Tahniah - gs.umt.edu.mygs.umt.edu.my/infokus/infokus_jun2018.pdf · Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga
Post on 25-Sep-2019
27 Views
Preview:
Transcript
Bil. 63w w w . u m t . e d u . m y
JUN 2018
TahniahTUN DR. MAHATHIRPerdana Menteri Malaysia
DR. AHMAD SAMSURIMenteri Besar Terengganu
DR. MASZLEEMenteri Pendidikan Malaysia
RM39.00
Pengarang : Juanita Joseph Noraida Haji Ali Mustafa ManTahun Terbit : 2018Terbitan : Penerbit UMTHarga : RM39.00
TERKINI
DI PASARAN
RM101.00
Penyunting : Nor Aieni Haji Mokhtar Noorhaslinda Kulub Abd. Rashid Zaleha MohamadTahun Terbit : 2017Terbitan : Penerbit UMTHarga : RM101.00
Sidang RedaksiPenaungYBhg. Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar
Ketua Pengarang YH Dato’ Prof. Madya Dr. Noraien Mansor
Editor Mohd Afifullah Ahmad
Pembaca PrufNazarudin OthmanNurul Ain Mohd Noor
Pereka GrafikMohd Fadli Abdullah
JurufotoKrew Media Kreatif
Hak Cipta Terpelihara © 2018. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.
KandunganSekalung TahniahYAB Tun Dr. Mahathir Mohamad
Usaha AKUATROP Melestarikan Si Sepit Biru
UMT Rangkul 3 Anugerah Buku Negara
Sekalung TahniahYB Dr. Maszlee Malik
Sekalung TahniahYAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Ekspedisi Kelulut Kenyir 2.0
UMT Tuai 30 Pingat Emas Sempena MPI 2018
Kejayaan Berganda UMTMOOC
UMT-MAIDAM Meterai MoA Wakaf Ilmu
Jalinan UMT-NTOU Kian Erat
TAF-UMT-SALIHIN Peneraju WBL Graduan Perakaunan
UMT Hos Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018
UMT Anjur Career, Entrepreneurship & Skill Festival
Penyelidik Mikologi Timba Ilmu Kulat
Kolej Siswa Laksana Lawatan Ilmiah dan Bakti Siswa di Indonesia
Pelajar Tropimundo Hayati Warisan Alam Tasik Kenyir
Lawatan Industri PPSA Erat Hubungan bersama Industri
Wataniah UMT Cedok Ilmu Orang Asli
Karnival Sukan Staf UMT 2018
Kelab Ekuin UMT Penggerak Sukan Berkuda
Renungan
6
18
12
20
810
2223
25
28
24
26
29303234363839
21
1416 Penerbit UMT Lakar Hatrik Hos
Anugerah MAPIM-KPT
4
Secangkir Kata
Malaysia baharu menerpa duniaDengan izin Yang Maha Esa
Apa yang dicitaTercapai jua
Demi agama, bangsa dan negara…Rasa gundah gulana
Rasa hiba jiwaRasa derita
Berakhir jua…Namun…
Ketika kita di puncak jayaKetika kita punya kuasaIngat pada rakyat jelataIngat pada yang Esa
Agar kita sentiasa sejahteraDiberkati-Nya sentiasa!
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa,
INFOKUS UMT edisi Jun 2018 kini menemui para
pembaca sekali lagi dengan paparan menarik demi
memartabatkan institusi pendidikan tinggi dan negara
Malaysia yang tercinta. Sekalung tahniah kepada peneraju
baharu negeri dan negara tercinta. Semoga Malaysia
baharu terus maju meneroka kemajuan mendatang
dengan penuh kewibawaan yang diizinkan Allah SWT.
(Noraien Mansor, 15 Mei 2018) DATO’ PROFESOR MADYA DR. NORAIEN MANSOR
5Infokus Jun 2018
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT kerana
dengan limpah dan kurniaNya Buletin INFOKUS Edisi
Jun 2018 ini berjaya diterbitkan. Di kesempatan ini, saya
mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang
memberi sumbangan idea berkarya. Didoakan agar semua
warga kampus berada dalam keadaan sihat sejahtera dan
diberkati Allah s.w.t bersempena dengan bulan Ramadan
yang mulia ini.
Besar harapan saya agar penerbitan Buletin
INFOKUS ini dapat dimanfaatkan sebagai wadah untuk
memperkembangkan bakat menulis dan berkarya dan
mencetuskan inspirasi kepada warga UMT mencipta lebih
banyak kecemerlangan. Saya amat menghargai usaha
yang digerakkan oleh Penerbit UMT dalam meningkatkan
kualiti dan citra INFOKUS dari tahun ke tahun. Mengambil
keberkatan bulan Ramadan yang merupakan bulan
yang penuh dengan kesabaran dan ketekunan, saya
menyarankan agar kita semua mengimarahkan serta
membudayakan ekosistem berkarya dan menulis secara
konsisten khususnya dalam kalangan warga akademik.
Pada 24 dan 25 Mac 2018 yang lepas, UMT telah
diberi kepercayaan oleh Kementerian Pendidikan
Tinggi (KPT) untuk menganjurkan Karnival Pendidikan
Tinggi Negara (KPTN) 2018 Zon Terengganu. Karnival
ini relevan dengan kehendak komuniti seiring dengan
dasar KPT, pemindahan ilmu serta UMT Sohor supaya
mendapat manfat untuk hasrat Jom Masuk UMT. Kehadiran
pengunjung seramai 33,321 sangat mengujakan yang
mana telah melebihi sasaran. Malah, turut direkodkan
juga sekitar 10,000 pengunjung lain turut memeriahkan
program sampingan yang turut diadakan seiring dengan
KPTN. Terima kasih di atas sokongan dan tahniah
diucapkan kepada semua yang terlibat menganjurkan
program ini.
Pilihan Raya Umum ke-14 tempoh hari telah melakar
satu sejarah yang besar apabila Malaysia telah berjaya
melaksanakan salah satu fungsi demokrasi dengan
memberikan hak kepada rakyat untuk memilih dan
memberi mandat kepada kerajaan baharu. Perubahan
Sekapur Sirih
dalam pemerintahan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri, warga UMT hendaklah sentiasa memahami prinsip
‘to serve the government of the day’ dan sebagai warga UMT
yang bertanggungjawab, kita hendaklah sentiasa bersatu hati
bersama-sama untuk kekal kukuh memberi khidmat yang
terbaik kepada universiti.
Di bawah pemerintahan kerajaan baharu, Kementerian
Pendidikan komited melakukan transformasi sistem
pendidikan negara dengan memberikan penekanan
ekosistem berfokuskan nilai asas “sayang” untuk setiap tugas
yang diberikan serta menerapkan elemen penting dalam
pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan sains dan
teknologi.
Akhir sekali, terima kasih sekali lagi di atas sokongan
semua warga UMT kepada pihak pengurusan Universiti.
Selamat Menyambut Bulan Ramadan Tahun 1439 Hijrah dan
Salam Aidilfitri kepada semua warga UMT. Maaf Zahir dan
Batin.
Sekian.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah
Wassalamualaikum waramatullah wabarakatuh.
PROFESOR DATO’ DR. NOR AIENI HAJI MOKHTAR
12 FOKUS
UMT berjaya merangkul
3 Anugerah Buku
Negara dalam
majlis gilang gemilang
yang berlangsung di
Hotel Seri Pacific, Kuala
Lumpur. Majlis Anugerah
Buku Negara dianjurkan
setiap tahun oleh Yayasan
Pembangunan Buku Negara
(YPBN) untuk mengiktiraf
industri buku di Malaysia
dan diadakan bersempena
penganjuran tahunan Pesta
Buku Antarabangsa Kuala
Lumpur (PBAKL) 2018 di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC)
bermula 27 April hingga 6 Mei.
PBAKL kali ini menyediakan
kira-kira 800 reruai untuk
200 pempamer di PWTC
dan Penerbit UMT turut
serta mempromosi buku-
buku terbitan terkini seperti
Beautiful Terengganu, Ulik
Mayang Warisan Terengganu,
Transformasi Inovasi Sosial
Komuniti Nelayan, 200 Quotes
for you... for us..., Repositori
Kelulut Indo-Malaya Sekayu dan
banyak lagi.
Tiga buah buku terbitan
Penerbit UMT telah diiktiraf
dalam Kategori Buku Umum
terbaik dalam bidang Sains
Sosial, Pelancongan serta
Penyelidikan dan Pembangunan
(R&D). Buku berjudul
“Transformasi Inovasi Sosial
Komuniti Nelayan” hasil
suntingan Naib Canselor UMT,
Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji
Mokhtar bersama-sama Dr.
UMT Rangkul 3 Anugerah Buku Negara
oleh: Dato’ Prof. Madya Dr. Noraien Mansor
Penerbit UMT
13Infokus Jun 2018
telah merangkul Anugerah
Buku Umum Terbaik Kategori
Pelancongan. Kemenangan ini
mempertahankan rekod peribadi
beliau lima tahun berturut-turut
bertanding dalam Anugerah
Buku Negara.
Majlis Anugerah Buku
Negara telah dirasmikan oleh
Pengerusi Majlis Profesor
Negara, Prof. Datuk Dr.
Raduan Che Rose dan dalam
ucapan perasmiannya, beliau
menegaskan pentingnya
penglibatan para cendekiawan
dalam industri perbukuan
negara dan membantu
masyarakat mencintai bidang
ilmu serta mempertingkatkan
budaya membaca dalam
menerobos benteng kecintaan
terhadap keilmuan.
Naib Canselor UMT,
Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Hj.
Mokhtar amat terharu dengan
usaha para ahli akademik UMT
untuk memartabatkan bidang
penerbitan di universiti dengan
mengetengahkan bidang ilmu
masing-masing dalam bentuk
penulisan ilmiah. Wujudnya
anugerah seumpama ini
membolehkan hasil penulisan
diketengahkan dan secara
tidak langsung menggalakkan
lagi pensyarah lain untuk terus
berkarya bagi memindahkan
ilmu kepada masyarakat.
Pemenang anugerah
membawa pulang trofi
kemenangan berserta sijil
dan hadir sama pada majlis
penyampaian anugerah
berkenaan ahli tertinggi YPBN,
para penulis, penerbit dan para
pelajar UMT serta pengunjung
PBAKL 2018.
Noorhaslinda Kulub Abd Rashid
dan Dr. Zaleha Mohamad telah
merangkul Anugerah Buku
Umum Terbaik Kategori Sains
Sosial.
Buku berjudul “Repositori
Kelulut Indo-Malaya Sekayu”
hasil penulisan Prof. Madya Dr.
Shamsul Bahri Abd Razak, pakar
kelulut UMT bersama-sama
Mokhtar Ishak telah merangkul
Anugerah Buku Umum Terbaik
Kategori Penyelidikan dan
Pembangunan.
Manakala buku “Beautiful
Terengganu” yang baru ini
dilancarkan oleh mantan
Menteri Besar Terengganu,
Dato’ Seri Ahmad Razif Abd
Rahman sempena Ekspo
Terengganu 2018 karya Dato’
Prof. Madya Dr. Noraien Mansor
14 FOKUS
UMT telah dipilih sebagai hos Karnival
Pendidikan Tinggi Negara (KPTN)
peringkat negeri Terengganu tahun
2018. KPTN 2018 yang dianjurkan oleh
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini
merupakan platform bagi menyebarluaskan
peluang melanjutkan pengajian yang ditawarkan
oleh Universiti Awam (UA), Universiti Swasta,
Politeknik, Kolej Komuniti (KK), Institusi Latihan
Kemahiran Awam (ILKA) dan pelbagai institusi
lain.
oleh: Bahagian Komunikasi MediaPusat Komunikasi Korporat
UMT Hos Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018
1
Karnival yang berlangsung pada 24 dan 25
Mac 2018 ini dirasmikan pembukaannya oleh
mantan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris
Jusoh dan telah berjaya menarik hampir 40,000
orang pengunjung.
Dalam majlis perasmian, mantan Menteri
Pendidikan Tinggi turut melancarkan buku
“Transformasi Inovasi Sosial Komuniti Nelayan”
yang menghimpunkan kajian penyelidikan ilmiah
secara empirikal dari aspek pembangunan dan
sosioekonomi komuniti nelayan seperti projek
penternakan kuda laut dan belangkas di Tanah
Bencah Setiu.
15Infokus Jun 2018
Turut berlangsung dalam majlis perasmian
ialah sesi penyerahan Bantuan Kewangan Pelajar
Kolej Komuniti (BPKK) KPT, Bantuan Kewangan
Pelajar UMT serta acara menandatangani
memorandum persefahaman (MoU) dan
perjanjian (MoA) antara UMT bersama Ranaco
Education and Training Institute, Lembaga
Pelabuhan Kuantan dan TDM Plantation Sdn Bhd.
Bersempena KPTN juga, pelbagai aktiviti
sampingan turut diadakan antaranya Bicara
Ikon oleh Angkasawan Malaysia yang pertama,
Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, pameran
pendidikan, cabutan bertuah, taklimat biasiswa
dan sebagainya.
Pada hari yang sama juga, Dato’ Seri
Idris Jusoh turut meluangkan masa melawat
beberapa lokasi sekitar kampus UMT iaitu Galeri
Penyelidikan INOS, sesi Program Ramah Mesra
bersama pelajar Teaching Accounting Firm (TAF)
UMT, perasmian Pejabat Malaysian Maritime
Logistics and Transport Centre (MALTRAC) dan
perasmian Mural dan Smart Learning Space IR 4.0
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ).
1. Sesi Bicara Ikon bersama Angkasawan Negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor mendapat sambutan hebat daripada para pengunjung.
16 FOKUS
Anugerah MAPIM-KPT
merupakan anugerah
berprestij tertinggi
peringkat kebangsaan bagi
mengiktiraf hasil karya ilmiah,
penulis, editor dan pereka
dalam kalangan ahli Majlis
Penerbitan Ilmiah Malaysia
(MAPIM). Majlis pengiktirafan
yang menjangkau tahun ke-
11 penganjurannya ini telah
berlangsung pada 29 April 2018
bertempat di Hotel Seri Pacific,
Kuala Lumpur.
Pada tahun ini, majlis
anugerah ini sekali lagi dihoskan
oleh Penerbit UMT buat kali
ketiga berturut-turut selepas
berjaya menganjurkannya pada
tahun 2016 dan 2017.
oleh:Nazarudin Othman
Penerbit UMT
Majlis yang bertemakan
“Melayu Klasik” ini telah
disempurnakan perasmiannya
oleh Datin Paduka Ir. Dr. Siti
Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah
Pendidikan Tinggi, Jabatan
Pendidikan Tinggi, Kementerian
Pendidikan Tinggi yang
mewakili Menteri Pendidikan
Tinggi.
Sketsa tragis Si Tanggang
yang menderhakai ibunya
menggamatkan suasana menjadi
gimik untuk pelancaran buku-
buku terbaharu anggota MAPIM
bagi tahun 2017/2018 sejurus
perasmian.
Secara keseluruhan,
sebanyak sembilan kategori
anugerah telah dipertandingkan,
iaitu Reka Bentuk Buku
Terbaik, Buku Ilmiah Terbaik
(Kemanusiaan dan Sains Sosial),
Buku Ilmiah Terbaik (Sains
Teknologi dan Perubatan),
Makalah Jurnal Terbaik
(Kemanusiaan dan Sains Sosial),
Makalah Jurnal Terbaik (Sains
Teknologi dan Perubatan), Buku
Ilmiah Popular, Editor Naskhah
Terbaik (Kemanusiaan dan Sains
Sosial), Editor Naskhah Terbaik
(Sains Teknologi dan Perubatan)
dan Karya Suntingan Terbaik.
UMT tidak pulang dengan
tangan kosong apabila
memenangi tempat kedua
dalam kategori Makalah Jurnal
Terbaik (Sains Teknologi dan
Perubatan) dengan makalah
Penerbit UMT Lakar Hatrik
Hos Anugerah MAPIM-KPT
17Infokus Jun 2018
1. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir melawat pameran buku-buku terbitan anggota MAPIM.
2. Prof. Emeritus Dr. Faizah Shaharom menerima sijil penghargaan setelah memenangi tempat kedua dalam kategori Makalah Jurnal Terbaik (Sains Teknologi dan Perubatan).
3. Kisah tragis Si Tanggang diekspresikan sebagai gimik pelancaran buku.
yang bertajuk Development
of Mud Crab Crablet, the
identification of Ciliates And
The Bioefficacy of Leaf Extract
of Rhizophora Apiculata as
anti-Protozoal Agent. Makalah
ini telah diterbitkan di dalam
Journal of Sustainability Science
and Management Volume 12
Number 2 2017.
Selain itu, anugerah khas
iaitu Anugerah Sanjungan Budi
turut diberikan kepada mantan-
mantan Pengarah Penerbit
yang telah menyumbang
tenaga menjayakan penerbitan
ilmiah sepanjang tempoh
perkhidmatan.
Majlis Anugerah MAPIM-
KPT 2017 ini merupakan
platform yang tepat bagi
mempromosikan hasil
penerbitan ilmiah anggota
MAPIM ke peringkat
kebangsaan di samping
memberi pengiktirafan kepada
semua pengarang yang
menjayakan karya ilmiah
sepanjang tahun 2017. Besarlah
harapan untuk kita melihat
penerbitan bahan ilmiah
berkualiti tinggi yang berupaya
memandaikan masyarakat dan
bangsa.
1
2
3
18 PENYELIDIKAN
Udang galah (Macrobrachium rosenbergii)
merupakan spesies krustasia bernilai
tinggi yang menjadi pelengkap
ekosistem boleh ditemui di sungai-sungai
Terengganu. Walau bagaimanapun, tiada
dokumen rasmi yang merekodkan status stok
populasi si sepit biru ini di sungai-sungai utama di
Terengganu.
Namun, yang lebih membimbangkan ialah
hasil soal selidik bersama penduduk setempat
mendapati bahawa jumlah tangkapan spesies
krustasia ini semakin berkurangan disebabkan
aktiviti penangkapan yang tidak terkawal ekoran
permintaan tinggi di pasaran.
Dengan kepakaran yang dimiliki
UMT menerusi Institut Akuakultur Tropika
(AKUATROP), masalah ini cuba diselesaikan
dengan melaksanakan program ekspedisi
pemuliharaan dan peningkatan populasi udang
galah di beberapa sungai utama di Terengganu.
Program ini dijalankan di bawah pembiayaan
Geran Penyelidikan Dana Translasional UMT.
Untuk rekod, sehingga kini lebih daripada
2 juta anak benih udang galah telah dihasilkan
di hatcheri penyelidikan AKUATROP sejak
tahun 2014. Anak-anak benih udang galah yang
dihasilkan ini telah digunakan untuk pelbagai
aktiviti penyelidikan, pengajaran, kursus dan
projek pembangunan komuniti.
Di bawah Program Kelestarian Sumber, usaha
kumpulan penyelidik AKUATROP yang diketuai
oleh Prof. Dr. Mhd. Ikhwanuddin ini bermula
dengan pengumpulan data asas status stok
populasi udang galah di sungai-sungai utama di
Terengganu. Data asas perlu direkodkan sebelum
sebarang usaha pemuliharaan dan peningkatan
populasi udang galah dapat dilakukan.
Fasa pertama iaitu pengumpulan data
populasi udang ini dijalankan di tiga sungai utama
di Terengganu iaitu Sungai Nyatoh, Sungai Paka
dan Sungai Terengganu. Penyelidik AKUATROP
telah berkampung selama lima hari di kawasan
kajian untuk menjalankan aktiviti persampelan
oleh:Prof. Dr. Mhd. Ikhwanuddin Abdullah & Suhairi Mazelan
Institut Akuakultur TropikaFoto : Mokhtar Ishak
Usaha AKUATROP
Melestarikan Si Sepit Biru
18
19Infokus Jun 2018
stok, kajian pemantauan kualiti air, pemeriksaan penyakit
udang galah, kajian genetik, kajian pemakanan, kajian
morfometrik dan kajian fekunditi induk udang galah.
Fasa kedua program ini ialah aktiviti pelepasan anak
benih udang galah yang dijalankan secara berperingkat
bagi tujuan pemuliharaan dan kelestarian sumber udang
galah di ketiga-tiga sungai tersebut. Untuk permulaan,
sebanyak 111,000 ekor anak benih udang galah telah
dilepaskan di Sungai Terengganu menerusi dua sesi
pelepasan.
AKUATROP mensasarkan untuk melepaskan
sebanyak 200,000 anak benih udang galah di tiga sungai
utama pada tahun ini. AKUATROP juga menjangkakan
seandainya 10 % daripada benih yang dilepaskan di
setiap sungai utama tersebut mampu untuk hidup hingga
peringkat dewasa, ia bakal memberi pulangan ekonomi
kepada penduduk setempat bernilai hampir RM 150,000
bagi setiap sungai yang dijalankan aktiviti pelepasan
tersebut.
1. Prof. Dr. Mhd. Ikhwanuddin Abdullah (lima dari kiri) bersama ahli-ahli ekspedisi.
2. Sebahagian sampel udang galah yang dikumpul oleh kumpulan penyelidik AKUATROP semasa Ekspedisi Pemantauan Stok Semula Jadi Populasi Udang Galah di Sungai Nyatoh, Setiu.
3. Antara kaedah tangkapan yang digunakan bagi mendapatkan sampel udang galah liar di sekitar sungai-sungai utama di Terengganu.
4. Warga AKUATROP bersama komuniti Kg. Pasir Tebakang, Manir membuat pelepasan benih udang galah di Sungai Terengganu.
AKUATROP mengharapkan sokongan berterusan
daripada warga UMT, Kerajaan Negeri, Jabatan
Perikanan dan masyarakat setempat bagi menjadikan
udang galah sebagai Permata Biru di sungai-sungai
Terengganu. Program ini bukan sahaja bermatlamat untuk
mengekalkan kelestarian udang galah, bahkan mampu
untuk meningkatkan taraf ekonomi penduduk sekitar
melalui sumber tangkapan perikanan dan rekreasi.
1
3
2
4
2020
Tasik Kenyir menjadi lokasi pemetaan Ekspedisi Kelulut
UMT yang ke-14 bermula 10 hingga 12 Februari
2018. Ekspedisi kali ini melibatkan seramai 31 orang
peserta yang terdiri daripada peminat, pengusaha dan juga
penyelidik dari seluruh tanah air. Diketuai oleh Prof. Madya
Dr. Shamsul Bahri Abd Razak, ekspedisi kali ini turut disertai
oleh mahasiswa Kelulutpreneur UMT. Pemetaan Kelulut
yang mengambil masa empat hari tiga malam ini berlabuh di
lokasi pertama ekspedisi iaitu di Taman Herba.
Perjalanan untuk mengesan kelulut di kawasan Taman
Herba ini berhasil apabila salah seorang peserta ekspedisi
menemukan corong kelulut jenis Geniotrigona thoracica
yang masih lagi aktif. Penemuan pertama ini menjadi
pembakar semangat bagi semua peserta untuk mengesan dan
menemukan lebih banyak spesies kelulut. Pemetaan kelulut
diteruskan di lokasi kedua iaitu sekitar Air Terjun Saok.
Pada sebelah malam, para peserta ekspedisi mengisi
masa dengan diskusi berkaitan pemburuan dan dokumentasi
kelulut, isu-isu semasa industri kelulut selain perbincangan
berkaitan persijilan autentik makanan. Kepenatan seakan
tidak terasa biarpun suhu dingin 17°C menusuk hingga ke
tulang.
Pemetaan kelulut diteruskan lagi pada hari berikutnya
iaitu di Gua Bewah dan kawasan sekitarnya. Untuk para
peserta juga mengharungi laluan trekking ke Gua Taat sejauh
enam kilometer yang mengambil masa tiga jam perjalanan.
Kalau sudah namanya rezeki memang tidak pernah salah
alamat, kelihatan kelulut aktif mencari makanan pada pokok
cili dan betik membuktikan wujudnya kelulut di kawasan
tersebut.
Ekspedisi kali ini berjaya merekodkan 13 spesies kelulut
kesemuanya di empat lokasi yang berbeza. Jelas terpancar
kegembiraan dan kepuasan di setiap wajah para peserta dan
mahasiswa Kelulutpreneur UMT setelah berjaya menamatkan
ekspedisi kali ini.
oleh: Noor Zulaika Zulkifli, Nurafiqah Bidin, Mirza Syazwani MohtarNur Hafizatul Nazira Mohd Fadzli Kelulutpreneur UMT
Kelulut jenis Tetragonula spp yang ditemui di sekitar Gua Bewah.
Ekspedisi Kelulut Kenyir 2.0
PENYELIDIKAN
Peserta ekspedisi meneliti penemuan corong koloni kelulut jenis Geniotrigona thoracica di Taman Herba.
Salah satu spesies kelulut yang ditemui di sekitar Gua Taat ialah Lepidotrigona latipes.
21Infokus Jun 2018
UMT berjaya membawa pulang 30
pingat emas dan satu Anugerah Khas
sempena Minggu Penyelidikan dan
Inovasi (MPI) 2018.
MPI 2018 yang berlangsung pada 7 hingga
9 April 2018 di Stadium Tertutup Kompleks
Sukan Negeri, Kuala Nerus, Terengganu telah
mempertanding dan mempamerkan kira-kira
312 produk penyelidikan dari UMT, Universiti
Sultan Zainal Abidin (UniSZA), TATI University
College (TATIUC), institusi pengajian tinggi
serta sekolah menengah dan rendah sekitar
Negeri Terengganu.
Bertemakan “Memacu Revolusi Industri
4.0 Menerusi Penyelidikan dan Inovasi”,
penganjuran MPI 2018 merupakan kolaborasi
kali kedua antara Universiti Malaysia
Terengganu (UMT), UniSZA dan TATIUC.
Penganjuran selama tiga hari tersebut
telah menyaksikan sebanyak 134 produk UMT
dipertandingkan dan sebanyak 30 emas, 32
perak dan 44 gangsa berjaya dirangkul oleh
UMT dalam MPI 2018 yang telah dirasmikan
oleh YB A. Latiff Awang, mantan Pengerusi
Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi
dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu
mewakili Menteri Besar Terengganu.
Sementara itu, inovasi ciptaan kumpulan
penyelidik yang diketuai oleh Dr. Wan Nural
Jawahir binti Hj Wan Yus, “AutoCountME: Auto-
Counting Mosquito Eggs” telah dipilih sebagai
pemenang Anugerah Khas bagi MPI 2018.
Sebanyak sembilan kluster dipertandingkan
dalam MPI 2018 iaitu Environment &
Renewabale Energy, Agriculture & Aquaculture,
Industrial Design, Building Engineering
& Architecture, Disaster Management,
Education, Community Development
& Social Innovation, Health, Medical,
Pharmaceutical, Food & Supplement, Digital
Era, Data Analytics & Automation Revolution,
Manufacturing Technologies, Food Processing &
Mechanization serta Automobile, Aeroneutical
& Maritime Technology.
Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor
Aieni Haji Mokhtar mengucapkan tahniah dan
syabas kepada penyelidik-penyelidik UMT yang
sentiasa menghasilkan produk yang inovatif
serta berusaha mencungkil idea-idea baharu
dalam meletakkan UMT sebagai gedung ilmu
yang menjadi rujukan masyarakat.
oleh:Asniah Abdullah
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC)
UMT Tuai 30 Pingat Emas Sempena MPI 2018
22 FOKUS22
Pelajar Sarjana Muda Perakaunan UMT
kini berpeluang menimba pengalaman
persekitaran kerja sebenar sekali gus
mempersiapkan diri sebelum memasuki dunia
pekerjaan melalui program 2u2i – Teaching
Accountancy Firm (TAF), hasil kerjasama strategik
antara UMT dan firma perakaunan SALIHIN
Chartered Accountants.
Bersempena dengan lawatan Menteri
Pendidikan Tinggi ke Universiti Malaysia
Terengganu, satu sesi Program Ramah Mesra
bersama Dato’ Seri Idris Jusoh, mantan Menteri
Pendidikan Tinggi telah diadakan bersama pelajar
Teaching Accountancy Firm (TAF) pada 24 Mac
2018 yang lalu.
UMT merupakan antara universiti terawal
yang telah berjaya melaksanakan program 2u2i
dengan penubuhan TAF. TAF merupakan revolusi
dalam lanskap pengajian perakaunan di Malaysia
dan inisiatif yang pertama seumpamanya di dunia.
Penubuhan TAF adalah selaras dengan hasrat
kerajaan untuk meningkatkan jaringan universiti-
industri melalui program pengajian mod 2u2i.
2u2i adalah program pembelajaran
berasaskan pekerjaan yang memberi pendedahan
industri kepada pelajar di sepanjang pengajian
mereka melalui kerjasama akademik dan industri
dengan pendekatan penyampaian secara “work-
based learning” (WBL).
oleh: Prof. Madya Dr. Hafiza Aishah Hashim & Dr. Norazlina Ilias
Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim
Sejak ditubuhkan lebih dua tahun lalu,
program TAF telah berjaya memberikan
pengalaman industri kepada 175 orang pelajar
yang mengikuti salah satu atau lebih kursus-
kursus TAF.
Melalui pemantauan berterusan daripada
pihak industri, pelajar Sarjana Muda Perakaunan
UMT akan lebih berdaya saing dan bersedia
memasuki alam pekerjaan kerana sudah
memperoleh pengalaman bekerja dalam industri
sekali gus mampu mempamerkan prestasi diri
kepada majikan.
Sebelum ini, tempoh enam bulan latihan
industri yang dilalui oleh pelajar Sarjana Muda
Perakaunan UMT agak singkat menyebabkan
pelajar tidak dapat menunjukkan kemahiran
mereka sepenuhnya kepada majikan.
Melalui pengalaman mengikuti pembelajaran
WBL di TAF seawal tahun dua pengajian, pelajar
dapat mempelajari dengan lebih mendalam selok-
belok perkhidmatan perakaunan kepada klien
TAF.
Pada masa yang sama, WBL ini menjadi
platform untuk pelajar melengkapkan diri dengan
pelbagai kemahiran insaniah seperti komunikasi
interpersonal, berfikiran kritis dan bijak
menyelesaikan masalah.
TAF-UMT-SALIHIN Peneraju WBL Graduan Perakaunan
23Infokus Jun 2018
UMTMOOC meraih kejayaan berganda
dengan menggondol dua pingat emas
selain turut merangkul dua anugerah
Best Award dalam MOOC Competition sempena
Persidangan Antarabangsa Literasi Media
(MEDLIT) 2018 yang telah diadakan di Palace of
The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor
pada 5 dan 6 Mac 2018.
Persidangan ini dianjurkan oleh Universiti
Malaysia Kelantan bersama dengan enam
buah Negara iaitu Thailand, Vietnam, Austria,
Netherlands dan Jerman yang menganggotai geran
penyelidikan dalam literasi media di bawah Geran
Erasmus + Kesatuan Eropah.
Dua anugerah yang dirangkul adalah The
Best Innovation in Management of MOOC
dan The Best Innovation e-Content in MOOC.
UMTMOOC diwakili oleh Ketua e-Pembelajaran,
Pusat Perancangan, Pembangunan dan Kualiti
Akademik (PPPKA), Prof. Madya Dr. Noraida Haji
oleh:Prof. Madya Dr. Noraida Haji Ali
Pusat Perancangan, Pembangunan dan Kualiti Akademik
Ali dan Pegawai Pengurusan Maklumat, Puan
Rabiatul Addawiyah Hanim Mohd Rosli.
Persidangan MEDLIT yang julung kali
diadakan ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan
Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsmen)
Sarawak, Dato’ Talib Zulpilip manakala majlis
penutup disempurnakan oleh mantan Timbalan
Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Dr. Mary Yap
Kain Ching.
PPPKA mengucapkan tahniah dan syabas
kepada pasukan UMTMOOC dan semua
Subject Matter Expert (SME) yang terlibat
dalam pembangunan UMTMOOC sepanjang
tahun 2015 hingga 2017. Terima kasih tidak
terhingga juga kepada pihak pengurusan PPPKA
dan pengurusan tertinggi UMT yang sentiasa
memandang serius dan memberi sokongan padu
terhadap pembangunan UMTMOOC ini seiring
dengan perkembangan pendidikan tinggi 4.0.
Kejayaan Berganda UMTMOOC
24
UMT telah mengorak langkah untuk
meningkatkan lagi fungsi keilmuwan
dengan menubuhkan dana Wakaf Ilmu
UMT. Dana ini berfungsi sebagai instrumen
baharu dalam menjana dana kewangan universiti
menerusi konsep wakaf dalam Islam. Perkara
ini walaupun masih baharu di Malaysia, namun
sebenarnya banyak universiti terulung dunia
menjadikan sistem wakaf sebagai sumber utama
dalam pembangunan institusi pendidikan.
Misi wakaf ilmu UMT adalah untuk meninjau
dan memanfaatkan peluang terbaik dalam hasrat
melipatgandakan hasil daripada dana dan aset
wakaf menerusi medium yang efektif demi
merealisasikan hasrat pewakaf untuk pengagihan
manfaat wakaf kepada mauquf ‘alaihi secara
berterusan.
Untuk rekod, Lembaga Pengarah Universiti
telah meluluskan penubuhan Tabung Wakaf
Ilmu UMT dengan kerjasama MAIDAM dan
bersetuju dengan penubuhan JK bersama UMT
dan MAIDAM dalam mengurus Tabung Wakaf
Ilmu UMT (TWIUMT) pada 29 Disember 2016
seterusnya mendapat perkenan DYMM Sultan
Terengganu untuk pelaksanaan berkuat kuasa 7hb
Mac 2017.
Bertitik tolak daripada persepakatan antara
UMT dan MAIDAM ini, memorandum perjanjian
oleh:Dr. Nor Hazmin Sabri & Ustazah Rodiah Mustafa
Pusat Islam Sultan Mahmud
(MoA) telah dimeterai pada 28 Mac 2018. Majlis
menandatangani MoA yang sangat bermakna ini
telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMT,
Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar dan
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pesuruhjaya
MAIDAM, Tuan Haji Wan Ismail Sahaimi
Haji Wan Omar di Hotel Grand Puteri, Kuala
Terengganu. UMT dan MAIDAM telah mencapai
kata sepakat untuk berganding bahu bersama-
sama melaksanakan konsep dan sistem wakaf di
UMT demi meningkatkan fungsi keilmuwan sekali
gus menjana ekonomi.
Pelbagai inisiatif bantuan telah dirangka
hasil manfaat daripada dana ini seperti biasiswa
wakaf, hadiah kecemerlangan wakaf, pemberian
geran penyelidikan, pembelian aset dan peralatan
makmal, pembelian peralatan pengajaran dan
pembelajaran serta pembangunan fasiliti bakal
dinikmati oleh kumpulan sasar yang terhad
kepada seluruh warga UMT sahaja. Jumlah
terkumpul dalam tabung ini sehingga Mac 2018
adalah sebanyak RM 1,089,335.32.10.
Beberapa projek penjanaan hasil wakaf
telah dirangka dan akan dilaksanakan bagi
melipatgandakan lagi manfaat wakaf yang
diperoleh agar lebih ramai golongan sasaran yang
dapat merasai manfaat wakaf ini.
UMT-MAIDAMMeterai MoA Wakaf Ilmu
FOKUS
25Infokus Jun 2018
Chicago Botanic Garden telah menganjurkan bengkel
International Union for the Conservation of Nature’s
Fungal Conservation. Bengkel kali pertama dan
terbesar pernah dianjurkan ini disertai oleh Penyelidik
Mikologi UMT, Dr. Andrew Anak Ngadin bertempat di Oak
Spring Garden Foundation (OSGF), Virginia, Amerika Syarikat.
Bengkel Pemuliharaan Kulat ini adalah langkah utama
dalam melindungi kulat secara global dan data terkini Fungal
Red List IUCN akan dikemas kini bagi menjadikannya salah
satu rekod yang sangat penting bagi status pemuliharaan
spesies di seluruh dunia. Proses perekodan ini melibatkan 12
saintis dari seluruh dunia memakan masa yang agak panjang
dan akan dijalankan dalam beberapa siri.
Bengkel Fungal Red List ini dijayakan oleh dua orang
saintis yang tersohor dalam bidang pemuliharaan kulat iaitu
Profesor Greg Muller dari Chicago Botanic Garden dan
Profesor Anders Dahlberg dari Sweden.
Menerusi penglibatan ini, kesedaran dalam pemuliharaan
kulat telah banyak memberi idea untuk pengurusan ekologi
yang terancam di mana satu perancangan untuk menjalankan
kerjasama akan diwujudkan secara global.
Ini termasuk permohonan geran antarabangsa bagi
penganjuran program kesedaran dan pemuliharaan,
penganjuran bengkel saintis mikologi dan perancangan polisi
persekitaran untuk mengelakkan ancaman kulat secara global.
Sepanjang berada di OSGF, setiap wakil negara telah
membuat penilaian dan perbincangan untuk melaksanakan
Fungal Red List secara konsisten. Beberapa spesies telah
didaftarkan dalam sistem data yang telah dibangunkan di
bawah IUCN.
Untuk mengalakkan lebih ramai saintis terlibat, Dr.
Andrew telah merancang untuk melaksanakan bengkel di
rantau Asia Tenggara pada tahun 2019 dengan kerjasama
mentor iaitu Greg Muller dan Anders Dahlberg. Diharapkan
ramai saintis khususnya dari Asia Tenggara akan terlibat untuk
program pemuliharaan kulat dan penyelidik atau saintis
dalam bidang pemuliharaan kulat di Malaysia diseru agar
dapat menyertai program Fungal Red List bagi menghalang
kepupusan spesies kulat.
oleh: Dr. Andrew Anak Ngadin
Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan
1. Penyelidik UMT turut menyertai perbincangan ini untuk mewujudkan kerjasama dengan beberapa negara dan agensi lain.
2. Proses penilaian spesies kulat oleh beberapa saintis yang dijemput dari pelbagai negara untuk membantu membangunkan Fungal Red List secara global.
Penyelidik Mikologi Timba Ilmu Kulat
1
2
2626
Bagi memacu Lonjakan 1, “Graduan
Holistik, Berciri Keusahawanan dan
Seimbang” dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015
– 2025, UMT telah menganjurkan Career
Entrepreneurship and Skills Festival 2018 (CESF’18)
yang diadakan selama empat hari bermula 12
April 2018.
CESF’18 adalah program yang dianjurkan
oleh kelab-kelab di bawah naungan Pusat
Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) iaitu Kelab
Usahaniaga, Kelab Enactus, Kelab MyAgrosis, ALK
KOSISWA dan Career Path Club dengan kerjasama
Majlis Perwakilan Pelajar, Kelab INTEGRA dan
Kelab HEVOTECH.
Perasmian pembukaan CESF’18 telah
disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor
(Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Ts.
Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali dan perasmian
penutup oleh Ahli Lembaga Pengarah UMT, Dato’
Asmawi Nordin.
Penganjuran CESF’18 telah berjaya menarik
lebih 20,000 pengunjung dengan pengisian seperti
temu duga terbuka (MyCareer@MOHE) dan
pameran kerjaya daripada pihak industri, Industrial
Talk, Forum Kerjaya, Career Idol, pertandingan
Real Business Challenge, MyAgrosis Cup dan
Battle of Buskers.
Prof. Madya Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi
Ghazali dalam ucapannya berkata, penganjuran
CESF’18 bertujuan untuk meningkatkan kadar
kebolehpasaran graduan Universiti di samping
menghubungkan universiti bersama industri.
CESF’18 mendapat penajaan oleh
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Malaysia
Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Coca-Cola Far
East Limited (Malaysia) dan turut disokong oleh
JobsMalaysia Centre, Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM), Actyvate Malaysia dan al-Ikhsan
Sports Sdn Bhd.
oleh: Muhammad Hafiz Mohd DeePusat Keusahawanan dan Kerjaya
UMT AnjurCareer, Entrepreneurship & Skills Festival
SOROTAN PERISTIWA
27Infokus Jun 2018
1. Ahli Lembaga Pengarah UMT, Dato’ Asmawi Nordin merasmikan penutupan CESF’18.
2. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) melawat gerai pelajar UMT yang menawarkan produk-produk untuk pasaran komersial.
1
2
2828 SOROTAN PERISTIWA
Jaringan antarabangsa antara UMT dan
National Taiwan Ocean University (NTOU)
semakin erat dengan undangan yang diterima
UMT untuk menyertai International Ocean Camp
2018.
Program tersebut yang dijalankan pada 3
hingga 10 Mac 2018 telah mendapat tajaan
penuh daripada pihak NTOU dengan sokongan
Kementerian Pendidikan Taiwan.
UMT menghantar 12 orang peserta yang
terdiri daripada 5 orang pelajar sarjana muda, 5
orang pelajar pasca siswazah, seorang pegawai
sains dan seorang pensyarah pengiring.
Menerusi kem ini, para peserta telah
didedahkan dengan pelbagai ilmu mengenai
Jalinan UMT-NTOU Kian Erat
oleh: Dr. Liew Hon Jung, Yusnita A Thalib
Ros Suhaida Razali, Nur Shahieda MohamadInstitut Akuakultur Tropika
industri akuakultur dan perikanan di Taiwan
dan turut dibawa melawat fasiliti sekitar kampus
NTOU.
Kunjungan ke Yang Ming Ocean Culture
& Art Museum, National Museum of Marine
Science & Technology, Gong Liao Aquatic Center
dan Lanyang Museum memberi paparan yang
informatif berkaitan dengan teknologi maritim
dan perkapalan, industri makanan laut, ekonomi
perikanan serta pemeliharaan dan pemuliharaan
hasil laut yang dijalankan di Taiwan.
Hubungan strategik UMT-NTOU dilihat
dapat mendukung hasrat dan matlamat UMT
untuk meningkatkan hubungan kerjasama antara
universiti-universiti terbaik dunia.
29Infokus Jun 2018
Seramai 22 orang pelajar yang terdiri
daripada Majlis Kolej Siswa (MKS) dan
Majlis Pelajar Luar Kampus (MPLK), UMT
telah berjaya mengadakan Lawatan Ilmiah dan
Bakti Siswa ke Universitas Airlangga dan Sekolah
Menengah Atas Negeri Enam (6), Surabaya,
Indonesia pada 1 hingga 4 Mac 2018.
Lawatan diadakan bertujuan untuk
mengukuhkan lagi hubungan dua hala selaras
dengan memorandum persefahaman (MOU)
yang dimeterai oleh UMT dan Universitas
Airlangga. Selain memenuhi hasrat untuk
melahirkan mahasiswa yang berdaya saing di
peringkat global, program pengantarabangsaan
ini turut membuka perkongsian idea mengenai
infrastruktur organisasi dan pengurusan kediaman.
Kolej Siswa turut melaksanakan Bakti Siswa
ke Sekolah Menengah Atas Negeri Enam (6),
Surabaya dan bersama-sama pelajar di sana
melakukan pelbagai aktiviti berkonsepkan peta
oleh: Tengku Nuriah Tengku Abdul RahmanKolej Siswa
minda, kreativiti dan sains. Ternyata kehadiran
pelajar UMT telah memberi pelbagai impak
yang positif kerana mereka saling bertukar
pandangan dan berkongsi pengalaman mengenai
penambahbaikan pelbagai aspek topik pendidikan
serta kemahiran.
Timbalan Pengetua Kolej Siswa Luar Kampus,
Dr. Nik Aziz Nik Ali berkata, usaha murni yang
dilaksanakan oleh pelajar MKS dan MPLK telah
berjaya mendapat pujian daripada pihak Sekolah
Menengah Atas Negeri Enam (6) Surabaya apatah
lagi delegasi UMT turut mengadakan program
gotong-royong di sekitar sekolah tersebut.
Pendakian ke Gunung Bromo yang mencabar
fizikal dan minda pelajar MKS dan MPLK turut
menjadi aktiviti sampingan di sana. Gunung
berapi aktif dengan ketinggian 2.329 m di atas
permukaan laut ini terletak dalam kawasan Taman
Nasional Bromo yang menjanjikan pemandangan
memukau buat para pengunjungnya.
Pelajar Sekolah Menengah Atas Negeri Enam bersama MKS dan MPLK Kolej Siswa melakukan aktiviti berkonsepkan peta minda dan sains.
Kolej Siswa Laksana Lawatan Ilmiah dan Bakti Siswa di Indonesia
Pelajar bergambar berlatarbelakangkan Gunung Bromo yang merupakan salah sebuah gunung berapi yang aktif di Jawa Timur, Indonesia.
30 SOROTAN PERISTIWA
Pelajar antarabangsa, Erasmus Mundus
Tropimundo telah menjalani kerja lapangan
di Tasik Kenyir sebagai memenuhi
keperluan Kursus Elektif Ekologi Tasik dan Darat.
Sesi pembelajaran ini dijalankan secara terus
agar para pelajar dapat menghayati warisan dan
kekayaan hutan hujan tropika yang menjadi nadi
keindahan Tasik Kenyir.
Berlangsung pada 9 hingga 11 Mac 2018,
program ini disertai oleh 23 orang peserta yang
terdiri daripada 10 orang pelajar Tropimundo,
staf, pembantu penyelidik dan renjer Jabatan
PERHILITAN.
Sesi kerja lapangan hari pertama bermula di
Gua Bewah. Di sini, peserta dapat melihat secara
lebih dekat interaksi antara haiwan dan serangga
oleh:Prof. Emeritus Dr. Faizah Mohd Sharoum & Muhammad Hafiz SulaimanPusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur
seperti kelawar, lipas, cengkerik dan labah-labah
yang menjadikan Gua Bewah sebagai habitat
mereka dengan membentuk satu jaringan rantaian
makanan dan ekosistem yang saling melengkapi.
Seterusnya, para peserta dibawa merentasi
denai Gua Bewah. Kepelbagaian jenis flora yang
kelihatan di sepanjang denai menarik minat
peserta seperti Pokok Kayu Manis (Cinnamomum
verum) yang mengeluarkan bau harum menerusi
kulit pokoknya. Para peserta juga berasa teruja
dapat melihat sendiri Pokok Melunak (Pentace
excelsa) yang terbesar dan tertinggi di Malaysia.
Aktiviti pada sebelah malamnya pula diisi
dengan tutorial pemasangan Perangkap Harp
iaitu sejenis perangkap yang digunakan untuk
menangkap kelawar serangga (Insectivorous bats).
Pelajar Tropimundo Hayati Warisan Alam Tasik Kenyir
31Infokus Jun 2018
1. Gua Bewah yang menjadi habitat haiwan dan serangga merupakan pelengkap kepada ekosistem alam.
2. Para peserta teruja dapat melihat Pokok Melunak yang terbesar dan tertinggi di Malaysia.
3. Para peserta meneliti flora yang ditemui.
Kerja lapangan hari kedua bertumpu di Taman
Herba. Pelbagai jenis tumbuhan herba tempatan
yang digunakan dalam perubatan tradisional
dibiakkan di taman ini. Para peserta turut diberi
peluang untuk merasa air rebusan Tongkat Ali
(Eurycoma longifolia), Kacip Fatimah (Labisia
pumila) dan Mahkota Dewa (Phaleria macrocarpa).
Selanjutnya, kerja lapangan diteruskan ke Air
Terjun Saok bagi melihat kepelbagaian jenis flora
yang terdapat di kawasan air terjun.
Pada hari terakhir, para peserta berkunjung
ke Stesen Penyelidikan Kenyir UMT di Sungai
Lawit dan diberi penerangan berkenaan fungsi dan
fasiliti yang bakal diwujudkan. Adalah diharapkan
aktiviti seumpama ini dapat diperluaskan kepada
semua pelajar UMT sebagaimana Program Survival
Laut agar para pelajar bukan sahaja menghargai
warisan alam di lautan, tetapi juga di daratan.
2
1
3
3232
Pusat Pengajian Sains Asas telah
mengadakan lawatan industri pada
18 hingga 20 April 2018 ke Bioalpha
East Cost Agro Sdn. Bhd. dan diikuti dengan
lawatan ke Pusat Penyelidikan Bioteknologi
dan Nanoteknologi, MARDI Serdang, Selangor
dan Taman Agroteknologi MARDI, Tanah Rata
Cameron Highlands, Pahang.
Matlamat lawatan ini adalah untuk memberi
pendedahan dan pengetahuan mengenai
kelengkapan makmal dan teknologi yang
terdapat di ketiga-tiga buah industri tersebut
selain mengenal pasti penempatan ’Work Based
Learning’ latihan industri kepada pelajar PPSA.
Turut dibincangkan, kerjasama penyelidikan dan
teknikal bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran serta peluang sangkutan industri
untuk ahli akademik PPSA khususnya di Pusat
Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi
Kunjungan pertama delegasi PPSA adalah ke
Bioalpha East Cost Agro Sdn. Bhd. yang terletak
di Kg. Pasir Raja, Dungun, Terengganu. Syarikat
ini merupakan Ladang Herba Bersepadu yang
memiliki ladang seluas 1000 ekar yang ditanam
dengan pelbagai tumbuhan herba bagi tujuan
farmaseutikal dan turut dieksport ke luar negara.
Antara tumbuhan herba berkomersial tinggi yang
diusahakan adalah Tongkat Ali, Kacip Fatimah,
Serai, Misai Kucing dan Lada Hitam.
Lawatan kemudiannya diteruskan ke Pusat
Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi
di Serdang, Selangor. Pusat ini merupakan
satu daripada sembilan fokus penyelidikan
yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Delegasi
telah dibawa untuk melihat makmal-makmal
berkaitan Agri-Omik dan Bioinformatik, Biosensor
dan Biodiagnostik, Teknologi dan Fermentasi dan
Agri-Nanoteknologi.
Destinasi terakhir lawatan ialah di Taman
Agroteknologi MARDI, Cameron Highlands.
Lokasinya di ketinggian 1, 400 meter dari paras
laut dengan suhu nyaman antara 14 hingga 24°C,
taman ni berkonsepkan agro-pelancongan yang
menghimpunkan pelbagai koleksi buah, herba
dan bunga beriklim empat musim. Delegasi
PPSA diberi penerangan berkaitan teknik dan
teknologi yang dibangunkan oleh MARDI
melalui penyelidikannya untuk tanaman tanah
tinggi. Delegasi turut berpeluang melawat Taman
Inggeris, Laman Herba, Edible Garden,Taman Ros,
Plot Strawberi, Plot Anggur, Plot Fertigasi dan Plot
Sayur-sayuran.
Lawatan Industri PPSA
Erat Hubungan bersama Industri
oleh: Dr. Fazilah Ariffin
Pusat Pengajian Sains Asas
SOROTAN PERISTIWA
33Infokus Jun 2018
1. Makmal tisu kultur di Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi menempatkan pelbagai tanaman herba seperti Sambung Nyawa, Temu Hitam dan Temu Lawak.
2. Tanaman herba Misai Kucing yang ditanam di Ladang Herba Bersepadu.
3. Edible garden (Taman dapur) seperti kobis yang ada di Taman Agroteknologi, MARDI.
4. Sesi penerangan oleh Pegawai Eksekutif Bioalpha, Encik Ahmad Faiq berkaitan penanaman tanaman herba di ladang seluas 1000 ekar.
1 2
4
3
34 SISWA CEMERLANG
Ilmu ikhtiar hidup amat penting kepada setiap
anggota badan beruniform terutamanya askar
wataniah seiring dengan ilmu peperangan di
dalam hutan.
Pasukan Askar Wataniah UMT (PAW
UMT) seramai 70 orang yang diketuai oleh
Timbalan Komandan, Mejar (K) Badruhisham
Darus mendekati masyarakat orang asli bagi
mempelajari ilmu hutan dan cara memasak di
dalam hutan menggunakan alam semula jadi.
Program ini dikelolakan di bawah Kursus
Military Mind yang berlangsung pada 25 hingga
28 April 2018 di Kampung Merlong, Kuala Betis
Gua Musang.
Mejar (K) Badruhisham berkata, program ini
dirancang bagi memberi peluang dan pendedahan
kepada anggota PAW UMT mempelajari cara
memasak nasi dan ayam hutan menggunakan
buluh. Mereka juga diajar cara membuat tempat
berteduh untuk berehat dan kaedah memburu
binatang menggunakan sumpit.
Kunjungan PAW UMT telah disambut baik
oleh Tok Batin Ibrahim yang telah bersama-sama
dengan pelajar seawal pagi sehingga selesai majlis
penutup. Kemeriahan majlis penutup dapat dirasai
oleh semua yang hadir dengan persembahan
kebudayaan oleh masyarakat orang asli dan
anggota pelajar UMT.
Dalam kursus ini, anggota pelajar telah
mengikuti aktiviti mendaki Gunung Berembun di
Cameron Highlands, Pahang. Kesemua anggota
termasuk dua orang pegawai berjaya sampai ke
puncak gunung pada jam 11.30 pagi setelah 2
jam 20 minit pendakian.
Ilmu medan perang dan ilmu ikhtiar hidup
juga diaplikasikan melalui beberapa penerangan
oleh staf penunjuk arah pendakian berkenaan
pokok dan tumbuhan yang boleh dimakan atau
tidak.
oleh:Lt. M. Siti Noriam YaakobAjutan Pasukan Askar Wataniah UMT
Wataniah UMT Cedok Ilmu Orang Asli
1
2
35Infokus Jun 2018
1. Tok Batin Ibrahim mengajar cara-cara menyumpit.
2. Anggota pelajar diajar membuat perhiasan wanita orang asli.
3. Penerangan tentang tumbuhan yang boleh dimakan oleh penunjuk arah pendakian di Gunung Berembun.
4. Memasak nasi menggunakan buluh.
4
3
36
oleh: Muhammad Aiman AzizPusat Sukan dan Rekreasi
Karnival Sukan Staf UMT 2018
Sebagai usaha merapatkan ukhuwah dalam
kalangan warga UMT dan membentuk
warga yang sihat, Karnival Sukan Staf UMT
telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan
penyertaan semua Pusat Tanggungjawab (PTj) di
UMT.
Karnival kali ini mempertandingkan empat
acara sukan iaitu Ping Pong Beregu, Bola Tampar
Campuran, Futsal, Bola Jaring Lelaki dan Wanita
serta satu acara khas bagi pengurusan UMT iaitu
acara Boling Padang.
Karnival Sukan Staf UMT 2018 yang bermula
6 hingga 8 April 2018 ini telah dirasmikan oleh
Naib Canselor, Profesor Dato' Dr. Nor Aieni Haji
Mokhtar.
Karnival sukan ini turut menjadi platform
bagi menilai dan membuat pemilihan bakat-
bakat baharu dalam kalangan staf yang boleh
diketengahkan ke kejohanan yang lebih besar.
Pasukan Penolong Naib Canselor (PNC) telah
dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan
menggondol dua pingat emas menerusi acara
bola tampar campuran dan bola jaring lelaki.
Pasukan HEPA terus mendominasi bola jaring
wanita dengan mengekalkan kejuaraan yang
diraih pada tahun lepas manakala pasukan PPPM
dan Canselori gah menjuarai acara ping pong dan
futsal.
Kesemua pemenang telah diraikan dalam
sesi penyampaian hadiah di Majlis Perhimpunan
Warga UMT pada 25 April 2018.
SOROTAN PERISTIWA
1
37Infokus Jun 2018
1. Naib Canselor menyerahkan piala kepada Penolong Naib Canselor.
2. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) mempamerkan aksi dalam acara boling padang.
2
38
Biarpun dianggap sebagai sukan untuk golongan
elit, sukan berkuda kian mendapat tempat di hati
rakyat Terengganu. Apatah lagi, sukan ini turut
menjadi sukan kegemaran Sultan Terengganu
sendiri.
Bukan sekadar sukan, sukan berkuda
mampu menjadi terapi kepada penyakit artritis,
Sindrom Down, autisme, sakit tulang belakang
dan membantu mencerahkan penglihatan mata
melalui rangsangan terhadap saraf cranium
(tengkorak) semasa gerakan ‘galloping’ kuda serta
bermacam lagi.
oleh: Mohamad Rafee JusohPusat Sukan dan Rekreasi
Perkembangan sukan berkuda di Malaysia
juga semakin meningkat dalam banyak
disiplin antaranya dressage, show jumping dan
endurance. Perkembangan ini rancak berlaku
di Terengganu dengan tertubuhnya Terengganu
International Endurance Park (TIEP) dan
Terengganu Equestrian Resort (TER).
Di UMT, Kelab Ekuin yang telah ditubuhkan
pada tahun 2008 menyemarakkan lagi
pembangunan sukan berkuda dan rekreasi
khususnya kepada pelajar-pelajar. Kelab Ekuin
ini menyediakan nilai tambah dalam aspek
perkembangan sahsiah serta memupuk nilai
integrasi dalam kalangan pelajar UMT.
Sehingga kini, Kelab Ekuin UMT terdiri
daripada 70 orang ahli di bawah Penasihat Kelab,
Haji Mohamad Rafee Jusoh yang juga Pengarah
Pusat Sukan dan Rekreasi UMT. Aktiviti-aktiviti
yang telah dijalankan merangkumi pertandingan
peringkat IPT, sukarelawan kejohanan peringkat
negeri dan antarabangsa serta penganjuran kursus
O Level bersama Majlis Ekuin Malaysia.
Kelab Ekuin UMT juga diberi peluang oleh
Kerajaan Negeri Terengganu untuk membuat
pameran sempena Ekspo Terengganu 2018 pada
27 Februari hingga 7 Mac di Gong Badak, Kuala
Nerus. Sempena ekspo tersebut, Kelab Ekuin UMT
bersiaran bersama Selamat Pagi Malaysia, RTM
pada 1 Mac 2018.
Kelab Ekuin UMT Penggerak Sukan Berkuda
SOROTAN PERISTIWA
39Infokus Jun 2018
Istilah fitnah telah difahami dalam masyarakat Malaysia sebagai sikap jelek yang bermaksud
menyebarkan keburukan seseorang. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, fitnah bermaksud tuduhan
atau pengkhabaran yang diada-adakan untuk memburukkan atau membencanakan seseorang manakala
adu domba atau mengacum pula bermaksud memperlagakan seseorang dengan pihak yang lain. Di
dalam bahasa Arab, istilah yang paling hampir dengan fitnah dan adu domba ialah an-Namimah.
Dalam menggambarkan kejelekan sikap ini, Ibn Masuud, iaitu salah seorang Sahabat Rasulullah SAW
pernah berkata kepada rakan-rakannya:
Tidakkah pernah aku memberitahu kepada kamu semua tentang sesuatu gigitan yang menyakitkan?
Gigitan tersebut ialah al-Namimah (fitnah) yang dilakukan untuk memburuk-burukkan manusia. Dan
sesungguhnya, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seseorang yang benar itu akan dicatat tentang
kebenarannya dan seseorang yang dusta itu akan dicatat tentang kedustaannya”
Sahih Muslim
Berkaitan dengan perkara ini juga, Allah turut berfirman dalam surah al-Qalam ayat 10 hingga 12 yang
bermaksud:
10. Dan janganlah engkau menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina
(pendapatnya dan amalannya);
11. Golongan yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah
belahkan orang ramai);
12. Golongan yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum
agama, lagi yang amat berdosa
Menerusi ayat-ayat tersebut, menjelaskan kepada kita bahawa Islam ialah agama keharmonian dan
sebarang kata-kata nista yang tiada asas bukannya datang daripada prinsip Islam. Ini kerana, sikap
tersebut akan memudarkan keindahan Islam sebagai agama yang membawa kerahmatan kepada
seluruh alam sebagaimana penegasan Allah dalam surah al-Anbiya’ ayat 107 yang bermaksud:
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi
sekalian alam.
FITNAH DAN ADU DOMBA VIRUS YANG MEMUDARKAN
KEINDAHAN ISLAMoleh:
Dr Firdaus Khairi Abdul KadirPusat Islam Sultan Mahmud
39Infokus Jun 2018
top related