Perutusan menteri kesihatan sempena minggu kesihatan
Post on 21-Jul-2015
188 Views
Preview:
Transcript
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAMINISTRY OF EDUCA TION MALA YSIASahagian Kokurikulum dan KesenianDivision of Co-Curricular and ArtsAras 3, Siok E9, Kompleks EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 PUTRAJAYAMALAYSIA
_ KEMENTERIANPENDIDlKAN
. MALAYSIA
Tel.: + 603-8872 1610Faks (Fax): + 603-8872 1608/1609Portal: www.moe.gov.my(Website)
Ruj. Tuan :Ruj. Kami: KPM.SKK. (KOKU) 100-16/11/06 Jld. 3 (18)Tarikh 10 Jun 2014
12 Sya'ban 1435H
PengarahJabatan Pendidikan Negeri
YBhg. Dato'lTuan/Puan,
PERUTUSAN YB MENTERI KESIHAT AN MALAYSIA SEMPENASAMBUTAN MINGGU SIHAT DOKTOR MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN2014
Dengan hormatnya surat Bahagian Pendidikan Kesihatan, KementerianKesihatan Malaysia, (10) dim. KKM (HECC) 09/62/20/4-5 bertarikh 05 Jun 2014mengenai perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Kesihatan,Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kementerian PendidikanMalaysia akan mengadakan Sambutan Minggu Sihat Doktor Muda PeringkatKebangsaan 2014. Pelaksanaan Minggu Sihat Doktor Muda ini merupakanacara tahunan yang diadakan pad a 01 hingga 07 Julai setiap tahun. Programini bertujuan untuk mempromosikan Program Doktor Muda kepada komunitisekolah dan masyarakat serta menjadi platform kepada semua programkesihatan dalam melaksanakan aktiviti kesihatan di sekolah.
3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan perutusan YBMenteri Kesihatan Malaysia untuk dibacakan semasa perhimpunan sekolahsebagai salah satu aktiviti Sambutan Minggu Sihat Doktor Muda di peringkatsekolah. Kerjasama YBhg. Dato'/Tuan/Puan adalah juga diharapkan untukmemaklumkan perkara ini kepada sekolah di bawah kawalan Jabatan YBhg.Dato'lTuan/Puan yang mempunyai Kelab Doktor Muda.
"1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"
Kerjasama dan sokongan pihak YShg. Dato'rfuan/Puan amat kami sanjungtinggi dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''PERPADUAN MELALUI KOKURIKULUM'
Saya yang menurut perintah,
(ZAINUDIN ABAS)PengarahSahagian Kokurikulum dan KesenianKementerian Pendidikan Malaysia
s.k. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)Pengarah, Sahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
PERUTUSANYB DATO' SRI DR S. SUBRAMANIAM
MENTERI KESIHATAN MALAYSIASEMPENA
MINGGU SIHAT DOKTOR MUDA 20141 HINGGA 7 JULAI SETIAP TAHUN
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada
Kementerian Pendidikan Malaysia yang sentiasa memberi sokongan tidak
berbelah bagi kepada Program Doktor Muda. Setinggi penghargaan juga
kepada hamper DUA RIBU BUAH Sekolah Rendah yang telah
menubuhkan Kelab Doktor Muda.
Warga Sekolah Yang Saya Muliakan,
Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa bertekad untuk memastikan
semua warga sekolah sama ada warga pendidik, murid dan kakitangan
pentadbiran untuk terus sihat dan mengamalkan cara hidup sihat yang
sewajarnya. Sehubungan itu bagi tahun 2014 Kelab Doktor Muda telah
dikembanqkan kepada Sekolah Menengah.
Kesihatan adalah aset utama, sama ada kita seorang yang pandai, kaya,
berjawatan tinggi tetapi sekiranya kita tidak menjaga kesihatan maka
tidaklah sempurna hidup kita.
Guru-Guru yang saya kasihi,
Berilah peluang dan ruang kepada ahli Kelab Doktor Muda untuk
menyampaikan ilmu kesihatan. Sama ada pada awal waktu persekolahan,
waktu rehat, waktu sebelum tamat persekolahan, sewaktu perhimpunan
sekolah atau dilaksanakan secara kelas angkat. Saya percaya dengan
peluang dan ruang yang diberikan kepada ahli Kelab Doktor Muda, mereka
mampu untuk mendidik dan seterusnya membentuk tingkahlaku sihat
dalam kalangan rakan sebaya. Secara tidak langsung, peluang mendekati
rakan sebaya ini mampu meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan
diri, sifat kepimpinan dan keberanian ahli Doktor Muda. Dengan adanya
ruang dan peluang yang diberikan kepada mereka, maka matlamat
menjadikan ahli Doktor Muda sebagai Pembimbing Rakan Sebaya akan
tercapai.
Murid-murid yang saya sayangi sekalian,
Semua orang mengimpikan kehidupan yang sempurna sama ada dari
aspek material, sosial, rohani dan emosi. Kehidupan yang sempurna itu
melambangkan kebahagiaan dalam kehidupan. Walau bagaimanapun kita
semua harus ingat kesihatan diri adalah aset utama, sama ada kita
seorang yang pandai, kaya, berjawatan tinggi tetapi sekiranya kita tidak
menjaga kesihatan maka tidaklah sempurna hidup kita. Gosoklah gigi kita
agar gigi tidak rosak dan mulut tidak berbau, potong kuku pendek agar
tiada kuman masuk ke dalam badan ketika kita makan, gunakan syampu
rambut agar rambut tidak berkutu, basuhlah tangan mengikut 7 langkah
cara mencuci tangan dengan betul agar tangan kita sentiasa bebas dari
kuman. Luangkan 10 minit seminggu untuk membersihkan kawasan rumah
dan sekolah agar bebas dari ancaman demam denggi.
Guru-guru dan Murid-murid sekalian,
Apa yang dilakukan oleh Doktor Muda bukanlah bertujuan untuk mengisi
masa lapang semata-mata. Tetapi apa yang mereka lakukan adalah untuk
kebaikan kita semua. Sama ada kita seorang guru atau murid, kalau kita
sakit sudah tentu kita tidak dapat hadir ke sekolah. Guru juga haruslah
menjadi teladan yang baik kepada murid dengan mengamalkan amalan
hidup sihat seperti makan secara sihat, tidak merokok, sentiasa bersenam
dan berfikiran positif.
Sebagai pengakhir kata, saya dengan ini ingin mengucapkan selamatmenyambut Minggu Sihat Doktor Muda.
Doktor Muda, Rakan Kesihatan Anda. Terima Kasih.
Yang Ikhlas,
YB Dato' Sri Dr. S. SubramaniamMENTERI KESIHATAN MALAYSIA
top related