PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH - moe.gov.my Pentaksiran... · adalah merujuk kepada penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai seperti yang terdapat dalam LAMPIRAN 1. PBD juga
Post on 07-Mar-2019
247 Views
Preview:
Transcript
1
PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2018
1
KPM telah memutuskan bahawa
keberhasilan utama pendidikan Malaysia
dilihat daripada dua perspektif penting
dalam PPPM 2013-2025, iaitu kualiti
sekolah dan kemenjadian murid.
Kemenjadian murid dilihat melalui hasil
keberkesanan proses persekolahan dan
bukan lagi difokuskan kepada Gred Purata
yang dijana daripada keputusan UPSR.
Kualiti murid dilihat dari segi pencapaian
akademik dengan tahap penguasaan
minimum dalam UPSR.
Mulai tahun 2017, KPM mengambil
pendekatan berbeza dalam melaporkan
kejayaan murid yang telah melalui
persekolahan peringkat rendah selama
enam tahun. Pelaporan kejayaan murid
sekolah rendah yang lebih menyeluruh
dan bermakna, tidak lagi hanya berfokus
kepada keputusan UPSR, malah
melaporkan secara formal tentang profil
murid dari segi kecerdasan semula jadi
dan aptitud, tahap penguasaan dalam
mata pelajaran di sekolah, serta
kecergasan, tahap kesihatan dan
penglibatan dalam aktiviti luar bilik darjah.
Aspek kejayaan murid ini diperlihatkan
melalui laporan yang lebih menyeluruh
dinamakan Pelaporan Pentaksiran
Sekolah Rendah.
Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD)
Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan &
Kokurikulum (PAJSK)
Pentaksiran Psikometrik
(PPsi)
UPSR & PASR
PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH
PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2018
2
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat
tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD
lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dan
membantu guru membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan
pembelajaran murid dari semasa ke semasa. Melalui PBD guru dapat:
Menggalakkan pemikiran ingin tahu (inquisitive), kritis dan kreatif.
Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran.
Menerapkan nilai ketuhanan, nilai murni, estetika dan patriotisme.
Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
Mengetahui keberkesanan pengajarannya.
Merancang dan mengubah suai kaedah pengajarannya.
Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
PBD dilaksanakan dalam semua mata pelajaran berdasarkan tahap
penguasaan murid dan bukan untuk perbandingan antara individu. Guru
menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan bersesuaian dengan pembelajaran
abad ke-21, serta kaedah pentaksiran dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran untuk menentukan tahap penguasaan murid. Melalui aktiviti
pembelajaran seperti tugasan individu atau kumpulan, sumbang saran,
perbahasan, sketsa, pembentangan, atau eksperimen, serta menggunakan
pelbagai kaedah pentaksiran seperti kuiz, kerja projek, laporan amali, ujian
bertulis, maklumbalas secara lisan atau ujian lisan; guru dapat menentukan
tahap penguasaan murid berdasarkan standard prestasi yang ditetapkan
dalam kurikulum.
3
PBD dilaporkan dalam bentuk tahap penguasaan murid. Terdapat enam tahap
penguasaan bagi setiap mata pelajaran. Tahap penguasaan 1 hingga 6
adalah merujuk kepada penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai
seperti yang terdapat dalam LAMPIRAN 1. PBD juga akan dijadikan bentuk
pentaksiran yang akan menggantikan peperiksaan formal bagi murid Tahap 1
(Tahun 1 hingga Tahun 3)
Penentuan Tahap Penguasaan Murid
Tahap Penguasaan merupakan satu bentuk pernyataan pencapaian yang
menunjukkan perkembangan pembelajaran murid. Ia ditentukan dengan cara
pertimbangan profesional guru.
Guru menggunakan pengetahuan, pengalaman, input murid dan
mengamalkan tanggungjawab profesional dalam membuat pertimbangan
profesional. Guru juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan tentang
bidang atau disiplin ilmu, pedagogi serta pentaksiran melalui pembacaan dan
perbincangan secara profesional dengan rakan pendidik lain untuk
meningkatkan kompetensi dalam membuat pertimbangan profesional.
4
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM
Sumber: Bahagian Kokurikulum dan Kesenian & Bahagian Pembangunan Kurikulum
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) merupakan
pentaksiran aktiviti kecergasan dan kegiatan kokurikulum sekolah. Kegiatan
kokurikulum ini merangkumi tiga aktiviti utama iaitu Kelab/Persatuan, Pasukan
Badan Beruniform dan Sukan/Permainan. PAJSK bertujuan untuk
menyediakan satu kaedah pentaksiran aktiviti kokurikulum dan kecergasan
murid yang standard dan boleh diterima pakai oleh semua sekolah. PAJSK
dilaksanakan sepanjang tempoh persekolahan setiap tahun.
Pelaporan sukan dan kokurikulum memaparkan maklumat pelibatan,
penyertaan dan prestasi bagi setiap aktiviti yang diceburi murid. Maklumat
tersebut mengandungi perincian ringkas berkenaan pelibatan, jawatan yang
disandang, peringkat penyertaan program atau aktiviti yang disertai,
kehadiran, komitmen dan khidmat sumbangan. Selain itu, aktiviti ekstra
kurikulum turut diambil kira melalui perkhidmatan yang telah diberikan oleh
murid kepada sekolah dan masyarakat, anugerah yang diterima, program
NILAM dan tugas khas yang dilaksanakan oleh murid sepanjang tahun
persekolahannya. Keputusan Pentaksiran kokurikulum akan dipersembahkan
dalam bentuk Prestasi Tahun Semasa (Grade Point Average) dan Himpunan
Prestasi sepanjang tempoh persekolahan (Cummulative Grade Point
Average).
Pelaporan kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan diukur melalui
Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah
Malaysia (SEGAK). Ujian ini bertujuan untuk mendapat maklumat tentang
pengetahuan dan amalan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan
5
mengekalkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.
Komponen ini terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah
rendah dan menengah. Ujian SEGAK terdiri daripada Ujian Indeks Jisim
Badan (BMI) dan Ujian Fizikal yang dilaksanakan di semua sekolah pada
bulan Mac dan Ogos setiap tahun.
Pelaporan Pentaksiran Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
Kecemerlangan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum ditunjukkan
melalui pelibatan dan penyertaan yang sangat aktif, komited dan
menunjukkan potensi diri yang tinggi dalam aktiviti yang disertai di peringkat
sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Bagi tahun 2018, prestasi yang baik serta kepujian dalam aktiviti sukan dan
kokurikulum telah ditunjukkan oleh sebilangan besar murid. Berdasarkan
pelibatan, penyertaan dan prestasi murid dalam aktiviti sukan dan
kokurikulum, hanya segelintir murid yang menunjukkan tahap pelibatan tidak
memuaskan dalam tiga aktiviti utama kokurikulum di sekolah.
6
Analisis perbandingan tahap pelibatan murid dalam aktiviti sukan dan
kokurikulum bagi Tahun 2018 dengan Tahun 2017 secara terperinci
ditunjukkan seperti Jadual 1. Peratusan murid yang mendapat sekurang-
kurangnya tahap memuaskan iaitu Gred C dan ke atas menunjukkan seramai
432,885 murid (99.132%) pada tahun 2018 telah meningkat berbanding
seramai 426,961 murid (97.431%) pada tahun 2017. Tafsiran gred bagi tahap
pelibatan murid dalam aktiviti kokurikulum boleh dirujuk di LAMPIRAN 3.
Secara keseluruhan, pelibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti
kokurikulum adalah seramai 436,671 murid (99.999%) pada tahun 2018
meningkat berbanding seramai 438,196 murid (99.996%) pada tahun 2017.
GRED Tahun 2018 Tahun 2017
Bilangan murid % Bilangan murid %
A 18,767 4.298 24,612 5.616
B 282,060 64.592 302,018 68.920
C 132,058 30.242 100,331 22.895
D 3,622 0.829 10,598 2.418
E 164 0.038 637 0.145
TL 6 0.001 19 0.004
Jumlah 436,677 100 438,215 100
Jadual 1 Analisis Perbandingan Tahap Pelibatan Murid dalam Aktiviti Sukan dan Kokurikulum Tahun 2018 dengan Tahun 2017
7
Analisis perbandingan tahap pelibatan murid dalam aktiviti sukan dan
kokurikulum Tahun 2018 mengikut jantina secara terperinci ditunjukkan
seperti Jadual 2. Peratusan murid yang mendapat sekurang-kurangnya tahap
memuaskan iaitu Gred C dan ke atas menunjukkan seramai 220,627 murid
(98.971%) bagi murid lelaki berbanding seramai 212,258 murid (99.299%)
bagi murid perempuan.
Secara keseluruhan, pelibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti
kokurikulum adalah seramai 222,918 murid (99.998%) bagi peratusan murid
lelaki lebih rendah berbanding seramai 213,753 murid (99.999%) bagi murid
perempuan.
GRED
Lelaki Perempuan
Bilangan murid % Bilangan murid %
A 8,342 3.742 10,425 4.877
B 138,151 61.973 143,909 67.324
C 74,134 33.256 57,924 27.098
D 2,204 0.989 1,418 0.663
E 87 0.039 77 0.036
TL 4 0.002 2 0.001
Jumlah 222,922 100 213,755 100
Jadual 2 Analisis Perbandingan Tahap Pelibatan Murid dalam Aktiviti Sukan dan Kokurikulum Tahun 2018 mengikut Jantina
8
Analisis perbandingan tahap pelibatan murid dalam aktiviti sukan dan
kokurikulum Tahun 2018 mengikut lokasi secara terperinci ditunjukkan seperti
Jadual 3. Peratusan murid yang mendapat sekurang-kurangnya tahap
memuaskan iaitu Gred C dan ke atas menunjukkan seramai 213,264 murid
(98.943%) bagi kategori Bandar berbanding seramai 219,621 murid
(99.316%) bagi kategori Luar Bandar.
Secara keseluruhan, pelibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti
kokurikulum adalah seramai 215,540 murid (99.999%) bagi kategori Bandar
berbanding seramai 221,131 murid (99.999%) bagi kategori Luar Bandar.
GRED
Bandar Luar Bandar
Bilangan murid % Bilangan murid %
A 7,625 3.538 11,142 5.039
B 130,474 60.533 151,586 68.549
C 75,165 34.872 56,893 25.728
D 2,203 1.022 1,419 0.642
E 73 0.034 91 0.041
TL 3 0.001 3 0.001
Jumlah 215,543 100 221,134 100
Jadual 3 Analisis Perbandingan Tahap Pelibatan Murid dalam Aktiviti Sukan dan Kokurikulum Tahun 2018 mengikut Lokasi
9
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia
(Segak)
Data yang diperoleh daripada ujian SEGAK bulan Mac dan Ogos direkodkan
dalam Aplikasi Sistem PAJSK. Data SEGAK bulan Ogos sahaja digunakan
dalam pelaporan peringkat KPM supaya status kecergasan yang diperoleh
oleh murid adalah lebih baik berbanding bulan Mac setelah menjalani program
intervensi kecergasan. Berikut adalah keputusan keseluruhan Ujian Fizikal
SEGAK bagi murid Tahun 6 2018 seluruh negara seperti dalam Jadual 4.
Tahap Kecergasan Fizikal Bilangan murid %
Kecergasan Sangat Tinggi 42,983 9.9
Kecergasan Tinggi 173,415 39.9
Cergas 147,942 34.1
Kurang Cergas 59,136 13.6
Tidak Cergas 7,698 1.8
Tidak Melengkapkan Ujian SEGAK 2,972 0.7
Jumlah 434,146 100
Jadual 4 Analisis Keputusan Ujian Fizikal SEGAK bagi Murid Tahun 6 Berumur 12 Tahun
Berdasarkan Jadual 4, seramai 364,340 (83.9%) murid Tahun 6 melepasi
tahap kecergasan fizikal yang memuaskan iaitu 147,942 (34.1%) murid
berada pada tahap Cergas, 173,415 (39.9%) murid berada pada tahap
Kecergasan Tinggi dan 42,983 (9.9%) murid berada pada tahap Kecergasan
Sangat Tinggi.
10
Sementara itu, 59,136 (13.6%) murid berada pada tahap Kurang Cergas dan
7,698 (1.8%) murid berada pada tahap Tidak Cergas. Manakala 2,972 (0.7%)
murid dikecualikan daripada menjalani ujian SEGAK disebabkan oleh
masalah kesihatan yang disahkan oleh pegawai perubatan.
Jadual 5 menunjukkan analisis Indeks Jisim Badan (BMI) bagi murid Tahun 6.
Bagi status BMI, sebanyak 256,783 (59.2%) murid mempunyai Berat Badan
Normal. Sebanyak 75,171 (17.3%) murid dikategorikan sebagai Berlebihan
Berat Badan, 67,400 (15.5%) murid adalah Obes manakala 32,142 (7.4%)
murid adalah Susut Berat Badan. Manakala terdapat 2,585 (0.6%) tidak
melaksanakan ujian BMI.
Indeks Jisim Badan Bilangan murid %
Berat Badan Normal 256,783 59.2
Berlebihan Berat Badan 75,171 17.3
Obes 67,400 15.5
Susut Berat Badan 32,142 7.4
Tidak Laksana 2,585 0.6
Jumlah 434,081 100
Jadual 5 Analisis Indeks Jisim Badan (BMI) bagi Murid Tahun 6 Berumur
12 Tahun
11
Perbandingan keputusan Ujian Fizikal tahun 2018 dengan 2017 ditunjukkan
dalam Jadual 6. Berdasarkan Jadual 6, 42,983 (9.9%) murid Tahun 6 2018
menunjukkan status Kecergasan Sangat Tinggi adalah lebih baik berbanding
tahun 2017 dengan 40,936 (9.46%) murid. Data menunjukkan terdapat
peningkatan status Kecergasan Sangat Tinggi sebanyak 2,047 (0.44%).
Status Kecergasan Tinggi murid tahun 2018 juga menunjukkan peningkatan
berbanding 2017. Berdasarkan Jadual 6, 173,415 (39.9%) murid Tahun 6
2018 mempunyai status Kecergasan Tinggi berbanding 168,005 (38.82%)
murid 2017. Terdapat peningkatan sebanyak 5,410 (1.08%) murid berstatus
Kecergasan Tinggi. Bagi status Cergas pula, terdapat penurunan sebanyak
41,917 (9.78%) antara murid 2018 dengan 2017. Analisis menunjukkan
hanya 147,942 (34.1%) murid 2018 berbanding 189,859 (43.88%) murid 2017
mempunyai status Cergas.
Jadual 6 Analisis Perbandingan Keputusan Ujian Fizikal Murid Tahun 6 Berumur 12 tahun Antara 2018 dengan 2017
Berdasarkan Jadual 6 juga menunjukkan terdapat peningkatan status Kurang
Cergas adalah 32,114 (7.36%) dan Tidak Cergas 4,053 (0.96%) antara murid
2018 dengan murid 2017.
Tahun
Kecergasan
Sangat
Tinggi
Kecergasan
Tinggi Cergas
Kurang
Cergas
Tidak
Cergas TL
JUMLAH
Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %
2018 42,983 9.9 173,415 39.9 147,942 34.1 59,136 13.6 7,698 1.8 2,972 0.7 434,146
2017 40,936 9.46 168,005 38.82 189,859 43.88 27,022 6.24 3,645 0.84 3,259 0.75 432,726
Perbezaan 2,047 0.44 5,410 1.08 -41,917 -9.78 32,114 7.36 4,053 0.96 -287 -0.05 1,420
12
Jadual 8 menunjukkan analisis perbandingan keputusan BMI murid Tahun 6
berumur 12 tahun 2018 dengan 2017. Keputusan BMI murid Tahun 6 2017
adalah dirujuk berdasarkan norma CDC 2000 (National Centre for Chronic
Disease Prevention and Health Promotion) manakala keputusan BMI murid
2018 dirujuk berdasarkan norma WHO 2007. Perubahan penggunaan norma
adalah mengikut syor yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia supaya selaras dengan negara lain di bawah UNESCO.
Pelaksanaan penggunaan norma BMI WHO 2007 telah dilaksanakan secara
berperingkat mulai tahun 2016 (rujukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2
Tahun 2016: Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
(SEGAK)). Pelaksanaan secara berperingkat disebabkan terdapat perbezaan
cut-off point antara norma CDC 2000 dengan WHO 2007. Norma BMI
berdasarkan CDC 2000 dan WHO 2007 bagi murid berumur 12 tahun
ditunjukkan dalam Jadual 7.
CDC 2000 Lelaki Perempuan WHO 2007 Lelaki Perempuan
Kurang Berat <15.0 <14.8 Susut Berat Badan
≤ 14.4 ≤ 14.3
Normal 15.0 – 21.0 14.8 – 21.6 Berat Badan Normal
14.5 – 19.9 14.4 – 20.8
Berisiko Berat Berlebihan
>21.0 – 24.2 >21.6 – 25.2 Berlebihan Berat Badan
20.0 – 23.6 20.9 – 25.0
Berat Berlebihan
>24.2 >25.2 Obes
> 23.6 > 25.0
Jadual 7 Norma BMI Berdasarkan CDC 2000 dan WHO 2007 Bagi Murid Tahun 6 Berumur 12 Tahun
13
Tahun
Susut Berat Badan
Berat Badan Normal
Berlebihan Berat Badan
Obes Tidak Laksana
(TL) Jumlah
Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %
2018 32,142 7.4 256,783 59.2 75,171 17.3 67,400 15.5 2,585 0.6 434,081
2017 40,347 9.5 268,314 63.4 56,584 13.4 58,294 13.8 - - 432,850
Perbezaan
-10,205
-2.1
-11,531
-4.2
18,587
3.9
9,106
1.7
-
-
1,231
Jadual 8 Analisis Perbandingan Keputusan BMI Murid Tahun 6 Berumur 12 tahun Antara 2018 dengan 2017
Berdasarkan Jadual 8, status Susut Berat Badan bagi murid 2018 adalah
lebih baik berbanding 2017. Analisis data menunjukkan terdapat pengurangan
sebanyak 10,2015 (2.1%) murid yang Susut Berat Badan. Status Berat Badan
Normal pula menunjukkan terdapat penurunan sebanyak 11,531 (4.2%) murid
2018 berbanding 2017. Berdasarkan Jadual 8 juga, terdapat peningkatan
Status Berlebihan Berat Badan bagi murid 2018 berbanding 2017, iaitu 18,587
(3.9%). 75,171 (17.3%) murid 2018 adalah Berlebihan Berat Badan
berbanding 56,584 (13.4%) murid 2017. Analisis data juga menunjukkan
terdapat pertambahan status murid Obes bagi tahun 2018 berbanding 2017
sebanyak 9,106 (1.7%).
14
Jadual 9 menunjukkan perbandingan keputusan Ujian Fizikal antara jantina
bagi murid Tahun 6 2018. Analisis data menunjukkan murid perempuan
mempunyai status Kecergasan Sangat Tinggi yang lebih baik berbanding
murid lelaki. 23,053 (5.3%) murid perempuan berbanding 19,930 (4.6%) murid
lelaki pada status Kecergasan Sangat Tinggi. Murid lelaki pula menunjukkan
status Kecergasan Tinggi dan Cergas lebih baik berbanding murid
perempuan. Jadual 9 menunjukkan 87,156 (17.2%) murid lelaki mempunyai
status Kecergasan Tinggi, berbanding 86,259 (19.9%) murid perempuan.
Manakala 74,619 (17.2%) murid lelaki mempunyai status Cergas berbanding
73,323 (16.9%) murid perempuan. Bagi status Kurang Cergas dan Tidak
Cergas juga menunjukkan murid lelaki lebih ramai berbanding murid
perempuan.
Tahap Kecergasan Fizikal
Murid Lelaki Murid Perempuan
Bilangan
Murid %
Bilangan
Murid %
Kecergasan Sangat Tinggi 19,930 4.6 23,053 5.3
Kecergasan Tinggi 87,156 20.1 86,259 19.9
Cergas 74,619 17.2 73,323 16.9
Kurang Cergas 32,799 7.6 26,337 6.1
Tidak Cergas 5,078 1.2 2,620 0.6
Tidak melengkapkan Ujian
SEGAK 1,773 0.4 1,199 0.3
Jumlah 221,355 51 212,791 49
Jadual 9 Analisis Perbandingan Keputusan Ujian Fizikal Antara Jantina Bagi Murid Tahun 6 Berumur 12 Tahun
15
Jadual 10 menunjukkan perbandingan keputusan BMI antara jantina bagi
murid Tahun 6 2018. Data menunjukkan 17,251 (4.0%) murid lelaki
mempunyai status Susut Berat Badan berbanding 14,891 (3.4%) murid
perempuan. Status Berat Badan Normal pula menunjukkan murid perempuan
adalah lebih tinggi berbanding murid lelaki. 134,736 (31%) murid perempuan
mempunyai Berat Badan Normal berbanding 122,047 (28.1%) murid lelaki.
Manakala 38,673 (8.9%) murid lelaki mempunyai status Berlebihan Berat
Badan berbanding 36,498 (8.4%) murid perempuan. Berdasarkan Jadual 8
juga, murid lelaki mempunyai status obes yang lebih tinggi berbanding murid
perempuan. Terdapat 41,787 (9.6%) murid lelaki yang Obes berbanding
25,613 (5.9%) murid perempuan.
Status BMI
Murid Lelaki Murid Perempuan
Bilangan
Murid %
Bilangan
Murid %
Susut Berat Badan 17,251 4.0 14,891 3.4
Berat Badan Normal 122,047 28.1 134,736 31.0
Berlebihan Berat Badan 38,673 8.9 36,498 8.4
Obes 41,787 9.6 25,613 6.0
Tidak Laksana 1,565 0.4 1,020 0.2
Jumlah 221,323 51 212,758 49
Jadual 10 Analisis Perbandingan Keputusan BMI Antara Jantina Bagi Murid Tahun 6 Berumur 12 Tahun
16
Jadual 11 menunjukkan analisis perbandingan keputusan Ujian Fizikal murid
Tahun 6 antara 2018 dengan 2017 mengikut jantina. Analisis data
menunjukkan murid perempuan tahun 2018 dan 2017 mempunyai status
Kecergasan Sangat Tinggi, Kecergasan Tinggi dan Cergas berbanding murid
lelaki. Manakala bagi status Kurang Cergas dan Tidak Cergas pula, murid
lelaki tahun 2018 dan 2017 adalah lebih banyak berbanding murid
perempuan.
Tahun 2018
Tahun 2017
Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %
Kecergasan Sangat Tinggi
19,930 9.0 23,053 10.8 19,793 9.0 21,163 9.9
Kecergasan Tinggi
87,156 39.4 86,259 40.5 84,962 38.6 83,140 39.1
Cergas 74,619 33.7 73,323 34.5 95,727 43.5 94,202 44.25
Kurang Cergas 32,799 14.8 26,337 12.4 15,274 6.94 11,757 5.52
Tidak Cergas 5,078 2.3 2,620 1.2 2,395 1.09 1,249 0.59
Tidak Melengkapkan Ujian SEGAK
1,773 0.8 1,199 0.6 1,899 0.8 1,360 0.64
Jumlah 221,355 100 212,791 100 220,050 100 212,871 100
Jadual 11 Analisis Perbandingan Keputusan Ujian Fizikal Antara Tahun 2018 Dengan 2017 Mengikut Jantina Bagi Murid Tahun 6 Berumur 12 Tahun
17
Jadual 12 menunjukkan perbandingan antara keputusan BMI tahun 2018
dengan 2017 mengikut jantina. Data menunjukkan murid lelaki dan
perempuan tahun 2017 mempunyai status Susut Berat Badan yang lebih
tinggi berbanding murid tahun 2018. Manakala bagi status Berat Badan
Normal pula, murid perempuan tahun 2017 dan 2018 adalah lebih tinggi
berbanding murid lelaki. Status Berat Badan Normal bagi murid lelaki dan
perempuan tahun 2017 adalah lebih tinggi berbanding murid tahun 2018.
Data menunjukkan 127,699 (58.05%) murid lelaki dan 146,330 (68.74%)
murid perempuan tahun 2017 adalah mempunyai status Berat Badan Normal.
Jadual 12 juga menunjukkan murid lelaki dan perempuan tahun 2018
mempunyai status Berlebihan Berat Badan dan Obes lebih tinggi berbanding
murid tahun 2017.
Tahun 2018 Tahun 2017
Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %
Susut Berat Badan
17,251 7.8 14,891 7.0 26,114 11.87 15,016 7.05
Berat Badan Normal
122,047 55.1 134,736 63.3 127,699 58.05 146,330 68.74
Berlebihan Berat Badan
38,673 17.5 36,498 17.2 29,894 13.59 27,965 13.14
Obes 41,787 18.9 25,613 12.0 36,281 16.49 23,551 11.06
Tidak Laksana
1,565 0.7 1,020 0.5
Jumlah 221,323 100 212,758 100 219,988 100 212,862 100
Jadual 12 Analisis Perbandingan Keputusan BMI Tahun 2018 Dengan 2017 Mengikut Jantina Bagi Murid Tahun 6 Berumur 12 Tahun
18
Jadual 13 menunjukkan perbandingan keputusan Ujian Fizikal antara murid
Tahun 6 sekolah bandar dengan sekolah luar bandar. Data menunjukkan
murid sekolah luar bandar mempunyai status Kecergasan Sangat Tinggi dan
Kecergasan Tinggi yang lebih baik berbanding murid sekolah bandar.
Manakala 75,181 (34.8%) murid sekolah bandar menunjukkan status Cergas
berbanding 72,762 (33.4%) murid sekolah luar bandar. Data juga
menunjukkan murid sekolah bandar status Kurang Cergas dan Tidak Cergas
yang lebih tinggi berbanding sekolah luar bandar. Terdapat 32,007 (14.8%)
murid sekolah bandar yang mempunyai status Kurang Cergas berbanding
27,125 (12.4%) murid sekolah luar bandar. Bagi status status Tidak Cergas
pula, 4,597 (2.1%) murid sekolah bandar adalah mempunyai status Tidak
Cergas berbanding 3,112 (1.4%) murid sekolah luar bandar.
Sekolah Bandar Sekolah Luar
Bandar
Status Kecergasan Bilangan
Murid %
Bilangan Murid
%
Kecergasan Sangat Tinggi 18,354 8.5 24,628 11.3
Kecergasan Tinggi 84,525 39.1 88,884 40.8
Cergas 75,181 34.8 72,762 33.4
Kurang Cergas 32,007 14.8 27,125 12.4
Tidak Cergas 4,597 2.1 3,112 1.4
Tidak Melengkapkan Ujian SEGAK
1,423 0.7 1,548 0.7
Jumlah 216,087 100 218,059 100
Jadual 13 Analisis Perbandingan Keputusan Ujian Fizikal Antara Murid Sekolah Bandar Dengan Luar Bandar
19
Jadual 14 menunjukkan perbandingan antara keputusan BMI murid Tahun 6
2018 berdasarkan lokasi bandar dan luar bandar. Data menunjukkan status
BMI Susut Berat Badan lebih tinggi di sekolah bandar berbanding sekolah luar
bandar. Terdapat 16,214 (7.50%) murid sekolah bandar yang mempunyai
status Susut Berat Badan berbanding 15,928 (7.31%) murid sekolah luar
bandar. Bagi status Berat Badan Normal, murid sekolah luar bandar lebih
tinggi berbanding sekolah bandar. Data menunjukkan 132,390 (60.7%) murid
sekolah luar bandar mempunyai status Berat Badan Normal berbanding
124,396 (57.6%).
Jadual 14 juga menunjukkan 39,222 (18.2%) murid sekolah bandar
mempunyai status Berlebihan Berat Badan berbanding 35,946 (16.5%) murid
sekolah luar bandar. Data juga menunjukan murid sekolah bandar mempunyai
status Obes yang lebih tinggi berbanding murid luar bandar. Terdapat
34,972 (16.2%) murid sekolah bandar adalah Obes berbanding hanya
32,429 (14.9%) murid sekolah luar bandar.
Sekolah Bandar Sekolah Luar
Bandar
Status BMI Bilangan
Murid %
Bilangan Murid
%
Susut Berat Badan 16,214 7.50 15,928 7.31
Berat Badan Normal 124,396 57.6 132,390 60.7
Berlebihan Berat Badan 39,222 18.2 35,946 16.5
Obes 34,972 16.2 32,429 14.9
Tidak Laksana 1,250 0.58 1,334 0.61
Jumlah 216,054 100.0 218,027 100.0
Jadual 14 Analisis Perbandingan Keputusan BMI Antara Murid Tahun 6 Berumur 12 Tahun Sekolah Bandar Dengan Luar Bandar
20
Jadual 15 menunjukkan perbandingan keputusan Ujian Fizikal bagi murid
Tahun 6 antara Sekolah Kebangsaan, SJKC, SJKT dan sekolah swasta serta
sekolah agama.
SK SJKC SJKT SWASTA/AGAMA
Status Kecergasan
Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %
Kecergasan Sangat Tinggi
32,572 10.01 7,340 8.68 1,745 13.18 1,326 12.08
Kecergasan Tinggi
130,396 40.08 32,813 38.80 5,561 42.02 4,645 42.30
Cergas 111,877 34.39 28,455 33.64 4,207 31.79 3,403 30.99
Kurang Cergas
42,711 13.13 13,597 16.08 1,498 11.32 1,330 12.11
Tidak Cergas 5,192 1.60 2,181 2.58 154 1.16 171 1.56
Tidak Melengkapkan Ujian SEGAK
2,602 0.80 194 0.23 70 0.53 106 0.97
Jumlah 325,350 84,580 13,235 10,981
Jadual 15 Analisis Keputusan Ujian Fizikal Murid Tahun 6 Berumur 12 Tahun Mengikut Jenis Sekolah
Data menunjukkan murid Sekolah Kebangsaan mempunyai status
Kecergasan Sangat Tinggi, Kecergasan Tinggi dan Cergas yang lebih baik
berbanding sekolah jenis lain. 32,572 (10.01%) murid Tahun 6 Sekolah
Kebangsaan berstatus Kecergasan Sangat Tinggi, manakala 7,340 (8.68%)
SJK, 1,745 (13.18%) SJKT dan 1,326 (12.08%) murid sekolah swasta dan
agama. SJKC mencatatkan peratus yang paling tinggi mempunyai status
Kurang Cergas dan Tidak Cergas berbanding murid dari sekolah jenis lain.
21
Jadual 16 menunjukkan perbandingan keputusan BMI murid Tahun 6 antara
Sekolah Kebangsaan, SJKC, SJKT dan sekolah swasta serta sekolah agama.
Data di Jadual 16 menunjukkan 12.05% murid SJKT mempunyai status Susut
Berat Badan yang lebih tinggi berbanding murid SK, SJKC, SJKT dan sekolah
swasta serta sekolah agama. Manakala Sekolah Kebangsaan menunjukkan
status Berat Badan Normal yang lebih tinggi, iaitu 59.71% berbanding murid
Tahun 6 sekolah lain. Bagi status Berlebihan Berat Badan pula menunjukkan
murid SJKC mempunyai peratus yang lebih tinggi berbanding sekolah lain.
Data juga menunjukkan Sekolah Kebangsaan, SJKC dan SJKT mempunyai
status murid Obes yang hampir setara pada kadar antara 15.13 – 15.55%.
Manakala sekolah swasta dan agama mencatatkan 18.06% murid Tahun 6
yang mempunyai status Obes.
SK SJKC SJKT SWASTA/AGAMA
Status BMI Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %
Susut Berat Badan
24,141 7.42 5,653 6.68 1,594 12.05 754 6.87
Berat Badan Normal
194,248 59.71 49,343 58.34 6,960 52.60 6,232 56.79
Berlebihan Berat Badan
53,968 16.59 16,680 19.72 2,587 19.55 1,936 17.64
Obes 50,594 15.55 12,794 15.13 2,030 15.34 1,982 18.06
Tidak Laksana
2,351 0.72 104 0.12 61 0.46 69 0.63
Jumlah 325,302 100.0 84,574 100.0 13,232 100.0 10,973 100.0
Jadual 16 Analisis Perbandingan Keputusan BMI Murid Tahun 6 Antara Jenis Sekolah
22
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
Sumber: Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) merupakan satu kaedah sistematik yang
digunakan untuk mengumpul maklumat yang dapat menggambarkan ciri,
atribut atau tret psikologi seseorang, sama ada dalam domain kognitif atau
afektif. PPsi diperkenalkan untuk mengukur kebolehan semula jadi (innate
ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) seperti personaliti,
minat kerjaya, aptitud atau kebolehan, kemahiran menyelesaikan masalah,
dan kemahiran berfikir. Pelaksanaan PPsi di sekolah rendah bagi Tahun 6
berfokus kepada Ujian Aptitud Khusus. Ujian Aptitud Khusus mengukur ciri
yang menggambarkan potensi seseorang murid untuk menceburi bidang
pembelajaran, aliran persekolahan atau bidang pekerjaan pada masa akan
datang. Ujian Aptitud Khusus direka bentuk untuk mengenal pasti sama ada
murid memiliki kecerdasan seperti Verbal Linguistik, Visual Ruang, Logik
Matematik, Muzik, Naturalis, Kinestatik, Interpersonal, Intrapersonal dan
Eksistensial.
Inventori Kecerdasan Pelbagai
Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKeP) telah ditadbir kepada semua murid
tahun 6 pada bulan April 2018. Sebanyak lima konstruk yang menunjukkan
peratus kecenderungan murid tinggi iaitu Verbal Linguistik 57.31%, Kinestetik
49.52%, Visual Ruang 44.31%, Logik Matematik 44.31% dan Muzik 42.93%.
Dapatan menunjukkan murid tahun 6 2018 mempunyai kecenderungan dan
kebolehan yang tinggi terhadap konstruk yang berkaitan dengan akademik.
Analisis keseluruhan bagi IKeP mengikut tahap ditunjukkan dalam Jadual 17.
23
Konstruk
Tahap
Rendah (%) Sederhana (%) Tinggi (%)
Verbal Linguistik 13.61 29.08 57.31
Kinestetik 15.12 35.36 49.52
Visual Ruang 15.99 39.70 44.31
Logik Matematik 15.98 40.26 43.76
Muzik 23.63 33.43 42.93
Interpersonal 17.04 42.77 40.19
Intrapersonal 25.76 45.39 28.85
Naturalis 36.84 39.58 23.57
Eksistensial 44.69 36.08 19.23
Jadual 17 Peratus Analisis Keseluruhan IKeP Mengikut Tahap
24
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
Sumber: Lembaga Peperiksaan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menilai pencapaian murid dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di
samping Bahasa Cina atau Bahasa Tamil bagi murid di Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJK). UPSR berperanan sebagai check point untuk mengukur
kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul selama enam tahun di
sekolah rendah.
Daftar Calon UPSR 2018
Pada tahun 2018, seramai 440,743 orang calon telah mendaftar untuk
menduduki UPSR. Daripada jumlah itu, 430,031 (97.6%) adalah calon
sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) manakala 10,712 (2.4%)
adalah calon sekolah swasta. UPSR telah dijalankan pada 20 dan 24 hingga
27 September 2018 di 8,100 pusat peperiksaan.
Pencapaian Calon UPSR 2018
Rajah 1 Perbandingan Tahap Penguasaan Minimum Tahun 2018 dengan 2017
67.40%
31.23%
1.37%
68.13%
30.32%
1.55%
Mencapai Tahap PenguasaanMinimum
Belum mencapai sekurang-kurangnya satu mata
pelajaran
Belum mencapai semua matapelajaran
2018
2017
25
Rajah 2 Perbandingan Pencapaian Calon Peperiksaan UPSR Tahun 2018 dengan Tahun 2017
Tafsiran Gred
Gred Tafsiran Gred
A Cemerlang
B Baik
C Memuaskan
D Mencapai Tahap Minimum
E Belum Mencapai Tahap Minimum
Jadual 18 Tafsiran Gred UPSR
2.10%
2.61%
7.55%
19.66%
35.48%
31.11%
1.37%
0.12%
2.08%
2.54%
7.50%
20.71%
35.31%
30.18%
1.55%
0.13%
Semua A
Maksimum 1B
Minimum 2B
Minimum 1C
Minimum 1D
Minimum 1E
Semua E
Lain-lain Kombinasi
2018
2017
26
Prestasi Mata Pelajaran
Mata Pelajaran Bahasa
Kertas Pemahaman
Kertas Penulisan
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina Bahasa Tamil
•Berupaya menguasai pengetahuan dan kefahaman sistem bahasa dengan kosa kata tepat dan luas.
•Menguasai kemahiran aplikasi bahasa dan maklumat.
•Kemahiran kreatif dan apresiasi bahasa dalam menyampaikan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai bahan pada tahap cemerlang.
Tahap Cemerlang
•Menguasai pengetahuan dan kefahaman tatabahasa.
•Berupaya menyampaikan sebahagian maklumat yang diperoleh pada tahap sederhana.
Tahap Memuaskan
•Penguasaan pengetahuan dan kefahaman sistem bahasa pada tahap rendah.
•Kosa kata terhad serta penyampaian maklumat yang kurang memuaskan.
Belum Mencapai Tahap Minimum
•Mempamerkan penguasaan dalam penggunaan pelbagai ayat yang gramatis.
•Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang tepat dan luas.
•Penyampaian yang sangat jelas dan menarik.
Tahap Cemerlang
•Menguasai kosa kata yang betul pada tahap sederhana.
•Berupaya menyampaikan sebahagian maklumat yang diperoleh daripada pelbagai bahan pada tahap yang memuaskan.
Tahap Memuaskan
•Penguasaan dalam kata dan kosa kata adalah sangat terhad.
•Ayat tidak gramatis serta penyampaian dan pengolahan idea bercampur aduk dan tidak menarik.
Belum Mencapai Tahap Minimum
27
Prestasi Mata Pelajaran 2018
Rajah 3 Prestasi Mata Pelajaran Bahasa Mengikut Gred
26.99%
25.96%
17.71%
23.36%
12.55%
11.18%
20.10%
14.86%
15.85%
25.93%
19.71%
31.54%
29.95%
31.44%
24.35%
17.24%
19.32%
7.02%
23.56%
16.45%
32.48%
24.34%
33.42%
34.73%
25.68%
24.10%
23.06%
28.41%
22.33%
20.17%
21.65%
24.17%
21.03%
28.17%
18.48%
18.42%
13.28%
13.14%
24.69%
17.20%
28.91%
36.18%
23.05%
24.08%
20.03%
13.54%
16.06%
7.70%
4.10%
5.36%
10.19%
13.78%
16.89%
25.45%
11.64%
20.44%
10.61%
8.02%
12.33%
7.61%
Bahasa MelayuPemahaman (SK)
Bahasa MelayuPenulisan (SK)
Bahasa MelayuPemahaman (SJK)
Bahasa MelayuPenulisan (SJK)
Bahasa InggerisPemahaman (SK)
Bahasa InggerisPenulisan (SK)
Bahasa InggerisPemahaman (SJK)
Bahasa InggerisPenulisan (SJK)
Bahasa CinaPemahaman
Bahasa CinaPenulisan
Bahasa TamilPemahaman
Bahasa TamilPenulisan
Peratus
A
B
C
D
E
Bilangan Calon: 328,939 Bilangan Calon: 328,990 Bilangan Calon: 98,108 Bilangan Calon: 98,113 Bilangan Calon: 329,021 Bilangan Calon: 329,024
Bilangan Calon: 98,142 Bilangan Calon: 98,144 Bilangan Calon: 84,876 Bilangan Calon: 84,876
Bilangan Calon: 13,252 Bilangan Calon: 13,255
28
Prestasi Mata Pelajaran
Mata Pelajaran Matematik
Mata Pelajaran Sains
•Menguasai pengetahuan dan kemahiran asas matematik secara sistematik dalam semua konteks.
•Menguasai kemahiran menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai strategi betul dan tepat dalam semua konteks.
Tahap Cemerlang
•Menguasai pengetahuan dan kemahiran asas secara sistematik.
•Menguasai kemahiran menyelesaikan masalah menggunakan pelbagai strategi betul dan tepat dalam sebahagian konteks.
Tahap Memuaskan
•Menguasai pengetahuan dan kemahiran asas matematik yang rendah.
Belum Mencapai Tahap Minimum
•Mempamerkan penguasaan pengetahuan dan pemahaman dalam semua fakta dan konsep asas sains,
•Menguasai kemahiran proses sains.
•Kemahiran menyelesaikan masalah dalam semua situasi.
Tahap Cemerlang
•Menguasai pengetahuan dan pemahaman dalam sebahagian fakta dan konsep asas sains.
•Menguasai sebahagian kemahiran proses sains.
•Kemahiran menyelesaikan masalah dalam sebahagian situasi.
Tahap Memuaskan
•Menguasai pengetahuan, pemahaman dan kemahiran proses sains serta kemahiran menyelesaikan masalah pada tahap rendah.
Belum Mencapai Tahap Minimum
Matematik Sains
29
Prestasi Mata Pelajaran 2018
Rajah 4 Prestasi Mata Pelajaran Matematik & Sains Mengikut Gred
18.22%
10.31%
15.52%
31.25%
16.96%
33.77%
29.80%
20.79%
19.50%
3.88%
Matematik
Sains
A
B
C
D
E
Bilangan Calon: 427,126 Bilangan Calon: 427,151
30
PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH
Sumber: Lembaga Peperiksaan
Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) dilaksanakan kepada murid
berkeperluan khas masalah pembelajaran pada tahun terakhir di sekolah
rendah. Seramai 3,495 murid telah menduduki PASR pada tahun ini.
ProKhas 1 telah dijalankan bermula 17 Julai hingga 7 September 2018
manakala ProKhas 2 dijalankan mulai 12 September hingga 12 Oktober 2018
melibatkan 893 sekolah.
Pencapaian murid PASR 2018
Jadual 19 Perbandingan pencapaian murid PASR tahun 2018 berbanding
2017
Tafsiran Tahap Kompetensi
Tahap Kompetensi Tafsiran
Kompeten Terpuji
Umumnya murid cemerlang dan mampu berdikari dalam
melaksanakan tugasan, melakukan sedikit kesalahan dan
memerlukan bimbingan yang sangat minimum daripada guru.
Kompeten
Murid mampu mencapai tahap minimum kesemua kriteria dalam
konstruk. Murid memerlukan bimbingan berterusan daripada guru
untuk melaksanakan tugasan.
Belum Kompeten
Secara umumnya murid tidak mencapai tahap minimum dan
memerlukan bantuan guru dalam hampir kesemua langkah
tugasan.
Jadual 20 Tafsiran Tahap Kompetensi PASR
Tahun
Kompeten terpuji ProKhas 1
Kompeten terpuji ProKhas 2
Kompeten Terpuji ProKhas 1 & 2 Jumlah
Murid Bil Peratus Bil Peratus Bil Peratus
2107 373 12.0% 171 5.5% 109 3.5% 3096
2018 370 10.6% 277 7.9% 161 4.6% 3495
31
Pencapaian murid dalam ProKhas 1
Rajah 5 Tahap pencapaian murid dalam ProKhas 1
48.21%
31.81%
29.55%
37.26%
44.71%
41.73%
25.52%
44.43%
30.78%
56.73%
48.29%
59.95%
49.57%
54.25%
49.84%
51.49%
56.77%
46.47%
52.17%
41.21%
3.50%
8.23%
20.88%
8.49%
5.45%
6.78%
17.71%
9.10%
17.05%
2.07%
BM Kemahiran Mendengar
BM Kemahiran Menulis
BM Kemahiran Membaca &Memahami Maklumat
BM Kemahiran Bertutur
KH Pengetahuan & Kefahaman
KH Kemahiran Aplikasi
KH Kemahiran Berfikir Secara Kritis &Kreatif
MT Kemahiran Asas
MT Kemahiran Aplikasi
Amalan Nilai Positif Bermasyarakat
Peratus
Kompeten Terpuji Kompeten Belum Kompeten
Bilangan Murid: 3,487 Bilangan Murid: 3,486
Bilangan Murid: 3,486
Bilangan Murid: 3,486
Bilangan Murid: 3,485
Bilangan Murid: 3,482
Bilangan Murid: 3,484 Bilangan Murid: 3,482
Bilangan Murid: 3,479
Bilangan Murid: 3,485
32
Pencapaian murid dalam ProKhas 2
Rajah 6 Tahap pencapaian murid dalam ProKhas 2
34.92%
28.37%
23.93%
23.38%
40.28%
31.70%
29.77%
26.35%
35.46%
54.72%
58.23%
62.15%
51.73%
59.70%
52.65%
57.59%
56.84%
55.17%
55.12%
42.75%
6.85%
9.48%
24.34%
16.92%
7.08%
10.71%
13.39%
18.49%
9.41%
2.53%
BI Kemahiran Mendengar
BI Kemahiran Menulis
BI Kemahiran Membaca &Memahami Maklumat
BI Kemahiran Bertutur
SN Pengetahuan & Kefahaman
SN Kemahiran Proses Sains
SN Kemahiran Aplikasi
SN Kemahiran Berfikir Secara Kritis& Kreatif
SN Kemahiran Komunikasi &Interaksi Sosial
Amalan Nilai Positif Kendiri
Peratus
Kompeten Terpuji Kompeten Belum Kompeten
Bilangan Murid: 3,474
Bilangan Murid: 3,472
Bilangan Murid: 3,472
Bilangan Murid: 3,469
Bilangan Murid: 3,476
Bilangan Murid: 3,473
Bilangan Murid: 3,473
Bilangan Murid: 3,473
Bilangan Murid: 3,474
Bilangan Murid: 3,478
LAMPIRAN 1
33
TAHAP PENGUASAAN
Tahap Tafsiran
Tahap 6 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali
Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi.
Tahap 5 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji
Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.
Tahap 4 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab
Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur secara analitik dan sistematik.
Tahap 3 Tahu, faham dan boleh buat
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
Tahap 2 Tahu dan faham
Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasi.
Tahap 1 Tahu
Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
LAMPIRAN 2
34
CONTOH: PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH TAHUN 6 (PST6)
LAMPIRAN 3
35
TAFSIRAN GRED TAHAP PELIBATAN MURID DALAM KOKURIKULUM
GRED
PERNYATAAN
A
Murid seorang yang sangat aktif, komited dan menunjukkan potensi diri yang tinggi dalam aktiviti yang disertai.
B
Murid merupakan seorang yang aktif, komited dan menunjukkan minat yang memuaskan dalam aktiviti yang disertai.
C
Pelibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti yang disertai adalah memuaskan.
D
Pelibatan murid kurang dan tidak menunjukkan kesungguhan dalam aktviti yang disertai.
E
Pelibatan dan tahap pencapaian murid tidak memuaskan dalam aktiviti yang disertai.
TL
Murid tidak melaksanakan aktiviti (Kes Khas).
LAMPIRAN 4
36
CONTOH: PELAPORAN PAJSK
LAMPIRAN 5
37
CONTOH: PELAPORAN SEGAK
LAMPIRAN 6
38
CONTOH: PELAPORAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
LAMPIRAN 7
39
CONTOH: PERNYATAAN UPSR
LAMPIRAN 8
40
CONTOH: PERNYATAAN PASR
top related