Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar ... · the Municipal Solid Waste and ... sekolah, hospital dan pengambilan air ... lapang/hijau Solar/ extract gas Aktiviti
Post on 08-Mar-2019
254 Views
Preview:
Transcript
DRAF: 21/4/2014
Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan
Sensitif Alam Sekitar (KSAS)
Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal
Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan
Sensitif Alam Sekitar (KSAS)
Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
2014
Cetakan Pertama 2014 © Hakcipta
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Kesejateraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Hakcipta Terpelihara
Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara,
sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis
daripada Penerbit terlebih dahulu
Diterbitkan di Malaysia
oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Pemberitahuan Garis panduan ini mengandungi 12 garis panduan yang perlu dibaca secara bersama iaitu-
GP007-A(1) : Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan dan Pembangunan
(GPPPP) Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) – Pengenalan
GP007-A(2) : GPP Pembangunan Fizikal Pulau-Pulau dan Taman Laut (akan
diterbitkan pada 2014);
GP007-A(3) : GPPPP KSAS Persisiran Pantai;
GP007-A(4) : GPPPP KSAS Tadahan Air dan Sumber Air Tanah;
GP007-A(5) : GPPPP KSAS Dataran Banjir, Tanah Lembap, Bekas Lombong,
Tasik Dan Sungai;
GP007-A(6) : GPPPP KSAS Simpanan Mineral dan Bencana Geologi;
GP007-A(7) : GPPPP KSAS Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal;
GP007-A(8) : GPPPP KSAS Kawasan Pertanian Makanan;
GP007-A(9) : GPPPP KSAS Habitat Hidupan Liar;
GP007-A(10) : GPPPP KSAS Hutan Simpan Kekal;
GP007-A(11) : GPP Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi (telah
diterbitkan pada 2009); dan
GP007-A(12) GPPPP KSAS Warisan Kebudayaan dan Warisan Semulajadi .
Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama undang-undang, dasar Persekutuan dan Negeri,
GP Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi yang telah diluluskan oleh
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Ogos 2009 dan MNKT Ke 62 pada 17 September 2009,
GP Perancangan Pembangunan Fizikal Pulau-Pulau dan Taman Laut yang telah diluluskan oleh
Jemaah Menteri pada 1 November 2013 serta lain-lain keperluan pelbagai agensi teknikal berkaitan.
Garis panduan ini juga disediakan untuk menyokong garis panduan sedia ada jabatan-jabatan
Kerajaan dan agensi-agensi lain.
2014
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN i
KSAS BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
ISI KANDUNGAN
1. LATAR BELAKANG 1
1.1 Definisi Kawasan Tapak Pelupusan Sisa 1
1.2 Kawasan Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Dalam Konteks KSAS 1
2. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN 2
3. GARIS PANDUAN UMUM 2
3. 1 Mematuhi Dasar dan Perundangan Sedia Ada 2
4. GARIS PANDUAN KHUSUS 4
BIBLIOGRAFI 4
SENARAI FOTO
Foto 1: Contoh tapak pelupusan sisa pepejal 1
SENARAI JADUAL
Jadual 1: Dasar Sedia Ada Berkait Dengan Pelupusan Sisa Pepejal 3
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 1 KSAS BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
1. LATAR BELAKANG
1.1 Definisi Kawasan Tapak
Pelupusan Sisa
Kawasan bekas dan tapak pelupusan sisa
pepejal dalam GP ini meliputi definisi seperti berikut:
i. Tapak Pelupusan Sisa
Tempat atau kawasan di mana sisa
dilupuskan dengan selamat di sesuatu kemudahan penimbusan tanah atau yang lain-lain kemudahan yang bergantung
kepada jenis dan ciri-ciri bahan sisa tersebut.
ii. Sisa Pepejal
―Sisa pepejal‖ menurut Akta Pengurusan
Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) termasuklah—
a) apa-apa bahan sekerap atau benda
lebihan lain yang tidak dikehendaki atau keluaran yang ditolak yang timbul
daripada penggunaan apa-apa proses;
b) apa-apa benda yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh,
tercemar atau selainnya rosak; atau
c) apa-apa bahan lain yang mengikut
Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain dikehendaki oleh pihak berkuasa supaya dilupuskan.
Lain-lain tafsiran yang berkait dengan sisa pepejal seperti di Lampiran 1.
1.2 Kawasan Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Dalam
Konteks KSAS
Proses perbandaran yang semakin pesat
menyumbang kepada pertambahan buangan sisa-sisa pepejal di negara ini. Hal ini menyebabkan meningkatnya keperluan
kepada tapak pelupusan sisa pepejal yang luas serta pengendalian yang sistematik
supaya tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan kesejahteraan orang ramai.
Bekas dan tapak pelupusan sisa pepejal berpotensi mencemarkan alam sekitar dan
membahayakan kesihatan manusia jika tidak dilupus, dirawat dan disimpan dengan betul.
Oleh itu, kawasan bekas dan tapak pelupusan sisa pepejal merupakan KSAS
yang memerlukan tindakan pemuliharaan yang menyeluruh untuk mengelakkan
berlakunya implikasi negatif.
Kawasan bekas dan tapak pelupusan sisa pepejal dikategorikan juga sebagai KSAS
berisiko bencana kerana berisiko berlakunya kebakaran, pencemaran alam
sekitar, pembebasan gas merbahaya dan sebagainya. Justeru, pembangunan di kawasan tapak pelupusan sisa pepejal
tanpa kawalan boleh mengakibatkan risiko bencana.
Foto 1: Contoh tapak pelupusan sisa pepejal
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 2 KSAS BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
2. PRINSIP-PRINSIP
PERANCANGAN
i. Keselamatan
Tapak pelupusan sisa pepejal bersanitari
adalah selamat pada setiap masa tanpa kesan negatif kepada alam sekitar.
Zon khas dibentuk untuk tapak pelupusan sisa pepejal serta menyediakan zon penampan yang secukupnya.
ii. Pemeliharaan
Pembangunan di kawasan tadahan dikawal. Tapak yang sesuai dan tidak memberi
kesan negatif kepada pembangunan lain di sekitarnya.
iii. Mencukupi dan Berkesan
Kemudahan yang disediakan adalah mencukupi, selamat dan efisien.
3. GARIS PANDUAN UMUM
i. Sistem pengumpulan air resapan dan
gas di tapak sedia ada perlu dinaik taraf merujuk kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS).
ii. Tapak sedia ada perlu dipagar dan dilandskap.
iii. Semua tapak baru perlu mempunyai sistem rawatan pengumpulan air resapan, sistem pengumpulan gas dan
suatu lapisan tidak telus cecair (liner) di dasar tapak berkenaan. Reka bentuk
sistem saliran tapak pelupusan ini perlu merujuk kepada Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS).
iv. Semua tapak baru tidak dibenarkan menerima sisa terjadual atau sisa
toksid.
v. Sebarang bentuk pembangunan semula
bagi bekas tapak pelupusan perlu merujuk GP Pembangunan Semula Kawasan Brownfield.
3. 1 Mematuhi Dasar dan Perundangan Sedia Ada
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 3 KSAS BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Perancangan dan pembangunan KSAS perlu merujuk kepada dasar dan
perundangan sedia ada yang berkaitan dengan KSAS persisiran pantai adalah
seperti yang diterangkan di dalam Jadual 1.
i. Perundangan Berkaitan
a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta
267); b) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta
171); c) Akta Perancangan Bandar dan Desa
1976 (Akta 172);
d) Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133);
e) Akta 672 - Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
f) Akta 673 - Akta Perbadanan
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
Jadual 1: Dasar Sedia Ada Berkait Dengan Pelupusan Sisa Pepejal
Dasar Penerangan
Agenda 21 (Bahagian 7) Promoting sustainable human settlement development.
Menggalakkan penyediaan bersepadu infrastruktur alam sekitar
untuk air, perparitan, perawatan najis dan pengurusan sisa
pepejal bagi meningkatkan kualiti sosial, ekonomi dan alam
sekitar penempatan dan tempat bekerja. (akan direword oleh
JPSPN)
Basel Convention on the
Control of Transboundary
Movement of Hazardous
Waste
Mengurangkan pengeluaran dan pemindahan sisa berbahaya, dan
melupuskannya sedekat mungkin dengan puncanya. (akan
direword oleh JPSPN)
Rancangan Fizikal Negara Mengutamakan kaedah mengurangkan pembuangan sisa
melalui teknologi pengurangan sisa (Waste minimization
technologies).
Mempertimbangkan kesan membina kemudahan pelupusan sisa
tambahan berbanding dengan kemudahan off-site recovery dan
sebaliknya.
Mempertimbangkan pembinaan stesen pemindahan di wilayah
timur dan utara.
Dasar Pengurusan Sisa Sistem pengurusan sisa pepejal yang menyeluruh, bersepadu,
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 4 KSAS BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Dasar Penerangan
Pepejal Negara kos efektif dan mampan.
Memberi keutamaan kepada pengurangan sisa melalui 3R,
rawatan perantaraan dan pelupusan akhir.
4. GARIS PANDUAN KHUSUS
KSAS/
Kategori
Tahap
Kesen-
sitifan
Aktiviti Dibenarkan Aktiviti
tidak
dibenarkan
Catatan / Garis panduan Aktiviti Syarat
Tapak pelupusan sisa
pepejal
*1 Penyelidikan
- Semua aktiviti pembangunan tidak
dibenarkan
Perancangan dan pembinaan tapak pelupusan sisa baru perlulah mematuhi undang-undang dan peraturan sedia
ada bagi mengurangkan impak kepada alam sekeliling:
Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974;
dan
―Environmental Impact Assessment (EIA) Guidelines for the Municipal Solid Waste and Sewage Treatment and Disposals Projects‖ yang disediakan oleh JAS
Semua tapak pelupusan sisa baru tidak dibenarkan ditempatkan di dalam kawasan tadahan air atau dalam lingkungan 5 km sungai utama atau
500 m dari anak-anak sungai.
Tiada pembangunan perumahan,
sekolah, hospital dan pengambilan air tanah di dalam zon penampan sekitar 500 meter dari tapak pelupusan sisa
pepejal.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 5 KSAS BEKAS DAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
KSAS/
Kategori
Tahap
Kesen-sitifan
Aktiviti Dibenarkan Aktiviti
tidak dibenarkan
Catatan / Garis panduan Aktiviti Syarat
Bekas
tapak pelupusan sisa
pepejal
*2 Penyelidikan
Kawasan lapang/hijau
Solar/
extract gas
Aktiviti pertanian dengan kebenaran JPSPN (?).
Dengan
perakuan JAS
Semua aktiviti
pembangunan tidak dibenarkan
Tanah tercemar bekas pelupusan
tapak pepejal tidak sesuai dibangunkan untuk sebarang pembangunan sekurang-kurangnya
20 tahun disebabkan risiko
pemendapan tanah, kebakaran dan pembebasan gas merbahaya.
Kajian terperinci diperlukan sebelum kawasan tersebut boleh dibangunkan
semula.
Penanaman pokok utama berakar tunjang tidak dibenarkan untuk mengelakkan kejadian leachate.
Zon penampan
500m bagi
tapak pelupusan sisa pepejal
*3 Komersial
Industri
- Tiada aktiviti lain selain
komersial dan
industri.
Tiada
Nota:
Tahap kesensitifan:
KSAS Tahap 1: Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan kecuali bagi aktiviti
perlancongan alam semula jadi berimpak rendah, penyelidikan dan pendidikan.
KSAS Tahap 2: Tiada pembangunan atau pertanian . Pembalakan secara mampan dan pelancongan
alam semula jadi berimpak rendah dibenarkan bergantung kepada halangan setempat
KSAS Tahap3: Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan hdikawal bergantung kepada ciri-ciri halangan.
BIBLIOGRAFI
Akta Fi 1951 Perintah Fi (Taman Laut Malaysia), 2003. Akta 635, Akta Fi (Taman Laut Malaysia) (Pengesahan), 2004. Akta Pemuliharaan Tanah, 1960 (Akta 385).
Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta 127). Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172).
Akta Perikanan, 1985 (Akta 317). Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Act 716). Akta Perhutanan Negara, 1984 (Pindaan 1993).
Akta Taman Negara, 1980 (Akta 226). Akta Penyiasatan Kajibumi 1974 (Akta 129).
Dasar Alam Sekitar Negara (2002). Dasar Kepelbagaian Biodiversiti Kebangsaan (DKBK) 1998. Dasar Bio-Teknologi Negara, 2005.
Dasar Perhutanan Negara, 1978 (Pindaan 1992) Garis Panduan Eko Pelancongan Kebangsaan.
Garis Panduan JPS 1/97: Kawalan Hakisan Berikutan dari Pembangunan di Kawasan Pantai.
IPCC (2007), “IPCC Fourth Assessment Report: Climate Change 2007 (Synthesis Report)”, Intergovernmental Panel on Climate Change.
JPBD, Kajian Garis Panduan Kawasan Sensitif Alam Sekitar, 2008.
JPBD, Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Persisiran Pantai 1997. JPS, Guideline For Preparation Of Coastal Hydraulic Study and Impact Evaluation.
Kanun Tanah Negara, 1965 (Akta 56). Marine Parks Malaysia Order, 1994. National Integrated Coastal Zone Management Policy, 2005, Unit Perancang Ekonomi.
Pelan Pengurusan Persisiran Pantai Bersepadu (ISMP) Perintah Kualiti Alam Sekitar 1987 (Penilaian Kesan Alam Sekitar – Aktiviti yang
Ditetapkan). Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (2010-2015). Rancangan Fizikal Negara Ke-2 (2010).
Rancangan Fizikal Zon Pesisiran Pantai Negara, (RFZPPN) 2010 (JPBD). Salm & Clark (2000), “Marine And Coastal Protected Areas: A Guide For Planners And
Managers‖, IUCN, , Gland,Switzerland And Cambridge, UK.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Tel: 03-2081 6000 Faks: 03-2094 1170
Laman web: www.townplan.gov.my mytownnet.blogspot.com
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur
ISBN 978-983-41729-5-4
top related