Transcript
PENCEMARAN AIR
NAMA:ANIS NAJIHAHBT MOHD NOR
KELAS : 2 AMANAH 2013
PENCEMARAN AIR Pencemaran air adalah suatu keadaan
apabila terdapat kehadiran sebarang bahan tidak diperlukan atau merbahaya di dalam air. Pencemaran air boleh berlaku di sungai, laut, tasik, kolam, parit dan sebagainya.
Bahan tidak diperlukan atau bahan merbahaya ini dipanggil bahan cemar air. Sumber utama bahan cemar air adalah seperti: Bahan buangan domestik Bahan buangan industri Bahan kimia berlebihan daripada
pertanian Tumpahan minyak( kebocoran tangki) Penebangan hutan dan projek
pembinaan (Hakisan tanah)
PENCEMARAN AIR
CARA MENGAWAL PENCEMARAN AIR1)Menguatkuasakan undang-undang contohnya
berkaitan dengan cara mengendalikan bahan buangan industri
2)Bahan buangan radioaktif dibuang mengikut prosedur yang diluluskan oleh kerajaan
3)Mengurangkan penggunaan baja kimia dan racun perosak di kawasan pertanian
4) Mengitar & menggunakan semula bahan buangan
5) Merawat kumbuhan dan bahan kimia bertoksik sebelum melepaskannya ke dalam sungai atau laut
6)Kawasan perairan negara perlu dironda oleh pihak berkuasa untuk mengawal masalah tumpahan minyak
7)Mengawal pembalakan dan menanam semula pokok yang telah ditebang
8)Bakteria khas di gunakan untuk membersihkan laut yang tercemar
CARA PEMBERSIHAN AIR
a) Penurasan Kaedah penurasan menggunakan
beberapa lapisan bahan (batuan, pasir) sebagai penapis semulajadi kepada air yang mahu dibersihkan tersebut.
b) PendidihanPendidihan dilakukan dengan cara memanaskan air sehingga mendidih, iaitu sehingga mencapai takat didih, 100 C.
c) PengklorinanPengklorinan adalah cara membersihkan air dengan cara menambahkan klorin ke dalam air tersebut bagi tujuan untuk membunuh mikroorganisma
d) PenyulinganPenyulingan adalah melalui proses dalam makmal dengan radas yang disediakan seperti di bawah dan menggunakan konsep kondensasi gas kepada cecair bagi menulenkan air yang kotor.
TANGKI PENAPISANPenapis logam di dalam tangki menyingkirkan objek-objek bersaiz
besarTANGKI PENGUDARANAir dipam ke atas untuk melarutkan oksigen ke dalam air.Bau dan rasa
air dapat disingkirkan TANGKI PENGGUMPULAN Alum mengumpulkan zarah-zarah kecil bahan terampai menjadi
gumpalan besar yang mudah mendapTANGKI PENGENAPAN Bahan terampi bersaiz besar mendap di dasar tangki dan disingkirkanTANGKI PENURUSANBahan terampai yang tertinggal disingkirkanTANGKI PENGKLORINAN DAN PEMFLUORIDAANKlorida membunuh mikroorganisma berbahaya dan menjernihkan
air.Sebatian florida menghalang kerosakan gigi
PENJIMATAN AIR
70% daripada bumi adalah air tetapi hanya 1% sahaja air di bumi yang boleh digunakan untuk minum, masak, membasuh dan menyiram tumbuhan.
Selebihnya adalah air masin yang terdapat di laut dan ais yang terdapat di kutub utara dan kutub selatan.
Dengan pertambahan populasi manusia, semakin ramai yang ingin menggunakan sumber yang terhad ini.
• Oleh itu,langkah- langkah penjimatan air perlu dilakukan untuk memastikan bekalan air bersih sentiasa cukup untuk keperluan pada masa depan
• penjimatan penggunaan air adalah amat penting untuk menjamin keseimbangan ekosistem dan keselesaan hidup manusia.
• penjimatan penggunaan air dapat menggurangkan kos pembersihan air yang dibayar setiap bulan dalam bil air.
CARA MENJIMATKAN AIR
Menggunakan
mesin basuh
dengan muatan
penuh
Gunakan bekas penyiram,elak menggunakan
hos
Tutup paip air setelah digunakan
Menggunakan air tadahkan hujan untuk menyiram pokok dan
membasuh kenderaan
Kumpulkan air hujan untuk mencuci lantai di halaman
rumah atau longkangAir yang digunakan untuk
mencuci sayur-sayuran & buah-buahan boleh digunakan semula
untuk menyiram tanaman
Gunakan baldi
semasa
mencuci
kereta,elak
menggunakan
hos
top related