Transcript
Alhamdullilah, bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,
nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapaN penghargaan ini kepada pensyarah
pembimbing kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadaNya membuka ruang untuk
saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga saya
yang memberi saya pemudah cara untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka telah memberikan
saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya
menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam pembikinan tugasan ini.
KANDUNGAN HALAMAN
Sekapur sireh 3
1.0 PENDAHULUAN 4
1.1 Konsep Pengajaran Makro 4
1.2 Prinsip Pengajaran Makro 4
1.2.1 Objektif Pengajaran dan Pembelajaran 4
1.2.2 Jumlah Pelajar 4
1.2.3 Strategi Pengajaran 4
1.2.4 Jangka Masa Pengajaran 4
1.2.5 Bahan Pelajaran 5
1.2.6 Perbincangan dan Refleksi 5
1.3 Prosedur Pengajaran Makro (Sebelum, Semasa dan Selepas) 5
1.3.1 Sebelum Pengajaran (Persediaan Pengajaran) 5
1.3.2 Semasa Pengajaran (Pelaksanaan Pengajaran) 6
1.3.3 Selepas Pengajaran (Refleksi Sesi Makro) 7
2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 8
2.1 RPH Tahun 3 8
3.0 REFLEKSI 14
BIBLIOGRAFI 15
LAMPIRAN A 16
LAMPIRAN B 17
LAMPIRAN C 18
LAMPIRAN D 19
LAMPIRAN E 20
LAMPIRAN F 21
2 KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Konsep Pengajaran Makro
Pengajaran Makro merupakan satu sesi pengajaran yang lengkap bermula dari
pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup. Dalam erti kata lain,
pengajaran makro ialah satu sesi pengajaran yang lengkap bermula dari set induksi hingga
penutup. Pelaksanaannya perlulah mengandungi elemen-elemen berikut; dilakukan di kelas
yang besar, perlu murid sebenar, guru mengajar sepenuh waktu, tumpu kepada pelbagai
kemahiran mengajar dan situasi sebenar. Pengajaran makro juga merupakan kesepaduan
teknik-teknik pengajaran mikro yang disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran
yang sekian lama dipelajari.
1.2 Prinsip Pengajaran Makro
Antara prinsip pengajaran makro ialah:
1.2.1 Objektif Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam pengajaran makro, guru mempunyai objektif yang besar dan luas merangkumi
aras pengetahuan pelajar. Guru hendaklah menyatakan objektif secara tepat dan jelas bagi
setiap pengajaran yang dirancang berasaskan tajuk-tajuk yang dikenal pasti.
1.2.2 Jumlah Pelajar
Jumlah pelajar yang terlibat jauh lebih ramai bergantung kepada bilangan pelajar di
dalam kelas sebenar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang sebenar dan bukan dari lakonan
rakan-rakan. Justeru itu, pengajaran guru adalah mencabar dengan karenah para pelajar.
1.2.3 Strategi Pengajaran
Dalam pengajaran makro, guru perlu mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran
supaya sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik.
1.2.4 Jangka Masa Pengajaran
Jangka masa yang ditentukan dalam pengajaran makro adalah berdasarkan kepada
jadual waktu kelas yang memakan masa selama antara 30 hingga 40 minit satu masa. Ekoran
itu, guru perlu bijak merancang pengajaran dan pembelajaran dengan peruntukan masa yang
ditetapkan.
3 KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
1.2.5 Bahan Pelajaran
Dalam pengajaran makro, guru perlu menyampaikan keseluruhan isi pengajaran yang
telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Oleh itu, guru perlu menguasai
sepenuhnya bahan yang hendak disampaikan dan tumpuan guru ketika menyampaikan adalah
menyeluruh.
1.2.6 Perbincangan dan Refleksi
Penilaian kendiri perlu dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai
refleksi atau muhasabah berkaitan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam
pengajaran perlu diperbaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang perlu dibuat
refleksi ialah objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid di samping keazaman guru untuk
memperbaiki pengajarannya.
1.3 Prosedur Pengajaran Makro (Sebelum, Semasa dan Selepas)
1.3.1 Sebelum Pengajaran (Persediaan Pengajaran)
Sebelum melaksanakan sesuatu sesi pengajaran makro, guru perlulah merancang dan
menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap dan
baik merupakan satu aspek penting dalam sesuatu pengajaran yang berkesan. Pengajaran
yang berkesan akan meningkatkan pencapaian akademik murid dan mengurangkan masalah-
masalah disiplin. Berikut ialah aspek-aspek penting dalam persediaan sebelum pengajaran:-
1. Perancangan pendahuluan
Penentuan topik
Kebolehan sedia ada murid-murid
Objektif/hasil pembelajaran
2. Perancangan penyampaian
Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran
Penentuan masa
Pemeringkatan isi
4 KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Pemilihan sumber
3. Perancangan penilaian
Pencapaian
Penganalisisan maklum balas
Pengubahsuaian
1.3.2 Semasa Pengajaran (Pelaksanaan Pengajaran)
Semasa hendak melaksanakan pengajaran makro ini guru perlulah merancang set
induksi pengajaran yang baik dan menarik perhatian serta minat murid kepada pengajaran
yang hendak disampaikan dan dapat menggalakkan pembelajaran. Set induksi juga
digunakan bagi mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid.
Jangka masa yang baik bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit.
Seterusnya, perkembangan pengajaran yang merujuk kepada langkah-langkah
mengajar yang disusun berperingkat-peringkat berdasarkan prinsip-prinsip pengajaran. Guru
juga perlu merancang langkah-langkah pengajaran yang berturutan, disusun dengan baik dan
mencatat anggaran masa yang sesuai. Langkah-langkah yang dirancang ada kaitannya dengan
objektif khusus yang sudah dicatatkan.
Guru juga perlu memilih dan menyusun isi pelajaran yang hendak disampaikan. Ia
perlulah sesuai dengan kebolehan serta minat murid. Isi pelajaran tersebut perlu
dipertingkatkan dan diperkembangkan dengan teliti supaya situasi pembelajaran yang unggul
dapat diwujudkan. Ketika melakukan pemeringkatan isi, guru pelatih hendaklah
menyenaraikan semua topik yang hendak diajar, kemudian fikirkan sub topik atau isi yang
manakah yang perlu diawalkan dan yang boleh diajar kemudiannya. Untuk itu guru perlulah
melihat prinsip-prinsip berikut:
a) Dari yang susah diketahui kepada belum diketahui
b) Dari mudah kepada kompleks
c) Dari konkrit kepada abstrak
d) Dari dekat kepada jauh
e) Dari yang dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman
5 KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Bagi menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan, guru pelatih hendaklah
memikirkan strategi yang akan digunakan. Pemilihan strategi yang bijaksana akan menjamin
kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu pelajaran, strategi pengajaran yang sesuai
bukan sahaja dapat meningkatkan mutu penyampaian malahan akan menjadikan satu-satu
pelajaran itu lebih bermakna serta menyeronokkan murid-murid.Selain itu, guru juga harus
menjalankan aktiviti untuk mengukur sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran
telah tercapai. Aktiviti penilaian boleh dijalankan secara pemerhatian terhadap aktiviti
susulan, pemeriksaan kerja murid atau melalui ujian lisan atau tulisan. Maklumat-maklumat
yang didapati dari pentafsiran penilaian ini akan menjadi asas untuk membuat
pengubahsuaian terhadap pengajaran seterusnya.
Bahagian penutup yang merupakan bahagian terakhir dalam satu-satu pengajaran dan
pembelajaran di mana guru membantu murid menyimpul dan membuat rumusan yang
berkaitan isi-isi penting serta memberi latihan atau aktiviti pengukuhan kepada murid-murid.
Guru juga perlu memberikan rasa kepuasan belajar dan menggerakkan murid-murid supaya
bersedia untuk pelajaran akan datang. Hal ini bertepatan dengan pernyataan Ee Ah Meng
(1991) yang membahagikan penutup kepada dua bahagian, iaitu penutup kognitif dan
penutup sosial. Penutup kognitif biasanya digunakan apabila guru menyenaraikan isi-isi
penting sesuatu pelajaran dengan tujuan mengukuhkan apa yang telah dipelajari. Manakala
penutup sosial pula bertujuan memberikan suatu perasaan pencapaian kepada murid-murid di
hujung pengajaran satu-satu topik.
Di sepanjang proses pengajaran makro ini dilaksanakan pelbagai kemahiran dapat
diterapkan dan dikuasai oleh para guru pelatih setelah mereka melalui proses pengajaran
mikro sebelum ini. Ini sejajar dengan tujuan pengajaran makro itu sendiri iaitu untuk
membantu guru pelatih membiasakan diri melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi
pengajaran. Antara kemahiran-kemahiran tersebut ialah kemahiran penyampaian set induksi;
kemahiran menerang dengan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran dan
pembelajaran; kemahiran penggunaan penyoalan; kemahiran pengelolaan variasi rangsangan;
kemahiran penggunaan papan putih; kemahiran pengurusan aktiviti pengukuhan; dan
kemahiran pelaksanaan penutup.
1.3.3 Selepas Pengajaran (Refleksi Sesi Makro)
Setelah selesai sesi pengajaran, guru mestilah membuat penilaian kendiri sebagai
refleksi atau muhasabah berkenaan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam
pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang boleh
6 KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
dibuat refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid serta keazaman
guru bagi membaiki pengajarannya
2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN2.1 RPH Tahun 3
Tarikh /Hari : 28 April 201 2014 /Isnin
Tahun : 3 Usaha
Bil Murid : 34 orang
Masa : 4.00 – 4.40 petang
Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia
Tema : Makanan berkhasiat
Tajuk : Buah – buahan tempatan
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.2 Membaca dan memahami perkataan,
frasa dan ayat daripada pelbagai
sumber dengan sebutan yang betul.
2.2.1 Membaca dan memahami perkataan
berimbuhan awalan dan berimbuhan
akhiran dalam ayat daripada pelbagai
bahan bacaan dengan sebutan yang betul.
Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
i. Membaca kuat petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii. Menyenaraikan empat daripada lapan perkataan berimbuhan awalan berdasarkan
petikan.
iii. Membina ayat mudah lima daripada lapan perkataan berimbuhan awalan yang
disenaraikan.
Sistem Bahasa
Tatabahasa : kata berimbuhan awalan.
Kosa kata : Terdapat, mengambil, berkhasiat, berbagai-bagai, terpelihara,
membantu, memilih dan mengira.
Pengisian Kurikulum/Elemen Merentas Kurikulum
Ilmu : Moral, Sains, Pendidikan Kesihatan.
Nilai Murni : Mengamalkan gaya hidup sihat
Pendidikan Alam Sekitar : bertanggungjawab terhadap kebersihan diri dan
7 KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
mengamalkan pemakanan yang sihat.
Kreativiti : Mencipta ayat mudah daripada perkataan yang disenaraikan..
Strategi
Kemahiran berfikir : Penyoalan, menghubung kait dengan pengalaman
Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik, Intrapersonal dan naturalis
Kemahiran belajar cara belajar : Membina ayat mudah.
Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan amalan pemakanan yang
sihat dengan buah-buahan.
Bahan bantu mengajar
Bil Jenis Bilangan
1 Teks petikan “Buah-buahan Tempatan” 1
2 Senikata lagu “Buah-buahan Tempatan” 1
3 Bahan Maujud – tempoyak 1
4 Kad suku kata 1 set
6 Lembaran kerja 34
7 Radio 1
8 Kad manila 3
9 Kad Arahan Tugasan 3
Pengetahuan Sedia Ada :.
Mengenali beberapa jenis buah-buahan tempatan seperti betik, manggis, durian,
pisang dan belimbing.
8 KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Langkah Akriviti Guru Aktiviti Murid Catatan
Set
Induksi
(5 minit)
>Guru membawa tempoyak
ke dalam kelas.
>Guru meminta respons
daripada murid dengan
bertanyakan bau yang
dihidu.
>Guru meneruskan soal
jawab dengan untuk
mengaitkan jawapan murid
dengan tajuk yang hendak
diajar.
Soalan
1. Apakah bau ini?
2. Tempoyak dibuat
daripada apa?
3. Apakah ciri buah
durian?
>Murid akan memberikan
respons dengan menyebut
beberapa nama buah-buahan.
Jangkaan jawapan murid :
Bau durian
Buah durian
Raja segala buah
Ciri buah durian :
Fizikal : bulat, berduri keras
Deria : boleh dipegang
oleh dilihat, boleh
dihidu
Murid diminta
menyebut nama buha-
buahan seperti yang
terdapat pada slaid.
Nanas
Manggis
Durian
Betik
Perkaitan objek dengan tajuk
dan isi pelajaran:
“Buah-buahan tempatan.”
BBB
Bahan maujud
Slaid gambar buah-
buahan.
KB
Menghubung kait
BCB
Memproses maklumat
Pembelajaran
Kontekstual
Menghubungkaitkan
dengan pengalaman
dalam kehidupan.
Teknik
Soal-jawab
Nilai
Berhati-hati
Bersyukur
Kemahiran Bahasa
Kemahiran
mendengar dan
bertutur
Langkah
1
(10 minit)
Guru mengedarkan murid
petikan teks :
“Buah-buahanTempatan”.
-Soal jawab secara lisan
- Murid membaca senyap teks
petikan.
-Murid mendengar guru
membaca teks terlebih
BBB
petikan teks
( Lampiran 2 )
KB
Menjana minda
9 KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
mengenai petikan teks.
Soalan :
1. Sebutkan tiga contoh
buah- buahan tempatan ?
2. Apakah faedah makan
buah-buahan tempatan ?
3. Bagaimanakah buah-
buahan dapat membantu
ekonomi negara ?
4. Senaraikan perkataan
berimbuhan awalan yang
terdapat dalam petikan.
dahulu dengan nada dan
intonasi yang betul.
-Murid membaca teks secara
bergilir-gilir dengan sebutan
dan intonasi yang betul.
Jangkaan jawapan murid:
1. Buah rambutan, buah
pisang dan buah durian.
2.Mengandungi pelbagai
khasiat dan vitamin.
3. Dapat menyediakan lebih
banyak peluang pekerjaan.
4.Perkataan imbuhan awalan:
a. terdapat
b. mengambil
c. berkhasiat
d. berbagai-bagai
e. terpelihara
f. membantu
g. memilih
h. mengira.
-Murid-murid diminta
menyebut dan mengeja
perkataan yang mengandungi
perkataan imbuhan awalan.
Teknik
Pemerhatian
Soal jawab
KP
Intrapersonal
Verbal linguistik
Nilai Murni
Bekerjasama
Kemahiran Bahasa
Kemahiran Membaca
-Bacaan mentalis
-Bacaan mekanis
Tatabahasa
-Kata imbuhan awalan
10 KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Langkah
2
(10 minit)
1. Guru membahagikan
murid-murid kepada tiga
kumpulan dan melantik
ketua bagi setiap
kumpulan..
2. Guru mengedarkan kad
arahan tugasan kepada
ketua kumpulan.
Aktiviti Kumpulan
1. Murid diagihkan kepada
tiga kumpulan.
2. Setiap kumpulan
dikehendaki menyenaraikan
sepuluh patah perkataan
berimbuhan awalan yang
betul.
3. Ketua kumpulan
membentangkan hasil
kerja kumpulan masing-
masing di hadapan kelas.
4. Murid mengeja, menyebut
dan membaca perkataan
yang disenaraikan dengan
betul secara kelas.
BBB
Kad manila
Teknik
Kerja berkumpulan
KP
Intrapersonal
Verbal linguistik
Nilai Murni
Bekerjasama
Berani
Berkeyakinan
Kemahiran Bahasa
Kemahiran membaca
Penilaian objektif
Pemerhatian
Langkah
3
(10 minit)
Lembaran Kerja Murid.
-Guru mengedarkan
lembaran kerja kepada
setiap murid.
Aktiviti i
-Murid dikehendaki
menyenaraikan perkataan
yang mengandungi imbuhan
awalan yang terdapat dalam
petikan serta membaca
perkataan tersebut.
Jangkaan jawapan murid :
Imbuhan awalan :
1. terdapat
2. mengambil
3. berkhasiat
4. berbagai-bagai
Kemahiran bahasa:
Kemahiran membaca.
Kemahiran menulis
BBB
Lembaran kerja
KP
Verbal Linguistik
Intrapersonal
Penilaian objektif
Pemerhatian
11 KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
5. terpelihara
6. membantu
7. memilih
8. mengira
Aktiviti ii
Pengayaan
1.Murid membina ayat
mudah berdasarkan
perkataan imbuhan
awalan yang
disenaraikan.
Pemulihan
1. Murid memadankan suku
kata menjadi perkataan
imbuhan awalan.
2. Murid mengeja dan
membaca perkataan
berimbuhan yang
disenaraikan.
Nilai
Rajin
Tekun
Berusaha
Teknik
Bacaan mekanis
Latih tubi
Langkah
3
(5 minit)
-Guru memaparkan senikata
dan memperdengarkan lagu
“Buah-buahan Tempatan”.
-Guru memberi pujian atas
sikap murid yang suka
makan buah-buahan untuk
menjaga kesihatan
Kognitif
Rumusan isi pelajaran
-Murid mendengar lagu dan
diminta menyanyikan lagu
“Buah-buahan Tempatan”.
-Murid memberi rumusan isi
pelajaran.
BBB
Radio
Lirik lagu
(lampiran 2)
KB
Merumus
Nilai
Mengamalkan gaya
hidup sihat
12 KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Sosial :
Pujian atas usaha dan
kejayaan.
Kesyukuran
KP:
Verbal linguistik
Intrapersonal
3.0 REFLEKSI
Terlebih dahulu saya ingin merapatkan tangan ke hadrat Ilahi sebagai tanda syukur
saya kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, akhirnya dapat juga menyiapkan
kerja kursus projek Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini. Tugasan ini
dijalankan secara individu.
Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah mata pelajaran
ini kerana memberi tunjuk ajar , bimbingan serta keyakinan kepada saya untuk menyiapkan
kerja kursus ini mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Selain itu, ucapan terima
kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang banyak membantu memberi sokongan bagi
menyiapkan kerja kursus ini.
Melalui tugasan ini, saya banyak belajar perkara baharu tentang kaedah pengajaran
Bahasa Melayu seperti ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan komponen-komponen
pengajaran makro dan teori pemerolehan bahasa.Selain itu, melalui tugasan ini, saya turut
mempelajari konsep strategi, teori, model, kaedah, teknik dan pendekatan yang sesuai dalam
pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, terdapat juga masalah dan kekangan yang saya
tempuhi . Antaranya ialah masalah kekangan masa. Hal demikian ini kerana, saya terpaksa
membahagikan masa antara waktu mengajar di sekolah dan waktu membuat tugasan.Namun,
saya bersyukur kerana tempoh tugasan bersesuaian dan memberi kesempatan kepada saya
untuk membuat tugasan ini dengan sebaik mungkin.
Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih dihamparkan kepada sesiapa sahaja yang
terlibat dalam menjayakan tugasan ini.
13 KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
BIBLIOGRAFI
Buku :
Abd.Aziz Abd Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu : Prinsip, Kaedah dan Teknik, Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors and. Bhd.
Abd.Aziz Abd Talib (1989), Pengajaran dan Pengujian Bahasa, Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.
Azaman Wan Chik (1986).Mengajar Bahasa Malaysia, Jilid 1 & 2,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Institut bahasa (1994).Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1990). Perkaedahan Bahasa Malaysia,Kuala Lumpur : Persatuan Linguistik Malaysia.
Kamaruddin Hj Husin (1988) . Pedagogi Bahasa , Kuala Lumpur : Sri Pendidikan Longman Sdn Bhd.
Kamaruddin Hj Husin ( 1991 ). KBSM dan Model-model Pengajaran Bahasa.Kuala Lumpur
Raminah Hj Sabran (1991), Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia : Penerapannya pada Peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Internet
http://naa87.blogspot.com/2012/06/apa-itu-pengajaran-makro.html tarikh muat turun: 2 Mac2014
http://raofrazalli.blogspot.com/2012/06/pengajaran-makro.html tarikh muat turun : 10 Mac2014
http://panitiabahasamelayu-sujatha.blogspot.com/p/pengajaran-makro.html tarikh muat turun : 20 Mac 2014
http://chowleeleng.blogspot.com/2013/04/pengenalan-pengajaran-makro-dan-mikro.html tarikh muat turun : 26 mac 2014
http://cikgu-samilah.blogspot.com/2012/04/contoh-rph-bahasa-melayu_12.html tarikh muat turun : 5 April 2014
14 KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
LAMPIRAN A
BAHAN MAUJUD
TEMPOYAK DURIAN
15 KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
LAMPIRAN B – Slaid gambar buah-buahan tempatan
16 KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
nanas
17 KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
manggis
18 KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
durian
betik19 KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
LAMPIRAN C - PETIKAN
Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita Malaysia. Antara contoh buah-buahan tempatan ialah durian, rambutan, langsat dan lain-lain lagi. Rakyat Malaysia digalakkan mengambil buah-buahan tempatan kerana buah-buahan tempatan masih segar. Oleh itu, buah-buahan ini tentu lebih berkhasiat kerana kandungan berbagai-bagai jenis zat dan vitaminnya masih terpelihara dan ini tentunya lebih baik untuk kesihatan kita.
Buah-buahan tempatan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. Apabila kita lebih gemar memilih buah-buahan tempatan, ini akan meningkatkan pendapatan petani dan seterusnya dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Secara tidak langsung kita telah membantu negara dalam menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi negara.
Kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana banyak kebaikannya. Tambahan pula buah-buahan tempatan didapati lebih murah daripada buah-buahan import. Oleh sebab itu,
20 KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
rakyat Malaysia dapat menikmati buah-buahan ini tanpa mengira kaya atau miskin.
LAMPIRAN D
SENIKATA LAGU ‘BUAH-BUAHAN TEMPATAN’
Lagu “Buah-buahan Tempatan”
Buah duku dan rambutansangat enak dimakan
disukai oleh semua orang
buah nangka dan duriansangat lazat dijamah
untuk raikan rakan taulan
buah manggis dan pisangbanyak ditanam di kebun
menjadi perhatian pelancong
21 KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
LAMPIRAN E
KAD ARAHAN TUGASAN
KAD ARAHAN TUGASAN
Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan sepuluh patah perkataan berimbuhan awalan yang betul.
22 KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
LAMPIRAN F
LEMBARAN KERJA MURID
Nama : ________________________________________________
Kelas : ________________________________________________
Arahan : Senaraikan perkataan yang mengandungi imbuhan awalan berdasarkan teks petikan “Buah-buahan tempatan.”.
BIL IMBUHAN AWALAN IMBUHAN AWALAN
1 5
2 6
3 7
23 KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
4 8
LAMPIRAN G - Kad suku kata
mem ban tu
ber ba gai
ter da pat
24 KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
me ngira
25 KRB3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
top related