PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR ... · TAJUK : “YA RASULULLAH ! SAYANGNYA ENGKAU KEPADA KAMI “ ... Jibril pun menjawab, “Wahai Muhammad! aku datang kepadamu
Post on 07-Feb-2020
28 Views
Preview:
Transcript
PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR : Noorisah Taljid & Kartini Ismail
SIDANG PENGARANG : Jimmis Jumaat HEBAHAN & PUBLISITI : Malik Hanafi Achmad Rofi’ie
TAJUK : “YA RASULULLAH ! SAYANGNYA ENGKAU KEPADA KAMI “
OLEH : USTAZ JIMMIS JUMAAT
PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM
Dari Yazid Ar-Raqqsyi meriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa malaikat Jibril
datang kepada Rasulullah SAW pada suatu waktu di luar kebiasaan dengan raut wajah yang
berbeza dari yang biasanya. Rasulullah SAW pun bertanya, “Wahai Jibril, kenapa aku melihat
raut wajahmu berbeza?” Jibril pun menjawab, “Wahai Muhammad! aku datang kepadamu pada
saat Allah SWT memerintahkan supaya api neraka dinyalakan. Mana mungkin bagi orang yang
mengetahui bahawa neraka, seksa kubur dan seksa Allah itu sangatlah dahsyat untuk merasa
senang sebelum dirinya betul-betul merasa aman dari ancaman itu”.
Rasulullah SAW berkata “ Wahai Jibril, gambarkanlah keadaan neraka itu kepadaku”
Jibril berkata “ Baik,.. Ketika Allah SWT menciptakan neraka, apinya dinyalakan seribu tahun
lamanya sehingga warnanya bertukar menjadi hitam pekat, sejak itu nyalaan dan baranya tidak
pernah padam. Demi zat yang mengutus engkau kebenaran sebagai nabi, seandainya neraka itu
berlubang sebesar lubang jarum, nescaya seluruh penghuni dunia akan terbakar kerana
panasnya.” Tidak setakat itu, Jibril meneruskan bicaranya. “ Demi zat yang mengutus engkau
dengan kebenaran sebagai nabi, seandainya ada baju penghuni neraka itu digantung di antara
langit dan bumi, nescaya semua penghuni dunia akan mati disebabkan bau busuk dan panasnya.
Demi zat yang mengutus engkau kebenaran sebagai nabi, seandainya sehasta dari mata rantai
sebagaimana yang disebutkan di dalam al-Quran diletakkan di puncak gunung, nescaya bumi
hingga ke dalamnya akan meleleh. Demi zat yang mengutus engkau kebenaran sebagai nabi,
seandainya ada seseorang yang berada di hujung barat dunia ini diseksa, nescaya orang yang
berada di hujung timur akan terbakar kerana panasnya. Sesungguhnya neraka itu mempunyai
tujuh pintu dan pada setiap pintu itu dibahagi-bahagikan untuk lelaki dan perempuan.”
Lantas Rasulullah SAW pun bertanya, “ Apakah pintu-pintu itu seperti pintu kami?”
Jibril menjawab “Tidak. Pintu itu sentiasa terbuka dan pintu yang satu berada di bawah pintu
yang lain. Jarak setiap pintu dengan pintu yang lainnya adalah sejauh 70 tahun perjalanan.
Manakala Pintu yang berada di bawah 70 kali lebih panas daripada pintu yang berada di
atasnya. Musuh-musuh Allah SWT diseret ke sana dan jika mereka sampai di pintu itu, maka
Malaikat Zabaniyah pun menyambut mereka dengan membawa rantai dan belengu. Rantai itu
dimasukkan ke dalam mulutnya dan keluar dari lubang duburnya, manakala tangan kirinya
dibelenggu ke lehernya dan tangan kanannya dimasukkan kedalam dada sehingga tembus
ke bahunya. Setiap orang yang derhaka itu dirantai bersama syaitan dalam belenggu yang sama.
Lantas diseret wajahnya tersungkur dan dipukul oleh malaikat dengan palu. Setiap kali mereka
ingin melepaskan diri keluar dari neraka disebabkan kesengsaraan yang tidak terperi itu,
nescaya mereka dikembalikan ke dalam neraka.”
Semakin cemas Rasulullah SAW pun terus bertanya, “Wahai Jibril, siapakah yang
akan menempati pintu yang pertama?” Jibril menjawab, “pintu pertama dinamakan Hawiyyah,
yang diperuntukkan bagi kaum munafik dan kafir.” Ketika kelihatan pada wajah nabi SAW
tanda kesedihan lalu dia bertanya lagi. “Siapakah yang akan melalui pintu yang kedua?” “ pintu
yang kedua dinamakan Jahim, yang diperuntukkan bagi kaum musyrikin”. Jelas malaikat Jibril.
“Bagaimana dengan pintu ketiga?” Tanya Rasulullah SAW lagi. “Pintu ketiga dinamakan
Saqar, yang diperuntukkan bagi kaum Shobiin atau kaum penyembah api”. Jawab malaikat
Jibril. “Selanjutnya pintu keempat untuk siapa?” Tanya Rasulullah SAW. “Pintu keempat
dinamakan Ladza, untuk Iblis dan pengikutnya” jawab Jibril.
SAMBUNGAN
Rasulullah SAW terdiam sejenak, dia berharap tidak ada satu pun pintu neraka yang
diperuntukkan bagi umatnya. “Kemudian pintu kelima dan keenam untuk siapa?” Tanya
Rasulullah SAW. “Pintu kelima dinamakan Huthamah, diperuntukkan untuk kaum Yahudi,
sedangkan pintu keenam dinamakan Sa’ir untuk kaum kafir”, jelas malaikat Jibril. “Wahai
Jibril, sekarang ceritakanlah kepadaku tentang pintu neraka yang ketujuh itu?” Pinta Rasulullah
SAW. Mendengar pertanyaan tersebut malaikat Jibril terdiam kaku seperti ragu untuk
menceritakannya. Akan tetapi disebabkan Rasulullah SAW terus mendesaknya, maka Malaikat
Jibril pun tak berupaya untuk menolaknya. “ Ya Rasulallah, pintu ketujuh itu diperuntukkan
untuk umatmu yang melakukan dosa-dosa besar dan mati sebelum sempat bertaubat”. Jelas
malaikat Jibril yang sedikit ketakutan.
Setelah mendengar penjelasan daripada malaikat Jibril tersebut Rasulullah SAW
terkejut lalu jatuh pengsan. Sungguh baginda tidak menyangka bahawa umat yang sangat
dicintainya pun disediakan tempat di neraka. Begitu sayangnya baginda kepada umatnya
sehingga seolah-olah baginda merasakan penderitaan, seksaan dan kesakitan yang menimpa
umatnya yang dimasukkan ke dalam neraka yang telah dijanjikan. Tidak hanya setakat itu,
setelah baginda tersedar dari pengsannya, baginda SAW masih merasakan kesedihan itu,
baginda tidak dapat menahan air mata baginda yang mengalir deras. Sungguh dialah Nabi dan
Rasul yang sangat peduli kepada umatnya, walaupun setelah pemergiannya. Semoga kita
mendapat syafa’at dari baginda SAW.
Setelah itu Rasulullah SAW pun bertanya lagi kepada malaikat Jibril dengan penuh
kesedihan “Wahai Jibril , aku sangat sedih setelah mendengar penjelasanmu. Apakah ada dari
umatku nanti yang akan masuk dari pintu ketujuh itu?” Malaikat Jibril mengangukkan kepala
dan ini mengisyaratkan kepada baginda bahawa memang ada dari kalangan umatnya yang akan
dimasukkan ke dalam neraka melalui pintu yang ketujuh itu nanti. Namun hanya mereka yang
melakukan dosa-dosa besar sahaja dan mati dalam keadaan belum bertaubat.
Setelah beberapa hari peristiwa kedatangan malaikat Jibril itu, Rasulullah SAW
kelihatan hanya berdiam diri, tidak bercakap dengan sesiapa pun dan hanya mengurung diri di
rumah baginda. Baginda hanya keluar rumah hanya ketika hendak ke masjid untuk menunaikan
solat berjamaah namun terus kembali ke rumah baginda setelah selesai daripada itu. Para
sahabat setelah melihat keadaan nabi seperti itu merasa kehairanan serta turut merasakan
kesedihan melihat keadaan sang kekasih mereka. Kemudian mereka pun berkunjung ke rumah
Rasulullah SAW untuk mencari jawapan tentang gerangan apakah yang membuatkan
Rasulullah SAW berkeadaan seperti itu. “ Wahai Rasulullah, kenapakah engkau nampak begitu
sedih?” tanaya seorang sahabat. “ Wahai sahabat-sahabatku, sesungguhnya Jibril telah datang
kepadaku dan menyampaikan wahyu tentang neraka yang memiliki tujuh pintu” ujar Rasulullah
SAW. “ Wahai Rasulullah, adakah salah satu pintu untuk kami semua?” Tanya sahabat. Dengan
diiringi air mata, Rasulullah SAW menganggukkan kepala. “salah satu pintu neraka itu
diperuntukkan untuk umatku yang melakukan dosa-dosa besar dan mati sebelum mereka
sempat bertaubat kepada Allah SWT” ujar Rasulullah SAW. Setelah sejenak terdiam,
Rasulullah SAW pun meneruskan ucapannya. “Oleh sebab itu, janganlah kamu sekali-kali
terpedaya dengan tipu daya Iblis, kerana dia adalah musuh yang nyata bagi kamu dan akan
menjerumuskan kamu ke neraka”.
Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah seorang nabi dan rasul yang terlalu
menyayangi umat, baginda menangis untuk umatnya. Apakah kita sebagai umatnya tidak
menyintai baginda? Banyak manakah kita berselawat ke atas baginda SAW sebagai tanda kasih
dan cinta kita kepada baginda?
BENGKEL TAKWIM DAN RETREAT PIUMS
SOLAT HAJAT IMTIHAN PERDANA DAN
MAJLIS MAKAN MALAM 2018
Meningkatkan keimanan dan
mendekatkan diri kepada Allah
SWT
Bertambah rezeki dan
mendapat keberkatan
Memberi ketenangan hati dan
kebahagiaan
Melatih berfikiran positif dan
adil
Melahirkan Rasa Syukur
Sedekah mampu memadamkan
kemurkaan Allah SWT
top related