PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead
Post on 11-Jul-2019
232 Views
Preview:
Transcript
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER (PBK) BERTAJUK TEOREM PITHAGORAS BAGI
MATEMATIK TINGKATAN 2
GABRIEL CHIN VUI WEN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
(PBK) BERTAJUK TEOREM PITHAGORAS BAGI MATEMATIK
TINGKATAN 2
GABRIEL CHIN VUI WEN
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2006
iii
Untuk ibu dan bapa yang tercinta
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek
perisian ini, Encik Mohd Fadzli Bin Ali yang telah banyak memberikan dorongan
dan nasihat sehinggalah terhasilnya perisian ini..
Penghargaan istimewa turut ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang
turut memberikan idea dan nasihat dalam penghasilan perisian ini.
Penghargaan juga kepada ahli keluarga saya dan setiap individu yang tidak
berhenti-henti menghulurkan bantuan serta kerjasama.
Tanpa sokongan serta bantuan dari anda semua, Projek Sarjana Muda ini
tidak mungkin terhasil sepertimana yang ada sekarang
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang bertajuk Teorem
Pithagoras ini dibangunkan untuk mengatasi proses pengajaran dan pembelajaran
yang selama ini masih berjalan dengan kaedah tradisional di mana setiap sukatan
akan dihabiskan lebih bergantung kepada penggunaan buku teks sebagai sumber
utama. Permasalahan matematik yang tidak dapat dijelaskan secara teks sahaja dapat
digambarkan dengan menggunakan elemen multimedia iaitu secara grafik, animasi,
video atau audio menerusi PBK yang dibangunkan. PBK ini dibangunkan
berdasarkan model Hanafin dan Peck serta berdasarkan teori pembelajaran
behaviorisme and konstruktivisme. Pendedahan terhadap penggunaan perisian
multimedia ini memberi kefahaman yang lebih kepada pelajar tentang konsep
Teorem Pithagoras disamping elemen-elemen multimedia yang pelbagai ini dapat
meningkatkan lagi daya ingatan murid dan secara tidak langsung dapat menarik
minat dan perhatian pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui
aktiviti-aktiviti dan interaktiviti yang disediakan. PBK ini dibangunkan dengan
menggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu
perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead Photoshop 10, Ulead
Video Studio 9, Sony Sound Forge 8, Cool Speech 5 dan Microsoft Agent.
vi
ABSTRACT
This Computer Aided Learning (CAL) courseware entitled “Pythagoras
Theorem” is developed in supplementing the traditional method used in learning and
teaching practices. Mathematics problems which can not be explained in words is
normally elaborated by multimedia elements such as by graphic, animation, video or
sound through the developed courseware. This learning courseware is built based on
Hanafin and Peck model while the learning theory is based on behaviorism and
constructivism. The impact of using this CAL software will result in more
understanding about Pythagoras Theorem among the students. Multimedia elements
in the courseware will also help students to boost their thinking skills as well as their
interests and attention in the process of learning and teaching via the activities and
interactivity provided. This Computer Aided Learning courseware is developed using
Macromedia Authorware 6.5, the authoring sofware with the aids of Macromedia
Flash MX, Ulead Photoshop 10, Ulead Video Studio 9, Sony Sound Forge 8, Cool
Speech 5 and Microsoft Agents.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xii
1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Projek 5
1.4 Objektif Perisian 6
1.5 Kepentingan Projek 6
1.6 Skop Projek 7
viii
2 SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 8
2.1 Multimedia 9
2.1.1 Definisi 10
2.1.2 Jenis Media Dalam Multimedia 10
2.1.2.1 Teks 11
2.1.2.2 Grafik 11
2.1.2.3 Audio 11
2.1.2.4 Video 12
2.1.2.5 Animasi 12
2.1.2.6 Hiperteks 12
2.1.2.7 Hipermedia 13
2.1.2.8 Multimedia Interaktiviti 13
2.2 Multimedia Dalam Pendidikan 13
2.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 15
2.3.1 Definisi Pembelajaran Berbantukan Komputer 15
2.3.2 Klasifikasi PBK 17
2.3.3 Kelebihan PBK 18
2.3.4 Kelemahan PBK 20
2.3.5 Ciri Reka Bentuk Skrin PBK Yang Baik 22
2.4 Teori Pembelajaran 25
2.4.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme 25
2.4.2 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 26
2.5 Penutup 27
3 REKA BENTUK PERISIAN
3.0 Pengenalan 28
3.1 Fasa Analisis Keperluan 29
3.1.1 Pemilihan Tajuk Perisian 30
ix
3.1.2 Kumpulan Sasaran 30
3.1.3 Pembahagian Isi Pelajaran 31
3.1.4 Pemilihan Perkakasan 31
3.1.5 Pemilihan Perisian Yang Digunakan 32
3.1.5.1 Macromedia Authorware 6.5 33
3.1.5.2 Macromedia FlashMX 2004 34
3.1.5.3 Ulead PhotoImpact 10 35
3.1.5.4 Ulead VideoStudio 9 36
3.1.5.5 Sony Sound Forge 8 36
3.1.5.6 Cool Speech 5 36
3.2 Fasa Reka Bentuk 37
3.2.1 Menentukan Cara Pelaksanaan 37
3.2.1.1 Corak 38
3.2.1.2 Pendekatan 38
3.2.2 Aplikasi Teori Pengajaran & Pembelajaran 38
Dalam Reka Bentuk Perisian Multimedia
3.3 Fasa Pembangunan Dan Pelaksanaan 41
3.3.1 Carta Alir 43
3.4 Fasa Pengujian Dan Penilaian 44
3.5 Penutup 44
4 PEMBANGUNAN PERISIAN
4.0 Pengenalan 45
4.1 Pakej Perisian 46
4.2 Perisian Yang Dibina 48
4.2.1 Menu Login 49
4.2.2 Menu Pemilihan Ejen 50
x
4.2.3 Menu Pemilihan Muzik Latar 51
4.2.4 Menu Utama 53
4.2.5 Menu Kandungan Pelajaran 54
4.2.6 Isi Kandungan Pelajaran 55
4.2.7 Glosari 58
4.2.8 Journal 58
4.2.9 Skrin Pencarian 59
4.2.10 Menu Ujian 60
4.2.11 Menu Galeri Multimedia 62
4.2.12 Menu Email Dan Laman Web Pembangun 63
Perisian
4.2.13 Menu Bantuan 64
4.2.14 Menu Klik Kanan 64
4.2.15 Menu Keluar 66
4.3 Penutup 66
5 RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 67
5.1 Rumusan 68
5.1.1 Kebaikan Perisian 70
5.1.2 Kelemahan Perisian 71
5.1.3 Masalah Yang Dihadapi 72
5.2 Rumusan 73
5.3 Cadangan 74
5.5 Penutup 75
RUJUKAN 77
LAMPIRAN 79
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Model rekabentuk instruksi bersistem Hanaffin dan Peck 29
4.1 Skrin Autorun Menu 46
4.2 Paparan Menu Login 50
4.3 Paparan Pemilihan Ejen 51
4.4 Paparan Pemilihan Muzik Latar 52
4.5 Paparan Menu Utama 54
4.6 Paparan Menu Kandungan Pelajaran 55
4.7 Paparan Isi Pelajaran 56
4.8 Contoh paparan aktiviti (Pembuktian TeoremPithagoras) 57
4.9 Paparan Penilaian Pelajaran 57
4.10 Paparan Glosari 58
4.11 Paparan Jurnal 59
4.12 Paparan Skrin Pencarian 60
4.13 Paparan Penilaian Pantas 61
4.14 Paparan Menu Galeri Multimedia 62
4.15 Menu Email Dan Laman Web Pembangun Perisian 63
4.16 Paparan Menu Bantuan 64
4.17 Paparan Menu Klik Kanan 65
4.18 Paparan Menu Keluar 66
xii
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Carta Alir Utama 79
B Carta Alir Nota 80
C Carta Alir Ujian 81
D Carta Alir Galleri Multimedia 82
E Carta Alir Emel Dan Laman Web Serta Carta Alir Bantuan 83
F Ulasan Dari Pakar Multimedia 84
G Ulasan Dari Pakar Kandungan 85
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Apa itu matematik ? Terdapat pelbagai bahasa yang mengambarkan
matematik iaitu MANTENIEN (Yunani) yang bermaksud belajar, MEOHA
(Sunskrit) yang memberi erti kecerdikan dan dalam bahasa Arab dikenali sebagai
Hisab dan lama kelamaan ia dikenali sebagai matematik dalam bahasa Melayu.
Mengikut takrif matematik semasa, matematik ialah satu bidang sains yang
merangkumi bentuk, simbol dan juga beberapa konsep yang berkaitan. Ia kemudian
dibahagi kepada beberapa cabangan seperti algebra, analisis dan geometri.
Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, falsafah pendidikan negara
dan falsafah pendidikan matematik memainkan peranan yang penting. Dalam
falsafah pendidikan matematik perkembangan yang utama ialah perubahan daripada
pandangan “prescriptive (atau normative)” kepada “descriptive (atau naturalistic)”
terhadap matematik. Andaian persepsi “prescriptive” ialah pengetahuan matematik
ialah objektif, tetap tidak berubah dan ketetapan ini telah menjadi asas kepada semua
pengetahuan dan rasional manusia dan objek matematik seperti nombor, set,
geometri dan sebagainya wujud dalam pemikiran manusia secara objektif atau
2
mutlak sebagai kebenaran yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Kelemahan kurikulum
yang dibina berasaskan falsafah matematik ini adalah tidak fleksibel, berasaskan
objektif tingkah laku dan menekankan cara pembelajaran melalui hafalan.
Pada tahun 80’ an, subjek matematik KBSM diperkenalkan untuk
mengimbangi antara kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran asas matematik.
Penyelesaian masalah diberi penekanan berdasarkan kepada anggapan bahawa
memperolehi kebolehan menyelesaikan masalah adalah merupakan tujuan
mempelajari matematik. Kantowski (1977), menyatakan bahawa masalah akan
wujud apabila pelajar menghadapi soalan matematik yang tidak dapat dijawab dalam
masa yang singkat atau tidak dapat diselesaikan dengan menggunakan maklumat-
maklumat yang ada ketika itu.
Penyelesaian masalah merupakan cabang pembelajaran bermakna dari
mazhab kognitif. Ianya merupakan tahap pembelajaran yang tertinggi (tahap
pemikiran yang tinggi). Antara kepentingan penyelesaian masalah ini boleh dilihat
dari segi melatih tahap pemikiran individu yang lebih tinggi, pelajar menjadi lebih
aktif, menggalakkan aktiviti menyiasat, membina idea dan meneroka masalah secara
individu. Antara proses kognitif yang terlibat ialah proses pemahaman atau
mewakili masalah, proses penyelesaian dan proses penilaian.
Dalam penyelesaian masalah matematik terdapat banyak model yang
digunakan tetapi yang menjadi tumpuan dalam pendidikan ialah model Polya kerana
ianya lebih mudah untuk diikuti dan juga selaras dengan keperluan kurikulum
matematik sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. George Polya
dalam bukunya “How to solve it” memberi tumpuan teknik menyelesaikan masalah
yang membabitkan empat fasa utama iaitu memahami masalah, merancang/
membentuk rancangan penyelesaian, melaksanakan penyelesaian dan menyemak
semula.
3
Penyelesaian masalah dalam matematik adalah lebih baik diajar melalui
perisian komputer (Kaasboll, 1998). Mengikut kajian yang dijalankan oleh Kulik
dan Kulik banyak kelebihan jika komputer digunakan dalam pengajaran antaranya
ialah pelajar akan mendapat pengetahuan yang lebih, memahami sesuatu konsep
dengan lebih cepat dan pelajar akan mempunyai sifat yang positif terhadap
matapelajaran yang diajar dengan menggunakan komputer.
1.1 Latar Belakang Masalah
Perisian Multimedia yang dibina ini bertajuk Teorem Pithagoras, merupakan
bab tingkatan 2. Tajuk ini merangkumi pengenalpastian sisi hipotenus untuk satu
segitiga bersudut tegak, mencari sisi sebuah segitiga dengan menggunakan rumus
Pithagoras dan penyelesaian masalah melibatkan Teorem Pithagoras. Bab ini
merupakan asas kepada bab trigonometri (matematik tingkatan 3), garis dan satah
dalam tiga matra (matematik moden tingkatan 4) dan penyelesaian segitiga
(matematik tambahan tingkatan 4). Jadi adalah keperluan bagi pelajar untuk
melengkapkan dan memahirkan diri mereka dengan bab ini sebelum beralih kepada
bab yang seterusnya.
Masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam bab ini boleh dilihat berdasarkan
laporan prestasi PMR dan SPM tahun 2003. Dalam PMR tahun 2003, soalan 9
kertas 2 Matematik, ramai pelajar yang tidak boleh mencari sisi dengan
menggunakan Teorem Pithagoras. Sebilangan calon tidak mencuba langsung soalan
tersebut (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2003). Dalam peperiksaan SPM 2003,
soalan 4 kertas 2 Matematik Moden, pelajar tidak dapat menguasai penggunaan
Teorem Pithagoras yang betul dan pretasi keseluruhannya bagi pelajar yang
menjawab soalan tersebut adalah lemah (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2003).
4
Saranan yang diberikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia kepada para
guru berdasarkan laporan prestasi PMR 2003 ialah mempelbagaikan kaedah
Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) yang menyeronokkan seperti mengguna
perisian komputer. Banyak pelajar yang salah konsep dan dengan itu melakukan
kesilapan dalam peperiksaan. Pelajar-pelajar sering mengalami kesalahfahaman
yang bersifat konseptual (conceptual misunderstanding) ataupun dikatakan sebagai
‘salah pengkonsepsian’ (misconception). Pembentukan konsep yang berlaku di
dalam fikiran pelajar adalah berbeza dengan hasrat yang ingin dicapai oleh gurunya.
Pembentukan konsep di dalam fikiran pelajar juga adalah satu proses yang lambat
dan kompleks (Bakar, 1995). Oleh itu diharapkan dengan penggunaan perisian
komputer yang bersesuaian sebagai PBK, salah pengkonsepsian dapat di atasi dan
seterusnya memberi kefahaman konsep yang betul.
Dengan itu pembinaan suatu PBK yang menggunakan teknologi komputer
akan dapat menjimatkan masa dan tenaga guru. Ini memandangkan guru hanya
menjadi fasilatator dan segala penerangan dan tunjuk cara akan dilakukan oleh
perisian. Dengan itu guru mempunyai lebih masa untuk memberi perhatian
terutamanya kepada pelajar yang lemah. Di samping itu, strategi penyelesaian
masalah dapat diajar dengan berkesan menggunakan teknologi komputer. Dengan
bantuan gambarajah dan elemen multimedia lain pelajar dapat membina “modeling
of problem solving” dalam minda mereka.
Dengan itu pembinaan perisian yang dapat memenuhi citarasa dan keperluan
guru amat diperlukan. Di samping itu segala nilai-nilai pendidikan yang penting
dalam pengajaran dan pembelajaran harus ditekankan agar perisian yang dibina dapat
dimanfaatkan oleh guru dan seterusnya mendapat kefahaman pelajar.
5
1.2 Pernyataan Masalah
Dalam tajuk yang berkaitan dengan Pithagoras pelajar-pelajar harus diberikan
contoh-contoh geometri yang konkrit seperti yang disarankan oleh Piaget agar
mereka dapat memanipulasikan objek-objek tersebut dan seterusnya menghubungkan
konsep-konsep abstrak yang baru dengan objek-objek konkrit tersebut.
Menyampaikan sesuatu tajuk yang berkaitan dengan geometri bukanlah
sesuatu perkara yang mudah. Ini kerana tajuk ini memerlukan penghayatan dan
imaginasi serta pengajaran pembelajaran secara konkrit agar pelajar dapat membina
skema dan konsep yang betul dalam fikiran mereka. Kesalahfahaman konsep harus
diberi perhatian dan menekankan lebih banyak soalan penyelesaian masalah seperti
yang ditekankan oleh kurikulum KBSM.
Berdasarkan kepada permasalahan ini, pembangun perisian ingin membina
sebuah perisian PBK bagi tajuk Pithagoras Tingkatan 2.
1.3 Objektif Projek
Objektif projek PBK ini ialah untuk:
a) Membina sebuah perisian multimedia pendidikan matematik yang interaktif
dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berfungsi
sebagai PBK bagi tajuk Teorem Pithagoras.
b) menambahkan bilangan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
mengenai tajuk “Theorem Pithagoras” dalam Matematik Tingkatan 2.
6
1.4 Objektif Perisian
Objektif perisian PBK ini ialah untuk:
a) Membantu pelajar membina kefahaman konsep Teorem Pithagoras yang betul.
b) Dapat memberi pengukuhan konsep kepada pelajar tentang Teorem Pithagoras
dan aplikasinya.
c) Meningkatkan motivasi pelajar dan menarik perhatian pelajar untuk mempelajari
tajuk-tajuk dalam Teorem Pithagoras dengan menggunakan elemen-elemen
multimedia yang dibangunkan.
1.5 Kepentingan Projek
Salah satu sebab perisian PBK ini dibangunkan adalah untuk mengatasi
proses pengajaran dan pembelajaran yang selama ini masih berjalan dengan kaedah
tradisional di mana setiap sukatan akan dihabiskan lebih bergantung kepada
penggunaan buku teks sebagai sumber utama.
Disamping itu kerajaan telah menyarankan penggunaan multimedia dalam
pendidikan selaras dengan perkembangan masa kini. Permasalahan matematik yang
tidak dapat dijelaskan secara teks sahaja dapat digambarkan secara grafik, animasi,
video atau audio menerusi PBK yang disediakan. Dengan penggunaan elemen
multimedia, guru dapat mengajar dengan berkesan dan dapat memberi kefahaman
yang lebih kepada pelajar tentang konsep Teorem Pithagoras. Selain daripada itu
penggunaan elemen-elemen multimedia yang pelbagai ini dapat meningkatkan lagi
daya ingatan murid dan secara tidak langsung dapat menarik minat dan perhatian
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Rao, 1991).
7
1.6 Skop Projek
Projek ini adalah merangkumi kandungan topik Teorem Pithagoras dalam
sukatan pelajaran matematik KBSM Tingkatan Dua. Isi kandungan yang diliputi
merangkumi subtajuk seperti
a) Relationship between the lengths of sides of a Right-angled Triangle.
b) Solving problems using the Pythagoras’ Theorem
Bahan-bahan tambahan yang berkaitan telah dimuatkan untuk
memperkayakan lagi pengetahuan pelajar. Walaupun perisian ini dihasilkan untuk
pembelajaran kendiri, namun sekiranya ia digunakan dalam kelas, pengawasan dan
bantuan guru diperlukan terutamanya untuk memastikan objektif pembelajaran
tercapai dan juga untuk menerapkan unsur-unsur nilai murni dan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif (KBKK) kepada pelajar.
top related