PEKELILING PERLAKSANAAN ARAHAN WAJIB TAKSIR DAN …new.zakatpahang.my/images/wajibtaksir/wajibtaksir.pdf · nama kakitangan masing-masing mengikut format yang dikehendaki (Lampiran
Post on 02-Jul-2019
226 Views
Preview:
Transcript
PEKELILING PERLAKSANAAN ARAHAN WAJIB
TAKSIR DAN PEMBAYARANZAKAT PENDAPATAN
PEKELILING BAGI PENETAPAN PERLAKSANAAN WAJIB TAKSIR ZAKAT AL MAL AL MUSTAFAD / PENDAPATAN BAGI KAKITANGAN KERAJAAN / BADAN BERKANUN / ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI YANG BERAGAMA ISLAM DAN BERKHIDMAT DI NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
LATAR BELAKANG
1
Pekeliling Perlaksanaan Arahan Wajib Taksir & Pembayaran Zakat Pendapatan
Pekeliling bagi penetapan perlaksanaan wajib taksir zakat ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai perlaksanaan wajib taksir pendapatan untuk pengeluaran zakat pendapatan.
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang adalah badan yang berautoriti dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan pentadbiran agama Islam di negeri Pahang termasuk zakat dan �trah. Ini selaras dengan seksyen 82 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 yang menyatakan bahawa ‘Majlis hendaklah mempunyai kuasa dan hendaklah berkewajipan memungut semua zakat dan �trah yang kena dibayar dalam Negeri Pahang menurut Hukum Syarak’.
Bagi maksud memenuhi kehendak seksyen tersebut, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang mengeluarkan pekeliling ini bagi mewajibkan setiap pekerja beragama Islam di negeri Pahang membuat taksiran zakat pendapatan seterusnya memilih cara membayar zakat pendapatan masing-masing.
TUJUAN
PERUTUSAN TIMBALAN YANG DIPERTUA MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG
2
Pekeliling Perlaksanaan Arahan Wajib Taksir & Pembayaran Zakat Pendapatan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Bismillahirrahmanirrahim
Zakat merupakan salah satu sumber kekuatan ekonomi bagi umat Islam. Melalui dana Zakat, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah dapat menjaga maslahah umat Islam khususnya mereka-mereka yang berada di bawah paras Haddul Kifayah atau golongan yang kurang bernasib baik. Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang mendapati bahawa dana Zakat boleh ditingkatkan melalui pelbagai pendekatan. Bilangan pembayar zakat pendapatan atau Zakat Mal Al Mustafad masih berada pada tahap sederhana di mana masih ramai kakitangan awam, badan-badan berkanun dan swasta yang belum membuat taksiran dan membayar Zakat.
Kini sudah sampai masanya semua pekerja yang mempunyai sumber pendapatan wajib mengistiharkan pendapatan masing-masing bagi menentukan seseorang tersebut mencukupi syarat wajib membayar Zakat. ‘Enggan Memberi Taksiran Pendapatan’ dan ‘Tidak Membayar Zakat dan Fitrah’ adalah merupakan kesalahan-kesalahan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013. Kesalahan ini jika disabitkan, boleh membawa kepada hukuman denda dan penjara.
Sebagai langkah untuk meningkatkan dana zakat, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah memutuskan untuk mewajibkan setiap individu yang mempunyai sumber pendapatan membuat taksiran ke atas pendapatan masing-masing bagi menentukan samada dikenakan membayar Zakat atau tidak. Bagi individu yang kena bayar Zakat boleh memilih kaedah membayar Zakat yang sesuai bagi dirinya dan memastikan membayar Zakat mengikut tempoh yang ditetapkan.
3
Pekeliling Perlaksanaan Arahan Wajib Taksir & Pembayaran Zakat Pendapatan
BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA
DATO’ SRI WAN HAJI ABDUL WAHID BIN WAN HASSAN (SSAP., SIMP., DSAP., SAP., JSM., AMP.)Timbalan Yang Dipertua,Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN DENGAN TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN ZAKAT
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013
a) Seksyen 24 - Enggan memberi taksiran pendapatan
“Mana-mana orang yang dikehendaki memberi penyata atau taksiran pendapatannya berhubung dengan zakat dan �trah dalam tempoh yang ditentukan dengan sengaja enggan atau cuba mengelakkan diri daripada berbuat demikian dengan tiada sebab yang munasabah ataupun memberi penyata atau taksiran yang palsu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya”.
b) Seksyen 25(2) - Menghasut supaya mengabaikan kewajipan agama
“Mana-mana orang yang dengan apa-apa cara menghasut atau menghalang mana - mana orang Islam daripada membayar zakat atau �trah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya”.
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang melalui Pusat Kutipan Zakat Pahang akan memastikan agar pelbagai kemudahan disediakan disamping memberikan sebaik-baik perkhidmatan supaya umat Islam dapat menunaikan ibadah Zakat dengan sempurna dan selesa.
Wabillahi tau�q wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
4
Pekeliling Perlaksanaan Arahan Wajib Taksir & Pembayaran Zakat Pendapatan
c) Seksyen 39 – Pembayaran zakat atau �trah kepada orang yang tidak diberi kuasa
“Mana-mana orang yang membayar atau menyebabkan supaya dibayar zakat atau �trah kepada mana-mana orang yang tidak diberi kuasa secara sah untuk memungut zakat atau �trah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya”.
d) Seksyen 40 - Tidak membayar zakat atau �trah
“Mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau �trah tetapi -
enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau �trah itu; atau
enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau �trah itu melalui amil yang dilantik, atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa, oleh Majlis untuk memungut zakat atau �trah,
a)
b)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya”.
5
Pekeliling Perlaksanaan Arahan Wajib Taksir & Pembayaran Zakat Pendapatan
Mengeluarkan zakat merupakan satu kemestian yang wajib dilakukan oleh setiap individu Muslim yang telah cukup syarat-syaratnya berdasarkan kepada �rman Allah S.W.T dalam ayat 43 surah Al Baqarah;
“ Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkan zakat, dan rukuklah kamu semua (berjema’ah) bersama-sama orang yang rukuk ”
TANGGUNGJAWAB INDIVIDU MUSLIM
Adalah menjadi kewajipan bagi umat Islam yang cukup syarat-syaratnya untuk menunaikan zakat ke atas sumber penggajian / pendapatan yang merupakan salah satu sumber utama harta dimiliki.
Seruan kewajipan menunaikan zakat pendapatan yang merupakan cabang daripada harta adalah seperti mana yang terkandung di dalam �rman Allah S.W.T dalam ayat 267 surah Al Baqarah;
“ Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.. ”
FATWA ZAKAT PENDAPATAN
Berhubung dengan kewajipan menunaikan Zakat Pendapatan, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang telah memutuskan bahawa :
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak (2001) bersetuju memutuskan bahawa Zakat Penggajian (ditukar kepada Zakat Mal Mustafad) adalah wajib dengan menggunapakai kaedah kiraan berdasarkan kepada ‘Kaedah Perbelanjaan Sebenar’ dan ‘Kaedah Perbelanjaan Terhad’
PERINTAH BERZAKAT
6
KAEDAH PENGIRAAN
Kaedah pengiraan zakat pendapatan yang ditetapkan di negeri Pahang adalah seperti berikut :
Pendapatan setahun ditolak dengan Perbelanjaan (berdasarkan kepada Had Kifayah) dalam tempoh setahun, (tertakluk baki melebihi Nisab semasa), didarab dengan 2.5%
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Darul Makmur (27 Mei 2014) telah menambahbaik kepada keputusan terdahulu memutuskan bahawa :
Bersetuju bahawa hukum Zakat al Mal al Mustafad adalah wajibTakrif Zakat al Mal al Mustafad ialah : a. Harta Penggajian dan Upah Kerja b. Harta Hasil Bebas c. Harta al MustaghallatBersetuju kaedah pengiraan Zakat al Mal al Mustafad adalah berdasarkan kepada Had al Kifayah.
i)ii)
iii)
TATACARA DAN PROSES PERLAKSANAAN
Tanggungjawab Ketua Jabatan / Majikan
(a) Setiap Ketua Jabatan / Majikan adalah dikehendaki mengemukakan senarai nama kakitangan masing-masing mengikut format yang dikehendaki (Lampiran 1) dan mengembalikannya (setelah lengkap) kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang selewat-lewatnya pada atau sebelum 30 April setiap tahun di alamat :
Bahagian Khidmat Zakat BerjadualPusat Kutipan Zakat PahangNo.111A, Tingkat 1, Bangunan MUIPJalan Mahkota 25000 Kuantan Pahang
Pekeliling Perlaksanaan Arahan Wajib Taksir & Pembayaran Zakat Pendapatan
7
Pekeliling Perlaksanaan Arahan Wajib Taksir & Pembayaran Zakat Pendapatan
(b) Pusat Kutipan Zakat Pahang akan menghantar Borang Penyata Pendapatan dan Taksiran Zakat (Lampiran 2) kepada majikan dan Borang tersebut hendaklah diserahkan oleh majikan kepada kakitangan masing-masing untuk dibuat taksiran zakat.
Tanggungjawab Individu / Kakitangan
(a) Setiap kakitangan dikehendaki membuat taksiran zakat melalui dua kaedah iaitu :
i. Borang Penyata Pendapatan Dan Taksiran Zakat dan mengembalikannya (setelah lengkap) kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang dengan menggunakan sampul surat POS JELAS yang disediakan; atau
ii. Secara Atas Talian di alamat http://etaksir.zakatpahang.my
selewat-lewatnya pada atau sebelum 31 Oktober setiap tahun.
(b) Mana-mana pegawai / kakitangan yang tertakluk dengan kewajipan zakat (setelah dibuat taksiran) dikehendaki melakukan pembayaran zakat pendapatan masing-masing melalui salah satu daripada kaedah-kaedah berikut :
i. Mengisi Borang Arahan Potongan Gaji Untuk Bayaran Zakat ; atau
ii. Melalui saluran bayaran yang disediakan oleh Pusat Kutipan Zakat Pahang (sila rujuk Lampiran 3) ;
selewat-lewatnya pada atau sebelum 30 November setiap tahun.
8
Pekeliling Perlaksanaan Arahan Wajib Taksir & Pembayaran Zakat Pendapatan
REBAT CUKAI BULANAN
Bagi kakitangan yang tertakluk kepada potongan cukai bulanan (PCB), setiap nilai dari Zakat yang dibayar akan mendapat pengurangan secara terus dari nilai PCB tersebut sebagai contoh ; PCB bulan November 2017 PCB patut dipotong : RM100 ZAKAT dipotong : RM 100 PCB perlu dipotong : TIADA
Pekeliling / Arahan ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh ianya dikeluarkan.
Pekeliling ini terpakai bagi semua kakitangan kerajaan / badan berkanun / anak-anak syarikat kerajaan negeri yang beragama Islam dan berkhidmat di Negeri Pahang Darul Makmur.
TARIKH BERKUATKUASA
PEMAKAIAN
LAM
PIRA
N 1
BORA
NG
MA
KLU
MAT
PEG
AWA
I DA
N A
NG
GO
TA P
ERKH
IDM
ATA
N
NA
MA
MA
JIK
AN
:
NO
TEL
EFO
N M
AJI
KA
N
:
BIL.
NA
MA
NO
MYK
AD
JAW
ATA
N /
GRE
DTE
MPA
T BE
RTU
GA
S
10
Pekeliling Perlaksanaan Arahan Wajib Taksir & Pembayaran Zakat Pendapatan
Pekeliling Perlaksanaan Arahan Wajib Taksir & Pembayaran Zakat Pendapatan
LAMPIRAN 2
11
*Borang ini tertakluk kepada perubahan
CONTOH
12
Pekeliling Perlaksanaan Arahan Wajib Taksir & Pembayaran Zakat Pendapatan
SALURAN BAYARAN ZAKAT
SKIM BARAKAH
LAIN-LAIN
KAUNTER
LAMPIRAN 3
* Borang Arahan Potongan Gaji Untuk Bayaran Zakat (PKZ-BO-P04/B1)
*Secara Atas Talian(http://eborang.zakatpahang.my/borangpzb/daftarpzb.aspx)
PKZ Cawangan KuantanTel: 09-5162525
PKZ Cawangan TemerlohTel: 09-2966616
PKZ Cawangan RaubTel: 09-3550515
PKZ Cawangan PekanTel / Faks: 09-4221515
KAD DEBIT / KAD KREDIT TERMINAL KAD
‘ONLINE BANKING’ PAYQUICK / MYEG
Unit Kaunter Bergerak (UKB) Pejabat Pos Kaunter UTC
PKZ Cawangan RompinTel / Faks: 09-4147517
PKZ Cawangan Muadzam ShahTel / Faks: 09-4522515
PKZ Cawangan JengkaTel / Faks: 09-4675616
PKZ Cawangan JerantutTel / Faks: 09-2669916
PKZ Cawangan BeraTel / Faks: 09-2506616
PKZ Cawangan BentongTel / Faks: 09-2231626
PKZ Cawangan Kuala LipisTel / Faks: 09-3121216
PKZ Cawangan MaranTel / Faks: 09-4771515
top related