NOR AZNIZAH BINTI KASMANI - fp.utm.my · ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004 . iii ... penemu. Manakala matlamat
Post on 16-Mar-2019
240 Views
Preview:
Transcript
KAJIAN TENTANG KREATIVITI GURU SAINS DAN MATEMATIK
SEKOLAH MENENGAH
NOR AZNIZAH BINTI KASMANI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
KAJIAN TENTANG KREATIVITI GURU SAINS DAN MATEMATIK
SEKOLAH MENENGAH
NOR AZNIZAH BINTI KASMANI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
iii
Khas buat ayahanda dan bonda yang dikasihi, Kasmani bin Mansor dan
Azizah binti Samad, nenda yang dihormati, Arah binti Hj. Md. Zin dan adinda yang
disayangi, Siti Nor Aishah binti Kasmani, terima kasih atas segala doa, sokongan
dan pengorbanan kalian semua. Tanpa kalian, tidak mungkin kejayaan ini dapat
dikecapi. Tidak dilupakan juga buat sahabat-sahabat yang sentiasa memberikan
dorongan dan galakan. Sesungguhnya jasa dan segala pengorbanan kalian amat
dihargai dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya. Semoga kita
sentiasa berada di dalam rahmatNya.
iv
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana
dengan limpah kurniaNya dapatlah saya menyempurnakan laporan Projek Sarjana
Muda ini dengan jayanya. Saya juga ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Profesor Madya Dr. Mohammad Yusof bin Arshad yang telah banyak
membimbing dan membantu saya menjalankan penyelidikan ini.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pengetua-pengetua
sekolah yang terlibat kerana telah memberikan kebenaran untuk saya menjalankan
penyelidikan di sekolah-sekolah mereka. Kepada guru-guru yang sudi menjawab
borang soal selidik yang dikemukakan, terima kasih atas kerjasama yang telah
diberikan.
Akhir sekali, terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan penyelidikan
ini.
v
ABSTRAK
Penyelidikan ini telah dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kreativiti
guru-guru sains dan matematik sekolah menengah serta melihat perbezaan kreativiti
antara guru-guru sains dan matematik dengan guru-guru bukan sains dan matematik.
Untuk menjawab persoalan ini, sampel yang terdiri daripada 26 orang guru sains dan
matematik dan 34 orang guru bukan sains dan matematik di daerah Muar, Johor
telah dipilih secara rawak. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set
borang soal selidik berdasarkan kemahiran berfikir kreatif Guilford dan Torrance
yang menguji unsur-unsur keaslian, kefasihan atau kelancaran, kelenturan dan
penghuraian. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan skema yang telah
dicadangkan oleh Guilford dan Torrance. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
kreativiti guru-guru sains dan matematik sekolah menengah adalah di tahap yang
sederhana. Walau bagaimanapun, mereka adalah lebih kreatif berbanding guru-guru
bukan sains dan matematik. Usaha-usaha yang berkaitan perlu dilaksanakan bagi
meningkatkan kreativiti guru-guru supaya dapat menggalakkan persekitaran
pembelajaran yang kreatif di dalam kelas sains dan matematik.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research was to study the level of creativity of science
and mathematics teachers in secondary schools and to look at the difference between
the creativity of science and mathematics teachers and the non science and
mathematics teachers. To answer this question, a sample of twenty six of science
and mathematics and thirty four of non science and mathematics teachers in the
district of Muar, Johore have been selected as random. The instrument used in this
study was a set of questionnaires based on Guilford and Torrance’s creative thinking
skill which determine the element of originality, fluency, flexibility and elaboration.
The data was analyzed using the scheme suggested by Guilford and Torrance. The
findings show that the creativity of the science and mathematics teachers is only at a
moderate level. However, they are better than the non science and mathematics
teachers. Some efforts have to be done to improve the teachers’ creativity in order
to foster creative learning environment in science and mathematics classrooms.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif / Tujuan Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan / Limitasi Kajian 8
viii
1.8 Definisi Istilah 8
1.8.1 Kreativiti 9
1.8.2 Guru Sains dan Matematik 9
1.8.3 Guru Bukan Sains dan 9
Matematik
BAB II SOROTAN KAJIAN 10
2.1 Pengenalan 10
2.2 Apa Itu Kreativiti / Pemikiran 10
Kreatif
2.3 Faktor-faktor / Masalah Yang 13
Menghalang Kreativiti
2.4 Salah Tanggapan Umum Terhadap 15
Pemikiran Kreatif dalam
Kelas Sains
2.5 Kepentingan Kreativiti dalam 16
Pengajaran dan Pembelajaran
2.6 Bagaimana Meningkatkan 18
Kreativiti dalam Pendidikan Sains
2.7 Ciri-ciri Seorang Yang Kreatif 21
2.8 Mengukur Kreativiti 23
2.9 Kesimpulan 24
BAB III METODOLOGI KAJIAN 26
3.1 Pendahuluan 26
3.2 Prosedur Kajian 26
3.3 Rekabentuk Kajian 27
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 27
ix
3.5 Instrumen Kajian 28
3.6 Kajian Rintis 30
3.7 Kaedah Analisis Data 30
3.7.1 Cara Pemarkahan 31
BAB IV ANALISIS DATA 33
4.1 Pendahuluan 33
4.2 Keputusan Kajian 34
4.2.1 Bahagian A 34
4.2.2 Bahagian B 39
4.3 Perbezaan Kreativiti antara Guru 69
Sains dan Matematik dengan
Guru bukan Sains dan Matematik
BAB V RUMUSAN, IMPLIKASI DAN 70
CADANGAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 70
5.2 Rumusan 70
5.3 Implikasi Kajian 71
5.4 Kekangan Kajian 73
5.5 Cadangan Kajian 74
5.6 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 75
5.7 Kesimpulan 75
RUJUKAN 77
x
LAMPIRAN
LAMPIRAN A-C 81-91
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan kriteria, bilangan soalan dan butiran 28
item soal selidik
3.2 Taburan perkara dan tujuan item-item 29
soal selidik yang diuji
3.3 Skema markah yang direka berdasarkan 31
skema Guilford dan Torrance
4.1 Responden mengikut mata pelajaran yang 34
diajar sekarang
4.2 Taburan jantina bagi guru-guru sains dan 35
Matematik
4.3 Taburan jantina bagi guru-guru bukan 35
sains dan matematik
4.4 Taburan bangsa bagi guru-guru sains 35
dan matematik
4.5 Taburan bangsa bagi guru-guru bukan sains 36
dan matematik
4.6 Taburan tempoh mengajar bagi guru-guru 36
sains dan matematik
4.7 Taburan tempoh mengajar bagi guru-guru 37
bukan sains dan matematik
4.8 Taburan status guru-guru sains dan matematik 38
xii
4.9 Taburan status guru-guru bukan sains 38
dan matematik
4.10 Taburan kelulusan akademik tertinggi bagi 38
guru-guru sains dan matematik
4.11 Taburan kelulusan akademik tertinggi bagi 39
guru-guru bukan sains dan matematik
4.12 Taburan guru tidak kreatif, sederhana kreatif 69
dan kreatif
xiii
SENARAI SINGKATAN
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
TTCT - Torrance’s Thinking Creativity Test
ABM - Alat Bantu Mengajar
KEMAS - Kemajuan Masyarakat
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set Borang Soal Selidik 81
B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 89
daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 91
Daripada Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kepentingan ilmu sains dan matematik kepada pembangunan sesebuah negara
terutamanya di era globalisasi ini adalah hakikat yang tidak dapat disangkal lagi. Malah
mata pelajaran sains dan matematik juga merupakan mata pelajaran yang terpenting
dalam kurikulum pendidikan di Malaysia memandangkan permintaan tinggi negara
terhadap tenaga manusia dalam bidang teknikal di samping penggalakkan penyelidikan
berkemahiran tinggi.
Tugas seorang guru bukan hanya sebagai penyampai maklumat di dalam bilik
darjah atau di makmal sains, malah ianya terlalu kompleks untuk difahami. Bebanan
dan tanggungjawab guru kini semakin bertambah. Dengan perubahan teknologi
komunikasi yang canggih, kemajuan ilmu pengetahuan juga begitu pantas berubah dan
mudah diperoleh dengan adanya corak pembelajaran alaf baru (Muhammad Fadly,
1999).
2
Bagi membolehkan seseorang belajar, guru perlu merancang dan menyediakan
segala bahan serta peralatan yang kondusif untuk pembelajaran, jauh lebih awal
sebelum masuk ke dalam bilik darjah atau makmal. Di samping itu, guru perlu
menguasai seni dan kemahiran tertentu bagi memungkinkan pembelajaran secara
optimum. Pengajaran dan pembelajaran memerlukan kreativiti dan inovatif tinggi yang
boleh memberi kesan dalam minda pelajar dan juga para guru (Pelita Brunei, 2002).
Dewasa ini, gagasan untuk menghasilkan guru yang kreatif dan inovatif giat
dikempenkan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan (Roselan Baki,
1994). Menurut ahli psikologi Jean Piaget, matlamat asas pendidikan ialah
menghasilkan manusia yang mampu menghasilkan benda baru, bukan sekadar
mengulangi hasil pencapaian generasi terdahulu; manusia yang kreatif, inventif dan
penemu. Manakala matlamat tambahannya pula adalah membentuk minda yang kritis,
yang boleh mengenalpasti dan menilai, bukan menerima bulat-bulat semua benda yang
diberikan (Cronin, 1989).
Selaras dengan perkembangan pendidikan sains dan matematik yang berlaku
secara sejagat, Malaysia telah memberi dimensi baru ke atas proses pengajaran dan
pembelajaran sains dan matematik di sekolah. Kurikulum sains dan matematik KBSM
yang telah digunapakai sejak satu dekad yang lalu telah memberikan penekanan
terhadap kemahiran saintifik, kemahiran berfikir dan penerapan nilai murni (Abu
Hassan, 2001).
Jelas bahawa penekanan terhadap kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik itu
memerlukan guru yang bukan sekadar seorang penyampai maklumat, malah guru perlu
kreatif menghasilkan pelbagai teknik pengajaran bagi menarik minat para pelajar. Oleh
3
yang demikian, kreativiti guru sains dan matematik perlu dikaji untuk melihat sejauh
mana kreativiti guru sains dan matematik di sekolah menengah dan melihat sama ada
kreativiti guru sains dan matematik dengan guru bukan sains dan matematik berbeza
dengan harapan hasilnya akan menyumbang kepada keberkesanan corak pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah khasnya dan keberkesanan terhadap sistem pendidikan
negara umumnya.
1.2 Latar Belakang Masalah
Mengikut Cronin (1989), tiga ciri dan sifat yang terlintas di fikiran kita apabila
kita disuruh menggambarkan seorang ahli sains yang tipikal ialah logikal, ringkas dan
analitikal. Yang dinyatakan di atas adalah ciri-ciri proses pemikiran kritis yang biasa
digunakan oleh ahli sains bagi menganalisis data dan perdebatan, membina sesuatu
corak alasan berdasarkan bukti dan seterusnya menghasilkan kesimpulan yang boleh
dipercayai. Ketika nilai dan kegunaan strategi pemikiran tersebut tidak boleh
dipertikaikan, ramai saintis, pemikir dan pencipta terkemuka termasuk Marie Curie,
Leonardo da Vinci, Thomas Edison, Albert Einstein dan Jules Verne telah mengakui
bahawa sesetengah idea dan penemuan mereka yang terbaik bukanlah hasil proses
pemikiran yang sistematik, saintifik ataupun kritis tetapi adalah hasil daripada
pemikiran yang kurang berstruktur, kadangkala tidak saintifik dan proses pemikiran
kreatif. Walaupun proses pemikiran kreatif tidak diberi penekanan atau ditetapkan
secara tradisi di dalam kelas-kelas sains di Amerika, ramai ahli psikologi, pelatih dan
penyelidik pendidikan percaya bahawa pemikiran kreatif perlu diberikan penekanan
yang lebih di dalam kelas sains dan matematik berbanding pemikiran kritis.
4
Menurut Abu Hassan (2001) pula, cara terbaik untuk memahami sesuatu
perkara, fenomena, kejadian dan sebagainya ialah dengan melihat apa yang dilakukan
oleh ahli sains dan jenis pemikiran yang digunakan di sepanjang proses tersebut.
Penggunaan pemikiran saintifik adalah merupakan salah satu pendekatan yang
bersistem bagi tujuan menyelesaikan sesuatu persoalan melalui aktiviti penyelidikan.
Sebagai hasil kreativiti manusia, pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan
sains bukanlah hanya bertujuan untuk dibaca dan dihafal, tetapi ianya perlu digunakan
dan dimanfaatkan untuk mengembangkan idea-idea baru, demi menyelesaikan sesuatu
masalah yang dihadapi.
Kemahiran berfikir dalam sains dan matematik bukanlah sesuatu yang baru dan
asing bagi pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah di negara kita. Walau
bagaimanapun, guru-guru nampaknya masih tidak sedar tentang kepentingan kreativiti
ketika mengajar sama ada di dalam bilik darjah mahupun di dalam makmal. Mereka
lebih terikat dengan sukatan pelajaran yang dibekalkan dan perlu dihabiskan tanpa
memikirkan kesannya terhadap penerimaan pelajar. Pelajar hanya akan terikut-ikut cara
guru yang mengajar secara biasa dan tradisi itu tanpa membantah mahupun memberikan
pandangan mereka sendiri. Hasilnya, akan lahirlah generasi yang hanya menurut kata
dan takut untuk memberikan pandangan sendiri kerana minda mereka telah ditutup oleh
guru-guru yang mengajar mereka.
Sandhu (1982) dalam penulisannya yang bertajuk “Science and Creativity”
berkata bahawa sains itu adalah produk atau hasil daripada pemikiran kreatif ahli sains
sejak berzaman yang lalu. Secara sejarahnya, sains telah bermula sejak kewujudan
tamadun, kemajuan sistem pertanian, sistem penulisan dan aktiviti kemasyarakatan.
Sains dan teknologi adalah lapangan di mana kreativiti manusia menemui maksud
utama ekspresinya. Walau bagaimanapun, di kebanyakan negara di dunia ini, sains
tidak diajar secara imaginatif. Situasi tersebut bolehlah dijelaskan sebagai kita
5
mengajar subjek sains walaupun ia mengandungi fakta-fakta sejarah atau sains politik.
Demikianlah kekuatan sains itu dipincangkan dalam proses tersebut.
Menurut Sandhu (1982) lagi, seorang pencinta sains, Jawaharlal Nehru telah
menyatakan bahawa “Sains bukanlah sesuatu yang hanya melihat kepada tabung uji
dengan mencampurkan itu dan ini seterusnya menghasilkan bahan yang kecil atau
besar. Sains sebenarnya adalah satu cara melatih minda dan segenap aspek kehidupan
mengikut cara dan kaedah sains”. Oleh itu, bagi memastikan kekuatan sains wujud
dalam kebebasan berfikir, ketidak pastian dan persekitaran yang tidak terlalu mengikut
arahan dan kuasa tertentu, adalah berbaloi bagi kita menghargainya jika kita dapat
meletakkan arahan-arahan sains tersebut di atas landasan kreativiti. Hal ini akan
menjadi satu khidmat yang berguna bagi mendisiplinkan sains.
Kebanyakan guru matematik memberi lebih penumpuan kepada proses
menghafal, mengingat kembali isi-isi kandungan dan berfikir secara logik dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik. Mereka kurang memberi penekanan terhadap
perkembangan berfikir secara kreatif yang diperlukan untuk membuat keputusan,
memahami dan menyelesaikan masalah matematik. Kemahiran berfikir dalam sains
sebenarnya telah lama dikaji dan didapati ia telah dapat meningkatkan prestasi pelajar
dalam matematik (Low, 1996).
Ho Pek Ching (2000) dalam kajiannya menyatakan bahawa guru yang kreatif
cenderung menggunakan kaedah penyelesaian masalah dalam pengajaran. Kaedah ini
dapat membentuk minda pelajar ke arah proses kreatif dan kognitif yang paling tinggi.
Guru yang kreatif juga menyediakan pelbagai situasi baru yang mencabar untuk
diterokai oleh pelajar dan menggalakkan pelajar memikirkan segala kemungkinan yang
boleh dihasilkan daripada situasi tersebut.
6
Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kreativiti amat penting bagi guru-guru
sains dan matematik dalam sistem pendidikan negara yang semakin mencabar. Sebagai
sebuah negara yang bergerak ke arah negara industri dan bagi memenuhi aspirasi negara
ke arah mencapai matlamat wawasan 2020, kita tidak seharusnya ketinggalan dengan
hanya menjadi pengguna teknologi yang dihasilkan sahaja tetapi kita juga perlu
memberi sumbangan kepada tamadun sains dan teknologi itu sendiri. Cita-cita ini tidak
akan dapat kita capai sekiranya minda dan pemikiran kita tidak bebas dan hanya
terbatas kepada pemikiran tradisi. Di sinilah pentingnya kreativiti yang mampu melatih
dan mengasah minda. Pendek kata, kajian ini direka bagi memastikan guru-guru di
negara ini sedar tentang pentingnya kreativiti, supaya mereka mampu melahirkan
pelajar-pelajar yang juga kreatif dan boleh menjadi pewaris agama, bangsa dan negara
yang sempurna mental, fizikal dan emosi.
1.3 Pernyataan Masalah
Di sini dapat kita lihat bahawa permasalahannya sekarang ialah kaedah
pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik sama ada di makmal atau di bilik
darjah di sekolah-sekolah menengah hanya menekankan pelajar supaya belajar
mengikut apa yang disampaikan bulat-bulat oleh guru. Jika hal ini berterusan, matlamat
asas pendidikan yang mahu menghasilkan pelajar yang mampu menghasilkan benda
baru, kreatif, inventif dan penemu tidak dapat dicapai.
Guru-guru dilihat seringkali terikut-ikut kaedah pengajaran tradisi dan yang
terkandung di dalam sukatan pelajaran ataupun buku teks sahaja. Guru-guru juga
seolah-olah tertutup mindanya dan takut untuk menyuarakan sesuatu idea atau pendapat
7
mereka sendiri. Ini membuatkan tahap kreativiti guru-guru sains dan matematik di
sekolah menengah diragui kerana ianya tidak diperlihatkan ketika mereka mengajar di
dalam makmal mahupun di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, dapatlah
disimpulkan bahawa disebabkan masalah-masalah seperti yang telah dinyatakan di atas,
maka objektif atau tujuan kajian seperti yang dinyatakan di bahagian 1.4 di bawah ini
ditentukan.
1.4 Objektif / Tujuan Kajian
Kajian ini direka dan dilaksanakan bertujuan melihat sejauh mana kreativiti
guru-guru sains dan matematik di sekolah menengah. Kajian ini juga membandingkan
kreativiti antara guru-guru sains dan matematik dengan guru-guru bukan sains dan
matematik yang dipilih.
Secara khususnya, objektif kajian ini ialah :
i) mengkaji kreativiti guru-guru sains dan matematik sekolah menengah.
ii) melihat sama ada kreativiti guru sains dan matematik yang dikaji itu
berbeza dengan guru bukan sains dan matematik.
8
1.5 Persoalan Kajian
i) sejauh manakah kreativiti guru-guru sains dan matematik sekolah
menengah?
ii) adakah tahap kreativiti guru-guru sains dan matematik dengan guru-
guru bukan sains dan matematik yang dikaji itu berbeza?
top related