MODUL - moh.gov.my (KKM)/Modul_LaKAR.pdf · 5 Contoh Agenda Projek LaKAR 25 6 Carta Alir Perjalanan Projek LaKAR 26 di Lapangan. 4 MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN 1.
Post on 06-Aug-2019
266 Views
Preview:
Transcript
MODUL PROGRAM KAWALAN
SEKTOR TIBI / KUSTABAHAGIAN KAWALAN PENYAKITKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
EDISI PERTAMA : 2017
KUSTA KEBANGSAAN
1
MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan Modul LaKAR ini.
SUMBER PEMBIAYAAN
Modul LaKAR ini dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Diterbitkan oleh:Bahagian Kawalan PenyakitKementerian Kesihatan Malaysia Aras 3,4,6, Blok E10, Kompleks EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62590 Putrajaya, MALAYSIA
Hak Cipta Terpelihara:
Pemilik hak cipta penerbitan ini adalah Bahagian Kawalan Penyakit (BKP). Kandungan boleh diterbitkan semula dalam apa-apa bilangan salinan dan dalam apa-apa bentuk atau media dengan syarat pengakuan hak cipta dimasukkan dan kandungan yang tidak berubah, tidak dijual, tidak juga digunakan untuk menggalakkan atau menyokong mana-mana produk atau perkhidmatan, dan tidak digunakan dalam konteks yang tidak sesuai atau mengelirukan.
ISBN: 978-967-0769-83-7Edisi Pertama : 2017Diterbitkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia, Boleh didapati di laman web berikut:www.moh.gov.my
2
MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN
Dr. Naiemy ReffinKetua Penolong Pengarah KananSektor Tibi/Kusta
En.Mohd Rotpi bin AbdullahPegawai Kesihatan PersekitaranSektor Tibi/Kusta
Pn. Saharah binti AmanPenyelia Jururawat KesihatanSektor Tibi/Kusta
En. Muhamad Zulkhirol bin Che ManPenolong Pegawai KesihatanPersekitaranSektor Tibi/Kusta
SENARAI PENYUMBANG
PENAUNG:
Dato’ Dr. Chong Chee Kheong Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit
PENYELARAS:
Dr. Mohamed Naim bin Abdul KadirKetua Sektor Tibi/KustaBahagian Kawalan Penyakit
AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN
Dr. Muhamad bin IsmailKetua Unit ,Ketua Penolong Pengarah KananSektor Tibi/Kusta
En. Alias bin Abu HassanPenolong Pegawai PerubatanSektor Tibi/Kusta
Pn. Suryati binti BeePenyelia Jururawat KesihatanSektor Tibi/Kusta
Pn. Wan Pisah binti Wan JaafarJuruteknologi Makmal PerubatanSektor Tibi/Kusta
EDITOR
Dr. Muhamad bin IsmailKetua Unit ,Ketua Penolong Pengarah KananSektor Tibi/Kusta
Dr. Naiemy ReffinKetua Penolong Pengarah KananSektor Tibi/Kusta
3
MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1. Pengenalan LaKAR 4 2. Justifikasi LaKAR 4 3. Objektif 5 4. Perlaksanaan Projek LaKAR
4.1 Justifikasi Tempat Pemilihan Projek 6
4.2 Skala Penganjuran 6
4.3 Strategi Pelaksanaan Projek LaKAR 8
4.3.1 Perancangan 9
4.3.2 Perlaksanaan di lapangan 11
4.3.3 Analisa 13
4.3.4 Pelaporan 13 5. Tugas dan Tanggungjawab 13 6. Lampiran
1 Borang Kerja Lapangan 17
2 Borang Analisa Pencapaian Kerja Lapangan 20
3 Surat Rujukan Kes Simptomatik di Lapangan 22
4 Contoh Bahan Promosi Kusta di Lapangan 23
5 Contoh Agenda Projek LaKAR 25
6 Carta Alir Perjalanan Projek LaKAR 26 di Lapangan
4
MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN
1. PENGENALAN LaKAR
LaKAR ialah singkatan daripada perkataan Latihan, Kesan, Analisa, Rawat dan Rujuk. Aktiviti yang dijalankan dalam LaKAR boleh dibahagikan kepada 5 aktiviti utama iaitu:
i. Latihan:• Melatih peserta LaKAR iaitu anggota kesihatan di lapangan berkaitan
mengenai pengesanan, saringan dan pengurusan penyakit kusta.• Melatih dan meningkatkan pengetahuan masyarakat setempat
berkaitan penyakit kusta.
ii. Kesan:• Menjalankan aktiviti pengesanan pesakit kusta dari rumah ke rumah
di komuniti yang terpilih.• Mengesan kontak kepada pesakit kusta dan ahli masyarakat yang
berisiko tinggi mendapat jangkitan kusta bagi tujuan saringan.
iii. Analisa:• Menjalankan analisa berkaitan kewujudan kes-kes yang belum
mendapatkan rawatan dan aktiviti kawalan yang dijalankan.• Menjalankan analisa pengurusan survalen penyakit kusta di komuniti
terlibat.
iv. Rawat:• Memulakan rawatan kepada pesakit yang telah disahkan menghidap
penyakit kusta.
v. Rujuk:• Merujuk pesakit kusta yang telah diberi rawatan ke Pusat Rawatan
1 untuk rawatan susulan.• Merujuk pesakit yang tidak dapat disahkan diagnosis dan pesakit
kusta dengan komplikasi ke Klinik Dermatologi untuk pengesahan penyakit dan rawatan lanjut.
2. JUSTIFIKASI LaKAR
LaKAR merupakan pendekatan di bawah Strategi Pasca Eliminasi untuk mengesan kes secara aktif bagi menurunkan lagi jumlah kes kusta ke arah sifar kusta. Kusta termasuk dalam Neglected Tropical Disease di mana penyakit ini sering kali dilupa atau kurang diberi keutamaan memandangkan ia adalah penyakit kuno dengan bilangan kes yang tidak ramai dan biasanya berlaku di kalangan komuniti tertentu di dalam masyarakat.
5
MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN
Selain daripada ahli masyarakat, anggota kesihatan sendiri perlu diberi maklumat dan latihan berkaitan kusta untuk memastikan pengesanan kes seawal mungkin dan kesempurnaan dalam rawatan yang diberikan. Aspek latihan dan pengesanan kes di lapangan yang terkandung di dalam projek LaKAR amat penting supaya pengetahuan yang diperolehi dapat dipraktis dengan segera. Analisa kes & kontak di komuniti berkenaan perlu diberi penekanan bagi memastikan pengurusan survalen kes dan kontak kusta lebih sistematik dan berkesan.
Kusta adalah penyakit berjangkit dengan tempoh inkubasi yang lama sehingga mencapai 20 hingga 30 tahun. Saringan kontak kusta hendaklah diadakan sekali setahun bagi tempoh 1 hingga 5 tahun bergantung kepada kategori kes indeks kontak tersebut. Oleh itu, projek LaKAR yang dilaksanakan diharap dapat mengesan seawal mungkin kes baru kusta di kalangan kontak yang berlaku selepas tempoh tersebut.
3. OBJEKTIF
3.1 Objektif umum
Objektif LaKAR adalah mewujudkan program pengesanan kes baharu kusta yang lebih berkesan dan pengurusan kes semasa dan selepas rawatan serta pengurusan kontak yang lebih sistematik.
3.2 Objektif khusus
i. Melatih secara teori dan amali berkaitan pengesanan dan pengurusan kusta kepada anggota kesihatan yang memberi perkhidmatan kusta di lapangan
ii. Mengesan sebarang kes kusta yang masih ada dan belum dirawat
iii. Memperkukuh kerjasama antara anggota kesihatan di semua peringkat dalam memberi perkhidmatan kusta secara holistik dan berkesan
iv. Meningkatkan kesedaran anggota kesihatan dan masyarakat setempat berkaitan penyakit kusta
v. Melatih dan meningkatkan kesedaran kepada wakil masyarakat setempat berkenaan gejala kusta supaya mereka dapat merujuk individu yang disyaki menghidap kusta bagi mendapatkan rawatan awal
6
MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN
4. PERLAKSANAAN PROJEK LaKAR
Projek LaKAR telah dimasukkan sebagai salah satu aktiviti yang perlu dijalankan di dalam strategi perlaksanaan NSP Kusta 2016 – 2020; di mana projek LaKAR perlu dilaksanakan dengan memfokuskan kepada komuniti berisiko tinggi kusta dengan sasaran sekurang-kurangnya 1 projek LAKAR setahun bagi setiap negeri.
4.1 JUSTIFIKASI TEMPAT PEMILIHAN PROJEK
Tempat pemilihan projek adalah berdasarkan faktor-faktor berikut :
i. Bilangan kes baharu kusta atau jangkitan baharu kusta di sesuatu tempat atau komuniti
ii. Aktiviti survelan kepada pesakit dan kontak kusta di tempat / komuniti tersebut tidak dijalankan secara berkala sepertimana yang ditetapkan.
iii. Tempat/komuniti yang mempunyai golongan berisiko tinggi kusta iaitu : • Kontak kepada kes kusta • Komuniti endemik kusta• Warga asing yang berasal dari negara beban tinggi kusta • Bekas pesakit kusta
4.2 SKALA PENGANJURAN
Projek LaKAR boleh dianjurkan oleh Sektor Tibi/Kusta, Unit Tibi/Kusta, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah mengikut skala berikut;
4.2.1 LaKAR Kebangsaan
LaKAR Kebangsaan akan diurusetia oleh Sektor Tibi/Kusta berdasarkan jumlah peruntukan kewangan yang diluluskan di peringkat Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia. Pihak sektor akan memilih tempat projek berdasarkan situasi kusta semasa dan justifikasi yang telah ditetapkan.
Peserta projek LaKAR terdiri daripada anggota kesihatan yang mengendalikan pengurusan pesakit serta perkhidmatan berkaitan kusta di lapangan. Pemilihan peserta serta urusan-urusan berkaitan tapak projek, tempat penginapan dan pemilihan
7
MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN
penceramah jemputan bagi sesuatu projek LaKAR Kebangsaan adalah ditetapkan oleh Sektor Tibi/Kusta melalui persetujuan bersama dengan Unit Tibi/Kusta, Jabatan Kesihatan Negeri berkenaan. Keutamaan pemilihan peserta akan diberi kepada anggota di daerah dan negeri di mana tempat LaKAR dilaksanakan. Jemputan kepada peserta luar dari negeri tersebut akan dilakukan tertakluk kepada kekosongan.
Aktiviti-aktiviti utama yang perlu dijalankan ialah :
Bil. Aktiviti Tanggungjawabi. Aktiviti promosi kesedaran dan latihan
kepada wakil kampung di komuniti - sebelum aktiviti iii & iv
PKD & Unit Tibi/Kusta, JKN
ii. Aktiviti promosi kesedaran dan latihan berkaitan kusta kepada anggota kesihatan di daerah- sebelum aktiviti iii & iv
PKD & Unit Tibi/Kusta, JKN
iii. Latihan teori dalam bentuk ceramah dan perbincangan
Sektor Tibi /Kusta
iv. Latihan praktikal kusta iaitu pengesanan dan pengurusan kes di lapangan
Sektor Tibi/kusta, Unit Tibi/Kusta,
JKN & PKD
4.2.2 LaKAR Negeri
LaKAR Negeri akan diurusetia oleh Unit Tibi/Kusta, Jabatan Kesihatan Negeri berdasarkan peruntukan kewangan yang diluluskan di peringkat JKN. Pihak negeri akan memilih tempat projek berdasarkan situasi kusta semasa dan justifikasi yang ditetapkan.
Pemilihan peserta akan diberi keutamaan daripada anggota kesihatan yang terlibat dalam mengendalikan pengurusan pesakit serta perkhidmatan berkaitan kusta di daerah berkenaan. Pengisian aktiviti adalah tertakluk kepada pihak Unit Tibi/Kusta, JKN dengan berpandukan kepada aktiviti Projek LaKAR Kebangsaan. Urusan berkaitan tapak projek, tempat penginapan dan pemilihan penceramah jemputan adalah ditetapkan oleh pihak Unit Tibi/Kusta, JKN dengan persetujuan bersama pihak PKD.
8
MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN
Aktiviti-aktiviti utama yang perlu dijalankan ialah :
Bil. Aktiviti Tanggungjawabi. Aktiviti promosi kesedaran dan latihan
kepada wakil kampung di komuniti - sebelum aktiviti iii & iv
PKD
ii. Aktiviti promosi kesedaran dan latihan berkaitan kusta kepada anggota kesihatan di daerah - sebelum aktiviti iii & iv
PKD
iii. Latihan teori dalam bentuk ceramah dan perbincangan
Unit Tibi/Kusta, JKN
iv. Latihan praktikal kusta iaitu pengesanan dan pengurusan kes di lapangan
Unit Tibi/Kusta, JKN & PKD
4.2.3 LaKAR Daerah
LaKAR Daerah perlu dilakukan secara berkala berdasarkan situasi semasa kusta di daerah berkenaan. Ia akan diurusetia oleh anggota kesihatan yang terlibat di dalam pengurusan perkhidmatan kusta di daerah berkenaan dengan peruntukan kewangan dari Pejabat Kesihatan Daerah tersebut. Pengisian aktiviti adalah tertakluk kepada pihak PKD dengan berpandukan aktiviti-aktiviti di dalam Projek LaKAR Negeri dan LaKAR Kebangsaan.
Aktiviti-aktiviti utama yang perlu dijalankan ialah :
Bil. Aktiviti Tanggungjawabi. Aktiviti promosi kesedaran dan latihan
kepada wakil kampung di komunitiPKD
ii. Latihan teori dalam bentuk ceramah dan perbincangan
PKD
iii. Latihan praktikal kusta iaitu pengesanan dan pengurusan kes di lapangan
PKD
9
MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN
4.3 STRATEGI PERLAKSANAAN PROJEK LAKAR
4.3.1 PERANCANGAN
Proses perancangan amat penting di dalam memastikan keberhasilan atau projek LaKAR yang dilaksanakan mencapai objektif yang ditetapkan. Perancangan sesuatu projek LaKAR haruslah mengambil kira beberapa perkara seperti :
1. Maklumat Asas Projek LaKAR Maklumat asas perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum merancang dan melaksanakan projek LaKAR di sesuatu komuniti. Maklumat-maklumat asas ini akan menjadi sumber rujukan utama bagi perancangan strategi-strategi pelaksanaan projek LaKAR serta perjalanan aktivti di lapangan kelak. Antara maklumat-maklumat asas yang perlu diperolehi dan disediakan sebelum perlaksanaan projek LaKAR ialah :
i. Epidemiologi Data• Kadar insiden dan kadar prevalen kes di komuniti yang dicadangkan
dalam tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun• Beban penyakit kusta di komuniti terpilih • Kumpulan etnik yang terlibat• Umur, Jantina, Warganegara
ii. Data Asas Komuniti• Sosiodemografik data di kawasan komuniti terpilih• Ketua masyarakat / Ketua Persatuan Setempat • Bilangan rumah dan kepadatan penduduk• Keluasan kawasan projek • Kemudahan perhubungan dan pengangkutan• Pelan atau peta komuniti di tempat projek dan kawasan liputan
iii. Pembentukan Kumpulan Kerja• Kekuatan pasukan kesihatan yang ada• Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pegawai Epidemiologi, Pakar Perubatan
Keluarga, Pegawai.Perubatan, • Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, • Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat dan Jururawat Masyarakat• Juruteknologi Makmal Perubatan, Pegawai Farmasi• Lain-lain anggota kesihatan yang difikirkan perlu
PERANCANGAN ANALISA PELAPORAN PERLAKSANAAN DI LAPANGAN
10
MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN
iv. Dokumen-dokumen LaKAR
• Senarai anggota kesihatan yang akan dilatih• Bahan-bahan pendidikan kesihatan berkaitan kusta• Peta Operasi, maklumat kes dan senarai nama kes kontak• Pasukan kesihatan yang akan dibentuk bersama dengan fasilitator• Borang dan peralatan makmal LaKAR• Jadual perlaksanaan• Pergerakan dan pembahagian kumpulan mengikut zon atau kawasan• Sasaran atau hasil yang dijangka
2. AGENDA PROJEK LAKAR
Agenda Projek LaKAR yang akan dilaksanakan adalah tertakluk kepada skala penganjuran yang ditetapkan. Agenda projek LaKAR boleh berubah mengikut kesesuaian tempat projek, komuniti atau ahli masyarakat yang disasarkan, bilangan peserta serta peruntukan kewangan yang diluluskan. Lampiran 4.9.15 adalah contoh agenda LaKAR yang ditetapkan.
3. PEMBENTUKAN AHLI KUMPULAN Projek LaKAR sememangnya melibatkan latihan khusus kepada anggota
kesihatan pelbagai kategori yang terlibat dengan pengurusan dan pengendalian kes kusta di lapangan seperti senarai tugas dan tanggungjawab yang dinyatakan di dalam Manual Pengurusan Kusta Edisi ke-2.
Kategori utama yang akan dilatih di bawah projek ini ialah: i. Pakar Perubatan Keluarga (FMS) / Pegawai Perubatan (MO)ii. Penolong Pegawai Perubatan (PPP) / Jururawat Terlatih (JT)iii. Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) / Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP)iv. Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP)
Kategori-kategori lain juga boleh turut sama dilatih sekiranya difikirkan perlu mengikut kesesuian dan objektif projek. Antara kategori-kategori lain yang boleh turut dilatih mengikut modul ini adalah wakil NGO, wakil masyarakat setempat dan anggota kesihatan swasta atau kakitangan kesihatan daripada agensi-agensi luar Kementerian Kesihatan Malaysia.
11
MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN
4.3.2 PERLAKSANAAN DI LAPANGAN
1. PERLAKSANAAN PROJEK LaKAR DI LAPANGAN OLEH KUMPULAN RAWATAN (Rx)
i. SARINGAN DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN UMUM
• Menjalankan saringan dan pemeriksaan kesihatan umum kepada semua yang hadir di tapak projek
• Memberi penerangan dan promosi kesihatan berkaitan penyakit kusta kepada orang ramai yang hadir• Memeriksa dan menyaring orang ramai yang hadir dengan masalah
kulit bagi pemeriksaan lanjut
ii. SARINGAN DAN PEMERIKSAAN KULIT KESIHATAN KULIT
• Menjalankan pemeriksaan kulit bagi mengesan penyakit kusta • Merujuk pesakit kulit yang disyak menghidap kusta untuk prosedur
torehan kulit • Memberi kaunseling pra diagnosa penyakit kusta kepada pesakit
yang disyak menghidap kusta
iii. PELAKSANAAN PROSEDUR TOREHAN KULIT
• Melaksanakan prosedur torehan kulit kepada pesakit yang disyak menghidap kusta• Membuat sapuan slaid calitan torehan kulit • Memberi penerangan berkaitan prosedur berkenaan kepada pesakit
iv. RAWATAN DAN RUJUKAN KES KUSTA
• Mendiagnos pesakit yang disahkan menghidap kusta • Memberi kaunseling permulaan rawatan kepada pesakit kusta yang
telah disahkan menghidap penyakit kusta • Memulakan rawatan pesakit kusta • Membuat notifikasi kes baru kusta kepada PKD• Merujuk pesakit-pesakit yang disyak kusta dengan keputusan calitan
torehan kulit negatif dan pesakit baru kusta dengan komplikasi ke klinik dermatologi untuk pengesahan diagnosa
• Merujuk pesakit baru yang dimulakan rawatan ke Pusat Rawatan 1 berdekatan untuk rawatan susulan
12
MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN
2. PERLAKSANAAN PROJEK LaKAR DI LAPANGAN OLEH KUMPULAN SURVALEN (Sx)
i. TINJAUAN RUMAH KE RUMAH
• Mengenal pasti lokaliti kes indeks dan konteks di kawasan yang ditetapkan• Pembahagian kumpulan mengikut zon atau bahagian yang ditetapkan berdasarkan kawasan liputan projek• Menjalankan pemeriksaan saringan rumah ke rumah• Mengenal pasti kes-kes bersimptomatik dan merujuk kes-kes yang
disyak kusta
ii. MENEMUBUAL ISI RUMAH
• Menemubual responden dan seluruh isi rumah di zon atau bahagian yang ditetapkan tentang penyakit dan kesihatan mereka
• Menemubual responden dan seluruh isi rumah di zon atau bahagian yang ditetapkan berkaitan pemahaman dan pengetahuan mereka terhadap penyakit kusta
• Menganalisa kewujudan dan tahap stigma atau diskriminasi penyakit kusta di kawasan komuniti
• Melengkapkan borang-borang LaKAR
iii. MEMBERI PROMOSI KESIHATAN
• Memberi Promosi Kesihatan kepada semua responden atau isi rumah tentang penyakit kusta dan pencegahannya
• Mengurangkan stigma dan diskriminasi penyakit kusta dengan meningkatkan pengetahuan dan pemahaman penyakit kusta
3. PERLAKSANAAN PROJEK LaKAR DI LAPANGAN OLEH KUMPULAN
MAKMAL (Mx)
i. PELAKSANAAN PROSEDUR PENCELUPAN AFB
• Melaksanakan prosedur pencelupan AFB bagi slaid-slaid calitan torehan kulit di lapangan
ii. BACAAN SLAID AFB
• Membaca slaid-slaid calitan torehan kulit bagi tujuan pengesahan diagnosa penyakit kusta
13
MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN
4.3.3 ANALISA
Analisa keberkesanan projek LaKAR di lapangan dilakukan selepas aktiviti di lapangan selesai. Analisa projek lebih tertumpu kepada kejayaan projek LaKAR mencapai objektif yang disasarkan dan juga kejayaan program saringan penyakit kusta di komuniti berkenaan. Selain itu, analisa pengurusan projek juga perlu diambil kira bagi tujuan penambahbaikan di masa-masa akan datang.
Kes-kes kusta yang berjaya dikesan semasa projek LaKAR ini perlu disemak dan disahkan oleh pihak PKD bagi pengurusan kes-kes ini selanjutnya seperti yang ditetapkan.
4.3.4 PELAPORAN
Setiap peserta perlu melengkapkan borang-borang saringan dan aktiviti yang dilaksanakan semasa projek LaKAR mengikut ketetapan yang disediakan. Para urusetia projek juga perlu mengisi borang penilaian projek yang ditetapkan bagi tujuan penilaian projek yang dijalankan.
Aktiviti saringan dan pemeriksaan rumah di lapangan perlu diulang berdasarkan penemuan dan hasil projek tersebut. Borang pelaporan ringkasan Projek LaKAR yang dijalankan boleh digunakan sebagai penilaian kejayaan projek dan juga sebagai rujukan bagi aktiviti kawalan kusta berikutnya.
Urusetia bertanggungjawab untuk menyediakan laporan lengkap pencapaian projek LaKAR yang dijalankan dan menghantar laporan kepada pasukan kusta di JKN atau PKD bagi tindakan susulan dan saringan lanjut sekiranya diperlukan.
5. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Bidang tugas yang dikhususkan bagi setiap kategori anggota kesihatan yang terlibat di dalam perkhidmatan kusta di lapangan adalah berbeza seperti yang digariskan di dalam Manual Pengurusan Kusta Edisi ke-2. Sehubungan itu, latihan kemahiran yang akan diberikan di dalam projek ini juga adalah mengikut jawatan setiap peserta. Setiap peserta akan diselia atau dibantu oleh fasilitator mengikut bidang tugas yang akan dilatih dan dipraktikkan di dalam projek ini.
Setiap peserta di dalam projek ini akan dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan iaitu kumpulan rawatan (Rx), kumpulan survalen (Sx) dan kumpulan makmal (Mx).
14
MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN
Kumpulan Rawatan(Rx)
PESERTA TUGASAN
FMSMOPPPJT
• Menyaring dan melaksanakan pemeriksaan klinikal penyakit kulit• Mengenal pasti pesakit kulit yang disyaki menghidap
kusta • Menjalankan prosedur torehan kulit dan sapuan slaid
calitan torehan kulit (SSS) khusus kepada PPP dan JT • Memula atau merujuk pesakit untuk rawatan setelah
disahkan menghidap kusta• Mengisi borang notifikasi Health 1, LIS 10A, LIS 10C-1, LIS
102-A• Membuat promosi dan hebahan pendidikan kesihatan• Memberi kaunseling penyakit kusta pra diagnosa• Mengisi borang projek LaKAR : - Borang Kerja Lapangan (Kumpulan Rawatan) - Borang Analisa Pencapaian Kerja Lapangan
FASILITATOR TUGASAN• Menunjuk ajar prosedur saringan dan pemeriksaan kulit • Memastikan susun atur perabot dan peralatan di lapangan
bertepatan dan sesuai bagi tujuan saringan kulit • Memantau proses perjalanan saringan kulit di lapangan• Memastikan keperluan-keperluan klinikal di lapangan
tersedia• Memantau dan menganalisa pencapaian peserta di
lapangan • Mengisi borang projek LaKAR: - Borang Analisa Pencapaian Kerja Lapangan - Borang Analisa Pencapaian Prosedur Torehan Kulit
15
MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN
Kumpulan Survalen(Sx)
PESERTA TUGASAN
FMSMOPKP
PPKPPPPJT
• Melaksanakan saringan aktif di lapangan• Melaksanakan pemeriksaan kulit di lapangan• Merujuk kes-kes yang disyaki kusta kepada kumpulan
rawatan bagi pengesahan• Mengisi borang LIS 10B, LIS 10C• Membuat promosi dan hebahan pendidikan kesihatan• Menanda rumah yang perlu dibuat pemeriksaan ulangan
menggunakan house card• Menandakan rumah yang tidak berpenghuni dengan
notis rumah tidak berpenghuni bagi tujuan saringan seterusnya oleh Unit Kusta, PKD
• Mengisi borang projek LaKAR; - Borang Kerja Lapangan (Kumpulan Survalen) - Borang Analisa Pencapaian Kerja Lapangan - Surat Rujukan Kes Simptomatik di Lapangan
FASILITATOR TUGASAN• Menunjuk ajar prosedur saringan dan pemeriksaan kulit di lapangan
• Memastikan setiap kumpulan melakukan saringan dan tinjauan rumah ke rumah di zon atau kawasan yang ditetapkan
• Memantau perjalanan semua peserta di setiap zon atau kawasan berjalan lancar
• Memastikan keperluan pengangkutan di lapangan tersedia• Memantau dan menganalisa pencapaian peserta
di lapangan • Mengisi borang projek LaKAR: - Borang Analisa Pencapaian Kerja Lapangan
16
MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN
Kumpulan Makmal (Mx)
PESERTA TUGASAN
JTMP
• Melaksanakan prosedur pencelupan slaid AFB• Membaca slaid sapuan AFB• Mengisi borang LIS 102-A• Mengesahkan keputusan slaid sapuan AFB• Memaklumkan kepada kumpulan rawatan (Rx) yang
merujuk keputusan slaid sapuan AFB
FASILITATOR TUGASAN• Menunjuk ajar prosedur pencelupan slaid AFB dan
pembacaan slaid AFB • Memastikan susun atur perabot dan peralatan makmal di
lapangan bertepatan dan sesuai • Memantau proses perjalanan prosedur pencelupan dan
pembacaan slaid AFB • Memastikan keperluan-keperluan klinikal di lapangan
tersedia• Memantau dan menganalisa pencapaian peserta di
lapangan • Memantau pengisian borang LIS 102-A dan ketepatan
pengiraan BI dan MI• Mengisi borang projek LaKAR: - Borang Analisa Pencapaian AFB
17
MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN
28 Modul Lakar, Program Kawalan Kusta Kebangsaan
LAMPIRAN 1
BORANG KERJA LAPANGAN
BORANG KERJA LAPANGAN Projek LaKAR __/ ___
JKN / PKD:
Tarikh:
Kumpulan:
A) MAKLUMAT PESAKIT
Nama :
No. pengenalan diri :
Umur : Jantina :
Warganegara : Ya Tidak Jika bukan warganegara
(nyatakan Negara Asal):
Alamat Rumah/Tempat Kerja Home/Work address :
Kontak kepada pesakit kusta :
Ya
Tidak
Sejarah penyakit, Gejala & Tanda / Case history, signs and symptoms :
18
MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN
1 Modul Lakar, Program Kawalan Kusta Kebangsaan
Sila tandakan dalam gambarajah / Please mark on the diagram
Tanda Kulit / Skin lesions
Kecacatan neurologi / Neurological deficit
Penebalan saraf / Thickened Nerve
Kecacatan fisikal / Deformities
Disyaki Kusta :
Ya
Dirujuk untuk SSS:
Ya
Tidak
(Nyatakan alasan:) Tidak
B) MAKLUMAT ISI RUMAH (untuk diisi oleh kumpulan survalen)
Zon / Kawasan :
Bil. rumah yang dilawati: / buah
:
Bil. Isi rumah
L P Kanak-kanak
19
MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN
1 Modul Lakar, Program Kawalan Kusta Kebangsaan
Sila tandakan dalam gambarajah / Please mark on the diagram
Tanda Kulit / Skin lesions
Kecacatan neurologi / Neurological deficit
Penebalan saraf / Thickened Nerve
Kecacatan fisikal / Deformities
Disyaki Kusta :
Ya
Dirujuk untuk SSS:
Ya
Tidak
(Nyatakan alasan:) Tidak
B) MAKLUMAT ISI RUMAH (untuk diisi oleh kumpulan survalen)
Zon / Kawasan :
Bil. rumah yang dilawati: / buah
:
Bil. Isi rumah
L P Kanak-kanak
2 Modul Lakar, Program Kawalan Kusta Kebangsaan
Salasilah keluarga (lukiskan family tree dan tandakan anggota keluarga yang mempunyai gejala yang sama
Lain-lain penemuan berisiko:
Nama Pelapor :
Kumpulan :
Tandatangan:
20
MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN
3 Modul Lakar, Program Kawalan Kusta Kebangsaan
LAMPIRAN 2
BORANG ANALISA PENCAPAIAN KERJA LAPANGAN
BORANG ANALISA PENCAPAIAN PROJEK
Projek LaKAR : __ / ___ JKN / PKD:
(untuk diisi oleh urusetia / fasilitator)
Tarikh:
A: SARINGAN PENDUDUK
KUMPULAN RAWATAN
JUMLAH DISARING
JUMLAH SARINGAN
KULIT
JUMLAH YANG
DISYAKI
JUMLAH YANG DIBUAT SSS
JUMLAH POSITIF
RAWATAN 1 RAWATAN 2 RAWATAN 3 RAWATAN 4
Total
KUMPULAN
SURVALEN BIL.
RUMAH DILAWATI
JUMLAH DISARING
JUMLAH SARINGAN
KULIT
JUMLAH DIRUJUK
JUMLAH YANG HADIR UNTUK PEMERIKSAAN
JUMLAH POSITIF
SURVALEN 1 SURVALEN 2 SURVALEN 3 SURVALEN 4 SURVALEN 5 SURVALEN 6 SURVALEN 7
Total KUMPULAN
MAKMAL JUMLAH PESAKIT YANG
DIBUAT SSS JUMLAH SLAID YANG DIBACA
JUMLAH POSITIF
MAKMAL 1 MAKMAL 2 MAKMAL 3 Total
LAMPIRAN 2
21
MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN
B: PELAKSANA PROSEDUR TOREHAN SSS
Bil. Nama Jawatan Bil. Torehan
Bil. Pesakit Catatan / Komen
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Nama & tandatangan penyelia:
C: PENCAPAIAN PROSEDUR PEMBACAAN SLAID AFB
Bil. Nama Jawatan Bilangan
slaid dibuat
Bilangan slaid
diperiksa ketepatan Kualiti
Slaid Catatan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Nama & tandatangan penyelia:
25
MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN
8 Modul Lakar, Program Kawalan Kusta Kebangsaan
LAMPIRAN 5
CONTOH AGENDA LAKAR
MASA /HARI HARI PERTAMA HARI KEDUA HARI KETIGA
7.00 am – 8.30 Sarapan Pagi Sarapan Pagi
8.30-12.00 am
Aktiviti di lapangan:
Aktiviti pengesanan & pengurusan kes kes kusta di lapangan
Pembentangan Kerja Kumpulan di Lapangan
9.30 -12.00 am
12.00-2.00pm Pendaftaran / Check
in Oleh:Urusetia
Rumusan / Penutup Makan Tengahari/Bersurai
2.00-2.30 pm
Taklimat & Ice Breaking
Pre-test
2.30 – 3.30 pm
Ceramah 1:
Epidemiology & Program Kawalan Kusta Kebangsaan
4.00-5.00 pm
Ceramah 2:
Leprosy : Symptom,sign &
treatment
Pakar Dermatologi
7.00-800pm Makan Malam Makan Malam
8.00-9.30 pm
Ceramah 3:
Pengurusan Makmal Kusta Kebangsaan
Ceramah 5:
Pelan Strategik Program Kawalan Kusta
Kebangsaan 2016-2020
9.30 – 10.30 pm
Cearamah 4:
Perkongsian pengalaman
(Optional)
Kerja Kumpulan: Persedian laporan kerja kumpulan di lapangan
10.30-11.00pm Taklimat kerja lapangan
LAMPIRAN 5
Ceramah 4:
26
MODUL LaKAR PROGRAM KAWALAN KUSTA KEBANGSAAN
Proj
ek M
ula
/ Tak
limat
Sarin
gan
Kesih
atan
Um
um
Pem
erik
saan
ku
lit
Tinj
auan
rum
ah k
e ru
mah
/
Sarin
gan
peny
akit
kust
a/
Pend
idik
an k
esih
atan
pe
nyak
it ku
sta
Disy
aki k
usta
Pem
baha
gian
Kum
pula
n m
engi
kut Z
on /K
awas
an
Kum
pula
n Su
rval
en
Kum
pula
n M
akm
al
Mas
alah
kul
it M
asal
ah se
lain
ku
sta
&
Raw
atan
Pros
edur
SSS
Peng
esah
an D
iagn
osis
Kust
a
Terim
a Sl
aid
AFB
Kepu
tusa
n Ba
caan
Sl
aid
Tida
k
Ya
AFB
Baca
an
Slai
d
Penc
elup
an sl
aid
AFB
Raw
atan
& R
ujuk
an
Sarin
gan
kulit
Disy
aki k
usta
Ya
Tida
k
Pend
afta
ran
CART
A AL
IR P
ERJA
LANA
N PR
OJEK
LaK
AR D
I LAP
ANGA
N
LAM
PIR
AN 6
top related