R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A › wp-content › uploads › 2020 › 06 › SNAPSHOT...R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 3 Terengganu Strategic
Post on 28-Jun-2020
1 Views
Preview:
Transcript
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 1
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
ANTARABANGSA & KESELAMATAN
• MALAYSIA TERAJUI SOKONGAN TERHADAP KENYATAAN SU AGUNG PBB
• WISMA PUTRA GESA KUMPULAN HOUTHI HENTI SERANGAN PROVOKASI
• BANTAHAN GLOBAL GESA ISRAEL BATAL PROJEK PENGILHAKAN TEBING BARAT
• LIBYA TIMUR “JEMPUT” MESIR PERTAHAN SERANGAN GNA
• PAP PERTAHAN MANDAT PRU KE-13?
PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA
• PETRONAS KOMITED LAKSANAKAN PESP SEBAGAI PELABURAN PENDIDIKAN JANGKA MASA PANJANG
• SSM CADANG RUU PINDA AKTA BANTU SYARIKAT TERJEJAS KEWANGAN
• LEBIH RAMAI GENERASI MUDA DIJANGKA BERSAMA TERAJU TEROKAI SEKTOR EKONOMI BAHARU
• KPM DIGESA NILAI SEMULA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN 2020
• PENGHANTARAN BORANG PENYATA CUKAI BUKAN PERNIAGAAN SELEWAT-LEWATNYA 30 JUN 2020
EKONOMI & KEWANGAN
• UNJURAN TERBAHARU EKONOMI DUNIA & MALAYSIA
• SERUAN MEMPERKASAKAN AGENDA EKONOMI BUMIPUTRA
• MASYARAKAT MASIH TIDAK SELESA UNTUK KEMBALI BEKERJA
• GDP-LINK SUKUK: SUATU ALTERNATIF BAHARU
• COVID-19: RISIKO DUNIA DALAM MASA 18 BULAN
2 2 J u n – 2 5 J u n 2 0 2 0 | 2
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
KESEJAHTERAAN SOSIAL
• TREND OBESITI SEMAKIN MEMBARAH
• COVID-19: KEMBALI MENULAR DENGAN LEBIH PANTAS
• MASYARAKAT MASIH TIDAK SELESA UNTUK KEMBALI BEKERJA
• PERSEDIAAN MASYARAKAT MENDEPANI CABARAN PASCA MORATORIUM
• WHO DESAK TINGKATKAN PENGELUARAN DEXAMETHASONE DAN PENCARIAN VAKSIN
ALAM SEKITAR, SUMBER ASLI & ASAS TANI
• PENJANA: SATU SUNTIKAN KEPADA PETANI, NELAYAN DAN PELADANG
• 330 KILANG DIAMBIL TINDAKAN OLEH JAS
• RACUN PENYEBAB GAJAH DI SABAH MATI
• RAKYAT AMERIKA TERDEDAH AIR YANG TERCEMAR
• PASARAN SAWIT DI INDIA DIPERLUASKAN LAGI
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 3
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
ANTARABANGSA & KESELAMATAN
MALAYSIA TERAJUI SOKONGAN TERHADAP KENYATAAN SU
AGUNG PBB
Malaysia telah menerajui sokongan terhadap
kenyataan gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) supaya
menghentikan segala pertikaian dan
pertelingkahan berhadapan dengan pandemik
Covid-19 ketika ini. Tindakan proaktif Kerajaan
Malaysia itu mendapat sokongan daripada 171
buah negara anggota PBB yang lain termasuklah
dalam kalangan negara Bukan Anggota dan
negara Pemerhati. Kenyataan hasil inisiatif
Malaysia itu adalah bagi menyatakan “moral
commitment” untuk memastikan penyelesaian
secara aman terhadap sebarang konflik yang
berlaku di seluruh dunia. Ia juga adalah langkah memobilisasi sokongan kolektif
daripada semua pihak bagi mengangkat kepentingan hubungan pelbagai hala.
Sokongan solidariti tersebut mendapat perhatian daripada negara anggota yang lain
daripada pelbagai rantau yang berbeza seperti Bangladesh, Ecuador, Mesir, Jamaica,
Jepun, Oman, Senegal, Slovenia serta Sweden (Wisma Putra, 23 Jun 2020).
https://www.kln.gov.my/web/guest/-/malaysia-led-initiative-at-the-united-nations-statement-
of-support-to-the-united-nations-secretary-general-s-appeal-for-a-global-ceasefire-amid-the-
co?inheritRedirect=true&redirect=%2Fweb%2Fguest%2Fpress-releases
WISMA PUTRA GESA KUMPULAN HOUTHI HENTI SERANGAN
PROVOKASI Wisma Putra mengeluarkan kenyataan membantah tindakan kumpulan Houthi yang
melancarkan serangan missil beberapa minggu lalu. Tindakan provokasi tersebut
akan mendorong kepada ketidakstabilan yang berpanjangan di Yaman. Wisma Putra
turut mengulangi gesaan semua pihak yang bertelingkah supaya mencari jalan
diplomasi bagi menyelesaikan pertikaian yang berlaku.
Hal yang demikian adalah penting supaya solidariti di peringkat global dapat
diwujudkan bagi menghadapi bahaya pandemik Covid-19 yang masih menjadi
ancaman utama global. Kenyataan itu juga adalah selari dengan pendirian yang
dilakukan oleh Malaysia bersama 171 negara Anggota, Bukan Anggota dan
Pemerhati PBB yang mengeluarkan kenyataan sokongan terhadap gesaan
Setiausaha Agung PBB sebelum ini (Wisma Putra, 25 Jun 2020).
https://www.kln.gov.my/web/guest/-/missile-and-drone-attacks-launched-by-the-houthi-
militia-towards-the-kingdom-of-saudi-
arabia?inheritRedirect=true&redirect=%2Fweb%2Fguest%2Fpress-releases
(Sumber: Bernama,2018)
2 2 J u n – 2 5 J u n 2 0 2 0 | 4
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
BANTAHAN GLOBAL GESA ISRAEL BATAL PROJEK
PENGILHAKAN TEBING BARAT Pemimpin utama PBB, Antonio
Guterres mengeluarkan gesaan
keras terhadap Israel supaya
menghentikan projek pengilhakan
(annexation) di Tebing Barat.
Gesaan itu dibuat memandangkan ia
telah bertentangan dengan undang-
undang antarabangsa serta
merosakkan usaha damai sejak
sekian lama di rantau berkenaan (Al-
Jazeera, 25 Jun 2020).
Langkah Israel untuk memulakan projek pengilhakan pada 1 Julai depan itu turut
mendapat bantahan daripada 1,080 ahli Parlimen Eropah daripada 25 buah negara.
Surat bantahan yang dikemukakan tersebut bukan sahaja membantah tindakan
biadap Israel, bahkan turut menggesa Kerajaan Eropah untuk bertindak sewajarnya
bagi membantah perkara tersebut (Al-Jazeera, 24 Jun 2020). Wisma Putra sendiri
telah mengeluarkan kenyataan pada 10 Jun lalu yang menjelaskan bahawa pelan
pengilhakan Israel bertentangan dengan undang-undang dan konvensyen
antarabangsa seperti Konvensyen Geneva Keempat 1949 dan Resolusi PBB 2334
pada tahun 2016.
https://www.aljazeera.com/news/2020/06/arab-league-call-israel-drop-annexation-plans-
200624142029201.html
https://www.aljazeera.com/news/2020/06/european-mps-condemn-israel-annexation-move-
200624070805730.html
LIBYA TIMUR “JEMPUT” MESIR PERTAHAN SERANGAN GNA Yang Dipertua Parlimen Timur Libya memanggil campur tangan Mesir jika pihak
kententeraan Kerajaan GNA menyerang Sirte. Wilayah ini merupakan titik tengah di
antara Tripoli, pusat pemerintahan Kerajaan GNA dan Benghazi, pusat penguasaan
LNA. Minggu lalu, Presiden Mesir memberi amaran jika berlaku serangan di Sirte atau
Jufra, ia bermakna pihak GNA telah melanggar “garisan merah” dan memaksa Mesir
untuk bertindak. PIhak GNA pula menganggap kenyantaan As-Sisi itu sebagai suatu
pengisytiharan perang ke atasnya (Al-Jazeera, 25 Jun 2020).
https://www.aljazeera.com/news/2020/06/libya-aguila-saleh-urges-egypt-intervene-sirte-
attacked-200624180955293.html
(Sumber: Al-Monitor,2020)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 5
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
PAP PERTAHAN MANDAT PRU KE-13? Singapura akan melaksanakan PRU Ke-13 pada 10 Julai depan dengan PAP yakin
akan terus diberi mandat untuk meneruskan legasi pemerintahannya. PAP telah
menerajui Singapura sejak 1959 dan tidak pernah memiliki undi di bawah 60 peratus
sejak negara republik ini memperoleh kemerdekaan pada tahun 1965. Perdana
Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, 68 tahun menjelaskan bahawa beliau akan turun
ketika umur beliau mencapai 70 tahun dan akan digantikan dengan timbalan yang
juga Menteri Kewangan, Heng Swee Keat.
Isu pengurusan ekonomi dan kesihatan disebalik pandemik Covid-19 akan menjadi
topik utama kempen kali ini yang akan berlangsung selama 9 hari dengan sehari
sebelum pengundian, iaitu 9 Julai semua pihak perlu berhenti berkempen (Cooling Off
Day) (South China Morning, 24 Jun 2020).
https://www.scmp.com/week-asia/politics/article/3090378/singapores-13th-general-
election-whats-stake-july-10-polls
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 6
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA
PETRONAS KOMITED LAKSANAKAN PESP SEBAGAI
PELABURAN PENDIDIKAN JANGKA MASA PANJANG Seramai 370 calon daripada
10,000 permohonan telah
terpilih bagi program Penajaan
Pendidikan Petronas (PESP)
yang telah memasuki tahun ke-
45 pada tahun ini. Komitmen
PETRONAS menerusi
program ini adalah selari
dengan Agenda Kelestarian
Petronas dan Matlamat
Pembangunan Lestari (SDG)
Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu bagi memastikan
peluang pendidikan berkualiti
selain pembangunan
pekerjaan bersesuaian seterusnya mampu menyumbang kepada ekonomi negara.
Petronas turut komited untuk memberi fokus kepada bidang-bidang yang masih
relevan dengan industri minyak, gas dan tenaga seperti kejuruteraan kimia,
mekanikal, geofizik dan geologi, di samping turut mengenal pasti bidang-bidang
bersesuaian untuk masa akan datang seperti matematik, statistik dan kejuruteraan
komputer.
Selaras dengan perintah kawalan pergerakan baru-baru ini, proses pemilihan program
PESP ini sepenuhnya secara dalam talian menyebabkan kehadiran calon meningkat
kepada 97 peratus berbanding 80 peratus pada tahun sebelumnya. Selain tajaan
pendidikan, Petronas turut memfokuskan pembangunan bakat dalam pemikiran
kepimpinan intelektual dan kebersediaan tenaga kerja dalam kalangan pelajar tajaan
Petronas. Untuk rekod, syarikat minyak dan gas negara ini telah membelanjakan lebih
RM 3.3 bilion bagi penajaan program PESP ini sejak ia diperkenalkan pada tahun
1975 yang telah memberi manfaat kepada hampir 37,000 pelajar. Petronas percaya
bahawa pelaburan yang berterusan mampu melahirkan bakat yang serba boleh serta
mampu menyumbang kepada penjanaan ekonomi rakyat bagi membangunkan
kelestraian industri dan negara. (Astro Awani, 24 Jun 2020)
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/petronas-teruskan-komitmen-pelaburan-dalam-
pendidikan-menerusi-pesp-248489
(Sumber: All Scholarship Forum, 2020)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 7
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
SSM CADANG RUU PINDA AKTA BANTU SYARIKAT TERJEJAS
KEWANGAN Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) mencadangkan satu
rang undang-undang (RUU)
untuk meminda Akta Syarikat
bagi mewujudkan satu
peruntukan baru untuk
membantu syarikat yang
terjejas kewangan secara
menyeluruh dan tidak terhad
kepada waktu pandemik
semata-mata.
Menurut Pengerusi SSM,
Hasnol Zam Zam, inisiatif yang diperkenalkan SSM sebelum ini bersifat sementara
dan tidak mempunyai satu mekanisme berpanjangan dan efektif untuk membantu
komuniti perniagaan pada masa depan. Di samping itu, maklumat mengenai syarikat
yang gulung tikar kesan COVID-19 pula hanya akan diketahui seawal suku pertama
tahun depan memandangkan pada tahun ini banyak syarikat masih bergantung
kepada lanjutan moratorium untuk menstruktur semula perniagaan mereka.
(FreeMalaysiaToday, 25 Jun 2020)
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/06/25/ssm-cadang-ruu-pinda-
akta-bantu-syarikat-hadapi-kesan-covid-19/
LEBIH RAMAI GENERASI MUDA DIJANGKA BERSAMA TERAJU
TEROKAI SEKTOR EKONOMI BAHARU Lebih ramai generasi muda dijangka menceburi sektor ekonomi baharu bagi tempoh
2020 hingga 2030 di bawah kelolaan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)
yang memfokuskan bidang kesihatan dan farmaseutikal, perkhidmatan kejuruteraan,
aeroangkasa dan pertanian berasaskan akuakultur.
Di bawah Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0, TERAJU akan terus
memperkasa ekonomi Bumiputera dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM
7.5 juta bagi program Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) yang
menyasarkan golongan B40. Melalui peruntukan tersebut, TERAJU akan membantu
golongan berkenaan memajukan perniagaan masing-masing berasaskan modul
perniagaan yang ditetapkan. (Berita Harian, 25 Jun 2020)
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/06/704208/teraju-tarik-orang-muda-sertai-
sektor-ekonomi-baharu
(Sumber: Berita Harian, 2020)
2 2 J u n – 2 5 J u n 2 0 2 0 | 8
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
KPM DIGESA NILAI SEMULA PINDAAN TAKWIM PENGGAL
PERSEKOLAHAN 2020 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa menilai semula pindaan Takwim
Penggal Persekolahan Tahun 2020. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
Semenanjung Malaysia (NUTP) mendakwa pindaan takwim tersebut dilakukan tanpa
mendapatkan pandangan NUTP terlebih dahulu yang mewakili suara guru di peringkat
akar umbi. NUTP berharap cuti pertengahan penggal 2 tidak dikurangkan berikutan
para guru juga menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian
sepanjang tempoh kawalan pergerakan.
Pindaan takwim tersebut dijangka memberi masalah kepada warga pendidik yang
telah membuat perancangan awal berdasarkan takwim awam. NUTP juga melahirkan
kebimbangan mengenai musim tengkujuh yang biasa dialami oleh warga pantai timur
selain sesetengah sekolah turut dijadikan pusat pemindahan banjir pada hujung
tahun. (Astro Awani, 23 Jun 2020)
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpm-digesa-nilai-semula-pengurangan-cuti-
sekolah-pindaan-takwim-dibuat-tergesa-gesa-248455
PENGHANTARAN BORANG PENYATA CUKAI BUKAN
PERNIAGAAN SELEWAT-LEWATNYA 30 JUN 2020 Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN) mengingatkan pembayar
cukai bukan perniagaan perlu
menghantar Borang Penyata
Cukai Pendapatan (BNCP)
mereka untuk taksiran 2019
sebelum atau pada 30 Jun ini.
Setakat 15 Jun yang lepas, 98.33
peratus daripada 2,175,596
borang penyata cukai pendapatan
bukan perniagaan untuk taksiran
2019 telah diterima oleh LHDN
melalui e-Filing, manakala
selebihnya secara manual.
Pembayar cukai individu juga boleh melayari portal www.hasil.gov.my untuk
mengakses senarai pelepasan cukai untuk tahun taksiran 2019. Dalam pada itu,
LHDN turut menekankan proses pembayaran balik cukai bagi yang layak amat
penting, justeru pembayar cukai disaran untuk kerap mengemas kini data peribadi dan
perincian akaun bank mereka. (The Malaysian Reserve, 22 Jun 2020)
https://themalaysianreserve.com/2020/06/22/non-business-tax-payers-reminded-to-submit-
tax-return-forms-by-june-30/
(Sumber: The Malaysian Reserve, 2020)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 9
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
EKONOMI & KEWANGAN
UNJURAN TERBAHARU EKONOMI DUNIA & MALAYSIA Berikutan kes positif COVID-19 yang
masih belum menunjukkan tanda
pemulihan efektif, Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF) memberikan
unjuran baharu ekonomi global bagi
tahun 2020 kepada negatif 4.9%, lebih
tinggi berbanding unjuran yang dibuat
pada April yang lalu iaitu hanya negatif
3.0%. Hal ini kerana IMF melihat
tiadanya penyelesaian efektif dari segi
perubatan, ketidaktentuan pemulihan
kebanyakan negara dan pelbagai sektor terkesan yang masih belum menunjukkan
peningkatan. Selain itu, IMF juga mengunjurkan ekonomi Amerika Syarikat
menguncup sehingga 8.0% berbanding 5.9% seperti unjuran sebelum ini manakala
China sebagai ekonomi kedua terbesar menumbuh hanya 1.0% berbanding 1.2%.
Bagi Malaysia, IMF mengunjurkan penguncupan ekonomi sehingga 3.1%, lebih kecil
berbanding unjuran sebelum ini iaitu sehingga 0.1%. Namun begitu, unjuran tersebut
boleh berubah dengan drastik bergantung kepada situasi kawalan pandemik dan
perlaksanaan perlindungan sosial di Malaysia. Menurut IMF, ekonomi Malaysia masih
mempunyai daya tahan yang kuat dan asas yang kukuh. (Astro Awani, 25 Jun 2020)
www.astroawani.com/berita-bisnes/kdnk-malaysia-dijangka-menguncup-kepada-3-1-
peratus-bank-dunia-248633
SERUAN MEMPERKASAKAN AGENDA EKONOMI BUMIPUTRA Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyeru Kerajaan agar tidak melupakan
agenda memperkasakan ekonomi bumiputra di dalam fasa pemulihan ekonomi
negara pada ketika ini. Tanpa menafikan fokus utama Kerajaan dalam mendepani
cabaran pandemik COVID-19, usaha meningkatkan ekonomi Bumiputra perlu
diteruskan agar kemakmuran dan pembangunan dikecapi secara saksama dan adil.
MTEM berpendirian institusi Kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam
membangunkan ekonomi negara selain menzahirkan betapa pentingnya Kerajaan
menggunakan kuasa yang ada untuk melakukan sesuatu dalam mencapai tahap yang
maksima. Kerajaan juga perlu mengambil peluang untuk menambahbaik dasar
termasuk penghasilan RMK12 supaya lebih memberi kesan dalam jangka pendek dan
panjang kepada kedudukan ekonomi Bumiputra. (The Outlook, 25 Jun 2020).
theoutlook.asia/di-mana-agenda-ekonomi-bumiputra-pasca-pkp/
(Sumber: Google)
2 2 J u n – 2 5 J u n 2 0 2 0 | 10
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
PELAN PEMULIHAN EKONOMI PERLU LEBIH SERIUS Kerajaan diseru agar lebih serius
menangani isu pengangguran yang
semakin meningkat di negara ini.
Umum mengetahui, Pakej Pemulihan
Jangka Sederhana (PENJANA) lebih
banyak memberi fokus dalam
menyelesaikan isu pengangguran,
namun Kerajaan perlu mengambil
langkah yang lebih proaktif dan lebih
terperinci terutamanya terhadap
sektor yang terjejas teruk seperti
pelancongan dan penerbangan.
Kadar pengangguran dijangka meningkat pada suku ketiga berikutan masih banyak
syarikat yang perlu mengurangkan kos operasi bagi memberi nafas kepada syarikat
untuk terus hidup. Selain itu, menurut Ahli Ekonomi Bank OCBC, Kerajaan boleh
memberikan fokus dalam menyediakan latihan dan menajamkan skil sedia ada para
pekerja terutamanya di dalam era digital yang semakin berkembang. Penyelidikan
MIDF berpendapat bahawa sektor pekerjaan akan lebih stabil pada separuh kedua
tahun ini tanpa menafikan peningkatan pengangguran, namun masih banyak sektor
menawarkan pekerjaan baru seperti sektor kesihatan, pertanian dan berasaskan
makanan. (The Malaysian Reserve, 23 Jun 2020)
themalaysianreserve.com/2020/06/23/recovery-plan-needed-to-curb-unemployment/
GDP-LINK SUKUK: SUATU ALTERNATIF BAHARU Sehingga kini, Kerajaan telah membelanjakan jumlah yang besar di dalam PRIHATIN
dan PENJANA yang bernilai RM 295 Billion dengan suntikan fiskal langsung sebanyak
RM 45 Billion. Menurut Menteri Kewangan, negara masih mempunyai sistem
kewangan yang baik pada ketika ini. Namun, Kerajaan juga perlu bersedia
menghadapi sebarang risiko yang mendatang. Untuk mengelakkan situasi yang tidak
diingini, Kerajaan biasanya mengeluarkan instrumen hutang awam seperti bon atau
sukuk walaupun, ianya akan menghasilkan lebih banyak hutang fiskal. Untuk itu,
Kerajaan dicadangkan agar membiayai pelbagai pakej rangsangan melalui instrumen
berkaitan KDNK. Sukuk berkaitan KDNK adalah salah satu cara untuk menukar
hutang menjadi pembayaran ekuiti berdasarkan prestasi KDNK negara. Instrumen
kewangan yang berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi boleh disamakan dengan
saham dalam negara dan mempunyai ciri-ciri seperti ekuiti. Antara kelebihan
menggunakan instrumen ini adalah ianya menukar hutang menjadi ekuiti,
pembayaran balik berdasarkan prestasi KDNK dan kepelbagaian faedah yang
diperolehi para pelabur yang memegang sukuk ini. (The Edge Markets, 24 Jun 2020)
www.theedgemarkets.com/article/my-say-financing-covid19-stimulus-packages-gdplinked-
sukuk
(Sumber: BERNAMA,2020)
1 2 J u n – 1 4 J u n 2 0 2 0 | 11
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
COVID-19: RISIKO DUNIA DALAM MASA 18 BULAN Tinjauan yang dilakukan oleh Forum
Ekonomi Dunia melalui seramai 347
penganalisis risiko mengenai bagaimana
mereka menilai kemungkinan risiko besar
yang akan dihadapi oleh dunia selepas
tersebarnya wabak COVID-19. Dalam
tinjauan tersebut, "risiko" didefinisikan
sebagai peristiwa atau keadaan yang tidak
pasti dengan potensi untuk memberikan
kesan negatif yang signifikan kepada
pelbagai negara dan industri. Sebanyak 31
risiko yang diperolehi dan telah
dikelompokkan menjadi lima kategori
utama, iaitu; i) Ekonomi (10 risiko), ii) Sosial
(9 risiko), iii) Geopolitik (6 risiko), iv)
Teknologi (4 risiko) dan, v) Alam sekitar (2
risiko).
Ramai penganalisis meletakkan faktor ekonomi yang tinggi dalam senarai mereka,
namun risiko-risiko lain tidak boleh ditinggalkankan kerana dunia bergerak di dalam
suatu sistem yang sama. Tinjauan menunjukkan bahawa kejatuhan ekonomi
menimbulkan ancaman yang paling ketara dalam waktu terdekat, dengan
mendominasi tujuh daripada sepuluh risiko utama secara keseluruhan.
Dengan kadar pengangguran tinggi yang berlaku di seluruh dunia, sebanyak68.6%
penganalisis bimbang dengan kemelesetan ekonomi yang berpanjangan. Pandemik
COVID-19 telah mengubah struktur sistem ekonomi global secara drastic dan
mengakibatkan kesan negatif yang berantai. Di samping itu, kesemua bank pusat di
pelbagai negara kini menawarkan pakej dan polisi bernilai trillion dollar bagi
memerangi wabak ini di negara masing-masing. Ini secara tidak langsung telah
membebankan negara mereka dengan hutang yang lebih tinggi.
Selain itu, COVID-19 telah menyebabkan ekonomi negara-negara membangun
hampir musnah dan seterusnya menghentikan pembangunan yang sedang mereka
jalankan. Oleh itu, 38% penganalisis menjangkakan keadaan ini boleh menyebabkan
pasaran di negara-negara tersebut runtuh. (Visual Capitalist, 24 Jun 2020)
www.visualcapitalist.com/whats-at-risk-an-18-month-view-of-a-post-covid-world/
(Sumber: Visual Capitalist)
2 2 J u n – 2 5 J u n 2 0 2 0 | 12
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
KESEJAHTERAAN SOSIAL
TREND OBESITI SEMAKIN MEMBARAH Menyusuri data Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO), permasalahan obesiti yang mengubah
struktur bentuk badan seseorang itu didapati
menjadi kebimbangan global sejak tahun 1975
lagi. Sehingga kini, ia masih menjadi isu besar
terutama sepanjang PKP dijalankan
disebabkan oleh pelbagai makanan viral yang
menular.
Berdasarkan kenyataan Pakar Perubatan
Kesihatan Awam menyatakan dua faktor utama
obesiti ialah dari segi pemakanan dan aktiviti
fizikal. Pengambilan lebihan makanan yang
tidak disertai dengan aktiviti fizikal
menyebabkan tenaga berlebihan ini disimpan sebagai lemak di dalam badan. Jelas
sekali impak negatif PKP apabila masyarakat lebih memilih untuk mengambil
makanan secara berlebihan tanpa melakukan sebarang aktiviti fizikal. Hasilnya,
sekurang-kurangnya 2.8 juta orang meninggal dunia setiap tahun kerana lebihan berat
badan atau obes (Berita Harian, 22 Jun 2020).
https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2020/06/702978/trend-obesiti-di-malaysia-
menggerunkan
COVID-19: KEMBALI MENULAR DENGAN LEBIH PANTAS Beberapa negara yang sebelum ini berhasil mengawal penularan kes COVID-19 telah
merekodkan peningkatan kes sejurus kebenaran perhimpunan agama, keraian dan
kelab malam diberikan. Pakar epidemologi dan teknikal berkaitan pandemik WHO
menyatakan Korea Selatan salah satu negara yang pada awalnya berjaya
membendung penularan virus tersebut namun kini berdepan dengan penularan
gelombang kedua sejak beberapa minggu lalu.
WHO menyatakan pengurangan kes tidak bermakna negara tersebut selamat dan
bebas daripada virus COVID-19 malah tidak mustahil penularan berlaku dengan
mendadak tanpa kawalan yang hemat dari setiap negara. Sehingga kini, virus tersebut
menular dengan lebih pantas dan telah menjangkiti lebih 9.1 juta orang termasuk
mengakibatkan lebih 474,000 kematian. (Berita Harian, 23 Jun 2020).
https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/06/703426/negara-berjaya-kawal-covid-19-
kini-saksikan-peningkatan-kes
(Sumber: Media Selangor, 2019)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 13
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
MASYARAKAT MASIH TIDAK SELESA UNTUK KEMBALI
BEKERJA Menurut kajian oleh yang dikeluarkan oleh penyedia penyelesaian pengurusan
berpengalaman Qualtrics, 69 peratus pekerja daripada pelbagai peringkat usia di
Malaysia masih tidak selesa untuk kembali ke tempat kerja pada masa ini. Hal ini
kerana, masyarakat masih tidak berasa selamat untuk bergerak bebas selagimana
rawatan ataupun vaksin tidak dikeluarkan. Buktinya, 58 peratus menyatakan rawatan
dan vaksin (61 peratus) mesti diluluskan agar mereka merasa selesa untuk kembali
ke tempat kerja.
Manakala dari segi keyakinan masyarakat untuk menggunakan pengangkutan awam
masih lemah sehinggakan 67 peratus merasakan tidak bersedia untuk
menggunakannya dan 73 peratus merasa tidak selesa untuk menggunakan pesawat.
Oleh itu, majikan dan kerajaan sewajarnya memberi ruang dan peluang untuk
masyarakat mengadaptasi normal baharu ini dengan lebih yakin (Sinar Harian, 23
Jun 2020).
https://www.sinarharian.com.my/article/89083/BERITA/Nasional/Lebih-69-peratus-
pekerja-tidak-selesa-kembali-ke-tempat-kerja
PERSEDIAAN MASYARAKAT MENDEPANI CABARAN PASCA
MORATORIUM Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit
(AKPK) membantu masyarakat bagi bersiap
sedia mengharungi cabaran kewangan pasca
moratorium. Antara sembilan garis panduan
yang dikeluarkan adalah bersiap sedia mental
dan emosi bahawa selepas 30 September
tidak ada lagi penangguhan pembayaran.
Selain itu juga, orang ramai dinasihatkan agar
menyemak semula maklumat berkenaan
bayaran bulanan yang terkini dan menyusun semula bajet bulanan serta jana
pendapatan baharu dengan meningkatkan pengetahuan berkenaan bidang lain yang
boleh meningkatkan hasil pendapatan. Hal ini bagi memastikan individu berdepan
dengan pembayaran hutang pasca moratorium (Sinar Harian, 22 Jun 2020).
https://www.sinarharian.com.my/article/88952/EDISI/Terengganu/AKPK-garis-9-panduan-
harungi-pasca-moratorium
(Sumber: themalaysiantimes, 2020)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 14
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
WHO DESAK TINGKATKAN PENGELUARAN
DEXAMETHASONE DAN PENCARIAN VAKSIN WHO mendesak agar penghasilan
pengeluaran steroid murah,
dexamethasone dipertingkatkan.
Hal ini kerana, dexamethasone
dikesan telah berjaya
mengurangkan kes kematian dalam
kalangan pesakit kritikal di seluruh
dunia. Dexamethasone telah
digunakan sekitar 60 tahun yang
lalu bagi merawat keradangan.
Oleh itu, ia nya amat sesuai kepada
pesakit-pesakit kritikal sahaja dan
tidak boleh digunakan kepada
pesakit yang mempunyai simptom ringan.
Selain itu, WHO juga meminta semua negara berusaha mencari jalan alternatif terbaik
dalam merawat penularan virus COVID-19. United Kingdom (UK) dan Jerman
memulakan langkah dengan membuat ujian klinikal vaksin ke atas manusia. Selain itu
juga, sukarelawan di Universiti Oxford akan menerima dos pertama vaksin pada hari
ini. Ujian ini membabitkan sukalarelawan seramai 510 orang yang berusia antara 18
dan 55 tahun (Astro Awani, 22 Jun 2020).
https://beta.astroawani.com/berita-malaysia/tingkatkan-pengeluaran-dexamethasone-who-
248339
https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/04/680532/uk-jerman-mula-ujian-vaksin-
covid-19-ke-atas-manusia
(Sumber: Astro Awani, 2020)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 15
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
ALAM SEKITAR, SUMBER ASLI & ASAS TANI
PENJANA: SATU SUNTIKAN KEPADA PETANI, NELAYAN DAN
PELADANG Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) merupakan satu inisiatif bantuan
tambahan Kerajaan kepada petani, peladang dan nelayan yang menerima pakej
bantuan sebelum ini. Bantuan tambahan ini mampu menyuntik modal pembiayaan
dan pusingan untuk memulakan perniagaan kepada golongan tersebut. Tidak
dinafikan bahawa industri makanan dan pertanian merupakan sektor yang turut
terkesan akibat pandemik Covid-19. Sehubungan itu, dalam memastikan rantaian dan
bekalan makanan terjamin, bantuan modal daripada Kerajaan amat diperlukan oleh
petani, peladang mahupun nelayan.
Melalui bantuan tambahan PENJANA, peruntukan sebanyak RM350 juta telah
disalurkan dalam sektor ini menerusi 3 bantuan khusus iaitu Skim Pembiayaan
Mikrokredit bawah Agrobank, sumbangan “in-kind” dalam menyokong pertanian
bandar dan insentif memudahcara mobiliti kerja pertanian kepada syarikat perintis.
(Free Malaysia Today, 25 Jun 2020)
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/06/25/penjana-beri-pusingan-
modal-buat-peladang-petani-dan-nelayan/
330 KILANG DIAMBIL TINDAKAN OLEH JAS Sebanyak 330 kilang diambil tindakan penguatkuasaan dengan pelbagai kesalahan yang menyumbang pencemaran alam sekitar oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS). Operasi tersebut dilaksanakan sejak tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac dan berakhir 23 Jun yang melibatkan 5,439 premis diperiksa.
Pada masa yang sama, dalam operasi tersebut
juga melibatkan tiga kilang proses kelapa sawit yang telah mencemarkan bekalan
sumber air. Oleh hal yang demikian, ketiga-tiga lesen kilang tersebut ditarik balik
serta-merta. Manakala, premis-premis lain pula dikenakan penggantungan lesen,
kompaun atau denda serta penahanan operasi kelengkapan yang melakukan mana-
mana kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. (Berita Harian, 24 Jun
2020).
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jas-ambil-tindakan-penguatkuasaan-terhadap-
330-kilang-248448
(Sumber: Berita Harian, 2020)
2 2 J u n – 2 5 J u n 2 0 2 0 | 16
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
RACUN PENYEBAB GAJAH DI SABAH MATI Berdasarkan laporan Jabatan Hidupan Liar (JHL) menyatakan bahawa antara punca
kematian 50 hingga 60 ekor gajah mati sepanjang tempoh 10 tahun lalu adalah
disebabkan racun sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Apatah lagi, risiko racun
daripada tumbuh-tumbuhan, kawasan perladangan dan alam sekitar mudah terdedah
kepada setiap ekor gajah.
Sehubungan dengan itu, pihak JHL Sabah
melaksanakan penyelidikan dan penyiasatan
keracunan gajah di Sabah yang
mengakibatkan kematian haiwan tersebut.
Usaha tersebut dilaksanakan dengan usaha
sama Pusat Racun Negara. Selain itu, kajian
lapangan juga turut dilakukan melalui dana
Lembaga Minyak Sawit Malaysia bagi
mendapatkan data yang tepat berhubung populasi gajah di Sabah. Oleh itu,
disebabkan konflik gajah dengan manusia yang semakin serius, data baharu amat
diperlukan. (Astro Awani, 23 Jun 2020).
https://beta.astroawani.com/berita-malaysia/racun-punca-kematian-5060-ekor-gajah-dalam
tempoh-10-tahun-jhl-sabah-248324
RAKYAT AMERIKA TERDEDAH AIR YANG TERCEMAR Air diisytiharkan sebagai hak asasi manusia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) berdasarkan undang-undang antarabangsa pada 28 Julai 2010. Malahan,
bukan air yang bersih sahaja diperlukan malah air yang mencukupi untuk aktiviti
harian manusia seperti mandi, minum, mencuci, meyediakan makanan dan
sebagainya juga begitu penting kepada manusia demi kelangsungan hidup.
Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat juga tidak terkecuali dalam menghadapi
krisis bekalan air yang bersih dan cukup. Hal ini kerana, bekalan air tidak disediakan
untuk berjuta-juta orang selain rakyatnya tidak mampu untuk membayar bil air yang
meningkat. Selain itu, puluhan ribu rakyat Amerika juga turut terdedah dengan
penggunaan air yang tercemar. (The Guardian, 23 Jun 2020).
https://www.theguardian.com/us-news/2020/jun/23/us-clean-water-crisis-2020-guardian-us-
editor?CMP=Share_AndroidApp_WhatsApp
(Sumber : Harian Metro, 2020)
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 17
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
PASARAN SAWIT DI INDIA DIPERLUASKAN LAGI Tindakan Kerajaan yang melaksanakan
pengecualian duti minyak mentah (MSM)
pada bulan Jun antara faktor permintaan
MSM semakin meningkat. Permintaan minyak
sawit Malaysia dari pasaran India, China dan
negara-negara Kesatuan Eropah (EU) yang
semakin baik telah mengakibatkan eksport
minyak sawit diunjur meningkat 4.56 juta tan
pada suku ketiga berbanding suku
sebelumnya.
Pada masa yang sama, India turut mengimport minyak sawit dan produk komoditi lain
di Malaysia bagi memenuhi 25 juta tan minyak sayuran dan lelemak setahun yang
diperlukan untuk kegunaan domestik. Oleh hal yang demikian, Kerajaan akan
mengambil peluang keemasan ini untuk memperluas pasaran industri sawit di India.
Merujuk kenyataan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan
pemindahan teknologi berkaitan industri sawit terutama di negeri Telangana, India
begitu diperlukan melalui bantuan kepakaran Malaysia. Perkara ini dilihat satu
peluang bagi pasaran sawit di India diperluaskan melalui promosi bersama dan
kerjasama dengan kerajaan negeri Telangana. (Berita Harian, 22 Jun 2020).
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/06/703114/malaysia-teruskan-usaha-
perkukuh-dagangan-sawit-dengan-india
(Sumber: Berita Harian,2020)
top related