Slide Artikulasi SAVI 2
Post on 15-Feb-2016
315 Views
Preview:
DESCRIPTION
Transcript
• Lidah• Bibir• Lelangit lembut• Gigi bawah
Aktif • Lelangit keras• Gigi atas• Gusi dalam
Pasif
DAERAH ARTIKULASI
PELABELAN BUNYI BAHASA
BAHAGIAN – BAHAGIAN ARTIKULASI VOKAL
• Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu dihasilkan udara di paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan.
• Vokal boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
Kriteria yang menentukan jenis-jenis bunyi vokal : 1.Bahagian lidah yang berperanan, sama ada
bahagian depan, tengah atau belakang lidah.
2.Ketinggian lidah yang dinaikkan, sama ada tinggi, separuh tinggi, rendah dan separuh rendah.
3.Keadaan bibir, sama ada bibir dihamparkan atau dibundarkan.
4.Pembukaan rahang, sama ada luas atau sempit.
CARTA VOKAL
HURUF – HURUF VOKAL
a e i o u ə
Proses Penghasilan Bunyi Vokal Depan Luas [ a ]
Bagi menghasilkan bunyi vokal depan luas, proses berikut berlaku:I. Bibir dalam keadaan hampar.II. Hadapan lidah diturunkan serendah mungkin.III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui rongga hidung.IV.Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.V. Bunyi yang dihasilkan ialah [a] contoh dalam perkataan:
• Awal perkataan: ajar, ayam
• Tengah perkataan: paku , bakul
• Akhir perkataan: kuda, lupa
Bagi menghasilkan bunyi vokal depan separuh sempit, proses berikut berlaku
apabila:
I. Bibir dihamparkan separuh sempit.
II. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.
III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup hidung supaya udara tidak
keluar melalui rongga hidung.
IV. Pita suara bergetar.
V. Bunyi yang dihasilkan ialah [e] contoh dalam perkataan:
Awal perkataan: ekor, enak Tengah perkataan: leper, kekok Akhir perkataan: sate, tauge
Vokal tengah [ə] I. Keadaan bibir hampar.
II. Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras.
III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
IV. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-parudapat menggetarkan pita suara.
Contohya dalam perkataan seperti : emak, sentuh, emas
Bagi menghasilkan bunyi vokal depan sempit, proses berikut berlaku:
I. Bibir dihamparkan.II. Depan lidah dinaikkan tinggi [setingggi mungkin]III.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga
hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.IV. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar lalu
getarkan pita suara.V. Contoh bunyi bahasa yang dihasilkan dalam perkataan ialah : Awal perkataan : ibu Tengah perkataan : bila Akhir perkataan : tali
PROSES PENGHASILAN VOKAL BELAKANG SEPARUH SEMPIT [O]
a) Bibir dibundarkan.
b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui hidung.
d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar ke rongga
mulut menggetarkan pita suara.
e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]
seperti dalam perkataan berikut:
i) Pada awalan perkataan - oleh, otak, orang
ii) Pada tengah perkataan - boleh, toleh, kotak
iii) Pada akhiran perkataan - solo, koko, pidato
Vokal Belakang Separuh Sempit
Proses Penghasilan Vokal Belakang Sempit [u]
Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang , proses yang berikut harus dilakukan;
a) Bibir dibundarkan.b) Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah lelangit
lembut.c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui hidung.d) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u].
Contohnya;i) Pada awalan perkataan: ubi, usung, unta, undurii) Pada tengah perkataan : buka, bubur, suka, lupaiii)Pada akhiran perkataan : satu, batu, labu, kuku, bayu
Vokal Belakang Sempit
top related