PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh
Post on 03-Oct-2020
6 Views
Preview:
Transcript
1
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
BANCI EKONOMI 2011
(BAGI TAHUN RUJUKAN 2010)
PANDUAN MENGISI SOAL SELIDIK
A. UMUM
1. Banci ini dijalankan di bawah peruntukan Akta Perangkaan,1965 (Disemak-1989). Akta ini
menjamin bahawa kandungan soal selidik pertubuhan yang diterima adalah SULIT dan tidak
boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar Jabatan ini. Soal selidik
tuan akan hanya digunakan bersama-sama dengan soal selidik lain bagi memperoleh
perangkaan menyeluruh. Akta ini juga memperuntukkan denda yang berat ke atas keengganan
memberikan kerjasama.
2 Semua maklumat yang diberikan di dalam soal selidik ini hendaklah meliputi tahun takwim
2010. Walau bagaimanapun, bagi pertubuhan yang tahun kewangan tidak sama dengan tahun
takwim, laporan yang tahun kewangannya berbeza tidak lebih daripada enam (6) bulan dari
tahun takwim boleh diterima. Sekiranya akaun tuan belum dimuktamadkan, sila berikan
anggaran yang munasabah.
3. Tanggungjawab mengemukakan maklumat untuk soal selidik ini adalah terletak kepada pemilik
pertubuhan ini dan bukan wakil, setiausaha atau akauntannya, meskipun mereka ini boleh
bertindak bagi pihak pemilik.
4. Semua nilai hendaklah dilaporkan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang terhampir.
5. Semasa melengkapkan soal selidik ini, sekiranya terdapat mana-mana perkara yang
mempunyai perbezaan yang ketara berbanding dengan tahun sebelumnya, sila jelaskan
perbezaan tersebut pada ruangan catatan di muka surat 16 soal selidik ini. Penjelasan ini
akan membantu meminimakan pertanyaan.
B. SKOP DAN LIPUTAN
1. Banci ini meliputi semua pertubuhan yang terlibat dalam perkhidmatan penginapan di seluruh
Malaysia.
2. Perkhidmatan penginapan ditakrifkan sebagai penyediaan tempat penginapan berbayar jangka
pendek sama ada dibuka kepada orang awam atau terhad kepada ahli sebuah pertubuhan
tertentu. Termasuk juga penyediaan tempat penginapan lain. Untuk banci ini, ianya termasuk
hotel (termasuk resort), hotel bajet / motel, pangsapuri khidmat, chalet, rumah rehat / rumah
tetamu / hostel / bed & breakfast, tapak perkhemahan dan institusi penginapan yang lain.
Tidak termasuk penyewaan tempat tinggal berperabot jangka panjang.
PENGINAPAN
2
3. Tuan dikehendaki melaporkan semua aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh pertubuhan ini yang
meliputi mana-mana aktiviti yang dinyatakan di atas.
4. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah BEBAS, sila laporkan semua maklumat dalam soal
selidik ini KECUALI Soalan 14 di muka surat 17.
5. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah ibu pejabat, sila laporkan semua maklumat dalam
soal selidik ini. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah cawangan yang tidak mempunyai
akaun yang berasingan dengan ibu pejabat, sila pastikan alamat ibu pejabat dilaporkan di
Soalan 14.2 dan 14.3 di muka surat 17.
C. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK
Soalan 1: Maklumat Pengenalan
Perkara 1.1 Sila berikan nombor pendaftaran syarikat / perniagaan jika berdaftar dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau lain-lain nombor pendaftaran.
Perkara 1.2 Sila nyatakan jenis organisasi pertubuhan tuan dan sila tanda (X) dalam satu kotak
sahaja.
Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti
sekarang.
Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh operasi perlu meliputi
sekurang-kurangnya enam (6) bulan dalam tahun rujukan.
Contoh:
(a ) 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2010
(b) 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2011
Perkara 1.5 Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja.
Pelaburan merujuk kepada pemegangan aset kewangan di luar negara oleh
residen (individu, pertubuhan atau organisasi lain). Aset kewangan terdiri daripada
pelaburan dalam anak syarikat atau syarikat bersekutu, sekuriti ekuiti, sekuriti
hutang, bon, unit amanah, kredit perdagangan, pemberian pinjaman, deposit,
pemberian pendahuluan dan aset lain.
Perkara 1.6 Sila tandakan aktiviti yang menghasilkan pendapatan utama daripada perniagaan
yang dijalankan.
/ / / /
Tahun Bulan Hari
hingga 3 1 1 2 2 0 11
0
Tahun Bulan Hari
Dari 0 1 0 1 2 0 10
000000085
/ / / /
Tahun Bulan Hari Tahun Bulan Hari
Dari 0 1 0 7 2 0 1 05
hingga 3 0 0 6 2 0 1 1
3
(a) Hotel (termasuk resort)
Hotel merupakan pertubuhan yang menyediakan penginapan jangka pendek
terutamanya kepada pelancong. Hotel juga menyediakan kemudahan
sampingan seperti restoran, kolam renang dll. Sesetengah hotel mempunyai
kemudahan konferensi dan menggalakkan kumpulan kerja untuk mengadakan
konvensyen dan bermesyuarat di lokasi mereka. Pengkelasan hotel (termasuk
resort) adalah berdasarkan penarafan 3 bintang dan keatas mengikut sistem
rating yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.
(b) Hotel bajet
Hotel bajet merujuk kepada penginapan yang mempunyai kemudahan yang
terhad berbanding hotel. Kebiasaannya hotel bajet tidak mempunyai bankuet,
dewan persidangan, kolam renang, gymnasium, sauna, kemudahan permainan
(outdoor dan indoor) dan sebagainya. Pengkelasan hotel bajet / motel adalah
berdasarkan penarafan 2 bintang ke bawah atau mengikut pengkelasan Orkid
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.
(c) Pangsapuri khidmat
Merupakan pangsapuri atau rumah eksklusif yang dilengkapi dengan perabot.
Kebiasaannya pangsapuri mempunyai lebih ruang, keselesaan dan privasi
berbanding hotel.
(d) Chalet
Chalet merujuk kepada rumah yang menyediakan kemudahan seperti ruang
menunggu, set dapur yang serba ringkas dll. Sesetengah chalet menyediakan
kemudahan permainan seperti karom, go-kart, menjelajah hutan dengan
berjalan kaki atau menunggang basikal dan lain-lain.
(e) Rumah rehat / rumah tetamu / hostel / bed & breakfast
Rumah rehat / rumah tetamu merujuk kepada rumah persendirian yang telah
diubah secara eksklusif untuk tetamu menginap.
Hostel menyediakan penginapan jangka pendek kepada pelajar atau
pengembara. Kemudahan yang disediakan adalah katil, bilik air dan ruang
menunggu secara berkongsi dan jarang mempunyai bilik persendirian. Bayaran
sewa hostel biasanya lebih murah berbanding hotel.
Bed & breakfast merupakan pertubuhan yang dijalankan oleh pemilik rumah
atau kenalan ahli keluarga yang menetap di rumah tersebut. Tetamu akan
menginap di bilik tidur (private) pada waktu malamnya dan akan disediakan
sarapan disebelah paginya
(f) Tapak perkhemahan, taman kenderaan rekreasi dan taman treler
Penyediaan penginapan di tapak perkhemahan, taman treler, kem rekreasi,
kem memancing dan memburu untuk pelawat yang menginap untuk tempoh
masa yang singkat serta penyediaan tapak dan kemudahan untuk kenderaan
rekreasi.
(g) Jenis penginapan yang lain
Selain daripada perkara yang dinyatakan diatas.
4
Perkara 1.7 Sila laporkan alamat tempat perniagaan tuan jika berlainan dengan alamat yang
diberikan di muka depan. Alamat tempat perniagaan merujuk kepada alamat lokasi
fizikal di mana tempat perniagaan sebenar terletak. Jika lokasi tempat perniagaan
sebenar terletak di luar kawasan bandar, sila berikan lokasinya dengan lengkap
seperti kampung atau bandar yang berhampiran sekali dengannya.
Perkara 1.8 Sila pastikan data yang dilapor dalam Soal Selidik ini hanya berkaitan dengan
pertubuhan ini di mana lokasinya adalah sama seperti alamat yang diberikan di
dalam Soalan 1.6.
Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja.
Soalan 2: Taraf Sah
Perkara 2.1 Tanda (X) dalam satu kotak sahaja
(a) Hak Milik Perseorangan
Ia merujuk kepada perniagaan yang dimiliki oleh orang perseorangan dan
ianya dijalankan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pemilik
mempunyai hak mutlak untuk mengendalikan urusan pertubuhannya.
(b) Perkongsian
Ia merujuk kepada sekumpulan individu yang telah bersetuju untuk
mengkontrak dan menjalankan perniagaan dengan matlamat untuk mendapat
keuntungan. Perniagaan tersebut diuruskan oleh mereka atau salah seorang
daripada mereka yang bertindak mewakili semua pihak. Perkongsian
perniagaan ini hendaklah mengandungi ahli sekurang-kurangnya dua orang
dan tidak melebihi had maksimum dua puluh orang.
(c) Syarikat Sendirian Berhad
Ia merupakan sebuah perbadanan swasta yang ditubuhkan untuk menjalankan
perniagaan dengan matlamat untuk mencari keuntungan. Saham dipegang
secara tertutup oleh pemegang–pemegang saham yang mempunyai kawalan
terhadap operasi syarikat. Ia didaftarkan dengan tanggungan berhad.
Sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai Memorandum dan Artikel
Persatuan sendiri, yang antara lain:
i. menghadkan hak untuk memindahkan sahamnya;
ii. menghadkan bilangan pemegang sahamnya di antara dua hingga lima
puluh orang (tidak termasuk pekerja syarikat itu dan bekas pekerja yang
masih menjadi ahli);
iii. melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai untuk membeli apa-apa
saham atau debentur syarikat itu; dan
iv. melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai supaya menyimpan
wang di syarikat itu bagi sesuatu tempoh yang ditetapkan ataupun untuk
dibayar bila dituntut, sama ada dengan faedah atau tidak.
5
(d) Syarikat Awam Berhad
Syarikat awam berhad juga merupakan sebuah perbadanan swasta yang
ditubuhkan, dengan tanggungan berhad, oleh sekurang-kurangnya dua orang
untuk menjalankan perniagaan dengan tujuan untuk mencari keuntungan.
Saham syarikat awam berhad ini dipegang secara terbuka dan bagi sesebuah
syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham, sahamnya boleh bertukar milik
secara bebas. Syarikat tersebut dianggap sebagai sebuah entiti yang sah dan
ditubuhkan mengikut Memorandum dan Artikel Persatuan.
(e) Syarikat Koperasi
Ia merujuk kepada sesebuah persatuan sukarela yang bilangan ahlinya tidak
terhad dan didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993. Kumpulan wang yang
ada adalah milik bersama untuk memenuhi keperluan ahli-ahlinya.
(f) Perbadanan Awam
Ia merujuk kepada sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta
Parlimen atau Dewan Perundangan Negeri.
(g) Pertubuhan Persendirian Tidak Mencari Keuntungan
Ia merujuk kepada syarikat tanpa saham yang ditubuhkan dengan tanggungan
berhad. Kebanyakan syarikat ini terdiri daripada pertubuhan kebajikan,
keagamaan, pendidikan, kesihatan, kebudayaan, rekreasi dan pertubuhan lain
yang membekalkan perkhidmatan sosial dan komuniti kepada isi rumah. Ia
memberikan perkhidmatan tersebut secara percuma atau pada harga yang
tidak meliputi sepenuhnya kos perkhidmatan. Sebarang keuntungan yang
diperolehi dilabur semula ke dalam pertubuhan berkenaan.
(h) Lain-lain
Ia merujuk kepada semua pertubuhan lain yang tidak termasuk di mana-mana
kategori yang tersebut di atas, misalnya syarikat sendirian bukan berhad.
Perkara 2.2 Tandakan (X) dalam kotak yang sesuai bagi yang menjawab (a), (b) atau (c)
sahaja.
Pertubuhan milikan wanita: Ia merujuk kepada pertubuhan sekurang-kurangnya
51 peratus pemilikan ekuiti dipegang oleh wanita ATAU pemegang saham terbesar
adalah wanita dan pertubuhan diuruskan oleh wanita ATAU Pengarah Urusan atau
Ketua Pengarah Eksekutif adalah wanita yang memiliki sekurang-kurangnya 10
peratus ekuiti.
Soalan 3: Dana Pemegang Saham Dan Struktur Hak Milik
Perkara 3.1 Dana pemegang saham:
Perkara 3.1.1 Modal berbayar
Masukkan nilai modal berbayar di dalam kotak yang disediakan.
(a) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian, ia merujuk
kepada modal yang disumbangkan oleh pemilik perseorangan atau rakan
kongsi.
6
(b) Bagi syarikat sendirian berhad atau syarikat awam berhad, ia merujuk
kepada modal saham yang dibayar oleh syarikat.
(c) Bagi perbadanan awam, ia merujuk kepada modal yang dibayar oleh
kerajaan Malaysia.
(d) Bagi koperasi, ia merujuk kepada saham yang dilanggani dan dibayar oleh
anggota-anggota, dan / atau modal yuran.
Perkara 3.1.2 Rizab
Masukkan nilai rizab dalam kotak yang disediakan.
(a) Bagi syarikat berhad, ia merujuk kepada keuntungan atau kerugian yang
terkumpul, rizab modal, akaun premium saham, rizab am, rizab tukaran
mata wang asing dan rizab lain.
(b) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian, ia merujuk
kepada baki dalam akaun keuntungan dan kerugian.
(c) Bagi koperasi, ia merujuk kepada keuntungan atau kerugian yang
terkumpul dan dana rizab.
Perkara 3.2 Struktur hak milik
Sila berikan peratus (%) hak milik pertubuhan berdasarkan modal berbayar seperti
pada 31 Disember 2010.
Hak milik sesebuah pertubuhan dikelaskan mengikut taraf residen pemilik modal
berbayar terbesar (lebih daripada 50%) dan bukannya mengikut taraf
kewarganegaraan mereka.
Perkara 3.2.1 Dipegang oleh Residen Malaysia
Residen Malaysia adalah individu, pertubuhan atau organisasi lain yang
lazimnya berada di Malaysia untuk jangka masa sekurang-kurangnya satu
tahun. Residen Malaysia meliputi:
Cawangan dan anak syarikat asing yang didaftarkan di Malaysia.
dan
Warganegara asing yang menetap atau bekerja di Malaysia lebih daripada
setahun.
Perkara 3.2.1.1 Individu
Jelas maksudnya.
Perkara 3.2.1.2 Institusi / syarikat
(a) Bumiputera
Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh
Bumiputera, contohnya:
Lembaga Tabung Haji
Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Koperasi Polis
Jabatan Koperasi
ASM Mara
7
Amanah Saham PNB
(b) Bukan Bumiputera
Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh Bukan
Bumiputera.
Perkara 3.2.2 Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan
Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh Kerajaan
Persekutuan, Negeri atau Tempatan, contohnya:
Khazanah Nasional Berhad
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Kementerian Kewangan Malaysia
Keretapi Tanah Melayu
Bank Pertanian Malaysia
Lembaga Air Perak
Yayasan Kemiskinan Kelantan
Lembaga Pelabuhan Johor
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang
Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Malaya (UM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Universiti Industri Selangor (UNISEL)
Kementerian Kewangan Negeri Sabah
Penerbangan Malaysia Berhad
Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
Menteri Besar Incorporation
Selangor State Incorporation
Sarawak Goverment Employee Co-operative Society Ltd
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Bhd (BPIMB)
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pulau Pinang
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sembilan
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Melaka
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pahang
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Terengganu
8
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sabah
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sarawak
Perkara 3.2.3 Dipegang secara langsung oleh bukan Residen Malaysia
Bukan Residen Malaysia ialah individu, pertubuhan atau organisasi lain yang
lazimnya tinggal atau terletak di luar negara selain Malaysia. Bukan residen
Malaysia terdiri daripada:
Cawangan dan anak syarikat di luar negara kepada syarikat induk di
Malaysia dan
Rakyat Malaysia yang bekerja atau menetap di luar negara melebihi
setahun.
Perkara 3.3 Jika modal berbayar pertubuhan tuan dipegang 51 peratus dan ke atas oleh
syarikat/individu di luar nagara, secara langsung atau tidak langsung, sila
nyatakan negara syarikat induk muktamad.
Syarikat induk muktamad merujuk kepada entiti teratas dalam rentaian pemilikan
syarikat yang memiliki, secara langsung atau tidak langsung, kepentingan milikan
ekuiti dalam pertubuhan ini sebanyak 51 peratus atau lebih. Saham syarikat induk
muktamad adalah tidak dimiliki secara majoriti oleh syarikat lain.
Negara merujuk kepada lokasi di mana syarikat induk muktamad menjalankan
aktiviti ekonomi/perniagaan.
Contoh pemegangan secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat induk
muktamad dalam anak syarikat di Malaysia:
Contoh 1: Pemegangan secara langsung oleh syarikat induk di luar negara
Jepun
-------------------------------------------------------
Parent Company (X)
80%
Responden Company (R)
Negara syarikat induk muktamad: Jepun
Malaysia
9
Contoh 2: Pemegangan secara tidak langsung oleh syarikat induk muktamad
di luar Negara melalui pemegangan syarikat induk immediate
di Malaysia
USA
--------------------------------------------------------
Malaysia
Contoh 3: Pemegangan secara tidak langsung oleh syarikat induk muktamad di
luar negara melalui pemegangan syarikat induk immediate di negara
asing lain.
--------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------
Soalan 4: Perbelanjaan Modal Dan Nilai Harta
i. Maklumat yang dikehendaki dalam soalan ini adalah:
Ultimate Parent Company (X)
80%
Indirectly owned 80%
Immediate Parent Company (B)
100%
%
Respondent Company (R)
Negara syarikat induk muktamad: USA
Ultimate Parent Company (X)
80%
Immediate Parent Company (B) Indirectly owned 80%
100%
Respondent Company (R)
Negara syarikat induk muktamad: USA
USA
Bermuda
Malaysia
10
a. nilai inventori harta seperti pada hari pertama dan hari terakhir bagi tahun rujukan;
dan
b. nilai urus niaga harta pada tahun rujukan.
ii. Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dan
sebagainya) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada
setahun dan ianya adalah bertujuan untuk digunakan oleh pertubuhan ini.
iii. Harta lain meliputi paten, muhibah, lukisan, barang kemas, kerja dalam pelaksanaan dan
sebagainya
iv. Nilai buku bersih pada awal tahun perlu direkodkan dalam ruangan (01), iaitu nilai setelah
mengambil kira susut nilai pada masa itu.
v. Nilai tambahan pada tahun itu termasuk semua pemilikan harta oleh pertubuhan itu sama
ada diperoleh daripada pertubuhan lain atau dikeluarkan oleh pekerja-pekerja sendiri.
Pengubahsuaian dan pembaikan besar kepada harta yang masih ada yang memanjangkan
lagi usia ekonomi biasa atau meninggikan lagi daya pengeluaran mereka, hendaklah
dilaporkan. Pembaikan dan penyelenggaraan semasa adalah dikecualikan.
vi. Pemilikan daripada pertubuhan lain hendaklah dinilaikan pada kos penuh yang terlibat,
iaitu pada harga serahan dicampur dengan kos pemasangan, termasuk sebarang bayaran
dan cukai yang perlu, tetapi tidak termasuk kos pembiayaan iaitu kos-kos berhubung
dengan mengadakan kumpulan wang bagi membiayai pembelian harta seperti komisen
kepada bank atau underwriter dan bayaran yang dikenakan bagi mengapungkan sebarang
pinjaman yang diperlukan.
vii. Harta yang diperoleh dengan percuma daripada pertubuhan lain di bawah hak milik yang
sama, hendaklah dinilaikan seperti dibeli dari luar pertubuhan.
viii. Pembelian baru termasuk import (baru & terpakai):
Meliputi perolehan harta baru termasuk harta terpakai yang diimport kerana ia merupakan
harta baru diperoleh untuk ekonomi Malaysia. Ini merujuk harta tetap yang belum pernah
digunakan di Malaysia, termasuk harta tetap yang diimport sama ada baru atau terpakai
(ruangan 02).
ix. Pembelian aset terpakai Malaysia: merujuk kepada semua harta yang dahulunya
digunakan dalam Malaysia termasuk semua harta yang telah dibaikpulih atau diubahsuai
sebelum pemilikan hendaklah dianggap sebagai terpakai (ruangan 03).
x. Membuat / membina sendiri: ke atas harta tetap yang dikeluarkan oleh pertubuhan ini
untuk kegunaan sendiri, kos bagi semua kerja yang dijalankan pada tahun itu hendaklah
direkodkan. Sebarang kos overhead yang diperuntukkan bagi kerja ini hendaklah
dimasukkan (ruangan 04).
Urus niaga modal pada amnya hendaklah direkodkan apabila pemilikan diperoleh.
Kebiasaannya ia hendaklah direkodkan serentak pada masa harta tersebut disiapkan
sepenuhnya dan diserahkan untuk penyeliaan pertubuhan itu. Ini adalah merupakan asas
merekod perbelanjaan bagi semua harta tetap kecuali bagi kerja-kerja binaan. Dalam kes
pembinaan, nilai kerja pembinaan ialah nilai kerja yang dijalankan ke atas projek yang
disempurnakan pada tahun rujukan, dicampur dengan nilai kerja yang masih dijalankan
pada akhir tahun rujukan dan ditolak nilai kerja pada awal tahun rujukan.
11
xi. Nilai harta yang dijual atau ditamatkan penggunaannya dalam tahun rujukan tanpa
mengira keadaannya, hendaklah dilaporkan mengikut hasil sebenar yang diperoleh di
ruangan 05.
xii. Keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta merujuk kepada
sesuatu harta dijual melebihi / kurang daripada nilai buku bersih, maka keuntungan /
kerugian daripada jualan harta diperoleh hendaklah dilaporkan dalam ruangan 06.
Dalam keadaan yang serupa, sesuatu harta boleh dinilai semula untuk mencerminkan
harga pasaran semasa dan keuntungan / kerugian daripada penilaian semula harta
diperoleh juga hendaklah dilaporkan dalam ruangan 06. Jika berlaku kerugian, angka
hendaklah ditulis dalam kurungan atau bermula dengan simbol (-).
xiii. Susut nilai merupakan kerugian atau kejatuhan nilai bagi sesuatu harta disebabkan oleh
haus, lusuh, luput atau kejatuhan kekal dalam nilai pasaran (susut nilai yang dibenarkan
untuk maksud cukai boleh diterima). Nilai yang dilaporkan dalam penyata akaun bagi tiap-
tiap kelas harta tetap hendaklah dilaporkan dalam ruangan 07 secara berasingan. Ini
termasuk juga pelunasan (pengurangan nilai) tanah pajak. Jumlah susut nilai ini hendaklah
sama dengan perkara 9.32 Soalan 9.
xiv. Nilai buku bersih akhir tahun rujukan (ruangan 08) =
+ nilai buku bersih awal tahun
+ nilai harta yang diperoleh
- harta yang dijual atau dilupus
± keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta
- susut nilai semasa
xv. Pembayaran yang dilakukan bagi kegunaan mana-mana harta yang diambil atas dasar
pajakan atau sewaan hendaklah dilaporkan dalam ruangan 09.
Jenis harta adalah ditakrifkan seperti berikut:-
Perkara 4.1 Harta Tetap
Perkara 4.1.1 Tanah
Termasuk nilai tapak tanah dengan tidak mengambil kira pembangunan dan
struktur. Ia juga termasuk tanah tebus guna.
Perkara 4.1.2 Bangunan dan binaan lain:
a. Tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan dalam pembinaan
bangunan, yang mana pada keseluruhannya atau sebahagian besarnya
terdiri daripada tempat kediaman.
b. Bukan tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan bagi
pembinaan bangunan dan struktur yang mana pada keseluruhannya atau
sebahagian besarnya untuk kegunaan perindustrian, awam dan komersil
misalnya hotel, setor, pejabat dan lain-lain.
c. Pembinaan lain kecuali pembangunan tanah merujuk kepada
kerja-kerja pembinaan lain yang dilakukan termasuk yang dinyatakan bagi
tempat kediaman atau bukan tempat kediaman seperti ubahsuai
bangunan, medan letak kereta, parit, jalan dan lain-lain.
12
Perkara 4.1.3 Alat pengangkutan merujuk kepada alat pengangkutan yang digunakan untuk
pemindahan barangan dan / atau orang. Sila laporkan seperti yang
disenaraikan.
Perkara 4.1.4 Komputer
(a) Perkakasan komputer
Merujuk kepada semua perkakasan prosesan, penyimpanan,
penghantaran data dan maklumat yang berkaitan dengan sistem komputer.
(b) Perisian komputer
Merujuk kepada perisian untuk pengoperasian sistem komputer sama ada
dibangunkan sendiri, ditempah khas atau dibeli.
Perkara 4.1.5 Jentera dan kelengkapan
Termasuklah jentera penjanaan kuasa, mesin dan kelengkapan pejabat,
jentera pertukangan logam, jentera pembinaan dan jentera industri lain, kren,
forklift dan sebagainya, kontena tahan lama, peralatan dan perkakas yang
digunakan oleh profesional dan jentera serta alat lain termasuk
pengubahsuaian besar dan pembaikan terhadap jentera dan peralatan jenis
ini.
Perkara 4.1.6 Perabot dan pemasangan
Meliputi semua perkakasan yang diperlukan bagi menghias dan melengkapkan
sesebuah bangunan contohnya kerusi, meja, kain langsir, permaidani dan
sebagainya.
Perkara 4.2. Harta lain merupakan harta tak ketara.
Perkara 4.2.1 Paten:
Hak eksklusif kepada pemiliknya untuk membuat ciptaan-ciptaan mekanikal
yang berkuasa untuk beberapa tahun. Paten direkodkan pada kos.
Perkara 4.2.2 Muhibah:
Wujud daripada nama baik sesebuah syarikat dan kesetiaan pelanggan yang
diperoleh. Apabila sesuatu perniagaan dibeli dengan harga melebihi nilai
bersih harta, maka lebihan ini dianggap sebagai muhibah.
Perkara 4.2.3 Kerja dalam pelaksanaan:
Ia merujuk kepada harta yang separuh siap dan masih belum dimodalkan
Perkara 4.3 Lain-lain:
Sila nyatakan. Perkara ini meliputi harta lain / perbelanjaan modal, sekiranya ada,
yang mungkin tidak dapat kelaskan di atas seperti barangan antik dan lukisan.
Semua harta kewangan seperti wang tunai, penghutang dan stok (saham)
dikecualikan.
Perkara 4.4 Jumlah
Sila Jumlahkan perkara 4.1, 4.2 dan 4.3.
13
Soalan 5 : Pekerjaan dan Gaji & Upah
A. Takrif am
Soalan ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Soalan 5A (PEKERJA LELAKI) dan 5B
(PEKERJA PEREMPUAN). Sila lengkapkan butir-butir pekerja tuan seperti takrif berikut:
i Jumlah pekerja (ruangan 01 hingga 13)
Sila laporkan semua orang yang bekerja dalam pertubuhan ini mengikut kategori pekerja,
kewarganegaraan dan kumpulan etnik daripada kolum 01 hingga 13 pada bulan Disember
atau pada tempoh pembayaran gaji terakhir dalam tahun rujukan. Bilangan yang
dilaporkan hendaklah termasuk pekerja yang sedang bercuti jangka pendek seperti cuti
sakit, cuti tahunan atau cuti rehat dan juga pekerja yang mogok. Pengarah syarikat
korporat yang diberi bayaran hanya semata-mata kerana kehadiran mereka dalam
mesyuarat Lembaga Pengarah, pekerja yang diberi cuti yang tempohnya tidak ditentukan,
bercuti kerana perkhidmatan tentera atau telah pencen hendaklah dikecualikan.
Sila pastikan bahawa semua jumlah mendatar dan menegak adalah betul.
ii Gaji & upah tahunan (ruangan 18)
Sila laporkan semua pembayaran (gaji, upah, gaji cuti, bonus, komisen, bayaran lebih
masa dan elaun tunai termasuk belanja sara hidup, perumahan, kereta, makanan dsb.)
yang dibuat sepanjang tahun rujukan meliputi semua pekerja bergaji dalam setiap kategori.
Bagi semua pekerja yang diambil secara langsung, laporkan jumlah bayaran yang
dibuat, sebelum ditolak cukai pendapatan dan caruman pekerja kepada Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja atau pertubuhan keselamatan sosial atau kumpulan wang simpanan lain
atau kumpulan wang persaraan. Caruman majikan kepada kumpulan wang seperti yang
dinyatakan di atas hendaklah dikecualikan.
iii Pekerja sepenuh masa
Pekerja sepenuh masa merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk sekurang-
kurangnya 6 jam sehari dan 20 hari sebulan.
iv Pekerja sambilan
Pekerja sambilan merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk kurang daripada
6 jam sehari dan / atau kurang daripada 20 hari sebulan.
B. Takrif kategori pekerja
Perkara 5.1 Pemilik yang bekerja dan rakan niaga yang aktif
Termasuk semua pemilik perseorangan dan rakan niaga (sambilan atau sepenuh
masa) yang bekerja dengan aktifnya di dalam pertubuhan ini. Rakan niaga dan ahli
keluarga pemilik yang tidak aktif adalah dikecualikan, melainkan mereka yang
mengambil bahagian dalam mengawal dan menguruskan perniagaan ini. Kategori ini
tidak berkaitan dengan syarikat berhad atau perbadanan awam, yang mana hak
miliknya adalah ditentukan mengikut pegangan ekuiti.
Perkara 5.2 Pekerja keluarga tidak bergaji
Termasuk semua ahli (sepenuh masa atau sambilan) bagi mana-mana pemilik
pertubuhan yang mana pada tempoh tertentu bekerja sekurang-kurangnya satu
pertiga daripada waktu kerja biasa tetapi tidak menerima bayaran, sama ada
dengan wang tunai atau mata benda, untuk kerja yang dilakukan. Pekerja ini
sememangnya mendapat makanan, tempat tinggal dan bantuan lain sebagai
14
sebahagian daripada isi rumah pemilik ini sama ada mereka bekerja atau tidak di
pertubuhan tersebut.
Walau bagaimanapun, jika gaji tetap atau elaun diterima oleh pekerja keluarga
dan mereka mencarum kepada KWSP atau kumpulan wang persaraan lain,
mereka hendaklah dianggap sebagai pekerja bergaji, iaitu hendaklah
dilaporkan di dalam Soalan 5A dan 5B, perkara 5.3 dan 5.4 selaras dengan
takrif pekerja sepenuh masa atau sambilan di atas.
Kategori pekerja keluarga tidak bergaji ini tidak berkaitan dengan syarikat berhad
atau perbadanan awam yang mana hak milik adalah mengikut pegangan ekuiti.
Perkara 5.3 Pekerja bergaji(sepenuh masa)
Termasuk semua pekerja yang bekerja sepenuh masa untuk pertubuhan ini dalam
tahun rujukan dan menerima gaji, (lihat juga catatan dalam perkara 5.2 di atas).
Mereka yang bekerja di luar, yang mana gaji dan perkhidmatannya di bawah
kawalan pertubuhan itu, seperti wakil jualan, wakil kejuruteraan dan kakitangan
penyelenggaraan dan pembaikan hendaklah dimasukkan, jika ada. Termasuk juga
dalam kumpulan ini ialah pengurus dan pengarah pertubuhan korporat yang bergaji
kecuali jika mereka hanya menerima pembayaran semata-mata kerana hadir dalam
mesyuarat Lembaga Pengarah. Semua pekerja di atas hendaklah dilaporkan
mengikut kategori pekerja seperti takrifan di bawah:
Perkara 5.3.1 Pengurusan, profesional dan eksekutif
Pengurus ditakrifkan sebagai mereka yang membuat keputusan dan
mengambil bahagian dalam penentuan dasar organisasi, merancang,
menyusun dan mengarah dalam pentafsiran dan pelaksanaan dasar. Tugas
mereka melibatkan tanggungjawab penyusunan keseluruhan organisasi atau
untuk satu atau lebih jabatan di dalam sesebuah organisasi.
Profesional ditakrifkan sebagai mereka yang menjalankan penyelidikan dan
menggunakan secara profesional pengetahuan dan kaedah saintifik terhadap
pelbagai masalah teknologi, ekonomi, sosial, perindustrian dan kerajaan.
Istilah di atas pada umumnya digunakan kepada mereka yang mempunyai
kelayakan profesional untuk menjalankan tugas-tugas mereka (contohnya
misalnya ketua chef, peguam, akauntan dan jurutera dsb.).
Eksekutif ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai hak dan
tanggungjawab berkaitan dengan pentadbiran atau pengurusan sesuatu
organisasi.
Perkara 5.3.2 Teknikal dan penyeliaan
Pekerja teknikal adalah mereka yang di bawah kumpulan “teknik” antara lain
menjalankan kerja teknik, penyelidikan dan kawalan kualiti. Mereka biasanya
bekerja di bawah arahan dan penyeliaan kakitangan yang mempunyai
kelayakan profesional. Contoh pekerja di bawah kategori ini ialah penyelia
pengemasan, penyelia chef. Pekerja penyeliaan adalah mereka yang
menyelia berbagai atau sesuatu jenis kegiatan misalnya kegiatan pengeluaran
di dalam sesebuah pertubuhan. Mereka mengawal dan menyelaraskan
kegiatan pekerja-pekerja di bawah jagaan mereka.
15
Perkara 5.3.3 Tukang masak dan pembantu dapur
Pekerja dalam kumpulan ini menyediakan dan memasak bahan makanan di
tempat makan awam atau persendirian. Tugas mereka termasuk merancang
hidangan serta menyelia dan menyelaras kerja tukang masak dan pekerja
dapur yang lain. Mereka juga menyediakan dan memasak bahan makanan
serta menjalankan pelbagai tugas lain yang berkaitan dengan penyediaan dan
pemasakan makanan.
Perkara 5.3.4 Pengemasan
Pekerja dalam kumpulan ini merancang, mengelola dan menyelia kerja
kakitangan domestik di hotel serta mengambil, melatih, mengagihkan tugas
dan menyelia pekerja seperti pengemas bilik, pekerja suruhan, pekerja dobi
dan tukang jahit. Mereka juga memastikan tahap kecekapan dan kebersihan
yang telah ditetapkan dipatuhi, membeli atau membantu dalam pembelian
bekalan serta memeriksa keadaan bilik, melaporkan pembaikan yang
diperlukan dan mencadangkan langkah untuk mencantikkannya. Pengemasan
juga menyediakan belanjawan pengemasan serta memeriksa akaun
pengemasan dan menyimpan inventori linen katil dan barang lain.
Perkara 5.3.5 Perkeranian dan pekerjaan yang berkaitan
Pekerja dalam kumpulan ini menyusun dan menyelenggarakan rekod
kewangan dan kegiatan perniagaan lain termasuk pengendalian wang bagi
pihak pertubuhan itu dan pelanggannya, mencatat perkara lisan atau menulis
dengan trengkas, menaip dan cara-cara lain. Termasuk dalam kategori ini ialah
kerani, kerani akaun, jurutaip, jurutrengkas, pegawai khidmat pelanggan,
setiausaha sulit, kerani stor dan jurujual.
Perkara 5.3.6 Pekerja am
Pekerja am adalah mereka yang menjalankan kerja-kerja am dan pelbagai
tugas. Termasuk dalam kategori ini ialah pemandu, pelayan pejabat dan
pengawal keselamatan
Perkara 5.3.7 Jumlah
Sila jumlahkan perkara 5.3.1 hingga 5.3.6
Perkara 5.4 Pekerja bergaji (sambilan)
Merujuk kepada mereka yang bekerja kurang daripada 6 jam sehari dan / atau
kurang daripada 20 hari sebulan dan menerima gaji.
Perkara 5.5 Jumlah
Sila jumlahkan 5.1+5.2+5.3.7+5.4
Soalan 6: Bilangan Orang Yang Bekerja Mengikut Kelulusan
i. Kelulusan dikelaskan seperti berikut:
Perkara 6.1 Pascasiswazah
Merujuk kepada semua peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang diperoleh
daripada institusi pengajian tinggi (dalam / luar negeri).
16
Perkara 6.2 Ijazah Sarjana Muda / Diploma Lanjutan atau yang setaraf
Merujuk kepada semua peringkat ijazah pertama yang diperoleh daripada institusi
pengajian tinggi (dalam / luar negeri). Kelayakan-kelayakan diploma lanjutan atau
profesional yang diiktiraf setaraf atau lebih tinggi daripada ijazah juga diambil
kira seperti ACCA, CIMA (perakaunan), LLB (undang-undang) dan sebagainya.
Perkara 6.3 Diploma atau yang setaraf
Merujuk kepada diploma yang diperoleh daripada institusi pengajian tinggi,
politeknik atau kolej (dalam / luar negeri) yang tidak diiktiraf sebagai ijazah.
Demikian juga kelayakan profesional yang tidak lulus sepenuhnya (lulus dalam
bahagian-bahagian tertentu) juga dimasukkan dalam kategori ini.
Perkara 6.4 STPM atau yang setaraf
Merujuk kepada kelayakan STPM / STP / HSC / GCE „A‟ Level atau lulus
peperiksaan matrikulasi yang dikendalikan oleh mana-mana universiti yang
diiktiraf.
Perkara 6.5 SPM / SPM(V) atau yang setaraf
Merujuk kepada kelayakan SPM / SPM(V) / MCE atau peperiksaan setaraf
dengannya seperti GCE „O‟ Level, Sijil Kemahiran MARA dan sebagainya.
Perkara 6.6 Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V)
Merujuk kepada kelayakan seperti PMR / SRP / LCE, tamat sekolah rendah atau di
bawah taraf kelulusan yang dinyatakan.
ii. Bagi kes-kes yang tidak diketahui kelulusan, masukkan kes-kes tersebut dalam kategori
“Perkara 6.6 – Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V)”.
Perkara 6.7 Jumlah
Sila jumlahkan perkara 6.1 hingga perkara 6.6.
Soalan 7: Jam – Manusia Bekerja Lebih Masa Pada Tahun Rujukan
Sila lengkapkan soalan 7.1, 7.2 dan 7.3 jika berkenaan.
Perkara 7.1 Jumlah hari bekerja pada tahun rujukan
Merujuk kepada jumlah hari bekerja sebenar pertubuhan ini beroperasi pada tahun
rujukan.
Perkara 7.2 Jumlah jam-manusia bekerja lebih masa pada tahun rujukan
Merujuk kepada jumlah jam bekerja di luar waktu bekerja biasa pertubuhan ini.
Perkara 7.3 Upah yang dibayar untuk pekerjaan lebih masa dalam tahun rujukan (RM)
Ini adalah jumlah gaji dan upah yang dibayar bagi pekerjaan yang dilakukan di luar
waktu bekerja biasa pertubuhan ini.
Soalan 8: Perolehan / Pendapatan
Data yang dilaporkan dalam soalan ini mestilah berasaskan kepada Penyata Perdagangan,
Untung & Rugi dan dokumen sokongan lain bagi tahun rujukan 2010. Sila berikan anggaran yang
munasabah jika akaun belum muktamadkan atau tiada.
17
Perkara 8.1 Pendapatan daripada penginapan
Merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh pertubuhan tuan dari sewaan bilik
hotel.
(a) Sila laporkan peratus pendapatan daripada pelancong luar negara pada
tahun rujukan.
(b) Sila laporkan peratus pendapatan daripada pelancong domestik pada
tahun rujukan.
Perkara 8.2 Jualan makanan dan minuman (termasuk katering)
Penerimaan dari jualan makanan dan makanan (termasuk katering).
Perkara 8.3 Pendapatan daripada perkhidmatan telekomunikasi
Ia merujuk kepada pendapatan yang diterima ke atas perkhidmatan telekomunikasi
yang meliputi transmisi bunyi, imej atau maklumat lain melalui telefon, teleks,
telegram, kabel penyiaran, satelit, mel elektronik dan faksimili.
Perkara 8.4 Pendapatan daripada pendobian dan pencucian
Ia merujuk kepada penerimaan dari perkhidmatan pendobian dan pencucian yang
diberikan pertubuhan tuan.
Perkara 8.5 Pendapatan daripada pusat kesihatan / spa
Ia merujuk kepada penerimaan dari perkhidmatan pusat kesihatan / spa yang
disediakan oleh pertubuhan tuan.
Perkara 8.6 Pendapatan daripada perkhidmatan padang golf
Ia merujuk kepada penerimaan dari perkhidmatan padang golf yang disediakan
oleh pertubuhan tuan.
Perkara 8.7 Pendapatan daripada perkhidmatan limusin
Ia merujuk kepada penerimaan dari perkhidmatan limusin yang disediakan oleh
pertubuhan tuan.
Perkara 8.8 Pendapatan daripada aktiviti rekreasi
Ia merujuk kepada penerimaan dari aktiviti rekreasi yang disediakan oleh
pertubuhan tuan.
Perkara 8.9 Pendapatan daripada pelancongan berpandu
Ia merujuk kepada pendapatan yang diterima dari aktiviti pelancongan berpandu
yang dijalankan oleh pihak hotel.
Perkara 8.10 Pendapatan daripada tempat persidangan (pameran, mesyuarat, konferens
dan konvensyen)
Ia merujuk kepada penerimaan dari perkhidmatan tempat persidangan (pameran,
mesyuarat, konferens dan konvensyen) yang disediakan oleh pertubuhan tuan.
Perkara 8.11 Cukai perkhidmatan yang diterima
Ia merujuk kepada cukai perkhidmatan yang dipungut oleh pertubuhan tuan bagi
pihak kerajaan.
18
Perkara 8.12 Bayaran perkhidmatan yang diterima
Ia merujuk kepada bayaran yang dipungut oleh pertubuhan tuan ke atas
perkhidmatan yang diberikan kepada pihak lain.
Perkara 8.13 Nilai jualan (daripada barangan / bahan yang dibeli untuk dijual semula tanpa
melalui proses selanjutnya) termasuk dari mini bar di bilik hotel dan lain –
lain barangan (cth. t-shirt, cenderamata, tuala, alat tulis dan sebagainya).
Sila laporkan nilai jualan sama ada secara borong atau runcit.
Perkara 8.14 Pendapatan daripada kerja membaiki dan menyelenggarakan jentera dan
kelengkapan pertubuhan lain
Perkara ini meliputi semua pendapatan yang diperoleh daripada kerja-kerja
membaiki, menyelenggara jentera dan kelengkapan pertubuhan lain. Harga invois
hendaklah termasuk selain daripada kos pekerja dan overhead serta bayaran
untuk bahan yang dibekalkan oleh pertubuhan ini semasa menjalankan kerja-
kerjanya.
Perkara 8.15 Komisen dan brokeraj yang diperoleh
Ia merujuk kepada komisen dan brokeraj yang diperoleh oleh pertubuhan tuan
sebagai upah menjualkan barang atau perkhidmatan pertubuhan lain.
Perkara 8.16 Pendapatan daripada perkhidmatan pengurusan
Ia merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh pertubuhan tuan untuk
mengurus sesuatu aktiviti atau projek pertubuhan lain.
Perkara 8.17 Pendapatan sewa yang diterima daripada:
a. Tanah
Pendapatan yang diterima daripada sewa tanah
b. Bangunan tempat kediaman
Pendapatan yang diterima dari sewa bangunan tempat kediaman
c. Bangunan bukan tempat kediaman
Pendapatan yang diterima dari sewa bangunan bukan tempat kediaman
d. Alat Pengangkutan
Pendapatan yang diterima dari sewa alat pengangkutan
e. Jentera dan kelengkapan
Pendapatan yang diterima dari sewa jentera dan kelengkapan
f. Lain-lain
Selain daripada perkara yang dinyatakan di atas.
Perkara 8.18 Pendapatan daripada faedah
Ia merujuk kepada faedah yang diterima hasil daripada simpanan wang atau modal
di institusi kewangan.
Perkara 8.19 Pendapatan daripada dividen
Ia merujuk kepada pendapatan yang diperoleh daripada pemilikan saham atau
pelaburan.
Perkara 8.20 Keuntungan daripada jualan / penilaian semula harta
Sila berikan nilai bersih sahaja.
Perkara 8.21 Keuntungan daripada pertukaran mata wang asing / aset kewangan
Sila berikan nilai bersih keuntungan dari transaksi berkaitan.
19
Perkara 8.22 Pemulihan hutang lapuk
Ia merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dilupuskan pada
insurans dan / atau pertubuhan lain atau perseorangan kerana kemalangan,
kerosakan harta tetap, barangan atau harta lain.
tahun-tahun yang lepas tetapi telah dipulihkan pada tahun rujukan.
Perkara 8.23 Kiriman wang, hadiah atau geran yang diterima
Sila berikan bayaran pindahan semasa yang diterima.
Perkara 8.24 Tuntutan dan pampasan yang diterima
Ia merujuk kepada tuntutan daripada syarikat insuran dan / atau pertubuhan lain
perseorangan kerana kemalangan, kerosakan harta tetap, barangan ata harta lain.
Perkara 8.25 Lain-lain
Sila nyatakan jika ada
Perkara 8.26 Jumlah pendapatan
Sila jumlahkan perkara 8.1 hingga 8.25
Perkara 8.27 Pindahan modal yang diterima
Pindahan modal ditakrifkan sebagai suatu urus niaga di mana sebuah institusi
memindahkan satu harta kepada institusi lain tanpa menerima balik sebarang
barangan, perkhidmatan atau harta daripada pihak penerima.
Perkara 8.28 Jumlah besar
Sila jumlahkan perkara 8.26 hingga 8.27
Soalan 9: Perbelanjaan
Data yang dilaporkan dalam soalan ini mestilah berasaskan kepada Penyata Perdagangan, Untung
& Rugi dan dokumen sokongan lain bagi tahun rujukan 2010. Sila berikan anggaran yang
munasabah jika akaun belum muktamadkan atau tiada.
Perkara 9.1 Nilai bekalan-bekalan lain yang digunakan
Perkara (a) Bahan untuk pembaikan dan penyelenggaraan
Ia merujuk kepada nilai semua bahan yang digunakan untuk pembaikan dan
penyelenggaraan.
Perkara (b) Alat tulis dan bekalan pejabat
Ia merujuk kepada nilai semua alat tulis dan bekalan pejabat yang telah
digunakan.
Perkara (c) Lain-lain
Sila berikan nilai bekalan lain jika ada.
Perkara 9.2 Kos percetakan
Ia merujuk kepada pembayaran untuk perkhidmatan percetakan yang diberikan
oleh pertubuhan lain seperti poster, kepala surat, label dan sebagainya.
Perkara 9.3 Air yang dibeli
Ia merujuk kepada bayaran untuk air yang dibeli. Jika bayaran ini telah
dicampurkan dengan tenaga elektrik, sila berikan anggaran berasingan untuk bil air
yang dibayar.
20
Perkara 9.4 Tenaga elektrik yang dibeli
Ia merujuk kepada bayaran untuk tenaga elektrik yang dibeli. Jika bayaran ini telah
dicampurkan dengan air, sila berikan anggaran berasingan untuk bil tenaga elektrik
yang dibayar.
Perkara 9.5 Bahan pembakar, pelincir dan gas
Ia merujuk kepada bayaran untuk membeli bahan api (contoh minyak diesel, petrol,
minyak relau, minyak pembakar), pelincir (contoh minyak pelincir, gris) dan gas
(contoh gas petroleum cecair, gas asli, gas asli untuk kenderaan).
Perkara 9.6 Kos barang yang dibeli untuk dijual semula
Laporkan nilai kos barangan / bahan yang dibeli untuk dijual semula tanpa melalui
proses yang selanjutnya, sama ada jualan semula itu adalah jualan borong atau
jualan runcit.
Perkara 9.7 Kos bahan-bahan yang dibeli untuk penyajian makanan / katering
Perbelanjaan pembelian bahan-bahan mentah / ramuan untuk penyediaan
makanan dan minuman dan juga pembelian makanan dan minuman yang telah
siap untuk jualan semula.
Perkara 9.8 Bayaran pembaikan dan penyelenggaraan yang dibuat oleh pihak lain bagi
harta tetap pertubuhan ini
Ia merujuk kepada jumlah kos kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan yang
dibuat oleh pihak lain ke atas harta tetap pertubuhan tuan seperti bangunan,
pengangkutan, jentera dan kelengkapan, perabot dan pemasangan dan komputer.
Walau bagaimanapun, pembaikan besar yang bersifat modal hendaklah
dimasukkan ke dalam ruangan (02),(03) dan (04) yang bersesuaian bagi Soalan 4
sebagai pemilikan modal harta tetap.
Perkara 9.9 Bayaran perkhidmatan dobi
Ia merujuk kepada bayaran kepada pertubuhan yang memberi perkhidmatan dobi.
Perkara 9.10 Perkhidmatan pencucian
Ia merujuk kepada bayaran kepada pertubuhan yang memberi perkhidmatan
pencucian.
Perkara 9.11 Perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan
Ia merujuk kepada perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P). P&P
ialah kajian sistematik pada proses, teknik, penggunaan dan produk baru, dan
penyelidikan pada kebolehlaksanaan secara komersial penemuan-penemuan baru
ini. Jumlah perbelanjaan untuk latihan staf tidak perlu dimasukkan.
Perkara 9.12 Pembelian perkhidmatan pengangkutan
Ia merujuk kepada bayaran mendapatkan perkhidmatan pengangkutan dengan
pemandu.
Perkara 9.13 Perbelanjaan perjalanan (termasuk perjalanan dalam dan luar negeri)
Ia merujuk kepada perbelanjaan yang dibiayai oleh pekerja pertubuhan tuan untuk
menjalankan tugas rasmi di luar pejabat seperti perbelanjaan perjalanan,
penginapan, makan dan perbelanjaan lain yang berkaitan.
21
Perkara 9.14 Perbelanjaan hiburan
Ia merujuk kepada perbelanjaan untuk meraikan pelanggan perniagaan oleh
pertubuhan tuan.
Perkara 9.15 Bayaran perakaunan, kesetiausahaan dan audit
Ia merujuk kepada bayaran perkhidmatan perakaunan, pengauditan, simpan kira-
kira, perkhidmatan berkaitan cukai dan tugas kesetiausahaan yang dibuat kepada
pertubuhan perakaunan, kesetiausahaan dan audit.
Perkara 9.16 Bayaran guaman
Ia merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan nasihat guaman, perwakilan dan
dokumentasi.
Perkara 9.17 Bayaran perkhidmatan profesional lain
Ia merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan dari syarikat-syarikat perunding
arkitek, kejuruteraan, juruukur dan sebagainya.
Perkara 9.18 Bayaran pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan
dengan teknologi maklumat
Ia merujuk kepada bayaran menggunakan perkhidmatan pemprosesan dan
tabulasi (contoh tangkap data, pemindahan data dari pelbagai medium,
pengesanan ciri optikal), pangkalan data dan pembaikan dan penyelenggaraan
komputer.
Perkara 9.19 Bayaran pengurusan
Ia merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pengurusan yang disediakan oleh
pertubuhan lain atau individu untuk pengurusan perancangan, organisasi, kos
projek dan tenaga manusia.
Perkara 9.20 Komisen dan bayaran agensi (termasuk agensi pelancongan, perbelanjaan
dan komisen yang kerap dibayar)
Ia merujuk kepada komisen dan bayaran yang dibayar kepada pertubuhan lain
atau individu atau ejen sebagai upah menjual barangan atau menyediakan
perkhidmatan bagi pihak pertubuhan tuan.
Perkara 9.21 Bayaran telekomunikasi
Ia merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan telekomunikasi yang meliputi
transmisi bunyi, imej atau maklumat lain melalui telefon, telefaks, telegram, kabel
penyiaran, satelit, mel elektronik dan internet.
Perkara 9.22 Bayaran pos
Ia merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pos yang meliputi pengambilan,
pengangkutan dan penyerahan surat, surat khabar, majalah berkala dan bahan
bercetak lain, bungkusan oleh Pos Malaysia Berhad dan operator perkhidmatan
kurier lain. Termasuk juga perkhidmatan kaunter pejabat pos dan sewaan peti
surat.
Perkara 9.23 Pengiklanan dan promosi
Ia merujuk kepada bayaran untuk iklan atau promosi barangan, perkhidmatan dan
nama syarikat atau perniagaan tuan melalui media seperti surat khabar, televisyen,
radio, internet atau media lain, sama ada tempatan atau luar negeri.
22
Perkara 9.24 Caj bank
Ia merujuk kepada caj bank untuk perkhidmatan kewangan yang disediakan oleh
institusi kewangan. Contoh-contoh untuk caj bank ialah bayaran untuk buku cek,
bayaran perkhidmatan untuk draf bank, cek pengembara, surat kredit, banker’s
acceptances, komisen dan yuran berkaitan dengan transaksi sekuriti.
Perkara 9.25 Bayaran faedah
Ia merujuk kepada bayaran faedah tahunan yang dibayar ke atas pinjaman yang
diambil oleh pertubuhan tuan daripada institusi kewangan seperti bank.
Perkara 9.26 Premium insurans kecuali insurans pampasan pekerja
Ia merujuk kepada bayaran premium insurans kebakaran, nyawa, kemalangan
perkapalan atau penerbangan untuk ganti rugi.
Perkara 9.27 Bayaran bagi perkhidmatan keselamatan
Ia merujuk kepada bayaran bagi perkhidmatan keselamatan seperti pengawal
keselamatan.
Perkara 9.28 Bayaran feri dan tol
Ia merujuk kepada tambang feri dan tol yang dibayar.
Perkara 9.29 Penyewaan filem
Ia merujuk kepada pembayaran ke atas penyewaan filem, pita video, cakera padat,
VCD dan DVD.
Perkara 9.30 Bayaran untuk sewa tanah
Ia merujuk kepada bayaran untuk kegunaan tanah berdasarkan penyewaan atau
pajakan ke atas tanah individu atau pertubuhan lain oleh pertubuhan tuan.
Perkara 9.31 Bayaran sewa (tidak termasuk sewa penggunaan tanah dan filem)
Ia merujuk kepada bayaran sewa untuk menyewa bangunan atau premis, jentera
dan kelengkapan, alat pengangkutan dan harta lain selain daripada sewa tanah.
Perkara 9.32 Susut nilai semasa ke atas harta
Ia merujuk kepada susut nilai semasa tahunan ke atas harta akibat haus dan
lusuh, kemerosotan dan usang. Ia termasuk pelunasan tahunan ke atas tanah
pajakan.
Perkara 9.33 Bayaran royalti
Ia merujuk kepada bayaran royalti termasuk bayaran lesen yang terdiri daripada
bayaran untuk penggunaan yang dibenarkan bagi paten, hakcipta, tanda niaga,
pemprosesan perindustrian, francais dan sebagainya berdasarkan perjanjian
perlesenan.
(a) Kerajaan
Sila nyatakan jenis royalti
(b) Swasta
Sila nyatakan jenis royalty
Perkara 9.34 Taksiran (ke atas tanah dan bangunan) dan cukai tanah
Ia merujuk kepada cukai pintu ke atas tanah dan bangunan dikutip oleh pihak
berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan bayaran
cukai tanah ke atas tanah dikutip oleh Pejabat Tanah dan Galian Daerah.
23
Perkara 9.35 Cukai tidak langsung:
(a) Cukai perkhidmatan
Ia merujuk kepada cukai perkhidmatan yang dipungut dan dibayar kepada
kerajaan.
(b) Cukai jalan
Ia merujuk kepada cukai jalan yang dikutip oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
untuk kenderaan bermotor.
(c) Bayaran pendaftaran perniagaan, lesen memandu, duti setem dan
sebagainya.
Ia merujuk kepada bayaran pendaftaran, perniagaan untuk pertubuhan hak
milik perseorangan, perkongsian dan syarikat yang dikutip oleh Suruhan Jaya
Syarikat Malaysia (SSM). Termasuk juga bayaran pendaftaran untuk koperasi.
Duti setem untuk dokumen perjanjian atau kontrak dan duti hiburan untuk
aktiviti perniagaan hiburan juga termasuk di dalam perkara ini.
Perkara 9.36 Kerugian pertukaran mata wang asing / aset kewangan
Ia merujuk kepada kerugian kerana turun atau naik mata wang asing.
Perkara 9.37 Kerugian daripada jualan / penilaian semula harta
Ia merujuk kepada kerugian yang dialami daripada penjualan atau penilaian
semula harta.
Perkara 9.38 Hutang lapuk dihapuskan
Ia merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dihapuskan pada tahun rujukan.
Perkara 9.39 Pindahan semasa seperti kiriman wang, hadiah, derma, denda dan
sebagainya.
Ia merujuk kepada bayaran pindahan semasa yang dibayar.
Perkara 9.40 Lain-lain
Sila nyatakan jika ada.
Perkara 9.41 Kos pekerjaan:
(a) Gaji & upah dibayar
Ia merujuk kepada semua gaji & upah (termasuk bayaran lebih masa), elaun,
bonus dan komisen yang dibayar kepada semua pekerja bergaji (termasuk
pekerja yang diambil melalui kontraktor buruh dan pekerja bergaji sambilan)
yang bekerja pada tahun rujukan. Laporkan semua pembayaran yang telah
dibuat sepanjang tahun rujukan dan bukannya pembayaran yang telah dibuat
hanya pada tempoh gaji terakhir pada tahun rujukan.
(b) Bayaran berbentuk manfaat kepada pekerja
* Rawatan perubatan percuma
Ia merujuk kepada nilai yang dibayar oleh pertubuhan tuan untuk rawatan
perubatan kepada pekerja atau kakitangan. Nilai ini termasuk nilai subsidi.
24
Lain-lain
Ia merujuk kepada nilai dibayar ke atas makanan, tempat tinggal dan
sebagainya yang disediakan secara percuma oleh pertubuhan tuan
kepada kakitangan atau pekerja. Nilai ini termasuk nilai subsidi.
(c) Bayaran pampasan, persaraan / pemberhentian kepada pekerja
Ia merujuk kepada bayaran sekaligus yang dibayar oleh majikan secara
langsung kepada pekerja apabila mereka bersara atau berhenti kerja.
(d) Caruman majikan kepada kumpulan wang simpanan, skim keselamatan
sosial, pencen dan kebajikan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Ia merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan tuan
kepada KWSP.
Kumpulan wang simpanan lain
Ia merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan tuan
kepada kumpulan wang simpanan selain daripada yang ditubuh dan
diuruskan oleh kerajaan.
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Ia merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan tuan
kepada PERKESO.
Skim keselamatan sosial persendirian
Ia merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan tuan
kepada skim keselamatan sosial selain daripada yang dikelolakan oleh
kerajaan seperti insurans pampasan pekerja.
Skim bayaran pampasan, persaraan / pemberhentian
Ia merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan tuan
kepada skim bayaran pampasan, persaraan atau pemberhentian selain
daripada yang dikelolakan oleh kerajaan.
(e) Bayaran kepada pengarah tidak bekerja kerana kehadiran mereka dalam
mesyuarat Lembaga Pengarah
Jelas maksudnya.
(f) Nilai pakaian percuma yang disediakan
Ia merujuk kepada nilai pakaian percuma yang diberikan kepada pekerja
seperti pakaian seragam, pakaian luar dan pakaian kerja.
(g) Kos latihan kepada pekerja
Ia merujuk kepada kos berkaitan dengan latihan, bengkel dan persidangan
pekerja yang dibiayai oleh majikan, samada dalam atau luar negeri.
(h) Kos pengangkutan pekerja
Ia merujuk kepada pembayaran yang dibuat oleh majikan bagi perkhidmatan
mengangkut pekerja pergi dan balik dari tempat kerja.
25
(i) Bayaran levi pekerja
Ia merujuk kepada bayaran yang dibayar oleh majikan pekerja asing kepada
kerajaan. Bayaran levi pekerja semasa setahun bagi pembantu rumah adalah
RM380, pekerja ladang RM540, sektor pembinaan dan pembuatan RM1200
manakala sektor perkhidmatan RM1800.
(j) Lain-lain
Sila nyatakan lain-lain kos pekerjaan jika ada.
Perkara 9.42 Jumlah perbelanjaan
Sila jumlahkan perkara 9.1 hingga 9.41
Perkara 9.43 Bayaran bagi pajakan kewangan
Ia merujuk kepada jumlah bayaran ke atas penyewaan atau pemajakan harta tetap
yang akan dimiliki akhirnya.
Perkara 9.44 Pindahan modal yang dibuat
Ia merujuk kepada harta modal yang mana hak untuk mengguna telah dipindahkan
ke pihak lain tanpa menerima pulangan samada dalam bentuk barangan,
perkhidmatan atau harta.
Perkara 9.45 Dividen kena bayar
Ia merujuk kepada untung yang dibahagikan kepada ahli-ahli atau pemegang
saham.
Perkara 9.46 Cukai langsung (cth. cukai syarikat dan cukai kemajuan) kena bayar
Ia merujuk kepada yang perlu dibayar oleh pertubuhan tuan secara langsung
kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri samada telah dibayar atau kena bayar pada
tahun rujukan.
Perkara 9.47 Jumlah besar
Sila jumlahkan perkara 9.42 hingga 9.46
Soalan 10: Keuntungan / Kerugian Sebelum Cukai
Sila berikan nilai sama ada keuntungan atau kerugian sebelum cukai tahun sebelum (2009) dan
tahun semasa (2010) seperti mana yang dilaporkan dalam Akaun Untung & Rugi.
Soalan 11: Nilai Stok
Sila laporkan nilai buku bagi Stok pembukaan dan Stok penutupan mengikut jenis Stok tanpa
mengambil kira di mana ia disimpan, yang dimiliki atau dikawal oleh pertubuhan. Jika tidak
mempunyai Penyata Kira-Kira perkara ini tidak perlu dilaporkan.
Soalan 12: Bilik, Bilangan Bilik Dijual Dan Restoran
Perkara 12.1 Bilangan bilik dan bilangan bilik dijual
Perkara 12.1.1 Bilangan bilik pada 31.12.2010
Merujuk kepada bilangan bilik seperti pada penghujung tahun rujukan.
26
Perkara 12.1.2 Bilangan bilik dijual (1.1.2010 - 31.12.2010)
Merujuk kepada bilangan bilik dijual pada awal tahun sehingga penghujung
tahun rujukan.
Perkara 12.2 Bilangan penginap dan jumlah malam menginap dalam tahun rujukan
Perkara 12.2.1 Penginap domestik
Sila nyatakan bilangan penginap dan bilangan malam.
Perkara 12.2.2 Penginap antarabangsa
Sila nyatakan bilangan penginap dan bilangan malam.
Perkara 12.3 Sila nyatakan sama ada pertubuhan tuan memiliki dan mengendali restoran
di premis ini.
Sila tandakan (X) di kotak yang berkenaan.
Soalan 13: Jenis Organisasi
Perkara 13.1 Sila nyatakan jenis organisasi tuan
Perkara 13.1.1 Bebas
Jelas maksudnya.
Perkara 13.1.2 Rangkaian
Untuk maksud penyiasatan ini, organisasi rangkaian merujuk kepada dua
jenis atau lebih pertubuhan yang terlibat dalam jenis perniagaan yang sama
di bawah hak milik dan kawalan yang tunggal.
“Rangkaian” di sini adalah terdiri daripada cawangan-cawangan di bawah
hak milik dan kawalan pertubuhan yang ibu pejabatnya terletak di
Malaysia. Ianya tidak termasuk pertubuhan di dalam sesebuah enterpris
tetapi didaftarkan berasingan (dengan Pendaftar Perniagaan atau Pendaftar
Syarikat). Pertubuhan dalam organisasi rangkaian antarabangsa juga tidak
termasuk dalam kumpulan ini melainkan organisasi berkenaan mempunyai
dua atau lebih cawangan di Malaysia.
Perkara 13.1.3 Francais
Sistem francais melibatkan pertalian perniagaan secara kontrak yang
berterusan antara francaisor dan francaisi yang mana francaisi mempunyai
hak untuk beroperasi di atas nama perniagaan francaisor (dan juga
mendapat pelabagai jenis sokongan / nasihat tentang operasi perniagaan
tersebut), manakala francaisor kebiasaannya menerima bayaran permulaan
dan bayaran royalti secara berkala berdasarkan jualan kasar francaisi.
Perkara 13.1.4 Lain-lain
Contohnya seperti koperasi pengguna
Perkara 13.2 Sila tandakan (X) dalam satu kotak sahaja.
Perkara 13.2.1 Francaisor
Sila tandakan (X) sekiranya pertubuhan tuan adalah francaisor.
27
Perkara 13.2.2 Francaisi
Sila tandakan (X) sekiranya pertubuhan tuan adalah francaisi. Sebuah
pertubuhan boleh juga dikelaskan sebagai francaisi walaupun francaisornya
terletak di luar negara.
Soalan 14: Maklumat Tambahan Ke atas Ibu Pejabat / Cawangan
Perkara 14.1 Sila laporkan nilai pendapatan yang diterima daripada faedah atau dividen
atau perkhidmatan pengurusan / fi / perundingan atau komisen dan brokeraj
atau transaksi mata wang asing atau aset kewangan dan jumlah nilai ini
mestilah sama dengan nilai yang dilaporkan di perkara 8.1 hingga 8.10 di bawah
soalan 8 di muka surat (11).
Perkara 14.2 Jelas maksudnya. Sila nyatakan nama dan alamat ibu pejabat.
Perkara 14.3 Jelas maksudnya.
PANDUAN BAGI SEKSYEN A HINGGA F ADALAH SEPERTI BERIKUT
Seksyen A - Kemudahan Pembiayaan
Sila laporkan tujuan dan sumber utama pembiayaan kewangan dan kesulitan yang dihadapi untuk
memperolehi pinjaman.
Seksyen B - Inovasi
Sila laporkan maklumat berkaitan akreditasi yang diperoleh contoh ISO, HACCP dan sebagainya.
Seksyen C- Pemasaran dan Promosi
Sila laporkan jenis pemasaran dan promosi yang diusahakan oleh pertubuhan tuan seperti iklan, risalah
dan sebagainya.
Seksyen D - Import dan Eksport
Sila laporkan jumlah import dan eksport bagi barangan dan perkhidmatan.
Seksyen E - Penggunaan ICT
Sila laporkan penggunaan ICT oleh pertubuhan tuan dalam tempoh laporan.
Seksyen F - Pematuhan Alam Sekitar
Sila laporkan jumlah perbelanjaan pematuhan alam sekitar yang ditanggung oleh pertubuhan tuan
dalam tempoh laporan.
- TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA -
top related