MENGAMALKAN KESELAMATAN BENGKEL - Cikgu Amirul · PDF filekeselamatan dan kesihatan pekerja di bengkel dibahagikan ... 1.10 Peti Pertolongan Cemas ... Laporan Kerja amali 1
Post on 30-Jan-2018
382 Views
Preview:
Transcript
PENGENDALIAN BENGKEL
MENGAMALKAN
KESELAMATAN BENGKEL
1.1 Pengenalan
• Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan selamat
ataupun terhindar daripada bahaya serta bencana.
• Menurut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994
(OSHA-Occupational Safety and Health Act 1994),
keselamatan dan kesihatan pekerja di bengkel dibahagikan
kepada tiga kategori iaitu:
1) Keselamatan diri sendiri
2) Keselamatan peralatan dan bahan
3) Keselamatan tempat kerja
1.1.1 Keselamatan Diri Di Bengkel
• Penggunaan alat pelindung diri (Personal Protective
Equipment ~ PPE) adalah kelengkapan yang diperlukan
untuk memberikan perlindungan kepada pemakainya
daripada bahaya yang mungkin dihadapinya.
1.1.1 Keselamatan Diri Di Bengkel
• Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja:
lengan baju yang panjang mesti digulung hingga ke atas
siku.
• Gunakan kasut yang tertutup dan bertapak getah.
• Gunakan alat pelindung diri yang bersesuaian dengan kerja
yang dilakukan.
• Elakkan berambut panjang.
• Elakkan dari memakai perhiasan diri.
[Contohnya: jam, rantai, loket , cincin.]
Rambut Pendek
Baju Koperat /
t-shirt lengan pendek
Seluar bengkel /
Seluar kain cotton
Safety Shoes
Pakaian Bengkel Atau
I. PAKAIAN
Ia diperbuat daripada
fabrik dan melindungi
badan pemakai daripada
benda-benda tajam,
kasar dan berat.
1.1.1 Keselamatan Diri Di Bengkel
2. SARUNG TANGAN
Ia diperbuat daripada kulit, fabrik, atau getah,
digunakan untuk melindungi daripada haba,
asid, benda-benda tajam, kasar dan berat.
1.1.1 Keselamatan Diri Di Bengkel
3. GOGGLE
Digunakan untuk melindungi mata. Pemilihan
jenis goggle berdasarkan keselesaan pemakai
dan jenis kerja yang dilakukan.
1.1.1 Keselamatan Diri Di Bengkel
4. PENUTUP TELINGA
Ia menutup
keseluruhan cuping
atau lubang telinga.
Ia bertujuan untuk
mencegah kehilangan
pendengaran.
1.1.1 Keselamatan Diri Di Bengkel
5. KASUT KESELAMATAN
melindungi bahagian kaki daripada benda
tajam atau melindungi pemakai daripada
tergelincir.
diperbuat daripada getah dan
diperkukuhkan dengan logam
1.1.1 Keselamatan Diri Di Bengkel
1.1.1 Keselamatan Diri Di Bengkel
Apakah kesalahan
yang dilakukan oleh
pelajar ini?
1.1.1 Keselamatan Diri Di Bengkel
• Sentiasa mematuhi peraturan bengkel.
• Jangan bermain atau bergurau semasa berada di dalam
bengkel.
• Sentiasa bekerjasama sesama ahli kumpulan.
• Laporkan sebarang kemalangan kepada pensyarah
dengan segera.
6. SIKAP
1.1.2 Keselamatan Peralatan & Mesin
• Penggunaan sebarang alatan dan mesin perlu mendapat
kebenaran pensyarah kursus.
• Tahu kaedah penggunaan peralatan dan mesin sebelum
menggunakannya.
• Pastikan peralatan dan mesin dalam keadaan yang
selamat sebelum menggunakannya.
• Peralatan dan mesin perlu dibersihkan dan diletakkan
semula ke tempat asal selepas menggunakannya.
• Laporkan kepada pensyarah jika terdapat sebarang
kerosakan atau kehilangan.
1.1.3 Aspek Keselamatan Tempat Kerja
• Sentiasa mematuhi arahan pensyarah dan berhati-hati
dalam setiap kerja yang dilakukan di bengkel.
• Jangan biarkan peralatan bersepah di kawasan kerja dan
lantai.
• Semua suis elektrik perlu ditutup sebelum meninggalkan
bengkel.
• Tempat kerja mestilah sentiasa bersih dan kemas, sama
ada sebelum, semasa dan selepas kerja dilakukan.
1.1.3 Aspek Keselamatan Tempat Kerja
Pastikan tempat
kerja adalah kemas.
1.2 Penggunaan Alat Pelindung Kenderaan
STEERING COVER
FENDER COVER
FRONT COVER
SEAT COVER
FLOOR MAT
1.2 Penggunaan Alat Pelindung Kenderaan
Seat cover Melindungi tempat duduk pemandu daripada
kotor
Floor mat Melindungi karpet daripada kotor/minyak yang
berada pada kasut mekanik
Steering cover Melindungi bahagian steering daripada kotor
semasa mekanik melakukan ujian pemanduan
Fender cover Melindungi bahagian fender/badan kenderaan
daripada tercalar/kotor semasa proses kerja
dilakukan
Front cover Melindungi bahagian bumper daripada
tercalar/kotor semasa kerja dilakukan
1.3 ‘Material Handling’
Bezakan Postur badan
semasa mengangkat
barang yang berat
Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)
ditubuhkan pada 1 Disember 1992 mengikut Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1970.
Pertubuhan ini ditubuhkan bagi melaksanakan tanggungjawab
bagi mengendalikan penyelidikan dan membuat cadangan
pencegahan pekerjaan berkaitan dengan kecederaan dan
penyakit.
1.4 Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
Negara (NIOSH)
Aktiviti – Aktiviti NIOSH
• Menyiasat potensi bahaya keadaan
kerja yang diminta oleh pekerja atau
majikan.
• Menilai bahaya di tempat kerja, bahan
kimia, termasuklah kelengkapan mesin.
• Membentuk dan melaksanakan
kaedah-kaedah untuk mencegah
kecederaan, penyakit dan kecacatan.
1.4 Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
Negara (NIOSH)
Aktiviti – Aktiviti NIOSH
• Mengelola penyelidikan dan
menghasilkan cadangan yang sah
untuk melindungi pekerja.
• Menyediakan pendidikan dan latihan
kepada individu dalam bidang
keselamatan dan kesihatan
pekerjaan.
1.4 Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
Negara (NIOSH)
1.4 Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
Negara (NIOSH)
Akta 514 mewajibkan setiap majikan :
- Menyediakan saluran komunikasi kepada pekerjanya
membuat aduan mengenai perkara yang boleh
memudaratkan keselamatan dan kesihatan pekerja di
tempat kerja.
- Mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas aduan dan
melaporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan Malaysia.
1.5 Punca-punca Kebakaran
Puncakemalangan
FaktorFizikal
FaktorPentadbiran
FaktorManusia
1.5 Punca-punca Kebakaran
1. Faktor Manusia
a. Kecuaian - kurang tumpuan kepada kerja
b. Kurang kemampuan - memaksa diri melakukan kerja
c. Kurang pengetahuan - tiada latihan
d. Disiplin - bergurau sambil bekerja/belajar
e. Kesihatan - gangguan kesihatan ketika bekerja seperti
mengantuk, sakit, letih dan sebagainya.
f. Emosi - perasaan takut, benci, marah dan sebagainya.
1.5 Punca-punca Kebakaran
2. Faktor Fizikal
a. Pendawaian elektrik - pendawaian mengalami kecacatan
pendawaian
b. Persekitaran – cth : tumpahan minyak tidak dibersihkan.
c. Kebisingan - persekitaran yang mempunyai gangguan tahap
kebisingan yang tinggi
d. Peralatan dan mesin - susun atur yang tidak sesuai / keadaan
mesin yang lama dan tidak diservis.
1.5 Punca-punca Kebakaran
3. Faktor Pentadbiran
a. Peraturan - pentadbir yang tidak menguatkuasakan
peraturan yang telah sedia ada.
b. Latihan - tidak ada latihan yang berkaitan dengan
pencegahan kemalangan.
c. Sikap pentadbir - sikap ambil jalan mudah
1.5 Punca-punca Kebakaran
Kelas A Berpunca daripada bahan-bahan biasa yang
mudah terbakar seperti kayu , kertas , perabot
dan lain-lain.
Kelas B Berpunca daripada bahan-bahan cecair.
Kelas C Berpunca daripada peralatan elektrik.
Kelas D Berpunca daripada gas yang melibatkan
kebakaran.
Kategori Kebakaran :-
1.5 Punca-punca Kebakaran
Haba Bahan
Pembakaran
Oksigen
API
UNSUR-UNSUR API
1.7 Latih tubi Kebakaran
1. Mengenali bunyi tanda amaran kebakaran, biasanya
bunyi loceng berterusan.
2. Berkumpul di kawasan lapang yang selamat (mengikut
pelan laluan kecemasan).
3. Sepanjang perjalanan, pastikan pintu-pintu jangan
dikunci atau dihalang, menghubungi pihak bomba,
memberitahu rakan lain agar keluar daripada bangunan.
4. Menggunakan alat pemadam kebakaran (jika tahu
menggunakan alat pemadam api dan keadaan api yang
masih boleh dikawal).
1.8 Jenis-jenis Alat Pemadam Api
i. Pancuran air ( paip hos )
• Alat ini adalah sesuai untuk
pencegahan api dari kelas A.
• Alat ini mengandungi 25-40 meter
salur getah bagi membekalkan
tekanan air untuk meredakan
kebakaran.
1.8 Jenis-jenis Alat Pemadam Api
ii. Pemadam Soda-Asid ( Soda-Asid Extinguisher)
Kegunaan : Kelas A / B
iii. Pemadam Jenis Halon
Kegunaan : Kelas B / C
* Wap atau bau dari semburan pemadam ini adalah
merbahaya terutama pada ruang yang tertutup.
1.8 Jenis-jenis Alat Pemadam Api
iv. Pemadam Karbon Dioksida ( Carbon Dioxide )
Kegunaan : Kelas B
v. Pemadam Kering ( Dry Powder Extinguisher )
Kegunaan : Kelas A / B
1.8 Jenis-jenis Alat Pemadam Api
Vi . Pemadam Buih
( Bubble Fire Extinguisher )
Kegunaan : Kelas B
*Jika menggunakan pemadam jenis ini , maka pancutannya
janganlah di tuju terus pada kebakaran itu tetapi di tujukan
pada tepi dinding tangki itu supaya buih itu akan mengalirke
bawah dan bertaburan di permukaan cecair yang terbakar itu.
1.9 Langkah-langkah Kendalikan
Alat Pemadam Api
1.10 Peti Pertolongan Cemas (First Aid Kit)
Pengetahuan pertolongan cemas penting untuk
menyelamatkan rakan sewaktu kecemasan, dan sebelum
mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan yang lebih
lanjut. Peti Pertolongan Cemas diletakkan di tempat yang
mudah diperolehi
1.11 Pertolongan Cemas :
Kecederaan Ringan
Bersihkan luka
dengan antiseptik.
Sapukan dengan
iodin.
Balutkan luka
dengan kain kasa
dan plaster.
1.12 Pertolongan Cemas :
Kejutan Elektrik
1. Tutup suis bekalan utama.
2. Gunakan bahan penebat (diperbuat
daripada kayu) untuk menarik /
menolak badan mangsa daripada
sumber elektrik.
3. Jika mangsa tidak sedarkan diri,
gunakan rawatan pemulihan
pernafasan (CPR).
4. Bawa mangsa ke hospital untuk
bantuan perubatan seterusnya.
1.13 Kaedah Pertolongan Cemas :
Mulut ke Mulut
1. Baringkan mangsa. Bukakan
saluran pernafasan dengan
mendongakkan kepala
mangsa
2. Buka mulut anda seluas-luas yang boleh, ambil
nafas panjang, picit hidung mangsa dengan jari
anda dan rapatkan bibir anda dengan bibirnya.
4. Alihkan mulut anda daripada mangsa dan
hembuskan baki udara yang tinggal. Lihat dada
mangsa turun lalu ambil nafas semula dan ulangi
langkah 2 dan 3.
3. Dengan melihat selari ke arah
dada mangsa hembuskan udara
keparu-paru mangsa. Anda
boleh lihat dadanya naik ketakat
maksimum.
1.13 Kaedah Pertolongan Cemas :
Mulut ke Mulut
5. Periksa denyutan nadi untuk
memastikan jantung kembali
normal. Jika belum normal
ulang beberapa kali langkah 2,
3 dan 4.
1.13 Kaedah Pertolongan Cemas :
Mulut ke Mulut
1.14 Kaedah Pertolongan Cemas :
Pemulihan Jantung
1. Baringkan mangsa.
Melutut di sebelahnya
dengan menghadap ke dada
dan sebaris dengan jantung
manusia.
2. Cari bahagian bawah tulang
selangka. Letakkan
genggaman seperti seperti
ditempat yang ditunjukkan.
1.14 Kaedah Pertolongan Cemas :
Pemulihan Jantung
3. Letakkan genggaman tangan
anda di bahagian tengah tulang
selangka bawah. Genggaman
anda mestilah kuat.
4. Dengan meluruskan tangan
anda, gerakkan badan anda ke
hadapan, selepas itu undur
kebelakang semula.
Lakukan sebanyak 15 kali
( 8 kali seminit ).
5. Periksa denyutan nadi setiap 3 minit. Sebaik sahaja
denyutan nadi bermula, hentikan tekanan dan lakukan
pemulihan mulut ke mulut sehingga pernafasannya normal
kembali.
1.14 Kaedah Pertolongan Cemas :
Pemulihan Jantung
1.15 Kaedah Pertolongan Cemas :
Melecur
1. Jangan memberi sebarang rawatan kecuali
melindunginya dari terkena udara.
2. Tutup bahagian melecur menggunakan kain atau kertas
yang bersih. (Sekiranya terkena bahan kimia atau asid,
bersihkan dengan air).
3. Bawa mangsa ke hospital terdekat.
1.16 Kaedah Pertolongan Cemas :
Kecederaan Mata
1. Jangan sesekali menggosok mata yang tercedera.
2. Beritahu mangsa jangan menggerak-gerakkan mata.
3. Jangan menyentuh permukaan mata . Jika kecederaan
mata yang disebabkan oleh percikan kimia, mencuci
mata dengan jumlah air yang banyak.
4. Balut mata tetapi jangan terlalu kuat.
5. Bawa mangsa ke tempat di mana mangsa boleh
diperiksa oleh ahli perubatan.
1.17 RUMUSAN
Antara Punca-punca kemalangan di bengkel termasuklah :-
1.17 RUMUSAN
Antara Punca-punca kemalangan di bengkel termasuklah :-
1.17 RUMUSAN
- Pakaian yang sesuai, disiplin
diri dan mematuhi peraturan
merupakan perkara penting
mencegah kemalangan.
- Sentiasa menggunakan alat
yang baik dan betul untuk
menjamin keselamatan.
- Latih tubi merupakan amalan
yang baik untuk memperolehi
tabiat kerja yang baik.
1.17 RUMUSAN
• Jadual Rumusan jenis bahan pemadam api seperti berikut :-
Pilih padanan yang betul.
A. air – memadamkan api kelas C
B. air – memadamkan api kelas B
C. debu logam kuprum – memadamkan api kelas A
D. karbon dioksida . memadamkan api kelas B dan C
SOALAN PENGUKUHAN 1 :
Jawapan :
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya kehilangan alatan
tangan di bengkel ?
A. melaporkan kepada guru
B. menyiasat orang yang mengambil barang
C. membeli alatan tangan yang baru
D. menggantikan alatan tangan yang hilang dengan yang baru
SOALAN PENGUKUHAN 2 :
Jawapan :
Kemalangan di bengkel TIDAK akan berlaku jika :
A. tempat kerja terlalu sempit
B. menggunakan alatan tangan yang salah
C. peralatan disimpan di tempat khas yang sesuai.
D. pelajar mematuhi peraturan bengkel dan berhati-hati
dalam bengkel.
SOALAN PENGUKUHAN 3 :
Jawapan :
Apakah jenis kesalahan aspek keselamatan diri yang telah
dilakukan oleh pelajar berikut ?
A. bertali leher
B. berkaki ayam
C. memakai apron
D. berlengan panjang dan dilipat
SOALAN PENGUKUHAN 4 :
Jawapan :
Aplikasi pengendalian alat pemadam api yang tepat ialah?
A. I,II dan III
B. I,III dan II
C. II,I dan III
D. III,II dan I
SOALAN PENGUKUHAN 5 :
Jawapan :
AMALI
Laporan Kerja amali
1. Kaedah penggunaan alat pemadam api.
2. Lakarkan pelan bengkel automotif
• Mengenalpasti kedudukan dan bilangan alat pemadam api di
bengkel automotif
• Mengenalpasti kedudukan peti pertolongan cemas (first aid
kit) di bengkel automotif
• Lampirkan pakaian keselamatan di bengkel automotif.
• Lakarkan laluan kecemasan semasa berlaku kebakaran.
top related