Seminar Keusahawanan Fesyen Bersama Salikin Sidek
Post on 17-Feb-2015
49 Views
Preview:
Transcript
KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
Seminar Keusahawanan Fesyen Bersama Salikin Sidek
Disediakan oleh:
NORAISHAH BINTI ZAINON
& HAZWANI BINTI ASARI
Unit Keusahawanan
Kolej Komuniti Bukit Mertajam
SEMINAR KEUSAHAWANAN FESYEN BERSAMA SALIKIN SIDEK
Menembusi dunia fesyen yang semakin aktif bergerak bukan hanya
menuntut wanita berkerjaya untuk terut sama meluaskan Fashion Sense
dalam diri malahan perlu pantas dari itu. Dunia fesyen berada di
gelombang paling drastik mengalami perubahan kini sudah menyamai
perkembangan teknologi pula.
Lantas, bagi meneruskan usaha untuk memupuk semangat keusahawanan
dikalangan para pelajar agar mencintai dunia fesyen, Kolej Komuniti Bukit
Mertajam telah menganjurkan sebuah Seminar Keusahawanan Fesyen
Bersama Salikin Sidek yang berlangsung di Dewan Kolej Komuniti
Seberang Jaya pada 16 Oktober 2012. Seminar ini berjaya mengumpulkan
seramai 122 orang pelajar dan 10 orang pensyarah fesyen yang terdiri
daripada Kolej Komuniti Baling, Kolej Komuniti Arau dan Kolej Komuniti
Bukit Mertajam. Kehadiran pereka fesyen terkenal Salikin Sidik dan Roslan
Hussain Dari Butik Pucuk Rebung menambah keserian seminar sebagai
inisiatif untuk memantapkan pengetahuan.
Antara sesi yang menarik ialah sesi pertunjukan fesyen pakaian tradisonal
oleh Salikin Sidik dan Demonstrasi Batik dari Butik Pucuk Rebung. Pelbagai
informasi baru disampaikan termasuklah kaedah-kaedah mempromosikan
jenama dan memasarkan produk. Seterusnya perhatian peserta dialihkan
dengan sesi soal jawab mengenai permasalahan antara pelajar dan
penceramah dan disusuli ucapan penghargaan dan perangsang oleh
pengarah Kolej Komuniti Bukit Mertajam.
Seminar keusahawanan ini akan terus dianjurkan dari masa ke semasa
untuk memantapkan lagi ilmu keusahawanan dalam bidang fesyen yang
kini dapat memberi peluang kerjaya kepada pelajar.
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4
Gambar 5
Gambar 6
Gambar 7
top related