Transcript
PERSATUAN RAKYAT 1
Menjaga Keluarga Saya
Dikemas kini pada 23 Februari 2017
Bolehkah saya mendapat subsidi bagi penjagaan anak?
Bagaimana saya boleh membayar flat HDB saya?
Bagaimana untuk mengurangkan perbelanjaan harian
Tanyalah saya!
2 MENJAGA KELUARGA SAYA
MEMPERBAIKI PERJALANAN HIDUP
Mem
perbaiki Perjalanan Hidup
Tanyalah Kaki-Kaki Kopi!
* kaki – Rakan baik dalam Bahasa Selanga Melayu
Ken dan kaki-kakinya * amat dikenali di kawasan kejiranannya kerana senyuman mesra dan sapaan cerianya yang dapat membuat semua berasa selesa. Ken selalu berkongsi dengan orang ramai mengenai perkara-perkara terkini, dan jika anda memerlukan bantuan, beliaulah orang yang boleh membantu. Dia seorang yang boleh diharap dan mengetahui semua lubang , panduan dan kenalan yang boleh membantu anda memulakan setiap peringkat kehidupan anda dengan berbekalkan pengetahuan dan kebijaksanaan. Malah, beliau turut berkongsi mengenai skim-skim pemerintah yang boleh memanfaatkan anda dengan cara yang mudah dan cepat!
Seperti orang lain, Ken juga telah mengalami pelbagai rintangan kehidupan, tetapi melalui pengalamannya, dia tahu bahawa ramai yang boleh membantu, seperti kaki-kaki yang dipercayainya. Anda hanya perlu tahu ke mana untuk dituju dan kepada siapa untuk bertanya. Jadi, jika anda memerlukan bantuan dan sokongan, tanya sahaja Ken dan kaki-kakinya !
Tidak kira di peringkat mana kehidupan anda sekarang – sama ada anda bakal berkahwin, memulakan sebuah keluarga, menjaga ibu bapa yang sudah tua, mencari pekerjaan baru, merancang untuk persaraan – sokongan dan bantuan yang sewajarnya boleh menjadikan perjalanan hidup lebih lancar.
Dalam siri buku kecil ini, anda boleh mendapatkan panduan ringkas dan gambaran yang luas mengenai dasar-dasar pemerintah dan skim-skim yang berkaitan dengan isu-isu kehidupan seperti penjagaan kesihatan, perumahan, pengangkutan dan pendidikan supaya anda lebih maklum untuk memulakan peringkat kehidupan seterusnya, menangani cabaran-cabaran yang tidak dijangka dan dapat peluang-peluang yang sesuai untuk terus maju.
Terdapat tiga buku kecil dalam siri ini:Maju Dalam Kerjaya SayaMenjaga Keluarga SayaMenjaga Warga Emas Kita
Dapatkan naskah anda di Balai Rakyat/ Kelab Masyarakat (CC) atau Pusat Jawatankuasa Penduduk (RC) anda yang terdekat.
PERSATUAN RAKYAT 3
MENYOKONG ANDA, DALAM SETIAP LANGKAH
Membina keluarga tanpa banyak kebimbangan Ms6
Dapatkan bantuan untuk perbelanjaan harian anda Ms11
Berikan yang terbaik kepada anak-anak anda Ms7
Membina rumah anda yang pertama tanpa beban kewangan Ms4
• Skim-skim keutamaan untuk flat-flat HDB baru• Geran-geran Perumahan CPF • Geran Permulaan Baru Memiliki Rumah
• Bonus Bayi dan Geran Langkah Pertama• Subsidi-subsidi pra-sekolah dan Edusave• Konsesi pas pengangkutan untuk pelajar
Nikmati sokongan tambahan Ms17
• Pelepasan Isteri/Suami• Pelepasan Anak untuk Ibu yang Bekerja
• Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat• Baucar-baucar GST• ComCare
• Pakej Kehamilan Medisave• Sokongan untuk kehamilan berbantu
Kan
dung
an
4 MENJAGA KELUARGA SAYA
Rumahku, Syurgaku
Membina rumah anda yang pertama tanpa beban kewangan
Adakah terdapat bantuan untuk golongan bujang?
Sudah tentu. Anda tidak akandibiarkan keseorangan!
Geran Perumahan CPF untuk Golongan Bujang• Golongan bujang yang berusia sekurang-kurangnya 35 tahun yang membeli flat HDB
jualan semula boleh menerima Geran untuk Golongan Bujang sebanyak $25,000.
• Pemohon Geran untuk Golongan Bujang yang berpendapatan rendah hingga pertengahan boleh menerima Geran Perumahan CPF Tambahan dari $2,500 hingga $20,000.
RUMAHKU, SYURGAKU
Skim Keutamaan Keluarga Berangkai• Bagi pemohon kali kedua (sudah bercerai atau balu yang mempunyai anak) yang ingin
berpindah ke flat yang lebih kecil.
Skim Bantuan untuk Pemohon Kali Kedua (ASSIST)• Bagi pemohon kali kedua (sudah bercerai atau balu yang mempunyai anak) yang ingin
berpindah ke flat yang lebih kecil.
Skim Keutamaan Penyewa• Untuk penyewa-penyewa kali pertama dan kedua di flat-flat sewa yang ingin memiliki
rumah sendiri.
Semua permohonan bagi flat HDB baru akan diundi melalui komputer untuk mendapatkan nombor giliran bagi pemilihan flat. Anda boleh meningkatkan peluang anda dalam pengundian tersebut dengan memohon supaya disertakan dalam skim-skim ini.
Skim-skim keutamaan bagipermohonan flat-flat HDB
Skim Keutamaan Ibu bapa• Bagi pasangan suami isteri yang mempunyai anak
dan merupakan pemohon kali pertama.
Skim Keutamaan Anak Yang Sudah Berumahtangga• Bagi anak-anak yang sudah berkahwin dan tinggal
bersama-sama atau dalam estet perumahan yang sama atau yang berdekatan dengan ibu bapa mereka.
Skim Keutamaan Anak Ketiga• Bagi keluarga yang mempunyai lebih daripada dua
orang anak.
PERSATUAN RAKYAT 5
Geran Perumahan Permulaan Baru • Bagi keluarga pemohon kali kedua yang mempunyai anak kecil dan tinggal di flat sewa,
yang ingin memiliki rumah sekali lagi.
• Ibu bapa berusia 35 ke atas tetapi di bawah 55 tahun dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak warga Singapura yang berusia di bawah 16 tahun.
• Flat Fleksi 2 bilik dengan pilihan tempoh pajakan antara 45 hingga 65 tahun dengan kenaikan dalam kelompok 5 tahun. Tempoh pajakan yang dipilih harus memastikan kesemua pemilik dan pasangan mereka (selaku penghuni flat tersebut) dapat tinggal di flat tersebut sehingga usia mereka mencapai sekurang-kurangnya 95 tahun.
• Keluarga boleh menerima geran sehingga $35,000 bagi flat yang dibeli dengan tempoh pajakan selama 60 tahun atau 65 tahun, dengan jumlahnya diturunkan selaras dengan tempoh pajakan yang lebih pendek.
Geran Perumahan CPF Tambahan (AHG)• Dapatkan sehingga $40,000 jika pendapatan purata kasar bulanan isi rumah anda untuk
12 bulan tidak melebihi $5,000. Keluarga yang membeli flat jualan semula juga boleh mendapatkan geran tersebut.
Geran Perumahan CPF Khas• Dapatkan antara $5,000 hingga $40,000 selain daripada AHG jika pendapatan gabungan
bulanan isi rumah anda selama 12 bulan tidak melebihi $8,500. Bagi keluarga pemohon kali pertama yang membeli flat 2 hingga 4 bilik di estet tidak matang.
Skim Tokokan Geran Perumahan CPF• Bantuan kewangan untuk golongan bujang yang pernah menerima Geran Perumahan
CPF untuk Golongan Bujang, dan mempunyai anak atau pasangan baru yang merupakan Warga Singapura atau Penduduk Tetap Singapura.
• Pendapatan bulanan purata isi rumah tidak boleh melebihi $12,000.
Rum
ahku
, Syu
rgak
u
HDB: 1800 866 3066 www.hdb.gov.sg
HDB: 1800 225 5432 www.hdb.gov.sg
Geran Perumahan Berhampiran• Bagi keluarga yang membeli flat jualan semula untuk tinggal bersama-sama atau berdekatan
dengan keluarga mereka. Golongan bujang layak menikmati geran ini jika mereka membeli flat jualan semula bersama dengan ibu bapa mereka.
• Keluarga menerima geran sebanyak $20,000 manakala golongan bujang menerima geran $10,000.
Geran Perumahan CPF untuk Keluarga• Membantu isi rumah warganegara yang merupakan pemohon
kali pertama untuk membeli flat jualan semula di pasaran terbuka. Dapatkan geran $50,000 jika purata pendapatan bulanan kasar isi rumah anda tidak melebihi $12,000.
Geran-Geran Perumahan UntukMembeli Flat Jualan Semula
Geran-Geran Perumahan UntukMembeli Flat HDB Baru
6 MENJAGA KELUARGA SAYA
Merancang U
ntuk Mendapat A
nak
Membina keluarga tanpa banyak kebimbangan
Pakej Kehamilan Medisave• Ibu bapa boleh mengeluarkan wang Medisave mereka sehingga $900
untuk perbelanjaan perubatan sebelum bersalin. Mereka juga boleh menggunakan sehingga $450 bagi setiap hari pesakit dimasukkan ke hospital, dan had pengeluaran pembedahan tambahan antara $750 dengan $2,150 bergantung pada jenis prosedur bersalin.
Medisave untuk Prosedur Kehamilan Berbantu (ACP)• Prosedur Kehamilan Berbantu (ACP) seperti rawatan Teknologi Reproduktif Berbantu (ART)
boleh membantu pasangan yang mengalami kesukaran mendapatkan anak.
• Pasangan boleh mengeluarkan wang Medisave sehingga $6,000, $5,000 dan $4,000 bagi anak pertama, kedua dan ketiga mereka dan kitaran yang seterusnya, sehingga $15,000 sepanjang hayat mereka.
Skim Pembiayaan Bersama yang Dipertingkatkan bagi Rawatan Teknologi Reproduktif Berbantu (ART) di Hospital Awam• Termasuk persenyawaan in-vitro yang mungkin dapat membantu pasangan yang
memerlukan bantuan perubatan untuk mendapatkan anak.
• Pasangan yang layak yang mendapatkan rawatan ART di hospital awam boleh menerima sehingga 75% secara pembiayaan bersama (sehingga $6,300 bagi setiap kitaran) daripada Pemerintah, dihadkan kepada 3 kitaran ART segar dan 3 kitaran ART beku.
MERANCANG UNTUK MENDAPAT ANAK
Pakej Perkahwinan dan Keibubapaan: 1800 227 1188
www.heybaby.sg
Anggota-anggota Perkhidmatan Negara akan menerima baucar $100 apabila mereka berkahwin atau menimang cahaya mata!
MINDEF: 1800 367 6767www.mindef.gov.sg
Dengan adanya skim-skim sokongan ini, saya rasa kurang bimbang dalam memulakan perjalanan membina keluarga saya.
PERSATUAN RAKYAT 7
Perlindungan MediShield Hayat untuk Keadaan Kongenital dan Neonatal• Semua bayi Warga Singapura dan Penduduk Tetap akan secara automatik diberi
perlindungan MediShield Hayat sejak lahir, termasuklah yang mempunyai keadaan kongenital dan neonatal, sepanjang hayat.
Mem
besa
r
MEMBESARMemberikan yang terbaik kepada anak-anak anda
Geran Medisave untuk Bayi yang baru lahir• Bayi Warga Singapura yang dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 2015 akan
menerima geran $4,000 dalam akaun Medisave mereka secara automatik, untuk membantu membiayai kos perbelanjaan penjagaan kesihatan, vaksinasi kanak-kanak yang disyorkan dan premium MediShield Hayatnya.
MSF (Baby Bonus): 1800 253 7707
www.babybonus.msf.gov.sg
MOH (MediShield Life): 1800 222 3399
www.medishieldlife.sg
Apakah faedah yang boleh bayi saya dapat?
Pakej Perkahwinan dan Keibubapaan: 1800 227 1188
www.heybaby.sg
Skim Bonus Bayi meringankan kos kewanganuntuk membesarkan anak-anak anda. Di sini ada panduan mudah: hanya ada dua bahagian bagi skim ini. Senang Sangat!
Skim Bonus Bayi - Hadiah TunaiHadiah wang tunai membantu pasangan membiayai kos awal penjagaan dan membesarkan anak mereka yang baru lahir. Skim ini boleh digunakan secara fleksibel.
• $8,000 bagi setiap anak pertama dan kedua (dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 2015).
• $10,000 bagi setiap anak ketiga dan seterusnya (dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 2015).
Skim Bonus Bayi - Akaun Pembangunan Anak (CDA) Ini merupakan akaun simpanan istimewa. Simpanan yang dimasukkan ke dalam akaun tersebut oleh ibu bapa akan dipadankan oleh Pemerintah dengan jumlah yang sama, sehingga had dicapai.
• Untuk membantu lebih banyak ibu bapa menerima faedah sokongan yang diberi oleh CDA, anak warga Singapura yang layak yang dilahirkan dari 24 Mac 2016 akan menerima geran Langkah Pertama CDA sebanyak $3,000.
• Geran ini dimasukkan ke dalam CDA tanpa ibu bapa perlu menyimpan wang dalam CDA terlebih dahulu.
• Ibu bapa yang terus menyimpan wang melebihi geran Langkah Pertama CDA akan menerima padanan dengan jumlah yang sama antara $3,000 hingga $15,000, bergantung kepada susunan kelahiran anak.
8 MENJAGA KELUARGA SAYA
Mem
besar
Pelbagai skim telah disediakan untuk membantu kita di setiap peringkat hidup anak kita.
Subsidi untuk Pusat Penjagaan Bayi dan Kanak-Kanak• Subsidi untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak Warga Singapura yang berdaftar di
pusat penjagaan kanak-kanak berlesen. Subsidi asas sehingga $600 untuk penjagaan bayi dan sehingga $300 untuk penjagaan kanak-kanak.
• Subsidi tambahan bagi keluarga yang mempunyai ibu yang bekerja, dengan pendapatan kasar isi rumah bulanan tidak melebihi $7,500 atau pendapatan per kapita tidak melebihi $1,875.
Skim Bantuan Yuran Tadika• Bantuan yuran untuk memastikan pendidikan tadika kekal mampu untuk kanak-kanak dari
keluarga berpendapatan rendah dan pertengahan.
• Keluarga dengan pendapatan kasar isi rumah bulanan tidak melebihi $6,000 atau pendapatan per kapita tidak melebihi $1,500 akan menerima bantuan yuran sehingga $170 (tidak termasuk GST) setiap bulan.
ECDA: 6735 9213
www.ecda.gov.sg
SG Enable: 1800 8585 885
www.sgenable.sg
Program Jagaan Kanak-Kanak Bersepadu • Program penjagaan anak yang inklusif bagi kanak-kanak dengan keperluan khas.
Subsidi Penjagaan Pelajar ComCare• Bagi pelajar Warga Singapura atau Penduduk Tetap (sekurang-kurangnya seorang ahli
keluarga terdekat di rumah yang sama adalah Warga Singapura) yang berumur 7 hingga 14 tahun, yang berdaftar di sebuah Pusat Penjagaan Pelajar yang berdaftar.
• Subsidi untuk keluarga dengan pendapatan kasar isi rumah bulanan yang tidak melebihi $4,000, atau yang mempunyai pendapatan per kapita tidak melebihi $1,000 sebulan.
MSF (ComCare): 1800 222 0000
www.comcare.sg
Program Intervensi Awal Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC)• Melengkapkan kanak-kanak berusia tidak melebihi 6 tahun yang
mengalami ketidakupayaan tahap sederhana hingga tahap teruk dengan kemahiran-kemahiran moto, berkomunikasi, bersosial dan bantu diri.
Program Sokongan Pembangunan• Program intervensi awal untuk kanak-kanak pra-sekolah yang
mempunyai keperluan pembangunan tahap sederhana. Subsidi pemerintah yang lebih tinggi disediakan untuk keluarga yang memerlukan lebih banyak bantuan.
PERSATUAN RAKYAT 9
Mem
besa
r
Dermasiswa Merit Edusave• Bagi pelajar warga Singapura yang menuntut di sekolah dan maktab rendah/institusi
berpusat Pemerintah atau dibantu Pemerintah. Pelajar dalam linkungan 25% terbaik bagi setiap peringkat dengan pendapatan isi rumah kasar bulanan tidak melebihi $6,000, atau pendapatan isi rumah per kapita tidak melebihi $1,500 sebulan. Bergantung kepada peringkat, para pelajar akan menerima antara $200 hingga $500.
Geran Pembantu Rumah Asing• Bayaran tunai sebanyak $120 setiap bulan akan diberikan kepada keluarga yang perlu
menggajikan pembantu rumah asing untuk menjaga ahli keluarga mereka yang memerlukan bantuan tetap bagi tiga atau lebih Kegiatan Kehidupan Harian.
MOM: 6438 5122www.mom.gov.sg
AIC: 1800 650 6060www.silverpages.sg
Potongan Levi Pembantu Rumah Asing • Keluarga mungkin layak mendapat potongan levi sebanyak $60 setiap bulan jika mereka
menggajikan pembantu rumah asing untuk menjaga: – Ahli keluarga yang kurang upaya
(hubungi AIC: 1800-650-6060, www.silverpages.sg untuk maklumat lanjut)
– Anak atau cucu yang berusia 16 tahun ke bawah
– Warga emas yang berusia 65 tahun ke atas
Sekolah anak
Biasiswa Edusave• Bagi pelajar warga Singapura dalam lingkungan 10% terbaik di peringkat mereka
berdasarkan keputusan peperiksaan sekolah keseluruhan bagi tahun tersebut. Bergantung kepada peringkat, para pelajar akan menerima $350 atau $500.
Sumbangan Edusave• Menyediakan sumber bagi aktiviti pengayaan sekolah untuk pelajar warga Singapura bagi
membantu mereka cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik. Sumbangan dilakukan secara automatik.
Peringkat Sumbangan Tahunan bagi setiap Pelajar
Rendah
Menengah
$200
$240
Skim Bantuan Kewangan• Bagi pelajar Warga Singapura dengan pendapat kasar isi rumah bulanan yang tidak melebihi
$2,500, atau yang mempunyai pendapatan per kapita tidak melebihi $625 sebulan.
• Termasuk pengecualian yuran sekolah, yuran sampingan tetap dan yuran peperiksaan, buku teks dan kos seragam sekolah, dan lain-lain.
10 MENJAGA KELUARGA SAYA
Mem
besar
TransitLink: 1800 2255 663
www.transitlink.com.sg
Pas Konsesi Perjalanan• Pas konsesi perjalanan bagi pelajar dari peringkat Rendah sehingga Universiti, dan Anggota
Perkhidmatan Negara
• Pas Perjalanan Bulanan Dewasa untuk orang dewasa (warga Singapura dan Penduduk Tetap), $120 setiap bulan.
• Pas Waktu Bukan Sibuk (OPP) untuk Orang Dewasa, Warga Emas, Orang Kurang Upaya dan Skim Konsesi Pengangkutan Daya Kerja (WTCS) - Perjalanan tanpa had untuk perkhidmatan bas asas dan kereta api semasa waktu kurang sibuk.
Perjalanan tanpa had bagi perkhidmatan
bas asas
Perjalanan tanpa had bagi
kereta api
Perjalanan tanpa had bagi perkhidmatan bas
asas dan kereta api
Pelajar sekolah rendah $22.50 $20.00 $41.00
Pelajar sekolah menengah
(termasuk JC/ITE)$27.50 $25.00 $51.00
Pelajar Diploma sepenuh masa* $27.50 $25.00 $51.00
Pelajar Universiti sepenuh masa* $52.00 $45.00 $85.00
Anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa $52.00 $45.00 $85.00
Perjalanan tanpa had bagi perkhidmatan bas asas dan kereta api
Orang dewasa/ WTCS $80.00
Orang kurang upaya $40.00
Warga Emas $40.00
Kanak-kanak di bawah usia 7 tahun boleh menggunakan perkhidmatan bas asas, perkhidmatan bas ekspres dan kereta api secara percuma.
Anda dapat menikmati perjalanan MRT percuma waktu awal pagi ke 18 stesen MRT yang ditetapkan di kawasan bandar sebelum 7.45 pagi pada hari bekerja (kecuali cuti umum) sehingga 30 Jun 2017. Penumpang yang keluar dari stesen-stesen tersebut antara 7.45 pagi dan 8 pagi pada hari bekerja (kecuali cuti umum) akan menikmati potongan sebanyak 50 sen bagi tambang kereta api mereka.
* Termasuk pelajar yang layak yang belajar di Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar dengan Majlis Pendidikan Swasta, atau pelajar yang belajar di rumah yang mengambil peperiksaan peringkat GCE ‘N’, ‘O’ atau ‘A’, atau kelayakan ijazah Sarjana Muda Antarabangsa
PERSATUAN RAKYAT 11
Mem
besa
r
Kami sudah pun berkeluarga. Jadi, alangkah baiknya jika kami boleh menghabiskan lebih banyak masa dengan anak-anak kami.
Sebagai Abang Kopi yang diambilbekerja, saya sentiasa ingin tahumengenai skim-skim cuti keluarga.Anak-anak kami masih kecil dan masaberlalu begitu pantas. Saya inginmelihat mereka membesar – sementaramereka masih comel!
Cuti Bersalin yang Dibayar Pemerintah (GPML)• Jika anda merupakan ibu yang bekerja dan baru melahirkan anak rakyat Singapura, anda
boleh menikmati GPML selama 16 minggu.
Cuti Bapa yang Dibayar Pemerintah (GPPL)• Jika anda bekerja dan merupakan bapa kepada seorang anak warga Singapura berusia di
bawah 12 bulan atau merupakan bapa angkat seorang anak di bawah 12 bulan, anda boleh menikmati GPPL selama 2 minggu berkuatkuasa dari 1 Januari 2017.
Cuti yang Dikongsi Ibu Bapa (SPL)• Jika anda bekerja dan merupakan bapa kepada seorang anak warga Singapura berusia di
bawah 12 bulan, anda boleh berkongsi sehingga 1 minggu daripada 16 minggu cuti bersalin isteri anda.
• Bermula 1 Julai 2017, SPL akan dinaikkan kepada 4 minggu dan boleh dikongsi dengan cuti bersalin atau cuti anak angkat isteri anda, tertakluk pada persetujuannya.
Skim Cuti bagi Ibu bapa Bekerja
Skim Cuti Dibayar Kerajaan: 1800 253 4757
www.profamilyleave.gov.sg
12 MENJAGA KELUARGA SAYA
Mem
besar
Cuti Anak Angkat yang Dibayar Pemerintah (GPAL)• Jika anda bekerja dan merupakan ibu angkat kepada seorang anak berusia di bawah
12 bulan, anda layak menerima cuti Anak Angkat yang Dibayar Pemerintah (GPAL) selama 4 minggu untuk menjaga anak angkat anda.
• Bermula 1 Julai 2017, GPAL akan dinaikkan kepada 12 minggu.
Faedah Bagi Ibu Bersalin yang Dibayar Pemerintah (GPMB)• Anda akan layak menerima GPMB jika anda telah bekerja selama sekurang-kurangnya
90 hari dalam 12 bulan sebelum tarikh lahir anak anda yang merupakan warga Singapura.
Lanjutan Cuti Penjagaan Anak (ECL)• Jika anda merupakan ibu atau bapa yang bekerja dan anak bongsu anda merupakan warga
Singapura berusia di antara 7 dan 12 tahun, anda boleh menikmati ECL selama 2 hari.
Cuti Penjagaan Bayi Tidak Berbayar• Jika anda merupakan ibu atau bapa yang bekerja dan anak anda berusia di bawah
2 tahun, anda boleh menikmati cuti penjagaan bayi tidak berbayar selama 6 hari.
Skim Cuti Dibayar Pemerintah: 1800 253 4757
www.profamilyleave.gov.sg
PERSATUAN RAKYAT 13
Hid
up S
enan
g
HIDUP SENANGDapatkan bantuan untuk perbelanjaan harian anda
Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS)• Warga Singapura boleh mendapat subsidi untuk rawatan
perubatan dan pergigian di klinik-klinik Pengamal Perubatan Am (GP) dan klinik pergigian berhampiran rumah mereka yang turut serta dalam skim ini. Subsidi tambahan diberikan untuk perkhidmatan dan ubat-ubatan di Klinik Pakar Pesakit Luar (SOC) dan poliklinik.
CHAS: 1800 275 2427
www.chas.sg
Kriteria Kelayakan CHAS Biru CHAS Jingga
Pendapatan bulanan isi rumah bagi setiap orang (untuk isi rumah yang ada pendapatan)
$1,100 ke bawah $1,101 hingga $1,800
Nilai tahunan rumah (untuk isi rumah yang tiada pendapatan)
$13,000 ke bawah $13,001 hingga $21,000
Subsidi CHAS
Sakit biasa(seperti batuk dan selesema)
Subsidi sehingga $18.50 bagi setiap lawatan Tidak boleh digunakan
Penyakit kronik tertentu
Tidak rumit
Subsidi sehingga $80 bagi setiap lawatan,
dihadkan $320 setiap tahun
Subsidi sehingga $50 bagi setiap lawatan,
dihadkan $200 setiap tahun
Rumit
Subsidi sehingga $120 bagi setiap lawatan,
dihadkan $480 setiap tahun
Subsidi sehingga $75 bagi setiap lawatan,
dihadkan $300 setiap tahun
Perkhidmatan Pergigian Tertentu*
Subsidi sebanyak $11 hingga $256.50 bagi setiap prosedur
(bergantung pada prosedur)
Subsidi sebanyak $50 hingga $170.50 bagi setiap prosedur
(untuk rawatan corona, gigi palsu & saluran
akar sahaja)
Saringan kesihatan yang disyorkan oleh Lembaga Penggalakkan Kesihatan (HPB)
Ujian saringan percuma dengan surat undangan HPB (yuran konsultasi doktor dikenakan)
Konsultasi doktor bagi saringan kesihatanSubsidi sehingga $18.50 bagi setiap lawatan
(sehingga 2 kali setahun)
* Rujuk kepada www.moh.gov.sg/chas untuk senarai penuh perkhidmatan pergigian
14 MENJAGA KELUARGA SAYA
Hidup Senang
Baucar GST – Tunai • Memberikan wang kepada warga Singapura berpendapatan rendah yang layak untuk
keperluan segera mereka.
• Terima $150 atau $300 bergantung kepada pendapatan tahunan dan nilai rumah anda.
• Pada tahun 2017, para penerima Baucar GST – Tunai juga akan turut menerima bayaran Baucar GST sebanyak sekali – Bayaran Khas Tunai sebanyak $100 atau $200.
GST Voucher Team: 1800 2222 888
www.gstvoucher.gov.sg
Baucar GST - U-Save• Memberikan isi rumah HDB rebat untuk membantu
mengimbangi bil utiliti mereka. Bergantung kepada jenis flat, setiap isi rumah akan menerima antara $220 hingga $380 setiap tahun. Singapore Power: 6671 7117
Bantuan Kewangan Segera ComCare• Bantuan untuk mereka yang memerlukan bantuan segera yang
kurang dari 3 bulan.
• Bagi mereka dengan pendapatan isi rumah bulanan di bawah $1,900, atau pendapatan isi rumah per kapita di bawah $650 sebulan.
Bantuan Jangka Pendek Hingga Sederhana ComCare• Bantuan bagi isi rumah yang mencari kerja atau tidak dapat bekerja buat sementara waktu
disebabkan kesakitan atau terpaksa menjaga anak-anak, orang tua atau tanggungan lain.
• Bagi mereka dengan pendapatan isi rumah bulanan di bawah $1,900, atau pendapatan isi rumah per kapita di bawah $650 sebulan.
Bantuan Jangka Panjang ComCare• Bantuan jangka panjang bagi mereka yang tidak dapat bekerja secara tetap disebabkan
kesakitan, faktor usia atau kurang upaya, mempunyai sedikit atau tiada pendapatan dan mempunyai sedikit atau tiada sokongan keluarga. Bermula 1 Julai 2016, anda boleh menerima:
Anda juga boleh menerima bantuan lain seperti rawatan perubatan percuma di poliklinik dan hospital pemerintah / distruktur semula dan akses kepada perkhidmatan sosial yang ditanggung pemerintah.
MSF (ComCare): 1800 222 0000
www.comcare.sg
Jenis Isi Rumah Kadar
1 orang yang layak $500
2 orang yang layak $870
3 orang yang layak $1,130
4 orang yang layak $1,450
Bantuan kanak-kanak tambahan
Tambahan sebanyak $150 bagi setiap anak
PERSATUAN RAKYAT 15
Hid
up S
enan
g
TransitLink: 1800 2255 663
www.transitlink.com.sg
SG Enable: 1800 8585 885
www.sgenable.sg
Konsesi pengangkutan awam bagi orang kurang upaya• Orang kurang upaya (yang mengalami ketidakupayaan yang kekal) menikmati diskaun 25%
bagi tambang pengangkutan awam. Tiada tambang tambahan bagi perjalanan melebihi 7.2km.
• Orang kurang upaya (yang mengalami ketidakupayaan yang kekal) juga boleh mempertimbangkan membeli Pas Konsesi Bulanan pada harga $60 sebulan untuk perjalanan bas dan kereta api tanpa had.
Subsidi Pengangkutan VWO bagi Orang Kurang Upaya• Orang Kurang Upaya (PwDs) boleh memohon bantuan pengangkutan khusus untuk ke
sekolah SPED atau ke tempat yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kurang upaya yang dibiayai MSF.
• Pemohon yang berjaya boleh menerima subsidi sehingga 80% untuk menampung kos pengangkutan khusus.
Skim Subsidi Teksi• Orang Kurang Upaya (PwDs) boleh memohon bantuan berkongsi pengangkutan ke tempat
kerja atau sekolah.
• Untuk layak, pemohon perlu menunjukkan bukti bahawa mereka tidak boleh bergerak menggunakan pengangkutan awam.
• Pemohon yang berjaya boleh menerima subsidi sehingga 50% untuk menampung kos pengangkutan tersebut.
Dana Teknologi Berbantu• Subsidi sehingga 90% dari kos alat-alat teknologi berbantu yang diperlukan oleh orang
kurang upaya, tertakluk pada had sepanjang hayat sebanyak $40,000.
Menyara Orang Dewasa Kurang Upaya
16 MENJAGA KELUARGA SAYA
Hidup Senang
Perkhidmatan Penjagaan Jangka Sederhana dan Panjang (ILTC)• Mengimbangi bil bagi orang dewasa kurang upaya yang memerlukan penjagaan sosial bagi
tempoh yang lama daripada perkhidmatan yang dibiayai MSF seperti Pusat Aktiviti Harian atau Rumah Orang Kurang Upaya Dewasa.
• Jumlah subsidi bergantung pada pendapatan per kapita bulanan atau nilai tahunan rumah.
Pusat Aktiviti Harian• Pusat yang menyediakan program waktu siang bagi orang dewasa kurang upaya
untuk meningkatkan kebolehan mereka berdikari melalui kemahiran hidup harian dan bermasyarakat.
Program “Drop-In Disability”• Pusat yang menyediakan aktiviti sosial dan riadah bagi orang dewasa kurang upaya selama
beberapa jam seminggu.
• Bertujuan meningkatkan mutu hidup orang dewasa kurang upaya melalui penglibatan dan penyepaduan yang bermakna dalam masyarakat.
SG Enable: 1800 8585 885
www.sgenable.sg
SG Enable: 1800 8585 885
www.sgenable.sg
MSF: 6355 6388
www.msf.gov.sg
Baguslah saya boleh mendapat semua bantuan yang saya perlukan dengan program-program dan skim-skim baru ini!
PERSATUAN RAKYAT 17
Men
ikm
ati S
okon
gan
Tam
baha
n
Pelepasan Cukai Ibu Bapa / Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Kurang Upaya• Individu boleh membuat tuntutan sebanyak $5,500 atau $9,000 kerana menyara ibu bapa,
datuk nenek, ibu bapa mertua atau datuk nenek mertua mereka. Individu boleh membuat tuntutan sebanyak $10,000 atau $14,000 jika tanggungan mereka adalah orang kurang upaya. Pihak-pihak yang menuntut boleh berkongsi pelepasan cukai mengikut pembahagian yang dipersetujui.
Pelepasan Cukai Isteri / Suami• Tuntut $2,000 jika pasangan anda tinggal bersama anda atau ditanggung oleh anda.
Tuntut $5,500 jika pasangan anda adalah orang kurang upaya dan tinggal bersama anda atau ditanggung oleh anda.
Rebat Cukai Ibu Bapa• Ibu bapa yang sudah berkahwin, bercerai atau balu boleh menuntut rebat cukai antara
$5,000 hingga $20,000 bergantung kepada susunan kelahiran anak anda.
Pelepasan Cukai Anak Berkelayakan/Anak Cacat (QCR/HCR)• Tuntut pengecualian cukai sebanyak $4,000 bagi setiap anak yang berusia di bawah 16 tahun
atau yang belajar sepenuh masa, dan tidak mempunyai pendapatan tahunan melebihi $4,000. Ibu bapa yang menyara anak cacat boleh menerima pengecualian cukai sebanyak $7,500 bagi setiap anak.
• Pasangan boleh berkongsi QCR/HCR pada jumlah yang dipersetujui.
Ya! Pelepasan cukai yang diluluskan tahun lalu akan diluluskan secara automatik pada tahun ini. Jangan lupa untuk menyemak semula tuntutan anda secara online semasa tempoh memfailkan cukai tahunan (1 Mac hingga 18 Apr) jika terdapat perubahan.
Saya perlu bekerja untuk memberikan yang terbaik kepada keluarga saya. Pelepasan cukai membantu mengurangkan perbelanjaan isi rumah kami setiap tahun.
MENIKMATI SOKONGAN TAMBAHANPelepasan Cukai Pendapatan Peribadi
IRAS: 1800 356 8300
www.iras.gov.sg
18 MENJAGA KELUARGA SAYA
Pelepasan Cukai Anak untuk Ibu yang Bekerja (WMCR)• Ibu yang bekerja boleh menuntut pengecualian cukai di antara 15% hingga 25% bagi
pendapatannya untuk setiap anak, bergantung pada susunan kelahiran anak tersebut. Peratusan WMCR ditambah bagi ibu yang mempunyai lebih dari seorang anak, dan jumlahnya dihadkan kepada 100%.
• WMCR berserta QCR/HCR dihadkan kepada $50,000 bagi setiap anak.
Pelepasan Cukai Penjaga Datuk/Nenek• Ibu yang bekerja yang mendapatkan bantuan ibu bapa dan datuk/nenek mereka
(termasuk mertua) bagi menjaga anak-anak mereka boleh menuntut pengecualian cukai sehingga $3,000.
Pelepasan Cukai Levi Pembantu Rumah Asing• Ibu yang bekerja yang sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang bersekolah
boleh menuntut pelepasan cukai bagi levi pembantu rumah asing yang dibayar pada tahun sebelumnya.
IRAS: 1800 356 8300
www.iras.gov.sg
Menikm
ati Sokongan Tambahan
Dengan pelepasan cukai ini, saya boleh bekerja dengan tenang, sambil memastikan keluarga saya terjaga!
20 MENJAGA KELUARGA SAYA
AIC (Agensi Penjagaan Bersepadu)
1800 650 6060 www.silverpages.sg
CHAS(Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat)
1800 275 2427 www.chas.sg
CPF(Lembaga Dana TabungSimpanan Pekerja)
1800 227 1188 www.cpf.gov.sg
ECDA(Agensi Pembangunan AwalKanak-Kanak)
6735 9213 www.ecda.gov.sg
GST Voucher Team 1800 2222 888 www.gstvoucher.gov.sg
HDB(Lembaga Perumahan &Pembangunan)• Geran Permulaan Baharu
Memiliki Rumah
1800 866 3066
1800 225 5432www.hdb.gov.sg
IRAS(Penguasa Hasil DalamNegeri Singapura)
1800 356 8300 www.iras.gov.sg
Marriage & Parenthood Package(Pakej Perkahwinan dan Keibubapaan)
1800 227 1188 www.heybaby.sg
MINDEF(Ministry of Defence)
1800 367 6767 www.mindef.gov.sg
MND(Kementerian Pembangunan Negara)
1800 866 3078 www.mnd.gov.sg
MOH(Kementerian Kesihatan)• MediShield Life
6325 92201800 222 3399
www.moh.gov.sg www.medishieldlife.sg
MOM(Kementerian Tenaga Manusia)
6438 5122 www.mom.gov.sg
MSF(Kementerian PembangunanSosial dan Keluarga)• Bonus Bayi• ComCare• Skim Cuti Dibayar Pemerintah
6355 6388
1800 253 77071800 222 00001800253 4757
www.msf.gov.sg
www.babybonus.gov.sgwww.comcare.sgwww.profamilyleave.gov.sg
SG Enable 1800 858 5885 www.sgenable.sg
Singapore Power 6671 7117 www.singaporepower.com.sg
TransitLink 1800 2255 663 www.transitlink.com.sg
NOMBOR TALIANYANG BERGUNA
Maklumat telah disusun oleh Divisyen Penglibatan Rakyat & Pemerintah, Persatuan Rakyat.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi agensi-agensi berkaitan seperti yang disenaraikan di atas.
Kongsi buku kecil ini dengan rakan-rakan dan keluarga anda!
top related