Naik Taraf Bilik Sains
Post on 12-Jan-2016
130 Views
Preview:
DESCRIPTION
Transcript
LAPORAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BILIK SAINS SJK SUNGAI TENGAH
PENDAHULUAN
Sekolah Jenis Kebangsaan Sungai Tengah mempunyai sebuah bilik sains yang
dibina khas untuk proses pengajaran dan pembelajaran sains. Bilik sains tersebut
terletak di antara bilik darjah Tahun 1 dengan Pejabat Am. Secara umumnya, bilik sains
SJK sungai Tengah dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama terletak di
bahagian hujung kanan bilik sains. Bahagian ini digunakan untuk tujuan menyimpanan
bahan pejabat am seperti kertas putih, kad manila, kertas majung dan sebagainya.
Bahagian kedua adalah dibahagian kanan bilik sains. Bahagian tersebut digunakan
untuk tujuan sesi pengajaran dan pembelajaran sains. Bahagian ini mempunyai 4 buah
meja besar yang hanya mampu menampung bilangan murid yang sedikit iaitu antara 15
hingga 20 orang murid dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahagian ketiga
pula digunakan sebagai bilik ICT. Bahagian ini terletak di sebelah kiri bilik sains dan
memakan ruang yang paling luas. Terdapat 21 buah komputer jenis desktop telah
dipasang di bahagian ini.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Sepanjang survei saya terhadap pengurusan bilik sains dan sumber SJK Sungai
Tengah, saya mendapati terdapat beberapa kelemahan yang mesti diperbaiki.
Antaranya adalah ketua panitia tidak ada menubuhkan jawatankuasa pengurusan bilik
sains. Carta organisasi Jawatankuasa Pengurusan Bilik Sains juga tidak dipamerkan di
bilik sains. Peranan dan tugas ketua panitia dan guru sains juga tidak disediakan serta
tidak dipamerkan di bilik sains. Buku rekod pelupusan stok dan buku rekod pergerakan
alatan juga tidak diwujudkan.
Bagi memperbaiki kelemahan ini, saya mencadangkan ketua panitia sains
mengadakan satu perjumpaan dengan Guru Besar, Guru –Guru Penolong Kanan dan
semua guru sains untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Pengurusan Bilik Sains
secepat mungkin. Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Bilik Sains bersaiz A3
dan berwarna menarik disediakan serta dipamerkan pada papan notis yang terdapat di
dalam bilik sains. Saya mencadangkan menggunakan saiz A3 dan perlu berwarna
kerana ia lebih menarik dan memudahkan orang yang membacanya. Peranan ketua
panitia dan guru sains juga perlu disediakan serta dipamerkan di papan notis .Selain
itu , guru-guru sains juga perlu diberitahu tentang peranan mereka sebagai guru sains
supaya mereka dapat memainan peranan mereka dalam pengurusan bilik sains dengan
tepat. Maklumat-maklumat tentang peranan ketua panitia dan guru sains . Buku rekod
pelupusan stok dan buku rekod pergerakan yang baru juga perlu diwujudkan dengan
segera. Saya juga mencadangkan ketua panitia sentiasa merujuk kepada buku
panduan “Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Sekolah” cetakan pertama
Disember 1999 yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia sekira menghadapi sebarang masalah dalam pengurusan bilik
sains.
Dari segi keadaan fizika, bilik sains SJK Sungai Tengan terlalu sempit untuk
murid menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana separuh daripada
bilik sains tersebut telah digunakan sebagai ruang untuk meletakkan 21 buah
komputer baru yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atas sebab
tiada bilik kosong lain yang sesuai untuk dijadikan bilik komputer . Salah satu pintu di
sebelah kanan bilik sains tidak dapat berfungsi kerana telah dihalang oleh wayar-wayar
semasa pemasangan suis untuk bilik komputer. Keadaan ini boleh membahayakan
nyawa murid dan guru sekiranya berlakunya kes kecemasan seperti kebakaran kerana
hanya tinggal satu pintu sahaja untuk tujuan keluar masuk guru dan murid.
Keadaan bilik sains yang sempit Separuh daripada bilik sains digunakan
untuk meletak komputer
Pintu yang telah dihalang oleh Hanya satu pintu yang masih berfungsi
wayar-wayar
Untuk mengatasi masalah ini, saya mencadangkan agar bilik sains dipindahkan
ke bilik pemulihan. Setelah menjalankan survei, saya mendapati bilik pemulihan sangat
luas dan bilik ini hanya digunakan seorang guru pemulihan dan 3 orang murid sahaja
pada setiap masa sesi pengajaran dan pembelajaran, Oleh itu, mereka hanya perlu
menggunakan ruang yang kecil sahaja manakalah bilik sains memerlukan ruang yang
luas untuk meletak almari-almari, rak-rak serta alat-alat dan bahan-bahan sains yang
banyak. Sekira cadangan ini mendapat persetujuan daripada Guru Besar, maka bilik
sains yang baru ini dapat berfungsi dengan lebih baik lagi.
Dari segi penyelenggalaan dan penyimpanan peralatan dan sumber bilik sains
pula, saya mendapati kebanyakkan peralatan yang rosak tidak diperbaiki. Peralatan
yang sudah usang dan tidak berfungis masih disimpan di dalam bilik sains. Kebanyakan
alatan sains tidak disimpan di atas rak kerana rak-rak yang sepatutnya digunakan untuk
menyimpan peralatan sains telah digunakan untuk menyimpan stok pejabat am seperti
kertas A4 dan kad manila. Banyak peralatan yang berlainan jenis telah
dicampuradukkan dalam almari tertutup dan tidak dilabelkan dengan tepat. Keadaan ini
menyusahkan guru-guru dalam proses pencarian dan penggunaa alatan sains tersebut.
Selain itu, alatan seperti bikar juga tidak disimpan balik ke tempat asalnya selepas
digunakan. Banyak bahan-bahan tidak berkaitan dengan bilik sains telah disimpan
dalam bilik sains. Antaranya ialah kertas-kertas A4, kad manila, mesin taip, kotak
kosong dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan bilik sains bertambah sesak lagi.
Sekarang bilik sains ini hanya dapat menampung bilangan murid yang kecil sahaja iaitu
tidak melebihi 15 orang.
Rak untuk penyimpanan alatan sains Kotak-kotak dan TV juga disimpan
telah digunakan untuk tujuan lain dalam bilik sains
Keadaan alatan sains yang bercampuraduk Bikar-bikar tidak disusun balik ke tempat
tidak tersusun asalnya selepas digunakan
Cadangan saya untuk mengatasi masalah yang saya nyatakan di atas adalah
ketua panitia dan guru-guru sains perlu mengadakan satu sesi pemeriksaan stok bagi
mengenalpasti alatan dan bahan sains yang sudah rosak. Kemudian ketua panitia perlu
mengambil tindakan sama ada peralatan ini perlu diperbaiki atau hendak dilupuskan.
Selepas itu, ketua panitian juga perlu memesan stok yang baru untuk mengantikan
alatan yang rosak ini. Ketua panitia juga boleh meminta bantu semua guru sains agar
bekerjasama untuk menyusun semula alatan sains dengan kemas serta dilabelkan
dengan jelas. Oleh kerana pihak sekolah telah menambahkan satu bilik baru di pejabat
am, maka saya mencadangkan agar semua alatan dan bahan kepunyaan pejabat am
dipindahkan ke bilik pejabat am yang baru ini. Dengan cara ini, rak-rak yang dipenuhi
alatan dan bahan pejabatan am dapat dikosongkan serta digunakan untuk menyusun
alatan sains sahaja.
Dari segi penggunaan bilik sains pula, saya mendapati guru-guru sains jarang
menggunakkan bilik sains untuk sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.
Kebanyakan mereka memberi alasan bahawa bilik sains terlalu sempit dan tidak sesuai
untuk membawa murid yang ramai belajar di bilik sains. Sesetengah guru juga jarang
menggunakan alatan dan bahan sains dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
mereka. Sebilangan kecil alatan sains masih dalam keadaan yang baru lagi.
Cadangan saya adalah agar konsep bilik sains bergerak diperkenalkan kepada
semua guru sains supaya semua kelas dapat menggunakan alatan dan sumber sains
pada masa yang sama. Ketua panitia perlu menggalakan guru sains menggunakan
dulang untuk membawa alat dan bahan sumber sains dari bilik sains ke bilik darjah
yang lain supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat diadakan secara hands-
on.
Dari segi penyediaan dan pengubahsuaian sumber terpilih pula, saya juga
mendapati kebanyakkan guru sains tiada idea dalam aspek ini. Kebanyakan mereka
hanya mengajar berdasarkan apa yang tertulis dalam buku teks sahaja. Terdapat juga
guru yang lebih mementing kepada menghabiskan sukatan pelajaran daripada
membenarkan murid menjalankan aktiviti hands-on yang memakan masa yang lebih
lama.
Cadangan saya adalah ketua panitia boleh mengadakan latihan dalam
perkhidmatan untuk membimbing guru-guru sains supaya mereka memperolehi idea
bagaimana hendak menyediakan dan mengubahsuaikan sesuatu sumber yang
membolehkan murid-murid bekerjasama untuk menyediakan sumber sains tersebut.
Sebagai contoh, tajuk Bumi Dan Angkasa, Guru-guru sains boleh terlebih dahulu
menyediakan gambar-gambar planet yang berwarna untuk diedarkan kepada murid.
Guru-guru sains juga boleh menggunakan kertas terpakai dan meminta murid
mengoyakkan kertas tersebut serta menjadikannya bebola kecil untuk melambangkan
Jalur Asteroid. Kesemua aktiviti saya saya nyatakan di atas adalah untuk menghasilkan
carta bergambar yang bertajuk Sistem Suria. Murid-murid diberi peluang untuk
membina sendiri carta Sistem Suria secara berkumpulan kemudia diberi peluang untuk
membentangkan hasil kerja mereka. Dengan cara ini, murid-murid menjadi lebih
berminat untuk belajar sains serta dapat mengingati sesuatu yang dipelajari selama-
lamanya.
Saya berharap semua cadangan yang saya nyatakan ini dapat diterima dan
dilaksanakan oleh ketua panitia dan guru-guru sains SJK Sungai Tengah. Sekiranya
kelemahan pengurusan bilik sains dapat diselesaikan maka semua proses pengajaran
dan pembejalaran dapat dijalankan di bilik sains dengan lancar.
LAMPIRAN
Pintu utama bilik sains
Pemandangan di bahagian depan bilik sains
Dipenuhi dengan 21 buah komputer
Pemandangan di bahagian belakang bilik sains
Buku-buku dan kotak kosong diletak di atas almari pameran specimen
TV dan kotak-kotak kosong diletak di atas almari.
Papan notis yang agar kosong Peraturan bilik sains bersaiz A4
dipamerkan di bahagian papan tulis.
Pintu ke-2 yang telah dihalang oleh Peralatan sains tidak disusun dan dilabelkan
Wayar-wayar. dengan kemas
Rak-rak alatan sains yang telah digunakan untuk meletak alatan dan bahan pejabat am.
Alatan sains yang berlainan jenis disimpan dalam almari yang sama
Kotak-kotak kosong yang menghalang salah satu pintu almari alatan sains.
Rak-rak untuk kegunaan pejabat am juga disimpan dalam bilik sains
Penyapu dan kota kosong yang menghalang Bikar-bikar yang masih disimpan dalam
Salah satu almari alatan sains kotaknya.
Susun atur meja guru yang menghala ke Peralatan seperti bikar dan selinder
dinding tidak sesuai untuk guru membuat penyukat masih disimpan di dalam
demontrasi dulang selepas diguna.
Model system suria yang tidak berfungsi dan glob Bumi yang sudah usang masih
disimpan dalam bilik sains.
top related