NUR NADIA BINTI RAMLI - fp.utm.my · PDF fileBAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN TIGA BERTAJUK ... 4.29 Paparan Arahan Teka Silang Kata 65 4.30 Paparan Teka Silang Kata 65 4.31 Paparan
Post on 30-Jan-2018
249 Views
Preview:
Transcript
PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE
BAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN TIGA BERTAJUK
‘RESPIRATION’
NUR NADIA BINTI RAMLI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE
BAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN TIGA BERTAJUK
‘RESPIRATION’
NUR NADIA BINTI RAMLI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universti Teknologi Malaysia
MEI 2009
iii
DEDIKASI
Diabadikan untuk insan-insan tersayang
Abah dan umi tercinta
Ramli bin Yusof
&
Suaibah binti Mukhtar
Serta adik-adikku teman berhibur
Kasih sayangku buat kalian tiada penghujungnya...
Tuan Hj Muslim bin Jonid
Segala tunjuk ajarmu akan kuingati selalu
Tidak lupa buat teman-temanku
Fatihah, Salehah, Fadhillah,
Nadiah dan Yasmah
serta
Semua rakan 4 SPN 2009
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat-Nya
Kepada kalian di dunia dan akhirat
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T dan selawat ke atas junjungan kita Nabi
Muhammad S.A.W. Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi kekuatan
untuk menyiapkan laporan dan projek bertajuk “Pembangunan Web Portal Berasaskan
MOODLE Bagi Mata Pelajaran Sains Tingkatan Tiga Bertajuk ‘Respiration’ ” ini
sehingga selesai.
Laporan dan web portal ini tidak akan terhasil tanpa bantuan, galakan dan
sokongan daripada semua pihak yang terlibat. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Muslim Bin Jonid selaku penyelia di atas segala
tunjuk ajar serta pengorbanan masa yang dicurahkan.
Akhir kata, terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan,
terutama rakan-rakan daripada 4 SPN yang telah banyak membantu secara langsung atau
tidak langsung untuk menyempurnakan projek ini. Semoga Allah S.W.T akan memberi
ganjaran sewajarnya.
v
ABSTRAK
Dalam bidang pendidikan, penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
merupakan perkara penting untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang berkesan.
Penggunaan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran secara maya telah menjadi
kaedah pengajaran masa kini. Ekoran daripada perkembangan teknologi maklumat
yang pesat, terdapat pelbagai bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran yang
mampu menarik minat pelajar serta guru untuk membantu pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Sehubungan dengan itu, pembinaan web portal berasaskan
Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) bagi tajuk
‘Respiration’ ini akan membanyakkan lagi bahan pengajaran dan pembelajaran sedia
ada. Web portal ini menggunakan MOODLE sebagai platform utama dan perisian
Microsoft Power Point 2007 sebagai platform untuk membangunkan isi kandungan.
Web portal ini dibangunkan dengan menggunakan beberapa perisian lain seperti
Adobe Photoshop 7, Sony Vegas 8.0, Sound Forge 8.0, Macromedia Flash 8, Ulead
Cool 3D dan Ulead GIF Animator 5.0. Web portal ini dilengkapi dengan lesson,
quiz, glossary, forum, journal dan games yang mampu memberangsang minat
pelajar. Dengan terhasilnya web portal ini, diharapkan proses pembelajaran untuk
konsep-konsep yang abstrak dan sukar dapat dijelaskan dengan mudah dan difahami
oleh pelajar.
vi
ABSTRACT
In education, the used of teaching materials is important to create effective
teaching and learning. Nowadays, virtual learning has been used as a method for
teaching and learning. The consequences from the evolution of information
technologies, there are various teaching and learning material that can attract teachers
and students interested in teaching and learning in school. Therefore, the development of
web portal based on Computer Assisted Learning (CAL) for the topic ‘Respiration’ will
be added to the current teaching and learning materials. This portal used MOODLE as a
main platform and Power Point 2007 as platform for the content development. The
portal has been developed using the combination of several software’s which includes
Adobe Photoshop 7, Sony Vegas 8.0, Sound Forge 8.0, Macromedia Flash 8, Ulead Cool
3D and Ulead GIF Animator 5.0. This portal equipped with lesson, quiz, glossary,
forum, journal and games that can attract students’ interest. By developing this portal, it
is hope that the abstract and difficult concept of learning can be explained clearly and
easily understands by students.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
viii
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah Projek 5
1.4 Objektif Projek 5
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 6
1.6 Kepentingan Pembangunan 6
1.7 Skop Projek 7
1.8 Definisi Istilah 7
1.8.1 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 7
1.8.2 E-Book 8
1.8.3 E-Pembelajaran 8
1.8.4 Internet 8
1.8.5 MOODLE 8
1.8.6 Pengajaran & Pembelajaran 9
Berbantukan Komputer (PPBK)
1.8.7 Pengguna 9
1.8.8 Web Portal 9
1.9 Penutup 10
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 E-Pembelajaran 12
2.3 Perbezaan Antara Pembelajaran 13
Tradisional Dan E-Pembelajaran
2.4 MOOLDE 14
2.4.1 Sistem Kursus MOODLE 14
2.4.2 Ciri-Ciri MOODLE 15
2.4.3 Kelebihan MOODLE 16
ix
2.5 Portal Pendidikan 17
2.5.1 Contoh Portal Pendidikan Di Malaysia 18
2.5.1.1 Portal Cikgu.Net 18
2.5.1.2 Portal Pendidikan Utusan 18
2.6 Pengajaran Dan Pembelajaran 20
Berbantukan Komputer (PPBK)
2.7 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 21
2.8 Buku Elektronik (E-Book) 22
2.9 Perbezaan Antara PPBK, BBM Dan 23
E-Book
2.10 Teori Pembelajaran 25
2.10.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 26
2.11 Taksonomi Bloom 27
2.11.1 Peringkat-Peringkat Pada 27
Taksonomi Bloom
2.12 Model ADDIE 29
2.13 Kesalahfahaman Konsep 30
2.14 Penutup 31
BAB 3 REKA BENTUK PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Pemilihan Model Reka Bentuk Web Portal 34
3.2.1 Analisis 34
3.2.1.1 Analisis Terhadap 34
Kumpulan Sasaran
3.2.1.2 Analisis Terhadap Tajuk 35
Dan Skop Isi Pelajaran
x
3.2.1.3 Analisis Objektif Pelajaran 35
3.2.2 Reka Bentuk 36
3.2.3 Pembangunan 37
3.2.4 Pelaksanaan 38
3.2.5 Penilaian 38
3.3. Pemilihan Perisian Multimedia 39
3.3.1 Adobe Photoshop 39
3.3.2 Ulead Cool 3D 39
3.3.3 Ulead Cool 3D Production Studio 40
3.3.4 Sound Forge 8.0 40
3.3.5 Macromedia Flash 8 40
3.3.6 Sony Vegas 8.0 40
3.3.7 Ulead Gif Animator 5.0 41
3.4 Pemilihan Perkakasan 42
3.5 Spesifikasi Cadangan Kepada Pengguna 42
3.6 Aliran Kandungan Bahan Pengajaran 43
Dan Pembelajaran Web Portal
3.7 Penutup 44
BAB 4 PENGGUNAAN WEB PORTAL
4.1 Pengenalan 45
4.2 Cara Menggunakan Web Portal 45
4.3 Reka Bentuk Topik Respirasi 46
4.3.1 Skrin Menu Utama 47
4.3.2 Pengenalan 48
4.3.3 Lesson 50
xi
4.3.3.1 Lesson 1 51
4.3.3.2 Lesson 2 51
4.3.3.3 Lesson 3 52
4.3.3.4 Lesson 4 53
4.3.3.5 Lesson 5 54
4.3.3.6 Lesson 6 55
4.3.3.7 Penilaian 56
4.3.3.8 Glosari 60
4.3.4 Kuiz 61
4.3.5 Take Five 64
4.3.6 Forum Dan Perbincangan 66
4.3.7 Chatting 67
4.3.8 Jurnal 68
4.4 Panduan Pengguna 69
4.5 Penutup 70
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 71
5.2 Perbincangan 72
5.3 Kelebihan Web Portal Berasaskan 73
MOOLDE
5.4 Kelemahan Web Portal Berasaskan 74
MOOLDE
5.5 Kelebihan Menggunakan Power 74
Point
5.6 Masalah Yang Dihadapi 75
5.6.1 Kekurangan Kepakaran 76
xii
5.6.2 Kekurangan Kemudahan 76
Internet
5.6.3 Kekurangan Masa 77
5.7 Cadangan Mengatasi Masalah 77
5.8 Kesimpulan 78
5.9 Penutup 78
RUJUKAN 80
LAMPIRAN 82
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Perbezaan PPBK, BBM Dan E-Book 23
2.2 Penerangan Peringkat-Peringkat Pada 27
Taksonomi Bloom
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Aliran Kerja Model ADDIE 29
4.1 Paparan Daftar Masuk (Login) 46
4.2 Paparan Skrin Menu Utama 47
4.3 Paparan Montaj Selamat Datang 48
4.4 Paparan Montaj Sub topik Isi Pelajaran 49
4.5 Paparan Montaj Sub topik Isi Pelajaran 49
4.6 Paparan Menu Isi Pelajaran 50
4.7 Paparan Lesson 1 51
4.8 Paparan Lesson 2 51
4.9 Paparan Lesson 3 52
4.10 Paparan Lesson 3 52
4.11 Paparan Lesson 4 53
4.12 Paparan Lesson 4 53
4.13 Paparan Lesson 5 54
4.14 Paparan Lesson 5 54
4.15 Paparan Lesson 6 55
4.16 Paparan Penilaian Pengetahuan Sedia Ada 56
4.17 Paparan Penilaian Formatif 57
4.18 Paparan Penilaian Sumatif 58
4.19 Paparan Tindak Balas Jawapan Betul 59
xv
4.20 Paparan Tindak Balas Jawapan Salah 59
4.21 Glosari 60
4.22 Paparan Soalan Kuiz Aneka Pilihan 61
4.23 Paparan Tindak Balas Bagi Jawapan Betul 62
4.24 Paparan Tindak Balas Bagi Jawapan Salah 62
4.25 Paparan Soalan Kuiz Betul/Salah 63
4.26 Paparan Tindak Balas Bagi Jawapan Betul 63
4.27 Paparan Tindak Balas Bagi Jawapan Salah 63
4.28 Paparan Menu Sesi Rehat Sebentar 64
4.29 Paparan Arahan Teka Silang Kata 65
4.30 Paparan Teka Silang Kata 65
4.31 Paparan Forum 66
4.32 Paparan Chat 67
4.33 Paparan Chat 67
4.34 Paparan Menu Jurnal 68
4.35 Paparan Menulis Jurnal 68
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK Halaman
A Contoh Soalan Kuiz 1 (Multiple Choices) 82
B Contoh Soalan Kuiz 2 (True / False) 87
C Contoh Soalan Assignment 89
D Surat Sokongan 91
xvii
SENARAI SINGKATAN
BBM - Bahan Bantu Mengajar
CAL - Computer Assisted Learning
CBL - Computer Based Learning
CMS - Course Management System
IBM - Internasional Business Machine-
ICT Information and Communication Technology
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
IT - Information Technology
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
MOODLE - Modular Object Oriented Dynamic Learning
Environment
MSC - Multimedia Super Corridor
PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendididkan
PPBK - Pengajaran & Pembelajaran Berbantukan
Komputer
PPS - Power Point Show
RAM - Random Access Memory
WWW - World Wide Web
3D - Three Dimension
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam era globalisasi ini, ledakan Teknologi Maklumat (IT) meletus tanpa
mengira tempat dan waktu dan evolusinya seakan-akan tidak terhenti. Bermula dari
segi telekomunikasi, peralatan audio dan video, komputer dan sebagainya, semuanya
mengalami evolusi dengan begitu pantas. Namun begitu, IT pada pandangan
masyarakat lebih tertumpu kepada komputer jika dibandingkan dengan peranti-peranti
lain.
Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu
yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan
Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus
pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan
hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi
sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi
hampir semua mata pelajaran.
2
Pelbagai aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai
satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap
perkembangan teknologi maklumat. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (1997),
budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori
kepada yang berpengetahuan, berpendirian, kreatif dan penyayang dengan menggunakan
teknologi terkini. Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran
mewujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan
dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor atau MSC).
Pelaksanaan Sekolah Bestari membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer
dan internet, membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan
(KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang
perniagaan dan komunikasi memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.
Pada zaman teknologi maklumat ini juga , World Wide Web (WWW) telah
menjadikan internet mesra pengguna di mana penggunaan media grafik, animasi, teks,
audio dan video telah digabungkan bersama di dalam laman web. Pembangunan web
portal hasil gabungan multimedia telah membuka mata masyakarat tentang
keberkesanan pembelajaran berasaskan komputer ini. Pelaksanaan e-pembelajaran
adalah satu contoh cara pembelajaran yang memudahkan pelajar mengakses bahan serta
mempelajarinya mengikut keperluan tanpa memerlukaan keadaan yang formal.
E-pembelajaran merupakan strategi baru yang diperkenalkan dalam kaedah
pembelajaran dan menggantikan sistem pendidikan yang lama. Web portal adalah satu
salah satu laman yang berbentuk e-pembelajaran. Sebagai contoh, Portal Pendidikan
Utusan yang dilancarkan sejak Julai 2001. Mengikut sumber berita Utusan Melayu (16
September, 2002), Portal Pendidikan Utusan Melayu telah menyediakan bahan-bahan
subjek Sains dan Matematik Tahun Satu dalam versi Bahasa Inggeris mulai tahun 2003.
E-Pembelajaran tidak hanya mencakupi pembelajaran jarak jauh secara maya dan
melibatkan web portal sahaja, malahan membantu perkongsian maklumat dengan lebih
berkesan di internet seperti forum, e-mel, video dan perbualan (chatting). Pengetahuan
3
dalam e-pembelajaran juga dapat disebarkan secara serentak di mana pelajar dapat
mencapai maklumat dari laman web yang berkaitan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kemajuan dan perubahan dalam teknologi maklumat memberikan cabaran besar
terhadap profesion perguruan. Guru-guru perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan
pembelajaran menggantikan pendekatan tradisional yang kurang berasaskan inovasi
teknologi. Untuk menerajui pendidikan pada masa hadapan, setiap guru perlu
memahirkan diri dengan teknologi maklumat.
Perubahan corak pendidikan negara secara umumnya adalah seiringan dengan
arus pembangunan negara. Menurut (Abu Hassan, 2003),
“Reformasi pendidikan yang dilakukan perlu dapat membina pelajar yang
berketerampilan supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang
berubah-ubah dalam sistem ekonomi baru dan lapangan industri. Bermakna,
pengajaran yang berkesan dalam bidang sains, teknologi, informasi, yang antara
lain meliputi matematik dan komputer perlu diberi penekanan khususnya dalam
reformasi pendidikan”.
Sistem pengajaran pada zaman dahulu biasanya hanya menggunakan kapur dan
papan hitam sahaja. Pengajaran secara tradisional ini kebiasaannya hanya melibatkan
hubungan sehala di mana hanya guru yang memberi penerangan manakala pelajar hanya
mendengar dan mencatat apa yang diajar tanpa memberi sebarang tindak balas. Namun
4
begitu, peningkatan kajian mengenai cara manusia berfikir telah membawa kepada
pelbagai teori pembelajaran seterusnya membawa kepada kepelbagaian teknik
pengajaran yang menjadikan wujudnya pelbagai aktiviti pembelajaran yang lebih
bermakna di dalam kelas.
Perkembangan negara dari sudut ICT (Information and Communication
Technology) telah membuka satu lagi cabang pengajaran dan pembelajaran di negara ini
ditambah dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh KPM dalam memperkasakan
bidang pendidikan negara. Ini dapat dilihat melalui pelbagai projek ICT yang
dilaksanakan.
Konsep pembelajaran elektronik (web portal) dianggap sebagai satu pengaruh
penggunaan media serta sumber elektronik terutamanya sumber internet ke atas
pengalaman pembelajaran pelajar (Faizal, 2004). Melalui web portal, pembelajaran
kendiri boleh dilaksanakan dengan lebih efektif di mana pelajar boleh memilih masa,
kandungan serta hala tuju pembelajaran. Selain itu, pelajar juga berpeluang mempelajari
tajuk yang sukar difahami secara berulang kali sehingga mereka dapat memahami
bahagian tersebut dengan baik.
Web portal berasaskan MOODLE merupakan satu kaedah pembelajaran yang
dinamik dan sesuai dijalankan oleh pelajar di dalam dan di luar waktu sekolah. Ciri-ciri
yang menarik inilah menyebabkan e-pembelajaran ini menjadi salah satu keadah
pengajaran dan pembelajaran terkini dan sekiranya pelajar dibantu menggunakan e-
pembelajaran dengan cara yang betul dan berkesan, ia dapat membantu mengurangkan
penggunaan internet secara negatif.
5
1.3 Pernyataan Masalah Projek
Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan
pendekatan untuk digunakan. Burke (1982) menyatakan bahawa Pengajaran dan
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) adalah penggunaan komputer yang
membantu proses pengajaran yang menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
bermakna dan menyeronokkan.
Oleh yang demikian, penggunaan web portal berasaskan MOODLE di mana
penggunaan komputer diaplikasikan akan dapat membantu pelajar menambah
pengalaman pembelajaran terutamanya di luar sesi persekolahan. Selain itu, pelajar juga
masih boleh berinteraksi sesama sendiri mahupun guru yang mengajar melalui ruang
forum atau perbualan (chatting).
1.4 Objektif Projek
Objektif utama pembangunan projek ialah:-
i Membangunkan bahan e pembelajaran (web portal) menggunakan sistem
MOODLE bagi subjek Sains Tingkatan Tiga bertajuk Respiration.
ii Mengisi web portal yang disediakan dengan bahan pengajaran untuk guru dan
bahan sokongan pembelajaran pelajar dengan menggunakan Power Point
sebagai platform.
top related