Semarak Merdeka | 57 tahun merdeka, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta
Post on 06-Jul-2015
247 Views
Preview:
DESCRIPTION
Transcript
57 TAHUN MERDEKA, MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Semarak Merdeka31 Ogos Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Merdeka ! Merdeka ! Tetaplah merdeka Ia pasti menjadi sejarah Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Hari yang mulia Hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka Mari kita seluruh warga negara Ramai-ramai menyambut hari merdeka Merdeka ! Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh Hari mulia negaraku merdeka
Pencipta lagu: Ahmad Chass Barra
Di Sini LahirnyaSebuah Cinta
Cinta….. Cinta kepada nusaKini dan selamanyaTak berbelah bagi
Cinta bergemaSejarah kebangkitanSemangat bagai pahlawanAlangkah oh bertuahnya
KitaPunya rasa yang dalamPada pertiwi iniKita terus berganding ke mercu
Di Sini Lahirnya Sebuah CintaCinta yang semarakkan Penyatuan kita semua
Di Sini Lahirnya Sebuah CintaCurahkan sepenuhnyaJasa dan budi kita
Segala CabaranKita terus tempuhiJangan ada yang lekaTetap berjuang
Ayuhlah berbaktiHingga akhirnya
Lagu: Sharon PaulLirik: Fedtri YahyaArtis: Bob
[ 2 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
PEMASYHURANKEMERDEKAAN
“Maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
ibni ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan
dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhur dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai daripada tiga
puluh satu hari bulan Ogos seribu sembilan ratus lima puluh tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi di dalamnya negeri-negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah Subhanahu Wataala akan kekal
menjadi sebuah negara demokrasi yang Merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kepada kebebasan dan keadilan dan
sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan
di antara segala bangsa”.
Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan ini jelas menunjukkan bahawa Persekutuan Tanah Melayu (kemudiannya Malaysia)
menjadi tanah yang berdaulat di bawah sistem Raja Berperlembagaan berdasarkan cara demokrasi dan
berparlimen bermula 31 Ogos 1957.
[ 3 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia
Stadium Merdeka menjadi saksi kepada 7 laungan keramat ‘MERDEKA!’ daripada Bapa Kemerdekaan,
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
MERDEKA! MERDEKA!
MERDEKA! MERDEKA!
MERDEKA! MERDEKA!
MERDEKA!
[ 4 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
KRONOLOGI RINGKAS
MENGENAIKEMERDEKAAN
DAN PENUBUHAN
MALAYSIA
1945Kesatuan Malaya ditubuhkan
oleh kerajaan Imperialis Inggeris yang kononnya bertujuan
membawa Malaya ke arah pembentukan kemerdekaan.
Namun, majoriti rakyat tempatan membuat bantahan
kerana ia menyebabkan pembatalan semua kuasa politik
Sultan di sembilan negeri.
1947Konsep Kesatuan Malaya
ditukar kepada pembentukan sebuah Persekutuan Tanah
Melayu.
1948Malaya diisytiharkan darurat
akibat pemberontakan komunis.
1949Pihak Inggeris mendapatiorang-orang Melayu tidak
mempunyai masalah untuk mewujudkan sebuah negarayang berbilang kaum selepas pilihan raya pertama Malaya dimenangi Parti Perikatan
yang terdiri daripada UMNO (Melayu), MCA (Cina)
dan MIC (India).
1955-1956Tunku Abdul Rahman mengetuai
sekumpulan pemimpin Parti Perikatan ke London untuk berunding mengenai
kemerdekaan Malaya. Ketetapan dipersetujui pada Februari 1956 dan kemerdekaan secara rasmi
akan diberikan.
[ 5 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia
1957Kemerdekaan dan
pembentukan Persekutuan Malaya pada 31 Ogos 1957. Tunku Abdul Rahman dengan
bangganya melaungkan ‘MERDEKA’ sebanyak tujuh
kali sebagai Perdana Menteri yang pertama.
1960Darurat dimansuhkan untuk
pertama kalinya kerana aktiviti pemberontakan komunis yang
semakin lemah.
1962Perundingan diteruskan
untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah,
Sarawak dan Brunei di antara pemimpin tempatan
dan Inggeris. Pemimpin pembangkang Brunei membantah usaha ini
sehingga mengakibatkan Brunei tidak menyertai
Malaya. Sementara Sabah dan Sarawak bersetuju untuk
menyertai Malaya tetapi mendapat bantahan daripada pihak Filipina dan Indonesia. Filipina mendakwa mereka
berkuasa ke atas Sabah dan Sarawak sementara Indonesia
ingin membentuk sebuah negara Melayu yang luas yang
meliputi Malaya. Sebuah kajian dijalankan
lebih mendalam mengenai Sabah dan Sarawak menerusi Pesuruhjaya Reid dan Cobbold
di mana akhirnya Sabahdan Sarawak menyertai
Malaya.
1963Malaysia dibentuk pada
16 September 1963 yang terdiri daripada sebelas negeri di Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura.
1965Akibat salah faham dan tiada persefahaman di
antara pemimpin kerajaan pusat dan pihak berkuasa
Singapura, Singapura meninggalkan Persekutuan
Malaysia pada 6 Ogos 1965 dan
membentuk sebuah negara yang berasingan.
[ 6 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
KENALI BAPA KEMERDEKAANSetiap kali membicarakan mengenai kemerdekaan, pastinya satu nama akan sentiasa turut dibicarakan iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tunku Abdul Rahman yang dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan pastinya akan sentiasa sinonim dengan peristiwa bersejarah ini.
Usaha dan pengorbanannya dalam membuka jalan bagi Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan pastinya tidak harus dilupakan. Kemerdekaan yang diimpikan oleh seluruh warga Tanah Melayu akhirnya tercapai tanpa setitik darah yang mengalir dengan kebijaksanaan rundingan oleh Tunku Abdul Rahman.
Biodata
Nama : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah Tarikh lahir : 8 Februari 1903 Tempat lahir : Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah.Pendidikan : 1911 – Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar 1916 – Penang Free School, Pulau Pinang 1925 – Lulus B.A. dari University Cambridge 1945 – Lulus LLB dari Inner Temple, LondonKerjaya : 1946 – Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai Pegawai Daerah (D.O) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani. 1951 – Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO. 1956 – Dilantik menjadi Perdana Menteri yang pertama. 1970 – Bersara dari dunia politik.Kemangkatan : Tunku mangkat pada 6 Disember 1990 dan disemadikan di Makam Diraja Langgar.
[ 7 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia
Pengorbanan Tunku Abdul Rahman dalam usaha memerdekakan Tanah Melayu tanpa setitik darah yang
mengalir harus terus diperjuangkan.
[ 8 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Tunku Abdul Rahman Putra Al-HajBapa Kemerdekaan1957-1970
Tun Hussein Dato’ OnnBapa Perpaduan1976 -1981
PERJUANGAN YANGTAK PERNAH PUDAR
Perjuangan mereka haruslah terus dikekalkan. Jangan kita sia-siakan pengorbanan mereka dalam memaju dan meningkatkan kemakmuran negara ini.
Tun Abdul Razak Haji Dato’ HusseinBapa Pembangunan1970 -1976
[ 9 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia
Tun Dr. Mahathir MohamadBapa Pemodenan1981- 2003
Tun Abdullah Ahmad BadawiBapa Pembangunan Modal Insan2003 - 2009
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul RazakBapa Transformasi2009 - kini
[ 10 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
JALUR GEMILANG KEBANGGAAN KITA!Jalur Gemilang adalah lambang negara kita yang akan kita bawa dalam jiwa kita. Berbanggalah dengannya kerana ia menjadi bukti bahawa kita menjadi rakyat pada sebuah negarayang bernama Malaysia. Tidak kira di mana punkita berada, lambang Jalur Gemilangharuslah sentiasa disemaidi dalam diri kita.
[ 11 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia
Berbanggalah kita wahai anak Malaysia... Bawalah Jalur Gemilang dengan penuh bangga dan kibarlah Jalur Gemilang kerana kita adalah anak Malaysia.
[ 12 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
MAJLIS PELANCARAN KIBARKANJALUR GEMILANG PERINGKAT KEBANGSAANTAHUN 2013Tarikh : 16 Ogos 2013Tempat : Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah.
[ 13 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia
[ 14 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
PERPADUAN TANPA TITIK SEMPADAN
[ 15 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia
Raptai sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan ke-56.
[ 16 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEMERDEKAAN KE-56Tarikh : 31 Ogos 2013Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
[ 17 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia
Seramai 20 orang ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban semasa Ops Daulat di Lahad Datu turut diberi penghormatan semasa acara Perbarisan dan Perarakan Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan ke-56
[ 18 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
RAGAM PENGUNJUNG, PEMERIAH SUASANASambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan ke-56 disambut dengan meriah oleh segenap lapisan masyarakat. Para pelancong juga tidak terkecuali untuk meraikan hari yang bersejarah bagi negara ini.
[ 19 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia
Malah, ada yang hadir dengan memakai pakaian yang unik dan tampil dengan gaya yang kreatif.
Masing-masing tidak mahu terkecuali memeriahkan sambutan yang penuh warna-warni ini di samping merasai sendiri semangat patriotik ketika beramai-ramai mengibarkan Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan kita semua.
[ 20 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Kanak-kanak ibarat kain putih. Maka, bimbing dan didiklah mereka dengan menerapkan semangat cintakan negara kerana mereka adalah generasi yang bakal menyambung tampuk pemerintahan negara ini pada masa hadapan.
[ 21 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia
[ 22 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
[ 23 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia
[ 24 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
SAMBUTAN PERAYAANHARI MALAYSIA KE-50, SABAHTarikh : 16 September 2013Tempat : Taman Philip, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.
YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
“Kita berikrar kepada rakyat Sabah yang merupakan sebahagian Malaysia
untuk terus mempertahanankan kemerdekaan Sabah agar setiap
inci bumi bertuah ini akan mencapai kemajuan itu”
[ 25 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia
Rakyat Sabah meraikan Sambutan Perayaan Hari Malaysia ke-50 yang bertemakan ‘Perayaan 50 Tahun Sabah Maju Jaya Dalam Malaysia’. Seramai 1,500 peserta hadir memeriahkan sambutan tersebut dengan pelbagai persembahan dan pertunjukanyang berwarna-warni.
[ 26 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
SAMBUTAN PERAYAAN HARI MALAYSIA KE-50, SARAWAKTarikh : 16 September 2013Tempat : Padang Merdeka, Kuching, Sarawak.
[ 27 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia
[ 28 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Pertandingan Foto Merdeka ke-56 diadakan bermula 1 Ogos 2014 dengan cara memuat naik foto-foto yang berkait rapat dengan kemerdekaan ke-56 bertemakan “Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku”. Para pemenang telah ditentukan melalui jumlah Likes dan Share yang tertinggi di dalam Facebook. Ia diadili oleh juri awam sebanyak 50 peratus dan 50 peratus lagi ditentukan oleh juri profesional.
SEMARAKKAN JIWA MERDEKA: PERTANDINGAN FOTO MERDEKA KE-56
Tempat pertamaMOHD NAZRI SULAIMAN(Lahad Datu, Sabah)
Tema : Merdeka di Bumi Tumpahnya Darahku dan Darah PerwirakuHadiah : Wang tunai RM5,000 dan sijil
[ 29 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia
Tempat keduaRUZELY ABDULLAH(Kota Bharu, Kelantan)
Hadiah: Wang tunai RM3,000 dan sijil
Tempat ketigaNUR DALILA SALEHHUDDINHadiah: Wang tunai RM1,000 dan sijil
Sagu hatiANIS FARISSA JAZLANOOI BAN LEELOW YONG SENGTUTY TUTTIESKUMARAN A/L RAJANDRAN(masing-masing menerima wang tunai RM500)
[ 30 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
PEJUANG NEGARA TAK PERNAH GENTAR
[ 31 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia
[ 32 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
ERTIMERDEKAKita bukan lagi bangsa terjajahmusuh durjana sudah ternyah.
Erti merdekamaruah kita tertebus sudahbukan lagi bangsa hinaboleh dipermudah.
Erti merdekabeban terpikul di bahupara pemimpin negaramengisi segala kekosongan yang adamajukan negarasenangkan rakyat semuajangan seperti sebelum merdekatentu tiada maknaerti merdeka.
AMRIL SHAHKEMUDI, Shah Alam1 Mei, 2007
[ 33 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia
[ 34 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
WARISAN NEGARA, PEMBELA BANGSA
[ 35 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia
[ 36 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
57 TAHUN KEMERDEKAAN, 51 TAHUN PENUBUHAN MALAYSIA31 Ogos 2014, genaplah sambutan kemerdekaan yang ke-57 bagi seluruh warga Semenanjung Malaysia. Penubuhan Malaysia yang menginjak usia 51 tahun juga tidak harus dilupakan kerana inilah peristiwa penting tertubuhnya tiga wilayah iaitu Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak membentuk menjadi satu negara yang diberi nama Malaysia.
Pelbagai kaum dan etnik digabungkan di bawah satu negara yang sama.
Meskipun hidup berlatar belakangkan budaya dan agama yang berbeza, namun semua mampu hidup sebagai sebuah keluarga besar Malaysia.
Namun begitu, kita tidak harus alpa dengan kemewahan yang kita perolehi pada hari ini. Kita tidak boleh membiarkan diri kita hanyut dibawa arus kemodenan. Sekali sekala, pandanglah ke belakang. Lihatlah pengorbanan para pejuang dan pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu mengerah keringat dalam memperjuangkan untuk memerdekakan negara ini daripada cengkaman penjajah. Ia akan mengajar kita untuk belajar mensyukuri dengan nikmat yang dikecapi kini.
[ 37 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia
Tema bagi Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-57 tahun 2014.
[ 38 ]MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
[ 39 ]1 Suara, 1 Impian, 1 Harapan, 1 Malaysia
57 TAHUN MERDEKA, MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Semarak Merdeka31 Ogos Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Merdeka ! Merdeka ! Tetaplah merdeka Ia pasti menjadi sejarah Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Hari yang mulia Hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka Mari kita seluruh warga negara Ramai-ramai menyambut hari merdeka Merdeka ! Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh Hari mulia negaraku merdeka
Pencipta lagu: Ahmad Chass Barra
Di Sini LahirnyaSebuah Cinta
Cinta….. Cinta kepada nusaKini dan selamanyaTak berbelah bagi
Cinta bergemaSejarah kebangkitanSemangat bagai pahlawanAlangkah oh bertuahnya
KitaPunya rasa yang dalamPada pertiwi iniKita terus berganding ke mercu
Di Sini Lahirnya Sebuah CintaCinta yang semarakkan Penyatuan kita semua
Di Sini Lahirnya Sebuah CintaCurahkan sepenuhnyaJasa dan budi kita
Segala CabaranKita terus tempuhiJangan ada yang lekaTetap berjuang
Ayuhlah berbaktiHingga akhirnya
Lagu: Sharon PaulLirik: Fedtri YahyaArtis: Bob
top related