokong saya, saya akan membina jambatan baru di kampong ini.
2. SCARCITY
- Manusia akan lebih memberi perhatian atau lebih mudah dipengaruhi apabila terdapat ANCAMAN terhadap kepentingan dirinya
- Contoh -1 hari jualan MURAH. Jangan lepaskan peluang ini..
- Kiamat sudah dekat. Banyak tanda-tanda kiamat telah kelihatan di sana sini. Bumi yang tak pernah dilanda salji kini penuh dengan salji. Tempat kita yang tidak pernah dilanda putting beliung, kini berlaku di mana-mana.
3. LIKING
- Manusia lebih percaya kepada orang yang mereka suka. Sama ada penampilan watak dan akhlak yang baik, wajah yang jelita atau kacak atau cara komunikasi dan gaya berceramah yang menarik perhatian mereka.
-Oleh itu, da’ie perlu sentiasa berusaha menarik perhatian dan memenangi hati mad’u.
4. COMMITMENT AND CONSISTENCY
- Manusia akan bertindak secara lebih konsisten apabila ada komitmen. Dengan cara ini, manusia manusia yang terikat dengan komitmen tertentu akan lebih mudah dipengaruhi.
- Sebagai contoh – penjawat awam yang terikat dengan kerajaan dan tidak dapat sewenang-wenangnya melahirkan dan membuat sesuatu perkara dengan sesuka hati terutamanya yang melibatkan kepentingan kerajaan.
5. SOCIAL PROOF
- Manusia lebih cenderung untuk melakukan apa yang orang lain disekeliling nya sedang lakukan, iaitu dengan cara memomokkan mereka atau mempengaruhi mereka untuk menyertai apa yang majority masyarakat sedang lakukan.
- Contoh – Ajakan ke perhimpunan/ demonstrasi
- Fenomena smartfon
6. AUTHORITY
- Manusia akan patuh kepada individu atau perkara yang berauthoriti. Sebagai contoh, seorang ustaz yang menyampaikan ceramah agama lebih dipercayai daripada seorang doctor perubatan yang menyampaikannya.
top related