Transcript
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
1/36
1.0 PENGENALAN
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti merupakan sebuah program yang membantu
golongan kelainan upaya (OKU) mampu berdikari dan mengintergrasikan diri dengan
komuniti. Program ini melibatkan pembabitan secara aktif ibu bapa/ penjaga golongankurang upaya dan juga komuniti setempat. Program ini dilaksanakan oleh jawatankuasa
PDK yang dilantik di bawah persetujuan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia. Ahli ahli jawatankuasa dan petugas pdk terdiri daripada ibubapa/penjaga
ahli keluarga OKU, pemimpin setempat, komuniti yang berminat dan penasihat bagi
Jawatankuasa PDK ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan dibantu oleh
Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas).
1.1 DEFINISI PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)
Pemulihan dalam Komuniti (PDK) merupakan satu kaedah pembangunan komuniti
untuk OKU di mana program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh
dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat supaya
dapat mengecapi peluang sama rata serta diintegrasikan dalam masyarakat.
1.2 SEJARAH PENUBUHAN PDK
Salah satu kaedah pemulihan yang diterima pakai oleh WHO dan juga Jabatan
Kebajikan Masyarakat Malaysia ialah kaedah Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
berasaskan terjemahan asalnya Community Based Rehabilitation System (CBR).
Kaedah PDK ini telah dipelopori oleh tiga pakar perubatan dan juga physiotherapist
WHO yang terdiri daripada E. Helandar, P. Mendis dan G. Nelson yang telah
menghasilkan sebuah manual yang pada peringkat drafnya setebal hampir 300 muka.
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan
manual tersebut ini apabila pada tahun 1983.Malaysia telah diwakili oleh seorang
Pegawai Kebajikan Masyarakat dan seorang Pegawai Perubatan untuk meneliti draf
manual berkenaan dan seterusnya memberikan peluang menilai dan mengubahsuaikan
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
2/36
pelaksanaan kaedah ini di suatu Mesyuarat Kumpulan Pakar (Expert Group Meeting)
anjuran WHO di Manila.
Hasilnya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Jabatan Kesihatan
Negeri Terengganu khususnya, menjalankan satu projek perintis PDK di Batu Rakit
berasaskan hasil kajian ke atas profile orang kurang upaya yang terdapat di Mukim
Batu Rakit. Kajian itu dijalankan dengan kerjasama semua peringkat penduduk dan
Jabatan Kerajaan di mukim tersebut dan melibatkan penduduk daripada sembilan (9)
buah kampung sejumlah 17,149 orang.Hasil kajian menunjukkan sejumlah 275 orang
kurang upaya dikenalpasti dan merupakan 1.65% daripada penduduk mukim
berkenaan.
Hasil daripada kajian tersebut telah meyakinkan Jabatan untuk dengan ramainya
melancarkan program PDK pada tahun 1984 oleh YB. Menteri Kebajikan Masyarakat
ketika itu. Pada peringkat awal pelancaran, Batu Rakit telah dikenalpasti
memandangkan mukim tersebut mempunyai faktor-faktor yang sesuai untuk kajian dan
juga disebabkan insiden kurang upayaan yang ramai di Daerah Kuala Terengganu
ketika itu. PDK ketika di peringkat pelaksanaan awalnya hanya melibatkan seramai 55
kes orang kurang upaya kini telah meningkat perkembangannya dengan berlipat kali
ganda dan melambangkan satu kaedah pemulihan orang kurang upaya di negara ini.
Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu
menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.
1.3 KONSEP PDK
Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di
peringkat komuniti tempatan
Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU dalam keluarga dan
kominiti
Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusi Pemulihan yang
menyebabkan OKU disishkan daripada keluarga dan komuniti
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
3/36
Menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran
mengikut potensi yang ada dalam diri mereka
Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada
keperluan OKU
1.4 OBJEKTIF PDK
Program ini diwujudkan sebagai program alternatif kepada perkhidmatan pemulihan di
institusi. Satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang kurang
upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana
memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang sama rata
dan berinteraksi dengan masyarakat.
Program ini memerlukan penyertaan dan penglibatan aktif OKU, ibu
bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat setempat dengan memaksimumkan
penggunaan sumber tempatan yang sedia ada dalam komuniti. PDK juga merupakan
satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran masyarakat dalam
membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa.
Program ini bukan sahaja cost-effective tetapi juga dapat memberi liputan yang lebih
luas kepada lebih ramai orang kurang upaya. Di samping itu, ianya juga dapat
mengeratkan hubungan keluarga di mana orang kurang upaya tidak perlu dipisahkan
dari keluarga dan masyarakat mereka semasa menjalani pemulihan. Selain itu, ibu
bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat dapat didedahkan kepada pengetahuan dan
kemahiran berkaitan kaedah pemulihan.
Program ini bertujuan untuk :-
Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan sikapbertanggungjawabmasyarakat tempatan dalam program pemulihan orang
kurang upaya.
Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima,
murah, efektif dan sesuai dengan keadaan setempat.
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
4/36
Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk
diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU.
Mengembleng sumber tempatan untuk pemuliahn sumber tempatan untuk
pemuliha OKU
Menggunakan insfrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk
memberi perkhidmatan.
1.5 FALSAFAH PDK
Mementingkan penglibatan masyarakat secara menyeluruh; ibu bapa, adik beradik,
sanak saudara, komuniti tempatan dan tenaga kerja tempatan digunakan secara
optimum
1.6 CIRI-CIRI PDK
Proses pemulihan dilakukan dalam komuniti tempatan.
Ibu bapa atau ahli keluarga atau komuniti memainkan peranan penting
Menggunakan teknologi dan kos yang rendah
Kaedah dijalanan secara di pusat dan seliaan di rumah
Menggunakan sumber-sumber komuniti yang sedia ada
1.7 AKTIVITI DI PDK
Kemahiran Motor Kasar
Perkembangan Bahasa
Perkembangan Sosial
Pengurusan Diri
Pra Menulis, Membaca, Mengira dan Melukis
Kreativiti dan retorik
Kemahiran Vokasional
Sukan Special Olympics
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
5/36
1.8 FAEDAH PENUBUHAN PDK
Membantu golongan ibu bapa untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih
terperinci mengenai cara mendidik kanak-kanak istimewa ini.
Ibu bapa dapat berkongsi masalah yang duhadapi dengan ibu bapa yang
mempunyai anak seperti mereka.
Kanak-kanak istimewa ini mendapat pendidikan yang sesuai dengan keadaan
mereka dan dapat meminimumkan kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak
ini.
Dapat meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa bahawa kanak-kanak juga
mempunyai kebolehan sekiranya diberi peluang untuk mendapat bimbingan.
1.9 MODEL PDKProgram PDK berteraskan kepada 3model iaitu :
a) Home Based (PDK di rumah)
Program pemulihan dijalankan di rumah OKU yang tidak dapat hadir ke PDK
kerana kecacatan yang dialaminya ataupun masalah pengangkutan.
Pekerja PDK akan ke rumah OKU untuk menjalankan latihan pemulihan dan
bertugas selama 4jam sehari.
Pelaksanaan PDK di rumah dapat dilaksanakan sekiranya lebih 15 OKU yang
tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan atau masalah pengangkutan.
b) Center Based (PDK di pusat)
Program pemulihan OKU dijalankan di pusat PDK selama 4jam sehari.
OKU akan datang ke pusat PDK untuk menjalani program pemulihan.
c) Center Home Based (PDK di pusat dan di rumah)
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
6/36
Dijalankan di pusat PDK selama 4 hari selama 4jam sehari.
Dalam seminggu, satu hari selama 4jam akan dikhaskan untuk sesi ke rumah
OKU untuk melihat perkembangan OKU setelah menjalani program
pemulihan.
Konsep PDK 'One Stop Centre''
PDK 'One Stop Centre'' sebagai 'Focal Point''kerana ianya satu program yang
menggunakan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri.
Melalui PDK 'One Stop Centre'', perkhidmatan kepada OKU akan disediakan di satu
tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat,
khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian.
Peranan PDK 'One Stop Centre'' :
Pusat Intervensi Awal OKU.
Pusat Sumber maklumat OKU.
Pusat Rujukan OKU.
Pusat Pendaftaran OKU.
Pusat Advokasi.
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
7/36
PDK DI KELANTAN
1.PDK Kg. Chepa
Pengkalan Chepa,
Kota Bharu KOTA BHARU
2 .PDK Kubang Kerian
Lot 949 Padang Sri Paduka,
Kubang Kerian,
16150 Kota Bharu
3 .PDK Kem Desa Pahlawan
JKR Blok1236-1,Kem Desa Pahlawan,
Kota Bharu
4 .PDK Bandar Tanah Merah
d/a Pejabat Kebajikan Masyarakat,
Jajahan Tanah Merah,
17500 Tanah Merah TANAH MERAH
5 .PDK Kg Gual Ipoh
17500 Tanah Merah
6. PDK Kemahang
Felda Kemahang 2,
17500 Tanah Merah
7. PDK K K Wakaf Bharu Pusat,
Kesihatan Wakaf Bharu,
Tumpat TUMPAT
8. PDK Bandar Tumpat,
Jalan Istana Kuarters Doktor,
Tumpat
9 .PDK Wakaf Bharu,
No. 64, Depan Balai Polis,
16.PDK Bandar Machang,
PT 841, Taman Rimbunan,
Lorong Risda,
18500 Machang
MACHANG
17.PDK Insani
P/S 3, Kg. Raja,
Panyit,
18500 Machang
18.PDK Pulai Chondong,Kg. Pangkal Gong,
16600 Pulai Chondong,
Machang
19.PDK Temangan,
Kg. Temangan Hilir,
18400 Temangan,
Machang
20. PDK Cherang Ruku,Klinik Kesihatan Cherang Ruku,
Pasir Puteh PASIR PUTEH
21.PDK Limbungan Pasir Puteh,
Belakang Pejabat Tanah Jajahan,
Pasir Puteh
22. PDK Selising
d/a Klinik Kesihatan Selising,
16800 Pasir Puteh
23. PDK Gaal - Jeram
d/a Rumah Bidan
Klinik Kesihatan Gaal,
Pasir Puteh
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
8/36
Wakaf Bharu,
Tumpat
10.PDK Model dan Kesihatan,
Klinik Kesihatan Bunohan,16200 Tumpat
11.PDK Peng. Kubor,
Klinik Kesihatan Pengkalan Kubur,
Tumpat
12.PDK Sungai Pinang,
Klinik Kesihatan Sungai Pinang,
16040 Tumpat
13.PDK Kuala Balah,
Kg. Kuala Balah,
17610 Kuala Balah,
Jeli JELI
14.PDK Perupok Bachok,Kg. Perupok,
16300 Bachok BACHOK
15.PDK Gunong,
d/a Klinik Kesihatan Gunong,
16390 Bachok
24. PDK Kuala Krai,
Lot 54, Jalan Halimah,
Guchil 1,
18000 Kuala Krai KUALA KRAI
25 .PDK Tunas Wawasan,
Felda Chiku 3,
Gua Musang GUA MUSANG
26. PDK Taman Wangi
No.313, Jalan Cempaka,
Taman Wangi,
18300 Gua Musang
27.PDK Pasir Mas,
d/a Pejabat Kebajikan Masyarakat
Jajahan Pasir Mas
PASIR MAS
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
9/36
PDK FELDA KEMAHANG 02, TANAH MERAH, KELANTAN
Nama PDK Felda Kemahang 02Alamat Felda Kemahang 02 17500 Tanah Merah Kelantan
No Telefon 013-2722534 (Penyelia)
No Faksimili Tiada
Laman Web Tiada
Email Tiada
Tarikh / Sejarah
Penubuhan
April 2005. Pada mulanya beroperasi di Balairaya Felda
Kemahang 02.Pengerusi Tn Hj Iberahim Yunus
Penyelia Pn Noraniza Abdul Razak
Guru / Petugas 3 orang (JKM)
(1) Pn Zainon bt Zakaria
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
10/36
(2) Pn Maznah bt Ibrahim
(3) Cik Rosmawati bt Che Hassan
Pembantu Tiada
Status Premis Sendiri (mulai Jun 2005)
KenderaanPengangkutan disewa dengan kos RM330 sebulan
ditanggung oleh pihak PDK.
Jumlah OKU
PDK : 42 orang
Lawatan ke Rumah : 30
Jumlah : 72 orang
* Tahun 2010 seramai 6 orang pelatih akan keluar dari PDK
kerana mendapat tempat di pendidikan khas.
Jenis / Kategori
Kecacatan
(1) Cacat Penglihatan : 3 kes
(2) Cacat Pendengaran : 10 kes
(3) Cacat Anggota : 12 kes
(4) Masalah Pembelajaran : 47 kes
(5) Cerebral Palsy : 3 kes
(6) Lain-lain Kecacatan : 3 kes
Produk / Projek
Ekonomi
(1) Kraftangan (bakul dari surat khabar)
(2) Kraftangan berasaskan manik
(3) Projek Pertanian secara fertigasi
JKM JKM Daerah Tanah Merah, Kelantan
Pegawai JKM En. Mohd Rasidi Awang
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
11/36
MASALAH PEMBELAJARAN
PENGENALANSalah satu daripada kategori kanak-kanak keperluan khas yang telah dikenalpasti ialah
kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Pelajar bermasalah pembelajaran merupakan
golongan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling ramai. Dalam bab ini, kita
membincangkan dengan lebih mendalam mengenai pelajar bermasalah pembelajaran.
Tumpuan ialah kepada definisi dan sebab-sebab berlakunya masalah pembelajaran.
Juga dibincangkan ialah ciri-ciri dan kaedah mengenalpasti pelajar bermasalah
pembelajaran. Akhirnya, tumpuan ialah kepada cara menempatkan pelajar-pelajar ini
dan kaedah pengajaran yang sesuai bagi mereka.
DEFINISI MASALAH PEMBELAJARAN
Individual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997
Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada
persekitaran, budaya atau ekonomi.
The National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990
Mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah
yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur,
membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah
ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-
bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin
wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan
kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud
seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau
gangguan emosi.
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
12/36
Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang
kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan,
penulisan dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk masalah
pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan,
pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.
PUNCA-PUNCA MASALAH PEMBELAJARAN
Masalah pembelajaran boleh terjadi disebabkan kecederaan otak, keturunan,
ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran.
Kecederaan Otak
Kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu yang mengandung
mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau merokok. Kecederaan
otak juga boleh berlaku semasa kelahiran seperti bayi kekurangan oksigen. Selepas
kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku disebabkan demam panas, hentakan yang
kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan jangkitan seperti meningitis.
Keturunan
Terdapat banyak kajian menunjukkan, keturunan merupakan salah satu sebab kepada
masalah pembelajaran. Penyelidik mendapati bahawa kira-kira 30-50% kanak-kanak
menghadapi masalah pembelajaran apabila mempunyai ibu atau bapa atau kedua-
duanya menghadapi masalah pembelajaran. Ini menunjukkan masalah pembelajaran
boleh diwarisi daripada keturunannya.
Ketidakseimbangan Biokimia
Ketidakseimbangan biokimia juga boleh menyumbang kepada masalah pembelajaran.
Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca kepada masalah
hiperaktiviti yang boleh mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan ke atas kerja
sekolah.
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
13/36
Faktor Persekitaran
Selain kecederaan otak, keturunan dan ketidakseimbangan biokimia, faktor
persekitaran juga boleh menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran. Persekitaran
yang serba kekurangan kerana kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang,
keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu
bapa dengan anak-anak tidak mesra atau tidak mencukupi boleh menimbulkan masalah
pembelajaran di kalangan kanak-kanak.
Terdapat bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah yang tidak menerima
pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan lagi masalah pembelajaran yang
dihadapi. Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut diaturkan untuk semua pelajar
bermasalah pembelajaran.
CIRI-CIRI PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN
Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada ciri kognitif,
akademik, sosial dan emosi dan tingkah laku.
Ciri Kognitif
Pelajar bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam pengamatan termasuklah
tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Pelajar bermasalah
pembelajaran menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada
dengan pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam
situasi pembelajaran.
Ciri Akademik
Ciri akademik berlaku di kalangan pelajar masalah pembelajaran dalam masalah
membaca, lisan, tulisan dan matematik. Ramai pelajar masalah pembelajaran
menghadapi masalah membaca. Paling nyata ialah kesukaran memahami apa yang
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
14/36
dibaca dan kesukaran mengenal pasti perkataan. Istilah yang sering dikaitkan dengan
masalah membaca ialah disleksia.
Selain membaca, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam lisan
seperti fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat (syntax) dan pragmatik. Pelajar
yang lemah dalam lisan gagal memahami perkataan yang di sampaikan sekaligus sukar
melibatkan diri dalam perbualan atau interaksi dengan kawan dan sebagainya.
Masalah kemahiran menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah
kesukaran memegang pen atau penselketika menulis dengan tangan, menulis huruf
yang berlainan saiz, kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan tatabahasa yang
betul, organisasi perenggan yang tidak teratur dan kurang menggunakan struktur ayat
yang kompleks.
Secara umum, pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran adalah
lebih rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau biasa.
Bagaimana pun, kemahira menulis pelajar bermasalah pembelajaran boleh
dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur
dan sistematik diperkenalkan.
Bidang terakhir di mana pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaranuntuk belajar ialah matematik. Masalah ini juga boleh di istilahkan sebagai diskalkulia
yang merujuk kepada ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Secara umumnya
diskalkulia bermakna ketidakupayaan untuk mengira. Antara masalah matematik yang
berlaku di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah tidak menguasai
sepenuhnya dalam pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu,
pelajar bermasalah pembelajaran sukar membuat anggaran dan pengukuran seperti
saiz, nilai, wang, jarak atau cecair.
Ciri Sosial dan Emosi
Memahami ciri sosial dan emosi pelajar bermasalah pembelajaran adalah sama penting
dengan memahami ciri kognitif dan akademik mereka. Bagaimana pelajar bermasalah
pembelajaran melihat diri mereka dan orang lain serta bagaimana mereka mahir dalam
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
15/36
interaksi sosial secara signifikannya dapat mempengaruhi mereka berjaya dalam
pembelajaran. Tambahan pula, kejayaan mereka dalam hidup bergantung kepada
kemampuan mereka berinteraksi dengan orang lain secara berkesan.
Kemahiran Sosial yang Lemah
Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk mencari
kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka
kurang mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka
tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta
mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak
mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak
dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru.
Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin disebabkan
dengan kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini
menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain.
Motivasi
Motivasi merupakan keinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Kebanyakan pelajar
bermasalah pembelajaran kurang bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar bermasalah
pembelajaran berjaya dalam peperiksaan, mereka menganggap sebagai bernasib baik
atau ujian senang, tetapi apabila gagal dalam ujian, mereka menganggap diri mereka
bisu (dumb). Keadaan ini menunjukkan betapa lemahnya motivasi mereka.
Ciri Tingkah Laku
Sebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi
tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan dan
sebagainya. Istilah yang sering digunakan dalam masalah ini di sebut masalah kurang
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
16/36
tumpuan hiperaktiviti (ADHD). Masalah tingkah laku ini akan mengganggu kelas dan
tidak menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar lain. Masalah tingkah laku ini juga
boleh mengganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif terhadap penilaian
kendiri pelajar.
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
17/36
BIODATA MURID MASALAH PEMBELAJARAN
NAMA :MOHD SHAHRUL BIN GHANI
UMUR :23 TAHUN
JENIS KECACATAN :LEMBAM DAN CACAT ANGGOTA
ALAMAT :FELDA KEMAHANG 2,17500 TANAH
MERAH,KELANTAN
JANTINA :LELAKI
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
18/36
LEMBAM
Slow learner atau lembam ini merupakan kumpulan kanak-kanak yang tidak boleh
mengikuti pelajaran di kelas/ kurikulum/ di sekolah biasa. Pelajar yang tidak boleh
mengikuti pelajaran dikelas, terlalu lambat untuk mencapai satu-satu objektif
pengajaran yang mudah dan pelajar ini selalunya selalu ketinggalan dalam menyiapkan
tugasan yang diberi. Pelajar ini adalah mereka yang mempunyai masalah neurological
hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir,
membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Merekaterlalu lambat untuk mencapai
satu-satu objektif pengajaran yang mudah/ objektif jangka pendek dan juga mempunyai
daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.
Menurut Brennan (1974) - murid-murid jenis ini dikenali sebagai murid-murid yang
gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi
kegagalan mereka tidak dianggap sebagai disebabkan oleh kecacatan.
Ciri-ciri Kanak-kanak Lembam
Pencapaian pelajaran dan akademik berbeza dengan pelajar lain
Pelajar seorang yang pendiam, tidak aktif dan tidak banyak bercakap dengankawan sekelas.
Pelajar ini sukar menerima arahan yang diberikan oleh guru sama ada tugasan
individu atau kumpulan.
Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak-kanak biasa.
Tulisan yang sukar dibaca .
Huruf atau nombor terbalik. Contoh nombor 5 akan di tulis terbalik
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
19/36
Punca:-
-Baka
- Tersekat pengalaman
- Intelek yang rendah
- Masalah emosi
- Kekecewaan
- Rasa rendah diri
- Kemantangan yang lambat
- Lemah daya ingatan
- Mudah terganggu tumpuan
- Kurang rangsangan
- Faktor-faktor kesihatan
- Persekitaran
- Amalan makanan
- Kesan semasa mengandung
CACAT ANGGOTA
Seseorang yang mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan
fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan
termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini akan
menjejaskan keupayaannya.
Jenis yang termasuk dalam kategori ini ialah kerdil, kudung tangan atau kaki atau
keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina bifida, muscular dystrophydan cerebral
palsy. Bagi kekurangan (impairment) yang tidak menjejaskan fungsi seperti kudung satu
jari, mempunyai 6 jari atau lebih dan tidak ada atau kurang sempurna cuping telinga
tidak dikategorikan sebagai kurang upaya fizikal.
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
20/36
BIODATA MURID MASALAH PEMBELAJARAN
NAMA :NUR ASYIKIN BINTI MUSTAPHA
UMUR :21 TAHUN
JENIS KECACATAN :DISLEKSIA
ALAMAT : FELDA KEMAHANG 2,17500 TANAH
MERAH,KELANTAN
JANTINA :PEREMPUAN
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
21/36
DISLEKSIA
Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-
kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka
telah berusaha bersungguh-sungguh.
Mempunyai keupayaan intelek yang normal
Telah mendapat rangsangan dan pembelajaran yang mencukupi
Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol
visual dengan bunyi.
Mereka mungkin mengalami kesukaran
Membaca
Menulis
Memahami
Mengeja
Mengira
CIRI-CIRI DISLEKSIA
Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :
Lambat bertutur
Sukar menulis nama sendiri
Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
Keliru dengan konsep masa seperti semalam, hari ini , esok
Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
22/36
MASALAH YANG MUNGKIN DIALAMINYA
Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab.
Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa
rendah diri
Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan
Gangguan emosi (seperti kemurungan)
Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)
Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)
Membantu anak-anak bermasalah Disleksia
Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan
bina keyakinan diri anak
2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan
Kurang Daya Tumpuan
3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
Terapi pertuturan
Latihan pendengaran dengan bantuan computer
Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk
membantu pembelajaran)
1. Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
2. Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
3. Merasa pergerakan bibir
4. Menulis huruf atau perkataan
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
23/36
2.0 SUMBANGAN DAN PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN OLEH PDK
PRASARANA PDK
Memainkan peranan yang sangt penting dalam memberikan kemudahan kepada pelajar
untuk melakukan pergerakan seperti lawatan ataupun melakukan sebarang aktiviti di
luar kawasan. Antara kemudahan dan prasarana yang terdapat pada sesebuah pusat
pdk ialah seperti menyediakan pengangkutan kepada pelajar mereka untuk
memudahkan mereka melakukan aktiviti di luar kawasan yang amat digemari oleh
murid.Setiap pusat pdk mempunyai pengangkutan yang telah di sediakan ini membantu
guru untuk melakukan aktiviti luar kawasan.selain itu juga pusat pdk juga mempunyai
bilik pemulihan iaitu bilik yang berupa bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti yang
berunsurkan akademik. Disini pelajar dapat menambah kan kemahiran mereka melalui
bilik yang telah disediakan serta mempunyai kelengkapan yang amat mencukupi serta
sesuai dengan keadaan mereka. Tenaga pengajar dapat memberikan komitmen yang
sepenuhnya kerana mempunyai bilik yang kondusif serta peralatan bahan bantu
mengajar yang lengkap.
Disamping itu juga,pusat ini juga mempunyai dapur khusus untuk menyediakan
hidangan kepada pelajar pdk ini,maka pelajar seperti 2 orang yang saya pilih ini berasa
selesa semasa berada di pusat ini dan tidak memerlukan mereka membawa makanan
daripada rumah,hal ini tidak membebankan ibubapa mereka.masakan yang telah
disediakan oleh pusat ini juga,mempunyai khasiat yang dapat membantu mereka dalam
pertumbuhan badan mereka. Seperti yang saya lihat,makanan serta penyediaan
makanan yang akan dihidangkan kepada pelajar amat bersih serta mempunyai menu
makanan harian yang telah ditetapkan.oleh itu,pelajar tidak akan berasa jemu terhadap
menu yang sama.di samping itu juga,pelajar yang saya pilih ini juga mengalami
kecacatan anggota,yang bagusnya di pusat ini tersedia tandas pelajar oku dan tandas
staf pdk yang berbeza. Tandas bagi pelajar adalah mengikut spesifikasi keperluan
oku.oleh itu dengan kemudahan ini dapat membantu pelajar yang mengalami masalah
kecacatan anggota untuk menggunakan tandas dengan selesa.
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
24/36
PROGRAM INTERVENSI/PEMULIHAN OKU
Program intervensi awal merupakan satu proses penyediaan perkhidmatan, pendidikan
dan sokongan kepada kanak-kanak OKU atau kanak-kanak yang mempunyai risiko
ketidakupayaan, PDK Ceria (2009).
Antara tujuan intervensi awal adalah seperti berikut untuk mengelakkan dan
mengurangkan kesan ketidakupayaan dari menjadi lebih teruk. dan memberikan serta
meningkatkan kesedaran ibu- ibu mengandung akan risiko yang menyebabkan
kandungan menjadi cacat.Selain itu juga Meningkatkan kesedaran masyarakat
setempat mengenai pentingnya pemulihan, perkhidmatan sokongan awal dan
pengetahuan berkaitan pencegahan awal.
Antara program intervensi/ pemulihan yang dijalankan terhadap OKU termasuklah
Pemulihan anggota (fisioterapi) iaitu pemulihan yang dijalankan oleh ahli fisioterapi
bertujuan untuk membantu OKU mencapai kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi
mereka. Pemulihan ditumpukan kepada pergerakan terkawal dan seimbang,
peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik. Secara
tidak langsung, melalui pemulihan yang dilakukan akan merangsang fizikal yang
diperlukan di mana fungsi dan kemandirian lain boleh dibentuk.Lebih kerap fisioterapidijalankan, maka pergerakan-pergerakan otot-otot dan sendi OKU yang keras akan
lebih mudah dilentur.
Pemulihan cara kerja (Occupational).Proses ini Dijalankan oleh jurupulih carakerja
bertujuan memperbaiki kualiti hidup OKU. Pemulihan bertumpu kepada memperbaiki
kebolehan menjalankan aktiviti hidup seharian, penjagaan diri dan kemandirian di
tempat kerja dan riadah. Terapi cara kerja melibatkan penilaian fungsi kognitif dan
persepsi OKU, kebolehan menjalankan tugas harian seperti berjalan, mandi, memakai
baju, makan dan membuat kerja rumah. Terapi cara kerja melibatkan latihan kepada
OKU untuk menyesuaikan diri kepada kekurangan mereka supaya dapat menjalankan
fungsi-fungsi kehidupan harian dengan paling berkesan, dengan cermat untuk
mengelakkan kecacatan atau komplikasi. Contohnya, cara yang betul membantu
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
25/36
kanak-kanak OKU bangun dari katil, duduk, masuk ke dalam kereta dan lain-lain tanpa
mengabaikan bahagian tubuh yang terjejas, kerana ini boleh menambah kekakuan dan
kesakitan.
Pemulihan pertuturan iaitu menyediakan terapi pertutran. terapi pertuturan merupakan
pemulihan yang dikendalikan oleh ahli patologi pertuturan bagi membantu seseorang
memperbaiki kebolehannya berkomunikasi. perkara tersebut termasuk pertuturan, iaitu
bagaimana bunyi dibentuk, dan bahasa, yang melibatkan pemahaman dan pemilihan
perkataan yang sesuai.o
cara bantuan kepada oku :
I. pertuturan : oku dengan masalah pertuturan mempunyai kesukaran membentuk
bunyi yang dapat difahami orang lain.
ii. bahasa : bahasa merupakan penggunaan simbol, seperti perkataan, nombor
atau gerak isyarat yang mempunyai makna. seorang oku mungkin menghadapi
kesukaran memahami atau memilih perkataan atau nombor atau gerak isyarat yang
betul.
iii. menelan : ramai oku menghadapi kesukaran mengawal lidah dan menelan. otot-
otot lidah dan tekak adalah yang sama digunakan untuk membuat bunyi. oleh itu, terapi
yang membantu pertuturan juga boleh membantu kebolehan untuk menelan.
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
26/36
KAUNSELING
Di pusat ini juga turut menyediakan pusat kaunseling yang dijalankan oleh tenaga
pengajar disini. Kaunseling bermakna mendengar luahan pelatih OKU dengan cara
yang tenang dan tidak menghukum. Ini dapat membantu mereka mencari kelegaan dan
berkongsi, untuk menguatkan kepentingan pendapat mereka dan kepentingan diri
mereka sendiri. Kaunseling juga diberikan kepada ahli keluarga yang bermasalah
menghadapi atau menyesuaikan diri dengan tanggungjawab dan perubahan gaya hidup
dalam menjaga seorang ahli keluarga OKU.Melalui aktiviti ini mampu meningkatkan
semangat mereka serta memotivasikan mereka untuk terus belajar.
KHIDMAT SOKONGAN
Ibu bapa adalah merupakan khidmat sokongan yang terpenting bagi pelajar khas ini. Mereka
memainkan peranan penting dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan
setiap kanak-kanak khas. Peranan ini adalah bertujuan agar ibu bapa dapat bersama-sama
mengetahui setiap maklumat dan membolehkan mereka membuat keputsan bersama tentang
penilaian dan perancangan yang akan dilakukan oleh guru terhadap anak mereka. Di pusat
ini,saya lihat terdapat segelintir ibubapa yang sanggup menemani anak mereka, ini secara tidak
langsung dapat menaikkan semangat pelajar disini untuk terus belajar.
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
27/36
3.0 PERBEZAAN KURIKULUM PDK DENGAN KURIKULUM SEKOLAH
Kanak-kanak istimewa adalah sebahagian daripada mereka yang tergolong dalam
kumpulan orang kehilangan upaya (OKU), iaitu seseorang yang tidak berupaya
menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya, atau sebahagian daripada
keperluan biasa seseorang individu, dan tidak dapat hidup bermasyarakat sama ada
dari segi fizikal, atau mental, dan berlaku sama ada sejak dilahirkan, ataupun sesudah
itu. Kanak-kanak istimewa sering dikaitkan dengan ketakupayaan pembelajaran.
Sebenarnya, ketakupayaan pembelajaran bukanlah bermaksud bodoh, lembab, malas,
atau tahap kecerdasan yang rendah. Dan ini juga bukanlah berlaku akibat daripada
perbezaan budaya, status sosial, kekangan ekonomi, dan pengaruh persekitaran.
Ketakupayaan pembelajaran bermaksud masalah khusus di dalam otak kanak-kanak
ini, yang menjejaskan cara seseorang itu memproses dan bertindak balas terhadap
sesuatu maklumat.
Pemulihan Dalam Komuniti
Sesungguhnya sebagai warga Malaysia, kita semua amat bertuah kerana kerajaan
amat prihatin terhadap insan-insan istimewa dan kurang upaya. Ini terbukti dengan
penubuhan sebuah kementerian khusus yang antara peranan dan tanggungjawabnya,
adalah menjaga kebajikan golongan yang tidak bernasib baik, iaitu Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat. Di bawah kementerian inilah
diwujudkan Jabatan Kebajikan Masyarakat, yang amat peka dan sentiasa bersedia
mendengar serta membantu dalam apa jua cara, untuk menjadikan golongan istimewa
ini sebagai warganegara yang berguna.
Perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan ini meliputi kanak-kanak, orang kurang
upaya (OKU), warga emas, orang papa, keluarga, mangsa bencana, komuniti, dan juga
skim bantuan kebajikan. Jabatan ini juga bertanggungjawab mengeluarkan statistik
jumlah Orang Kurang Upaya melalui pendaftaran yang dilakukan di Pejabat Kebajikan
Masyarakat Daerah/Jajahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, dan Ibu Pejabat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kehilangan_upayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kehilangan_upaya7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
28/36
Dalam memberi pemulihan kepada pelatih, PDK telah menetapkan beberapa objektif
iaitu mengalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat
tempatan dalam program pemulihan OKU. Mengembleng sumber tempatan untuk
pemulihan OKU. Mengalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima,
murah dan efektif dan sesuai dengan keadaan setempat. Menggunakan infrastruktur
organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan. Mengambil kira
sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang
menyeluruh mengikut keperluan OKU. Antara aktiviti yang dijalankan oleh PDK ialah
memberi kemahiran motor kasar, Kemahiran motor halus, perkembangan sosial,
perkembangan bahasa, pengurusan diri sendiri, pra-menulis, membaca, mengira dan
melukis, kreativiti - permainan, rekreasi dan lain-lain, latihan Vokasional, terapi muzik,
sukan dan rekreasi.
Pendidikan Khas
Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan
untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka
yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan
tingkah laku, gangguan komunikasi(pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang
penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar
cerdas. Kementerian Pelajaran Malaysia menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-
peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) menyediakan pendidikan
khas dan kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran,
manakala pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran,
penglihatan, dan pendengaran.
Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah
serta sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan pendekatan
pengajaran berasingan dan separa inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah
adalah selama enam tahun, manakala bagi sekolah menengah pula selama lima tahun
dan dilanjutkan sehingga dua tahun maksimum mengikut keperluan murid.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian_Pelajaran_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian_Pelajaran_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
29/36
Bilangan murid pendidikan khas rendah dan menengah di seluruh Malaysia adalah
seramai 2912, manakala guru pula ialah seramai 630. Terdapat sebanyak 28 buah
sekolah rendah, iaitu lima(kanak-kanak buta), dan 23 (kanak-kanak pekak). Manakala
bagi sekolah menengah rendah pula, terdapat tiga buah sekolah pendidikan khas iaitu,
satu (kanak-kanak buta) dan tiga (kanak-kanak pekak). Bilangan murid pendidikan khas
integrasi pula adalah seramai 11 961, manakala gurunya pula adalah seramai 2587
orang
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan
insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang
dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang
individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Khas adalah usaha
untuk melahirkan insan yang BERKEMAHIRAN, BERHALUAN, BERUPAYA,
BERIMAN, BERDIKARI, MAMPU MERANCANG DAN MENGURUSKAN KEHIDUPAN
SERTA MENYEDARI POTENSI DIRI
Jenis-Jenis Program Pendidikan Khas
. Sekolah Khas
. Program Integrasi
. Pendidikan Inklusif
. Program Pemulihan Khas
Sekolah Khas
Sekolah Khas ialah sekolah yang menyediakan perkhidmatan pendidikankepada murid-
murid bermasalah penglihatan danbermasalah pendengaran.Sekolah-sekolah ini
ditadbir terus oleh JabatanPendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Program Integrasi
Program yang disediakan perkhidmatan pendidikankepada murid-murid pendidikan
khas di sekolah-sekolaharus perdana.Program Integrasi ini dikendalikan dan menerima
http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
30/36
bantuan peruntukan daripada Jabatan Negeri yang menjadi Pusat Tanggungjawab
(PTJ).
Pendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif adalah program bagi menempatkanmurid Pendidikan Khas yang
telah menguasaisebahagian atau sebahagian besar mata pelajaran(akademik) ke kelas
biasa untuk mengikuti suasanapembelajaran normal.
Pendidikan Inklusif boleh dijalankan dalam dua bentuk:
Separa Inklusif
. Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu
sahaja.Waktu selebihnya mengikuti program di kelas khas. Senarai nama murid pada
daftar Pendidikan Khas.Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbingatau guru
pendamping.Mengambil ujian mata pelajaran terlibat sama dengan
murid biasa.
Inklusif Sepenuh Masa
Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa.Senarai nama
kekal dalam daftar Pendidikan Khas.Guru kelas biasa boleh rujuk atau minta bantuan
daripada guru Pendidikan Khas (guru pendamping) sekiranya terdapat sebarang
masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkah laku. Pelajar pendidikan khas
yang layak dari segi pencapaian akademik boleh diberi peluang untuk mengambil
peperiksaan UPSR/PMR/SPM.
Pendidikan Inklusif
Program Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan disekolah rendah dan menengah
bergantung kepada laporan prestasi atau RPI oleh guru untuk menentukan sama ada
seseorang murid itu layak atau sebaliknya.
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
31/36
Dalam melahirkan insan khas yang ada sifat yang dinyatakan harus ada usaha yang
selari, usaha satu alur antara penggubal dan pelaksana dalam perancangan satu
satu program yang ingin diperkenalkan dan dilaksanakan.
Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) digubal berasaskan
kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas yang tidak dapat menerima
manfaat daripada program pendidikan arus perdana. Murid-murid yang berada dalam
program PKBP terdiri daripada kumpulan murid dalam spectrum ketidakupayaan yang
ringan, sederhana dan teruk dengan pelbagai tahap kefungsian daripada yang tinggi
hingga rendah. Oleh itu rekebentuk kurikulum yang dibina adalah bersifat fleksibel bagi
membolehkan guru mengembangkan bakat dan potensi sedia ada.
Kurikulum bermatlamat menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses
pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu
dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna.
Kurikulum ini juga menetapkan satu bentuk pengajaran yang tidak terikat. Ini bermakna
aktiviti-aktiviti pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan dan keupayan murid
melalui bidang berikut:
i. Bidang Pengurusan Kehidupan
ii. Bidang Akademik Berfunsi
iii. Bidang Kerohanian dan Nilai - nilai Murni
iv. Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti
BIDANG PENGURUSAN DIRI
a. Komponen Pengurusan Diri
b. Komponen Kemahiran Manipulatif
c. Komponen Pengurusan Tingkah laku
d. Komponen Kemahiran Hidup
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
32/36
BIDANG AKADEMIK BERFUNGSI
a. Komponen Bahasa Melayu
b. Komponen Matematik
c. Komponen Bahasa Inggeris
d. Komponen Multimedia
BIDANG KEROHANIAN DAN NILAI - NILAI MURNI
a. Komponen Pendidikan Agama Islam
b. Komponen Pendidikan Moral
BIDANG SOSIAL, RIADAH DAN KREATIVITI
a. Komponen Pendidikan Jasmani
b. Komponen Pendidikan Seni
c. Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama
d. Komponen Sains, Sosial dan Alam Sekitar
Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkandapat melahirkan individu yang memiliki ciri-ciri berikut:
i. mampu berdikari
ii. berdisiplin dan bersikap positif
iii. bermoral dan beretika
iv. berkemahiran dan berketerampilan
v. produktif dan boleh menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan Negara
Kanak-kanak keperluan khas merupakan salah satu ciri perbezaan individu. Kanak-
kanak keperluan khas ini merangkumi kanak-kanak pintar cerdas, kerencatan akal,
cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal, bermasalah pembelajaran atau kesihatan
dan sebagainya. Mereka yang dikenali sebagai berkeperluan khas ini tidak bermakna
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
33/36
mereka tidak boleh menjadi penyumbang kepada masyarakat dan negara.Mereka tidak
wajar dipinggirkan, malah perlu diberi pendidikan.
Bagaimanapun, disebabkan ciri-ciri istimewa mereka ini, maka pendidikan yang
diberikan kepada mereka agak berbeza dan ia digelar sebagai sebagai pendidikan
khas. Seperti yang kita sedia maklum kurikulum PDK dengan kurikulum sekolah biasa
adalah berbeza dari segi cara belajarnya. Melalui pembelajaran di pusat pdk,lebih
mementingkan penglibatan ahli keluarga untuk memberikan sokongan serta
membimbing anak mereka,manakala di sekolah pula menjadi tugas guru untuk
membimbing pelajar istimewa ini.Selain itu,pembelajaran yang dijalankan di pusat PDK
ini melibatkan pergerakan pelajar dan lebih menjurus kepada pelajar untuk melakukan
aktiviti dan mereka akan lebih berdikari Ini kerana cara belajar di PDK lebih
mengutamakan pendidikan secara praktikal. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi
kemahiran-kemahiran motor halus mereka mahupun kemahiran motor kasar mereka.
Berbeza pula cara belajar di sekolah oleh murid-murid biasa dimana mereka belajar
berteraskan kepada aspek peperikasaan,mereka akan mengalami proses pengajaran
dan pembelajaran yang lebih menjurus kepada peperiksaan,amali dan praktikal yang
sama seperti pelajar yang lain.
Selain itu juga,cara belajar di PDK lebih melibatkan kepada permainan,membuat
anyaman,serta menfokuskan kepada kemahiran.Walaupun demikian terdapat juga
proses pembelajaran yang menumpukan perhatian kearah belajar secara bermain bagi
menggalakkan murid-murid pendidikan khas seronok untuk belajar.Dengan ini murid
tidak merasa puas semasa menjalankan proses pembelajaran.Secara kesimpulannya, pelbagai prasarana serta kaedah yang disediakan oleh pihak
kerajaan bagi menyedarkan tentang kepentingan warga istimewa ini,melalui segala
yang telah disediakan oleh kerajaan ini mampu melahirkan warga istimewa yangbernilai kepada Negara. Oleh itu semua pihak memainkan peranan yang sangat penting
sama ada di sekolah mahupun di PDK dalam memastikan warga istimewa ini tidak
terpinggir . Dengan kewujudan institusi pendidikan kepada warga istimewa ini diharap
mampu memberikan serta mengubah warga istimewa ini kearah yang lebih baik. Serta
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
34/36
mereka juga di harap mampu untuk memberikan sumbangan kepada agama,bangsa
dan negara seperti insan yang normal lain.
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
35/36
RUJUKAN
Konsep dan Amalan . Bangi. Fakulti Pendidikan UKM
Yusuf Abdullah,Safani Bani dan Mohd Mokhtar Taha (2006) Pengenalan
Kepada Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: OUM
Jamila K.A Mohamed (2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa .
Selangor : PTS
Yell, M.L. (2006). The Law and Special Education 2ed. New Jersey : Pearson
Education,Inc.
Friend, M (2006). IDEA 2004 Update Edition: Special Education.New Jersey :
Pearson Education , Inc.
Kauffman J.M. Dan Hallahan D.P. (2005) Special Education . New Jersey :
Pearson Education , Inc
Lonergan, B.A. (1999). The Development of Trauma Therapist : A Qualitative
Studi of the Therapists Perspectives and Experiences. Colorado :
Counselling Psychology.
Fay, J. dan Funk, D. (1995). Teaching With Love and Logic. The Love and logicPress:
USA.
Haniz Ibrahim (1998). Inclusive Education in Malaysia: Teachers Attitude to
Change. PhD thesis. University of Exerter. Unprinted. 10
Nik Khairun Nisa Abu Bakar. (2004). Kelas Inklusif : Kesediaan, kesesuaian dan
keberkesanan p rogram bag i mur id PKBK SK Taman Sr i Mawar .
Prosiding Seminar Kajian Tindakan Guru-guru Negeri Sembilan Darul Khusus kali kedua
.m.s 83-86.
7/30/2019 PEMBELAJARAN DALAM KOMUNITI
36/36
Supiah Saad(2003). Malaysian Preschool Children with ADHD in InclusiveSe
ttings. PhD thesis. University of Warwick. Unprinted.
K.A.Razhiyah( 2 0 0 5 ) . M e n j a d i G u r u P e n d i d i k a n K h a s . P T S P r o f e s s
i o n a l Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
http://pts.com.my/index.php/penulis/bio/870/http://pts.com.my/index.php/penulis/bio/870/
top related